Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 221
Ahli: 0
Jumlah: 221




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 8 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Rahsia jadi isteri solehah


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Rahsia jadi isteri solehah

Please Mendaftar To Post


Oleh Rahsia jadi isteri solehah

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-04-07 16:59


Rahsia jadi isteri solehah


ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.

Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-04-07 17:03


Isteri Solehah Milik Suami Soleh

Janji Allah itu benar sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda;

"Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya."

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit."

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah."

" Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab."

"Wanita yang taatkan suaminya semua burung-burung di udara, ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya)."

;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-04-07 17:20


assalamualaikum..

syukran atas info tu..untuk dikongsi bersama..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 20-04-07 18:29


Kadang-kadang isteri ni bukannya tak cantik...Cantik, tapi selekeh ataupun comot bila depan suami...Kalau isteri dia macam bidadari dekat rumah buat apa lah dia lepak dekat kedai kopi ataupun cari perempuan lain...

Orang perempuan kena ingat...Lelaki ni mudah tertarik dengan apa yang di lihatnya...Jadi jangan pelik lah kalau dia main kayu tiga sebab isterinya dekat rumah tak pandai jaga penampilan diri dan tak pandai layan suami...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

bayti_jannati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26228
Posting: 220
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 20-04-07 18:57


emmm...boleh dijadikan panduan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For bayti_jannatiProfil   Hantar PM kepada bayti_jannati   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-04-07 20:35


Layak ke diri ni???
Wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-05-07 21:53


assalamualaikum..
tips berguna ini...;-)
terima kasih ye..
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 01-05-07 22:08


Pada 20-04-07 18:29 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Kadang-kadang isteri ni bukannya tak cantik...Cantik, tapi selekeh ataupun comot bila depan suami...Kalau isteri dia macam bidadari dekat rumah buat apa lah dia lepak dekat kedai kopi ataupun cari perempuan lain...


pernah dibincangkan dalam 'wanita hari ini'..kes isteri comot dipepan suami..dan jawapanya..

''pulus''

ada faham..


-----------------
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

khaulahazwa
Warga Rasmi
Menyertai: 17.03.2007
Ahli No: 29208
Posting: 13

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 08:28


moga kita muslimat tergolong dari kalangan mereka yang dirindui pejuang Agama Allah...
jom kita sama² berubah ke arah yang lebih baik dan sesempurna mungkin..insyaAllah..bittaufiq muslimah solehah.
kebaikan sentiasa tersedia buatmu bila hati dibungai keikhlasan.

wassalamu alaikum...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khaulahazwaProfil   Hantar PM kepada khaulahazwa   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 05-05-07 09:21


thank you

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 15:17


Pada 20-04-07 16:59 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Rahsia jadi isteri solehah

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.



Artikel ni memang baik. Tapi maaf lah nak kata, perenggan ni saya kurang setuju. Memang sepatutnya seorang isteri melayani suaminya sedemikian, namun bagaimanakah apabila seorang suami itu sentiasa merindukan isterinya dan malah tidak mahu berpisah dengan isterinya walaupun sekejap?

Ayat 'tidak mahu berpisah dengan isterinya walaupun sekejap' itu tidak kena. Mahukah suami itu dilaknat Allah kerana enggan menunaikan solat fardhu tepat pada awal waktu? Pergi berjihad memperjuangkan agama Allah tatkala tiba panggilan? Pergi mencari rezeki buat keluarga? Atau pun ketika ibu dan ayahnya memohon suatu pertolongan daripadanya?

Sekiranya isterinya telah bertindak melalaikan suaminya daripada melaksanakan tanggungjawabnya seperti tanggungjawab2 yang di atas, ya Allah... solehah apakah itu?

Menyebabkan suami rindu ada baiknya. Malah banyak kebaikannya. Tetapi sekiranya tersalah atau tidak terjaga, ia boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

Sekadar untuk direnungi.


-----------------

[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 05-05-07 15:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 15:28


Pada 05-05-07 15:17 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!



Ayat 'tidak mahu berpisah dengan isterinya walaupun sekejap' itu tidak kena. Mahukah suami itu dilaknat Allah kerana enggan menunaikan solat fardhu tepat pada awal waktu? Pergi berjihad memperjuangkan agama Allah tatkala tiba panggilan? Pergi mencari rezeki buat keluarga? Atau pun ketika ibu dan ayahnya memohon suatu pertolongan daripadanya?



Kalau macam tu isteri kena lah mainkan peranan...Gunakan lah kelebihan sebagai seorang perempuan untuk memujuk dan memberi semangat kepada suami...Seperti kisah Siti Khadijah yang menenangkan Rasullulah ketika balik dari gua Hira... :-)


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-05-07 23:02


yang itu baru betul... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 02:26


123Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus." (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama sebagai faktor kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah akan memberikan ketenangan kepada suami. Rumah ibarat syurga jika memiliki isteri yang solehah. Antara sifat isteri solehah ialah hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti jalan kebenaran, melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa menutup aurat, memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami, mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi, bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga, menjaga rahsia rumah tangga, tidak keluar rumah tanpa izin suami dan banyak lagi sifat lain.

Allah melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah, menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya."(Surah an-Nisaa' ayat 34). Ibnu Abbas mengemukakan dua ciri khas mengenai pengertian as-solehah (isteri yang soleh) iaitu mempunyai perilaku baik (berakhlak/sopan) terhadap suami, dan mengerjakan perbuatan kebajikan.

Makna isteri setia dalam ayat itu ialah patuh dan jujur terhadap suami kerana Allah. Seterusnya, Nabi Muhammad memperincikan tiga sifat isteri solehah, menerusi sabda yang bermaksud: "Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila kamu perintahkan dia (dalam hal kebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu di rumah."


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 02:44


Pada 20-04-07 16:59 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Rahsia jadi isteri solehah
Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.


Hehehe..betul tu..
Kadang-kadang macam budak-budak..
Manja betul..hehe..


-----------------
http://azymechanical.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

raihan2004
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.01.2004
Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 02:48


Pada 02-06-07 02:44 , aL-azyM posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-04-07 16:59 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Rahsia jadi isteri solehah
Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.


Hehehe..betul tu..
Kadang-kadang macam budak-budak..
Manja betul..hehe..



aikkk...ada pengalaman ke aL-azyM...
hehehe
macam tau2 saja... :lol: :lol: :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For raihan2004Profil   Hantar PM kepada raihan2004   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 02:51


alamak..hehe...
Pengaruh televisyen..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 09:16


salam 'alaik....

insyaAllah...akan berusaha untuk menjadi seperti itu...

wassalam...


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 09:53


assalamualaikum....emm info yang bagus..untuk semua kaum muslimah..untuk menjadi wanita solehah banyak sangat ciri-ciri dia...so untuk dengan lebih detail lagi cubala baca 111 wasiat Rasulullah untuk wanita solehah-rds kamsuri selamt terbitan jsmin..lengkap,seng,dan padat buku tu...insyallah we will be as good muslimah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 02-06-07 12:58


terima kasih 4 d info...banyak beri pengetahuan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

raihan2004
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.01.2004
Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 16:58


Pada 02-06-07 02:51 , aL-azyM posting:

!!! QUOTE !!!

alamak..hehe...
Pengaruh televisyen..


nakal ye kanak-kanak zaman sekarang...
:lol: :lol: :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For raihan2004Profil   Hantar PM kepada raihan2004   Quote dan BalasQuote

saffaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14994
Posting: 120
Dari: atas tanah

uganda   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 22:39


terdapat khilaf dalam pentafsiran ayat

al-tayyibin li al-tayyibat..

pendapat 1:

mengatakan bahawa perkataan yang baik berasal daripad penutur yang baik.

pendapat 2:
mengatakan bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik serta sebaliknya.

pendapat paling kuat

PENDAPAT 1

berdasarkan kisah dari al-quran.
isteri nabi nuh

tidak semestinya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik...dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.kerana mungkin menguji kesabaran dan keimanan seorang hamba Alllah..


~wallahualam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For saffaaProfil   Hantar PM kepada saffaa   Quote dan BalasQuote

dhamiraqistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13287
Posting: 271

Selangor  


posticon Posting pada: 03-06-07 07:29


thank you..info yang berguna..nanti senang nak praktik....hehe..semoga kita terolong dalam golongan isteri solehah....amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For dhamiraqistinaProfil   Hantar PM kepada dhamiraqistina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.196637 saat. Lajunya....