Oleh |
Siapa minat makan Ulam? |
ShahrulZaman
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2007 Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain
|
Posting pada: 17-04-07 17:51
1.ULAM Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan, sebelum dimakan bersama nasi. Ulam sudah terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunga. Sayur-sayuran biasa boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Ini termasuklah sayur-sayuran seperti timun, kubis dan terung. Selain daripada sayur-sayuran biasa, terdapat satu lagi kumpulan ulam ialah ulam tradisional. Ulam tradisional lebih meluas penggunaannya termasuk digunakan sebagai ulam biasa, sebagai bahan masakan seperti dalam penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu dan masakan sayur lemak, dan sebagai bahan perubatan seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi. 2.ULAM TRADISONAL Di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan telah dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada pelbagai keluarga tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut terdiri daripada tumbuhan kecil dan melata jenis semusim seperti pegaga, dan sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar jenis saka seperti petai, jering, genuak dan kerdas. Pokok jenis saka adalah pokok yang besar dan tinggi. Biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara. Pokoknya boleh meninggi atau menjulang antara 20 - 30 meter. Ukuran lilit batangnya boleh menjangkau antara 2 - 5 m. 3.KESUKARAN DIDAPATI Ulam-ulam terbahagi kepada dua, iaitu kumpulan ulam yang popular dan mudah didapati di pasaran, contohnya rebung buluh, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, Ulam_Raja dan beberapa jenis ulam lagi termasuk dalam kumpulan kedua iaitu ulam yang kurang terkenal dan jarang didapati di pasaran seperti kerdas, jering, genuak, pucuk jambu golok (gajus), beluntas, pucuk betik, dan cekur. Bagaimanapun dengan adanya pasar-pasar tani dan pasar minggu yang diadakan oleh jabatan FAMA, dan lain-lain, ulam-ulam secara keseluruhan masih dapat dibeli walaupun secara terhad. 4.PENGHASILAN Secara amnya ulam tidak ditanam secara komersial. Ulam hanya ditanam secara kecil-kecilan disekitar rumah untuk dimakan sendiri atau dipetik daripada yang tumbuh meliar. Ulam yang ditanam untuk kegunaan sendirian biasanya adalah dari jenis semusim dan mudah ditanam seperti pokok Ulam Raja, selom dan kacang kelisa. Ulam yang berasal daripada pokok saka biasanya dikutip dari tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dalam keadaan semulajadi seperti hutan atau dusun. Antara ulam yang termasuk dalam kumpulan ini adalah jering, pucuk putat, kerdas dan rebung. Terdapat juga yang ditanam untuk kegunaan lain seprti untuk buahnya, tetapi sebahagiannya diambil untuk dimakan sebagai ulam seperti jantung pisang, pucuk ubi, nangka muda dan pucuk jambu golok (gajus). Bagaimanapun, peningkatan permintaan yang disumbang oleh kegiatan pemasaran dan pengedaran yang lebih meluas, seperti di pasar tani dan pasar minggu telah menggalakkan para petani-petani untuk mula menanam ulam-ulam secara meluas atau komersial. 5.KHASIAT ULAM Oleh kerana ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), fosforus (P), besi (Fe), natrium (Na) dan kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh, daun kaduk didapati mempunyai kalsium (Ca), fosforus (P), dan besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 moga masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Ulam juga membekalkan serabut yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serabut memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. 6.KHASIAT PERUBATAN Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh, pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita. p/s: Wesss...makanla ulam. besttttt ----------------- sama-sama mencari kebenaran, HATI dikawal oleh AKAL, AKAL dikawal oleh IMAN, Jika HATI selalu kotor, selalulah tingkatkan kualiti IMAN
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 17-04-07 18:58
walaupun saya tinggal dan membesar di bandar, setiap hari pun saya makan nasi bersama ulam-ulaman. sejak kecil lagi sampai hari ni. makan dengan budu bersama tempoyak, atau sambal belacan, dengan kulit limau yang dihiris. biasanya ulam raja, daun selasih, daun cekur, dan pudina. petai kadang-kadang saja. kalau pucuk betik tu, saya tak suka sangat. huhu. ulam memang murah, mudah, baik untuk kesihatan.  p/s: shahrul zaman ni org jawa ek. -----------------  [ Telah diedit oleh: syahidatul pada 17-04-07 19:00 ]
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 17-04-07 20:03
kacang botol kira ulam jugak tak...?? ana suka makan kacang botol... kalau balik kg, ana suka makan pucuk ubi rebus cicah dengan kuah kicap pedas...
|
syahirahsoid
WARGA SETIA Menyertai: 06.03.2007 Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 17-04-07 20:15
makan ulam untuk awet mude... hehehehe...
|
lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA Menyertai: 02.02.2006 Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor
|
Posting pada: 17-04-07 20:46
assalamualaikum.. ana tak makan sayur..apatah lagi ulam.. hmm.. wassalam
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-04-07 20:54
Waaalaikumusalam wbt... cakap pasai ulam, tringat teman dengan satu kisah, teman memang kaki ulam. tak kira ulam apa, teman makan mentah2. pernah satu tika tengah lahap memakan ulam kelise, ternampak seekor ulat tengah berjalan kat ulam tu. apa lagi terus tak makan ulam tu. tapi teman tak pasti ada ke tak teman termakan ulat tu...mungkin ada ulat lain yang telah menjadi magse teman masa teman tak sedar...
|
alliaazam
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.02.2007 Ahli No: 28915
Posting: 159
Dari: Damansara
|
Posting pada: 17-04-07 20:56
huhuhu..duduk jauh2 ni berulam kan daun salad sajalah.huhuhu sedih...xpon terung muda...
|
redgirl
WARGA SETIA Menyertai: 31.01.2007 Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan
|
Posting pada: 17-04-07 21:03
Pada 17-04-07 20:03 , ismi_atikah posting:!!! QUOTE !!! kacang botol kira ulam jugak tak...?? ana suka makan kacang botol... kalau balik kg, ana suka makan pucuk ubi rebus cicah dengan kuah kicap pedas... kacang botol boleh dikira ulam juga..sebab dia dimakan secara mentah.. ----------------- [email protected]
|
bayti_jannati
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2006 Ahli No: 26228
Posting: 220
Dari: selangor
|
Posting pada: 17-04-07 21:04
ulam... semua ulam saya makan..... sedapnyer kalau makan dengan sambal tumis,sambal belacan... lapar pula tetiba... memang awt muda makan ulam ini... tak begitu Shahrul Zaman????
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-04-07 21:04
kacang tu dibubuh dalam botol ke?
|
lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA Menyertai: 02.02.2006 Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor
|
Posting pada: 17-04-07 21:06
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-04-07 21:07
tak apa lina..meke gelakkan teman...tak apa..
|
lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA Menyertai: 02.02.2006 Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor
|
Posting pada: 17-04-07 21:09
Pada 17-04-07 21:07 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! tak apa lina..meke gelakkan teman...tak apa.. salam'alaik daeng.. bukan saja-saja nak gelak.. tapi tergelak.. maaf lah kalau daeng terasa..adess...
|
redgirl
WARGA SETIA Menyertai: 31.01.2007 Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan
|
Posting pada: 17-04-07 21:12
saya memang suka sangat kan sanyur termasukla ulam..sampai teman2 gelar saya kambing,sebab saya suka makan ulam macam kambing yang suka makan daun..he2
|
redgirl
WARGA SETIA Menyertai: 31.01.2007 Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan
|
Posting pada: 17-04-07 21:13
Pada 17-04-07 21:04 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! kacang tu dibubuh dalam botol ke? tak ada lah dibubuh dalam botol..tapi mungkin bentuk nya macam botol ----------------- [email protected]
|
ibnutuki
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.11.2005 Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat
|
Posting pada: 17-04-07 21:53
Pada 17-04-07 20:46 , lamyanunalif_mursyidah posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum.. ana tak makan sayur..apatah lagi ulam.. hmm.. wassalam awak ni karnivor ke? sayur tu banyak khasiat tau... untuk membesar dengan sihat dan kuat, makanlah sayur...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-04-07 21:57
Lina ni orang arab, mana reti makan sayur...
|
lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA Menyertai: 02.02.2006 Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor
|
Posting pada: 17-04-07 22:00
asssalamualaikum.. ibnutuki, saya normal lah..buah-buahan makan apa..cuma sayur saja tak makan.. amboi2 daeng.. saya org melayu lah..masa kecil saja duduk kat mesir..tu pun 4 tahun saja.. suka suki anda saja cakap saya begitu..tapi runsing juga ni sampai bila nak macam ni.. bukan tak pernah cuba tapi..entah lah..huhu~ wassalam [ Telah diedit oleh: lamyanunalif_mursyidah pada 17-04-07 22:19 ]
|
yusof88
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.01.2007 Ahli No: 28247
Posting: 249
Dari: pahang
|
Posting pada: 17-04-07 22:02
ana suka makan ulam raja...... ulam lain ana tak makan.......
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 17-04-07 22:23
 ... Makan hati berulam jantung...sedap jugak walaupun lebih pahit daripada ulam2 yang ada di dunia ni...
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 17-04-07 22:24
ulam.... dulu tak suka sangat tapi sekarang suka sangat sebab mak selalu suruh makan.....ubat... adik beradik mak pula memang penggemar ulam....awet muda saja tengok....hehehe
|
afiq_ghani
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.02.2007 Ahli No: 28739
Posting: 34
Dari: United KingdoM
|
Posting pada: 17-04-07 23:17
sini tak ada ulam..tapi kalau balik boleh lah makan puas puas
|
lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA Menyertai: 02.02.2006 Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor
|
Posting pada: 18-04-07 14:50
assalamualaikum.. kadang-kadang pelik tengok org makan sayur,ulam mentah2 makan macam tu saja.. terliur juga tapi nak buat macam mana.. kalau makan saja dia keluar balik.. so baik tak payah makan.. wassalam
|
ShahrulZaman
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2007 Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain
|
Posting pada: 18-04-07 14:58
di hayyu 'asyir kan, ada gargill.
|
RuMaishaaa
 Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 18-04-07 15:01
kat kelate ada satu restoran famous: cikgu nasi ulam(jika tak silap).. baru-baru ni setiap hari p makan kat situ..murah sangat..4 org makan baru 20 ringgit..dengan ulam berpinggan..ikan kelinya..ikan patinnya..gulai lemak..ayam lagi..kiranya kami terkejut sangat terlalu murah..(sebab kalau kat KL..hidangan sebegitu mahu dekat rm60..percayalah!! erk..pasal ulam kan? tiba-tiba saja teringat kat nasi ulam..sebab ulam nya macam-macam..yang tak pernah makan pun, saya makan sekali..sebab saya memang suka ulam..tak kisah lah ulam apa-apa.janji dibasuh cuci..Kalau yang keras sangat..elok direbus dulu..cuma dalam banyak-banyak sayur..mentimun akan ditolak..entah..terasa pahit tekak jika makan mentimun.. ulam ni jugak sedap dimkn dengan budu..ye kan? ataupun cencalok..dan seangkatan dengannya.. ulam bagus..untuk awet muda
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 18-04-07 18:49
ulam pegaga & kacang pelita is the best tapi lain2 pun ana telan jugak hehehe
|
anis87
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.02.2007 Ahli No: 28952
Posting: 103
Dari: perak
|
Posting pada: 18-04-07 18:54
 ... saya suka makan ulam spti timun dan salad...lepas tu cicah dengan sambal belacan...emm,sedapnya....
|
Firdaus15
WARGA SETIA Menyertai: 26.12.2003 Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 18-04-07 20:11
nasi ulam cikgu.... huh.. ulam cukup syok kena pulak cicah budu... letak cili api+asam limau... slrp... tak ada lauk lain pun tak apa...
|
adam_muslimin
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2006 Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium
|
Posting pada: 18-04-07 22:01
tak pernah makan pun...hehehehe
|
arini_nur
Warga Rasmi Menyertai: 24.04.2005 Ahli No: 16043
Posting: 8
Dari: darul mawaddah
|
Posting pada: 18-04-07 22:01
em, saya suka raw vegetable, ulam ke sayur2 lain pun ok. Nasi kerabu is one of my favorite food sebab banyak sayur.
|
ryu-watanabe
Warga 1 Bintang Menyertai: 01.03.2007 Ahli No: 28962
Posting: 24
|
Posting pada: 19-04-07 23:06
makan ulam cicah budu....yummy...sedap yang tak dapat diungkap dengan kata-kata...
|
telekung
Warga 5 Bintang Menyertai: 28.07.2003 Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya
|
Posting pada: 27-04-07 16:56
best ni...ana suk kacang botol...bendi...jantung pisang...pucuk ubi...syoknye...
|
mizie_hafiz80
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 27-04-07 17:53
|
nurulIslam
Warga Rasmi Menyertai: 26.08.2006 Ahli No: 26061
Posting: 17
Dari: kedah
|
Posting pada: 27-04-07 19:14
saya suka.tapi tak semua jenis.
|
ainul_tapah
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.04.2007 Ahli No: 29441
Posting: 145
Dari: Nilai_Butterworth
|
Posting pada: 29-04-07 09:17
suka bangat ulam raja dengan pegaga!!!!
|
maisarahlisa
WARGA SETIA Menyertai: 29.12.2003 Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai
|
Posting pada: 29-04-07 10:35
Daun serai kayu, pucuk janggus atau gajus sedap weh...
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 29-04-07 11:34
ulam memang best...baguih untuk kesihatan...pucuk ubi dicelur, pucuk ketereh(gajus), pegaga(most favourite), yang lain-lain tu tahu makan saja..nama tatau...
|
mohamad
 Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 29-04-07 12:11
salam... ULAM??.... ana pun tak berapa kenal @ hafal nama2 ulam ni. tapi, kalau dah ada atas meja tu, ana makan saja. kadang-kadang, tak usik langsung. tengok mood makan.
|
muslimah_jun
WARGA SETIA Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 29-04-07 13:47
parents memang setia dengan ulam ni, pegaga, selom, misai kucing, ulam raja, tah apa lagi saya pun tak pasti. belum lagi sayur, pokok bunga & buah. Anak2 saja tak minat menanam pkok tapi ada juga pkok buah yang ditabur biji masa kecil membesar.
|
redgirl
WARGA SETIA Menyertai: 31.01.2007 Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan
|
Posting pada: 29-04-07 21:48
kalau makan ulam tak suka cicah sana sini..suka makan saja @ makan dengan nasi..
|
sof_wan88
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.01.2007 Ahli No: 28277
Posting: 127
Dari: Melaka
|
Posting pada: 30-04-07 08:02
ulam bagus untuk kesihatan ana suka makan ulam niii sedap... tapi tak semua ulam lah.....
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 24-05-07 03:39
sedapnya ulam..hhehe...kacang botor, pegaga, selom..tenggek burung pernah dengar tak?
|
jiha
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.02.2004 Ahli No: 6966
Posting: 238
Dari: PeRaK
|
Posting pada: 24-05-07 09:55
makan nasi dengan ulam baru bselera nak makan..... ada 1 buah tu memang famous kat kampung ana, buah putat...tak tau u all kenal tak. memang sedap buah tu ada rasa kelat sikit..ulam palig ana suka pucuk gajus. makan hari2 pun tak apa
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 24-05-07 11:56
teman memang suka sangat makan ulam...
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 24-05-07 13:22
assalamualaikum.. memang sedap makan ulam..my favourite..ulam raja, pegaga, daun selum, kacang panjang colek dengan sambal tempoyak  dan macam-macam lagi....
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 24-05-07 13:26
ish ika ni,memang anak Perak sungguh...
|
eyla05
WARGA SETIA Menyertai: 17.10.2005 Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak
|
Posting pada: 24-05-07 13:49
memang suka makan ulam.....
|
FIENDA
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.11.2006 Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS
|
Posting pada: 24-05-07 15:01
|
arsyie
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.11.2003 Ahli No: 5226
Posting: 230
Dari: mauritus
|
Posting pada: 24-05-07 15:07
|
arsyie
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.11.2003 Ahli No: 5226
Posting: 230
Dari: mauritus
|
Posting pada: 24-05-07 15:10
tapi berhati-hati bila makan ulam ye.. basuh dengan bersih sungguh-sungguh... sebab bacteria dan amoeba yang melekat fresh pada daun akan menyebabkan amoebic liver abcess(hati bernanah akibat jangkitan).....kebanyakan pesakit ini adalah yang suka makan ulam..cuci dengan bersih ye.. ----------------- ~~im the test from God,for a humble being to endure~~~ [ Telah diedit oleh: arsyie pada 24-05-07 15:11 ]
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 24-05-07 15:14
Pada 24-05-07 13:26 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! ish ika ni,memang anak Perak sungguh... assalamualaikum.. erm memang teman anak perak sejati.. rindunya gulai tempoyak ikan keli... laparnyer...   ----------------- 'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah'
|
azemi
WARGA SETIA Menyertai: 16.01.2004 Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban
|
Posting pada: 24-05-07 17:33
Ho ho..ulam, my favourite..makan ulam lebih banyak dr. nasi..ada ulam tambah nasi Kalau tak ada ulam hidup ku tak karuan..hehe..baguslah ramai juga peminat2 ulam di ukhwah.com ni..tapi ada satu persepsi bahawa org yang suka makan ulam ni, pemikiran dia agak tradisi..tak taula persepsi..maknanya makan ulam ada hubungkait dengan corak dan minat dalam hidup..don't know lah..just persepsi saja agaknya..ujung minggu ni saya cari ulam kat pasar pagi lah..hehe..
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 24-05-07 22:07
Pada 24-05-07 17:33 , azemi posting:!!! QUOTE !!! Ho ho..ulam, my favourite..makan ulam lebih banyak dr. nasi..ada ulam tambah nasi Kalau tak ada ulam hidup ku tak karuan..hehe..baguslah ramai juga peminat2 ulam di ukhwah.com ni..tapi ada satu persepsi bahawa org yang suka makan ulam ni, pemikiran dia agak tradisi..tak taula persepsi..maknanya makan ulam ada hubungkait dengan corak dan minat dalam hidup..don't know lah..just persepsi saja agaknya..ujung minggu ni saya cari ulam kat pasar pagi lah..hehe.. tradisi??..huhu..betul ke..rasa macam tidak saja..hehe
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 24-05-07 22:10
Pada 24-05-07 17:33 , azemi posting:!!! QUOTE !!! Ho ho..ulam, my favourite..makan ulam lebih banyak dr. nasi..ada ulam tambah nasi Kalau tak ada ulam hidup ku tak karuan..hehe..baguslah ramai juga peminat2 ulam di ukhwah.com ni..tapi ada satu persepsi bahawa org yang suka makan ulam ni, pemikiran dia agak tradisi..tak taula persepsi..maknanya makan ulam ada hubungkait dengan corak dan minat dalam hidup..don't know lah..just persepsi saja agaknya..ujung minggu ni saya cari ulam kat pasar pagi lah..hehe.. tradisi??..huhu..betul ke..rasa macam tidak saja..hehe
|
asroal
Warga 5 Bintang Menyertai: 22.04.2006 Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 29-05-07 03:34
fuhhhh....memang suka sangat ulam ini.... Kalau tak ada lauk lain pun tak mengapa,asalkan ada ulam......... terliur lah pulak.......
|
comelbest
Warga 2 Bintang Menyertai: 27.05.2007 Ahli No: 30062
Posting: 65
Dari: nilai
|
Posting pada: 29-05-07 11:11
suka makan ulam..antaranya kacang botol, petai, jering, pegaga,dll. kalau dapat,syukur  tapi tak boleh makan berlebihan..tak elok pulak!! nasi ulam yang diperkenalkn oleh mak pun jadi favorite sampai sekarang...
|
lightarrowss
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.03.2006 Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN
|
Posting pada: 29-05-07 12:12
assalamualaikumm..yup..ulam ni bagus untuk kesihatn..emm..topik ni ada kaitan dengan ana belajar..event ulam bagus..tapi tak boleh berlebihann..ana share info dengan antum semua..setiap plantt ni ada natural toxic dalam tu..means memang dah ada semulajadi dalam ulam jenis2 toxic..tapi ia hanya merbahaya jika kita ambil amount ulam dalam kuantiti yang bnykk yang boleh menyebabkn toxic..contohnya,,dalam dalam dalam species cabbage, cauliflower,salad ni kalau berlebihan boleh menyebabkn tyroid..ia ada toxin apa..ana tak ingat sangat..then dalam tomato or egg tuber plant ada toxin glykoalkaloid..ni ana ambil beberapa contoh..sesunnguhnya bersederhanalah dalam setiap perkara kerana itu lebih baik..amikla ulam dalam amount sederhana
|
comelbest
Warga 2 Bintang Menyertai: 27.05.2007 Ahli No: 30062
Posting: 65
Dari: nilai
|
Posting pada: 29-05-07 12:20
Pada 29-05-07 12:12 , lightarrowss posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikumm..yup..ulam ni bagus untuk kesihatn..emm..topik ni ada kaitan dengan ana belajar..event ulam bagus..tapi tak boleh berlebihann..ana share info dengan antum semua..setiap plantt ni ada natural toxic dalam tu..means memang dah ada semulajadi dalam ulam jenis2 toxic..tapi ia hanya merbahaya jika kita ambil amount ulam dalam kuantiti yang bnykk yang boleh menyebabkn toxic..contohnya,,dalam dalam dalam species cabbage, cauliflower,salad ni kalau berlebihan boleh menyebabkn tyroid..ia ada toxin apa..ana tak ingat sangat..then dalam tomato or egg tuber plant ada toxin glykoalkaloid..ni ana ambil beberapa contoh..sesunnguhnya bersederhanalah dalam setiap perkara kerana itu lebih baik..amikla ulam dalam amount sederhana tapi,kengkadang lupa diri jugak. hehehe... ----------------- ~ lifE musT gO oN..saY nO fOr waR!! ~
|
wardah84
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 125
Posting: 22
Dari: kelate @ perak @ pahang
|
Posting pada: 29-05-07 14:31
suka kita.. kacang botol,pegaga,ulam raja itulah favorite ana..
|
comel
Warga 5 Bintang Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara
|
Posting pada: 29-05-07 14:53
 ... Suka juga makan...terutama ulam2 segar dr kg...nak pula dapat nasi dan lauk kg juga yang masih panas...puhhhh sedapnya...mesti tambah bila makan. Sesekali boleh lah...tapi hari2 boleh gemuk jadinya.
|
najah85
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan
|
Posting pada: 29-05-07 15:27
favourite saya tu makan ulam...tak kira ulam apa..kecuali yang macam berbau tu tak berapa suka ...ulam cicah dengan budu  wah best tu...
|
raihan2004
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.01.2004 Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah
|
Posting pada: 30-05-07 01:27
minat sangat-sangat ulam ini.... Kalau cicah budu lagi laaaaaa sedapppppppppp....hehehe
|
aisyahfarhah
Warga 2 Bintang Menyertai: 21.05.2007 Ahli No: 29995
Posting: 62
|
Posting pada: 30-05-07 06:51
emm..ulam...ulam apa ya??? makan tak cicah gan apa-apa pun sedap..tu kambing lah ... hahaha
|
Ustadz
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing
|
Posting pada: 30-05-07 08:44
salam.. ulam memang baik untuk meningkatkan kesihatan dengan zat Allah..ana sekarang tengah belajar-belajar makan ulam,memang banyak khasiatnya cuma hati ni belum kata nak kepada ulam..kepada antum yang tak suka makan ulam,marilah bersama-sama ana azam start makan ulam...
|
Ustadz
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing
|
Posting pada: 30-05-07 08:45
tapi nasi kerabu ana makan..suka sangat..
|
syira_qistina
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2003 Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem
|
Posting pada: 06-08-07 08:18
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 06-08-07 11:22
saya suka ulam pegaga dan selom....memang baik untuk kesihatan.
|
maira_insyirah
Warga 1 Bintang Menyertai: 05.06.2007 Ahli No: 30172
Posting: 24
Dari: bumi Allah Taala
|
Posting pada: 06-08-07 13:53
assalamualaikum wbt sebelum2 ni, just makan ulam timun dan kacang panjang saja.bila start bekerja di negeri sembilan, barulah reti sikit-sikit makan ulam yang lebih tradisional, macam daun selom dan kacang botol..sebab dalam majlis2, banyak dihidangkan ulam kampung dan daging bakar masak gulai emak nya yang memang mengancam habis  . pendek kata, sekarang ni, memang jadi favouritelah ulam2 ni.itulah seronoknya merantau di negeri orang, banyak adat dan budaya yang boleh kita pelajari..
|
rose_itam
Warga 5 Bintang Menyertai: 19.05.2007 Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 06-08-07 17:41
semua ulam ulaman dan daun daunan yang tidak beracun akan saya santap hehe
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 06-08-07 18:07
tak minat..(silap posting)hehe
|
azaha85
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.07.2007 Ahli No: 30484
Posting: 92
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 06-08-07 22:03
assalamualaikum.. makan ulam dengan budu......... se......dap............ tak percaya, cubalah.
|
Abdullah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 07-08-07 01:00
 , Bestt...daun salad / timun / kacang kelisa, cicah dengan sambal kicap. Perhhh.. Wassalam
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 07-08-07 10:27
salam saya sekolah makan ulam.apapun ulam.kawan cakap kalau nak awet muda amalkan makan ulam2.
|
izzz81
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.10.2005 Ahli No: 19761
Posting: 125
|
Posting pada: 07-08-07 13:09
assalamualaikum.. saya antara peminat makanan berulam..berselera bila makan..macam makan kat kampung..
|
aku_hambamu
Warga 5 Bintang Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29921
Posting: 393
|
Posting pada: 07-08-07 13:20
tiada ulam, nasi tak jalan...
|
nurul_huda3110
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.05.2005 Ahli No: 16604
Posting: 171
Dari: klang
|
Posting pada: 07-08-07 13:55
sedap dan awet muda.. *************************************************  pRoud tO bE mUsLim
|
fizal86_anakpadi
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.07.2006 Ahli No: 25417
Posting: 179
Dari: sg petani
|
Posting pada: 07-08-07 13:57
saya ini orang kedah... memang dibesarkan dengan ulam... makannan wajib tiap2kali makan nasik mesti ada sambal belacan... ulam macam-macam.. yang tak pernah dibayangkan dan dimakan orang pun orang kedah makan tau... dok kat uia...kat kL org sini reti makan salad...timun..selom...tomatoja..boring.hehe jangan mara.... semua ulam ada khasiat asing2.....tambah2 saya dok kg...suka pulak masuk hutan kat kebun
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 18-08-07 23:07
sedapnya ulam dimakan mentah... ana tak makan sayur2 hijau yang dimasak, tapi ana amat gemar makan ulam mentah. mungkin ana sukakan rasanya. cicah dengan sambal belacan (",) [ Telah diedit oleh: nurhaziqah pada 18-08-07 23:09 ]
|
ifti_hanan
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2004 Ahli No: 10965
Posting: 166
Dari: di sinilah 'ana'
|
Posting pada: 19-08-07 01:23
|
ummi_aisyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.02.2007 Ahli No: 28798
Posting: 103
Dari: Tawau
|
Posting pada: 19-08-07 02:45
tak reti makan daun2 ulam ni...tomato cukup agaknya...
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 24-08-07 13:19
saya sangat suka makan ulam.. petai, kacang botol, kacang bendi, jantung pisang....wah sedapnya terutama makan dengan budu kelantan... kelantan memang kaya dengan ulam, jemputlah datang ke serambi mekah makan ulam boleh awet muda >
|
adibahazrah
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26948
Posting: 167
Dari: selangor
|
Posting pada: 24-08-07 14:08
|
Al-Mustaqqim
WARGA SETIA Menyertai: 22.07.2005 Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia
|
Posting pada: 24-08-07 16:06
pucuk beko.. ulam pegaga, ulam raja.. daun mengkudu.. jantung pisang.. sedap jugak..
|
mmas_forever1991
WARGA SETIA Menyertai: 28.05.2007 Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS
|
Posting pada: 24-08-07 17:07
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 24-08-07 19:31
Pada 24-08-07 17:07 , mmas_forever1991 posting:!!! QUOTE !!! PETAI paling best... setuju! walaupun bau kurang menyenangkan... ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8 [ Telah diedit oleh: sakinahazzahra pada 25-08-07 10:39 ]
|
aleyamaisara
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2007 Ahli No: 30035
Posting: 186
Dari: skudai,johor
|
Posting pada: 25-08-07 10:57
makan ulam best..tambah sambal belacan... [ Telah diedit oleh: aleyamaisara pada 25-08-07 11:00 ]
|
mmas_forever1991
WARGA SETIA Menyertai: 28.05.2007 Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS
|
Posting pada: 25-08-07 11:31
Little did you know ...... after reading THIS, you'll NEVER look at petai in the same way again! Petai contain three natural sugars -sucrose, fructose and glucose - combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder petai is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet. Depression: According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier. PMS(premenstrual syndrome): Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood. Anemia: High in iron, petai can stimulate the production of hemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia. Blood Pressure: This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it the perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke. Brain Power: 200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert. Constipation : High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives. Hangovers: One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system. Heartburn: Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief. Morning Sickness: Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness. Mosquito bites: Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation. Nerves: Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system. Overweight: Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady. Ulcers: Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach. Temperature control: Many other cultures see petai as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In hoiland, for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool temperature. Seasonal Affective Disorder (SAD) : Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan. Smoking: Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal. Stress: Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack. Strokes: According to research in "The New England Journal of Medicine, " eating petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%" Warts: Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape! So, you see, petai really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrates, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, "A Petai a day keeps the doctor away" PM Dr.Aminuddin AHK Dept.of Physiology Medical faculty of UKM Kuala Lumpur Tel:6(03)40405157 fax:6(03)26939687 moh makan petai best ....
|
RaudhatuL_Muttaqin
WARGA SETIA Menyertai: 29.03.2005 Ahli No: 15423
Posting: 556
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 28-08-07 15:34
saya --> o/ ... suka makan petai.. hehehe...
|
umairah86
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.03.2006 Ahli No: 23270
Posting: 158
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 28-08-07 16:21
 . Ana pun suka sangat makan ulam..Terutamanya kacang botol,pegaga,jantung pisang..Menu wajib setiap hari..Huhu..
|
fizal86_anakpadi
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.07.2006 Ahli No: 25417
Posting: 179
Dari: sg petani
|
Posting pada: 28-08-07 16:40
sedap tu petaii... tapi kerna gosok gigila nak sembahyang dan jumpa orang. hehe
|
Nurana12
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.08.2007 Ahli No: 30817
Posting: 77
Dari: malaysia
|
Posting pada: 29-08-07 16:14
ulam..rana tak suka..rasa pahit..
|
RaudhatuL_Muttaqin
WARGA SETIA Menyertai: 29.03.2005 Ahli No: 15423
Posting: 556
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 04-10-07 15:20
|
moshimoshi
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.04.2007 Ahli No: 29582
Posting: 156
Dari: ipoh
|
Posting pada: 04-10-07 15:34
ShahrulZaman ni,memang suka cerita bab makanan yeh..hm,ana suka sangat-sangat makan ulam...ulam apa-apa pun sodap...hehehe... hidup ulam....  ----------------- beRkoRbAn bErjUang dEmi CiNta...CiNtA yang HakiKi....
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 04-10-07 23:00
rasa nak makan ulam dengan nasi lah esok..hmm..
|
scenario
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.09.2007 Ahli No: 31016
Posting: 181
Dari: Inti nilai..
|
Posting pada: 04-10-07 23:05
Pada 29-08-07 16:14 , Nurana12 posting:!!! QUOTE !!! ulam..rana tak suka..rasa pahit.. tak silap,yang pahit 2 lah ubatnya..
|
khazinatul_asrar47
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16936
Posting: 308
Dari: .::diMana ada keBerkatanNYA,disitu ana::.
|
Posting pada: 05-10-07 00:15
suka-suka,ulam raja paling ana suka..hihi
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 05-10-07 03:20
|
azzahrah
WARGA SETIA Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 05-10-07 07:57
ohh..paling suka pegaga kalau cicah budu lagiii sedap ma saya selalu minum jus pegaga once a week untuk awet muda but dont try it frequently pegaga pun ada kesan sampingan kalau selalu minum mentah-mentah
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban
|
Posting pada: 05-10-07 08:07
Siapa minat makan Ulam?Ana.. Wassalam ----------------- The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..
|
ainunhub
WARGA SETIA Menyertai: 06.09.2007 Ahli No: 30954
Posting: 495
Dari: Melaka
|
Posting pada: 05-10-07 08:30
semua jenis ulam saya makan.. baik dari jenis dedaun mahupun dari jenis berbuah.. tak pernah tolak, dan saya lebih suka dari jenis yang berbuah.. jering, petai..kerdas.. pergh!! 3 hari member bising tak sanggup nak 'masuk toilet'...hahahahha    [ Telah diedit oleh: ainunhub pada 05-10-07 08:31 ]
|