Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perkataan yang baik tidak akan muncul dari jiwa yang kotor sebagaimana biji benih takkan tumbuh pada tanah yang gersang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 207
Ahli: 0
Jumlah: 207




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 2 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Benarkan ini akan berlaku????


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Benarkan ini akan berlaku????

Please Mendaftar To Post


Oleh Benarkan ini akan berlaku????

manis_pemanis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2252
Posting: 48
Dari: alam maya

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-09-03 08:32


Gunung berapi gergasi ancam Bumi

LONDON: Ancaman terbesar terhadap makhluk Bumi terbongkar beberapa hari lalu berikutan hasil penyelidikan mendapati sebuah gunung berapi terbesar yang kini hanya menunggu masa untuk meledak.




Gunung berapi itu terletak di sebuah taman negara yang dianggap antara yang terkenal di dunia.

Pakar gunung berapi menyatakan medan seismik itu hanya menunggu masa untuk meletup dan akan menjadi malapetaka terbesar pernah dicatatkan di planet ini, mengatasi malapetaka lain sebelum ini.

Amaran mengenai peristiwa hitam itu muncul seminggu selepas ahli kaji bintang mendakwa satu asteroid sedang menghala ke arah bumi dan dijangka bertembung dengan planet ini pada Mac 2004.

Impak dan gegaran akibat pertembungan itu dikatakan cukup kuat sehingga dapat memusnahkan seluruh hidupan di bumi ini.

Bagaimanapun kini, makhluk Bumi kelihatan menghadapi ancaman yang lebih buruk dalam waktu terdekat. Gunung berani terbesar ini mempunyai kawah sehingga 84.8 kilometer dengan lebarnya mencecah 48 kilometer.

Ia terletak di perut bumi di bawa Taman Yellowstone, Wyoming Amerika Syarikat.

Jika gunung berapi ini meletup, ia bakal menjadi letupan gunung berapi paling kuat di bumi sejak 73,000 tahun Sebelum Masihi.

Letupan amat kuat itu akan menyebabkan lahar batu panas terpelanting sehingga beberapa kilometer ke atmosfera.

Daratan di dunia pula akan dilimpahi lautan lahar panas, berserta dengan awan debu besar yang dapat menghalang seluruh muka bumi daripada pancaran matahari. Keadaan itu menyebabkan suhu dunia menjadi tidak tentu hala.

Pakar gunung berapi sudah lama mengetahui mengenai potensi dan bahaya letupan gunung berapi ini.

Selepas gunung berapi ini meletup, planet ini akan musnah sama seperti keadaan tempat yang diserang dengan bom nuklear musim sejuk (nuclear winter).

Semua hidupan akan menghadapi apa yang katakan tempoh mustahil untuk terus hidup kerana hujan asid akan melanda dunia.

Amaran terbaru mengenai letupan gunung berapi itu muncul selepas Profesor Bill McGuuire dari Pusat Penyelidikan Benfield Greig Hazard, Kolej Universiti di London, mendedahkan perkara ini.

Beliau berkata, kebiasaannya setiap 600,000 tahun, gunung berapi Yellowstone akan meletup. Letupan terakhir adalah pada 640,000 tahun lalu.

“Oleh itu, letupan kali ini sudah lama tertangguh dan hanya menunggu masa.

Sukar untuk meramalkan apa yang akan terjadi jika ia meletup. Apa yang pasti ia adalah malapetaka terbesar sehingga menyebabkan batu panas terhumban sehingga 48 kilometer ke atmosfera.

“Satu ribu kilometer padu lahar akan memancut dari gunung berapi itu, cukup untuk menenggelamkan seluruh Amerika dengan sekurang-kurangnya kedalaman 12.5 sentimeter,” katanya.

Gunung berapi Yellowstone hanya dikenal pasti 35 tahun lalu apabila imejnya dikesan oleh satelit. Pada musim panas ini, ahli gunung berapi mengesan pergerakan kuat di bawah bumi di taman itu dan satu gempa bumi kecil berlaku hanya 14.4 kilometer ke selatan Yellowstone.

Pada Julai lalu, satu bahagian di taman negara itu ditutup selepas berlaku peningkatan pancutan wap panas.

Kali terakhir bumi mengalami letupan gunung berapi yang kuat adalah di kawasan berhampiran Sumatera, 75,000 tahun lalu.

Pakar menyatakan, kesan letupan gunung berapi di Sumatera itu hampir memusnahkan seluruh manusiawi dengan jumlah penduduk di Eropah ketika itu, susut kepada hanya beberapa ribu orang.

Penemuan terbaru yang mengejutkan ini muncul selepas pakar pada awal tahun ini mendedahkan sebahagian daripada gunung berapi yang sebelum ini dianggap sebagai tidak aktif, sebenarnya masih aktif.

Penyelidik terkejut dengan penemuan bahawa bumi masih bergerak di bawah empat gunung berapi di Amerika Selatan, meskipun sebelum ini, gunung berapi itu sudah disahkan tidak lagi aktif. – Agensi

Gunung berapi ancam Bumi

Bookmark and Share

    


  Member Information For manis_pemanisProfil   Hantar PM kepada manis_pemanis   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.237191 saat. Lajunya....