Oleh |
alquran bukan untuk ditanam |
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 25-03-07 10:34
Kontroversi menanam al-Quran di Kutub Utara HARUSSANI ZAKARIA. Batalkan hasrat – Mufti KUALA LUMPUR 24 Mac – Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang bakal mengharumkan nama negara menerusi ekspedisi solo ke Kutub Utara pada bulan depan dinasihat membatalkan hasratnya untuk menanam al-Quran di benua ais itu. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) berkata, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana ia adalah satu penghinaan kepada al-Quran. ‘‘Al-Quran untuk dibaca dan dihayati, bukan untuk ditanam, saya tidak bersetuju, minta dia jangan teruskan benda (perbuatan) ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perbincangan pelaksanaan resolusi-resolusi yang diluluskan dalam Kongres Umat Islam Malaysia (Kuisma) di sini, hari ini. Harussani mengulas mengenai hasrat Sharifah Mazlina, 42, mengenai hasratnya untuk menanam senaskhah al-Quran kecil pemberian guru agamanya bagi membuktikan orang Islam mampu melakukan sesuatu yang bersejarah. Menurut Sharifah Mazlina, cadangan menanam al-Quran itu dipersetujui beberapa pakar agama yang ditemuinya. Beliau sebelum ini berjaya menyempurnakan misi merentas Kutub Selatan pada tahun 2004 dalam tempoh 22 hari. Harussani berkata, bantahannya bukan kerana bimbang al-Quran akan dipijak oleh pihak-pihak lain yang melakukan ekspedisi selepas itu sebaliknya kerana ia membawa maksud seolah-olah kitab suci itu sudah mati. ‘‘Ini bukan masalah dipijak, ia berkaitan al-Quran ini mesti dihidupkan, Kenapa kita tanam. Jadi seolah-olah kita menyatakan ia sudah mati,” tegasnya. ‘‘Kalau nama ayah baik tiada masalah, peraturan yang dibuat sebelum ini kerana kita bimbang mereka berkeras untuk terus menggunakan nama tidak baik itu sedangkan ia boleh menyebabkan syirik,” jelasnya. Beliau mengulas kenyataan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman semalam yang mempersoalkan tindakan Majlis Fatwa Perlis membenarkan saudara baru mengekalkan nama keluarga mereka. Abdul Hamid berkata, sistem sedia ada supaya ditukar kepada bin atau binti Abdullah sudah cukup baik serta mudah dan wajar dikekalkan.
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 25-03-07 12:27
Banyak lagi benda-benda lain yang boleh di buat....... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
musafir_lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.09.2005 Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor
|
Posting pada: 25-03-07 13:36
kibarkan saja bendera yang ada lambang Islam...
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 25-03-07 14:38
Nak bagi nampak islamik lah kononnya.
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 25-03-07 14:45
Kalau pergi buat tahlil ke, buat khatam quran ke, usrah ke..Oklah sikit..
|
sufeyna
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.02.2007 Ahli No: 28575
Posting: 109
Dari: perlis
|
Posting pada: 25-03-07 14:49
|
samudra
WARGA SETIA Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu
|
Posting pada: 25-03-07 14:56
Dengan membuat expdc solo molo tu boleh mengharumkan nama islam ke ? dituntut dalam islam ke ?
|
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 25-03-07 15:42
Saya sedih – Sharifah Mazlina KUALA LUMPUR 24 Mac – Wanita pertama Asia yang berjaya menjelajah secara solo ke Antartika, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir hari ini membatalkan hasratnya menanam al-Quran di Kutub Utara dalam penjelajahannya ke kawasan itu bulan depan. Sebagai umat Islam, katanya, beliau menghormati pandangan yang diberikan oleh para mufti mengenai cadangannya untuk menanam kitab suci itu ketika menakluk Kutub Utara. ‘‘Saya faham dengan teguran mereka (mufti) dan membuat keputusan untuk tidak meneruskan hasrat saya ini. Apa yang saya sedih ialah tidak ada sesiapa (mufti) yang menelefon saya dan bertanya mengenai hasrat ini. ‘‘Jika mereka menelefon secara peribadi sudah tentu saya akan menerangkan dengan terperinci mengapa saya ingin berbuat demikian. ‘‘Saya berharap isu ini tidak akan diperbesarkan lagi. Cukuplah setakat ini. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang memberi pandangan ke atas cadangan ini,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini. Sharifah Mazlina berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini yang memintanya membatalkan hasrat menanam senaskhah al-Quran kecil pemberian guru agamanya di Kutub Utara, bulan depan. Sharifah Mazlina sebelum ini dipetik berkata bahawa cadangan itu dibuatnya selepas dipersetujui oleh beberapa pakar agama yang ditemuinya.
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 25-03-07 16:31
Pada 25-03-07 15:42 , rimbabara posting:!!! QUOTE !!! Sharifah Mazlina sebelum ini dipetik berkata bahawa cadangan itu dibuatnya selepas dipersetujui oleh beberapa pakar agama yang ditemuinya. siapa beberapa pakar agama yang dimaksudkan???....astora jabat ke???....marina mahathir???....nori abdullah????....menteri pelancongan kadir syeikh fadhir???....menantu PM khairy jamaluddin??
|
ABg_IMaM
Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 25-03-07 17:16
... !!! QUOTE !!! ‘‘Saya faham dengan teguran mereka (mufti) dan membuat keputusan untuk tidak meneruskan hasrat saya ini. Apa yang saya sedih ialah tidak ada sesiapa (mufti) yang menelefon saya dan bertanya mengenai hasrat ini.
‘‘Jika mereka menelefon secara peribadi sudah tentu saya akan menerangkan dengan terperinci mengapa saya ingin berbuat demikian. ana teringat kata-kata imam Malik .a. "al-ilmu yazaru wa lah yazuru" ilmu itu didatangi bukan mendatangi. jadi apelah salahnya Datin Paduka Sharifah pergilah bertanya pada SS Dato' Mufti Kerajaan Perak...tak pun tanyalah pada SS dAto' Mufti Kerajaan negeri kita... takkanlah 'ulama nak bagitau pada orang awam...ini dia hukum tanam al-Quran sekian2...kitalah kena bertanye pada alim 'ulama...
|
Meow
Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 25-03-07 17:28
Zaman sekarang ni ramai sangat pandai2 agama.. sampai Datuk Mufti belum bagi pandangan lagi, depa dah keluarkan fatwa.. jadi buat fatwa sendiri lah.. p/s: dengar cerita masa pergi Kutub Selatan dulu Sharifah ni dah tanam al-Quran di sana.. wallahua'lam.. hairan jugak apa pasal kali ni baru nak tanya pendapat ulama'.. yang dulu tu tanya pendapat ulama' mana tak tau? ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
sahibul
Warga 4 Bintang Menyertai: 25.09.2006 Ahli No: 26564
Posting: 257
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 26-03-07 00:49
macam-macam..siapa lah guru agama tu agaknya...
|
samudra
WARGA SETIA Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu
|
Posting pada: 27-03-07 12:05
Datu Mufti tolong bagi fatwa fatwa ..boleh tak seorang perempuan membuat xpdc solo jauh kehujung dunia..apakah xpdc tersebut satu ibadah..tak kena pakai cawat besi ke ?
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 27-03-07 12:36
kenapa pula mufti nak kena pergi telefon dia bagitau.bengong.macam dah besar sangat
|
aiz
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 273
Posting: 275
Dari: melaka
|
Posting pada: 27-03-07 12:47
cuba lah cari barang lain....apa nak jadi lah zaman sekarang ni...
|
niza_ati
WARGA SETIA Menyertai: 17.12.2004 Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor
|
Posting pada: 27-03-07 17:07
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 27-03-07 17:17
Pada 25-03-07 14:56 , samudra posting:!!! QUOTE !!! Dengan membuat expdc solo molo tu boleh mengharumkan nama islam ke ? dituntut dalam islam ke ?
salam.. banyak lagi kerja lain yang berfaedah. benda ni tak berfaedah langsung. ----------------- Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....
|
Meow
Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 27-03-07 17:27
agaknya tu saja lah yang mampu dibuat... ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
fathiha
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.11.2005 Ahli No: 20306
Posting: 178
Dari: penang+perak+melaka+n9
|
Posting pada: 27-03-07 18:04
banyak lagi benda boleh buat selain tanam al-Quran..umpama macam kita dah tak nak amalkan al-Quran...em..setakat tanam al-Quran tu..boleh ke nak harumkan nama Islam??Syarifah Mazlina tu buat sedih apenye??sedih sebab mufti tak call dia..sepatutnya dia lah pergi tanya mufti..bukannya mufti nak pergi menyibuk kat dia..pakar agama mana lah dok kata boleh pula -----------------
|