Oleh |
why US not DESTROY IRAN? |
ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang Menyertai: 02.11.2005 Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt
|
Posting pada: 24-03-07 17:27
BUat sekalian semua .... ni nak minta buah fikiran dari kamu semua ... mengapa ye sekarang ini US yang sekarang ni excited sangat nak destroy IRAN tapi asal mereka macam takut saja nak serang... apakah sebab musabab yang membuatkan mereka ni (US) takut nak musnahkan negara IRAn? adakah kerana ada missle NUKLEAR yang sekarang IRAN tengah majukan...? marilah kita sama-sama utarakan buah fikiran.. sekian wassalam thankz ye!!  ----------------- .:ILMU IMAN & AMAL carilah ia...SEBELUM kita meninggalkannya:.>.:Carilah Cinta Allah dan Rasulullah Sebelum Cintanya akan Hambanya:.
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 24-03-07 17:37
Sebab AS da tak cukup duit. Demokrat takkan luluskan perang lagi. Bush bagaikan lempar batu kat singa. Minyak Iraq dah cukup tampung bekalan Amerika kalau Iran tak mahu jual kat Us. Ramai tentera US akan mati katak. Bush dah nak turun tahta beberapa bulan lagi.
|
swordofdeen
WARGA SETIA Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth
|
Posting pada: 24-03-07 18:46
ala..AS pun nak tengok dullu syiah perang dengan ahlul sunnah..dia duduk cucuk kedua-duanya golongan ni guna agen2 dia yang dipanggil * * H * * *
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 24-03-07 18:54
Kalau tanya US dan anjing-anjingnya, memang ada kehendak. Tapi, tidak bagi kebanyakan negara Eropah, China dan Rusia. Iran dengan 80 juta penduduknya punya potensi dan pasaran yang sangat besar di Timur Tengah. Menyerang Iran, ertinya membunuh ekonomi Iran, termasuk FDI negara-negara berkaitan. Juga, perlu diingat, Iran juga punya rezab minyak kedua terbesar di dunia. Shah Iran pernah membuat Presiden Nixon melutut, menyebabkan kenaikan mendadak harga minyak suatu ketika dulu. Iran bukan sebarang negara. Politik Iran tahu memanfaatkan kelebihannya yang ada. Untuk mengalahkan Iran, musuh mereka menggunakan cara halus, merosakkan muda-mudi dan penduduk Iran. Jangan terkejut jika bukan sekali ana dengar laporan rakyat Iran yang menunggu US 'membebaskan' mereka. Dan dengan cara menghantuk Iran ke arah kesilapan yang tidak boleh dimaafkan dunia, seperti penahan anggota Marin UK. Kita tengok bagaimana tamatnya episod penahanan kali ini. UK sudah sangat dimalukan dalam episod hampir serupa, apabila tenteranya yang ditahan memohon maaf secara terbuka dalam Televisyen Iran.
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 24-03-07 18:59
Pada pendapat saya US takut nak serang Iran sebab US tahu Iran mempunyai kemampuan untuk melancarkan serangan balas terutamanya terhadap sekutu kuat US iaitu Israel... Kita ambil contoh kes program nuklear korea utara...Kenapa sampai sekarang US masih belum menyerang korea utara walaupun korea utara pernah mengaku ia membangunkan senjata nuklear???...Sebab korea utara memiliki perluru berpandu yang mampu menghentam bandar-bandar US... -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 25-03-07 14:03
Iran enggan bebaskan askar BritainTEHERAN: Iran semalam tidak menunjukkan tanda bersedia membebaskan 15 anggota tentera Britain yang ditahan ketika meronda di perairan Iraq dan berkata tindakan mereka memasuki perairannya sebagai mencabul kedaulatan Teheran. Britain mendesak 15 anggota tentera laut dan marinnya itu dibebaskan segera dalam keadaan selamat dan berkata mereka ditahan di perairan Iraq ketika mengendalikan operasi biasa mencegah penyeludupan. Bagaimanapun, Kementerian Luar Iran, dengan marah menolak permintaan Britain dan menegaskan peronda laut itu adalah āsuspekā dan āharam.ā āIran mengutuk keras kemasukan haram tentera Britain ke dalam perairan Republik Islam yang menunjukkan tindakan berlawanan dengan peraturan antarabangsa,ā kata jurucakap kementerian, Mohammad Ali Hosseini, kepada agensi berita ISNA. Hosseini berkata, London ātidak boleh melarikan diri dari tanggungjawab atas sebarang sebabā selepas apa yang digelarnya āmencabul kedaulatan Teheran. Iran memanggil diplomat kanan Britain di Teheran kelmarin sebagai membantah apa yang dikatakan kemasukan haram tentera laut Britain ke perairannya. āIni bukan kali pertama tentera laut Britain memasuki perairan Iran secara haram di Arvand Roud,ā kata kenyataan Kementerian Luar, menggunakan nama Parsi bagi perairan Shatt al-Arab yang memisahkan Iran dan Iran. Sementara itu, Britain sebagai reaksi kepada penahanan itu turut memanggil Duta Iran di London kelmarin bagi apa yang disifatkan Setiausaha Luar Britain, Margaret Beckett, sebagai rundingan āpantas tetapi berhemah.ā āKami mahukan penjelasan penuh apa yang terjadi dan kami menyatakan kepada mereka mahu tentera dan peralatan dibebaskan keadaan selamat,ā katanya. Kementerian Pertahanan Britain berkata, 15 anggota tentera laut dan marin berpangkalan di atas kapal HMS Cornwall di Teluk baru menamatkan pemeriksaan ke atas kapal dagang apabila mereka dan dua bot dikepung dan diiringi kapal Iran ke perairan negara itu. ā AFP -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 25-03-07 16:25
|
skater
WARGA SETIA Menyertai: 24.04.2004 Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu
|
Posting pada: 25-03-07 16:27
AS penakut... mereka tahu yang jika mereka serang IRAN .. iRAN akan serang semua kepentingan nya ... WALLAHUA'LAM -----------------
|
are_peace82
WARGA SETIA Menyertai: 06.10.2006 Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang
|
Posting pada: 25-03-07 16:29
|