Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 11 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 12 hari yang lalu
nur_tinta: 18 hari yang lalu
kasih_kekasih: 34 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: al-quran bukan untuk ditanam


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» al-quran bukan untuk ditanam

Please Mendaftar To Post


Oleh al-quran bukan untuk ditanam

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-03-07 15:14


http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/Setempat/20070321103604/Article/indexm_html

Al-Quran bukan untuk ditanam
Oleh Kamarulzaman Pid

PUTRAJAYA: “Kenapa al-Quran mahu ditanam? Perbuatan seperti itu tidak ada nilainya,” kata Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Beliau mengulas hasrat penjelajah negara, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir untuk menanam al-Quran sejurus menyempurnakan ekspedisi di Kutub Utara yang akan bermula 4 April depan.

Dr Mohd Asri berkata, perbuatan menanam al-Quran sebenarnya tidak melambangkan penghormatan kepada kitab suci umat Islam itu.

“Perbuatan itu menyalahi maksud sebenar al-Quran diturunkan kepada umat Islam. Al-Quran diturunkan kepada umat Islam untuk dibaca dan dijadikan panduan dalam kehidupan, bukan untuk ditanam.

“Jadi, saya menasihati beliau (Sharifah Mazlina), fikirkan semula hasratnya itu,” katanya ketika dihubungi petang semalam.

Sharifah Mazlina meluahkan hasratnya itu sebagai bukti orang Islam mampu melakukan sesuatu yang bersejarah dalam ekspedisi itu.

Beliau turut mendakwa beberapa pakar agama bersetuju dengan cadangannya itu.

Sebelum ini, beliau pernah menanam al-Quran di Antartika ketika memulakan ekspedisi merentas benua itu pada Disember 2004.

Dalam perkembangan sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zain, berkata perbuatan menanam al-Quran adalah sesuatu yang baru.

“Satu ketika dulu pernah al-Quran diletakkan di bulan oleh seorang berbangsa Mesir yang dikirimkan menerusi roket Amerika Syarikat.

“Namun, usaha beliau (Sharifah Mazlina) untuk sampai ke kutub itu memang perlu dipuji. Saya rasa niat untuk berbuat demikian adalah baik iaitu untuk menunjukkan orang Islam pernah sampai ke tempat itu,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Abdullah berkata, hal itu akan dibincang dan fatwa mengenainya akan dikeluarkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di Kuala Terengganu, Terengganu, dari 10 hingga 12 April depan.

“Kita ada muzakarah dan biarlah perkara berkenaan diselesaikan golongan profesional.

“Kita mencari penyelesaian dan titik pertemuan. Jangan pula kita cari perbezaan untuk masyhurkan seseorang.

“Paling penting, jangan kita menidakkan usaha yang sudah berjalan selama ini,” katanya pada sidang media di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini, semalam.

Muzakarah itu turut membincangkan mengenai isu pameran jin dan hantu serta isu mualaf berbinkan nama asal bapa yang heboh diperkatakan masyarakat sekarang.

Majlis Fatwa Perlis sebelum ini mengeluarkan fatwa yang mewajibkan orang bukan Islam yang memeluk agama Islam mengekalkan nama bapa atau nama keturunan mereka pada dokumen pengenalan masing-masing.

Isu pameran hantu dan jin pula timbul apabila Lembaga Muzium Negeri Sembilan menganjurkan pameran itu bermula dari 10 Mac lalu hingga 31 Mei depan.

Pameran itu mendapat teguran Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Dr Mohd Asri yang menegaskan pameran itu tidak memberi faedah.


-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/





Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-03-07 22:08


tak ada kerja lain ke nak buat selain tanam alQuran itu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

nurilham7
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2005
Ahli No: 20317
Posting: 241
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-03-07 22:10


ishh..Kenapa nak tanam Al-Quran..macam mana kalau org lain pergi sana pas tu terpijak...nauzubillah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurilham7Profil   Hantar PM kepada nurilham7   Quote dan BalasQuote

alliaazam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2007
Ahli No: 28915
Posting: 159
Dari: Damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-03-07 22:18


itulah masalahnya kalau ilmu agama dah cetek sangat..lepas tu tak sensitive langsung pada isu macam ni...:(

Bookmark and Share

    


  Member Information For alliaazamProfil   Hantar PM kepada alliaazam   Pergi ke alliaazam's Website   Quote dan BalasQuote

snawan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.05.2006
Ahli No: 24573
Posting: 152
Dari: kiri ke kanan

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-03-07 23:09


sepatutnya ditanam dalam hati.
bukannya ditanam kat situ.
entah apa-apa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For snawanProfil   Hantar PM kepada snawan   Quote dan BalasQuote

nurun
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.02.2005
Ahli No: 14200
Posting: 97
Dari: jb

Johor  


posticon Posting pada: 21-03-07 23:15


Kenapa nak taman al-quran.......ana tak setuju langsung tindakan tersebut jika dilaksanakan........

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurunProfil   Hantar PM kepada nurun   Quote dan BalasQuote

ainsyam_shafie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.11.2004
Ahli No: 12633
Posting: 52
Dari: johor bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-03-07 11:47


tanam al-quran mungkin satu benda baru dan kita perlu berhati-hati dalam menguruskannyer.

saya harap dr. sharifah mazlina banyakkan sabar dan jangan terlalu ghairah untuk melakukan perkara yang belum diputuskan ulama'. tak cukup tanya ustaz sini sana..lepas itu dapat lampu hijau...umum kepada press nak buat itu. ini amat merbahaya!!!

dr. sharifah adalah orang yang terpelajar...harap bijak menilai keputusan dia semula.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainsyam_shafieProfil   Hantar PM kepada ainsyam_shafie   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1097
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 22-03-07 12:09


tanam dia saja kat situ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-03-07 12:09


kan bagus kalau srfh mazlina buat sesuatu yang lebih berfaedah.
contohnya cipta sejarah menghabiskan bacaan AQ hingga juzuk ke30 kat kutub utara tu atau berdakwah kat orang-orang eskimo ke....kan lebih berfaedah lagi berpahala.
dari tanam Quran kat dalam ais.
nanti orang terpijak ke, haiwan buang najis ke. kan dan tercemar kesucian AQ.
harap dia fikirkan semula lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 22-03-07 17:30


tak ada kerja lain ke dia 2.Rndhnye mrtabat kitab 2 sampai kena tanam begitu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

umminajihah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.09.2005
Ahli No: 18690
Posting: 70

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-03-07 18:16


al-quran tu kitab suci. Allah turunkan untuk di baca, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan kita, bukan untuk di tanam..moga Allah beri dia petunjuk...macam-macam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For umminajihahProfil   Hantar PM kepada umminajihah   Quote dan BalasQuote

putri_syiffa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16476
Posting: 67
Dari: Malaysia

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 22-03-07 19:04


hek ekh.....
sesukahati saja ....nak tanam...Al-quran...
ingat Al-Quran itu apa majalah hiburan.....
ish2.....macam mana ini orang yang berpelajaran....bersikap...
macam ini.....erm....fikirkanlah....Al-Quran itu darjat dia tinggi untuk di amalkan bukan untuk di tanam dan disimpan

Bookmark and Share

    


  Member Information For putri_syiffaProfil   Hantar PM kepada putri_syiffa   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-03-07 19:46


:roll: Apa yang beliau telah capai memang bagus, tetapi Kenapa beliau hendak menanam al-Quran pula.......?


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120072 saat. Lajunya....