Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Laut yang tenang tidak menghasilkan nelayan berani

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 80
Ahli: 0
Jumlah: 80




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 23 hari yang lalu
ronniefinancehome: 34 hari yang lalu
MTMKi: 44 hari yang lalu
usop79: 46 hari yang lalu


Cerpen
Topik: diari seorang isteri solehah


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» diari seorang isteri solehah

Please Mendaftar To Post


Oleh diari seorang isteri solehah

waniesyaz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.02.2007
Ahli No: 28518
Posting: 31
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 19-03-07 12:29


4.30pagi



Terasa hangat kucupan pada dahi ini. Ku lihat zauji di sebelah sudah siap berjubah putih dan berkopiah. Lantas daku hadiahkan sekuntum senyuman buat zauji. Sungguh semangat dia pagi itu. Mungkin kerana malam semalam dia tidak ada tugasan di luar. Kalau tidak nampak juga wajah keletihannya jika pulang lewat dari mesyuarat atau usrah cawangan. Namun, ianya tidak pernah tinggal.



Ya Allah, bersyukurnya aku padaMu kerana dikurniakan aku seorang suami yang soleh. Kau tetapkanlah imannya, kekalkanlah ketaqwaannya padaMu, dan eratkan lagi kasih sayang yang telah Engkau berikan kepada kami. Ameen!



6.30pagi



Selesai menunaikan solat subuh dan mengaminkan doa kudus zauji, seperti biasa zauji akan memberikan sedikit kuliah buatku. Wajahnya sangat tenang. Walaupun ku tahu disebalik ketenangan itu terlalu banyak tugasan yang perlu zauji selesaikan. Jawatan sebagai Ketua Pemuda Kawasan membuatkan waktu untuk kami bersama amat terhad. Jadi, waktu beginilah zauji manfaatkan bersamaku. Aku redha dan pasrah, malah aku bangga miliki zauji. Dialah suamiku dunia akhirat.



8.00pagi



Pagi sabtu begini zauji ada mesyuarat mingguan di Taman Melawati. Lagipun pula sekarang sedang hangat isu pilihanraya umum, semakin sibuk insan kesayanganku itu, kekadang tak sampai hati melihat keadaan zauji. Ke sana dan ke mari menjalankan tugas. Namun tak pernah ia merintih dan mengadu. Aku persiapkan kelengkapannya untuk mnghadiri msyuarat. Baju dan seluarnya telah siap ku gosok. Kopiah, sapu tangan, dan stoking sudah pun kucuci, ku susun rapi di atas katil. Zauji kata hari ini dia perlu bawa fail Tarbiyyah dan Siasah. Aku capai fail2 yang sedia tersusun rapi di atas rak dan ku satukan bersama pen dan beberapa helai kertas kosong untuk zauji membuat catatan dan ku letakkan ke dalam briefcasenya.

                

Aku bergegas ke dapur. Melihat pisang yang ku goreng. Zauji sedang menikmati teh panas. Aku suakan pisang goreng ke mulutnya. Zauji tersenyum, katanya pisang gorengku sedap, lantas cubitan manjaku singgah ke pipinya yang semakin usang dibawa usianya yang semakin meningkat.



Ya Allah, bahagianya aku pagi ini. Kau lindungilah suamiku, permudahkanlah tugasnya dan peliharalah dia. Kekalkanlah kemesraan ini hingga ke akhir hayat kami?



Sebelum zauji pergi ke Taman Melawati, dia berpesan padaku agar menjaga diri baik-baik. Zauji berjanji akan pulang selepas sahaja habis mesyuarat. Aku betulkan kopiah zauji yang senget sedikit. Aku pastikan segala kelengkapan yang perlu zauji bawa tidak tertinggal. Aku kucup tangan kasar zauji yang telah banyak bersusah payah mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Walau tak seberapa gaji zauji terima, namun keberkatan dari Allah, wang yang sedikit itulah mengajar kami bersifat zuhud dan bersederhana dalam apajua keadaan. Zauji mengucup dahiku. Sebak rasanya di dada. Aku rangkul tubuhnya yang nampak letih namun di dalamnya membara darah hangat semangat seorang pejuang yang bakal mengalir titisan saga seorang mujahid. Jelas di wajahnya kerisauan untuk meninggalkan diriku berseorangan di rumah. Namun ku yakini zauji bahawa aku pandai menjaga diri. Zauji mengucapkan terima kasih kepada ku kerana menyiapkan kelengkapannya pagi itu dan sarapan untuknya.



Sama-sama zauji, berjuanglah wahai mujahid Allah.



10.00pagi



Alhamdulillah, Semuanya telah selesai. Baju sudah siap ku cuci dan ku sidai. Aku pastikan keadaan rumahku berada dalam keadaan bersih. Walau kecil rumah yang zauji sediakan untuk kami berteduh, namun aku tidak pernah merungut. Di rumah kecil inilah kami menyemai kasih sayang. Aku redha bahawa seorang isteri solehah tidak akan mengungkit-ungkit akan pemberian yang diberikan oleh suami, apatah lagi meminta-minta sesuatu yang diluar kemampuan zauji.

                

Selepas selesai segala kerja-kerja rumah. Aku ke bilik khas tempat di mana zauji dan aku menyimpan fail-fail jemaah dan tempat kami berbincang. Rak buku yang mengandungi buku zauji dan buku ku yang kami kumpul sejak di universiti lagi. Zauji memang minat membaca.

                

Aku membelek-belek planner dan sesekali aku mengerling ke arah jadual yang sedia terlekat di dinding. Sepatutnya aku ada usrah tetapi terpaksa dibatalkan. Waktu yang lapang ku cuba siapkan kerja-kerja zauji. Zauji kata, kalau ada masa lapang, buatkan teks tazkirah dan ceramah utknya. Zauji selalu juga mendapat undangan ceramah dan tazkirah setiap malam isnin, zauji akan memberi kuliah maghrib di surau berdekatan rumah kami. Zauji tahu aku tidak mempunyai ilmu yang mantap sepertinya, namun zauji selalu memberikan ku keyakinan padaku yang aku boleh. Jika ada kesalahan pada teks ku, zauji akan memperbetulkan dan memberi penerangan kepadaku.



11.45 pagi



Zauji baru sahaja telefon. Katanya mesyuarat baru sahaja habis. Aku bergegas ke dapur melihat asam pedas yang ku masak tadi. Tentu zauji suka. Aku pastikan segalanya dalam keadaan sedia. Diriku bersih dan terurus, itulah tanggungjawab seorang isteri. Kedengaran bunyi motor zauji dari kejauhan. Aku buka sedikit pintu, tersenyum zauji melihatku. Gembiranya hati ini melihat zauji tersenyum. Lapang rasa hati, tenang pula dijiwa. Aku sambut kepulangannya dengan mengucup tangannya. Zauji lantas memegang tanganku, dihulurkan satu bungkusan kepadaku. Di dalamnya ada sepasang jubah berwarna merah jambu. Aku senyum kepada zauji., tanda terima kasihku.



Ya Allah, semoga zauji menjadi suami yang soleh dan ku menjadi pendampingnya yang solehah. RedhaMu adalah kemuncak segala cita-cita, moga baitul muslim ini kekal hingga akhir hayat kami, amin!



3.00petang



Petang ini seperti biasa zauji duduk bersamaku menyelesaikan tugasan jemaah. Zauji selalu berpesan kepadaku jika ada sesuatu yang perlu dibicarakan, maka luahkanlah, zauji memang tidak pernah mengabaikan perasaanku. Aku selalu meyakinkan pada zauji agar jangan risau tentang diriku. Aku takut diriku menjadi asbab akan gugurnya zauji dari perjuangan ini. Tidak ingin sekali-kali.

                

Ku dambakan hati setabah Khadijah, minda secerdik Aisyah, jiwa setenang Fatimah dan diri sehebat Sumayyah. Ingin aku hadiahkan ketabahan, kecerdikan, dan ketenangan itu kepada zauji. Moga zauji bangga memiliki zaujah seperti itu. Namun, kurasakan diriku amat kerdil dan jauh untuk ku capai maqam setinggi itu.

                

Zauji selalu meyakinkan bahawa aku zaujah yang baik, itulah doa buatku, moga doa zauji dimakbulkan Allah.



9.00malam



Malam ini zauji ada tugasan di luar. Zauji diarahkan ke Kelantan untuk menghadiri mesyuarat bersama Tuan Guru. Aku siapkan kelengkapannya. Zauji kata, urusan ini mengambil masa seminggu. Sedih juga di hati ini, tapi aku harus terima hakikat bahawa zauji bukan milikku seorang. Allah adalah punya mutlak zauji kesayanganku. Maka aku mesti redha miliki suami ahli gerakan Islam. Sebelum zauji pergi, zauji menghulurkan sampul surat kepadaku. Aku tersenyum, zauji pun tersenyum. Pastinya surat buatku. Zauji pasti akan mengarang surat untukku jika dia bertugas di luar. Zauji akan menasihatiku dan memberikan perangsang buatku. Terima kasih zauji.

                

Zauji semakin hilang di kepakatan malam yang hening itu. Dia pergi untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada Islam. Selamat berjuang wahai mujahid Allah. Aku sentiasa di sini menanti kepulanganmu dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Ketahuilah zauji tercinta, tidak pernah walau sekelumit aku menyesal menjadi surimu walau selalu ditinggalkan. Malah. Aku bersyukur dan merasa amat bangga kerana diizin Allah untuk bersamamu. Biarlah dunia ini penjara buat kita, namun di akhirat sana Allah pasti akan memberikan ganjaran pada hamba yang ikhlas dan sabar

;-)


-----------------
hidup & matiku kerana ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For waniesyazProfil   Hantar PM kepada waniesyaz   Quote dan BalasQuote

nur_takwa88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.02.2007
Ahli No: 28942
Posting: 91
Dari: bumi anbiya'

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-03-07 15:17


salamun alaikum,indah dan tenangnya hidup suami isteri seperti ni.saling kasih mengasihi dan saling memahami antara satu sama lain.barulah akan merasai mwaddah wa rahmah.semoga menjadi panduan u muslimat yang sudah mahoun belum mndirikn rumahtangga.InsyaAllah.Wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_takwa88Profil   Hantar PM kepada nur_takwa88   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 19-03-07 21:57


salam ... :D

teringin sekali menjadi seorang suami seperti cerita diatas... dan amat berharap agar bakal zaujahku seperti penulis diari diatas...

sampai sekarang maish bertanya pada diri ini.. apakah sumbangan ku pada agama islam??? masih kerdil lagi nampaknya langkah kaki ku ini....

salam perjuangan dan ukhwah ... :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-03-07 23:02


Hmm...sifat-sifat dan isteri yang ideal tu...


Ya muqallibal quluub, sabbit quluubi ala diinik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 19-03-07 23:15


Subhanallah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 19:56


Saffa mengimpikannya....saatnya pasti hadir
InsyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

najah85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 21:21


seronok baca..insyaallah semoga bahagia itu juga milik kita semua..

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah85Profil   Hantar PM kepada najah85   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 12-06-07 21:33


Assalamualaikum...bagus ceritanya...boleh dijadikan teladan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 22:23


assalamualaikm..bahagiaanya kehidupan cerita diatas tu..suami isteri yang sama-sama bekerjasama dalam berjuang dalam menegakkan islam..dalam mncapai cintaNYA..YA ALLAH..jadilah aku seorang anak..isteri dan ibu yang solehah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 12-06-07 23:42


alangkah indahnya andai benar-benar ada kehidupan yang menuruti tiap susun atur diari ini..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 10:01


cinta kerana Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 11:44


(^_^)

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 17-08-07 14:38


bahagianya, semoga kebahagiaan itu berkekalan dan mampu juga untuk ana kecapi :-)


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 17-08-07 16:19


bertuahnya jika dapat membina rumahtangga setenang dan sedamai itu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

atma
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20808
Posting: 37
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 17-08-07 16:33


Assalamualaikum....

Terharu baca diari di atas...... Kami pohon kepadaMu ya Allah SWT agar kami juga dapat menjadi suami yang soleh dan dipertemukan dengan isteri yang solehah. Ya Allah perkenankanlah doa kami ni. Amin..

wa'allahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For atmaProfil   Hantar PM kepada atma   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 17-08-07 19:57


:):):):):)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 27-10-07 21:39


Pada 19-03-07 21:57 , khalifah_85 posting:

!!! QUOTE !!!

salam ... :D

teringin sekali menjadi seorang suami seperti cerita diatas... dan amat berharap agar bakal zaujahku seperti penulis diari diatas...

sampai sekarang maish bertanya pada diri ini.. apakah sumbangan ku pada agama islam??? masih kerdil lagi nampaknya langkah kaki ku ini....

salam perjuangan dan ukhwah ... :D



sama lah saya punn


-----------------
don't forget to say THANK YOU ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

shamok
Warga Rasmi
Menyertai: 01.11.2006
Ahli No: 27156
Posting: 2

Perak  


posticon Posting pada: 27-10-07 22:09


ya Allah..jadi aku suami soleh yang miliki keluarga yang beriman kepada Mu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For shamokProfil   Hantar PM kepada shamok   Quote dan BalasQuote

kahfi8
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2007
Ahli No: 31129
Posting: 517
Dari: Damansara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-11-07 16:13


zaujun yang soleh... :) nak jadi begitu juga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kahfi8Profil   Hantar PM kepada kahfi8   Pergi ke kahfi8's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098183 saat. Lajunya....