Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih.
--

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 204
Ahli: 0
Jumlah: 204




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pantun
Topik: Salam Windu dari nur_tinta


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pantun
    »» Salam Windu dari nur_tinta

Please Mendaftar To Post


Oleh Salam Windu dari nur_tinta

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-09-03 10:28


Assalamualaikum pembuka bicara,
dari tinta buat semua,
sudah lama tidak bersua,
kini terpanggil kerna rindu di dada..

10 jari tersusun rapi,
tanda kemaaf dari hati,
bukan tak sudi, cume busy,
asyik ngan asignment tiap hari.

kini nur_tinta dah timbul kembali,
rasa rindu nak berpantun sekali,
moga sahabat tak berubah hati,
kekal di forum pantun, forum hangat sekali.

dari yy gelikan hati, sampai yang memasamkan muka,
para pemantun menyusun kata,
moga kalian sentiasa gembira,
sekadar berpantun dan bergurau senda.

buat sahabat Firdaus_azimi,
serta kekandaku mencariSinar dan alin_ni,
maafkan diriku lama menyepi,
Jazakallah kerna tak habis2 berpantun disini.

Kini tiba waktu dan masa,
buat hamba mengundur diri,
moga tuan ceria sentiasa,
di forum pantun ketemu lagi....


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-10-03 16:48


Assalamualaikum pembuka cerita,
dari dinda buat semua,
salam rindu kasih nan mesra,
moga disambut dengan hati nan ceria.

dari gombak ke bumi melaka,
demi memenuhi ilmu di dada,
mengapa teman diam sahaja,
tak sudikah menjawab pantun hamba?

waa sedih laa takde org nak balas pantun saya



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-10-03 17:06


waalaikumussalam wbt...

ala... sorrylah dik...
bkn tak nak jwb, tapi tak reti berpantun...
selamat kembali ke komuniti...
dan selamat berforum...



-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-10-03 19:01


hikhikhik..
nak dibalas ke..
ingatkan utk dibaca je..
hikhikhik..

berposting dia beriya-iya
utk kekalkan ukhwah semuanya
salam dihulur kusambut ria
semoga kekal ukhwah hendaknya

forum pantun forum terhangat
ratingnya pula tinggi sekali
kekal bersama sentiasa ku ingat
untuk berundur jauh sekali

usik mengusik sesama kita
pastikan tiada yg terasa hati
jagalah adab itulah utama
kekalkan ukhwah sampai kemati

salam dihulur sudah dikait
diharap usah merajuk lagi
kita disini ibarat berkait
satu pergi tak tercari ganti

sudah byk kata kuhulurkan
izinkan aku berundur diri
salah dan silap harap dimaafkan
kerna itulah kekurangan diri

p/s..tak pergi sekolah sakit mata..
jgn marah cikgu nur tinta..





-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-10-03 23:15


assalamualaikum untuk semua...ermm..nak test power pantun jap..

tak reti plak nak mula camne... nanti balik umah pikir jap yer

ape2 pun

tan tin tun..
teruskan berpantun..






-----------------
no pain..no gain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-10-03 21:10


Salam ceria buat semua,
dari dinda yang jauh dimata,
assalamualaikum buat semua,
harap-harapnya ceria sentiasa,

tibanya masa serta waktunya,
utk kita menyambut ramadhan,
marilah kita raikan bersama,
menyambut ceria bulan ramadhan..




buat sahabat ukhwah semua,
tinta hrap kalian bahagia,
di forum pantun kita ceri,
moga ukhwh terjalin selamanya.


wallahualam.



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-10-03 21:52


Assalamualaikum...

alahai...syahdu sungguh pantun-pantun kat atas tu yer...sungguh mengusik jiwa

maaflah, ana pun tak pandai nak berpantun...

wassalam..

-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-10-03 22:10


Waalaikumussalam..

selamat kembali ke komuniti.. alahaii.. dah lama tak berpantun.. dah berkaratla pula.. tak apa yang penting... selalulah ke sini ye.. wassalam

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

puteri_tasik
Warga Rasmi
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4594
Posting: 10
Dari: bumi ciptaan ALLAH SWT

Perak  


posticon Posting pada: 25-10-03 22:15


puteri santubung memakai sutera
asyik berjalan di dalam taman
assalamualaikum salam sejahtera
salam perkenalan buat teman-teman.

rama-rama terbang berdua
hinggap sebentar di daun keladi
marilah sama kita berdoa
ukhwah terjalin kekal abadi.



Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_tasikProfil   Hantar PM kepada puteri_tasik   Quote dan BalasQuote

mawarputih
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 146
Posting: 283
Dari: Bangsar, K.Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-10-03 16:20



    


  Member Information For mawarputihProfil   Hantar PM kepada mawarputih   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-11-03 15:37


Salam mesra buat semua,
moga sahabat ceria sentiasa,
assalamualaikum pembuka bicara,
agar ukhwah terjalin mesra.


puteri santubung memakai sutera
asyik berjalan di dalam taman
assalamualaikum salam sejahtera
salam perkenalan buat teman-teman.

rama-rama terbang berdua
hinggap sebentar di daun keladi
marilah sama kita berdoa
ukhwah terjalin kekal abadi.



Indah nama seperti tuannya,
puteri_tasik membuka salam bicara,
salam dihulur seikhlas hatinya,
moga perkenalan terjalin sentiasa.

harapan puteri termetrai sudah,
ikatan terjalin ternyatanya indah,
itulah kemanisan dalam ukhwah,
harapan tiap sahabat ukhwah.


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-11-03 15:46


dari gombak ke bumi melaka,
demi memenuhi ilmu di dada,
nur_tinta kini muncul tiba,
bersama kasih dan sayang anda semua.

dari sahabathijjaz,kini ukhwah,
byk benda yang saya pelajari,
dari hamba terimalah sudah,
salam ikhlas dari hati.

ingatan itu sentiasa ada,
buat sahabat dan dinda semua,
dalam hati tak pernah ku lupa,
kasih nan mesra anda semua.



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

Maricella

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-11-03 15:58


huh..berpantun plak..

dah lame x b'pantun...hmmm...lame gak x chat ngan kak lin..huh

Bookmark and Share

    


  Member Information For MaricellaProfil   Hantar PM kepada Maricella   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-11-03 20:54


Assalamualaikum...

laaa takkan tuligh jer pantun nyer mana maricella...
macam tak biase....

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-04-05 22:28


ewahhhhhhh...

lama benar tak kunjung tiba,
rasa rindu membuak didada,
kini nur_tinta dah kembali menjelma,
meng"havoc"kan forum pantun bersama.

hilang bukan bermaksud lupa,
sentiasa di sini sekadara pembaca,
nak balas apa takut tak kena,
jadilah saya membaca setia.

buat sahabat yang juah dimata,
terasa rindu nak pantun bersama,
buat apa tunggu lama-lama,
bersamalah memeriahkan forum semula.

buat sahabat baru dan lama,
terima kasih tak terhingga,
kerna setia di sini jua,
memeriahkan pantun warisan lama.

cukuplah dulu buat seketika,
di lain masa bertambah jua,
moga kita ketemu semula,
berdakwah melalui warisan lama.


Allahuakbar!!


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-04-05 23:25


Memang lama dah tak kunjung,
Tiba -tiba ada muncul semula,
Dah lama berehat kat kampung,
Kini kembali aktif semula,

Bukan setakat tak posting,
Nak baca saja tak sempat,
Masuk hutan naik pening,
Datang sakit tak bertempat,

Warisan temurun masih mekar,
Pantun dihias dengan lawa,
Sambil bertanyakan khabar,
Kerana dah lama tak jumpa.




-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-04-05 10:47


kembali,

prof_muslim teman berpantun,
dahulu menghilang kini menjelma,
ayuh kita bersama berpantun,
mengukuh kembali ukhwah lama.

bermain bola melantun-lantun,
melantunlah bola sampai angkasa,
uish lama benar tak berpantun,
rasa berkarat semua kata.

buat sahabat baru dan lama,
usah mendiamkan diri sahaja,
marilah bersama meng"havoc"kan semula,
forum pantun forum kita semua.

buat mereka yang tak kenal saya,
salam perkenalan dari hamba,
asal kuala lumpur kini di melaka,
utk memenuhi ilmu di dada.

salam manis beserta senyuman,
khas buat sahabat semua,
janganlah malu janganlah segan,
kita semua sama sahaja.

cukuplah setakat sini dahulu,
dilain masa ketemu jua,
sambutlah salam rindu dariku,
dilain pantun kita bersama.

wallahualam

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-04-05 21:16


Tak kira jauh atau dekat,
Tak kira lama atau baru,
Pastu ukhwah pasti erat,
Walau lama tak ketemu.

Hujan panas silih berganti,
Siang malam saling bertukar,
Jauh di mata dekat dihati,
Ukhwafillah masih mekar.

Bunga raya berwarna merah,
Buah kelapa warnanya hijau,
Hidup kena selalu peramah,
Moga ceria gembira selalu/


-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

sahabat_ikhwan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.11.2003
Ahli No: 5181
Posting: 117
Dari: kuala lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-04-05 16:47




mcm best jer... an pon nk try ler...

hobi kwn ku nermain gasing...

bermain gasing didalam rumah...

ape kenelah kau main gasing dalam rumah...

aper dah tkde tmpat lain ker ko nk main gasing...


erk... pelik jer...

-----------------
ku harap hanya keikhlasan...
dan ku rindukan keramahan...
aku inginkan kemesraan...
berkekalan berpanjangan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ikhwanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ikhwan   Pergi ke sahabat_ikhwan's Website   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 22:03




wah sahabat_ikhwan pandai sungguh akhi menjual pantun.... kak tinta cuba balas ya..

mari semua menjamu makan.
makanan kegemaran setiap orang....
mainlah gasing ditempat yang disediakan
utk keselamatan semua orang.



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 22:03




wah sahabat_ikhwan pandai sungguh akhi menjual pantun.... kak tinta cuba balas ya..

mari semua menjamu makan.
makanan kegemaran setiap orang....
mainlah gasing ditempat yang disediakan
utk keselamatan semua orang.



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-11-09 15:30


Assalamualaikum pembuka bicara,
dari ana buat semua,
salam kasih bertaut semula,
salam nur_tinta buat semua.

ukhwah dot com tempat berdakwah,
bersama teman sahabat semua,
dari online bersua muka,
termetrai kasih, terjalin ukhwah.

dari melaka hingga ke kedah,
nur_tinta masih merantau lagi,
entah bila entahkan sudah,
namun nur_tinta tetap disini.

hilang bukan bermaksud lupa,
sentiasa di sini sekadara pembaca,
nak balas apa takut tak kena,
jadilah saya membaca setia.

buat mereka yang tak kenal saya,
salam perkenalan dari hamba,
asal kuala lumpur kini di melaka,
untuk memenuhi ilmu di dada.

salam manis beserta senyuman,
khas buat sahabat semua,
janganlah malu janganlah segan,
kita semua sama sahaja.

dahulu seorang kini berdua,
menjadi ibu harapan di dada,
status bertukar namun orangnya sama,
nur_tinta masih nur_tinta jua.

cukuplah dulu buat disini,
dilain masa ketemu lagi,
moga ada yang sudi membeli,
agar terubat rindu dihati....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-11-09 15:35


Tak pandai nak berpantun, tapi nak ucap Salam rindu juga buat kak nur_tinta. Welcome back..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 07:32


.. pantun untuk nur tinta

hari-hari aku minum kopi,
minum kopi cap Kapal Api,
kemanakah gerangannya lama menyepi,
andai ada masa lawat2lah kami disini...

(wah.. pandai juga aku berpantun.. kebolehan luar biasa ini :lol: ahaks)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 08:13


Assalamualaikum

Pada 05-11-09 07:32 , kakisamun posting:

!!! QUOTE !!!

.. pantun untuk nur tinta

hari-hari aku minum kopi,
minum kopi cap Kapal Api,
kemanakah gerangannya lama menyepi,
andai ada masa lawat2lah kami disini...

(wah.. pandai juga aku berpantun.. kebolehan luar biasa ini :lol: ahaks)


dari busar terlayanglah panah,
panah terkena si jantung hati,
kerna tugas dan amanah,
diriku ini lama menyepi.

tinggi-tinggi si matahari,
panas dan segar sepanjang hari.
kini diriku kembali ke sini,
menyambung ukhwah termetrai dihati.

bermain bola melantun-lantun,
melantunlah bola sampai angkasa,
uish lama benar tak berpantun,
rasa berkarat semua kata.

Kini tiba waktu dan masa,
buat hamba mengundur diri,
moga sanhabat ceria sentiasa,
di forum pantun setiap masa.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 08:16


.. pantun lagi..

hari2 minum kopi,
nanti kita berjumpa lagi..

(pantun 2 kerat cukup.. simpan idea.. :lol:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 08:29


Pada 05-11-09 08:16 , kakisamun posting:

!!! QUOTE !!!

.. pantun lagi..

hari2 minum kopi,
nanti kita berjumpa lagi..

(pantun 2 kerat cukup.. simpan idea.. :lol:)


Tinggi sungguh nilainya Emas,
Tinggi lagi kasih nan suci,
sekadar bertanya soalan cepu mas,
dah kawin ke belum wahai akhi?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-11-09 09:24


assalamualaikum membuka bicara,
buat semua sahabat di sini,
salam dihulur kasih nan mesra,
salam penuh ikhlas dihati.

indah wajah putera laksamana,
lemah lembut budi pekertinya,
dimanakah gerangan sahabat lama,
teman berpantun di kala duka?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.289686 saat. Lajunya....