Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya
-- Ibnu Abbas

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 171
Ahli: 0
Jumlah: 171




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 28 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Apa Perlunya PLKN??


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Apa Perlunya PLKN??

Please Mendaftar To Post


Oleh Apa Perlunya PLKN??

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 14-03-07 18:15


Assalamualaikum wbt.

sekarang ini...dah masuk tahun ke-4 (kalau tak silaplah) perlaksanaan program PLKN (national service)....dan dalam waktu yang sama jugak...kita dapat lihat banyak masalah timbul ekoran perlaksanaan tersebut...sampai melibatkan kematian peserta dan ada peserta yang menghadapi masalah kesihatan.

so....jom bincang....apa perlunya PLKN ini??...adakah ianya membawa kebaikkan atau hanya keburukkan...relevent kah PLKN ini untuk dilaksanakan di malaysia.

1st...ini personal opinion dari naruto-san (siapa tak setuju tak kisah)...apa yang naruto-san nampak tentang PLKN ini ialah:

1- Ianya hanya putar belit politik. Ianya adalah menifestasi kepada program BTN (biro tatanegara) cumenya kali ini melibatkan bebudak non-malay iaitu india dan cina - sebabnya pengarah PLKN adalah pensyarah famous kat UUM yang semua org tahu dia org kuat BTN

2- Ianya adalah program untuk brainwash generasi muda supaya sentiasa menyokong kerajaan yang penuh dengan kegiatan rasuah dan melatih peserta menyebut "yes sir!!" dalam situasi apa sekalipun....hatta boss suruh buat benda salah pun kena cakap "yes sir!!"...."perintah akan dilaksanakan"

3- Memperkenalkan kepada peserta2 akan kehidupan bersosial tahap extreme...bagi melahirkan golongan generasi muda yang ultra liberal.

4- Bagi project ekonomi kepada kroni2 kerajaan. Pembekalan makanan peserta2 PLKN. PEmbekalan pakaian peserta dan etc.

wallahua'lam
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 14-03-07 18:20 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-03-07 18:24


salam~
takat ni tak nampak apa-apa yang positif pasal plkn..tatau lah kalo2 saya ni negatif sangat..tapi kalau ada yang dapat pandang dr sudut positif,sudi2 lah share ye..
wassalam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 14-03-07 18:32


Emmm,sebagai salah seorang bekas peserta plkn.. memang kalau ikutkn banyak buruk daripada baiknya.. tapi semuanya terpulang kepada hati masing-masing..

Nak kata negatif pun tak sangat, positif pun tak sangat.. sebenarnya aktiviti yang dijalankan dalam PKN memang susah nak didapati dalam program yang lain...

Banyak ilmu terutama tentang kehidupan hutan dan pertahanan diri dapat diperolehi. Tapi perkara yang selalu kita ambil berat adalah negatifnya... Yang teruknya, ada yang ambil kesempatan ini untuk bergaul bebas dan buat yang tak senonoh...

sekadar pengalaman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-03-07 19:35


Menyusahkan saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

zinniratunnajua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2004
Ahli No: 12834
Posting: 271
Dari: bumi Allah

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-03-07 19:40


best...untuk enjoy saja....positifnya tak ada..sebab dah pernah melalui...mmmg setakat enjoy saja lah...huhu...xsukeee...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zinniratunnajuaProfil   Hantar PM kepada zinniratunnajua   Pergi ke zinniratunnajua's Website   Quote dan BalasQuote

yusof88
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2007
Ahli No: 28247
Posting: 249
Dari: pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-03-07 20:59


bagus jugak plkn ni
dapat menyuntik semangat para remaja untuk lebih berdisiplin
duit pun dapat juga..hehehe...........
saya pun dapat plkn masa tahun 2006

Bookmark and Share

    


  Member Information For yusof88Profil   Hantar PM kepada yusof88   Quote dan BalasQuote

AUS_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16977
Posting: 172
Dari: KL

Perak  


posticon Posting pada: 14-03-07 21:09


plkn, kalau ditimbang2 banyak buruk darik baiknya.... diantara contoh2nya ada kat posting pertama....
so kesimpulannya tak perlu....
[ Telah diedit oleh: AUS_85 pada 14-03-07 21:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For AUS_85Profil   Hantar PM kepada AUS_85   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 15-03-07 17:50


perlaksanaan PLKN wajar dimansuhkan....lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan....semata2 ingin memberi project duit kepada kroni2, kerajaan sanggup mengetepikan kepentingan dan keselamatan rakyat.

terbaca hari itu dalam satu forum/online newspaper....seorang ayah kepada anak perempuannya yang berumur baru 3 tahun.....si ayah ini tidak akan sesekali melepaskan anaknya untuk pergi ke PLKN jika anaknya sudah besar....dan si ayah ini menyeru kepada ibu bapa yang lain supaya memboikot PLKN dengan tidak menghantar anak2 mereka....dan si ayah berkenaan tidak akan teragak2 mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan malaysia yang zalim lagi mengamalkan rasuah jika kerajaan mengungut si ayah berkenaan.

begitulah betapa kasih dan sayangnya seorang ayah terhadap anaknya...walaupun anaknya baru berumur 3 tahun, tetapi si ayah berkenaan sudahpun berasa takut untuk melepaskan anaknya pergi ke PLKN.

hanya sesiapa yang sudah mempunyai anak sajaha memahami perasaan tersebut....remaja2 yang sukakan hiburan & jugak kerajaan yang mementingkan kroni sudah pasti tidak akan memahami perasaan ibu bapa dan rakyat yang terinaya.

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 17-03-07 16:25


!!! QUOTE !!!

Kesan buruk PLKN selepas empat tahun makin terasa
Intan Abdullah
Fri | Mar 16, 07 | 02:52:18 PM

KUALA LUMPUR: Kira-kira 265,000 pelatih telah menyertai program latihan ini sejak 2004. Dalam tempoh itu, seramai 23 orang meninggal dunia membabitkan jurulatih, petugas dan 12 pelatih.

Sebahagian daripada mereka mengalami kemalangan yang membawa kepada kematian di luar kem latihan.

Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Mat Nawi menggesa kerajaan mewujudkan badan bebas bagi mengkaji kesan dan hasil daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Menurut beliau, sudah tiba masanya bagi kerajaan untuk meneliti dan mengkaji semula kesan psikologi hasil beberapa kematian yang berlaku semasa program tersebut dijalankan terhadap pelatih dan keluarga mereka.

Hal ini katanya, perlu bagi memastikan pemantauan ke atas setiap usaha yang dijalankan menepati matlamat dan tujuan asal program tersebut dijalankan.

Senator Mumtaz berkata demikian ketika mengulas kematian pelatih PLKN, Prema Elenchelian, 18, mangsa ke 12 daripada statistik kematian sepanjang empat tahun PLKN dijalankan.
...................................................................................................

Sementara itu, bapa kepada salah seorang peserta PLKN, yang telah mengikuti program tersebut, Abdul Wahid Masri, 57 berpandangan bahawa PLKN lebih membawa kesan negatif kepada anaknya.

Menurutnya ketika anak beliau menjalani latihan, tiada program yang berunsur keagamaan seperti solat berjemaah serta kuliah agama dijalankan secara wajib sepanjang program latihan.

Selain itu katanya, sekumpulan pelatih turut diberi amaran oleh warden kem selepas membuat kuliah agama ringkas sehingga menyebabkan aktiviti tersebut tidak dibenarkan untuk dibuat sepanjang program itu.

Tegas Abdul Wahid lagi PLKN tidak wajar diteruskan, lantaran objektif program yang kurang jelas dan membazirkan wang negara kerana tidak jelas hala tujunya.

Katanya, antara perkara yang menjadi kebimbangan selaku ibu bapa adalah masalah pergaulan antara remaja lelaki dan wanita yang tidak ditikberatkan oleh pihak penganjur.

Abdul Wahid turut mempertikaikan pengisian PLKN yang menyerupai modul Program Biro Tatanegara dilihat sebagai proses mendoktrin pemikiran yang lebih bersifat semangat kebangsaan yang tidak selari dengan ajaran Islam.
...................................................................................................
Bagi Penyelaras Suaram, Chang Li Kang, jika PLKN bertujuan untuk memupuk perpaduan, ia tidak dilihat berjaya mencapai objektif tersebut....................................

Menurut beliau, yang jelas, PLKN sepatutnya tidak perlu diwujudkan disebabkan matlamatnya yang kurang jelas serta boleh mendatangkan masalah terutama kepada ibu bapa dan pelatih.

artikel penuh
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 17-03-07 16:34 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 17-03-07 16:43


Pada 15-03-07 17:50 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

perlaksanaan PLKN wajar dimansuhkan....lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan....semata2 ingin memberi project duit kepada kroni2, kerajaan sanggup mengetepikan kepentingan dan keselamatan rakyat.

terbaca hari itu dalam satu forum/online newspaper....seorang ayah kepada anak perempuannya yang berumur baru 3 tahun.....si ayah ini tidak akan sesekali melepaskan anaknya untuk pergi ke PLKN jika anaknya sudah besar....dan si ayah ini menyeru kepada ibu bapa yang lain supaya memboikot PLKN dengan tidak menghantar anak2 mereka....dan si ayah berkenaan tidak akan teragak2 mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan malaysia yang zalim lagi mengamalkan rasuah jika kerajaan mengungut si ayah berkenaan.

begitulah betapa kasih dan sayangnya seorang ayah terhadap anaknya...walaupun anaknya baru berumur 3 tahun, tetapi si ayah berkenaan sudahpun berasa takut untuk melepaskan anaknya pergi ke PLKN.

hanya sesiapa yang sudah mempunyai anak sajaha memahami perasaan tersebut....remaja2 yang sukakan hiburan & jugak kerajaan yang mementingkan kroni sudah pasti tidak akan memahami perasaan ibu bapa dan rakyat yang terinaya.

wallahua'lam


Ana sokong!! Bersama menjauhi kemungkaran!!


-----------------
-BERJUANGLAH KERANA ALLAH S.W.T.-


Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-03-07 17:26


Pada 14-03-07 18:15 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!



pengarah PLKN adalah pensyarah famous kat UUM yang semua org tahu dia org kuat BTN



assalamualaikum

pembetulan fakta... orang yang saudara maksudkan bukan pensyarah tapi bekas naib canselor UUM

maklumat dari wikipedia...

Brigidier Jeneral Profesor Datuk Dr. Ahmad Fawzi Mohd Basri (lahir: (10 Mei 1949-23 Mei 2005) ialah Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. Sebagai Pencetus idea Khidmat Negara, beliau juga merupakan Pengerusi Majis Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang pertama

Beliau kembali ke rahmatullah jam 4.47 petang 23 Mei 2005 di Hospital Selayang kerana menghidap kejutan septisemia dan pernah dimasukkan di Pusat Pakar Perubatan Kedah sejak 5 Januari 2005



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

fizie
Warga Rasmi
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 20965
Posting: 19
Dari: Tanah Merah

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-03-07 19:36


ana bersetuju bahawa..PLKN banyak memberi kesan negatif berbanding positif...
Kalaulah kjaan nak teruskan juga PLKN,d harap,dapat baiki dan pertingkatkan mutu,modul PLKN...supaya,yang +ve lebih banyak dr -ve...
Kalau tak,lebih baik MANSUH kan saja...jangan bazirkan duit rakyat..


-----------------
Menjalin persahabatan antara ummah..Bertemu kerana Allah,berpisah kerana Allah
[ Telah diedit oleh: fizie pada 17-03-07 19:40 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizieProfil   Hantar PM kepada fizie   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-03-07 21:52


persediaan menjadi tentera malaysia suatu hari nanti...so ,masa akan datang tak perlu lah tunggu pgmbilan atm ke apa ke...panggil saja....semua datang,kalau tak datang sama lah macam sekarang ni dok tangkap...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-03-07 23:32


pendapat saya, tak payahlah...& harapnya adek saya nanti pun tak terpilih... :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-03-07 02:27


Saya baru sahaja selesai menjalani PLKN...

Bagi saya, PLKN ada manfaat, dan ada mudaratnya yang tersendiri.
[ Telah diedit oleh: sahabat_amin pada 19-03-07 00:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

graduanislam22
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.01.2007
Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang

egypt  


posticon Posting pada: 18-03-07 06:17


kalau dah buruk yang lebih banyak daripada yang baik..elok mansuhkan saja..banyak lagi program lain yang boleh mentarbiyyah golongan muda dan remaja..

perkara duniawi tak payah diajar sebab semuanya dah tau..tapi kalau program berunsur ukhrawi perlu dilaksanakan sebab golongan muda zaman sekarang terlalu jauh dengan agama..

Bookmark and Share

    


  Member Information For graduanislam22Profil   Hantar PM kepada graduanislam22   Pergi ke graduanislam22's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-03-07 19:00


daripada mansuh program..
baik mansuhkan kerajaan yang ada sekarang ni terus.. :-D

"Pulihkan Demokrasi, Daulatkan Islam"

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-03-07 15:12


:roll: Sistem pelaksanaan yang amat lemah, sekarang ini dah berapa kes kematian berlaku, ada yang sampai lumpuh dan macam-macam lagi lah, tu yang kita tahu, yang kita tak tahu pula berapa banyak dan macam mana?


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-04-07 10:09


Pada 18-03-07 19:00 , sahabat_amin posting:

!!! QUOTE !!!

daripada mansuh program..
baik mansuhkan kerajaan yang ada sekarang ni terus.. :-D

"Pulihkan Demokrasi, Daulatkan Islam"


Saya sokong... 101%... mansuhkan kerajaan sekarang... kalau kita komen itu dan ini jangan harap kerajaan akan ikut cakap kita... Bersama daulatkan Islam... AllahuAkbar...


-----------------
moga hidupmu bersinar dengan keimanan, matamu bersinar dengan ketaqwaan, menggunung dengan keikhlasan, hatimu terhibur dengan kalimah Tuhan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 15-04-07 10:56


PLKN ada manfaatnya juga..saya sokong PLKN..Tetapi hanya untuk lelaki sahaja...modulnya perlu dipertingkatkan..ditambahkan pengisian bentuk keagamaan...pemeriksan kesihatan bagi setiap peserta yang benar-benar mampu menjalani PLKN..Cuba bayangkan bagaimana kalau negara kita mengamalkan sistem paksaan wajib untuk menjalani latihan tentera.idea supaya sistem mewajibkan pernah diluahkan oleh bekas penglima angkatan tentera malaysia suatu masa dulu..ingat ye seorang lelaki wajib mempertahankan negara ugama dan bangsanya jika diserang musuh,,,jika anda tidak mempunyai pengetahuan ..bagaimana anda nak buat kerja bila masa memerlukan tenaga anda...sudah terlambat untuk belajar bila musuh sudah memasuki kelambu anda



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 09:09


Pada 18-03-07 02:27 , sahabat_amin posting:

!!! QUOTE !!!

Saya baru sahaja selesai menjalani PLKN...

Bagi saya, PLKN ada manfaat, dan ada mudaratnya yang tersendiri.


saya setuju dengan pendapat adik ni...
tapi apa yang saya nampak kesan plkn pada adik saya yang telah menjalani plkn setahun yang lalu...
banyak memberi kesan yang negatif pada sahsiah...
tapi mungkin pada sesetengah peserta plkn yang lain ianya memberikan banyak manfaat...

namun pendapat peribadi saya mengenai plkn ini..
ianya ta perlu diteruskan lagi pun boleh
ianya ta merugikan bangsa,negara dan lebih2 lagi agama...

dari mula proses menghantar adik saya mengikuti plkn
sehinggalah menjemput dia balik setelah selesai menjalani plkn,
saya merasakan ianya tak membantu kepada pembentukan sahsiah seperti yang dituntut islam...

sekadar pandangan peribadi saya...
wallahu 'alam....


ps: maaf andai ada tersinggung mana-mana pihak....


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

annafira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.06.2004
Ahli No: 9407
Posting: 204
Dari: Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 03-06-07 15:25


Pada 15-04-07 10:56 , samudra posting:

!!! QUOTE !!!

PLKN ada manfaatnya juga..saya sokong PLKN..Tetapi hanya untuk lelaki sahaja...modulnya perlu dipertingkatkan..ditambahkan pengisian bentuk keagamaan...pemeriksan kesihatan bagi setiap peserta yang benar-benar mampu menjalani PLKN..Cuba bayangkan bagaimana kalau negara kita mengamalkan sistem paksaan wajib untuk menjalani latihan tentera.idea supaya sistem mewajibkan pernah diluahkan oleh bekas penglima angkatan tentera malaysia suatu masa dulu..ingat ye seorang lelaki wajib mempertahankan negara ugama dan bangsanya jika diserang musuh,,,jika anda tidak mempunyai pengetahuan ..bagaimana anda nak buat kerja bila masa memerlukan tenaga anda...sudah terlambat untuk belajar bila musuh sudah memasuki kelambu anda


point yang bagus untuk difikirkan..kalau kita asyik cari keburukan, memang keburukanlah yang kita nampak~


-----------------
~*Jika kau mengejar dunia, akhirat akan lari darimu.Tetapi jika kau mengejar akhirat, dunia akan mengejarmu*~


Bookmark and Share

    


  Member Information For annafiraProfil   Hantar PM kepada annafira   Pergi ke annafira's Website   Quote dan BalasQuote

azree_mh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.04.2007
Ahli No: 29809
Posting: 92
Dari: Dari mandala kesumat

Johor  


posticon Posting pada: 03-06-07 15:51


Saya salah seorang bekas pelatih PLKN. Ada kebaikan dan ada keburukan. Yang baik adalah untuk menguji tahap mana kita betul-betul faham dengan agama kita sendiri.

Ramai pelajar-pelajar sekolah agama yang hanyut dalam program tu. Tak dinafikan perkara ini, baik laki juga perempuan. Jadi, di situlah kita belajar keluar dari kepompong sekolah lama kerana di PLKN, semua jenis perangai budak kita boleh lihat.

Dan pada pendapat saya, tak kira lelaki atau perempuan baik mengikuti PLKN. Cuma patut diasingkan kemnya. Maksudnya dalam satu kem itu hanya ada perempuan sahaja dan begitulah sebaliknya.

Sebab barulah yang si lelaki tidak malu-malu mengikuti semua latihan. Begitu juga perempuan. Dan barulah pergaulan bebas tidak berlaku.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azree_mhProfil   Hantar PM kepada azree_mh   Pergi ke azree_mh's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.681978 saat. Lajunya....