Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua masalah boleh diselesaikan dengan cemerlang, asalkan kita menumpukan pada penyelesaian, bukan pada masalah. Allah SWT menyertakan penyelesaian untuk setiap masalah.
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 80
Ahli: 0
Jumlah: 80




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 44 hari yang lalu
al-biruni03: 73 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: .:TAKWA DAN BERAKHLAK MULIA:.


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» .:TAKWA DAN BERAKHLAK MULIA:.

Please Mendaftar To Post


Oleh .:TAKWA DAN BERAKHLAK MULIA:.

diny
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 11-03-07 17:26


Para sahabat bertanya,"Apakah perlakuan yang paling banyak memasukkan sseorang ke dalam SYURGA?" Jawab Baginda"Taqwa & berakhlak mulia."

Kemudian mereka bertanya tentang perlakuan yang banyak memasukkan seseorang ke dalam NERAKA. Baginda menjawab"Kejahatan mulut & kemaluan." --Al-hadith--

Hadith riwayat At-tirmidzi "Tidak ada yang paling berat pada timbangan melainkan akhlak yang baik. Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan seperti matahari mencairkan air yang beku." Sebaik-baik kekayaan adalah kekayaan jiwa, Sebaik-baik bekal adalah taqwa, Seburuk-buruk buta adalah buta hati, Paling besar dosa adalah dusta, Paling buruk mata pencarian adalah riba, Paling buruk makanan adalah memakan
harta anak yatim..

DARJAT PEMBACA Al-QURAN :
1)Jutawan - membaca 300-1000 ayat sehari
2)Jayawan - membaca 200-299 ayat sehari
3)Setiawan - membaca 100-199 ayat sehari
4)Pemelihara - membaca 50-99 ayat sehari
5)Yang Ingat - membaca 10-49 ayat sehari
6)Yang lalai - membaca 0-9 ayat sehari
--Petikan dari buku HIDUP BERTAQWA oleh Dato' Ismail Kamus-

Hadith riwayat Ahmad "Perbaharukan iman kamu...!!! Sahabat bertanya: Bagaimana kami hendak perbaharui iman kami..?? Baginda menjawab:Banyakkan menyebut LAAILAAHAILLALLAH..!!"

Most beautiful word - Allah
Most beautiful song - Azan & Zikir
Most powerful weapon - Doa
World perfect encyclopedia - Al-Quran
Best excercise - Solat/Prayer
Best diet - Fasting

UBAT HATI :-
1)Membaca Al-Quran bersama tafsirnya
2)Solat malam @ Qiamullail
3)Berkumpul @ Bergaul dengan orang2 yang soleh
4)Banyakkan berpuasa
5)Zikir malam berpanjangan
--Petikan dari Syair Jawa--

"Islam mengagungkan ilmu;mencarinya sebagai ibadah, belajarnya sebagai tasbih, menelitinya sebagai ijtihad, & mengajarnya kepada org lain sebagai suatu sedekah."
Sayyid Sabiq(Ulama kontemporari Mesir) Who I Want to Meet:

Surah Al-Baqarah ayat 208 "Hai orang2 yang beriman,masuklah kamu ke dalam ISLAM
secara keseluruhannya & janganlah kamu turuti langkah2 Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagimu."

Surah Muhammad Ayat 7 "Hai orang2 yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu & meneguhkan kedudukanmu."

Surah Ad-Dzaariyaat ayat 56 "Dan tidak Ku jadikan jin & manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada Ku."

Surah Ar-ra'du ayat 28 "Orang2 yang beriman & hati mereka tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

Surah Al-Hujuraat ayat 10 "Sesungguhnya orang2 mukmin itu adalah bersaudara maka damaikanlah antara kedua-dua saudaramu & bertaqwalah kepada Allah supaya kamu
mendapat rahmatnya."

Surah Al-Israa' ayat 44 "Langit yang 7, bumi & segala yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. & tidak ada satu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."


LIMA MACAM DOSA yang tidak ada tebusannya iaitu SYIRIK terhadap Allah s.w.t.,
MEMBUNUH orang tanpa hak,
membuat TUDUHAN PALSU terhadap seorang Muslim,
LARI DARI BARISAN Muslimin dalam PEPERANGAN dan
SUMPAH PALSU untuk MENGAMBIL HAK ORANG LAIN"
(Riwayat Ahmad)

DOSA - DOSA BESAR YANG KITA LAKUKAN


Dosa yang paling besar ialah SYIRIK, DERHAKA kepada ibu bapa dan MEMBUNUH orang tanpa hak" (Riwayat Anas .a.)

SEMBAHYANG LIMA WAKTU
Ada riwayat : Nabi SAW bersabda bahawa SEMBAHYANG itu adalah perkara pertama yang akan dihisab semasa di Akhirat kelak!!! Jika BAIK maka baiklah segala amalan!!!
Jika BURUK maka buruklah segala amalan!!!
JAGALAH SEMBAHYANG ITU IBARAT NYAWA KAMU SENDIRI!!!

Semoga ini menjadi PERINGATAN dan KEINSAFAN bagi kita semua.....Wallahu'alam Bissawab Wassalam!!!

ﻪﻟﻟﺍﻝﻮﺴﺮﺪﻤﺤﻤ ﻪﻟﻟﺍﻻﺍﻪﻟﺍﻻ


                             PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Dari Asma' Binti Abu Bakar ra, katanya dia datang kepada Rasulullah saw lantas baginda bersabda, "Janganlah engkau menahan-nahan (harta),maka Allah akan menahannya pula darimu. Kerana itu keluarkanlah harta itu menurut kesanggupanmu."
Sahih Bukhari II, Kitab Zakat.



Bookmark and Share

    


  Member Information For dinyProfil   Hantar PM kepada diny   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098236 saat. Lajunya....