MASALAH yang sering dihadapi sewaktu mendirikan solat ialah seperti terlupa bacaan ayat-ayat al-Quran yang secara langsung memberi kesan kepada kekhusyukan solat seseorang itu.
Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan perkara di atas berlaku dan ia bukanlah sesuatu yang baru berlaku tetapi wujud sejak dahulu lagi.
Lantaran itu, penciptaan Al-Quran Digital Al-Muneer iaitu sebuah inovasi daripada al-Quran tajwid yang dipasarkan sejak 1997, bertujuan mengekang atau mengelakkan lupa bacaan ketika solat. Ia sekali gus membantu agar khusyuk dalam solat serta membantu khatam al-Quran menerusi solat berjemaah dan tarawih.
Menurut Penolong Pengurus Darul Fikir, Amran Mohammad, berkonsepkan al-Quran, ia merupakan keperluan berharga di dalam rumah, al-Quran digital ini adalah al-Quran tajwid berwarna yang pertama di Malaysia.
“Perkembangan teknologi secara tidak langsung membawa satu era baru, iaitu menjadikannya ke dalam bentuk digital atau boleh dibawa ke dalam dunia elektronik,” katanya kerana merasakan al-Quran perlu dimajukan supaya semua orang boleh membacanya dan tidak merasakan al-Quran itu membebankan.
Kata Amran, al-Quran digital ini sesuai digunakan oleh pelbagai peringkat seperti kanak-kanak yang baru belajar mengaji, imam semasa solat di masjid atau rumah, guru agama untuk mengajar mengaji, pelajar dan tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran.
Tambah beliau, al-Quran digital ini mengumpulkan 28 hukum tajwid di dalam empat warna asas iaitu merah, biru, hijau dan kelabu. Ia juga dilengkapi dengan waktu azan. Azan ini diambil dari Masjid Baitulmaqdis, Palestin. Terdapat 114 surah pada kiri dan kanan skrin LCD yang boleh digunakan untuk dipilih mengikut paparan awal surah yang tertera pada skrin.
Ia juga amat sesuai untuk solat sebab bersamanya disertakan alat kawalan jauh dan jam solat.
“Hakikatnya, ia mendorong khusyuk di dalam solat, iaitu apabila kita membaca al-Quran dengan adanya skrin di depan, maka secara tidak langsung, keyakinan dalam membacanya terhasil,” katanya.
Sementara itu, jarak antara al-Quran digital dengan orang bersolat ialah di hujung sejadah.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Darul Fikir menerusi talian 03-2698 1636, 03-2691 3982 dan 03-2698 1637 atau datang menyaksikan al-Quran digital di Jalan Abdul Rahman Idris, off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur.
Ciri-ciri Al-Quran Digital Al-Muneer
- Kendalian secara manual atau menggunakan alat kawalan jauh dan jam solat untuk bertukar halaman baru.
- Bacaan oleh 10 Qari terkemuka dari seluruh dunia secara bertajwid, tartil dan taranum (berlagu).
- Terjemahan dalam lapan bahasa termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Dilengkapi dengan tiga tafsir (Ibn Katheer, Al-Jalalayn dan kalimat Al-Quran Tafsir Wal Bayan), Empat qiraat utama (Hafs, Qaloun, Douree dan Warsh.
- Boleh disambung ke alat audio visual.
- Fungsi memori untuk menyimpan tempat bacaan.
- Fungsi Zoom untuk paparan tiga kali ganda saiz asal.
Kelebihan Al-Quran Digital Al-Muneer
- Memudahkan para pembaca mengenai Al-Quran secara bertajwid.
- Menggunakan teknik tiga warna asas untuk menerangkan hukum.
- Membantu untuk khatam al-Quran dalam solat.
- Mengekang bacaan atau mengelakkan lupa bacaan semasa solat.
- Membantu tahfiz al-Quran.
- Membantu memahami isi kandungan al-Quran.
- Mendalami ilmu al-Quran.
- Mudah mengajar dan belajar membaca al-Quran.
- Al-Quran digital tajwid yang pertama di Malaysia.
- Mengumpulkan 28 hukum tajwid di dalam empat warna asas iaitu, merah, biru, hijau, dan kelabu.
Al-Quran Digital Al-Muneer sesuai digunakan oleh:
- Kanak-kanak tadika.
- Pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
- Imam ketika menunaikan solat di masjid dan surau.
- Guru agama dan para pensyarah yang mengajar untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran.
- Pelajar-pelajar institusi pengajian awam dan swasta.
- Individu-individu yang berminat untuk meningkatkan bacaan dalam penguasaan tajwid, solat, persediaan tilawah dan tadarus al-Quran.
- Yayasan atau pertubuhan untuk tujuan dakwah dan sebagai medium pembelajaran.
- Institusi Kewangan.
Hadiah dan Cenderamata
- Al-Quran Digital Al-Muneer sesuai untuk dihadiahkan kepada individu-individu pada majlis perpisahan, majlis perkahwinan dan cenderamata kenangan.
Spefikasi Al-Quran Digital Al-Muneer
- Skrin: Rata Paparan Cecair Kristal (LCD) berwarna 17 inci.
- Berat: 10 kilogram.
- Voltan: 220V
- Arus Elektrik: 1.5A
- Saiz Kotak: 31 (Lebar) tak 63 (Panjang) tak 70 macam (Tinggi).
Jenis Barangan : Al-Quran Digital Al-Muneer
Pengedar: Darul Fikir Sdn. Bhd
Ciptaan: Jurutera Warga Syria, Subhi Taha.
Alamat: 329B, Jalan Abdul Rahman Idris, off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300, Kuala Lumpur.
Harga: RM4,999