Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
JANGAN sesekali memulakan jika tidak bersedia untuk menyudahkan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 71
Ahli: 0
Jumlah: 71




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 9 hari yang lalu
lidah-penghunus: 11 hari yang lalu
muslimin23: 20 hari yang lalu


Pantun
Topik: Tutup aurat satu tuntutan,


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pantun
    »» Tutup aurat satu tuntutan,

Please Mendaftar To Post


Oleh Tutup aurat satu tuntutan,

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 09-03-07 22:59


Tutup aurat satu tuntutan,

Dalam keluarga wajib tekankan,

Kalau tak ikut gunalah rotan,

Demi melaksanakan perintah Tuhan.



Aurat ditutup mestilah lengkap,

Tudung litup termasuk skap,

Mini telekong pun orang cakap,

Elok dipandang tak payahpun 'make up'.



Sekurang-kurangnya berbaju kurung,

Lebih elok jubah mengurung,

Kaki pula mesti bersarung,

Ditumit kaki syaitan bertarung.



Kalau wanita menutup aurat,

Orang jahat tak berani ngorat,

Bahkan boleh menjadi ubat,

Orang memandang boleh bertaubat.



Pakaian moden memanglah hebat,

Harganya mahal walaupun ketat,

Walaupun cantik tetapi singkat,

Orang memakaipun nampak pusat.



Berseluar ketat bajupun ketat,

Jarangnya pulak boleh dilihat,

Orang yang memakai terus dilaknat,

Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.



Apa yang aneh bila dipandang,

Lengan pendek tapi bertudung,

Nampak seperti orang yang kudung,

Mata terpandang kaki tersandung



Lagilah aneh bila di fikir,

Baju kebaya tudung berukir,

Nampak dada iman terjungkir,

Kain terbelah peha terukir.



Bila ditanya Kenapa begitu,

Dia kata fesyennya dah macam tu,

Di dalam hati niat tertentu,

Menggoda jantan sudahlah tentu.



Menutup aurat boleh berfesyen,

Tetapi jangan menunjuk eksyen,

Sesuaikan diri ikut profesyen,

Kalau dilaknat tak guna sesen.



Kalau nak "Make Up" biarlah padan,

Jangan terlebih bila berdandan,

Minyak wangi cuba elakkan,

Bedak dan gincu sekadar keperluan.



Kasut tinggi cuba jauhi,

Kerana ia melahirkan bunyi,

Boleh menarik perhatian lelaki,

Perbuatan ini dibenci Ilahi.



Apatah lagi menghentakkan kaki,

Menarik perhatian orang laki-laki,

Melenggok punggung menggoda hati,

Ustaz melihat pun separuh mati.



Buat apa nak tayang jambul,

Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,

Mahkota disimpan tak jadi bisol,

Memakai tudung Islam tersimbol.



Selokaku ini bukanlah jahat,

Cuma saja mahu peringat,

Kepada semua para sahabat,

Terutama sekali rakan sejawat.



Kalau nak ikut nasihat ini,

Jangan bertangguh ubahlah diri,

Benda yang baik tak payah diuji,

Akan terserlah akhlak terpuji.



Kepada semua kawan lelaki,

Jangan tergelak wanita diperli,

Keluarga kita tak terkecuali,

Terutama sekali anak dan bini.



Sudahkah kita tanamkan iman,

Menutup aurat sepanjang badan,

Ke sana sini dilindungi Tuhan,

Keluarga menjadi contoh teladan.



Setakat ini seloka kami,

Harap dapat menghibur hati,

Yang baik bolehlah anda ikuti,

Kalau boleh besok mulai.



semoga Allah merahmati bersama.


-----------------
My love commitment to myself, my family and my fellow men becomes me the courage and strength to face the challenges of life....


Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

hanan_nur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.01.2007
Ahli No: 28138
Posting: 110

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-03-07 23:20


syukran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanan_nurProfil   Hantar PM kepada hanan_nur   Quote dan BalasQuote

nagibphg
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.04.2007
Ahli No: 29753
Posting: 104
Dari: Pantai_Timur_Tengah

Pahang  


posticon Posting pada: 17-05-07 06:43


assalamualaikum....
bagus pantun ni....
muslimah kena ikut macam pantun ni cakap...
jangan nak bertabarruj saja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nagibphgProfil   Hantar PM kepada nagibphg   Pergi ke nagibphg's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 10:06


---Wahai lelaki...
Kenapa kau cuba menegakkan benang yang basah. Bila ditanya Kenapa kau bercouple, kau mengatakan untuk berkahwin dengannya. Tetapi sudah berapa ramai wanita yang kau pegang, bergambar... adakah kau nak mengahwini semuanya itu.

Apakah perasaan kau jika kau melihat anak kau atau ibu kau bergambar dengan lelaki yang bukannya kau kenal atau bukan ayah kau... marah bukan? Begitu juga ayah atau abang kepada perempuan yang kau main-mainkan.

Adakah kau menganggap wanita itu permainan, boleh dipegang- pegang, ditangkap gambarnya dan bila sudah bosan ditinggalkan. ..adakah kau menganggap ibu kau permainan?.. . Jika tidak, Kenapa kau mengganggap wanita lain permainan sedangkan wanita lain juga seorang ibu dan bakal menjadi ibu kepada anaknya.

Renungkan kembali wahai lelaki. Lindungilah wanita itu sebagaimana kau melindung ibu kau sendiri kerana mereka itulah yang bakal menjadi ibu kepada anak-anakmu. Janganlah kau melihat pada rupa paras dan betuk badan. Lihatlah wanita itu pada akhlak dan agamanya.


Wahai wanita...
Adakah kau menganggap diri kau itu hanya permainan lelaki... dipegang, ditangkap gambarmu dan ditinggalkan setelah bosan
denganmu?

Apakah kau sanggup menjawab soalan anak- anakmu bila mereka melihat kau bergambar dengan lelaki yang bukan bapa mereka...apakah suamimu dapat menerima seorang wanita yang bergambar dan berpegang tangan dengan lelaki lain yang tidak dikenalinya? !

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 17-05-07 12:09


Syukran jazilan.. Jadikan pesanan itu sebagai amalan, bukan sekadar coretan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.106641 saat. Lajunya....