Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 199
Ahli: 0
Jumlah: 199




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: RTM gam Rosnah Mat Aris


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» RTM gam Rosnah Mat Aris

Please Mendaftar To Post


Oleh RTM gam Rosnah Mat Aris

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-03-07 15:50


KUALA LUMPUR 2 Mac - Mulai hari ini, pelakon Rosnah Mat Aris, 52, ‘digantung’ daripada muncul dalam mana-mana rancangan siaran televisyen dan radio terbitan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) untuk tempoh setahun.

Tindakan terhadap pelakon tersebut diputuskan oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin bersama Jabatan Penyiaran dalam satu mesyuarat khas yang diadakan semalam.

Menurut Zainuddin, ia selaras dengan keputusan Jawatankuasa Penyelarasan Pemantauan Siaran Televisyen dan Radio Awam dan Swasta (JKPPSTRAS) di Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang mengarahkan agar rancangan Sensasi terbitan TV3 dihentikan siarannya.

“Setelah menonton rakaman rancangan Sensasi, kami telah berbincang panjang lebar mengenai kata-kata yang diluahkan oleh pelakon tersebut dan mendapati apa yang telah diucapkan itu adalah sesuatu yang terkeluar daripada norma-norma normal masyarakat terutamanya umat Islam,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Jelas beliau, tindakan itu harus dilihat sebagai satu amaran dan pengajaran kepada semua artis di negara ini agar lebih berhati-hati ketika membuat sebarang kenyataan terutamanya dalam rancangan berbentuk siaran langsung di mana-mana stesen penyiaran.

Zainuddin menambah, tindakan mohon maaf daripada artis tidak dapat diterima dengan mudah kerana ia akan menggalakkan lagi golongan tersebut melakukan kesilapan pada masa akan datang.

Tegasnya, tindakan itu merupakan satu tanggungjawab RTM sebagai sebuah badan penyiar milik kerajaan untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni kepada masyarakat.

Bagaimanapun kata Zainuddin, pihaknya tidak ada kuasa untuk menghalang pelakon tersebut daripada muncul di mana-mana siaran televisyen swasta.

Sementara itu, Rosnah yang dihubungi Utusan Malaysia hari ini menganggap tindakan RTM menggantungnya tidak adil dan membunuh karier lakonannya.

Beliau yang terkejut dengan keputusan itu berkata, sepatutnya RTM memberi peluang kepadanya untuk memperbaiki kelemahan diri dan bukan terus menghukumnya.

“Tak adil kalau pihak RTM mengambil tindakan menggantung saya. Kesalahan saya adalah terlajak kata-kata bukannya kesalahan dari segi perbuatan. Saya bukan jual maruah sehingga perlu diambil tindakan begitu.

“Lagipun selama seminggu saya telah memohon maaf dengan hati yang ikhlas. Saya tidak ego atau keras kepala hingga enggan mengakui kesilapan sendiri. Jadi Kenapa saya yang perlu dihukum kerana masalah tersebut bukan berpunca daripada saya semata-mata?” katanya dengan nada sedih.

Rosnah yang kini berada di Johor Baharu menjalani penggambaran drama Dewi Cinta, 10 episod untuk siaran RTM pada Julai ini merayu agar hukuman itu ditimbang semula.

Katanya, kalau drama lakonannya tidak boleh disiarkan di RTM, macam mana dengan nasib produser yang telah mengambilnya berlakon.

Justeru, Rosnah dengan hati yang ikhlas sanggup bertemu Menteri Penerangan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-03-07 15:51


buang negeri saja dia tu.... apa tak nak masukkan dia tu dalam isa?????? kalau ustaz yang bagi ceramah dan suruh kita cinta rasul, yang tu lah sebok nak dihumban dalam isa.....

peliknya kerajaan negara islam ni..

[ Telah diedit oleh: anis_zulaikha pada 03-03-07 15:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

adam_muslimin
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-03-07 16:23


heehe..
ada juga betul itu hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For adam_musliminProfil   Hantar PM kepada adam_muslimin   Quote dan BalasQuote

lukmanulhakim
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.12.2005
Ahli No: 21214
Posting: 62
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-03-07 17:20


betul tu....buang negeri saja dia tu.... heheheh....
untuk kak anis.... tahniah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lukmanulhakimProfil   Hantar PM kepada lukmanulhakim   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-03-07 17:25


Dah bersalah pun taknak mengaku lagi... insaflah... apelah dia ini...


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 03-03-07 18:01


bukan saja gam, staple sekali...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-03-07 18:02


Pada 03-03-07 18:01 , Annursyam posting:

!!! QUOTE !!!

bukan saja gam, staple sekali...


tak pun jahit terus hehehehe :-P



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 03-03-07 18:21


Kalau gam pun, jangan guna yang seringgit dapat 8, guna gam gajah. Gam dinosaur pun boleh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-03-07 18:39


dengan gam...staple...
dan sebagainya...
akan tertutupkah mulut2 yang sebegini?


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-03-07 18:41


Pada 03-03-07 18:39 , lubaina posting:

!!! QUOTE !!!

dengan gam...staple...
dan sebagainya...
akan tertutupkah mulut2 yang sebegini?



ada cadangan ya ukhti??



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

snawan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.05.2006
Ahli No: 24573
Posting: 152
Dari: kiri ke kanan

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-03-07 20:13


cukur rambut si Rosnah Mat Aris tu..
Geli lah tengok rambut dia tu..
;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For snawanProfil   Hantar PM kepada snawan   Quote dan BalasQuote

LinCikedot
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-03-07 21:37


erm..sekurangnya kerajaan mengambil langkah .. pengajaran untuk artis2 yang lain. bukan artis saja sebenarnya tapi untuk semua org supaya berhati-hati ketika bercakap. jangan ikut sedap mulut saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For LinCikedotProfil   Hantar PM kepada LinCikedot   Quote dan BalasQuote

ibnusina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2004
Ahli No: 10405
Posting: 146
Dari: bumi ciptaan-NYA

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-03-07 21:37


hehehehe cadangan cik anis memang sempoi lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnusinaProfil   Hantar PM kepada ibnusina   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 00:44


sepatutnya tak payah gam...pulaukan dan lucut terus gelaran artis...buat malu saja...dahlah imej diri sendiri tak mencerminkan "seorang tua"....

Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 11:38


Pada 04-03-07 00:44 , Riyadhfannil posting:

!!! QUOTE !!!

sepatutnya tak payah gam...pulaukan dan lucut terus gelaran artis...buat malu saja...dahlah imej diri sendiri tak mencerminkan "seorang tua"....


emm, baca ayat ni, rasa seolah "artis" merupakan sartu martabat yang tinggi?????

emmm tak tau lah apa nak jadi umat akhir zaman ini..



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 11:52


!!! QUOTE !!!

“Tak adil kalau pihak RTM mengambil tindakan menggantung saya. Kesalahan saya adalah terlajak kata-kata bukannya kesalahan dari segi perbuatan. Saya bukan jual maruah sehingga perlu diambil tindakan begitu.

“Lagipun selama seminggu saya telah memohon maaf dengan hati yang ikhlas. Saya tidak ego atau keras kepala hingga enggan mengakui kesilapan sendiri. Jadi Kenapa saya yang perlu dihukum kerana masalah tersebut bukan berpunca daripada saya semata-mata?” katanya dengan nada sedih.


ehehehehehehehehe..memang lah dia tak jual maruah dia..tapi dia jual maruah orang lain.memang lah kena dihukum,habis tu,dah buat salah cukupkah sekadar minta maaf dan kemudian boleh teruskan kehidupan macam biasa tanpa rasa kesal dalam diri.boleh pula tu nak salahkan orang lain juga padahal dia yang cakap..ist


terpikir pula,andainya Saidina Umar Al-Khattab ataupun Saidina Hamzah tahu apa yang diterlepas cakapkan tu,tatau lah apa yang jadi kat rosnah ni......


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 04-03-07 11:57 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 12:02


Pada 04-03-07 11:52 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!


terpikir pula,andainya Saidina Umar Al-Khattab ataupun Saidina Hamzah tahu apa yang diterlepas cakapkan tu,tatau lah apa yang jadi kat rosnah ni......



rasa nya kalau umat zaman rasulullah ni ada, tak sempat dengan sahabat seperti umar & hamzah .a, memang dah habis lunyai dah nenek tu kena belasah...




Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 12:39


tak habis2 lagi ke....Allah saja yang tentukan nasib dia macam mana..untuk apa lagi kita nak kutuk dia...tambahkan dosa kita saja walaupun niat kita nak sedarkan dia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

faiq85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2007
Ahli No: 28944
Posting: 213
Dari: Putrajaya

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-03-07 12:54


semakin ramai org yang bercakap hanya melalui pengetahuan umum..bukan bdasarkan alQuran dan sunnah..terasa xbersalah pada tuhan..yang ada macam tangisan lakonan..masya'ALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For faiq85Profil   Hantar PM kepada faiq85   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 16:09


memang patut pun digam...
Kalau kita tak tahu kenalah berhati-hati masa bercakap...


-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::



Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 17:11


Rosnah tidak adil pada diri sendiri – Zahid Hamidi

SHAH ALAM 3 Mac - ‘‘Bukan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) yang tidak adil, dia yang tidak adil pada dirinya sendiri.”

Demikian tegas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas kenyataan balas pelakon Rosnah Mat Aris, 52, yang digantung daripada muncul pada mana-mana rancangan siaran RTM dalam tempoh setahun ekoran kontroversi dalam rancangan Sensasi terbitan TV3, baru-baru ini.

Menurut beliau, Rosnah perlu memikirkan semula apa yang telah diperkatakan sehingga mengakibatkan tindakan tersebut sebelum mengeluarkan komen mengatakan RTM tidak adil.

‘‘Saya tidak mahu cakap banyak mengenai perkara ini cuma saya hendak nasihatkan kepadanya, lain kali ‘insurans’ mulut tu sikit,” tegasnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Smarts Kids Books for High 5 Bread - Kempen Menderma Buku Untuk Komuniti Bestari di kilang Silver Bird di sini hari ini.

Tindakan menggantung pelakon tersebut daripada muncul dalam rancangan RTM diputuskan oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin bersama Jabatan Penyiaran dalam satu mesyuarat Khas yang diadakan kelmarin.

Ekoran keputusan itu, Rosnah mengeluarkan kenyataan bahawa RTM tidak berlaku adil kepada dirinya kerana kesalahan yang dilakukan adalah terlajak kata dan bukannya kesalahan daripada segi perbuatan.

Mengenai program menderma buku usahasama Smarts Kids, Silver Bird dan Kementerian Penerangan itu pula, Zahid berkata, projek tersebut amat baik bagi memupuk amalan membaca di kalangan kanak-kanak selain memberi peluang kepada insan yang memerlukan untuk mendapat bahan bacaan seperti masyarakat di luar bandar.

Dalam program itu, orang ramai dijemput untuk menyumbangkan buku terpakai yang bermutu di kaunter serahan yang dibuka di pusat membeli-belah yang terpilih di mana untuk setiap tiga buku yang diterima, penyumbang akan mendapat dua buku roti High 5 Nutri White.

Projek masyarakat tersebut turut dijayakan oleh akhbar Utusan Malaysia, KOSMO!, RTM, China Press dan KL Monorail.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-04-07 17:28


biar Allah saja yang menentukan segalanya :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-04-07 17:43


ada beberapa drama2 yang dilakonkan oleh Rosnah masih belum ditayangkan...Drama2 tersebut terpaksa disekat dahulu hingga tempoh di"gam" tamat.

-->Sumber dari mak ana lah...siapa lagi...dah dia kerja bahagian kawalan rancangan TV...dulu pernah kerja tv1 dan tv2.. :lol:


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

uqu
WARGA SETIA
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 2057
Posting: 640
Dari: KUCHING

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 13-04-07 18:11


assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Kita doakan dia cepat menyedari kesilapan dia dan segera bertaubat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For uquProfil   Hantar PM kepada uqu   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 13-04-07 19:35


salam...
moga-moga dia sedar akan perbuatan dia itu...hukumannya biarlah Allah tentukan...kena gam ini pun hanya untuk menyedarkan dia...kita doakan semoga dia benar-benar bertaubat dengan segala perbuatan yang dilakukannya....amin... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-04-07 20:18


;-) Bagus2......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

nni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2005
Ahli No: 15868
Posting: 107
Dari: kiri ada meja study, kanan ada katil, depan ada PC, belakang..??

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-04-07 04:19


rambut cacak dah tu warna merah... macam remaja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nniProfil   Hantar PM kepada nni   Pergi ke nni's Website   Quote dan BalasQuote

afiq_ghani
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.02.2007
Ahli No: 28739
Posting: 34
Dari: United KingdoM

uk  


posticon Posting pada: 16-04-07 05:56


Cik Rosnah Mat Aris tu kalau tak tau bab bab agama jangan lah lantang cakap pasal agama. diri sendiri pun orang yang tengok dia pun menyeramkan...so kesimpulan nya...memang wajar kementerian buat begitu bagi sedar sikit batas batas bila bercakap. dan lagi satu kalau satu dunia berkata tentang dia..bukan lah satu perkara yang biasa. kalau dia tahu masyarakat tak suka dan mengata macam mcam di belakang dia..elok lah dia kembali ke arah jalan yang sempurna dan fikir fikir di masa dia akan tua nanti..dan mesti cerita akan kembali jernih...who know keluar paper lagi..rosnah mat aris dari seni telah bergiat dalam dakwah...heheh..


-----------------
Image Hosted by ImageShack.us


Bookmark and Share

    


  Member Information For afiq_ghaniProfil   Hantar PM kepada afiq_ghani   Pergi ke afiq_ghani's Website   Quote dan BalasQuote

srikandi_86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2007
Ahli No: 28923
Posting: 188
Dari: united kingdom

uk  


posticon Posting pada: 16-04-07 07:47


ana sokong cadangan ikhwah dan akhawat untuk gam, staple dan seterusnya jahit saja mulut2 orang sebegini..aih, nampak macam ganas saja..tapi itulah balasan bagi mereka yang tidak berfikir sebelum bercakap..terlajak perahu boleh diundur, terlajar bahasa buruk padahnya..wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_86Profil   Hantar PM kepada srikandi_86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.142775 saat. Lajunya....