Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-02-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 46
Ahli: 0
Jumlah: 46




  Yang Masuk Ke Sini
al-biruni03: 4 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Habib Umar Bin Hafiz dan Jadual Lawatan Ke Malaysia


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Habib Umar Bin Hafiz dan Jadual Lawatan Ke Malaysia

Please Mendaftar To Post


Oleh Habib Umar Bin Hafiz dan Jadual Lawatan Ke Malaysia

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-02-07 10:00



بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلي وسلم على سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه اجمعين


AlHabibUmarBinHafiz

Al-`Allamah as-Sayyid al-Habib Umar Bin Hafiz adalah dari keturunan Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam melalui Sayyidina Hussain; cucu kepada RasuluLlah yakni anak lelaki Sayyidina Ali dan Fatimah al-Zahra; anak perempuan Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam.


Habib Umar dilahirkan di Tarim, Hadramaut, sebuah kota di Yemen yang dikenali sebagai sebuah tempat yang melahirkan para alim ulama` yang telah berabad-abad lamanya, termasuklah cendikiawan yang terkenal dan terunggul di Singapura iaitu, ALLAHyarham Sheikh Umar Bin AbduLlah al-Khatib yang telah mengajar di Singapura sebahagian besar kehidupannya.


Bapa beliau adalah seorang ulama` Islam yang terunggul lagi terkenal iaitu, Muhammad Bin Hafiz Bin Shaikh Abu Bakr Bin Salim. Begitu juga dengan datuk sebelah ibu dan bapa beliau iaitu Habib Salim Bin Hafiz dan Habib Hafiz Bin Abd-ALLAH. Kedua-dua mereka adalah ulama` yang disegani ramai. Habib Umar dibesarkan dalam suasana yang teramat baik disebabkan dikelilingi oleh para ulama` dan cendikiawan Islam, dan juga orang-orang salih yang dikenali dan dihormati ramai.


Habib Umar telah menghazaf al-Qur`an pada usia yang muda dan telah dapat menghafaz juga teks fiqih, hadis, tasawwuf, bahasa Arab dan sains-sains Islam yang lain. Ilmu-ilmu yang diperolehinya bertepatan dengan ilmu-ilmu yang diperolehi oleh para ulama` tradisi. Beliau telah dididik oleh ramai guru dan para ulama` seperti:


* Habib Muhammad Bin Salim Bin Hafiz
(bapanya)

* Muhammad Bin `Alawi Bin Shihab
(di Rubat of Tarim)

* Shaikh Fadl Baa Fadl
(di Rubat of Tarim)

* Habib Muhammad Bin `Abd-ALLAH al-Haddar
(di Rubat of al-Bayda’)

* Habib Ibrahim Bin Aqil Bin Yahya
(Mufti of Ta‘iz)

* Habib Zain Bin Sumait
(cendikiawan Hijaz)

* Habib Abdul Qadir Bin Ahmad al-Saqqaf
(cendikiawan Hijaz)

* Habib Ahmed Mashur al-Haddad
(cendikiawan Hijaz)

* Habib `Attas al-Habashi
(cendikiawan Hijaz)


Setelah bertahun lamanya mempelajari bidang sains Islam di bahagian Timur Tengah, beliau pulang semula ke Tarim dan menubuhkan institut pengajian tinggi bagi agama Islam yang diberi nama Darul Mustafa. Darul Mustafa adalah hadiahnya kepada dunia khususnya. Dalam masa yang singkat inilah, penduduk Tarim dapat menyaksikan pemusatan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dari luar negara ke sebuah tempat yang hampir dilupakan.


Pelajar-pelajar tersebut datang daripada Indonesia, Malaysia, Singapura, Kepulauan Comorus, Tanzania, Kenya, Egypt, Great Britain, Pakistan, Amerika, Kanada serta Negara-negara Timur Tengah.


Mereka berada di bawah pengawasan Habib Umar dan guru-guru yang bertauliah. Pelajar-pelajar ini kelak akan diharap dapat menjadi pemangkin bagi membangkitkan semula tradisi Islam. Pembangkitan institusi-institusi Islam di Yemen dan di luar negeri di bawah pimpinan Habib Umar sekali lagi akan menjadi daya penggerak dalam usaha menyebarkan ilmu pengetahuan, tatasusila dan juga memberi orang ramai peluang yang selama ini tidak dapat diraihkan.


Habib Umar, sekarang ini menetap di Tarim, Yemen di mana dia mengawasi perkembangan Darul Mustafa dan sekolah-sekolah yang telah ditubuhkannya. Beliau masih memainkan peranan yang aktif dalam perkembangan agama Islam. Oleh yang demikian, beliau banyak menghabiskan masa merantau ke seluruh pelusuk dunia dalam meneruskan usaha-usaha murni ini.


Al HamduliLlah, setelah beliau mengadakan Siri Syarahan di Singapura, insya`ALLAH, beliau pula akan meneruskan langkahnya ke Malaysia. Sila rujuk jadual lawatan beliau disini. Andai nya antum berkesempatan, rebutlah peluang keemasan ini ya... :-)


Lelaman Darul Mustafa : Darul Mustafa

Sumber Biodata : Ceramah Islam


ALLAHu a`lam bisawab. :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 01-02-08 10:50


BismiLlah was-Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah
wa `ala Alihi was-Sohbihi waman Waalah...



Amma ba`du, Muslimin Muslimat RahimakumuLlahi Ta`ala,
As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh
dan Salam Penghulu segala hari.


Insya`ALLAH, tinggal beberapa hari sahja lagi,
al-`Allamah as-Sayyid al-Habib Umar bin Hafiz akan berada di Singapura dan Malaysia.
ALLAHU akbar wa liLlahil Hamd!!!

____________________________

- Untuk jadual Habibana di Singapura,
sila rujuk posting ana diSini.


- Dan untuk jadul Habibana di Malaysia,
sila rujuk posting Sahabiah ana diSini.
____________________________


Ya ALLAH, dengan keizinanMU dan pertolonganMU,
hadirkan lah diri kami bersama-sama dengan nya.
Amiin ALLAHUmma amiin...
:-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-02-08 13:34


BismiLlah wal HamduliLlahi RABBil `alamin
was-Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah
wa `ala Alihi was-Sohbihi wa Baarik wa Salim...



Amma ba`du, Muslimin Muslimat RahimakumuLlahi Ta`ala,
As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh dan Salam Penghulu segala hari.


Hanya DIA sahja yang Maha Mengetahui, bertapa besar nikmat, bertuah dan bahagia nya kami di pulau Temasek ini tika Sang Imam dan Guru yang Mulia, al-`Allamah as-Sayyid al-Habib Umar Bin Hafiz hadir disini.


Menyampaikan dan mengijazahkan mutiara-mutiara `ilmu nya kepada kami yang hadir bersama-sama dengan nya, merupakan sebuah hadiah yang tidak ternilai harga nya. Tidak terhenti lidah ini memujiNYA dan berselawat kepada Baginda ShalALLAHu`alaihiwasalam tika melihat wajah Sang Imam dan Guru yang satu ini, wajah nya sungguh tenang dan bercahaya... ALLAHu akbar wa liLlahil Hamd!


Justeru, insya`ALLAH, ana menyeru kepada yang berkesempatan, hadirkanlah dirimu untuk majlis-majlis yang diadakan sempena kunjungan beliau ke Malaysia. Hadirkanlah dirimu walaupun hanya sekali dalam hidupmu, moga kamu perolehi manfaat dan barakah dari nya.


Doakanlah juga untuk kami, saudara seIslammu tika dirimu dengan nya berada ditaman-taman Syurga itu nanti. JazakumuLlahu khairan.


- Untuk jadual Habibana yang terkini, sila rujuk blog sidi AbduLlah Thahir diSini.


Ahlan wa Sahlan ya Murabbina... :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-02-08 14:21


bagus juga ni.. :)

Ada biodatanya tak? Latarbelakang pendidikan etc.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-02-08 14:48


!!! QUOTE !!!

Ada biodatanya tak? Latarbelakang pendidikan etc.. :)

Ya akhina al-Kareem, sila rujuk Biodata Habibana Umar Bin Hafiz
didalam Bahasa Inggeris - diSini dan didalam Bahasa Indonesia - diSini.


Habibana_Umar_Ibn_Hafiz

JazakumuLlahu khairan... wALLAHu a`lam bisawab :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 12:31


Shukran, jazakiLLah :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 12:51


Seorang Exco kerajaan kelantan bagitau ..beliau juga akan bekunjung dan menjadi tetamu kerajaan kelantan . betul ke tu ?.

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 21:41


BismiLlah wal HamduliLlah.
As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh...

Seperti yang dimaklumkan, Habibana Umar ibn Hafiz (berserta rombangan nya) HafizakumuLlah,
sekarang sudah berada di negeri Malaysia. ALLAHu akbar wa liLlahil Hamd!

!!! QUOTE !!!

Shukran, jazakiLLah :-)

Al HamduliLlah... hayyakumuLlah :-)


!!! QUOTE !!!

Seorang Exco kerajaan kelantan bagitau ..beliau juga akan bekunjung dan menjadi tetamu kerajaan kelantan . betul ke tu ?

Na`am ya akhina al-Kareem, sepertimana yang tertera didalam jadual Habibana Umar di bawah ini :-


4 Safar 1429H/ 11 Februari 2008 (Itsnin)

     * Berangkat ke Kelantan Darul Naim.
        Kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan Darul Naim.
        Majlis Ramah Mesra Bersama Dato’ Menteri Besar dan
        YB Timbalan Menteri Besar serta beberapa orang Exco Negeri.
        Penyampaian Cenderahati
    
     * Lawatan ke YIK dan KIAS. Majlis Ramah Mesra
        dan Perbincangan Manhaj Pengajian
    
     * 2.30 petang - Ziarah Makam Tok Kenali
    
     * 3.30 petang - Lawatan Ke Pondok Moden Kandis, Bachok.
        Majlis Ramah Mesra Warga Pondok Moden

     * Berangkat Ke Pondok Pasir Tumbuh. Solat Maghrib.
        Majlis Zikir & Maulid. Ceramah Memperingati Ulamak Silam (Tok Kenali)



5 Safar 1429H/ 12 Februari 2008 (Selasa)

     * 9.30 pagi - Bicara Ilmu (Balai Islam Lundang, Kelantan).
        Sesi Penyampaian Ceramah:Tajuk : “al-Tariqah al-Sufiyah    
        Sebagai Dakwah Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah Berhadapan Arus Globalisasiâ€.
    
     * 10.30 pagi - Minum Ringan
    
     * 11.00 pagi - Sesi Dailog dan Soal Jawab
    
     * 2.30 petang - Majlis Tausiyat dan Taujihat Kepada Pelajar.    
        Sesi Penyampaian Ceramah Tajuk :
        â€œMadrasah Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Pembinaan Spritual,
        fikrah dan Fizikal Pelajar Muslimâ€. Sesi Soal Jawab
    
     * Program bersama para saadah Ba’alawi Kelantan

     * 9.00 malam - Ceramah Perdana (Padang Perdana Kota Bharu).
        Tajuk ceramah: Hijrah al-Rasul



6 Safar 1429H/ 13 Februari 2008 (Rabu)

     * Berangkat ke Terengganu Darul Iman Kunjungan
        hormat kepada YAB Dato’ Sri Menteri Besar Terengganu Darul Iman.
    
     * 3.00 petang - Pertemuaan dengan Para Pendakwah Terengganu.
    
     * 7.00 petang - Kuliah Maghrib di Masjid Cabang 3.



7 Safar 1429H/ 14 Febuari 2008 (Khamis)

     * 8.00 pagi - Lawatan ke Universiti Darul Iman ( KUSZA ) .

     * Kembali ke Kuala Lumpur

     * 7.00 petang – 9.30 malam di Masjid Putra Jaya.
        YAB Perdana Menteri Malaysia akan turut bersama.



8 Safar 1429H/ 15 Februari 2008 (Jum’at)

     * Berkhutbah Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah
        Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak
    
     * Malam – Program di Madrasah al-Hasaniah (Yayasan Sofa),
        Shaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki ar-Rembawi.
        â€“ Rembau, Negeri Sembilan.



9 Safar 1429H/ 16 Februari 2008 (Sabtu)

     * 10.00 pagi - Muhadarah di Seminar Fiqh Nusantara.
        Anjuran Yayasan Itmam, Abim,Muafakat dan Persatuan Ulama’.
        Pembentangan oleh Habib Umar di sebalah pagi sebagai tetamu undangan atas tajuk,
        â€œHubungan FIQH MAZHAB SHAFIE dengan ALIRAN ASYA'IRAHâ€.
        Pembentangan ini akan diterjemahkan ke Bahasa Melayu
    
     * Seminar Fiqh Nusantara ini diadakan dari jam 8.30 pagi – 5.00 petang
        bertemakan MENGURANGKAN KEKELIRUAN – PENGUKUHAN PERPADUAN.
        Seminar berlangung di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
        Pendaftaran dan Bayaran : Pelajar (RM5) / Dewasa (RM10)
        Untuk penyertaan dan lebih pasti sila hubungi Tuan Haji Ghazali 019-3402578
        atau En Fadzil 012-3307172 atau layarilah website ini
        atau sila lihat aturcaranya di sini

     * 7.30 malam - JILSAH DI MASJID AL-FALAH USJ 9,
        SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
        Majlis bermula dari jam 5.30 petang.
        Tajuk ceremah Habib Umar adalah Tariqat Sufiyah:
        Definisi, sejarah, kepentingan dan peranannya di dalam penyebaran dakwah Islam.
        Insyaallah ada penterjemah ke bahasa Melayu.



10 Safar 1429H/ 17 Februari 2008 (Ahad)

     * Pertemuan dengan para pelajar Madras Nur

     * Habib Umar dan Rombongan berangkat kembali ke Yaman


Sumber : Blog sidi AbduLlah Thahir.

________________________


ALLAHu ALLAH...
Kami dipulau Temasek ini sudah mula merindui Sang Guru yang Mulia ini.
Ilal Liqo`... Ma`as Salamah ya Murabbina...


Saudara-saudaraku yang berada di Malaysia,
hadirkanlah dirimu didalam majelis-majelis nya yang penuh barakah ini
dan sertakanlah kami didalam doamu, sepertimana doa kami serta kalian...


JazakumuLlahu khairan wALLAHu a`lam bisawab :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.092128 saat. Lajunya....