Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Men are born to succeed, not fail.
-- Henry David

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 109
Ahli: 0
Jumlah: 109




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 24 hari yang lalu
nur_takwa88: 30 hari yang lalu
kismis: 30 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 45 hari yang lalu
Rashdin: 51 hari yang lalu


Cerpen
Topik: ~Hatiku Milikmu~


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» ~Hatiku Milikmu~

Please Mendaftar To Post


Oleh ~Hatiku Milikmu~

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 20:23


Salam....ana ada sebuah cerpen yang panjang tapi memang best sangat dan boleh dibuat pengajaran.. ana tak comfem kalau dah ada yang postkan sebab ana dah cari tapi tak ada...dan cerpen ni bukan ana yang buat ye....ana poskan sikit dulu...kalau da respon ana sambung...

~.^_^./~

Semakin kuusir semakin ia hadir,
Semakin kulupakan, semakin ia membelenggu fikiran,
Kusedar kini,
HATIKU MILIKMU
Biarpun jauh kularikan diri,
Namun ia tetap melingkar di tangkai naluri..

(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro. Aku tak nak seksa
perasaan aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu
penyiksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama
dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu
jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan
berakhir dengan satu jawapan.Entah bila!

"Umar, kau nak beli sim card baru, kan?" soal Fathil tatkala melihat
teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset..

Umar mengangguk ringkas.

"Beli yang aku punya saja lah," tawar Fathil.

"Separuh harga?" acah Umar.

"Beres. Kau nak sekarang ke?"

"Tak nak" Umar acuh tak acuh.

"Cis, buang karen saja!" bentak Fathil.

"Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual
betul-betul ke ni?" Umar meragui.

"Muka handsome aku ni ada gaya penipu ke?" Fathil berwajah serius.

"Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu?
Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,"

"Tak sampai pun sebulan" Fathil membetulkan fakta.

"Habis tu, nak beli yang lain pulak?"

"Mmm..dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari mak we aku. Malas
nak ada apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku,"

"Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh
clash jugak?"

"Biasalah, lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun. Aku nak
cari perempuan baik tau. Dia ni tak kena selera gadis idaman aku
lah. Aku malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar..tak pernah
bermak we," Fathil meluahkan.

Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia
menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki
itu membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji
ketampanannya. (Siapa yang tidak cemburu...dan, kau tahu
Umar...kaulah lelaki itu)

"Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau" Umar menyindir.

"Eleh...nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Umar. Aku clash pun sebab
aku tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah"

"Ish, awek malang mana lah pulak yang kan jadi mangsa kau kali ni,..
Dasar playboy!" sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.

"Dengki lah tu! Kau mengaku saja lah Umar, kau tu tak berani macam aku
nak cari mak we. Sampai sekarang tak ada mak we. Dayus! Penakut!"
Fathil pula mengenakan Umar.

"Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah...aku malas saja!"

"Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku. Aku cabar kau
tackle Maziah," Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas
dengan cabarannya.

"Maziah mana pulak ni?"

"Classmate aku. Sombong betul dia..buat aku tercabar saja. Nanti ada
peluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat. Aku memang dah syok gila
kat dia. Aku suruh kau tackle saja, pas tu bagi jalan kat aku,"

"Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau saja lah tackle dia,"

"Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan. Kau tahu tak,
Maziah ni bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah.
Sebab tu kalau kau boleh tackle dia, memang aku tabik kat kau,"

"Hey. Aku berani lah! Tapi, buang masa aku saja tackle perempuan.."
Umar menolak cabaran.

"Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak kan percaya selagi
kau tak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani,
aku cabar kau tackle Maziah dengan cara apa sekalipun" wajah Fathil
hambar. Dia keluar meninggalkan Umar sendirian. Dia ingin
menghabiskan malamnya di cyber cafe, manalah tahu kalau boleh
sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chit-chat.

(Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik juga lah!)
bisik Fathil.

Umar tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke dalam handset.
Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.

"Hello! Fathil" suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke
gegendang telinga Umar.

"Err, hello. Fathil tak ada," Umar gugup berhadapan suara itu.

"Ah, alasan saja tu! Fika tak percaya. Fika nak cakap dengan Fathil,
cepatlah.. "suara itu mendesak.

"Betul..dia keluar. Sumpah!" Umar meyakinkan.

"Dah dekat 1000 kali Fika call, Kenapa dia tak angkat?"

"Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya,"

"Fika dah agak…dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa
salah Fika.. semua jantan memang macam tu, suka permainkan
perempuan," suara itu bertukar sebak. Tersentuh hati Umar.

"Tapi, tak semua.." Umar membela kaumnya.

" Fika tak pernah jumpa pun...semua lelaki yang Fika kenali tak
boleh harap,"

" Err, suatu hari nanti jumpa lah.."

" Huh, entah bila.."

" Berdoalah pada Allah,"

" Berdoa?" gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar.

(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.

" Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-
untung, putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. ok, bye!"
gadis itu melawak sambil ketawa lagi.

Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan
perempuan melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di
Sekolah Taman Islamnya dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang
untuknya mengenali seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali
untuk berhubung begini. Kali pertama dia cuba mendekati perempuan
sewaktu awal masuk ke universiti. Itupun tak dilayan. Masakan tidak,
perempuan itu ialah Asiah Yusro, perempuan yang terkenal dengan
waro' di sekolahnya dulu.

Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus
terngiang-ngiang di pendengaran.

(Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun menawan. Lagipun,
Fathil syok kat perempuan-perempuan cantik saja. Tapi, Kenapa boleh
clash pulak?)

(Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni...)

Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba
irama handsetnya berbunyi lagi.

"Hello, Fika ni!"

Gurlp! Umar menelan liur.

" Hello!" balas Umar.

" Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan
diri pun," Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan
hatinya.

" Nama penuh Fika, Nur Syafika buat Amir. Pelajar Kejururawatan.
Saudara?"

" Err..Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,"

" Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho.."

" Ish, tak ada lah. Biasa saja..."

" Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil
abang Umar, boleh?"

" Abang?!" Gurlp!!!

" Aa..ah..tanda respect Fika, bukanya ada apa-apa. Boleh kan abang
Umar?!"

" Err.. " kelu lidah Umar.

" Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau
rindu Fika, sms lah..miss you my hero! Ummmwah.."

Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh
menerawang. Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-
bisikan asyik tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak
buluh perindu itu terus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis
tapi kali ini dia tak berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu dan
menggoda. Umar mengukir senyum sendiri.

" Umar, kau nak tengok persembahan teater, tak?" Fathil mengajak.
Kepalanya ligat mengatur strategi untuk mempengaruhi Umar. Dia mesti
bijak menjerat Umar agar dia boleh bebas daripada buruan Fika. Baru
petang tadi dia diburu lagi oleh Fika dengan pelbagai pujuk rayu.
Akhirnya dia menjanjikan sesuatu untuk Fika kerana dia tahu dia tak
boleh bebas daripada gadis yang licik itu selagi Umar tak dijadikan
penggantinya.

" Tak minat!" balas Umar. Ringkas.

" Cis, budak skema! Tak sporting lah kau ni. Jom lah Umar. Aku
bukannya ajak kau club in, tengok teater dalam universiti saja.
Lagipun, bukan ada apa-apa malam ni..bosanlah!"

" Aku tak nak!!" tegas Umar.

" ok, kalau kau tak nak ikut. Aku nak ubah plan pergi disco. Kau
sanggup tengok kawan kau nak pergi tempat maksiat, Umar?" Fathil
tahu kelemahan Umar, seterusnya cuba menjerat.

" Tapi..Hizbi, Banna, Hanif, Faizi dan Syamil nak datang malam ni."

" Oh, kawan-kawan kau yang selalu datang tu. Baik aku chow cepat-
cepat. Aku segan lah dengan mereka tu. Geng-geng malaikat tu. Aku
pulak geng setan. entah macam mana aku sebilik dengan kau sebab kau pun
geng mereka jugak, kan?!"

" mereka tu satu sekolah dengan aku dulu. Tapi Hanif dengan Faizi
bukan! Mereka kawan baik aku,"

" Patutlah kau pun ala-ala malaikat sikit. Tak sebulu dengan aku.."

" Hey Fathil, jangan kata macam tu. Aku pun gila-gila macam kau jugak
tau. Ingat aku suka sangat mereka datang. Aku pun dah bosan dengan
mereka. Asyik nak ajak aku pergi program agama saja, ingat ni zaman
sekolah dulu lagi agaknya,"

" Kau biar betul, Umar. Cakap bolehlah.." Fathil ragu-ragu.

" ok. Aku ikut kau pergi tengok teater!"

" Hah, macam tu lah kawan aku! Jangan pandai cakap saja tapi kena
tunjukkan. Macam ni lah yang aku nak."

Fathil menghidupkan enjin motorsikal krissnya. Umar membonceng di
belakang. Kepalanya asyik memikirkan pertemuan yang bakal diatur
antara Umar dan Fika.

" Eh..eh.. Maziah lah!" Fathil tak menyangka terserempak dengan
Maziah.

" Yang mana?"

" Tu, tu, baju putih."

Umar berpaling ke belakang. Matanya liar meneliti gadis berbaju
putih yang sedang menunggu di perhentian bas bersama beberapa orang
kawannya. Kelajuan motorsikal yang dipandu oleh Fathil menyebabkan
pandangannya mampu menatap wajah Maziah sekilas cuma.

" Nampak tak?" suara Fathil agak meninggi melawan frekuensi angin.

" Sikit-sikit saja..kau bawa motor laju sangat," balas Umar.

" ok. Aku pusing lagi sekali. macam betul-betul tau." Fathil
bertindak seperti apa yang dikata. Sebaik sahaja melepasi perhentian
bas itu, dia memperlahankan motorsikalnya sambil berteriak gatal,

" Maaaziaaahhhh...." Gadis itu memandang tepat. Kawan-kawannya juga
turut memandang. Panahan matanya tembus ke hati Fathil hinggakan
motorsikal yang dipandunya hampir hilang kawalan. Nasib baik sempat
cover.

(Boleh tahan! Tapi, macam pernah nampak, di mana ya?) bisik Umar.

Umar cuba mengecam wajah Maziah sekali lagi. Matanya beralih fokus
kepada seseorang.

(Eh, Asiah Yusro?!)Dia terperanjat melihat gadis yang berada di tepi
Maziah ialah Asiah Yusro, gadis pujaan hatinya.

(Alamak, mesti Asiah Yusro terkejut tengok aku naik motor dengan
budak gila-gila macam Fathil ni. Mesti dia sangka aku tak thiqoh
lagi. Ahh,..biarkan. Boleh blah lah Asiah Yusro dengan thiqoh kau
tu..kaulah wanita paling kejam. Bertahun-tahun kau buat jiwa aku
terseksa!)


Fathil mencari tempat parking berhampiran dewan besar universiti.
Kakinya pantas menyusun rentak ke dewan, diiringi oleh Umar.

" Lawa si Maziah, kan?!"

" Kau memang..cari orang lawa saja!"

" Kau tahu apa! Maziah tu bukan saja lawa tapi baik, tau!"

" Buktinya?"

" entah?! Aku tengok dia pandai bawa diri. Nampak terjaga.."

" Perasaan kau saja tu!Aku rasa perempuan macam tu berpotensi besar
buat jiwa kau terseksa," Umar belajar daripada pengalaman.

" Orang tak ada mak we macam tu lah! Mana kau tahu tengok perempuan,"

" Kau jangan cabar aku, Fathil. Tengoklah nanti, dalam masa sesaat
pun aku boleh cari mak we,"

Pap! Satu tumbukan lembut singgah di bahu Fathil. Seorang gadis
berwajah jelita, beraksi menggoda sedang menarik muka masam.

" Fathil nak nyorok dari Fika, ye?!" marah gadis itu. Comel.

(Fika?! Gurlp!!)

" Umar, kau bertuah malam ni…memang sesaat pun!" Fathil separuh
berbisik. Umar kehairanan dan cuba mentafsirkan kata-kata itu.

" Err, tak ada lah Fika. Fathil sebenarnya puas cari pengganti untuk
Fika. Bukan Fathil tak suka Fika, tapi Fathil rasa ada orang yang
lebih baik untuk Fika berbanding Fathil. Itu tanda sayang ikhlas
Fathil pada Fika. Kenalkan ni Umar Al-Mujahid. Dia boleh jadi pak we
baru Fika," pandai Fathil menyusun ayat. Dia memang mahir bertanam
tebu di pinggir bibir. Hatinya melonjak-lonjak riang kerana boleh
bebas daripada perempuan yang dianggap merimaskan ini. Lagipun dia
tahu, memang itu yang Fika inginkan. Fika tentu gembira melihat
lelaki misteri yang membonceng motornya tempoh hari, kini ada di
depan matanya.

Umar dan Fika saling berpandangan. Umar lemas dengan renungan tajam
gadis itu. Dia makin tenggelam dengan senyuman manis yang mula
berkuntum dari bibir mungil bak limau seulas, merah bak delima
merekah.

(Cunnya Fika!) terbeliak mata Umar.

to be continued.....


-----------------
FIDAK 2015


Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

uqu
WARGA SETIA
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 2057
Posting: 640
Dari: KUCHING

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 20:35


Assalamu'alaikum warahmatullahi Wabarakatuh...

Subhanallah, ana memang cari cerita ni... jumpa jugak... postkan cepat-cepat k... hehehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For uquProfil   Hantar PM kepada uqu   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 20:56


(Wow, 10 kali ganda lagi handsome dari Fathil! Macam Hritik Roshan..)
Fika pun turut terpegun dengan ketampanan Umar.

Hidup Umar makin terawang-awangan dibuai bayangan Fika. Si gadis
jelita. Teknologi sms 'dimanfaatkan' sepenuhnya sebagai penghubung
saban hari. Kadang-kadang, sampai tak tidur malam mereka berbalas
sms.

(Jiwa aku selalu resah. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah.
Inikah makna cinta? Ya. Aku rasa. Aku dah jatuh cinta!)

Kini, barulah Umar dapat merasai keseronokan memiliki seorang teman
wanita sebagaimana yang sering diceritakan oleh Fathil. Memang
seronok! Umar tak mampu lagi menongkah arus di lautan cinta remaja
yang menipu daya. Dia membiarkan dirinya terus dan terus hanyut
dipukul badai cinta yang kian bergelora. Cinta yang terumbang-ambing
di samudera luas dan tak tertinjau tepiannya. Kini, malamnya
ditemani mimpi-mimpi indah,siangnya teruja dek warna-warni cinta.
Cinta itu indah.

(Fika, kau istimewa! Bagiku, kaulah penyingkap makna cinta di hati
ini... Fika, bayanganmu sentiasa menemaniku. Fika, hatiku milikmu!
Oh, Fika..)

Tok!Tok! Assalamualaikum...

Kebetulan, Fathil hendak membuka pintu untuk keluar tatkala pintu
biliknya diketuk.

" Umar ada?" seraut wajah bersih seorang lelaki tercegat di depan
biliknya. Bibir lelaki itu menguntum senyuman. Tangannya dihulur
untuk berjabat tangan dengan Fathil. Fathil menyambut salam dengan
kekok.

" Saya Banna..Hassan Al-Banna," lelaki itu memperkenalkan diri.

" Kenal...selalu dah nampak muka kau tapi tak tahu nama. Kau duduk
kolej sebelah, kan?!"

" Mmm...awak?"

" Aku Fathil." Sejurus selepas itu Fathil melaung memanggil Umar.

" Umar, kawan kau datang!" Tiada laung balas. Senyap. Handset Fathil
pula berirama minta diangkat.

" Hello, Joe! Dia masih ada kat stall tu. Aku nak pergi lah ni,".
Fathil tergesa-gesa mengikat tali kasut.

" Umar tertidur, agaknya. Pergi lah jenguk dalam compartment dia tu!"
Ujar Fathil kepada Banna. Banna mengangguk. Fathil meluru keluar
sebaik sahaja tali kasutnya kemas diikat.

Banna masuk ke compartment Umar. Dia sedang nyenyak tidur. Tidur
petang. Di dalam genggamannya yang terbuka, Banna menjeling kepada
satu mesej yang tertera di skrin handset.

Bang Umar, takkan asyik sms saja. Petang esok kita jumpa kat PWTC nak?
Bolehlah bang...plizzzzzz...love u!!! Fika saaaaaayang abang.
Ummmwahhh!

Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan matanya bagaikan
tidak percaya.

(Umar sedang bercinta?) hatinya sukar menerima.

            Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil
masuk tergesa-gesa tanpa membuka kasut. Dia mengambil sekeping kad
bersampul biru muda.

(Tertinggal agaknya…)Banna memandang Fathil dengan senyuman.

`'Dia tak bangun lagi ke?'' Fathil sempat menjenguk Banna di dalam
compartment Umar.

`'Emm..tak lagi!'' balas Banna masih tersenyum. Fathil mendengus
lalu menggoyang-goyangkan bahu Umar.

`'Woii, bangunlah….kawan kau datang ni!'' tengking Fathil. Umar
menggosok-gosokkan mata. Dia menatap paparan mesej di skrin handset
seketika, kemudian pantas menutupnya.

`'Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai tertidur. Aku nak ajak
keluar pun susah sekarang ni,'' leter Fathil . Hati Banna makin
curiga dengan Umar.

`'Err, nak ke mana tu?'' Banna sempat bertanya.

`'Nak ke stall. Sekarang ni kan Mujahidah Week, bolehlah membeli
sambil ngorat mujahidah…'' Fathil ketawa berdekah-dekah dengan
lawaknya. Banna turut tersenyum.

`'Chow dulu…'' Fathil melemparkan senyuman ramah.

(Bagus dia, mudah masuk dengan orang…) hati Banna memuji Fathil.


Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia datang untuk mengajak Umar
menghadiri perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-pelajar
lepasan Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta yang tidak asing
lagi di negeri Utara. Namun, tak semua orang yang menyertainya
berasal daripada sekolah itu, majoriti mereka daripada situ. Smart
group ditubuhkan bertujuan untuk mengumpulkan mereka, berbincang
soal akademik, akhlak, isu semasa, tarbiyyah dan da'wah. Smart group
juga dapat mengikat hati-hati mereka agar tetap bersama sahabat-
sahabat yang soleh dan suasana yang mendidik. Kewujudan smart group
adalah cetusan dari kesedaran bahawa fatamorgana dunia hari ini
terlalu menipu daya. Maka, setiap jiwa yang hajat kepada Islam perlu
dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group kecil agar mereka
boleh lengkap- melengkapi dan kuat- menguatkan menghadapi cabaran
jahiliyyah.

(Ahh, boleh blahlah smart group! Pergi jahanam dengan Asiah Yusro…
Aku dah besar. Aku tak perlukan smart group. Aku bukan pelajar
Sekolah Taman Islam lagi. Aku mahasiswa universiti. Smart group,
namanya pun sudah jelek aku mendengarnya!)

`'Banna, ana ada hal lah esok,'' Umar masih mengekalkan ganti nama
ana yang cukup sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam.

`'Hal apa yang lebih penting dari smart group?''

`'Err…nak buat assignment, banyak lagi tak siap. Hari Isnin ni dah
kena hantar,'' Umar beralasan. Dia sudah pandai berbohong.

`'Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik anta. Sambil-sambil
tu, kami semua boleh tolong anta siapkan assignment..'' Banna
menawarkan pertolongan.

`'Eh, tak payah lah…ana boleh buat sendiri,''Umar menolak.

`'Datang smart group kejap saja, Umar. Tak sampai pun sejam.
Insyallah, kalau anta datang, Allah akan permudahkan urusan anta untuk
buat asignment . Kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong
kita. Smart group bukan benda main-main, ianya tanda sensitiviti
kita pada agama. Sahabat-sahabat kita semuanya dah cukup rindu kat
anta,. Masuk ni, dah tiga kali anta tak datang. Bayangkan tiga minggu
anta menghilang, macam mana sahabat-sahabat kita tak risau?!''

(Mereka semua ni sama macam dulu. Ambil berat sungguh! Tapi. Aku dah
bosan dengan smart group…)

`'Malam kami ziarah bilik anta ramai-ramai tu, anta ke mana? Bukan ke
kita dah janji?!'' Banna melontarkan persoalan.

`'Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana
temankan dia. Tak sempat nak hantar mesej kat anta,''

`'Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat anta. anta
tetap sahabat kami sampai bila-bila. Datanglah esok…''

`'Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam saja lah kat semua. Kalau
ditanya, katakan ana banyak assignment,''

`'Insyallah. Oh ya! Dr. Azmin kirim salam . Dia kata puas dia
contact anta tapi tak dapat-dapat,''. Wajah kebapaan bekas guru di
Sekolah Taman Islam yang kini sudah bergelar pensyarah itu,
bertandang di fikiran Umar. Baru semalam dia bertembung dengan Dr.
Azmin namun dia cepat-cepat mengelak.

(Aku tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan dengan bicaranya
tentang tarbiyyah dan da'wah. Tarbiyyah, da'wah? Pergi jahanamlah…
aku dah meluat. Pergi jahanam bersama Asiah Yusro)

`'Ana dah tukar sim card?''jawab Umar bersahaja.

`'Kenapa tak inform?''

`'Ana nak rahsiakan nombor ana,'' Umar tak berselindung.

`'Kenapa ni Umar?''hairan Banna dibuatnya.

`'entah?!Bosan…''getus Umar. Wajahnya berkeriut kebencian.

`'Bosan? Bosan dengan apa?''

`'Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana rasa terkongkong.
Betul-betul bosan! rasa muak bila diajak ke program-program
tarbiyyah terutamanya smart group. Tolonglah…ana tak nak dengar
perkataan tu lagi, bosan! Ana tak nak semua ni. Ana nak rasa enjoy
macam orang lain. Ana tak tahan dan memberontak bila kat sini pun
anda semua masih nak kongkong ana macam kat Taman Islam dulu.
Ziarah, usrah, ukhwah, da'wah, tarbiyyah…ahh, meluat!''terpancul
kata-kata yang sarat luahan.

(Kenapa aku luahkan semua ni? Ahh…biarkan…biarkan…dah lama benar ia
terpendam) Umar puas dengan luahannya. Peluh dingin memercik di
dahi.

Banna terpaku.

(Benarkah apa yang aku dengar ini? Alam nyata ke ni?)

`'Umar, anta bosan dengan hidayah Allah?'' Banna mengungkap.

(Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)

`'Umar, kat Taman Islam dulu, anta Ketua Pengawas yang sangat ana
kagumi. Ana masih ingat lagi kata-kata anta dulu….. diri kita ibarat
cawan. Kalau kita tak tuang di dalam cawan dengan air, molekul-
molekul angin akan masuk. Begitulah juga diri kita, kalau kita tak
tuang dengan ilmu dan iman, anasir-anasir lain akan masuk. Kita
hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi diri kita dengan bekalan iman
agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam hati. Kita terlalu
hajat pada hidayah Allah,'' Banna menyambung lagi,

`'Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada
Allah. Kita tak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri
kita daripada mendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu
lah kita perlu bersyukur dengan hidayah Allah dan perlu berusaha
mengekalkannya. Allah dah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita,
Kenapa kita nak sia-siakannya?''

`'Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan mendengarnya,'' jiwa
Umar gersang. Sudah lama tak disirami hujan iman.

(Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu? Kerana semua tu lah,
aku mengenali Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku terseksa.
Aku juga tahu, kerana semua tu lah Asiah Yusro tak membalas cintaku.
Semua tulah yang merampas Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)

`'Umar, jangan cuba lari dari hidayah Allah. Fikirkanlah, sampai
bila anta nak berkrisis dengan Allah macam ni? Hidup ini takkan
selamanya begini. Kita akan mati berjumpa Allah. anta nak termasuk di
kalangan orang-orang yang rugi?'' Banna tidak jemu melembutkan hati
Umar. Banna terdiam.

(Ahhhhhhhhh….bosannya!!! Tapi, betul juga cakap Banna)

`'Ana tak sekuat anta, Banna. Ana futur, tak larat nak bangun balik.
Nantilah,esok kalau ada masa ana datang smart group,'' jiwa Umar
terusik. Banna tersenyum. Air liurnya tak terbuang sia-sia.

`'Ana akan tunggu anta.Bukan ana saja, tapi kami semua akan tunggu anta.
Ingat, sahabat-sahabat kita rindukan anta, terutamanya mas'ul kita,
Dr Azmin,''



Irama handset Umar berbunyi. Umar nampak gugup.

`'Hello, err, nanti abang telefon kemudian. Abang ada tetamu ni…''
Umar menjawab panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu meminta
diri.

`'Tak apa lah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik kembar ana kat
stall kejap, Assalamualaikum. Jumpa lagi,'' Banna bangun beredar. Umar
membalas salam. Selang seketika,handsetnya berbunyi lagi. Umar
menjawab panggilan itu dengan suara lembut. Banna menjeling.

(Adik dia agaknya…)hati Banna cuba berbaik sangka. Namun, otaknya ligat
berfikir sesuatu. Basah di ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi
baca sebentar tadi, lalu dia membuat satu sms.



Assalamualaikum. Smart Group bertukar venue di PWTC, pukul 5.30 petang
esok.


                     Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret
tersusun berhampiran dewan besar universiti sempena Mujahidah Week.
Dia mencari gerai kepunyaan Kelab Penulisan. Adik kembarnya berniaga
di situ. Dari jauh, Banna melihat adiknya Maziah bersama Asiah
Yusro, teman baik adiknya sedang sibuk menyusun buku-buku di gerai
mereka.

(Ish, Asiah Yusro pun ada?! Seganlah….)hati Banna berbisik. Dia
mengakui hatinya resah tiapkali terpandang Asiah Yusro, mawar
mujahidah acuan Sekolah Taman Islam yang sangat dihormati kerana
ketokohannya dalam tarbiyyah dan da'wah. Lantaran itu, hatinya akan
segera beristighfar. Dia tidak mahu jiwanya dibiarkan parah dibaham
mazmumah.

Banna memberanikan jua kakinya melangkah mendekati gerai Kelab
Penulisan.

`'Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa, kejap,'' Banna mengajak
adiknya beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin
daripada Asiah Yusro. Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir
senyuman. Sebelum beredar bersama abangnya, Maziah sempat mengambil
cebisan-cebisan kertas berwarna biru yang baru dikoyak dari dalam
lipatan sebuah buku.

`'Kertas apa tu?'' Banna menjeling.

`'Tadi, ada seorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-
ayat yang ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya.
Maaf, tak sempat nak tunjuk kat abang..'' Maziah meyerahkan cebisan-
cebisan kertas itu ke tangan abangnya. Banna menyambut lalu membelek-
belek.

`'Lelaki ke?''

`'Kalau perempuan, Maziah tak kan buat macam ni, bang…''

`'Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan
datang silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah
agar kita tak hanyut nanti.,''nasihat seorang abang.

`'Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik Allah…
Maziah takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan
ujian ni. Allah tak perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu
memerlukan hidayah-Nya untuk selamat di dunia dan akhirat. Kalau
kita tak jaga hidayah Allah, ia boleh pergi meninggalkan kita, kan
bang?!''

(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita
yang ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)

`'Mmm.Sama-samalah kita berdoa….'' Banna mengangguk setuju.

`'Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang saja kad yang aku
beli mahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pak we,'' bentak Fathil yang
berada selang beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.

`'A'ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pak we dia pulak kad kau
tu. Aku rasa, tentu pak we dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau
mereka ni, Fathil,'' tambah Joe.

`'Dating depan orang ramai pulak tu,'' darah Fathil mendidih.

`'Nampak saja baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang
sangat. Aku kenal pak we dia tu,''gigi-gigi Fathil dicengkam kuat,
bergemerincing.

`'Siapa?''

`'Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro', tapi
sama setan macam aku saja. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan
aku, nak sakitkan hati aku lah tu,''

`'Fathil, kau tengok saja awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku,
aku takkan biarkan budak tu. Kena bagi penangan sikit…''

`'Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dah lah aku
meluat dengan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik,
begini pulak jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna,
Maziah dan Fika pun aku nak ajar sekali,''

`'Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat,'' Joe makin
mengapi-apikan kemarahan Fathil.

`'Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna, nak?''

`'Malam ni? Kenapa lambat sangat…sekarang ni pun dah boleh belasah
dengan mulut. Semburlah pedas-pedas sikit kat mereka yang tengah
berasmara tu,''

Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.

`'Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu
ada makna?''

`'Hanif mana ni bang?''

`'Alah, Hanif…kawan abang yang hitam manis tu. Dia tak ada rupa
sangat tapi agamanya, insyallah.''

`'Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari
Sekolah Taman Islam jugak ke, bang?'' Pergaulan yang terbatas di
sekolah itu menyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali
pelajar lelaki. Begitulah sebaliknya.

`'Takk, dia sekolah biasa saja. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini.
Dia dalam smart group yang sama dengan abang.,''

`'Maziah ingat….zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah
rumah kita. Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut
keluarganya ziarah. Dia tu nakal masa kecil dulu,kan abang? Maziah
cukup tak suka kat dia dulu. Dia selalu ejek Maziah macam-macam,''

`'Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikit
lah. Kalau kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no body
is perfect. Kita pun ada kelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab
kita. Maziah macam mana sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga
Hanif masuk meminang?''

`'Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah
awal-awal lagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah
siapa pun yang bakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas dan
dia berada di atas jalan tarbiyyah dan da'wah. Maziah tak pernah
pandang rupa atau kekayaan, Maziah hanya hajat pada agama dan
bimbingannya,''

`'Syukurlah, abang gembira dengan jawapan Maziah….''

Tiba-tiba…..

`'Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-
ala setan jugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah woiii…''laung
Fathil dengan kuat ke arah Banna dan Maziah. Mereka terkejut.
Beberapa orang pelajar yang lalu lalang memandang sinis ke arah
mereka dengan kata-kata Fathil yang lantang itu. Banna cuba
menjelaskan keadaaan. Dia menghampiri Fathil.

`'Fathil…dengar sini…''

`'Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan….''

`'Fathil…'' Banna cuba bersuara lagi. Terhalang.

`'Sudahlah….tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi
bersuluh. Nak buat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama
universiti saja,'' Fathil tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan
daripada Banna selepas memalukan mereka berdua di khalayak ramai.
Dia puas lalu meninggalkan mereka terpinga-pinga.

Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri Maziah.

`'Sabarlah Maziah, Allah tahu nanti adik- beradik,''

`'Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu tak
bertempat, dia mula lah nak lakukan perkara tak baik pada orang
lain,'' luah Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering
mengganggunya saban hari.

`'Maziah, pandanglah semua orang dari kacamata dakwah. Kasihan
lelaki tadi, mungkin niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di depan
matanya tapi kurang teliti dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan
Maziah dan abang Maziah tadi memang boleh menimbulkan prasangka,
betul tak ?'' Maziah mengangguk.

`'Kita doakanlah agar orang sepertinya akan mengenal tarbiyyah dan
da'wah bil hikmah dengan izin Allah,'' Kata-kata Asiah Yusro
menenangkan hati Maziah. Dia berzikir memuji Allah.

Banna datang menghampiri adiknya.

`'Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi. Mungkin silap
kita juga. Semuanya kerana salah faham,'' Banna mengingatkan
adiknya. Maziah tersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.

`'Insyallah, bang! Err, abang…dia lah yang menghantar kad biru tu.
Maziah ada mendengar abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal
dia, ya?!'' Tanya Maziah.

`'Dia roommate Umar Al-Mujahid, bekas ketua pengawas sekolah kita
dulu. Abang selalu ziarah biliknya,'' Banna menerangkan. Di Taman
Islam, siapa yang tak mengenal Umar Al-Mujahid.

`'Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya, Umar lah yang
membonceng motor dia?'' Maziah memandang Asiah Yusro. Asiah Yusro
berfikir sesuatu. Hatinya resah mendengar nama Umar Al-Mujahid.

(Apa khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti dulu? Hebat dengan
tarbiyyah dan da'wah…). Tak lama kemudian, Asiah Yusro bersuara,

`'Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki tadi sebilik dengan
Umar. Mudah-mudahan Umar boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah dan
da'wah,''

Banna terdiam dengan kata-kata itu.

(Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi. Aku takut si Fathil pula yang
membimbing Umar agar lari dari hidayah Allah. Na'uzubillah.
Astargfirullah, sangka tak baik kat orang pulak aku ni.
Astagfirullah)

****************************************************

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-02-07 21:22


Nak baca..tapi tak cukup masa pula..huhuuu...
Terpaksa study untuk quiz dulu.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-02-07 21:55


sedihnya...bila sambung ye. fathil & fika betul-betul berperanan seperti syaitan perosak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

wihdatul_asrar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.02.2006
Ahli No: 22976
Posting: 121
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 01:37


ana pun ada dapat cerita ini melalui e-mail.
baca lah,banyak pengajaran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wihdatul_asrarProfil   Hantar PM kepada wihdatul_asrar   Quote dan BalasQuote

mechaboyz87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27308
Posting: 94
Dari: -ump->> kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 23-02-07 01:42


panjang jugak ye cerita nya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechaboyz87Profil   Hantar PM kepada mechaboyz87   Pergi ke mechaboyz87's Website   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 08:25


Saudara mechaboy87...cerita ni memang panjang..masih panjang lagi ini...jadi kalau nak tau pengakhirannya yang "tak disangka", jadi....ikutla sampai habis ye...betul,cerita banyak sangat pengajaran...tahniah pada yang menulisnya..

Baikla..harini ana sambung lagi...


***********************************************************

             Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak di
dada. Dipecat baju lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian,
dia merebahkan badan.

`'Kenapa kau ni, Fathil? Masih gagal tackle Maziah ke?'' tanya Umar
yang sejak tadi memerhati. Umar baru sahaja selesai berbalas-balas
sms dengan Fika.

`'Aku bengang betul lah!''

`'Bengang apa?''

`'Maziah dating depan aku tadi lepas sesuka hati dia saja koyak kad
yang aku bagi. Siapa tak bengang?''

`'Orang dah ada pak we, cari lain saja….''

`'Huh, tak semudah tu! Ni Fathil…dia belum kenal lagi siapa Fathil!''

`'Kau nak buat apa?'' Umar ingin tahu.

`'Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan aku, kau kena ikut
aku,''

`'Belasah perempuan?'' (Gila!) bentak hati Umar.

`'Bodoh! Belasah pak we dia lah…''

`'Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah orang,''

`'Kau memang penakut lah Umar. Benci! Bukannya aku nak belasah betul-
betul. Takut-takutkan saja. Joe pun ikut sekali, tak penakut macam
kau! Kau bayangkanlah, dia sanggup rampas mak we aku dan sengaja
ajak dating depan mata aku. Anak jantan mana tak tercabar? `'

`'Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau? Orang rampas awek
kau atau kau yang rampas awek orang?'' Umar tahu Fathil tak pernah
berjaya tackle Maziah.

`' Kau tahu apa Umar?! Tu lah…asyik gila bersms saja. Kau kena ingat,
kau dapat Fika pun sebab aku. Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik
balik dengan Fika dan ajak dia bermadu asmara depan mata kau?''

Umar akhirnya mengalah.



`'Hah, tu dia! Kau sedia Joe, kau masuk dulu,'' Fathil menunding
jari tepat ke arah Banna yang baru sahaja keluar dari kolejnya
menuju ke kafetaria. Wajah Banna agak samar dalam cahaya neon yang
kurang terang. Fathil, Umar dan Joe bersembunyi di sebalik sebatang
pokok pinang kota. Tatkala Banna melewati kawasan yang agak gelap
itu, Joe menerajang Banna dari belakang sekuat hati. Tenaganya
difokus padu kepada kaki. Banna jatuh terpelanting beberapa meter ke
tanah. Mukanya tersembam ke batu sehingga hidungnya berdarah. Gigi
taringnya hampir tercabut.Umar masuk menyerang dengan menyiku
belakang Banna beberapa kali. Banna masih tersemban di situ. Dia
menarik kolar baju Banna untuk membuat pukulan seterusnya namun
langkahnya mati serta-merta tatkala terpandang wajah lelaki itu.

Banna dan Umar saling berpandangan. Tangan kiri Umar masih kemas
menggengam kolar baju Banna dan tangan kanannya menggumpal penumbuk.
Perlahan-lahan Banna melepaskan gengaman dan meleraikan penumbuknya.
Umar menghulurkan tangan, membantu Banna untuk bangun. Banna
menyambut dan bangun membersihkan debu-debu tanah di badannya.

(Kau Banna? Ah…kasihan kau!) kesal hati Umar.



`'Cis, mampuslah anda berdua!'' Fathil meradang melihat drama itu
lalu cuba menyerang Umar dan Banna serentak. Umar bertindak pantas
mematahkan serangan Fathil dengan menggunakan ilmu taekwando yang
dimiliki. Fathil sempat membuka beberapa langkah silat tempang dan
membuat tumbukan tepat sebelum serangannya dipatahkan. Joe pula
masuk membantu tetapi silatnya juga berjaya dipatahkan oleh Banna
walaupun sudah tercedera. Banna gagah dan tegap orangnya. Kalau
tidak dipukul curi sebentar tadi, mungkin mereka tak berpeluang
mencederakannya.

`'Woii!!'' seorang Pak Guard yang kebetulan meronda menjerkah
mereka. Cahaya lampu picitnya yang terang meyuluh satu persatu wajah-
wajah pelajar di hadapannya. Dia sudah berada terlalu dekat dengan
mereka.

(Tiada harapan untuk lari) dengus Joe.

`'Woii. anda gaduh ye?''

`'Tak, kami berlatih taekwando!'' Fathil berdalih.

`'Berlatih taekwando? Takkan sampai berdarah-darah macam ni?'' Pak
Guard menyuluh tepat ke arah Banna. Hidung dan mulutnya berdarah.
Gigi taringnya yang longgar akibat tersemban ke batu, kini sudah
tercabut kerana terkena penumbuk Joe.

`'A'ah. Kami ada perlawanan minggu depan. Terpaksa berlatih kat
kolej,'' tambah Joe.

`'Jangan nak berdalih. Aku dah masak dengan perangai student. Tak ada
orang yang berlatih sampai berdarah macam ni,'' Pak Guard masih curiga
lantaran melihat darah yang makin membuak-buak keluar dari hidung
Banna. Begitu juga mulutnya.

`'Betul Pak cik. Saya berdarah sebab tersembam ke batu tadi. Tak
sengaja,'' Banna pun terpaksa berbohong untuk meredakan keadaan yang
menjadi semakin tegang.Bukan bohong tapi helah.

`'Lain kali, kalau nak berlatih pun, pergilah dekat court . Yang
anda berlatih dalam gelap tepi batu-batu kerikil ni, siapa suruh?
Sudah. Aku tak nak tengok anda berlatih kat sini lagi. Cari tempat
lain!'' Pak Guard meyakini kata-kata Banna lalu minta mereka segera
bersurai.



`'Kau ingat, kau tunjuk baik. Aku boleh maafkan kau?'' api kemarahan
Fathil masih menyala-nyala terhadap Banna. Telunjuknya tepat dihala
ke arah batang hidung Banna. Ketika itu Pak Guard sudah pun berlalu
pergi.

`'Woii, Fathil! Kenapa kau tak cakap awal-awal kau nak belasah kawan
aku, hah?'' Umar menengking Fathil. Joe sedang mengurut-ngurut
lengannya yang sakit dipulas Banna sebentar tadi.

`'Kau ingat aku ni bodoh sangat nak bagitahu kau? Mesti kau tolak
awal-awal. Aku nak kau nampak sendiri, kawan kau yang tak guna ni
lah rampas mak we aku. Pas tu dating depan orang ramai, buat
maksiat!''

Umar terdiam. Dia memandang Banna seketika. Dia teringat Banna ada
mengatakan bahawa dia ingin berjumpa adik kembarnya ketika akhir
pertemuan mereka petang tadi.

(Patutlah first time aku tengok Maziah. Aku rasa aku pernah nampak
dia. Baru aku perasan, wajahnya memang mirip wajah Banna)

`'Fathil, awak salah faham..'' Banna bersuara, cuba menjelaskan
keadaan. Fathil segera memotong.

`'Aku tak nak dengar apa-apa dari orang hipokrit macam kau! Maziah
tu mak we aku, kalau aku nampak anda berdua-duaan lagi sekali. Aku
takkan serik belasah kau,''

`'Bodoh! Memang kau salah faham…'' Umar menengking lagi. Dia tak
dapat menahan kemarahannya. Kalau dikutkan hati, mahu sahaja dia
meramas-ramas mulut celupar Fathil yang menuduh Banna bukan-bukan.

`'Salah faham apa. Aku tengok depan mata kepala aku sendiri…''
Fathil menguatkan kenyataannya.

`'Aku pun tengok!'' tambah Joe.

`'Kau pun sama bodoh! Buat malu saja! Tu adik kembar dia lah, bukan
mak we!'' Umar meyakini Banna memang mempunyai adik kembar walaupun
tak pernah mengenali kembar Banna sebelum ini. Banna adalah sahabat
yang terlalu dipercayainya. Fathil terdiam kaku dengan keterangan
itu. Merah padam mukanya.

(Aku belasah bakal abang ipar aku sendiri?)



Dari jauh Pak Guard tadi melihat mereka masih belum bersurai malah
bertikam lidah pula. Dia menghidupkan motorsikalnya untuk meronda ke
sana lagi sekali.

`'Anggaplah tak ada apa-apa yang berlaku. Saya minta maaf. Semuanya
kerana salah faham bukan salah sesiapa,'' ujar Banna dengan lembut
sambil menghulurkan tangannya.

(Uih, makhluk jenis apa yang baik sangat ni?) Malu sendiri Fathil
dibuatnya. Dia tidak menyambut salam itu kerana terlalu malu. Dia
menumbuk ringan bahu Joe untuk mengajaknya beredar. Pak Guard yang
semakin hampir membatalkan niatnya menegur tatkala melihat adegan
Banna menghulur tangan, kemudian Fathil dan Joe mula beredar.

`'Tadi, berlatih taekwando. Ni berlatih teater pulak ke?'' sempat
Pak Guard menyindir sambil berlalu pergi.

Umar merenung wajah Banna.

`'Banna, cedera anta teruk ke?''

`'Sikit saja,'' balas Banna, masih mampu mengukir senyuman.

`'anta tak patut minta maaf dari Fathil. Bukan salah anta pun. Fathil
tu yang memandai kata Maziah awek dia. Dia memang macam tu, kalau
dah syok kat perempuan, memang dia usahakan jugak sampai dapat,''

`'Lupakanlah….. Sebenarnya, Maziah tu dah ada orang masuk. Ana harap
anta boleh bagitahu Fathil hal ni,''

`' Insyaallah.Ana minta maaf. Ana betul-betul tak tahu mereka nak
belasah anta tadi,'' Umar dihantui rasa bersalah apatah lagi melihat
sahabatnya berdarah.

`'Tak apa, Umar. Lupakan… anta juga yang tolong ana tadi. Terima-
kasih! Moga Allah yang dapat membalasnya. Tapi, ana harap anta akan
mengambil pengajaran. Belasah orang bukan cara untuk menyelesaikan
masalah. Silap haribulan, boleh kena buang universiti. Kita kena
berfikir panjang sebelum bertindak. Hari ni, ana, kawan anta sendiri
yang anta belasah. Esok lusa, kalau anta belasah orang lain pun, dia
juga adalah kawan kepada seseorang, anak lelaki kepada seseorang dan
abang kepada seseorang. Fikirkan berapa manusia yang membenci dan
tak meredhai anta kalau anta membelasah seseorang!!'' Kata-kata Banna
membuatkan Umar terfikir.

`'Banna, ana minta maaf!'' Umar memeluk Banna. Handsetnya berirama
sekaligus meleraikan pelukannya. Ada mesej yang diterima.



Bang Umar sayang, esok kita jumpa kat PWTC, jangan lupa pulak! Fika
dah tak tahan ni. rasa rindu sangat kat abang. Hidup Fika betul-
betul jadi gila tak menentu, asyik ingatkan abang saja! Esok ye
sayang….love U!!



Umar serba- salah selepas membaca mesej itu. Wajah Hanif, Syamil,
Hizbi, Faizi dan Dr. Azmin seakan-akan terpancar dari anak mata
Banna, mereka seolah-olah sedang melambai-lambai mengajaknya ke
smart group pada petang esok. Umar membaca mesej Fika sekali lagi.
Dia tewas dengan kuasa cinta Nur Syafika.

`'Banna, esok jangan lupa kirimkan salam ana kat semua. Ana betul-
betul tak boleh pergi smart group,''

`'Baiklah, ana tak berhak paksa anta. Ana cuma mampu mengajak. Ana
doakan, Allah permudahkan urusan anta untuk siapkan assignment anta,.
Kalau sempat siap, anta datanglah. Kejap pun tak apa,' balas Banna.
Mengharap.

****************************************************

Fika tidak putus-putus mengukir senyuman. Wajah kacak Umar Al-
Mujahid benar-benar membuatkan dia berasa bangga dapat berjalan di
sisinya. Matanya sentiasa menjeling manja menatap wajah pemuda itu.
Dia cuba memasukkan jejari halusnya di celah jejari Umar namun
ditepis oleh Umar. Suasana di tepi tasik PWTC begitu romantis
dirasakan.

`'Kita tak boleh bersentuhan lagi, berdosa!'' iman di dada Umar
bersuara. Fika mencebikkan bibir.

`'Alah, pegang tangan saja, bukan buat apa-apa yang tak senonoh. Fika
kan sayang abang. Nanti, Fika jadi milik abang juga. Apa salahnya
Fika nak bermanja sikit dengan abang,''Fika bersuara manja. Gerak
badanya melentok ke sana- sini kerana cuba menggoda Umar. Umar
terdiam. Gurlp!! Tersirap darah mudanya.Perlahan-lahan, tangannya
dibiarkan berada dalam genggaman Fika.



Fika puas kerana tindakannya tidak dihalang lagi. Direbahkan pula
kepalanya ke bahu Umar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

humaira_taqwa
Warga Rasmi
Menyertai: 06.04.2004
Ahli No: 8243
Posting: 10

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 09:25


salam saudari anissa_zulfa...

setakat ni saja ke cerita dia...
kalau ada sambungan postkan ye.thank you.atau awak sendkan kat e-mail saya [email protected]

Bookmark and Share

    


  Member Information For humaira_taqwaProfil   Hantar PM kepada humaira_taqwa   Quote dan BalasQuote

humaira_taqwa
Warga Rasmi
Menyertai: 06.04.2004
Ahli No: 8243
Posting: 10

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 09:33


salam...

boleh saya tau siapa yang buat cerpen namaku muna..boleh tak sendkan all story kat e-mail saya [email protected]
thank you.

Bookmark and Share

    


  Member Information For humaira_taqwaProfil   Hantar PM kepada humaira_taqwa   Quote dan BalasQuote

sephia
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.07.2004
Ahli No: 9843
Posting: 70
Dari: kota bharu.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 10:05


postkan lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sephiaProfil   Hantar PM kepada sephia   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 10:27


sambungan...

`'Abang Umar sayang, Fika nak tunjuk sesuatu pada abang, tapi Fika
takut abang marah Fika,''

`'Tunjuk apa?''

`'Abang kena janji takkan marah?''

`'Kenapa abang nak marah pulak?''

`'Janjilah dulu sayang…''

`'ok,abang janji takkan marah Fika,''

Fika tersenyum. Dia membuka selendangnya di hadapan Umar. Kacamata
hitam yang dipakai turut dipecat seketika. Umar kelu tak terkata apa-
apa.

`'Fika nak tunjuk rambut Fika, baru buat teknik rebonding. Lurus tak
rambut Fika? Abang suka tak?''

Gurlp! `'Fika, pakai balik tudung tu!'' arah Umar.

`'Kenapa? Abang tak suka rambut Fika ke?'' Fika bersuara merajuk.

`'Err, suka. Tapi, perempuan tak boleh tunjuk rambut dia pada
lelaki. Berdosa!''

`'Alah, Fika tunjuk pun pada bakal suami Fika juga. Inilah tanda
sayang Fika pada abang. Fika memang terlalu sayang kat abang. Salah
ke Fika nak bahagiakan abang? Abang tu sepatutnya hargai pengorbanan
Fika. Abang ingat, buat teknik rebonding ni murah ke? Fika bazirkan
duit Fika untuk abang. Fika nak kelihatan cantik pun semata-mata
untuk abang. Ini bukti cinta Fika, bang! Tulus cinta Fika pada
abang…'' Umar makin lemas dihambur kata-kata manis Fika.Matanya
dikaburi warna-warni pelangi yang indah dalam dunia cinta ciptaan
syaitan. Imannya direntap-rentap dan ditusuk-tusuk oleh kata-kata
Fika. Tangannya mula diangkat berani memeluk bahu Fika. Matanya
dipejamkan agar mindanya boleh terbang menyahut khayalan dunia cinta
Nur Syafika.


`'Sejauh mana pun kita bersembunyi, Allah tetap nampak
kita,''ungkapan kata-kata Dr. Azmin tiba-tiba terngiang-ngiang di
minda Umar. Imannya berbisik lagi, masih tidak mahu tewas melawan
bisikan syaitan.

Serentak dengan itu, Umar membuka matanya, terbit rasa berdosa. Dia
memandang sekeliling dan mula terperasan bahawa ada sekumpulan
pemuda sedang berkumpul di tepi tasik dengan posisi yang sangat
hampir dengan posisinya. Mereka sedang rancak berbincang sesuatu.
Umar menjeling sekilas pandang.

`'Gurlp! mereka?'' Dada Umar berombak kencang tatkala melihat
Banna, Hanif, Hizbi, Syamil, Faizi dan Dr Azmin sedang mengadakan
smart group di situ.


    Umar menolak Fika dari pelukannya. Dia mencapai selendang Fika
lalu memakainya. Kacamata hitam milik Fika turut dipakainya. Fika
hairan melihat tindakan Umar disusuli ketawa manja. Dia menyangka
Umar sedang berlawak untuknya.

`'Kenapa abang pakai selendang Fika? Luculah abang ni!'' Fika
mencubit paha Umar.

`'Fika, apa yang kita buat ni berdosa!'' Umar bersuara tegas
menyebabkan Fika mengkeriukkan dahinya. Umar semakin diburu rasa
bersalah tatkala melihat sahabat-sahabatnya.

(Ya Allah. Aku harap mereka tak nampak aku!) hati Umar menaruh
harapan. Dia tidak sedar bahawa sahabat-sahabatnya sudah sekian lama
memerhati gelagat mereka berdua.

`'Tapi…ini bukti cinta kita, bang! Fika bahagia dalam pelukan abang.
Fika sayang abang,''

`'Mampuslah dengan cinta! Nak kena tangkap basah?'' Umar tiba-tiba
meradang. Jiwanya takut sekali.

`'Jom balik!'' Umar mengajak pulang.

`'Abang, Fika tak fahamlah! Kenapa tiba-tiba nak ajak balik? Fika
belum puas lagi bersama abang!''wajah Fika penuh keliru.

`'Fika ada sakitkan hati abang ke? Kalau ada, tegurlah Fika, jangan
buat Fika tertanya-tanya macam ni. Fika tak nak kehilangan abang
sebagaimana Fathil tinggalkan Fika. Fika sayang abang!''

`'Abang nak balik…'' Umar berdiri lalu berjalan meninggalkan Fika.

`'Abang Umar, pulangkan tudung Fika!'' Fika menjerit kuat membuatkan
semua sahabat-sahabat Umar berpaling ke arah Umar. Umar turut
terhenti langkahnya dan memandang sahabat-sahabatnya. Mata mereka
bertembung.

Hanif tiba-tiba tergelak kuat melihat keadaan Umar yang cuba
menyembunyikan dirinya dengan memakai selendang perempuan. Dr Azmin
menyiku Hanif. Hanif tunduk terdiam. Umar membuka selendang yang
dipakainya. Dicampak ke lantai. Air mata lelakinya bergenang.
Ditahan sekuat hati agar tidak tumpah. Sahabat-sahabatnya datang
menghampiri. Fika berdebar melihat lelaki-lelaki itu lalu diambil
selendangnya sambil cepat-cepat berlalu pergi.

(Pegawai pencegah maksiat ke ni? Baik aku lari. Padan muka kau,
Umar. Kau hadapilah seorang diri!)


`'Antum semua dah nampak. Ana jahat!!!'' Umar meluahkan. Suaranya
sebak.

`'Umar, kalau kami tak nampak pun, Allah tetap nampak! Dia berada
dimana sahaja!'' Dr. Azmin bersuara.

`'Umar, anta harapan agama, harapan ummah! Kembalilah mencari hidayah
Allah,'' Dr. Azmin bersuara lagi.

`'Ana rasa berdosa.Kotor! Tak layak untuk menerima hidayah Allah!''
luah Umar penuh kesalan.

`'Kita tak layak atau tak nak? Itulah hebatnya kita ada Allah dalam
hidup kita. Sejahat mana pun kita, Dia tetap sayangkan kita.
Kembalilah Umar….kembali bersama kami,'' Banna memujuk.

`'Ya, Umar. anta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Jangan sia-
siakan potensi diri anta. Kami masih menaruh harapan tinggi pada
anta,'' lembut kata-kata Hizbi.

`'Umar, di mana hilangnya Umar Al-Khattab abad ke-21 yang bertunas
di Taman Islam dulu?'' Banna mengingatkan saat kegemilangan Umar,
Ketua Pengawas Sekolah Taman Islam yang berwibawa.

Syamil dan Faizi turut memberikan kata-kata perangsang untuk
menaikkan semangat Umar agar kembali di atas jalan da'wah dan
tarbiyyah.

`'Tadi, nak luruh jantung ana bila antum nampak maksiat yang ana
buat. Tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Allah bila Allah
nampakkkan semula maksiat tu di padang mahsyar nanti,'' Umar betul-
betul menyesal.

`'Umar, bertaubatlah. Allah Maha Pengampun. Manusia memang sentiasa
ada kederhakaannya pada Allah, sebab tu lah kita hajat pada
tarbiyyah untuk memelihara diri kita. Kita tak boleh hidup seorang-
seorang di dunia yang banyak perangkapnya ni. Musang akan cepat
menyambar kambing yang duduk seorang-seorang,'' Faizi mengatur kata.
Umar memeluk Faizi. Seterusnya Dr Azmin, Syamil,Banna, Hanif dan
Hizbi turut dirangkul erat. Jiwanya sebak.

(aku bertuah kerana ada sahabat macam anda semua…Aku bosan dengan
perjuangan, tapi aku tak pernah bosan ada kawan macam anda. Aku
tahu, roh perjuangan yang aku cuba lari darinya itulah yang
menjadikan anda sebaik ini…)

*************************************************************

                    'Keluarga Hanif merisik nanti? Alhamdulillah…
Bertuah nanti kerana akan dapat sahabat kita nanti. Ana teringatkan
kak Safar, kak Aisyah, kak Husna, kak Akmal dan kak Farah. Mereka
semua sanggup tak kahwin lagi semata-mata menanti pinangan sahabat-
sahabat kita. Bukan mereka tak laku, tapi mereka nak bersama orang
yang boleh membawa mereka terus istiqomah di atas jalan tarbiyyah
dan dakwah,'' Asiah Yusro tumpang gembira dengan berita yang
terpancul dari mulut Maziah namun berita itu membawanya terkenang
kepada beberapa orang sahibah sefikrah yang masih belum berumah-
tangga.

`'Ana pun ada mendengar tentang kak Akmal yang dipaksa kahwin oleh
keluarganya dengan seorang lelaki. Lelaki tu bukan dalam kalangan
sahabat kita dan kurang pula kefahamannya tentang tarbiyyah dan
da'wah,'' tambah Maziah.

`'Kasihan kak Akmal. Dia mengalami konflik dengan keluarganya
sekarang ni,. Sama-samalah kita doakan dia, Apa yang ana
kesalkan,tak ada sorangpun sahabat yang tampil berkorban untuk
selamatkan kak Akmal sedangkan isu ni dan lama dibangkitkan,'' Asiah
Yusro bersuara kesal.

`'Masakan tidak, ramai sahabat nak cari orang luar. Selalunya, dalam
bab a'mal Islami yang lain kita boleh berpadu kefahaman dan tindakan
tapi dalam bab memilih jodoh, ramai sahabat yang nak cari sendiri.
Mereka tak nak lagi ambil Islam secara menyeluruh. Yang cantik saja
menjadi pilihan, yang kurang cantik dipinggirkan,'' Maziah mencebik
bibir. Lipatan tudungnya dibetulkan.

`'Betul. Sepatutnya mereka mengambil pengajaran daripada hadith yang
menyuruh mereka lebih memandang agama seseorang gadis melebihi
kecantikan, harta atau keturunannya. Semua itu akan pudar dan hilang
kecuali iman si gadis,'' Asiah Yusro menyokong kata-kata Maziah.

`' Tapi, tak semua sahabat begitu…nak tak nak, kita kena baik sangka
juga dengan sahabat-sahabat kita. Tengok, ramai yang berjaya bina
baitul da'wah mereka. Kita patut bersyukur kerana kita pun antara
orang yang dilahirkan daripada baitul da'wah. Malah, berpeluang pula
menjadi bekas pelajar di Sekolah Taman Islam bersama-sama kebanyakan
generasi semaian baitul da'wah,'' Asiah Yusro berbaik sangka.

`'Tengoklah juga Hanif, dia tetap memilih sahibah…'' Asiah Yusra
mengusik Maziah yang kelihatan terdiam seketika.

`'Astargfirullah! Lagho ana nanti…'' Maziah membulatkan mata.

`'Maaf, ana gurau saja..'' Asiah Yusro tersenyum manis. Maziah geram
diusik. Dia berfikir sesuatu,

`'Yusro, nanti pun tentu menjadi rebutan sahabat,'' Maziah pula yang
mengusik.

`'Ish, tak ada lah. Siapalah ana….'' Asiah Yusro merendah diri.

`'Alah, bukan ana tak tahu, nanti pernah dicuba sahabat tapi nanti
menolaknya,'' Tercengang Asiah Yusro mendengar kata-kata itu.

(Ya, Umar Al-Mujahid pernah merisikku. Tapi. Aku tak pernah menolak.
Aku cuma diam pada risikannya. Jauh di sudut hati. Aku harap dia
faham bahawa diam itu tanda setuju)

`'Mana nanti tahu?'' dia terkejut bila rahsianya terbongkar.

`'Umi nanti kan kawan baik umi ana. Umi nanti yang cerita….


Baru-baru ni pun, mas'ulah kita, Dr. pasal ada minta biodata dan
gambar nanti, kan?! Dah tentu ada sahabat yang berkenan kat nanti
tu,''Maziah tertawa kecil melihat telatah Asiah Yusro yang mula
tertunduk malu.



Di ingatan Asiah Yusro, terimbas kembali bagaimana Umar Al-Mujahid
pernah beberapa kali menghantar mesej untuk merisik dirinya sebaik
sahaja mereka dipertemukan kembali dalam universiti yang sama.
Tetapi, mesej Umar terbengkalai tanpa apa-apa jawapan. Bukan Asiah
Yusro tak sukakan Umar Al-Mujahid, namun dia terlalu terkejut dengan
tindakan berani Umar. Justeru, dia mengabaikan mesej-mesej Umar
begitu sahaja agar perasaan terkejutnya kembali tenang. Dia terkejut
kerana dirisik oleh sahabat yang paling dikaguminya di Sekolah Taman
Islam. Malah, dia sering melarikan diri daripada bertembung dengan
Umar kerana terlampau malu. Hatinya resah. Memang, Asiah Yusro tak
dapat lagi menipu diru. Dia juga turut merasakan bahawa hatinya
menaruh harapan terhadap Umar. Namun, hari-hari yang pantas berlalu,
dia terus disibukkan dengan akademik, Kelab Penulisan, program-
program tarbiyyah dan da'wah daripada berfikir soal itu. Dia
langsung tidak mengambil tahu perkembangan Umar di universiti. Asiah
Yusro terlampau menjaga hatinya agar tidak rosak, sakit dan mati
kerana diracuni nama seorang lelaki. Baginya, cinta adalah ujian
yang paling berat dan besar fitnahnya di alam remaja. Dia
bermujahadah untuk tidak terjebak ke dalam sumur buta itu.

(Entah bagaimana keadaan Umar sekarang…masihkah dia setia menantiku?

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

salsabiila
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.03.2005
Ahli No: 15054
Posting: 58

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 12:01


bila lagi nak sambung..

Bookmark and Share

    


  Member Information For salsabiilaProfil   Hantar PM kepada salsabiila   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 12:04


salam..

maaf ye, ana rasa cerpen ni dah ada dalam ruangan cerpen ni..
ana rasa ada baiknya search yang itu saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 12:38


Pada 23-02-07 12:04 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

salam..

maaf ye, ana rasa cerpen ni dah ada dalam ruangan cerpen ni..
ana rasa ada baiknya search yang itu saja..


hmm...itulah..ana dah cari sebelum pos tapi tak jumpak...laepun ada yang sebut2 tengah cari cerita ni jadi ana postkan saja lah...tak mengapa kan..

jadi ana rasa ana postkan sajalah cerita ni sampai end nya...

selamat membaca...


-----------------
FIDAK 2015


Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 12:43


Ahh, ku tepis rindu ini. Aku yakin, dialah orang yang meminta
biodataku dari Dr. pasal sebab tu aku tak kan tanya Dr. pasal tentang
hal ni. Moga, Allah memudahkanku untuk membina baitul da'wah idaman
bersamanya…) Asiah Yusro bermonolog sendiri. Memang sesekali hatinya
tidak dapat mengelak daripada berfikir tentang Umar.

Maziah menyergahnya.

`'Tiba-tiba berkhayal, ye?!Fikirkan masa depan? Jangan bimbang, nanti
wanita solehah, tentu mendapat suami yang soleh juga. Moga-moga di
kalangan sahabat,'' Maziah mengusik. Dia pula mengimbas sesuatu.
Ibunya berjumpa Dr. pasal dan ibu Asiah Yusro seminggu yang lepas. Ibu-
ibu mereka berkawan baik dengan Dr. pasal sejak mereka sama-sama
menuntut di universiti yang sama. Tujuan mereka adalah merisik Asiah
Yusro untuk abangnya, Hassan Al-Banna. Namun, ianya diluar
pengetahuan Asiah Yusro.Maziah sudah lama menduga abangnya menaruh
hati terhadap teman baiknya sebelum abangnya itu berani menyuarakan
hasrat hati kepada ibu. Ibu merekalah yang telah meminta gambar dan
biodata Asiah Yusro daripada mas'ulah Asiah Yusro iaitu Dr pasal.


"Bang Umar, baliklah pada Fika. Fika rindu abang Umar yang Fika
kenali dulu,'' Fika terus memujuk rayu. Handset Umar sentiasa
berirama dengan mesej dan panggilan daripada gadis itu.

`'Fika, kita dah tak ada apa-apa lagi. Berapa kali orang nak cakap,''

`'Abang, sampai hati abang! Takkan semudah ni abang nak tinggalkan
Fika? Abang tak kasihankan Fika? Apa salah Fika pada abang?''
terdengar suara tangisan Fika. Hati Umar terusik.

`'Abang, Fika selalu jadi mangsa cinta lelaki. Selepas Fika dah
menaruh harapan tinggi, senang-senang saja lelaki nak tinggalkan Fika.
Fika ingat Fika dah jumpa cinta sejati selepas menemui abang, tapi
rupanya Fika silap. Abang pun sama macam jantan lain. Abang langsung
tak kasihankan Fika?'' Umar terus diracuni pujuk rayu dan tangisan
Nur Syafika. Berbisa sungguh tangisan seorang wanita di hati seorang
lelaki..

`'Fika, abang pun masih sayangkan Fika. Tapi, abang tak boleh
terima bila perhubungan kita ni atas jalan yang salah, jalan yang
Allah tak redhai. Abang mengakui, abang lemah menghadapi godaan
Fika. Abang tak nak peristiwa tempoh hari berulang lagi. Fika harus
faham, jika Fika sayangkan perhubungan ni, Fika kembalilah mencari
Allah. Bila hati kita sama-sama mencari Allah, barulah kita masih
ada peluang untuk hidup bersama,''

`'Abang, bimbinglah Fika,''terus merayu.

`'Apa yang mampu abang lakukan. Pergaulan kita terbatas kerana kita
adalah mahram. Kalau Fika betul-betul hajatkan bimbingan, Fika
carilah seorang pelajar bernama Asiah Yusro. Abang yakin dia boleh
bimbing Fika. Kalau tak silap abang, dia selalu hadiri kuliyah
Tazkiyatul Nafs oleh Dr. Azmin setiap Ahad malam di department
abang,''


*********************************************************

`'Banna, ana tak tahan bila selalu dipujuk Fika. Ana kasihan kat
dia. Ana rasa nak kahwin dengan dia,'' Umar meluahkan kepada Banna
ketika menziarahi Banna di biliknya.

`'Umar, ana tengok anta tak pernah nak berkongsi dengan mas'ul kita
tentang masalah anta ni tiapkali diadakan smart group. Kejap lagi Dr
Azmin datang. Masalah anta ni rumit. anta perlu ada syuur
perkongsian dengan mas'ul kita. Insyaallah dia boleh bantu,''. Smart
group minggu ini diadakan di bilik Banna. Selang beberapa minit
mereka asyik berbual, Dr Azmin pun datang. Mereka bersalam
berpelukan. Tidak lama kemudian Hanif, Hizbi, Syamil dan Faizi
turut menyusul. Kali ini, Umar berkongsi masalahnya dengan sahabat-
sahabatnya dalam smart group. Setelah mendengar luahan Umar, masing-
masing tampil memberikan hujah bernas untuk menolong Umar
menyelesaikan masalahnya. Umar terharu dengan pandangan-pandangan
ikhlas sahabat-sahabatnya.



`'Umar, kita kena sedar matlamat kita yang nak dicapai. Perjalanan
kita masih terlalu jauh dan berliku. Untuk mencapai matlamat
mardhotillah yang kita idam-idamkan, kita perlukan teman yang
solehah dalam membina baitul da'wah. Generasi yang nak dilahirkan
adalah generasi yang boleh mewarisi da'wah kita ini,'' Syamil
berhujah matang.

`'Kenapa nak cari orang luar sedangkan sahibah kita ramai yang tak
kahwin lagi?'' Faizi menduga.

`'Sebenarnya, ana dah cuba tackle seorang sahibah, tapi dia langsung
tak layan. Ana tahu ana tak layak untuk sahibah tu. Dia terlalu baik
untuk ana. Ana ni siapa, banyak dosa! Ana betul-betul serik nak
tackle sahibah lagi. Mereka semua wanita mulia,'' wajah Asiah Yusro
bermain di minda Umar.

`'anta terlalu cepat membuat kesimpulan daripada pengalaman yang anta
lalui. Mungkin cara anta tak berapa kena membuatkan sahibah tu belum
terbuka lagi untuk menerima anta saat tu. anta patut cuba lagi dengan
perantaraan mas'ul kita atau ibubapa. Mungkin cara tu lebih syaro'
dan boleh diterima olehnya,'' Banna menasihatkan.




            'Ye, kita kena jaga syaro'. Lelaki tak boleh dekati
perempuan dan perempuan tak boleh dekati lelaki terlalu rapat
walaupun dah bertunang sekalipun. Hanya perkahwinan yang
menghalalkan semua tu.'' Faizi menyokong. Umar terdiam seketika.



`'Ana sedar. Itulah dosa yang ana buat dengan Fika. Semuanya setelah
ana putus asa tackle sahibah tu. Kalaulah ana masih di Sekolah Taman
Islam, tentu ana tak jadi macam ni,'' sesalan Umar tidak sirna.

`'Umar, kat sini baru kita boleh nampak kualiti sebenar diri kita.
Kita harus sedar bahawa kita takkan selamanya berada dalam suasana
seperti di Taman Islam. Di sinilah kita perlu berperanan untuk
mengubah apa jua suasana yang kita lalui dan menjadikannya sebagai
suasana mendidik, suasana tarbiyyah. Kita tak nak larut dengan
suasana, seterusnya menjadi sembelihan kepada sistem,'' Syamil tak
lupa memainkan peranannya.

`'Ana rasa anta tak boleh go on dengan Fika walaupun dia kata dia nak
berubah. anta ibarat permata yang gemilang untuk Islam. anta kena cari
sahibah,'' Hizbi mengemukakan pendapat peribadinya.

`'Apa pendapat Dr.?'' Hizbi bertanya pendapat Dr. Azmin yang cuma
diam berfikir. Mas'ul sudah tentu banyak pengalaman.

`'Ana malu nak menyuruh anta cari sahibah kerana ana sebagai mas'ul
pun cari orang luar dulu. Tapi Alhamdulillah, dia dah mula ada
kesedaran tarbiyyah dan da'wah. Tambah-tambah lagi bila ana kahwin
lagi satu dengan seorang sahibah. Banyak dia dapat manfaat daripada
isteri kedua ana. Alhamdulillah mereka boleh hidup rukun damai, sama-
sama berusaha mencetak pewaris da'wah daripada zuriat kami,'' mas'ul
mereka meluahkan. Mereka semua memandang tepat anak mata Dr Azmin
yang jernih berkaca.

`'Walaubagaimanapun, ana sangat-sangat bersetuju dengan saranan
untuk mencari sahibah sebagai sayap kiri perjuangan. Ana dah lalui,
kahwin dengan orang luar dan sahibah ni banyak bezanya. Bayangkan
wanita yang tak lalui tarbiyyah dan kurang persiapan Islam
menyebabkan beban da'wah kita lebih berat dalam baitul da'wah.
Tarbiyyah untuk zuriat kita pun akan turut tergugat. Siapa lagi
kalau bukan kita yang terpaksa pikul semua tu?'' Dr Azmin berkongsi
pengalaman berharga.

`'Sekarang ni pun, ada beberapa orang sohibah kita yang masih tak
kahwin. Siapa lagi yang nak selamatkan mereka daripada terlepas ke
tangan orang yang tak faham tarbiyyah dan da'wah kalau bukan kamu
semua?'' Masing-masing terdiam.

`'Antum semua dah di tahun akhir. Perkahwinan makin dekat dengan
antum. Sekarang ni, ada seorang sohibah yang dipaksa kahwin oleh
orangtuanya yang kurang faham. Dia lebih tua dari antum. Orangnya
tak ada rupa sangat, tapi agamanya, Masyallah….. Ada yang sanggup?''

`'Ana!'' serentak Syamil, Faizi dan Hizbi menyanggupi. Banna, Umar
dan Hanif terdiam seolah-olah sudah ada pilihan hati. Dr Azmin
tersenyum.

         `'Bagus. Ramai yang sanggup. Ramai sahibah yang kan
terselamat jika sahabat seperti kamu sanggup mengorbankan
kepentingan diri. Kita tak boleh memilih dengan mengikut suara
nafsu. Nafsu sudah tentu nakkan yang cantik dan pandai menggoda
sahaja. Di mana kita letakkan matlamat kita ketika tu?'' Dr Azmin
membuka minda mereka.



`'Ana sebenarnya bukan tak nak kahwin sahibah tapi…'' Hanif
meluahkan isi hati sambil memandang wajah Banna. Sudah lama dia
memendam rasa tidak puas hati apabila keluarganya merisik adik
kembar Banna untuknya. Banna mengkeriukkan dahi. Hanif faham Banna
pelik dengan kenyataannya.

`'Teruskan Hanif….'' Sambung Banna, penuh minat untuk tahu.

`'Entahlah, ana tak sangka keluarga ana berkenan dekat Maziah, adik
Banna. Zaman kecil-kecil dulu, ketika keluarga kami saling
menziarahi, ana selalu ejek Maziah sebab selalu pakai baju terbalik.
Pakai kain pulak senget. Masa zaman sekolah menengah pulak, ana tahu
Maziah jenis tak suka belajar masak. Kebanyakan sahibah ni aktif,
tentu ramai yang tak pandai masak. rasa tak percaya bila ana kena
jadi suaminya,'' Hanif mengkritik tanpa berselindung.

(Fathil separuh gila sukakan Maziah, dia ni pulak nak sia-siakan
peluang. Entah, tak faham aku dengan dunia ni!)hati Umar berbisik.`
             `'Takkan itu alasan anta untuk menolak seorang sahibah,
tak bersangkut paut langsung dengan maslahah da'wah. Itu zaman
kecil. anta pun apa kurang nakalnya. anta terlalu banyak berprasangka
negatif. Kalau sekarang ni pun anta masih tak puas hati dengan
sebarang kekurangan Maziah, anta perlu selidik dan anta perlu cari
jalan untuk menegur secara hikmah. Ana yakin adik ana boleh menerima
teguran kerana dia seorang wanita yang ditarbiyyah. Ana boleh
menjadi perantaraan anta dan Maziah,'' Banna membetulkan persepsi
kolot Hanif terhadap seorang sahibah. Bukan kerana sohibah itu
adiknya tapi itulah hakikat yang perlu disampaikan. Dia lebih kenal
Maziah.

`'Ana tahu Maziah tiada kurangnya. Sebenarnya, ana ada sebab lain.
Ana rasa suka kat seorang sahibah yang ana rasa mustahil ana boleh
dapat dia. Terus ana rasa tak ada mood nak cari sahibah,''

`'anta ni Hanif…Kenapa buat kesimpulan sebelum berbincang. Cepat
benar anta kata mustahil. anta kan ada mas'ul. Kenapa tak bagitahu
ana? Ana boleh aturkan,''Dr Azmin bersuara.

`'Tak.Ana rasa ana memang tak layak untuk dia. Dia cantik, ana tak.
Dia putih, ana hitam. Dia….''

`'Huh, cantik jugak yang dipandangnya dulu. Itu suara nafsu anta,
Hanif,''

`'Maksud ana dia ada segalanya, cukup 4 ciri wanita yang Rasulullah
sebutkan….malah, kuat pegangan agama dan beramal dengannya! Ana
sedar ana tak layak untuknya,'' Hanif membela hujahnya.

`'Siapa?'' Dr Azmin ingin tahu.

`'Asiah Yusro…'' Hanif tidak segan silu memberitahu. Mata Banna dan
Umar terbeliak.

(Asiah Yusro???) hati mereka seakan tidak percaya.

Dr. Azmin memandang Banna. Banna sudah terlebih awal memberitahunya
bahawa dia sukakan gadis itu. Malah, Dr. Azmin sudahpun berbincang
perkara itu dengan mas'ulah Asiah Yusro iaitu Dr. pasal.



Jam menunjuk tepat angka 11 malam. Kuliyah Tazkiyatul Nafs yang
dikendalikan oleh Dr. Azmin baru sahaja berakhir. Mata Fika sejak
tadi liar memerhati Fathil dan Umar yang turut menghadiri kuliyah
itu. Seorang lelaki yang duduk di sebelah Fathil menarik
perhatiannya. Dia menjeling beberapa kali wajah lelaki itu dan
kemudian menjeling wajah seorang gadis di sebelahnya.

(Wah, mirip benar! Dah lah sama handsome dan cantik. Adik beradik
kembar ke ni?) fikiran Fika jauh mengelamun sejak tadi. Sedikit pun
pengisian Dr. Azmin tidak dihiraukannya. Dia menghadiri program tapi
hatinya tak hadir sama, akibatnya tarbiyyah tak berjalan.

(Entahlah Kenapa aku datang ke sini, mungkin kerana Umar… atau
kerana Asiah Yusro yang Umar katakan .Aku seorang saja yang pakai
seluar. Ni bukan tempat yang sesuai untuk orang macam aku!!!)

(Eh, nampak intim saja Fathil dengan lelaki tu. Kalau dulu aku kenal
Umar kerana Fathil, kali ni. Aku mesti goda Fathil supaya kenalkan
aku dengan lelaki ni pulak. Bolehlah lelaki ni jadi back up andai
satu ketika Umar tinggalkan aku)

Fathil memang menjadi intim dengan Banna selepas peristiwa
pergaduhan mereka. Mungkinkah ada udang di sebalik batu atau hatinya
terpaut dengan peribadi mulia Banna?


Tatkala menyedari pelajar-pelajar yang menghadiri kuliyah itu mula
bangun beredar , Fika memberanikan diri menegur gadis di sebelahnya.

`'Maaf, tumpang tanya. Err, saya Fika. Awak kenal Asiah Yusro dalam
bilik kuliyah ni?'' Maziah tersenyum.


'Saya Maziah. Asiah Yusro….hah, yang baru bangun dari kerusi depan
tu,'' Maziah menunding jari. Senyumannya masih tak lekang. Gembira
dapat menolong.

`'Oh, yang pakai tudung labuh warna kelabu tu?''

(Err, macam ustazah!)

`'A'ah. Jom! Boleh saya kenalkan awak dengannya..''

`'Err, tak apa lah. Saya….'' Fika segan melihat perwatakan Asiah
Yusro. Namun hatinya mendesak untuk berhadapan.

`'Alah, jangan risau. Dia baik, jom…''

(keranamu Umar…) Fika akur dengan ajakan Maziah. Maziah lantas
mempertemukan Fika dan Asiah Yusro.



Asiah Yusro tersenyum ramah menerima perkenalan yang tidak disangka
itu. Maziah beredar meninggalkan mereka. Dia ingin berjumpa abangnya
Banna kerana ada urusan peribadi.

`'Tak sangka boleh jumpa awak…'' Fika memulakan perbualan selepas
saling berkenalan.

`'Saya pun terharu sebab awak sudi nak berkenalan dengan saya. Semua
ni aturan Allah. Macam mana awak boleh kenal saya?''

(Asiah Yusro, unik nama kau. Orangnya pun manis. Patutlah Umar tak
berapa nak layan aku lagi. Mungkin gara-gara kau, perempuan
perampas!)

`'Awak kenal Umar Al-Mujahid?'' Fika bertanya, mengabaikan persoalan
Asiah Yusro.

" Kenal," ringkas jawapannya. Asiah Yusro kehairanan.

" Macam mana boleh kenal?" lagak Fika bagaikan seorang peguam sedang
menyoal pesalah di kandang saksi. Nadanya mendatar.

" Dia satu sekolah dengan saya dulu,"

" Takkan kenal sebagai kawan satu sekolah saja agaknya..awak bercinta
dengannya?"

" Err.." Asiah Yusro teragak-agak menjawab soalan itu. Pelik!

" Mm, awak tak perlu jawab soalan tu. Dari riak wajah awak pun saya
tahu awak memang bercinta dengannya..". Asiah Yusro menafikan
tuduhan yang tidak berasas itu. Gosip liar ini boleh mencemar nama
baiknya.

(Ya. Aku sukakan Umar. Tapi, kami tak pernah bercinta..)



Fika terus bertindak berani melemparkan tuduhan yang dicipta oleh
mindanya. Semuanya satu sangkaan semata-mata. Malah, dihamburkan
dengan kata-kata berbaur fitnah yang menyakitkan. Dia cukup cemburu
dan curiga dengan gadis itu. Baginya, perempuan yang terpancul
namanya di mulut Umar ini telah meracuni cintanya. Kehadirannya
boleh mengancam kebahagiaan.

(Cis, kau suruh aku mendapat bimbingan daripada si perampas ni,
Umar?! Mustahil. Aku tak perlukan bimbingan sesiapa hatta diri kau
sendiripun, Umar. Aku sudah seronok dengan gaya hidupku. Tak ada
sesiapa berhak mengajarku!) Fika sebenarnya langsung tidak berminat
untuk mendapat bimbingan sesiapa. Kata-katanya di hadapan Umar
cumalah madah berhelah semata-mata. Pada malam itu, Asiah Yusro
dijadikan mangsa untuknya melepaskan tekanan perasan yang meluat-
luat dengan kerenggangan perhubungannya dan Umar. Asiah Yusro tenang
menghadapi semua itu. Walaupun teruk dihina dan dinista namun dia
masih mampu tersenyum kerana meyakini Allah Maha Mengetahui segala-
galanya.

(Kasihan dia. Entah dari mana didengarnya cerita yang bukan-bukan
ni. Tak mengapalah. Aku yakin Allah sengaja datangkan semua ni untuk
mengujiku. Ujian itu tanda sayangnya Allah padaku) Asiah Yusro terus
tabah. Hatinya tak putus-putus berzikir, berbaik sangka dengan ujian
Allah.

(Gila perempuan ni! Kenapa kau senyum pula? Kerana kau puas merampas
Umar daripada aku? Huh, jangan mimpi lah perempuan. Umar tetap akan
jadi hak aku)

" Bang, Fika terseksa bila abang buat Fika macam ni. Fika ajak
abang jumpa kejap pun abang tolak. Dah lah tu, abang jarang-jarang
saja jawab panggilan Fika. Abang dah benci Fika ke?"

" Fika, abang nak kembali pada kehidupan bersama kawan-kawan abang.
Abang rasa lebih tenang bersama mereka. Dulu, abang cuba tinggalkan
mereka tapi hidup abang jadi tak tenteram,".

" Mereka lebih penting daripada Fika?". Umar terdiam. Sukar bibirnya
melepaskan ucap.

" Abang akui, abang tak boleh lupakan Fika,".

" Abang, jawab soalan Fika! Mereka lebih penting daripada Fika?"

" Ya, Fika!" terperanjat Fika dengan jawapan yakin Umar.

" Menyampah! Fika benci abang! Fika benci semua lelaki! Fika boleh
jadi gila kalau macam ni. Jangan terkejut kalau Fika bunuh diri."

" Fika, jangan jadi bodoh! Fika ingat bunuh diri tu boleh selesaikan
masalah? Berlambak lagi masalah dalam alam barzakh. Fika cakap, Fika
nak berubah dan perlukan bimbingan. Fika dah cari Asiah Yusro
seperti yang abang suruh?"

" Abang, Kenapa Fika perlu cari perempuan tu? Fika tahu, kawan yang
lebih penting dari Fika yang abang maksudkan tadi ialah dia. Abang
tak perlu berdalih lagi. Abang sengaja nak sakitkan hati Fika. Abang
suruh Fika mencari orang yang telah merampas abang dari Fika?! Kalau
Fika cari pun, Fika akan ajar dia!" hati yang sarat dendam tersurat
daripada kata-kata Fika.

" Astargfirullah. Fika, tak baik sangka yang bukan-bukan. Abang cuma
berharap agar Fika boleh menerima bimbingan darinya...untuk kebaikan
Fika juga,"

" Kenapa dia yang harus bimbing Fika? Kenapa tidak abang?"

(Perempuan ni sebenarnya belum bersedia ditarbiyyah. Dia ada niat
lain. Hatinya berajakan nafsu. Ini boleh menjadi hijab untuknya
menerima hidayah. Dia perlu ada kesediaan hati dan keikhlasan niat)


" Fika, Fika perlu ikhlaskan niat kalau nak kebaikan. Ini bukan
nokhtah bidayah atau titik mula yang betul untuk berubah. Matlamat
tak menghalalkan cara. Abang tak boleh nak bimbing Fika sebab fitnah
bagi hati abang dan Fika jauh lebih hebat nanti. Jalan ni tak
syaro'. Kita juga yang terhijab dari hidayah Allah, rugilah kita!"

" Tapi bang, Fika dah pun berjumpa Asiah Yusro. Dia tak sanggup
terima Fika untuk dibimbing. Fika ni terlalu kotor pada
pandangannya. Macam-macam dihinanya Fika. Dia seakan jijik melihat
pakaian Fika. Fika tahu Fika tak semulia dia, tapi salahkah Fika
mengharapkan bimbingannya? Bang, hati Fika benar-benar terguris
dengan sikapnya. Fika tak nak jumpa dia lagi. Fika serik," Fika
berbohong dengan esak tangis yang dibuat-dibuat untuk mencairkan
hati Umar.

(Boleh percaya ke perempuan ni?) Umar ragu-ragu.

" Bang, kasihanlah pada Fika. Fika benar-benar ikhlas perlukan
bimbingan. Abang bimbinglah Fika. Fika akan sanggup lakukan apa saja
yang abang suruh. Kalau abang nak suruh Fika pakai pakaian macam
Asiah Yusro pun, Fika akan pakai. Fika hanya perlukan bimbingan
abang!"

" Ahh, jangan buat sesuatu kerana abang! Semua amal kena ikhlas
kerana Allah. Kalau Fika nak ubah cara berpakaian Fika pun, perlu
dengan ilmu dan hujjah, bukan ikut-ikutan atau disuruh orang,"

" Bang, Fika akui Fika jahil tentang semua tu. Bagaimana Fika boleh
berubah tanpa bimbingan orang seperti abang? Bang, tolonglah.. Fika
rasa Fika perlu sangat-sangat jumpa abang. Fika nak pinjam buku-buku
agama yang abang miliki. Fika betul-betul nak berubah, bang! Jangan
biarkan Fika hanyut. Kasihanilah Fika.."

Pujuk rayu Fika berjaya juga mengusik hati Umar. Dia tewas untuk
kesekian kalinya. Pertemuan akhirnya diatur dengan Fika.

(Kenapa rasa tak sedap hati ni? Asyik nampak muka Banna dan yang
lain-lain saja. Ucapan-ucapan aku kat Sekolah Taman Islam pula, selalu
kedengaran kat telinga ni. Ada apa-apa yang akan berlaku ke nanti?
Allah redho ke tak ni?)

(Alah. Aku jumpa Fika pun untuk bantunya pada kebaikan. Sekejap saja.
Bukan nak buat apa-apa yang tak baik)

Hati Umar sedang diperangi bisikan-bisikan antara syaitan dan
malaikat.

Umar mencari-cari kelibat Fika. Kedudukan orang ramai berselerak di
sungai Ulu Yam menyukarkannya menemui Fika. Sudah setengah jam Umar
menanti. Dia membuka beg galas yang disandangnya, mencari handset.
Dia ingin membuat sms kepada Fika. Namun, handsetnya tiada.

(Eh, macam mana boleh hilang?) Otak Umar ligat berfikir. Dia cuba
mengimbas kembali kali terakhir dia memegang handsetnya. Memang sah,
dia meletakkannya di dalam beg itu.

(Peliknya..macam mana boleh hilang? Dicuri penyeluk saku kah?)



(Astargfirullah. Mungkin ini balasan Allah. Handset tu selalu aku
gunakan untuk tujuan maksiat. Aku dah salah gunakan teknologi sms.
Allah Maha Halus ujian-Nya, mungkin Dia tak nak aku buat maksiat
lagi...mungkin inilah tanda cinta-Nya) Umar terkenang akan dosa-
dosanya. Di saat-saat susah begitu, Umar pantas teringatkan Allah.
Dadanya sebak mengenangkan cinta Allah yang sentiasa hadir
bersamanya walaupun dia cuba menderhaka lagi. Penyayang-Nya Allah.

" Semakin jauh ku dari-Mu, semakin dekat pula Kau menghampiri daku..

Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih, siapalah diriku di pandangan-Mu.."
Lidah Umar mengungkap sepotong nasyid. Kemudian, Umar termenung di
tepi sungai Ulu Yam, di atas sebuah batu besar. Dia tidak lagi
terfikir untuk mencari Fika. Wajahnya kelihatan risau.


(Handset hilang. Pedih menerima satu kehilangan. Hati jadi sedih.
Ahh, bodohnya aku! Kenapa aku tak merasai kehilangan seperti ini
ketika aku cuba lari dari hidayah Allah dulu??? Bertahun-tahun
hidupku tak keruan. Aku tak menyumbang apa-apa untuk agama Allah.
Siapa yang nak bayar harga kerugian itu. Aku kehilangan rahmat dan
hidayah Allah kerana aku sendiri cuai menjaganya. Baru aku sedar
bahawa aku tak cukup ikhlas mencari hidayah Allah di Taman Islam.
Hatiku ada hijab. Aku lebih mendamba cinta Asiah Yusro daripada
cinta Allah. Aku remehkan soal keikhlasan hati dan mazmumah yang
ada tak sepenuhnya kukikis. Kubiarkan ia bersarang. Akhirnya, ia
merebak dan meracuni hati.Lalu, Allah asingkan aku dari rahmat-Nya
seketika. Azab rasanya. Aku lemas dalam lautan cinta buta yang
sementara. Mujurlah, Dia masih sudi memimpinku kembali. Aku tahu,
cinta-Nya padaku tak pernah bertepi. Cuma aku yang tak
menghargai.Cukuplah...aku tak mahu kehilangan lagi. Ya Allah, Kaulah
cintaku!) Hati Umar
bermadah pilu. rasa kehambaan berkunjung datang. Rahmat Tuhan.


Tiba-tiba...

         " Uwarghhhhhhhh...." Fika menyakat Umar dari belakang.
Wajahnya ceria. Pakaiannya seksi menggoda. Rambutnya lurus melepasi
bahu, diwarnakan perang. Kedua-dua tangannya erat memegang bahu
Umar. Umar segera menepis kasar.

"Hey, tak boleh sentuh lah!"

"Alah, bang! Fika tak sentuh kulit abang pun, kena baju saja," Fika
merengek manja.

" Perbuatan tu tetap berdosa! Fika tak takut Allah?" suara Umar
meninggi. Setinggi suaranya mengeluarkan arahan sebagai Ketua
Pengawas di Sekolah Taman Islam dulu. Dia tidak mahu tertewas lagi.

" Abang marah Fika? Fika dah tekad, Fika nak bunuh diri!" Fika terus
bertindak melompat ke dalam sungai Ulu Yam dan mula terkapai-kapai
meminta tolong. Umar panik. Tanpa berfikir panjang, dia terus terjun
untuk menyelamatkan Fika. Fika memeluk erat tengkuk Umar sambil
ketawa berdekah-dekah.

" Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha.. Hari tu abang kata Fika bodoh
sebab nak bunuh diri. Tengok hari ni, abang pun bodoh jugak sebab
percaya Fika lemas. Sungai Ulu Yam ni ceteklah, bang. Mana boleh
lemas!".



Umar tertipu. Dia bertekad untuk bertindak tegas dengan gadis itu
kali ini. Dia cuba melepaskan dirinya daripada pelukan Fika.

"Biar abang rasakan hangatnya cinta Fika. Fika takkan lepaskan abang
kali ni. Tak ada lelaki yang pernah menang dengan pelukan Nur
Syafika. Ha ha ha ha ha haâ" pelukan Fika semakin erat. Mereka
bergelut di dalam air.

" Fika, jangan paksa abang berkasar dengan perempuan," Umar memberi
amaran.

" Abang, jangan tipu diri sendiri. Dengar suara hati..abang bahagia
dipeluk Fika macam ni, kan?! Ha ha ha ha ha". Umar hilang kawalan.
Dia geram lalu menampar pipi Fika sekuat hati. Tenaga lelakinya
membuatkan mulut Fika berdarah. Fika terkesima, terdiam dari
tawanya. Umar segera mencari daratan.

"Mulai saat ni. Aku tak nak lagi kau ada dalam hidup aku. Syaitan!"
Umar mampu berkata 'tidak' kepada nafsunya kali ini.

"Abang.."Fika menangis teresak-esak. Fika berlari dari dalam air
lantas mengejar Umar. Pakaiannya yang agak ketat semakin melekat di
badan kerana basah kuyup. Tergoda iman lelaki.



Fika berjaya mendapatkan Umar lalu dipeluknya kaki Umar seerat
mungkin. Badannya direbahkan ke tanah. Umar tidak dapat meneruskan
langkah. Dia tidak sampai hati menolak Fika dengan kakinya. Di
tambah pula dengan tangisan Fika berjaya melembutkan hatinya
daripada berkasar lagi. Dia menyesal kerana mencederakan gadis itu.
Aksi itu menjadi tarikan pelawat-pelawat yang lain. Fika tidak
menghiraukan mata-mata yang asyik memerhati. Dia masih menangis dan
terus memujuk rayu.

" Fika, abang minta maaf kerana tampar Fika. Abang tak patut buat
macam tu!" Umar melembutkan suara.

" Abang, Fika tak kisah semua tu. Kalau abang nak bunuh Fika
sekalipun, Fika akan menyerah diri. Fika cuma sayangkan abang.
Abang, dengarlah suara hati Fika ni, Fika cintakan abang.." tangisan
Fika terus berlagu hiba.

(Ahh. Aku kena kuat untuk berkata 'tidak'.)

" Fika, bangunlah..." Fika akur dengan suruhan Umar. Hatinya
menyangka Umar telah termakan pujukan.

" Fika, dengar sini..abang terpaksa buat dua pilihan antara cinta
Fika dan cinta Allah. Abang memilih cinta Allah! Abang harap, abang
akan bebas dari bayangan Fika. Abang tak nak jumpa Fika lagi.
Cukuplah dengan dosa-dosa kita selama ni. Pesan abang yang terakhir,
ingatlah...cinta Allah takkan mengecewakan!" Umar berlalu
meninggalkan Fika.
             Tangisan Fika semakin teresak-esak kedengaran.

" Bang Umar, sampai hati abang! Fika tetap sayangkan abang sampai
bila-bila" laungan Fika tersekat-sekat dalam esak tangisnya. Umar
memejam mata seketika. Hati Umar sangat simpati terhadap Fika.

(Ah, tidak! Tidak! Tidak!) nafsunya dibantah tegas. Kakinya laju
melangkah tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.

" Abang, Fika perlukan abang. Fika cintakan abang..." Fika menjerit
tak keruan. Bagaikan orang gila lagaknya. Tiba-tiba langkah Umar
terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Kakinya melangkah
kembali kepada Fika. Adakah Umar kan tewas lagi?



Fika tersedu-sedan melihat Umar berpatah balik menuju ke arahnya.
Bibirnya cuba mencipta senyuman. Air mata yang laju membanjiri pipi
cuba ditahan.

"Abang, Fika tahu abang kan kembali pada Fika. Cinta kita cinta
sejati.." Fika tak nak kehilangan abang lagi." Fika terharu.
Tangannya dibuka untuk menyambut kepulangan Umar ke sisinya.

" Abang...baliklah pada Fika. Fika cintakan abang!" lidahnya terus
merayu. Langkah Umar semakin menghampirinya. Fika memejamkan mata
dan tanganya masih terbuka supaya Umar boleh masuk ke dalam
dakapannya.


" Fika, buku-buku ni untuk Fika! Selepas ni, abang langsung tak
mengenali Fika yang buruk perangainya seperti ini. Abang harap Fika
boleh berubah menjadi Nur Syafika yang baru. Carilah cinta
Allah...di situlah Fika kan temui cinta sejati yang Fika cari-cari
selama ini.." selepas itu langkah Umar tidak terhenti lagi.

"Arghhhhhhhhhhh. Abang..Fika cintakan abang!" Fika menjerit sekuat
hati. Dilemparkan semua buku-buku pemberian Umar ke dalam sungai.
Umar tidak menghiraukan.

(Langkahku kali ini langkah Mujahid, pantang berundur! Ya Allah,
terima kasih kerana memberikan aku kekuatan ini. Kekuatan yang
pernah Kau berikan kepada Yusof menghadapi Zulaikha. Aku memang
hajat pada tarbiyyah berterusan untuk terus mendapat kekuatan. Dunia
ini terlalu dusta dan menggoda, hanya jalan tarbiyyah boleh
menyelamatkan aku dari murka-Mu. Ya Allah. Aku takut mengahdapi
ujian hari esok. Tolonglah berikanku kekuatan. Aku tidak mahu tewas
lagi. Aku berjanji takkan cuba meninggalkan jalan tarbiyyah dan
da'wah ini seperti dulu. Cukuplah sekali aku pernah tertipu dek
nafsu. Akan kuperangi suara nafsu habis-habisan sebagai seorang
mujahid laksana garangnya Umar di medan perang. Akulah Umar Al-
Mujahid!)



            " Umar, Dr. pasal kirim surat kat anta," Banna menghulurkan
sepucuk surat. Selepas itu dia masuk ke compartment Fathil dan
rancak berbual-bual. Persahabatan Banna dan Fathil makin erat
terjalin saban hari. Umar mengkeriukkan dahi. Keningnya diangkat.
Dia membuka lipatan surat itu dengan berhati-hati.

(kenapa pulak Dr. pasal tulis surat kat aku?)




KEBABASAN ADALAH UJIAN KETAHANAN IMANMU

Kau maukan seseorang

Memenuhi hatimu

Kerana kini kau bebas tidak seperti dulu

Dulu kau disekat dijaga

Maka kau pun boleh jaga juga

Tetapi kini kau bebas

Tak boleh jaga nampaknya

Satu demi satu tersungkur

Atau sekurang-kurangnya tumbang

Atau sekurang-kurangnya kecundang

Tidak ramai yang boleh jaga

Cinta bermaharajalela

Tiada tujuhala

Ingatlah kau dari sekolah mana

Sbt sbh mempunyai harapan yang tinggi

Kami mempunyai impian

Yang kami mahukan kamu semua memahaminya

Kami mahukan anak-anak semua

Meneruskan kegigihan kami

Menegakkan kalimah itu

Jangnlah leka nak

Janganlah kau ikutkan nafsu nak

Kau belum tahu penanganan dunia ini

Bukankah kau selalu mendengar nasihat di sekolah itu

Telah lupakah kau?

Semuanya?

Kan belum lama kau keluardarinya

Di merata tempat

Disana sini

Ramai wakil-wakil kami

Yang ingin membantumu

Apakah responmu semua?

Positivekah?

Atau kau yang mengelak?

Hati Mama luka

Jika kau tidak memikirkan DIA

Dalam melayani nafsu muda yang menggila

Mama lakukan yang terbaik

Kerana mencari kerethoan NYA

Anak-anak Mama tentu lebih faham dari Mama

Kerana Mama tidak belajar di sekolah itu

Anak-anak Mama sayang

Letaklah DIA dalam hatimu

Penuhilah hatimu dengan cinta terhadapNYA

Bukan cinta kepada dia yang sementara

Yang digelar infatuations

Tidak bermakna

Cinta kepada dia

Jika membelakangkan DIA



Mama pasal...


Umar menelan liur. Sajak itu tembus menusuk kalbu.

"Terima kasih Mama..." hatinya mesra dengan panggilan itu buat
seorang mas'ulah yang amat dikagumi. Umar menatap lagi sajak itu.
Kemudian dia melipat helaian itu dan dimasukkan ke dalam sampul.

"Eh, masih ada tulisan lain?" dia mendapati di dalam sampul itu
masih terselit satu lipatan kertas.


Umar membuka lipatan itu. Hatinya berdegup kencang...
             Assalamualaikum…

Akhi Umar Al-Mujahid yang ana hormati,

Ana harap surat ana ini bebas daripada fitnah dan prasangka. Semoga,
setiap patah kata di dalamnya dinaungi panji keredhaan.

Baru-baru ini, ana didatangi seorang gadis bernama Nur Syafika
selepas selesai kuliyah Dr. Azmin. Dia mendakwa ana telah merampas
anta daripadanya. Ana keliru denagn kenyataanya dan ana yakin anta pun
akan turut keliru. Hanya Allah dan kita berdua yang tahu hakikat
sebenarnya kita tak pernah bercinta.

Jiwa ana dapat merasakan bahawa gadis itu terlalu mendalam cintanya
kepada anta. Ana takkan sesekali menghalang jika dialah pilihan
terbaik untuk anta. Namun, menyedari bahawa kita masing-masing
mempunyai misi baitul da'wah yang perlu dilaksanakan demi Islam, ana
mendoakan anta dimiliki oleh seorang sohibah yang faham tarbiyyah.

Justeru, ketahuilah…

Ana menghargai kehadiran risikan anta dalam hidup ana. Ana tak sangka
diri ana mempunyai tempat di hati anta. Entahlah sama ada tempat ana
itu telah sedia dipenuhi yang lain atau tidak. Bagi pihak ana, dari
dulu sampai sekarang, keyakinan ana kepada agama anta tak pernah
berubah. Maafkan ana kerana terlalu lama membiarkan anta dalam
penantian. Ana takut pada maksiat hati yang bakal mendatang andai
terlalu cepat memberi jawapan. Kini, ana telah bersedia. Ana sedia
dipetik….

ASIAH YUSRO.




Umar membaca surat itu berulang kali. Dia bagaikan tidak percaya.
Setelah bertahun-tahun lamanya, baru sekarang Asiah Yusro memberi
jawapan untuk risikannya. Selama ini, Asiah Yusro benar-benar
membuatkan dirinya terseksa dibebani beribu persoalan dan penantian.
Sehinggalah baru sekarang penantiannya berakhir. Dalam menanti
jawapan itu, dia pernah tersungkur di pintu cinta Nur Syafika. Nur
Syafika menjadi penawar untuk mengubat beban penantiannya. Namun,
cinta Fika mencampakkannya jauh dari hidayah Allah. Jiwanya sering
diburu bisikan-bisikan iman yang masih berbaki. Bisikan itu
merupakan kesan daripada tarbiyyah yang pernah dilalui di Taman
Islam. Suara iman itulah yang menyelamatkannya daripada terus
kehilangan hidayah Allah.

(Ya Allah! Cinta-Mu tak mengecewakan… Kau terlalu Maha Penyayang.
Aku yakin, kehadiran cinta Asiah Yusro adalah tanda hadirnya cinta-
Mu. Aku hamba yang derhaka namun Kau tak putus-putus memberikan
rahmat-Mu. Ya Allah, layakkah aku yang penuh dosa ini untuk insan
semulia Asiah Yusro? Sedangkan Hanif merasakan dirinya tidak layak,
inikan pula diriku? Asiah Yusro, kau bintang agama sedangkan aku,
lumpur yang hina. Aku masih merangkak mencari kemulian seperti mana
yang kau raih di sisi-Nya. Hatiku milik siapa?Ya Allah, hatiku milik-
Mu!)


         `'Bang Fathil, Fika nak tanya sikit…'' Fika berjaya
mencari nombor baru handset Fathil setelah puas mencuba pelbagai
cara. Akhirnya, dia mendapatkannya setelah memujuk Joe.

`'Kau nak tanya apa lagi Fika? Kita dah tak ada apa-apa…'' keluh
Fathil.

`'Abang masih sayangkan Fika?''Fika cuba memujuk Fathil.

`'Aku tak berminat dengan perempuan murahan. Kau ingat aku tak tahu
kau pernah puaskan nafsu kau dengan berpuluh lelaki. Aku menyesal
kerana libatkan kawan aku sendiri menjadi mangsa kau,'' Fathil
bertegas. Ketika itu, Umar masuk ke compartment Fathil sambil
membawa sebuah majalah Haluan. Apabila melihat teman sebiliknya itu
sedang bercakap melalui telefon, dia keluar dan kembali masuk ke
compartmentnya.

`'Abang, itu dulu. Fika dah berubah. Bagilah Fika peluang. Fika dah
kecewa dengan cinta Umar sebab jiwa Fika tetap rindukan abang. Bang
Fathil tetap satu-satunya lelaki di hati Fika,'' madah berhelah Fika
cukup beracun.

`'Sudahlah Fika. Aku dah cukup muak dengar tu semua. Aku tak nak
lagi jadi lelaki bodoh yang boleh terpedaya dengan kau. Perempuan
murahan!'' Fathil semakin matang.

`'Woii, jaga sikit mulut kau tu Fathil! Kau ingat kau tu mahal
sangat? Aku sebenarnya tak ingin pun dengan kau. Aku dah muak
dengan perangai playboy kau tu. saja saja nak test tadi…''. Fika pula
yang mengenakan Fathil.

`'Dah puas cakap? Ada apa-apa lagi?'' Fathil menyindir. Fika menarik
nafas panjang-panjang.

`'Err, izinkanlah Fika tanya sesuatu…'' suara Fika kembali
dilunakkan.

`'Fika janji ini soalan Fika yang terakhir, Fika takkan ganggu kau
err abang lagi lepas ni,'' .Fathil terfikir seketika.


Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 12:48


`'Boleh percaya ke dengan janji kau!''

`'Sumpah, bang. Ni soalan terakhir Fika!''

`'Apa dia?''

`'Err, boleh Fika tahu serba sedikit tentang lelaki yang duduk
sebelah abang malam tu. Alah, malam kuliyah Dr. Azmin tu?'' Fika
ingin mencuba mangsa barunya. Fathil ketawa menyindir.

`'Fika. Aku nasihatkan kau bertaubatlah….kau tak bosan hidup jadi
playgirl ke. Aku dah bosan jadi playboy…tak ada faedahnya!'' Fathil
sudah pandai memberi nasihat.

`'Eh, siapa kau nak ajar-ajar aku? Mak bapak aku pun tak ajar, kau
memandai pulak suruh orang bertaubat…''. Fathil mengakhiri perbualan
dengan tiba-tiba. Malas dilayannya lagi gadis itu. Dia masuk ke
compartment Umar. Dia tahu Umar masuk ke biliknya tadi untuk
mengajak berbual. Fathil menceritakan gelagat Fika yang
merimaskannya. Umar cuma mendengar tanpa menyampuk. Kemudian, Umar
menyerahkan majalah Haluan kepada Fathil.

`'Tadi kat café, aku jumpa Banna. Dia kata nak datang sebab nak
hadiahkan kau buku ni, tapi tiba-tiba dia ada urusan lain pulak. Dia
kirim kat aku saja lah,''

`'Majalah apa ni? Tak pernah pun aku dengar…''

`'Ini majalah kegemaran Banna. Isinya boleh membantu membina
peribadi Muslim,''

`'Patutlah Banna baik. Aku memang tak pernah jumpa orang baik macam
dia,''

`'Habis tu. Aku ni tak baik?'' Umar mengacah.

`'Kau? Masa mula-mula aku kenal kau. Aku ingat kau waro' tapi rupa-
rupanya gila-gila macam aku jugak. Sekarang ni. Aku tengok kau jadi
waro' balik. Aku pun tak faham dengan kau,'' Umar tersenyum. Fathil
yang dikenalinya dulu juga banyak perubahan sejak dia intim dengan
Banna. Memang benar, seorang kawan terlalu mempengaruhi hidup
seseorang. Sebab itulah Rasulullah menyuruh berhati-hati memilih
kawan.



`'Oh, ya. Banna juga kirimkan kad jemputan kahwin ni,''. Fathil
mencapai kad wangi yang diserahkan oleh Banna. Dia mendengus. Umar
faham perasaan Fathil ketika itu lalu mengalih topik perbualan.

`'Fathil, cuba kau tengok sajak kat cover belakang majalah tu. Aku
sukalah…''. Fathil lantas membelek.



Puas sudah,

Kucari kebahagian,

Di sisi teman-teman,

Kudapat hanya kelalaian,

Ku cari lagi,

Di hati seorang kekasih,

Kudapat hanya kekecewaan,

Dan ku terus mencari,

Dalam meniti hari,

Penuh kekosongan…

Oh, di mana lagi harus ku mencari,

Membawa sekeping hati,

Yang sarat kerinduan,

Rindu yang tiada haluan,

Aku keliru sendiri,

Apa yang kucari,

Apa yang kuperlukan

Aku masih tak bisa mengerti,

Yang pasti,

Kekosongan hati ini minta diisi..



Sejenak ku tersedar,

Aku mencari cinta agung,

Buat jiwaku yang merindukan,

Hakikat kebenaran,

Cahaya yang membelah kegelapan,

Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.



Ku sedar,

Destinasi pencarianku di sini,

Ku mencari-Mu Tuhan,

Mengharap keredhaan,

Menagih kebahagiaan,

Dari sinar cahaya iman

Khazinatul Asrar, Taman Islam.



`'Umar. Aku pun suka…'' Fathil berkeringsing. Kali pertama dalam
hidupnya menyukai sajak. Sebelum ini, baginya, sajak terlalu puitis,
sesuai untuk jiwa perempuan sahaja.

'nanti dah sedia menerima rombongan meminang minggu depan?'' Asiah
tertunduk malu dengan soalan Dr. pasal. Wajah solehah seorang mas'ulah
di depannya tak berani direnung.

`'Insyallah!'' Ringkas jawapan Asiah Yusro.

`'Ana dengar, sebulan bertunang nanti akan terus kahwin. Umi nanti yang
cakap. Baguslah tu! Bertunang lama-lama pun banyak mudhoratnya,''

`' Dr. pasal, janganlah sentuh hal ni lagi. Ana malu. Dengan umi pun
ana malu nak bualkan hal ni. Biarlah hal ni menjadi hal orang tua.
Ana pasrah saja…'' pipinya menjadi kemerah-merahan.

Tepat seperti hari yang dijanjikan, Asiah Yusro kelihatan berseri-
seri mengenakan baju pertunangan serba pink. Tudung labuh kain satin
dengan jubah potongan moden menjadi pilihan umi. Nampak ringkas tapi
tetap menawan. Terserlah gaya anggun seorang muslimah di hari
bahagia. Menutup aurat dengan sempurna pun masih nampak
jelita.Pakaian Islam tak pernah lapuk menyusuri zaman.

Hati Asiah Yusro kian dilanda debaran. Sanak-saudara dan jiran-
jiran terdekat sudah siap sedia menyambut ketibaan.

(Ramai sangat tetamu yang umi jemput padahal ni majlis tunang saja.
Tak apa lah, apa salahnya meraikan semua jiran dan sanak-saudara)

Tidak lama kemudian, tujuh buah kereta tiba di perkarangan rumah
Asiah Yusro. Rombongan lelaki itu disambut dengan solawat. Debaran
makin bertambah apabila umi dan kakak mula memimpinnya keluar
daripada bilik. Ruang dalam rumahnya sudah dipenuhi rombongan lelaki.

Asiah Yusro mengangkat wajah mencari Maziah. Maziah memberitahu
bahawa dia akan datang bersama rombongan lelaki. Tatkala itu, dia
bertembung mata dengan Umar Al-Mujahid yang duduk di tepi Hassan Al-
Banna dan Dr. Azmin. Fathil pun ada sekali. Cepat-cepat dielakkan
pandangannya.

(Astargfirullah. Aku dan dia tak kahwin lagi, mana boleh main-main
mata. Mungkin dia pun tak sengaja. Astargfirullah)

(Hah, itu pun Maziah disisi Hanif. Wah, makin ceria lepas balik
berbulan madu di Mekkah. Tak sangka dia mendahului abangnya. Fathil
tentu pasrah…) Asiah Yusro gembira dapat melihat temannya di celah
rombongan lelaki. Inilah kali pertama dia bersua muka selepas Maziah
berumah tangga.

Sejurus kemudian, wakil keluarga Banna tampil menyuarakan hasrat
menyunting mawar di taman larangan. Suasana ceria ketika itu. Namun,
Asiah Yusro terkejut besar.

(Kenapa ayah Maziah yang melamar, Kenapa bukan ayah Umar Al-
Mujahid?) Baru sekarang dia tahu bahawa rombongan meminang itu
adalah daripada keluarga Banna bukan Umar seperti sangkaannya. Air
matanya menitis tanpa disedari.

(Umar, sekian lama kutepis rindu ini. Kunantikan syariat
menghalalkan untuk kuluahkan segala kerinduan. Hatiku milikmu,
Umar!) Hatinya pedih merintih. Dia cuba mengumpul segenap ketabahan
namun tidak terdaya. Air matanya terus membanjiri pipi. Asiah Yusro
sudah jatuh cinta. Cinta yang kudus terpelihara untuk Umar rupanya
bukan milik Umar. Sukar untuknya menelan pahitnya realiti. Air
matanya meluahkan segala…


`'Bagi pihak kami, insyaallah tiada halangan. Tapi, kena tanya
juga empunya diri,'' suara ayah Asiah Yusro kedengaran bersulam
keceriaan. Semua mata beralih fokus kepada Asiah Yusro. Senyuman
yang tadinya ceria sudah pudar di wajah itu. Air mata Asiah Yusro
memberi jawapan. Namun mempunyai dua tafsiran di minda tetamu, sedih
atau terharu. Wajahnya diangkat dan memandang Umar Al-Mujahid
seketika. Ada sinar pengharapan di matanya. Kemudian dia menunduk
lagi, melayan murahnya tangisan. Hati Umar terusik, jiwanya bergetar.

(Tidak!Tidak!Tidak. Aku mesti ada kemampuan berkata tidak! Maafkan
aku Asiah Yusro. Aku memang tak layak untukmu. Kau memang bertuah
kerana bakal dimiliki oleh Banna, lelaki soleh yang kukagumi.
Pilihan Allah Maha Adil untukmu. Banna 1000 kali jauh lebih baik
dariku)


`'Perempuan ni, bila diam tanda setuju, bila menangis tanda terharu.
Tapi, berkatalah walau sepatah sama ada suka atau tidak,'' mudah ayah
Asiah Yusro mencipta pepatah. Hati umi Asiah Yusro pula dirundum
resah melihat keadaan puterinya. Jiwa seorang ibu lebih memahami
emosi anaknya. Itu teori psikologi yang banyak dibuktikan oleh
realiti.

(Takkan tangisan terharu sampai macam ni sekali. Ish, pelik!)

`'Kalau malu, bolehlah berbisik kepada umi. Setuju ke tidak?''
ayahnya bertanya lagi. Dia berusaha mengekalkan keceriaan suasana.
Namun, tangisan Asiah Yusro mula berlagu hiba bila soalan itu
ditanya lagi. Semua tetamu kehairanan. Ayah Asiah Yusro juga baru
dapat menduga kelainan anaknya. Sebelum ini, bila ditanya soal
perkahwinan, anaknya itu sering mengelak dan menjawab ringkas,

''Yusro pasrah saja. Tak kira lah siapa yang masuk dulu…''


Asiah Yusro sedar dia mencipta persoalan. Persoalan yang menyebabkan
semua orang keliru. Persoalan yang pernah menyiksa hidup Umar suatu
ketika dulu. Sebaknya cuba ditahan. Dia tak berdaya lagi menahan
sedu-sedan, irama sebuah tangisan. Dia tak tahu apa yang harus
dilakukan dalam situasi begitu. Baginya, ini soal hidup dan mati,
rumahtangga yang bakal dibina bukan barang mainan.Dia bingkas,
melangkah sopan masuk ke biliknya. Suasana bagaikan dipukau
seketika. Suspen sekali…


" Err, mungkin saya kena betulkan kata-kata tadi, perempuan bila
diam, kita masih tak tahu, bila menangis, mungkin tanda tak
setuju…'' sempat ayah Asiah Yusro berlawak. Tetamu di sekitarnya
ketawa kecil. Pandai dia menghidupkan suasana. Banna memandang Umar
penuh tanda tanya.

`'Umar, dia pandang anta tadi.Mungkin hatinya untuk anta. Kalau antum
berdua sudah suka sama suka, ana rela gantikan anta di tempat ana.
Ana takkan menyesal, malah ana akan bangga dapat menyatukan dua hati
yang bercinta kerana Allah,'' Hassan Al-Banna cekap mentafsir
suasana. Umar terdiam.

(Ah, baiknya kau Banna!)


Sementara Asiah Yusro cuba melawan perasaan sedaya upaya. Air
matanya tumpah juga, tak henti-henti. Dia perlukan ketenangan.
Penawarnya ada di sisi. Al-Quran tafsif dibukanya dengan memejam
mata. Mata yang makin sarat dengan tangisan. Air mata itu terus
menitis laju membasahi satu ayat di dalam al-Quran. Asiah Yusro
mengesat air matanya yang menodai lembaran suci al-Quran. Baris ayat
yang basah itu memikatnya. Dia membaca ayat itu berulang kali sambil
diperhati oleh umi yang berada di sisi, menemani.

(Masyallah. Indahnya ayat 216, Surah Al-Baqoroh ini. Kurasakan
seolah-olah Allah sedang berinteraksi denganku. Mungkin, inilah
keajaiban al-Quran. Terima- kasih Tuhanku, Kau hadir saat aku
memerlukan.Ku pasrah pada ketentuan-Mu. Dengan cinta-Mu, Kau akan
beri yang terbaik untukku. Aku yakin dengan-Mu Tuhan. Hatiku milik-
Mu) Resah di hati Asiah Yusro terubat sudah. Allahlah teman yang
menghiburkannya.



Umi keluar dengan wajah ceria. Hampir sejam tetamu menanti. Masing-
masing masih tercengang, tertanya-tanya. Namun, tiada seorang pun
yang bangun mengundur diri. Semuanya bagaikan sabar menanti
bagaimana episod itu akan berakhir. Sebentar kemudian, Asiah Yusro
keluar dengan wajah yang tenang. Tangannya mendakap al-Quran. Tiada
air mata lagi bersisa di kelopak mata.

`'Yusro, kalau tak setuju, katakan tidak. Abi dan ummi takkan
sesekali memaksa,'' Ayahnya cuba mendalami perasaan puteri tercinta.
Asiah Yusro tidak memberi sebarang jawapan. Dia sedang mengumpul
kekuatan untuk berbicara.


Tiba-tiba Banna memecahkan kesunyian.

`'Maafkan saya. Mungkin kita boleh lupakan rombongan pinangan yang
tadi. Anggaplah saya datang sebagai rombongan kedua untuk menyunting
si mawar berduri yang mekar di Taman Islam rumah ini buat Umar Al-
Mujahid,''. Berani Banna menyusun bicara. Umar sendiri terkejut
dengan tindakannya.

`'Bagaimana di pihak perempuan?'' ayah Asiah Yusro memandang anaknya
sarat harapan. Moga-moga, lamaran kedua ada jawapannya.

`'A'uzubillahi mina syaitonirrojim. Boleh jadi kamu membenci
sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu
tidak mengetahui,'' Asiah Yusro membacakan kembali tafsiran ayat
216, Suroh Al-Baqoroh. Allah telah memberikannya jawapan.

`'Abi, Yusro terima lamaran Hassan Al-Banna,'' jawabnya. Namun,
jawapan itu masih sarat tandatanya.

`' Pinangan pertama untuk Hassan Al-Banna. Pinangan kedua, dari
Hassan Al-Banna untuk Umar A-Mujahid. Yang mana satu maksud
diberi?''ayahnya minta kepastian. Asiah Yusro terdiam lagi. Beratnya
menjawab soalan itu. Oh, Tuhan! Dia menatap sekali lagi ayat 216.
Jiwanya nekad membuat pilihan.

`'Hati saya rasa, Allah ingin jodohkan saya dengan Hassan Al-
Banna…'' Asiah Yusro tertunduk malu selepas membuat pengakuan itu.
Berakhirlah sebuah episod tanda tanya…

`'Alhamdulillah..'' suasana ceria kembali. Majlis pertunangan
kembali berjalan lancar. Kata-kata Asiah Yusro sangat berbekas di
hati Umar. Biarlah ia meninggalkan parut kenangan buat selamanya.

(Pergilah…pergilah cinta Asiah Yusro. Aku tak perlukan cintamu. Ya
Allah, hanya Kau yang kudambakan bukan sesiapa di kalangan makhluk-
Mu. Hatiku hanya milik-Mu) Umar memujuk hatinya agar tenang menerima
suratan. Luka lamanya membengkak kembali. Dia cuba menyembunyikan
segala kepedihan dan kekecewaan di hati. Cinta Fika sesekali
melambai datang, ditepisnya sejauh mungkin. Cinta Asiah Yusro yang
menjadi idaman, hadir ketika dirinya teraba-raba mencari jalan
pulang.

(Cukuplah selama ini aku telah banyak menzalimi diri sendiri. Asiah
Yusro tak patut dimiliki orang sepertiku. Potensi da'wahnya akan
terhalang! Demi Islam, kuredho kau bukan milikku. Ku sedar,
sekalipun kita tidak berada di atas penyatuan cinta namun kita tetap
berada di atas penyatuan cita-cita. Ya, kita takkan selamanya rebah
dalam kemelut rasa. Kita akan sama-sama bangkit kembali memikul
beban tarbiyyah dan da'wah yang sarat perjuangan ini).


             `'Umar, sohibah tu lah yang dipaksa kahwin oleh
keluarganya. Kasihan dia. Usianya dah menjangkau lebih 30 tahun.
Ibubapa mana yang tidak risau?'' Dr. Azmin mematikan lamunan Umar.
Tangannya menunjuk kepada seorang sahibah. Mata Umar melirik kepada
arah yang ditunjukkan. Seorang sahibah berwajah gelap dengan pipinya
dipenuhi parut-parut bekas jerawat, sopan bersimpuh di satu penjuru.
Tudung labuh dan jubahnya tetap memikat kalbu daripada kacamata iman
seseorang.

`'Dia wanita yang ditarbiyyah, wanita mulia! Layakkah dia untuk
ana?'' Umar berbisik kepada Dr,Azmin.

`'Umar, selamatkanlah dia….'' Balas Dr. Azmin menyebabkan Umar
tersenyum, senyuman yang tersirat makna.

`'Err, saya pun boleh jadi hero penyelamatnya,'' terjulur kepala
Fathil yang tiba-tiba muncul di celah Dr. Azmin dan Banna. Mereka
tersenyum ceria.

(Fathil tak pandang kecantikan lagi ke? Mungkin imannya dah boleh
berbicara)


Umar Al-Mujahid takjub dengan kuasa iman. Iman mengubah hati insan,
menjadikan pemikiran seseorang tunduk pada kebenaran. Jalan
tarbiyyah dan da'wah ini lah yang banyak memberi bekalan iman.

(Cinta tarbiyyah da'wah,hatiku milikmu!)

-Tamat-


"Hah!!! Macam mana cerpen ni?

Menarik?

Banyak pengajaran?

Hehe… tak puas hati ke? Sengaja ana biarkan cerpen ni tergantung.



Pegajaran dan info yang kita boleh ambil iktibar daripada cerpen di
atas adalah:

Peri pentingnya hidup dalam berjemaah.
peri pentingnya hidup dalam keadaan saling ingat-mengingati dan
tarbuyah.
kaedah mencari pasangan hidup yang dianjurkan Islam.
pentingnya bersangka baik kepada orang lain.
info berkaitan kaedah pergaulan.
usaha pemantapan iman dan ilmu dalam diri.
berusaha untuk menjauhi hubungan terlarang.
dan godaan wanita… (suara, aurat, …)

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 12:50


sekian saja critanya...da habis...walaupun agak pnjang tapi tak rugi kan membacanya...banyak pengajaran...

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

teratai_putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27690
Posting: 77
Dari: J0hor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 13:17


saya da pernah baca cerpen ni
dr budak trans krian
sama-sama lah ambil iktibar

Bookmark and Share

    


  Member Information For teratai_putihProfil   Hantar PM kepada teratai_putih   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 13:56


salam..
annisa_zulfa...
ana tak kisah pun..
minta maaf ye andai anti terasa dengan ana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-02-07 19:26


habis tu,umar kawin dengan perempuan gelap manis lah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-02-07 22:18


sadisnya bagi pihak umar....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

mukmin0904
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21142
Posting: 298
Dari: petaling jaya

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 22:56


apebende ni??

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukmin0904Profil   Hantar PM kepada mukmin0904   Quote dan BalasQuote

teratai_putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27690
Posting: 77
Dari: J0hor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-02-07 00:20


Pada 23-02-07 22:18 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

sadisnya bagi pihak umar....


pelik tu?awat?? :roll: :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For teratai_putihProfil   Hantar PM kepada teratai_putih   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-02-07 22:54


Pada 23-02-07 13:56 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

salam..
annisa_zulfa...
ana tak kisah pun..
minta maaf ye andai anti terasa dengan ana...


Eh...tak adalah...manada ana terasa...ok saja...no hal lah..
hehe...

soryla jugak kalau ana pula buat anti terasa yang ana ni terasa...faham tak ayat ana?...tak mengapa kalau tak paham pun...kikiki


-----------------
FIDAK 2015


Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-02-07 23:31


Pada 22-02-07 20:35 , uqu posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamu'alaikum warahmatullahi Wabarakatuh...

Subhanallah, ana memang cari cerita ni... jumpa jugak... postkan cepat-cepat k... hehehe...


wah minat dengan cerita ni....
bagus juga ceritanya....


-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::



Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

ratusyahadah_uiam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.06.2004
Ahli No: 9636
Posting: 72

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 16:18


salamualaik..

hm..ana memang dah pernah baca cerita ni..sebab yang tulis cerita ni kawan ana sendiri..

entah-entah ismi atikah ni student uia jugak..

:) :)

"takkan kau gusar walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari"

Bookmark and Share

    


  Member Information For ratusyahadah_uiamProfil   Hantar PM kepada ratusyahadah_uiam   Pergi ke ratusyahadah_uiam's Website   Quote dan BalasQuote

uqu
WARGA SETIA
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 2057
Posting: 640
Dari: KUCHING

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 16:23


Pada 26-02-07 23:31 , mihar123 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-02-07 20:35 , uqu posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamu'alaikum warahmatullahi Wabarakatuh...

Subhanallah, ana memang cari cerita ni... jumpa jugak... postkan cepat-cepat k... hehehe...


wah minat dengan cerita ni....
bagus juga ceritanya....



ramai sahabat ana yang suruh baca cerita ni... Alhamdulillah, di ukhwah jumpa... hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For uquProfil   Hantar PM kepada uqu   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 18:23


Eh ni bukan cerita Fatimah Syarha tu ke? Student UiTM kalau tak salah...


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 18:26


...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-03-07 20:46


Dah lebih 2 tahun dah cerita ni rasanya...lama dulu dah baca....tapi tatau lah sapa penulis...tapi yang bergiat cergas dalam dakwah jugak lah penulisnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 23:52


Pada 16-03-07 16:18 , ratusyahadah_uiam posting:

!!! QUOTE !!!

salamualaik..

hm..ana memang dah pernah baca cerita ni..sebab yang tulis cerita ni kawan ana sendiri..

entah-entah ismi atikah ni student uia jugak..

:) :)

"takkan kau gusar walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari"


salam...
iskk... ana bukan std uia.. cuma ada adik dan teman2 saja di sana..

p/s: annisa_zulfa, ana faham ayat anti.. ana tak rasa pun anti buat ana terasa.. cuma ana agak risau kalau2 anti yang terasa.. :-)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-03-07 02:19


salam~
cerpen yang sangat memberi kesan buat diri saya..banyak pengajarannye..thanks kak annisa_zulfa..
wassalam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 18-03-07 09:16


wa...hebat cerpenni...banyak pengajaran...keep it up in other stories that U make next time k!it,s really extravergansa

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-03-07 09:20


Alhamdulillah..dapat juga baca cerpen ni..dulu pernah terbaca tapi jalan cerita separuh...sambungan dia dah tak ada..yang ni baru dapat baca penuh...syukran kepada anissa_zulfa tolong posting....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-03-07 22:00


best juga cerpen ni...banyak pengajaran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

Syamiras
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.10.2006
Ahli No: 26753
Posting: 51
Dari: Melaka

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-09-07 01:20


pernah baca cerpen ni dulu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyamirasProfil   Hantar PM kepada Syamiras   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 22:14


Ehhh....
cerita dari novel 'tautan hati' rupanya.
karya fatimah syarha mohd. nordin lah...

ok juga cerita ni.
islamic sangat.


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-09 10:34


emm.. jiwang sungguh sahabat-sahabat di ukhwah.com ni ye :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-11-09 17:36


ini memang cerita fatimah syarha
Novel ni diterbitkan oleh telaga biru bertajuk tautan hati
harga dalam rm25 kalau tak silap
ada jual kat kedai buku mph dan kedai buku agama




-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12677 saat. Lajunya....