Perigi Mencari Timba...? Episod II
Sambungan dari Episod I
Khadijah menawarkan diri
Khadijah memang berani. Dia tanpa beralahan menawarkan diri untuk menjadi isteri insan pilihan itu. Tanpa mengenepikan dirinya sebagai wanita bangsawan yang cerdik dan luhur pekerti, dia berkiasan tentang hasratnya terhadap Muhammad al-Amin.
Resah, gelisah.. tak keruan. Apa perlu aku buat? Hati sensitif aku kali ini benar-benar terusik. Perlukah aku khabarkan apa yang kurasai? Takut pula nanti dikatakan mengada-ngada. Apa pula kata teman seperjuangan yang lain nanti.
Aku mesti menacari jawapan penyelesaian. pada siapa lagi harus ku mengadu kalau bukan kepada Khaliq ku. Dia lebih mengetahui segala2nya tentang diriku dulu, kini dan pada muka mendatang. Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini. Sesungguhnya Ya Allah, Engkaulah Tuhan Maha Kaya dan tidak berhajat kepada satu apa pun terhadap hambaMu, melainkan kamilah yang berhajat kpdMu... di sepertiga malam terakhir aku bangun merintih padaNya. Istikharah aku mlm itu benar-benar khusyuk dan tekun agar diberi petunjuk olehNya.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu
Ya Rabbi, jika aku jatih cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pdMu
Ya Rabbul 'Izzati, jika aku jatuh hati, jagalah hati padaNya agar tidak berpaling dpd hati Mu
Ya Rabbi, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah nikmat itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga mlm terakhirMu
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan jatuh dalam perjalanan pjg menyeru manusia kpdMu
Ya Allah, jika Kau halalkan aku emrindui kekashiMu, jangan biarkan aku melampaui batas hingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kpdMu
Mengapa tidak aku? Tiada salah aku mencuba. Dahulu pun Khadijah r.a. yang memulakan langkah. seorang teman khadijah, Nafisah dihantar sebagai utusan Khadijah yang datang untuk menjalin hubungan kekeluargaan dengan Bani Hasyim.
Aku nekad. Begitulah firasat suara hatiku. pada ustazah Jannah aku menghamburkan segala2nya. Aku mengambil 'ibrah kisah cinta Khadijah tentang kesungguhannya mendampingi insan mulia pilihan. Sehingga beliau dinobatkan antara wanita pertama yang masuk syurga. Syukur alhamdulillah ustazah memang amat memahami mad'unya ini. Aku yakin tindakan aku ini tidak salah kerana tawakkalku hanya padaNya. 'Ilah pergantungan aku kini pada Allah Rabbul Jalil.
Masa berlalu seperti angin lalu...
Suatu malam, usai sahaja mesyuarat pada mlm itu, ketika berpapasan untuk pulang, Imran memanggilku. Sangkaku, mungkin lanjutan dpd agenda mesyuarat yang mungkin ada yang tertinggal. seperti biasa, Kak Nur menjadi teman pengelak fitnah.
“Betulkah awak nak jadikan saya sebagai Imam dalam hidup awak?” ada seraut keseriusan dalam riak wajahnya. Lain benar roman mukanya, tidak seperti biasa.
Terpempan aku dengan pertanyaan itu. Terkejut dengan hati berbaur. Aku menoleh pada Kak Nur, dia mengangkat bahu sebagai tanda tidak bersalah. Sudah pastinya usaha ustazah Jannah ni. Aku berdiri kaku tanpa sebutir bicara. Lidahku seakan dibius. Wahai lelaki! Tidakkah engkau tahu aku ni seorang perempuan yang Allah jadikan fitrahnya tebal sifat malunya!!!
Perlukah aku luahkan suara dalam hati ini. Aku memilih untuk tunduk rapat diam membisu merenung lantai. Inilah yang terbaik rasanya dalam situasiku sekarang. dalam hati ini hanya Allah yang tahu. Aku seperti seorang banduan di kandang pesalah. Sehinggalah aku sedar dia berlalu sahaja.
Usaha Nafisah berjaya. Ia meninggalkan putera utama Bani Hasyim dan langsung menemui Khadijah, menceritakan kesediaan Muhammad. Setelah Muhammad s.a.w. menerima pemberitahuan dari saudara2nya tentang hasil pertemuan dengan Khadijah, maka baginda tidak keberatan mendapatkan seorang janda yang usianya 15 tahun lebih tua dpdnya (ada riwayat mengatakan usia Khadijah 25 tahun juga-kalau tak silap riwayat Ibn Kathir). Bagaimana mungkin baginda tidak setuju? Apakah yang kurang pada Khadijah? Dia wanita bangsawan, cantik, hartawan, budiman. Dan utamanya pula kerana hatinya telah dibukakan Tuhan untuk mencintainya, telah ditakdirkan akan dijodohkan dengannya. Maka berangkatlah Abu Tholib, Hamzah dan yang lain menemui Waraqah bin Naufal untuk melamar Khadijah bagi putera saudaranya.
Seminggu berlalu. Terasa amat malu dengan peristiwa mlm tersebut. Tidak menyangka sebegitu pula plotnya. Terasa diri alang2 bodoh. Malu semalu-malunya. Aku cuba kikis perasaan malu itu sedikit demi sedikit. Cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Hidup berjalan seperti biasa. Seakan menyesal dengan perbuatan drastik yang aku buat dulu. Cukuplah. Aku dah serik dengan pengalaman sebegini. tapi, bukankah langkah itu sebenarnya ilham dari Allah setelah aku menyandarkan segalanya pada Nya? mungkin ada rencana Illahi yang lain yang pasti ada hikmah di sebaliknya. Ya Allah. Aku bersangka baik padaMu.
Suatu mlm yang bening tatkala aku bergelumang dengan buku, tiba-tiba nada dering handphoneku bergetar berirama. Aku tersenyum melihat nama pemanggilnya. Panggilan dari rumah yang semestinya ayah atau bonda tercinta.
“
...,” sapaku. Rupanya ayah di hujung talian. Setelah berbasa-basi bertanya khabar tentang kehidupanku di kampus, ayah terus ke agenda utama. Dinyatakan petang tadi ada keluarga datang nun jauh dari utara menghantar tanda-atau dalam istilah lainnya meminang. Ayah tak dapat memberi kata putus lagi melainkan ditanya dulu empunya diri.
“Err, boleh angah tahu siapa dia, ayah?”
“Emm, Muhammad.. aaa... apa ama penuhnya maknya oii?” Setelah gagal memerah otak ayah melontar pertanyaan kepada ibu.
Muhammad? mungkin ini bayangan Muhammad seperti yang aku dambakan. memang benar Khadijah Khuwailid telah ditakdirkan untuk Muhammad bin Abdullah.
Terdengar sayup suara ibu di corong, barangkali melaung dari dapur.
“Haaaa... Muhammad Imran bin Abdul Rahman. Kata org tuanya, dia kenal angah melalui persatuan di kampus,” tutur ayahku lancar.
Biar benar! Takkan dia agaknya. Adakah Imran yang itu? Ada jernih hangat mengalir di pipi. Tak pasti menangis kegembiraan atau mesyukuran atau adunan keduanya. Sungguh aku tak faham percaturan Illahi ini. Menarik walaupun pahit pada mulanya.
Esoknya aku dapat emel. Pengirimnya rasanya aku tahu siapa...
Ukhti Khadijah, moga dalam ketetapan iman hendaknya...
Terima kasih kerana memulakan langkah terlebih dahulu. Sebenarnya saya memang mempunyai perasaan terhadap saudari cuma tak mampu nak mengucapkannya. mungkin mencari masa yang sesuai yang saya pun tidak pasti bila. Alhamdulillah, Allah dah melorongkan jalannya. saya tidak yakin sebenarnya adakah saya org yang selayaknya. Tidaklah setampan Yusuf, tidak semewah Sulaiman, tidak seteguh Ibrahim dan tidaklah sesempurna Muhammad Rasulullah...
Diriku. Aku pun tidaklah secantik Zulaikha, tidaklah seindah Balqis dan tidak juga setabah Siti Hajar, apatah lagi seistimewa Siti Khadijah. tapi insyaAllah aku akan cuba menjadi suri terbaik buat dirinya.
***
“Ummiiii, ummi dah habis colat ye, adik nak cucu”.
Kembara memori aku tersentak. Anakku Fatimah mengomel sambil bibir mungilnya diunjuk-unjuk. Ditambah dengan muka masam mencuka yang direkanya untuk meraih manja.
Segera aku mengemaskan telekung pakaian hambaNya. “Yela... yela... anak ummi dah merajuk. Jom ummi pun nak siapkan makan malam untuk abi kamu juga sekali ni”. Aku lorot tangan kecilnya sambil berpimpinan tangan menuju ke dapur. Suamiku Muhammad Imran akan pulang dari kerja bila2 masa sahaja ni.
Khadijah tersenyum sendirian mengenangkan kisah silamnya. dalam hati kecilnya dia bermonolog sendirian, “Andai aku tidak seberani Siti Khadijah dulu...”
The question is.. adakah hana seberani Khadijah? Maybe..... not