Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 10 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 11 hari yang lalu
nur_tinta: 17 hari yang lalu
kasih_kekasih: 33 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Seruan Kepada Jemaah Islam Kampus?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Seruan Kepada Jemaah Islam Kampus?

Please Mendaftar To Post


Oleh Seruan Kepada Jemaah Islam Kampus?

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-02-07 23:22


Seruan Kepada Jemaah Islam Kampus*


Bismillahirrahmanirrahim…
Lama saya termenung memikirkan sama ada patut atau tidak saya post kan tulisan ni. Mungkin ramai yang tidak setuju dengan contents nya. Saya harap artikel ni dibaca dengan fikiran yang tenang dan terbuka. janganlah emosional apabila ada beberapa bahagian tulisan ini terkena pada batang hidung sendiri. Cubalah lihat dari sudut yang positif. Dan jika dirasakan apa yang saya tulis ini tidak ada kaitan dengan jemaah kamu, maka tidak perlu lah melatah. Siapa makan cili, dia lah yang rasa pedas...Sesungguhnya tulisan ini bukanlah menyeru kepada permusuhan dan kehancuran, sebaliknya ia adalah suatu seruan ke arah pembaikian dan kesempurnaan.


Artikel ni agak panjang. Cubalah cari masa yang sesuai untuk hadamkannya. Wasssalam.

Intro

Jemaah Islam kampus. Boleh dikatakan semua institut pengajian mempunyai jemaah Islam atau Badan Islam atau Organisasi Islam masing-masing. Gerakan mereka inilah yang menjadi tunjang kepada terpeliharanya environment kampus daripada dicemari maksiat dan perkara mungkar. Mungkin saja ramai yang tidak sedar usaha kuat mereka ini. Tetapi dengan kurangnya kekuatan dan bilangan ahli menyebabkan usaha mereka untuk menyuburkan islam dan membersihkan environment kampus dengan sepenuhnya belum berjaya.

Dalam keghairahan berjuang di kampus, mungkin tak ramai di antara mereka yang sedar bibit-bibit kehancuran dan kegawatan telah menular dalam organisasi mereka sendiri. Ia adalah suatu virus yang sukar dikesan dan sukar dihapuskan. Simptom-simptom nya sudah kelihatan. Simptom yang akan membawa kepada kehancuran dan perpecahan. Mungkin telahan saya ini silap. Tetapi saya semacam terpanggil untuk menulis artikel ini demi membendung virus tersebut daripada terus merebak.

Dengan ini, saya dengan penuh kerendahan hati menyeru kepada semua jemaah Islam kampus kepada beberapa pembetulan…

1. Membuka pintu amal seluas-luasnya

Islam telah menetapkan garis panduan dalam beramal. Apa yang wajib, sunat, haram, makhruh dan harus telah pun ditetapkan. Dalam realiti kehidupan sekarang yang serba mencabar, peluang untuk mbuat maksiat dan terdedah kepada dosa semakin mudah. Jadi adalah suatu rahmat yang besar daripada Tuhan jika seseorang muslim itu dapat teguh dalam beramal dengan amalan wajib dan meninggalkan segala yang haram. Amalan sunat pula sekadar menjadi pilihan sama ada untuk melakukannya atau tidak.

Dalam organisasi islam, mereka meletakkan diri mereka pada tingkatan yang lebih tinggi daripada org biasa. Maka banyak lah perkara sunat yang diwajibkan kepada ahli2nya. Kalau pun tidak diwajibkan, seruan ke arahnya seakan2 wajib sehingga memaksa ahli melakukannya. Membaca surah al-Mulk berjemaah pada mlm hari, membaca surah al-Waqi’ah berjemaah selepas subuh, membaca mathurat berjemaah selepas asar, melakukan qiamullail berjemaah every weekend dan solat hajat perdana setiap kali exam adalah antara amalan rutin dalam jemaah.

Sepatutnya ibadat sunat tidak dipaksa, cukuplah sekadar memberi galakan dengan memberitahu kelebihan amalan2 sunat dan memberi kesedaran dengan menanamkan kefahaman yang jelas. Selepas itu biarlah mereka beramal sesuai dengan tahap iman mereka dan dengan amalan sunat mana yang mereka suka.

Apabila mewajibkan perkara sunat sebegini, maka akan timbullah kata-kata kurang sedap atau mindset yang seperti atau seakan2 memandang jahat atau sekurang2nya memandang serong kepada orang-orang yang tidak menyertai mereka dalam membuat perkara sunat itu.

Kita cuba tengok dr sudut yang lain pula. Setiap org mempunyai pandangan yang tersendiri dan kefahaman ilmu yang berbeza2. Ada org yang faham bahawa melakukan amalan sunat dengan cara seperti yang disebut di atas tidak thabit daripada nabi. Maka dia pun lebih suka melakukan amalan2 tersebut secara bersendirian. Adalah tidak patut untuk satu org yang memahami bahawa cara amalan2 yang ditetapkan oleh jemaah itu tidak thabit daripada nabi menerima prasangka daripada ahli2 jemaah yang lain yang beranggapan dia malas atau tidak commit atau tidak wala’ kepada perintah ketua.

Islam membuka ruang kepada umatnya untuk beramal dengan apa-apa amalan sunat yang thabit daripada nabi dan dengan cara yang thabit daripada nabi. Maka tidak perlu untuk kita menetapkan amalan2 tertentu kepada ahli jemaah. Cukup sekadar memberi kesedaran tentang kelebihan amalan sunat dan ganjaran daripada amalan itu. Selepas itu terpulang kepada individu untuk memilih sama ada ingin membaca quran atau mathurat atau solat sunat atau berzikir atau bersedekah atau apa-apa amalan lain. tidak perlu untuk membebankan seseorang dengan amalan sunat yang sebenarnya memerlukan keikhlasan dalam melaksanakannya dan bukannya melakukannya kerana manusia atau kerana ada kepentingan. Sesungguhnya pintu syurga itu banyak. Ada yang memasuki syurga melalui pintu solat, ada yang masuk melalui pintu puasa dan ada yang masuk melalui pintu sedekah.

Tidak tahu lah dimana silapnya, mungkin kesan daripada tarbiyah yang diterima atau mungkin kesalahan individu yang mpunyai penyakit dalam hati; sehingga kebanyakan daripada mereka cenderung untuk memandang serong atau berprasangka kepada orang-orang yang tidak mahu menyertai kumpulan bacaan mathurat atau al-mulk mereka.

2. Mengembalikan Islam pada fitrahnya

Islam adalah agama yang mudah dan memudahkan umatnya dalam beramal. dalam banyak hal islam mghalalkan semua perkara yang baik dalam kehidupan kecuali beberapa perkara yang ada dalil mgharamkannya. Islam adalah agama fitrah dan tidak menyekat atau membebankan umatnya dengan perkara yang bukan2.

Apa yang tejadi dalam jemaah ialah mereka meletakkan terlalu banyak sekatan2, peraturan2 atau ‘hukum2’ baru. yang ini tak boleh buat, yang ini mesti buat, yang ini kena tinggal, yang ini tak boleh tinggal. Cukuplah dengan menekankan tentang perkara wajib dan haram serta menggalakkan perkara sunat.

kadang-kadang corak tarbiyah yang diterima menyebabkan fikiran ahli jemaah menjadi sempit. Sehingga ada yang menganggap aurat perempuan dikira sempurna tutupnya hanya apabila bertudung labuh, sehingga memandang serong kepada perempuan2 yang bertudung biasa. Syarat yang sepatutnya dipenuhi ialah melabuhkan tudung ke dada sehingga menutup bahagian dada dan menutup jalan kepada ternampaknya bentuk dada. Begitu juga dengan bahagian punggung. Maka kain yang longgar insyaAllah akan dapat memenuhi syarat menutup aurat itu. Mampu untuk memakai jubah dan tudung labuh adalah lebih baik dan suatu kelebihan yang dikurniakan Allah kepadanya. Tetapi sekadar memakai baju kurung, stoking kaki dan menjaga lengan baju daripada terselak adalah sudah cukup baik bagi seorang perempuan.

Etika pakaian (lelaki dan perempuan) sepatutnya dinyatakan secara umum sahaja tanpa mendetailkan jenis atau jenama apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Cukuplah sekadar menegaskan ahlinya menutup aurat dan berpakaian kemas. Maka tidak perlulah menyeru kepada ahli2 yang asalnya daripada pelbagai latar belakang dan budaya kepada satu corak etika pakaian sahaja. Adalah suatu kebebasan untuk seseorang itu memakai apa-apa yang dia suka asal saja tidak melanggar etika pakaian dalam islam; jeans, cap, agaknya, t-shirt, tudung tiga segi, seluar yang longgar bagi perempuan dll..insyaAllah semua ini termasuk dalam pakaian2 yang diterima islam dan masyarakat secara keseluruhannya.

3. Melonggarkan konsep bye'ah
Secara umumnya bye’ah ialah berjanji untuk taat kepada ketua. Dengan janji untuk memberi ketaatan ini maka memudahkan ketua dan pimpinan untuk merancang dan melaksanakan gerak kerja kerana mendapat jaminan dan sokongan daripada ahli. Selain itu, bye’ah juga dibuat untuk menaikkan atau memberi semangat kepada ahli2 supaya terus tabah dan konsisten dalam melaksanakan kerja-kerja islam.

Namun begitu janti untuk taat ini sebenarnya terbatas dan tidak lah sampai ke tahap berdosa jika melanggar arahan pimpinan jika mempunyai sebab2 tertentu. Pimpinan biasanya akan memberi tugasan2 tertentu kepada ahli. Ahli sepatutnya mengambil tugasan ini sebagai satu peluang untuk berdakwah atau untuk bekerja dalam gerakan islam. Namun ini tdklah bermakna seseorang ahli itu mesti patuh 100% kepada arahan tersebut sehingga terpaksa mengabaikan hak diri sendiri dan tdklah sampai terpaksa mengenepikan kepentingan2 lain seperti keluarga/ibubapa. Dia tetap mempunyai hak untuk membuat keputusannya yang sendiri sama ada untuk menerima atau menolak tugasan.

Ada juga ustaz atau orang2 yang agak ekstreme sehingga apabila ada orang-orang bawahannya bertanya “mana yang patut saya dahulukan…kepentingan jemaah atau keluarga?”. Jawab ustaz tu, “Kita mesti dahulukan kepentingan jemaah”. Hmm.. mungkin betul. But, it’s depend. Cuba fahamkan Hadis Nabi ni:

(Maksudnya): “Sesungguhnya bagi diri Tuhanmu itu ada hak yang mesti kamu tunaikan, bagi dirimu ada hak yang mesti kamu tunaikan, bagi isterimu kaum keluargamu itu ada hak yang mesti kamu tunaikan, berikanlah kepada setiap yang berhak itu haknya”.

Setiap org kenal dan tahu tentang dirinya lebih daripada org lain. Maka dialah yang berhak menentukan prioriti dalam kerja buatnya. Mungkin saja dia mpunyai masalah yang tersendiri yang mana disembunyikan daripada org lain. Maka menjadi tugas kepada pimpinan untuk memberi kesedaran kepada ahli tentang kelebihan dan kepentingan bekerja untuk islam. dengan kefahaman yang jelas, maka setiap ahli akan sedaya upaya meluangkan masa dalam gerak kerja; tanpa perlu kepada ugutan bahawa sesiapa yang ingkar arahan ketua, maka dia berdosa. Subhanallah…jangan sampai mengangkat martabat pimpinan setaraf dengan martabat Allah dan rasulNya.

Selalu kedengaran dalam ucapan mana-mana pimpinan; "akademik mesti diutamakan, pencapaian akademik mesti bagus, mesti jadi contoh kepada org lain dr segi akademik etc". Tapi apabila ada ahli yang menarik diri daripada program dengan alasan nak study atau buat assaignment, maka akan kedengaranlah kata-kata sumbang; “macam dia seorang ada assignment, org lain pun nak study jugak”. Semua org masuk institusi pengajian untuk belajar. Maka jangan ada kata-kata sumbang yang boleh membantutkan niat nya untuk belajar. jangan fikir dengar ceramah, dengar kuliah atau berusrah sahaja yang dapat pahala…mungkin mghadap buku akademik tu lebih besar pahalanya.

4. Berpegang kepada dalil walaupun bercanggah dengan org ramai

Kebiasaannya pada awal era bersama dengan jemaah, seseorang akan ditarbiyah untuk bercakap atau berhujah dengan dalil. Siapa yang paling kuat hujah dan dalilnya, maka dialah yang benar. Sememangnya itulah yang sepatutnya diajarkan kepada semua org. Mengemukakan hujah dan dalil apabila bercakap. Dengan itu dia akan dapat meyakinkan org lain tentang benarnya fakta yang dibawa. Pemikiran berasaskan dalil ini adalah suatu cara fikir dan cara faham yang betul dan bijak.

Malangnya, apa yang berlaku tidak bertahan lama. Hari demi hari, ahli2 semakin dimomokkan dengan konsep berjemaah dan selalu ditekankan bahawa jemaah merekalah yang paling betul dan terbaik. Kesan negatif daripada hal ini menyebabkan timbul satu pemikiran jumud dikalangan ahli yang akhirnya tidak dapat menerima pendapat org lain terutama yang bercanggah dengan pegangan jemaahnya. Bagi mereka, jemaah mereka adalah umpama Quran dan sunnah; atau dengan kata lain tidak mungkin jemaah mereka salah. lebih malang lagi terdapat ahli yang extreme yang langsung mencerca/mghina/menyindir orang-orang yang bercanggahan dengan mazhab jemaah mereka dengan tuduhan wahabi/liberal/hadhari walaupun pihak tersebut mengemukakan hujah2 yang kuat. Bagi orang-orang yang extreme ini, mereka langsung menutup pintu perbincangan dan tidak membuka ruang untuk berbeza pendapat. kadang-kadang mereka tidak mampu pun membalas hujah, mereka lebih senang untuk terus menuduh; “dia ni wahabi, jangan dengar cakap dia”, dia ni umno, bukan boleh pecaya”. Subhanallah..ceteknya akal mereka.

Sedar ataupun tidak, mereka sebenarnya telah meninggalkan ajaran bab 1 yang mereka pelajari diawal tarbiyah dulu; iaitu pemikiran berasaskan dalil dan hujah. sekarang mereka lebih terkurung dalam kepompong jemaah centric; menerima pakai apa yang diputuskan jemaah mereka sahaja walaupun ada pendapat lain yang lebih kuat.


5. Menjauhi taksub kepada tokoh agama dan pimpinan

Taksub adalah perkara yang dilarang dalam islam kerana sikap ini melahirkan insan2 yang ekstreme dan membekukan fikiran daripada menerima pendapat daripada ‘kumpulan lain’ dan hanya mengganggap ‘kumpulan mereka’ sahaja yang betul.

Jika yang taksub itu hanya kepada ilmu ulama atau tokoh agama tersebut..itu tidak mengapa. Taksub kepada ilmu boleh mendorong kita berusaha bersungguh2 menambah ilmu. Ini suatu perkara yang baik dan digalakkan. Malangnya apabila ada manusia yang taksub kepada individu tertentu sehingga mengikut sahaja ajaran mereka tanpa cuba untuk menganalisis kebenaran yang terkandung dalam ajaran itu.

Saya selalu tergelak apabila teringat perbualan antara saya dengan seorang pimpinan kampus. Ketika itu kami sedang membincangkan tentang amalan sunnah dan bid’ah. saya memberitahunya tentang suatu amalan masyarakat kita yang saya rskan tidak bertepatan dengan sunnah (tak perlu lah diberitahu apa amalan tersebut; kerana itu bukan fokus kita di sini). saya cuba meyakinkannya dengan menyatakan larangan daripada sahabat nabi (ibn mas’ud) tentang amalan itu. Jika kawan saya itu tak mahu menerima pendapat saya dengan alasan hujah saya itu tidak kuat..saya boleh terima. Tetapi apa yang mengejutkan saya ialah kata2nya itu: “….itu larangan ibn mas’ud, kalau Qaradawi yang larang amalan ini baru saya percaya…”. Subhanallah, atas dasar apakah dia meletakkan martabat Qaradawi lebih tinggi daripada martabat para sahabat seperti ibn mas’ud!!! (dengan tidak bermaksud untuk menghina Qaradawi, dia sememangnya seorang alim yang besar dan disegani). Tetapi inilah yang saya katakan taksub kepada tokoh agama sehingga menolak mentah2 hujah dan pendapat org yang tidak sealiran dengannya.

Realitinya, tarbiyah yang disusun telah mghasilkan produk2 yang lebih tertarik kepada ulama2 yang berjihad dan berpolitik (tidak lah salah, tetapi terlalu cenderung itu menimbulkan masalah), sehingga ramai yang tidak kenal dengan ulama atau tokoh2 yang kuat memperjuangkan sunnah. Boleh dikatakan semua ahli jemaah akan kenal ustaz Fathi Yakan, menyanjung tinggi hassan al banna, syed Qutb, Zainab al Ghazali dan lain2 tokoh terutama daripada ikhwanul muslimin. Tetapi berapa kerat yang kenal dengan nama Nasiruddin al-bani, Muhammad Soleh Uthaimin, Abdul Aziz Abdullah bin Baz etc. tengok lah sendiri koleksi buku mereka, boleh dikatakan semua ahli akan mempunyai buku syarah usul 20, risalah ta’lim, bahtera penyelamat dan wabak sepanjang jalan. Cuba teliti siapa pengarang buku2 tersebut. dengan demikian kita sudah dapat menilai ke arah mana pemikiran mereka. Tdklah salah, cumanya terlalu fokus kepada perkara2 sebegitu menyebabkan fikiran lebih terdorong kepada isu-isu gerakan dan harakah sahaja.

Ni saya nak kongsi satu kes taksub; ada seorang ustaz tu..mungkin dia rasa makam dia tinggi sehingga dia gelar ‘setan’ kat seorang pensyarah agama (atas sebab berbeza pendapat saja pun). Bila dah tahap panggil setan, maknanya memang betul-betul benci dan bermusuh lah kan. Bila dia gelar, anak-anak usrah yang belajar agama dengan dia ni pun ikut lah setuju dengan panggilan setan tu. Maka gelaran setan tu pun cubalah dihebah dan dipopularkan shingga lah sampai ke telinga saya ni. Haha..terukkan? sampai tahap tu pun mereka tak boleh nak nilai lagi mana baik mana buruk. Secara adilnya bila saya tengok situasi kedua2 belah pihak, saya dapati org yang dipanggil setan tu lebih aktif dalam dakwah…aktif dalam forum dan seminar peringkat kebangsaan, idea dan pandangannya didengar oleh arus perdana rakyat Malaysia, ceramahnya dirakam dan dijual, bercakap tentang isu penting…tentang islam liberal, gerakan sunnah, penyelewengan kisah sahabat, tentang bid’ah, kesesatan tarikat dan bermacam2 lagi. Sedang ustaz yang lancang mulut tu tak ke mana pun. Suara dakwahnya tak kedengaran pun dalam arus perdana rakyat Malaysia, entah beberapa kerat sahaja org yang mendgr idea2nya. Tapi begitulah realitinya, bab mengata org ni memang lantang.

Ada juga org yang anggap pandangan pimpinan tu betul semuanya. Apabila pimpinan kata sesuatu, dalam diri mereka cuma ada satu; ‘kami dengar dan kami taat’. Haha..macam terminator pula. Betul ke ada org macam tu ? ishk, tak pecaye lah. Betul, pecaya lah. Ni aku quote apa yang dia tulis ; "aku mengambil apa pimpinan sendiri lakukan..jika mereka masih tak redho dengan mamat tu. Aku turut tak redha..". bagaimana? dah pecaya? Hebat betul lah org yang tarbiyah dia ni sampai boleh jadi gini. Sampai bab redha tak redha pun masih lagi nak bergantung pada orang lain. tak ada pendirian sendiri ke?

Bila dah taksub...kita akan cuba mempertahankan kesalahan tokoh/pimpinan kita tu walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah. Saya pernah bagitahu seorang brother ni tentang pimpinan telah buat kesalahan sekian sekian sekian… Maka brother ni pun cuba lah sedaya upayanya mempertahankan tokoh yang dipujanya itu walaupun kesalahan itu memang dah jelas. entah apa lah yang digorengnya ketika itu, saya pun tak paham. Payah sangat ke dia nak kata "Ya, dia telah buat silap/salah, sebab dia juga manusia biasa..tetapi itu tdklah menjejaskan ketokohannya sebagai seorang pemimpin". Kata macam tu kan senang, tak payah lah nak berdolak dalih, mengaku saja lah, baru gentleman.


6. Memasuki Islam melalui pintu depan

Islam hendaklah difahami melalui bab akidah. Inilah asas dan tunjang kepada agama ini. Begitu juga dalam berjemaah, kita mestilah menekankan bab akidah ini dengan jelas. dengan kefahaman akidah yang jelas akan mewujudkan perpaduan dan menjauhkan perpecahan kerana adanya kesedaran bahawa kita adalah di atas satu agama dan akidah. Maka isu perbalahan antara kumpulan atau parti boleh dielakkan atau sekurang2nya dikecilkan.

Menjadi barah apabila pimpinan terlalu menekankan hal politik, sehingga menjadikan dakwah hanya pada bahagian kulit atau beberapa bab dalam buku gerakan, sedang keseluruhan bab yang lain menceritakan tentang politik kepartian, tentang perfectnya jemaah mereka, tidak syumulnya jemaah org lain, dan tentang seruan menjatuhkan kerajaan; dengan alasan islam hanya akan dapat ditegakkan dengan merampas kerusi pemerintahan. Teorinya mungkin benar, mungkin juga tidak. Ikhwanul Muslimin dari dulu lagi berjuang untuk merampas kerajaan Mesir, tapi tak pernah sejarah mencatatkan mereka berjaya mendapatkan kerusi pemerintahan walaupun satu hari. Tak dinafikan kita lebih senang nak control environment apabila ada kuasa.Cuma mungkin cara nak mendapatkan kuasa tu perlu diperhalusi lagi. Lagipun realiti sekarang menampakkan cara sebegitu lebih menjurus kepada menimbulkan permusuhan dan perbalahan serta suburnya sikap asabiyah moden. Apa-apa pun, yang saya nak stress kan pada part ini ialah pentingnya kefahaman tentang akidah dan dakwah, jangan sampai kecenderungan terhadap politik mengaburi tindakan kita.

Sungguh melucukan apabila ada ahli yang saban minggu menghadiri usrah2 yang membahaskan tentang hadis 40, risalah ta’lim, rukun bye’ah, dan topic2 mengenai cabaran dan halangan dalam dakwah sedang dia masih tidak arif tentang hukum-hakam solat fardhu. Cuba bayangkan seorang lelaki yang aktif dalam gerakan dakwah dan bercakap tentang bagaimana hendak membina khilafah islam tetapi dalam masa yang sama dia tidak tahu bahawa perlunya dia mengqadha’ solat Subuh yang tertinggal kerana oversleep. Huh, any coments?


7. Menjauhi prasangka dan hasad sesama Muslim

seorang muslim bersaudara dengan muslim yang lain. Maka muslim wajib menjaga ikatan persaudaraan ini. Sedangkan kepada non-muslim pun kita kena berlaku adil dan berbaik2. Malang apabila ada org yang membenci saudara seakidahnya sendiri disebabkan berlainan parti sedang dia boleh bertegur sapa dan tersengih2 apabila berborak dengan non-muslim yang menganut akidah sesat. Hairan..di mana dia meletakkan neraca timbangan akalnya. seolah-olah dia langsung tak mampu berfikir benda yang simple ini.

Hadith: Once a young man from the Muhajiruun and a young man from the Ansaar quarreled. So the muhajirun called out for help stating: “Oo Muhajiruun!” And the ansaari said: “Oo Ansaar!” The Prophet heard this and said: ’’Is it with the call off jahiliyyah that you are calling out, and I am present amongst you!” (Bukhari)

Perkara ini juga berlaku sesama ahli jemaah. Suatu ketika mereka boleh bersangka baik antara satu sama lain, bekerja bersama, susah senang bersama…inilah yang mereka katakan ukhwah islamiyyah. Ye agaknya. tapi bila ada satu dua org yang tidak pergi program jemaah, tamrin atau sebagainya…maka prasangka mula timbul. Pelbagai andaian yang dibuat…tak commit, nak futur, bermasalah dari segi fikrah, lemah iman dan macam-macam. Jurang mula dicipta atas hubungan yang dulunya rapat dan mesra. Dulunya sahabat, kini mungkin dalam kategori sahabat kelas dua. Haha..ada ke istilah begitu?

Adakah patut tamrin atau program jemaah dijadikan kayu ukur atas keimanan seseorang? apabila seseorang itu patuh suruhan Tuhan dan tidak membuat maksiat secara nyata, maka kita anggapnya sebagai org yang baik. Itulah neraca kita. Simple..kita berhukum dengan hukum Tuhan. jangan lah pula kita tambah ‘hukum2’ baru atas nama jemaah. Mungkin ‘hukum’ pertama yang dipelajari dalam jemaah ialah “sesiapa yang berbai’ah dengan jemaah kami, maka dia lebih baik daripada muslim yang lain”. Dengan ini kebarangkalian dia ke syurga lebih cerah. Heh.


8. Berfikirlah dengan panduan ilmu

tidak lama dulu heboh satu Malaysia (saya kecilkan skop kepada Malaysia sahaja) tentang isu karikatur nabi Muhammad. Pelbagai lukisan disiarkan. Satu penghinaan besar terhadap nabi yang kita cinta dan ikut sepanjang hidup. Maka ramailah daripada kita yang membuat demonstrasi bantahan dan memboikot barangan2 tertentu. Api apabila dituang dengan minyak memang makin marak.

Sama-sama kita fikir. Adakah yang haram dihina itu sekadar para nabi sahaja?? dengan itu selain daripada nabi maka kita bebas untuk mengutuk dan mghinanya?? Sekali lagi ada org yang tak mampu nak fikir tentang hal ni. Maka dia pun dengan gembiranya melukis karikatur org yang dibencinya dengan pelbagai gaya dan sindiran. kadang-kadang watak tu dibesarkan hidungnya, dikemekkan mukanya..melampau2 pulak tu. Kejap hidung tu boleh jadi kapal laut, kejap jadi kapal terbang, pas tu boleh jadi kereta kancil. Huh, kreatif sungguh. Tambah menyedihkan apabila ada akhbar yang sanggup memberi ruang kepada orang-orang sebegini mempersembahkan lukisannya. Yang paling mengejutkan apabila lukisan sebegitu dilelong atas nama jualan amal dan ada pula org bodoh yang sanggup menawarkan harga RM320 untuk sekeping lukisan.

Jahil sangatkah mereka ni sehingga tak tahu apa hukum mengajuk/mghina ciptaan Tuhan. Tak kisah lah dia tu hidung besar ke, muka kemek ke, kepala botak ke..dia ciptaan Tuhan. Haram bagi kita mengajuk atau mghina atau mencemuh kelemahan yang ada padaNya. Kerana itu bermakna kita menghina karya Tuhan.

kasihan sungguh orang-orang ni, dia nampak yang haram dhina itu cuma nabi. Maka apabila org melukis karikatur nabi, dia pun sibuk berdemonstrasi membantah dengan penuh kemarahan, sedang dia lupa dia telah buat kesilapan yang sama.

9. Fokus kepada lapangan dakwah

Saya pernah join satu usrah ni. Excited lah juga pada mulanya, sebab ni pertama kali saya usrah dengan group lain, dengan orang-orang dewasa...biasanya usrah dengan geng2 sendiri saja. Maybe saya boleh dapat ilmu atau pengalaman baru dalam dakwah. Start usrah macam biasa lah...berkenal-kenalan dulu. lepas itu bukak lah satu kitab, baca dua, tiga muka surat, kemudian tanya komen atau pendapat ahli usrah tentang apa yang dibaca tadi. Ada lah ambil masa hampir setengah jam. Lepas tu langsung dia bukak topik politik, merancang strategi pilihanraya, bagaimana nak mendapatkan banyak undi, kau jadi ajk tu, kau jadi ajk ni...sampai lah habis usrah. begini rupanya cara depa berdakwah. Hmm..lain org lain cara.

Ada org yang dakwahnya lebih kepada nak menyeru org masuk jemaah. Benderanya mngibarkan lambang jemaah, warna jemaah. Sehingga bendera islam terlindung disebaliknya. Serulah org kepada Islam, letakkan kepentingan jemaah ditepi, focus kepada isi dakwah. apabila mereka menerima islam seperti yang kita seru, apabila mereka faham islam seperti yang kita faham, apabila mereka setuju dengan islam seperti yang kita setuju, maka tidak menjadi syarat untuk mereka menyertai kumpulan kita dan tidak menjadi kerisauan kepada kita tentang hal itu kerana matlamat utama dakwah telah pun berjaya.

10. Jangan mempergunakan islam demi kepentingan jemaah

Saya pernah jadi ajk untuk satu program. Maka dipanggil lah bermesyuarat tentang isu-isu dan topik2 yang akan dibentangkan dalam program tu. Sampai satu ketika, seorang brother ni kata sesuatu tentang dosa pahala masuk jemaah. Saya tak setuju dengan apa yang dia kata. Saya pun tanya lah dia semula untuk minta penjelasan; “adakah ni bermakna semua orang berdosa kerana tak join jemaah?” dan dia jawab “ya”. Takkan agaknya. anda fikir lah sendiri. Malas lah nak explain benda-benda ni. Suka-suki saja kata org lain berdosa sebab tak join kumpulan dia.

Saya tak lah ikuti sangat perkembangan seorang tokoh ni, tapi saya suka nak quote apa yang dia kata. Kata Said Ramadhan al-Buti: ‘...ada jemaah yang dtubuhkan atas nama islam tapi dengan slogan untuk sampai kepada kerusi pemerintahan. jemaah yang seperti ini. Aku memuji Allah kerana tidak pernah mnjadikan aku walaupun satu hari bersama dengan mereka. Jemaah seperti ini mereka akan memikirkan siang dan mlm bagaimana untuk sampai kepada kerusi pemerintahan, dan mereka akan berkempen dengan mggunakan nama islam. Mereka ini demi mncapai matlamat sanggup berdolak dalih tentang islam...’

11. Tidak mewajibkan benda yang remah-temeh

Sebagai gerakan islam, tentu banyak risalah yang nak dibawa. dalam kesibukan berdakwah, jangan lah pula menekankan tentang perkara2 kecil dan remeh-temeh. Kerana ini akan menambah beban yang sedia tak terpikul dan menyusahkan diri sendiri. Fokus lah kepada perkara2 penting. jangan pula sampai bertegas mewajibkan ahli menggunakan perkataan ana, anta, anti dalam membahasakan diri. benda-benda begitu sekadar pilihan. sesiapa nak buat, buat lah. Kalau tak nak buat, tak ada siapa berhak larang.

Ada org yang rasa lebih mesra bila membahasakan diri dengan aku kau sahaja. Beralih kepada ‘ana anta’ setelah sekian lama ber ‘aku kau’, tentu saja janggal. Lagipun kebanyakan org tidak mggunakan perkataan arab tu dalam kehidupan seharian. Mungkin org akan rasa asing bila kita berakap dengan perkataan ana anta. jangan disebabkan nak bunyi arab, maka pada hari pertama lagi kita dah menjuzukkan diri kita daripada mad’u kita.

Pun begitu kadang-kadang perkataan ana anta ni nampak lebih lembut. Saya bukanlah nak menentang penggunaannya, cuma tidak setuju bila ada tindakan untuk mewajibkannya. Buka lah ruang yang lebih luas untuk berbeza pandangan.

Mungkin saya boleh sentuh sikit pasal baitul muslim dalam ruangan ni. Baitul muslim memang bagus. Dia membantu kita mencari jodoh terutama bagi perempuan. Senang lah sikit dia nak cari calon yang soleh. Cuma jangan sampai mewajibkannya sehingga timbulnya pandangan serong kepada org yang cari pasangan luar dari kumpulan mereka. Jodoh ditgn Tuhan. Sejauh mana kita mampu campur tangan?

12. Jemaah Centric & Ummah Centric… fikir-fikirkanlah

Saya tidak lah menentang konsep jemaah centric secara keseluruhanya. Tetapi kelihatannya banyak kesan negative yang timbul hasil daripada fanatic terhadap jemaah masing-masing. Sudah tiba masanya kita meninjau lebih jauh konsep ummah centric. Mungkin banyak perkara dalam konsep ummah centric tu boleh diapply dalam jemaah.

Setiap tokoh ada sumbangannya. Sedikit ataupun banyak. Demikian ada kekurangannya. Setiap gerakan juga demikian. Di Malaysia kita ada berbagai-bagai jamaah dan harakah. Kesemuanya ada sumbangan tersendiri. Selagi mereka tidak ekstrim atau taksub kumpulan, mereka berfaedah dalam ruangan yang tersendiri. Jamaah-jamaah hanyalah alat. Boleh wujud ataupun tidak. Maka jangan lah lagi timbul isu jemaah ana lagi tua, jemaah ana lagi syumul, jemaah ana lagi bertarbiyyah atau jemaah ana lagi professional. Sesungguhnya dengan demikian kita akan kalah kepada jemaah kerana jemaah mereka ada imam Mahdi.


-----------------
Mountain View


Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-02-07 06:45


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah umi sokong saranan di atas agar remaja Islam istiqomah dan komited dalam menyeimbangkan antara ruhani, jasmani dan akli.

Ruhani dibajai dengan ilmu, iman dan amalan yang berlandaskan al Quran dan As Sunnah.

Jasmani dilaksanakan dengan bergerak cergas dalam persatuan yang membawa ke arah penghayatan Islam sebagai satu cara hidup - duniawi dan ukhrawi berjalan serentak bila mana setiap apa saja yang dilakukan bermula dengan bismillah dan tidak keluar dari garisan syarak.

Akli - komited pada pelajaran dan proaktif dalam setiap perbincangan dan tugasan yang diberi agar apabila warga kampus nampak kita maka mereka nampak Islam itu cerdik dan bertanggungjawab

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - carilah ilmu walau ke negeri cina - kata-kata hukama'

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummusafiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.03.2006
Ahli No: 23742
Posting: 98
Dari: bumi Allah S.W.T. yang tercinta

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 20-02-07 09:19


Assalamu'alaikum...

ana amat suka posting ni....seperti mnyedarkan ana jua...syukran jazilan kepada safa_indah dan ummimq....

alhamdulillah...

may ALLAH S.W.T. bless u all...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiyahProfil   Hantar PM kepada ummusafiyah   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-02-07 10:38


saya dulu pun tidak taksub bulat2. kadang-kadang terdetik juga ada perkara tak saya setuju dalam organisasi...sebab pernah sekejap sahaja menetap dipondok tradisional, jadi dapat bezakan. Contoh jk kena demo saya utamakan pesan ibuayh, sesiapa pun faham risiko demo.. sebab saya tetap berpegang redha Allah pada redha Ibu, tapi untuk program rohani lain memang saya join semua sb kebaikan yang saya dapat bukan sahaja antara kita dengan Allah tapi akan kita bawa bersama untuk dikosi kebaikannya dengan org lain. Malah parents kita pun dapat.

memang kita wala' pada ketua tapi bagi saya wala' utama adalah pada ALLAH. Kata ketua berlandaskan suruhan Islam kita ikut demi kebaikan untuk latih & muhasabah diri kita. memang saya akui kemanisan ukhwah memang jelas bila berjemaah & dr pemerhatian pun org berjemaah memang berbeza segi pemahaman & dalam hati yang dia bawa. mungkin kerana amalan doa al-mathurat yang diamalkan supaya disatukan hati & sama-sama bersatu memikul beban dakwah. bukan kerana ketua dirasakan tetapi kerana Allah. memang berat untuk latih diri pada perkara tak biasa tapi kita cuba muhasabah untuk ikut. mungkin lepas tu baru kita sedar akan hikmah & kebaikkannya. Bimbang jk banyak diringankan lama2 ada amalan yang terhakis & makin terhakis mengikut peedaran zaman. saya perhatikan pun dulu yang senior pegan lain tapi zaman mencabar ni banyak yang longgar & tak dikisahkan.

*Fikir2kanlah mana yang baik & walauapapun, Wala' utama adalah pada Allah. Al-Quran & as-sunnah adalah panduan.
mm..Ingatkanlah saya juga, bila sekarang di alam bekerja, jauh dr kelompok..antara berperang dengan diri sendiri.


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~
[ Telah diedit oleh: muslimah_jun pada 20-02-07 10:40 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

musafir_lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-02-07 15:13


assalamualaikum wbt..

betul juga yang anta cakap tu safa_indah..tapi kalau kita tak paksa anak ta'lim kita buat perkara2 sunat nanti mereka liat and susah sikit nak ditarbiyahkan. niat kita baik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For musafir_laraProfil   Hantar PM kepada musafir_lara   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 20-02-07 21:35


salam alaik..
aiwah.. along safa.. erm.. syukran atas info yang dibuka..

mana yang baik.. kita ikut... kita amalkan..
mana yang sebaliknya.. kita benteng diri kita dari melakukannya..

cuma satu pesanan buat sahabat yang bergelar siswa/siswi...

dalam mengejar ilmu.. perlu bijak bahagi masa...
so, jangan terlalu membusykan diri hinggakan terabai
assignments, kelas, exam..

moga kita sama-sama perbaiki diri kita..
insyaallah.. hari ini lebih baik dari semalam..
esok lebih baik dari hari ini..etc....

wallahua'alam.... :roll: :roll: :roll: :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

nur88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27875
Posting: 98
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 20-02-07 22:06


sokong post ni..jemaah islam di peringkat ipt perlu bangkit tegakkan syiar islam..ALLAHU AKBAR!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur88Profil   Hantar PM kepada nur88   Quote dan BalasQuote

graduanislam22
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.01.2007
Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang

egypt  


posticon Posting pada: 21-02-07 01:04


:) bagi yang dah pun bersama jemaah teruskan...yang masih mencari..usaha untuk thabat dalam perjuangan..yang belum terfikir untuk bersama..renungkan masa depan..
indahnya hidup ini andai segalanya kerana Allah..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For graduanislam22Profil   Hantar PM kepada graduanislam22   Pergi ke graduanislam22's Website   Quote dan BalasQuote

jihad_siber
Warga Rasmi
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 20969
Posting: 4
Dari: Kelantan Darul Naim

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-02-07 01:41


Assalamu'alaikum warahmatullah.
Alhamdulillah. puji-pujian sebanyak2nya untuk Allah SWT yang sentiasa memberikan taufik dan 'inayahNya untuk kita membezakan antara yang benar dan tidak benar. satu post yang baik untuk kita sama-sama muhasabahkan diri di mana salah-silapnya kita dalam mengatur gerak langkah... semua yang kita harapkan adalah keredhaan Allah SWt BUKAN keredhaan manusia. apa yang baik kita cuba terima. di mana kita jumpa kebenaran, terimalah walaupun kebenaran itu pahit untuk ditelan. insyaAllah. semoga diberi kekuatan oleh Allah SWT. apa yang kita cari dan tegakkan adalah kebenaran dalam perjuangan. semoga setiap apa yang kita buat mencerminkan diri kita sebagai seorang yang betul-betul berakhlak dengan akhlak Islam (sebagaimana ditonjolkan pada peribadi Rasullullah SAW).
WaAllahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jihad_siberProfil   Hantar PM kepada jihad_siber   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-02-07 10:27


Pada 19-02-07 23:22 , safa_indah posting:

!!! QUOTE !!!


12. Jemaah Centric & Ummah Centric… fikir-fikirkanlah

Saya tidak lah menentang konsep jemaah centric secara keseluruhanya. Tetapi kelihatannya banyak kesan negative yang timbul hasil daripada fanatic terhadap jemaah masing-masing. Sudah tiba masanya kita meninjau lebih jauh konsep ummah centric. Mungkin banyak perkara dalam konsep ummah centric tu boleh diapply dalam jemaah.




Assalamualaikum.

Pendapat saya, kesan negatif yang timbul akibat fanatik terhadap jemaah berpunca daripada kurangnya ilmu. Maksudnya, hanya mengikut tanpa berpandukan ilmu. Di sinilah pentingnya tarbiyah kepada ahli jemaah supaya mereka faham, apa tujuan jemaah, Kenapa berjemaah itu wajib, adab dan disiplin dalam berjemaah.

Saya setuju dengan pendapat saudara, jemaah itu hanya sebagai wasilah, yang kita nak bawa sebenarnya adalah Islam sebagai cara hidup dalam usaha untuk mendaulatkan Daulah Islamiyah. Dan untuk mewujudkannya, kita tak boleh lakukan seorang diri, tetapi perlu berjemaah. Wallahuallam.


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-02-07 15:18


Assalamualaikum...
ssatu topik yang menarik... namun saya lebih brsetuju dengan pendapat SHAMR... apa-apa benda kita nak buat mesti ada ilmu... jangan taqlid semata2... Tuntut ilmu itu fardhu bagi umat Islam... Lagi satu... usaha dakwah ni susah dilakukan tanpa berjemaah... Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 21-02-07 15:19


berkenaan dengan ummah centric dan jemaah centric ada kat saiful Islam .com


http://saifulislam.com/v2/2006/05/01/jamaah-itu-keperluan-ummah-itu-tujuan/

saja saja tak nak copy kat sini...nanti thread berjela-sajalah

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 00:00


Ummah centric + Jemaah centric = Islamic centric. So what's the problem?

:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

fadhli
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.07.2003
Ahli No: 2498
Posting: 171
Dari: Negeri Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 08:47


KISAH AIR BATU CAMPUR ( ABC )

Sepetang saya singgah di gerai Air Batu Campur ( ABC ) di Simpang Tiga Chini bersebelahan stesen Petronas . Sedang saya order ABC , tiba – tiba singgah seorang sahabat di gerai yang sama , lalu saya mempersilakannya agar duduk minum bersama .

Selepas kami menerima order , tanpa lengah kami terus menikmati kemanisan dan kelazatan ABC yang sememang dikenali sebagai gerai yang sedap ABC nya. Tak banyak topic yang kami bincang semasa menikmati ABC di situ kecuali beberapa perkara .

Saya berulang kali memaklumkan kepada sahabat betapa sedapnya ABC itu . Sebagaimana lazimnya ABC adalah sejenis minuman yang agak banyak bahan campurannya termasuklah kacang , jagung , buah kabung , selasih , cincau disamping campuran wajibnya susu lemak cair dan manisan sirap yang cukup menyelerakan .

Sahabat saya mengangguk tanda setuju dan terus menghirup dan menikmati ABCnya. Kami diam seketika tanpa bersuara .


Tiba – tiba , sahabat saya kembali memecah kesunyian suasana dengan mengatakan bahawa ABC ni memang sedap dan kesedapannya adalah banyak bergantung kepada bahan – bahan campurannya .

Lalu katanya , beginilah manis dan lazatnya ummah centric , apabila semua jamaah dapat bersama seperti segala bahan yang bersatu dalam mangkuk ABC ini .

Saya tersentak dengan ungkapan itu sambil berfikir , apakah sahabat saya ni sedang bergurau atau mahu menguji saya . Kenapa sejauh itu perbandingannya dan apa yang membuatkan saya terdiam seketika , Kenapa tiba – tiba dia timbulkan isu ummah centric ? Tak habis - habis lagi ke isu Ummah Centric ni ?

Saya berfikir seketika untuk mencari idea , apa ulasan terbaik yang boleh saya berikan kepada sahabat ini terhadap ungkapannya sebentar tadi .

Sedang saya berfikir , beliau menambah bahawa kalau semua jamaah bersatu seperti Abim , JIM , Hizbut Tahrir , Tabligh , Nida’ , Haluan , PAS , UMNO dan mana – mana jamaah lagi seperti bersatunya jagung , kacang , selasih , buah kabung , cincau , susu lemak cair , sirap tentu sahaja kemanisan dan kelazatan ini akan dirasai oleh semua ummah .

Saya hanya senyum sambil melarutkan air batu kisar dengan segala bahan campuran ABC apabila mendengar ulasan lanjut beliau .

Akhirnya saya kata , ya akhi : saya setuju ABC ini sungguh lazat dengan gabungan Jamaah jagung , jamaah kacang , jamaah buah kabung , jamaah selasih , jamaah susu dan jamaah sirap malah jamaah air batu sendiri turut menyumbang kepada nyamannya kelazatan yang dinikmati .

Tapi akhi kena ingat , biarpun konsep ABC ni bercampur banyak bahan namun tidak semua bahan boleh dicampur untuk menjadikan ABC ini sedap dan lazat .

Sebagai contoh , kalau ABC ini dicampur dengan ”jamaah” tahi ayam maka tiada lagi nikmat dan kelazatan jamaah jagung , jamaah kacang dan lain – lain ”jamaah” yang bergabung dalam ABC ini .

Maksud saya ya akhi , saya setuju betapa indahnya ummah ini andai semua jamaah dapat bergabung tetapi dengan 2 peringatan penting .

1. Tidak semua jamaah boleh kita senaraikan dalam gabungan ummah atau dalam erti kata lain tidak semua jamaah boleh kita tajammu’kan untuk membentuk sebuah ummah yang solehah dan ummah yang Raashidah .

Terutamanya jamaah yang saya sifatkan sebagai jamaah tahi ayam , yang pastinya merosakkan ummah dan masa depannya .

Akhi menyenaraikan UMNO sebagai jamaah yang akan menambahkan lagi kelazatan dan kemanisan ummah ini adalah suatu sikap salah dan tidak betul. Justeru UMNO sehingga hari ini tidak menjadikan dasar malah hala tuju partinya berlandaskan Islam .

Malah UMNO telah menyumbang maksiat dan mungkar yang sangat banyak di dalam negara ini . Lihat sahaja arak yang membuih , judi yang melata , kelab malam yang tumbuh bagai cendawan , pesta hiburan melampau yang kian meningkat malah UMNO hanya diam membisu apabila pihak SIS hina Islam , IFC hina Islam malah kelihatan bagaikan turut melindungi mereka .

Bagaimana UMNO boleh menambah kemanisan dan kelazatan ummah ini kerana UMNO tidak lebih sebagai Jamaah Tahi Ayam sebagaimana yang tegaskan tadi.

2. Jamaah atau organisasi itu boleh bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah perjuangan islam ini dengan Amar Makruf dan Nahi Mungkarnya . Tetapi individu atau anggota jamaah masing – masing tidak boleh dibiarkan melangkah atau membawa diri tanpa intima tanzimi dengan jamaah yang ia sertai .


Maksud saya ya akhi , kita tidak boleh jadi ahli banyak jamaah dalam satu masa tanpa intima tanzimi . Kerana apalah erti penyertaan kita terhadap satu satu jamaah tanpa intima’ dan komitmen kita kepada jamaah tersebut .

Anggota jamaah sewajarnya memberi intima’ kepada jamaah yang sertai tetapi dalam masa yang sama kita boleh bertolong bantu dan bekerjasama dalam menunaikan tanggungjawab mengimarahkan bumi ini dengan agama Allah swt.

Macam bahan – bahan dalam mangkuk ABC kita ini , Jagung datang dari Tin jagung , dia tidak datang dari Tin kacang demikian juga Kacang datang dari Tin Kacang , dia tidak datang dari Tin Jagung .

Tak boleh ya akhi , jagung nak jadi kacang , nak jadi buah kabung , nak jadi selasih , nak jadi susu , nak jadi sirap dan sebagainya . jagung tetap jagung dan kacang tetap kacang dan begitulah yang lainnya .

Namun segala bahan tadi boleh bersatu dalam mangkuk ini untuk memberi kelazatan kepada kita . Tapi ingat yang ya akhi , jangan campur tahi ayam dalam ABC ini , jika tidak ”taubat” saya tak minum ABC ini . Akhi nak minum ? saya nasihatkan jangan .

Demikianlah kita boleh bersatu dan bekerja untuk islam bersama , dengan mengekalkan intima’ tanzimi kita terhadap jamaah yang kita dokong sebagai platform , tetapi apabila kita keluar ke tengah medan , kita boleh bersama untuk Islam dan inilah memberi kemanisan dan kelazatan kepada ummah seluruhnya , tapi ingat ya akhi ! tanpa kehadhiran Jamaah Tahi Ayam .

” Taukeh !! , berapa ABC ini ? mari kira !

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadhliProfil   Hantar PM kepada fadhli   Pergi ke fadhli's Website   Quote dan BalasQuote

fadhli
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.07.2003
Ahli No: 2498
Posting: 171
Dari: Negeri Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 08:51


PEMIKIRAN UMMAH CENTRIC SEMAKIN KUSUT .


Artikel ini adalah merupakan kali kedua saya menulis mengenai isu ummah centric setelah saya menulisnya buat kali yang pertama dengan tajuk Ummah Centric : Satu Kekeliruan yang di Sengajakan.

Seorang sahabat telah memberi kepada saya dua keping vcd yang memuatkan ceramah Akhi Maszlee bin Malik di rumah Kapten Hafiz Firdaus Abdullah . Saya melihat dan mendengar ucapan beliau , juga saya berkesempatan untuk membaca artikel terbaru Akhi Maszlee dalam isu ini yang bertajuk : Amal Tajammu’i satu Dimensi baru dalam Amal Islami .

Saya mengambil langkah menulis sekali lagi berkaitan isu ini bagi menjelaskan beberapa keadaan setelah saya melihat pemikiran Ummah Centric kian menjadi kusut dan dinodai pula oleh sinis dan fitnah yang agak liar oleh Akhi Maszlee .

Justeru itu , kepada sesiapa yang membaca dan menilai tulisan saya kali ini , sewajarnya dibaca sekali dengan artikel Amal Tajammu’i tulisan Akhi Maszlee dan melihat atau mendengar ceramah beliau yang bertajuk Ummah Centric vs Jamaah Centric . Agar tulisan saya tidak lihat berasingan dengan isu yang timbul.

Kemana arah tuju pemikiran Ummah Centric ?

Akhi Maszlee mahu membawa pemikiran Ummah Centric , tetapi dalam tulisan dan ucapan beliau , banyak menyerang ”jamaah” yang beliau ajak untuk di ”ummah centric”kan.

Seperti sinis beliau kepada PAS dalam beberapa tempat dalam tulisan dan ucapan beliau . ( kecuali beliau sendiri tidak menganggap PAS sebagai anggota Ummah Centric yang beliau gagaskan sendiri . ) Sikap yang diambil oleh Akhi Maszlee melukakan perasaan pihak lain dari mengharmoni suasana dan keadaan .

Sekadar mengambil beberapa contoh , saya merujuk kepada kenyataan Akhi Maszlee :

Baiah yang kononnya di adakan di Taman Melewar yang dimomokkan oleh beliau , andainya melanggar baiah itu nantinya akan ditimpa musibah. Beliau merujuk kepada pelajar KIK pada tahun 90an yang kononnya berbaiah di Taman Melewar dan jika melanggar baiah itu akan ditimpa musibah , tanpa lampiran bukti .

Kritikan beliau terhadap ustaz Harun Taib bersama hasil karangannya yang berjudul Taadud Jamaah , tidak dilakukan secara kritikan ilmiah dan bermoral , sebaliknya Akhi Maszlee lebih cenderung mengambil pendekatan sinis dan prejudis melampau sehingga beliau menganggap ada pihak yang menjadikan buku Taadud Jamaah adalah buku kedua kena khatam selepas Al Quran .

Saya terlibat langsung dengan Al Fadhil ustaz. Harun Taib dan bermesyuarat bersama beliau ( dimana saya sebagai Ajk Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat ) . ustaz Harun Taib tidak pernah mendidik ahli PAS mahupun pembaca bukunya agar menjadikan taraf buku Taadud Jamaah itu adalah buku kedua yang mesti khatam selepas Al Quran , melainkan itu hanya sikap prejudis dan sinis melampau Akhi Maszlee .

Saya sendiri sebagai pengerusi Lajnah Tarbiyyah DPP Pusat , tidak pernah meletakkan manhaj atau silibus sedemikian , termasuk di zaman ustaz. Idris Ahmad sebagai Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan saya sebagai setiausahanya pada masa itu .

Begitu juga pada zaman – zaman sebelumnya , di mana saya pada waktu itu sebagai Ajk Lajnah Tarbiyyah DPP pahang dan Pengerusi Lajnah Tarbiyyah PAS Kawasan . malah saya telah menggeledah khazanah Tarbiyyah PAS , tidak ada satu tanda yang menunjukkan ajaran mahupun sikap meletakkan buku Taadud Jamaah sebagai no 2 selepas Al Quran .

Saya mula terlibat dengan PAS sejak tahun 1985 sebagai ahli , saya tidak pernah diajar oleh pimpinan PAS sejak dari tarikh itu hingga sekarang untuk bersikap taasub sedemikian rupa .

Persoalannya Kenapa Akhi Maszlee , dalam membawa pemikiran Ummah Centric dengan maksud menghimpunkan semua jamaah kononnya dengan Amal Tajammu’inya lebih gemar mengambil pendekatan sinis dan menyerang pihak lain yang berbeza fikrah dengan beliau .

Sebagai contoh lain , apabila saya membaca artikel beliau mengenai Pemikiran Ummah Centric , beliau menyentuh isu kerjasama politik dalam pilihanraya dan akhirnya secara sinis beliau menyebut apabila mencapai kemenangan di sebuah negeri , maka berlaku monopoli kuasa . ( Beliau cuba menyebut perkara ini sebagai implikasi pemikiran Jamaah Centric yang perlu dibuang )

Soalnya , benarkan isu monopoli kuasa itu berlaku atau hanya persepsi politik Akhi Maszlee yang terlebih dahulu didorong oleh prasangka , bahawa kumpulan ini berfikiran Jamaah Centric sedang yang beliau mahu ialah Ummah Centric .

Isu kerjasama politik dalam pilihanraya yang melibatkan Barisan Alternatif adalah suatu kerjasama yang diurus dengan mematerikan perjanjian antara parti dan kumpulan yang bekerjasama , malah di sana ada majlis presiden yang mengendalikannya termasuk isu pengagihan kerusi .

Biarpun di sana ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan dan ketetapan perjanjian , namun semua pihak sewajarnya akur dan menerima keputusan dan ketetapan bersama tanpa pelanggaran hak . ( kerana sudah tentu keputusan yang diambil , terlalu sukar untuk memuaskan hati semua pihak, melainkan akhlak berjamaah mengajar kita menerima konsep syura biarpun keputusannya berbeza dengan pandangan peribadi atau individu anggotanya. )

Pendekatan Akhi Maszlee ini , jika berhadapan dengan mereka yang tidak mahir dengan ilmu ”pertahanan tradisional” akan menjadikan sasarannya terperangkap dan cedera sebagai mangsa. Justeru tindakannya bagai menggunakan ”kerambit” untuk merobek keharmonian berjamaah dikalangan ummat islam .

( Penggunaan kerambit - sejenis senjata tradisional - , sewaktu menerjah untuk menikam tidak lah memberi apa – apa kesan kepada sasarannya , tetapi sewaktu ia menarik kembali kerambitnya , itulah masanya membuatkan sasarannya terburai urat perut dan mengalami cedera parah . )

Saya bukan bersikap curiga terhadap Akhi Maszlee dan hati kecil saya berharap agar Akhi Maszlee tidak sedemikian . Namun melihat gerak kelibat Akhi Maszlee dalam artikelnya terdahulu yang saya sifatkan sebagai kekeliruan yang disengajakan , dan kini setelah saya menonton vcd beliau , tidak salah sangkaan saya malah pemikiran Ummah Centric ini kian kusut .

Saya juga mengamati sikap Akhi Maszlee sewaktu mempersoalkan pergaduhan yang berlaku di Mesir dan airport Mesir yang disifatkan oleh beliau sebagai manifestasi dari pemikiran Jamaah Centric .

Cara Akhi Maszlee menilai kes yang berlaku di Mesir dengan nilaian pemikiran beliau yang membawa gagasan Ummah Centric sebagai mengusutkan keadaan.

Saya berada di Mesir selama 6 tahun dan menangani serta menyaksikan kes seperti ini diantara dua anak mata saya . Ia bukanlah lahir dari pemikiran Amal Jamaei. Sebaliknya ini adalah soal sikap dan perangai . ( saya bersetuju dengan olahan sikap yang dikemukakan oleh ustaz Hasrizal Abd Jamil dalam artikel beliau , Jamaah adalah Keperluan dan Ummah adalah Tuntutan .) – rujuk http://saifulislam.com .

Soal saya ialah untuk apa Akhi Maszlee membawa kes ini sebagai bahan pemikiran Ummah Centricnya , pula tanpa pendetailan kes yang berlaku . Perlu diingat , yang menilai itu ialah Akhi Maszlee dan beliau menilai menurut persepsi beliau , bagaimana dengan nilaian pihak lain ?

Saya enggan mengulas lanjut mengenai kes pergaduhan di Mesir ini , kerana ia tidak banyak menguntungkan sesiapa kecuali saya dipaksa berbuat demikian . Saya harap ia tidak berbangkit dan tidak juga menganggap bahawa pergaduhan itu adalah manifestasi dari pemikiran Amal Jamaei.

Amal Jamaei bukan Jamaah Centric .

Saya pertahankan Amal Jamaei bukan bermaksud saya berfikiran Jamaah Centric seperti takrifan Akhi Maszlee ( iaitu beramal untuk jamaah dan berkepentingan jamaah )

Jamaah adalah platform atau wadah . Berkali telah dikatakan bahawa Jamaah itu adalah wadah perjuangan kita untuk Islam dan untuk ummah . Untuk menegakkan Daulah Islamiyyah dan mengembalikan Khilafah Islamiyyah .

Apabila kita berjamaah , kita bukan Jamaah Centric sebagaimana yang dimaksudkan oleh Akhi Maszlee . Namun kita juga tidak boleh menerima Pemikiran Ummah Centric yang dibawa oleh Akhi Maszlee sehingga melanggar prinsip intima’ tanzimi , yang dianggap oleh Akhi Maszlee bahawa prinsip intima’ tanzimi ini masih dalam kerangka pemikiran Jamaah Centric .

Sewaktu saya menuntut di bumi Syam tempoh lalu , masih segar dalam ingatan saya bagaimana saya berkawan baik dengan ustaz Hasanudin ( IRC - Jordan pada waktu itu dan kini bersama PAS di Johor ) . Saya juga bersahabat rapat dengan ustaz. Zulkifli Ahmad ( IRC – Syria pada waktu itu dan kini bersama dengan PAS ). Malah saya tinggal serumah dengan ustaz. Jamaludin Ahmad ( Abim – Syria pada waktu itu dan kini juga telah bersama PAS ) . Jua saya pernah tinggal serumah dengan Dr. Asri Zainal Abidin di Suweileh Amman satu ketika dulu dan beliau menjadi sahabat baik saya .

Saya ambil sikap sedemikian dengan saya tidak merombak intima’ tanzimi saya bersama PAS dan saya tidak bersifat Jamaah Centric yang hanya berkepentingan Jamaah . Dari jamaah dan berakhir dengan jamaah sebagaimana istilah yang digunakan oleh Akhi Maszlee .

Tetapi saya juga tidak boleh bersetuju dengan pemikiran Ummah Centric yang mengajar agar merombak intima’ tanzimi atas nama Amal Tajammu’i .

Amal Tajammu’i tidak boleh merombak Amal Jamaei dan Intima’ Tanzimi .

Amal Tajammu’i menurut pemikiran Ummah Centric ialah boleh menyertai mana – mana jamaah tanpa perlu memberi intima’ kepada jamaah yang disertainya . Inilah yang dipertegaskan berulangkali oleh Akhi Maszlee dalam ucapan beliau .

Pemikiran ini membawa kecelaruan dan kekusutan dalam amal islami . Menjadikan ummat Islam tidak lagi bernizam dalam mengurus amal islami ke arah melaksanakan syariat Allah swt .

Harus diingat bahawa Islam ini tidak terhenti setakat kita boleh mengamalkan beberapa bentuk amal Islami seperti solat , puasa , zakat dan seumpamanya . Juga tidak terhenti setakat kita boleh memberi sedikit sumbangan terhadap Islam dengan kita melakukan beberapa amal Islami seperti mengajar , kuliah , menulis buku dan lainnya .

Tetapi Islam dengan ghayahnya ( matlamat akhir ) mencari redho Allah swt. juga mesti mencapai hadaf ( objektif atau matlamat semasa ) seperti antaranya ialah : Melaksanakan Syariat Islamiyyah yang semestinya pula memerlukan kuasa pemerintahan dan kuasa politik untuk menguatkuasakan syariat .

Sudah tentu ia memerlukan satu perjuangan yang utuh lantaran ia akan berhadapan dengan pihak yang akan pasti menghalang hasrat melaksanakan syariat di atas muka bumi ini .

Perjuangan ini terpaksa melalui episod getir dan sukar yang memaksa kita mengatur dan mengurus perjuangan ini dengan segala strategi , teknikal dan taktikal . Bagaimana mungkin perjuangan ini boleh diurus secara personal .

Kekusutan Fikrah Amal Tajammu’i dan Ummah Centric bawaan Akhi Maszlee .

Beliau menegaskan dalam ucapannya , bahawa seseorang yang memberi intima’ kepada jamaah , masih dalam kerangka Jamaah Centric lalu beliau minta supaya melepaskan diri dari intima’ tersebut dan boleh menyertai jamaah lain .

Uniknya pemikiran Ummah Centric ini , kononnya mereka tidak menolak jamaah tetapi mereka enggan memberi intima’ kepada Jamaah . Mereka boleh masuk mana – mana jamaah atas nama ummah centric dan kebebasan untuk beramal Islami .

Pemikiran ini agak ganjil dan mukhalafah sunnah . ( bersalahan dengan sunnah )

Sebagai contoh saya bawakan disini , mana mungkin seorang Guru yang berada di bawah Kementerian Pelajaran dalam masa yang sama nak jadi anggota Polis yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri dan dalam masa yang sama jua mahu menjadi anggota Tentera yang berada di bawah Kementerian Pertahanan .

Tetapi menurut logik pemikiran Ummah Centric yang tidak memerlukan intima’ , contoh di atas boleh dilakukan . Sudah tentu normal pemikiran kita tidak boleh menerima realiti ini .

Demikianlah sebagai contoh : Seorang akh menyertai PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang mengambil pendekatan politik pilihanraya dalam perjuangannya , pada masa yang sama menyertai Hizbut Tahrir yang menolak sistem pilihanraya yang dianggap tidak islamik ( menurut beberapa tulisan HT dan beberapa tokoh mereka yang pernah berdialog dengan saya . )

Bagaimana akh ini mahu memberi komitmen sedang PAS menuntut komitmen dari ahlinya agar turun berkempen dan menyertai pilihanraya sementara HT pula menuntut komitmen ahlinya agar jangan menyertai pilihanraya justeru ia bukan Islamik .

Realitinya akh tersebut tidak boleh memberi intima’ tanzimi dan komitmennya kepada kedua – dua jamaah tersebut , maka menurut pemikiran Ummah Centric , akh tersebut mesti keluar dari jamaah tersebut ekoran jamaah ini masih lagi dalam kerangka Jamaah Centric menurut pandangan Akh Maszlee.
( merujuk kepada ucapan beliau semasa menjawab soalan mereka yang hadhir dalam ceramah beliau di rumah Kapten Hafiz Firdaus ) .

Lalu ke mana akh ini akan pergi ? katakan beliau masuk Abim , sebagai jamaah yang turut memperjuangkan Islam dan dakwah Islamiyyah , dalam masa yang sama akh ini boleh menyertai UMNO ( sebab Akhi Maszlee turut menyenaraikan UMNO liga jamaah yang boleh di tajammu’kan dalam gagasan Ummah Centric )

Bagaimana pula akh ini mahu memberikan komitmen , apabila Abim mahu supaya ahlinya giat turun berdakwah dan menyampaikan Islam seperti menghidupkan budaya Qiamulail , seminar pemikiran Islam , mencegah kemungkaran atau kezaliman dan sebagainya , sedang UMNO pula menuntut komitmen ahlinya supaya memberi sokongan padu kepada usaha kerajaan UMNO seperti penganjuran pelbagai Pesta hiburan dan tarian ( seperti tarian berkemban Mak Yong dan gelek Inul Daratista ) dibawah Kementerian Kebudayaan , Kesenian dan Warisan .

Begitu juga dasar kerajaan UMNO yang mengekalkan ISA ( menahan tanpa bicara ) di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri .

Sudah tentu akh tersebut tidak boleh memberikan komitmen dan intima’ tanzimi kepada kedua – dua jamaah tersebut . Oleh kerana jamaah tersebut menuntut intima’ tanzimi sedang ia bercanggah dengan pemikiran Ummah centric , maka akh tersebut mesti keluar dari kedua – dua jamaah tadi .

Akhirnya ke mana perjalanan akh ini ? sudah tentu akhirnya ia akan berseorangan , bagaimana ia mahu mengurus perjuangannya ?

Dari sinilah bermulanya pemikiran ganjil Ummah Centric untuk menyelesaikan fenomena ini , menganggap gerakkerja berseorangan juga adalah jamaah , justeru ia juga sebahagian dari ummah .

Sekali lagi Akhi Maszlee bagi membenarkan fikrah yang mukhalafah sunnah ini terpaksa melemparkan sinis tajam dalam ucapannya dengan menganggap bahawa seseorang yang berjuang bersendirian ( secara berseloroh beliau refer kepada Akhi Kapten Hafiz Firdaus ) lebih baik dan banyak sumbangan nya terhadap Islam berbanding mereka yang menyertai jamaah tetapi tidak banyak sumbangannya kepada Islam . ”Apakah mereka ingat dengan menyertai jamaah itu gerenti boleh masuk syurga ” ? begitulah nada Akhi Maszlee yang kaya dengan sinis dalam ucapannya .

Soalnya , kalau semua terpaksa buat kerja bersendirian atau berseorangan lantaran mengalami krisis komitmen dan intima’ tanzimi dari jamaah yang wujud , dan mereka terpaksa pula keluar dari jamaah yang seperti ini justeru menganggap mereka masih dalam kerangka Jamaah Centric , maka saya rasa Akhi Maszlee juga akan gagal membina Ummah Centric dan Amal Tajammu’i nya .

( peliknya pemikiran Akhi Maszlee , satu masa beliau mengatakan beliau dengan pemikirannya tidak menolak jamaah tetapi dalam masa yang sama , apa yang beliau ajar dalam ucapannya tempohari ialah supaya menolak dan keluar dari jamaah ini kerana jamaah yang menuntut komitmen dan intima’ tanzimi ini masih berada dalam kerangka Jamaah Centric . )

Pada pemerhatian saya lah , semua jamaah yang telah wujud ini memerlukan komitmen dari ahlinya demikian juga Intima’ tanzimi dari anggota dan kepimpinannya . Mana ada Jamaah yang longgar tanpa komitmen ahli dan Intima’ Tanzimi , barangkali Ummah Centric yang akan wujud ini pun menuntut komitmen dan Intima’. Wallahua’lam.

Terlalu nyata kekusutan pemikiran Ummah Centric dengan Amal Tajammu’inya.

Bagaimana sepatutnya Amal Tajammu’i

Saya melihat Amal Tajammu’i hanya boleh dilaksanakan melalui organisasi dengan organisasi seperti PAS + JIM + ABIM dan lain – lain sementara anggotanya terus kekal bersama prinsip Amal Jamaei dan memberi komitmen serta Intima’ Tanzimi terhadap Jamaah mereka untuk memperjuangkan Islam melalui kepelbagaian uslub dan wasilah yang sememangnya dira’i oleh Amal Jamaei .

Komitmen dan Intima’ Tanzimi itu bukan untuk Jamaah tetapi ” komitmen dan Intima’ ”terhadap” Jamaah untuk memperjuangkan Islam dan ummah.

Jika Amal Tajammu’i itu dilakukan oleh anggota atau individu dengan maksud individu boleh masuk mana – mana jamaah dan menjadi ahli yang kemudiannya pasti akan berhadapan dengan krisis komitmen dan intima’ sebagaimana yang kita bincang tadi , maka Amal Tajammu’i seperti ini akan menjadi Amal Kusuti. ( Amal yang kusut , celaru dan keliru tanpa gerakkerja yang munazzamah )

Adapun hubungan sesama anggota dengan anggota daripada Jamaah lain terus berjalan baik dengan prinsip Amal Jamaei yang mengajar kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati dan bertolak ansur dalam perkara yang kita berbeza padanya , tanpa perlu kita melonggarkan atau melucutkan komitmen dan Intima’ Tanzimi terhadap Jamaah masing – masing .

Amal Jamaei tidak mengajar kita menjadi taasub sebaliknya mengajar kita bekerja menegakkan Islam dan mengangkat martabat ummah dengan menjadikan Jamaah kita sebagai platform atau wadah perjuangan agar ia bergerak secara munazzamah .

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam saf Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.


Surah As Saff Ayat 4

( Saya tidak perlu menulis panjang perbahasan mengenai Intima’ , wala’ dan baiah kerana saya telah menyediakan artikel berasingan yang boleh dirujuk tajuk – tajuknya seperti Kewajipan Baiah dan Tuntutannya , Intima’ dan Ibtila serta Baiah dan Wala’ melalui blog ini . )

Berjuang secara bersendirian adalah Mukhalafah Sunnah .

Perjuangan Rasulullah saw. untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh pelusuk benua dan mendaulatkan Islam di mukabumi ini telah diurus oleh baginda saw. secara berjamaah .

Rasulullah saw yang dikurniakan mukjizat , sehingga mampu membelah bulan dilangit , من باب الأولى / terlebih wajar bergerak dan berjuang secara solo jika ianya suatu yang مشروع / disyariatkan .

Rasulullah saw. tidak mengalami kesukaran pun untuk berhadapan dengan Abu Jahal dan Abu Lahab yang kepala mereka berjuta kali ganda lebih kecil berbanding bulan yang dibelah oleh Rasulullah saw.

Persoalannya , Kenapa Rasulullah saw. membentuk jamaah , membina Nuqaba’ dan mengatur strategi secara Jamaei bersama para sahabat . Terlalu banyak dalil yang menjelaskan persoalan ini .

Boleh jugak kita rujuk pandangan Prof . Dr. Yusuf Al Qaradhawi dalam muqaddimah kitabnya yang berjudul أولويات الحركة الإسلامية في المرحلة القادمة .

Bagaimana AL qaradhawi menegaskan , ” bahawa gerakkerja Islam secara solo atau berseorangan tidak mampu untuk berhadapan dengan segala mungkar dan maksiat dan tidak mampu pula untuk memastikan ( tahkik ) hadaf Islam dapat dicapai .”

Mungkin ada orang berkata , realitinya hari ini , berjamaah pun kelihatan sukar dan tidak mampu berhadapan dengan arus maksiat yang liar hari ini . Ya... jika berjamaah pun tidak mampu jawabnya bersendirian pula beribu kali tidak akan mampu .

Al Qaradhawi menegaskan :

فالدين يدعوا إلى الجماعة و يكره الشذوذ فيد الله على الجماعة و من شذ شذ في النار و إنما يأكل الذئب من الغنم القاصية و لا صلاة لمنفرد خلف الصف و لا لمقتدم على الصف والمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا .إلج

Justeru agama menyeru supaya berjamaah dan benci berseorangan ( dengan beliau membawa beberapa kesimpulan hadis nabi saw ) : sedang pertolongan Allah ke atas jamaah , barangsiapa berseorangan berseoranganlah ia di dalam api neraka , sesungguhnya serigala akan menerkam kambing yang bersendirian, tidak sempurna solat bersendirian di belakang saf dan tidak juga di hadapan saf dan seorang mukmin terhadap mukmin yang lain saling kuat menguat diantara satu sama lain .

Muka surat 11 dan 12 Kitab Aulawiyyatul Harakatil Islamiyyah fil Marhalatil Qaadimah . Cetakan Maktabah Wahbah Qaherah 1991 .

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadhliProfil   Hantar PM kepada fadhli   Pergi ke fadhli's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 09:21


Abu Umamah ra menuturkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda ertinya: Ada tiga manusia, tidak ada yang meremehkan mereka kecuali orang munafik. Mereka adalah ORANG TUA, ulama dan pemimpin yang adil (hari At Thabrani)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 09:35


Soalan :

Ramai pemuda-pemuda Islam saling bertanyakan hukum bersama/komitmen dengan mana-mana jamaah Islam, dan beriltizam dengan satu-satu manhaj jamaah tertentu dan tidak yang lain.






Jawapan :

Yang wajib setiap Muslim ialah dia beriltizam dengan kebenaran, (iaitu apa) firman Allah azza wa jalla dan (apa) sabda Nabi saw. Dia tidak perlu beriltizam dengan sesuatu manhaj tertentu dari mana-mana jamaah, tidak Ikhwan al-Muslimin, tidak Ansar al-Sunnah dan tidak juga yang lain. Akan tetapi dia perlu beriltizam dengan kebenaran. Jika dia bersama dengan Ansar al-Sunnah dan membantu mereka dalam kebenaran, atau bersama dengan Ikhwan al-Muslimin dan membantu mereka dalam kebenaran tanpa bersikap ghulu (melampau-lampau) dan tafrith (ambil mudah) maka tidak mengapa. Adapun jika beriltizam dengan perkataan mereka dan tidak berpaling darinya (walau jika mereka salah), maka seumpama ini tidak dibenarkan. Dia sepatutnya bersama dengan kebenaran dimana sahaja dia berada. Sekiranya kebenaran bersama dengan Ikhwan al-Muslimin, dia mengambilnya. Jika (kebenaran itu) bersama dengan Ansar al-Sunnah, dia mengambilnya. Jika (kebenaran itu) ada pada selain mereka, dia mengambilnya. Dia bersama dengan kebenaran. Dia membantu jamaah-jamaah lain dalam kebenaran. Akan tetapi jangan dia beriltizam dengan satu mazhab (jamaah) tertentu dan tidak berpaling darinya, walaupun mereka (jamaah itu) berada dalam kebatilan dan kesalahan. Perbuatan seumpama ini adalah kemungkaran dan tidak boleh. Akan tetapi (dia) bersama sesatu jemaah dalam setiap kebenaran, dia tidak bersama mereka dalam perkara yang mereka salah di dalamnya."

Fatwa al-Syeikh Abdul Aziz Abdullah Bin Baz rh.

------------

س 6 : يتساءل كثير من شباب الإسلام عن حكم الانتماء للجماعات الإسلامية ، والالتزام بمنهج جماعة معينة دون سواها؟

ج 6 : الواجب على كل إنسان أن يلتزم بالحق ، قال الله عز وجل ، وقال رسوله صلى الله عليه وسلم ، وألا يلتزم بمنهج أي جماعة لا إخوان مسلمين ولا أنصار سنة ولا غيرهم ، ولكن يلتزم بالحق ، وإذا انتسب إلى أنصار السنة وساعدهم في الحق ، أو إلى الإخوان المسلمين ووافقهم على الحق من دون غلو ولا تفريط فلا بأس ، أما أن يلزم قولهم ولا يحيد عنه فهذا لا يجوز ، وعليه أن يدور مع الحق حيث دار ، إن كان الحق مع الإخوان المسلمين أخذ به ، وإن كان مع أنصار السنة أخذ به ، وإن كان مع غيرهم أخذ به ، يدور مع الحق ، يعين الجماعات الأخرى في الحق ، ولكن لا يلتزم بمذهب معين لا يحيد عنه ولو كان باطلا ، ولو كان غلطا ، فهذا منكر ، وهذا لا يجوز ، ولكن مع الجماعة في كل حق ، وليس معهم فيما أخطئوا فيه .


http://al-qayyim.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2992

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 12:40


syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aku_eus85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.01.2005
Ahli No: 13619
Posting: 86
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-02-07 13:12


... kullu hizbin bi maa ladaihim farihuun...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_eus85Profil   Hantar PM kepada aku_eus85   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 15:09


Jamaah Islam
Assalamualaikum wbt
Satu perkara yang perlu difahami oleh setiap pemuda muslim ialah bahawa urusan amal Islami adalah urusan yang menentukan dan asasi. Jadi dia mestilah pandai memilih jalan mana yang patut dilalui. Juga dapat memastikan tentang keselamatannya. Tidak perlu ia tergesa-gesa dalam memilih sesuatu jemaah untuk dimasukinya lantas bekerjasama dengannya di dalam melaksanakan prinsip-prinsip Islam. Dia mestilah sentiasa ingat bahawa ia hanya mempunyai satu umur dan satu jiwa. Jadi janganlah dipertaruhkan hidup yang hanya sekali itu kepada satu jemaah yang belum diyakini kebenarannya. Sebaliknya dia mestilah terlebih dahulu mengkaji dan menimbangnya dengan semasak-masaknya sehingga nyata kepadanya bahawa jemaah yang hendak dimasukinya itu adalah jemaah Islam yang benar. Itu lebih baik daripada memilih jalan lain yang tidak benar dan memasukinya tanpa selidik dan periksa terlebih dahulu.
Patutlah disebutkan di sini bahawa untuk merealisasikan segala tuntutan Islam hendaklah melalui jalan Rasulullah (s.a.w.). Sebelum baginda membangunkan Ad Daulah Al Islamiah yang pertama itu, baginda menekankan dan mementingkan persoalan sekitar penegakan akidah Islam di dalam jiwa mukminin. Kemudian mendidik mereka di rumah Al Arqam (Darul Arqam) dengan hidangan Al-Qur'an di Madrasah Rasulullah (s.a.w). Dari Madrasah itu, terbentuklah para lelaki akidah (rijalul akidah).
Akidah ini menguasai perasaan, pemikiran dan jiwa mereka malah menjadi asas di dalam kehidupan mereka. Mereka mengorbankan waktu mereka, usaha mereka, kesihatan mereka, fikiran, harta, malah nyawa mereka untuk akidah Islam. Mereka tetap berpegang teguh kepadanya dan rela menanggung segala gangguan dan penindasan. Mereka tidak pernah berundur, walaupun apa akan terjadi pada diri mereka. Mereka terus menyebarkan dakwah Islam, mempertahankan dan berjihad pada jalannya dengan harta dan jiwa mereka. Mereka itulah yang menjadi tiang dan teras yang kuat di dalam asas Ad Daulah Al Islamiah yang pertama.
Kemudian Rasulullah (s.a.w) mempersaudarakan dan menyusun mereka. Rasulullah (s.a.w) mengikat janji dan sumpah setia dengan mereka untuk sama-sama membela agama ini dengan segala apa yang ada pada mereka. Akhirnya kemenangan dan kekuasaan di muka bumi berada di tangan mereka.
Demikianlah, Rasulullah (s.a.w) telah berjaya membuktikan bahawa kekuatan akidah datang dahulu, kemudian diikuti pula oleh kekuatan kesatuan, dan akhirnya kekuatan tangan dan senjata. Apabila dasar dan asas yang kuat dan pejal telah terbentuk, mereka mampu menghadapi musuh-musuh Allah (s.w.t) dan mampu pula membalas segala bentuk percerobohan dengan kekuatan.
Firman Allah Taala:
"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya Dan sesungguhnya Allah (s.w.t) benar-benar berkuasa menolong mereka." (Al-Haj: 39)
Dalam proses pembentukan dasar dan asas yang kuat di kalangan mukmin yang masih sedikit bilangannya, Rasulullah (s.a.w) mewasiatkan mereka supaya bersabar menanggung segala penderitaan dan azab sengsara dan berpegang teguh kepada al Haq (kebenaran) yang telah mereka imani dan terus menerus menyampaikan dakwah kepada orang lain. Mereka tidak dituntut untuk menghadapi kebatilan dengan kekuatan (sama ada kekuatan tangan atau senjata).
Jadi jemaah yang mesti dipilih dan dimasuki oleh para pemuda Islam ialah jemaah yang berjalan di atas jalan Rasulullah (s.a.w). Mana-mana jemaah yang tidak mengutamakan sudut-sudut tarbiah (pendidikan) dan penyatuan tetapi mempergunakan kekuatan, maka itu adalah satu jemaah yang memperjudikan nasib dan usahanya. Ini membahayakan amal Islami (usaha dan perjuangan Islam). Jadi, segala usaha ke arah pemerintahan dengan jalan kekerasan atau kekuatan tanpa tarbiah dan perpaduan atau dengan jalan yang mengabaikan tarbiah, merupakan pertaruhan bahkan satu kerugian terhadap amal Islami. Walaupun ia berkembang dan membesar menurut tabi'i sebelum dasar dan asas menjadi kuat, namun ia tidak mantap dan tiada kesungguhan untuk berjalan terus menerus.
Jadi mestilah terlebih dahulu dibentuk dasar yang kuat dan pejal. Dengan demikian ia redha kepada hukum-hukum Islam, melindunginya, membelanya dan tidak berkompromi dengan hukum yang lain darinya. Demikianlah, pembinaan itu mestilah didahului dari asas bukan dari puncak. Apabila sesuatu bangunan yang hendak dibina itu besar dan tinggi, maka asasnya mestilah luas dan dalam pula. Samalah keadaannya dengan bangunan yang hendak kita bangunkan ini adalah bangunan yang paling besar dan paling tinggi iaitu 'Ad Daulah Islamiah Alamiah' (negara Islam sejagat) kerana dakwah kita adalah alamiah (antarabangsa) demikian juga musuh-musuh kita adalah alamiah juga. Jangka masa yang digunakan di dalam medan ini diukur dengan umur dakwah bukan diukur dengan umur individu.
Dengan rahmat kurnia Allah (s.w.t), kita dapati Al Imam Hassan Al Banna telah mengambil jalan ini dari seerah Rasulullah (s.a.w). Beliau menegaskan betapa perlunya dipersiapkan al fardi muslim (individu muslim) sebagai lelaki akidah (rijalul akidah), pentingnya didirikan keluarga muslim (usrah muslimah) dan akhirnya masyarakat muslim (mujtama muslim). Di atas asas-asas yang kuat inilah, kelak terdirinya Ad-Daulah-Islamiah dan seterusnya Al-khilafah Islamiah, InsyaAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 15:18


InsyaAllah.

karangan mustafa masyur



-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 15:35


Gerakan Islam

Assalamualaikum wbt.

Penggabungan diri ke dalam gerakan Islam bukanlah hanya setakat mengemukakan permohonan untuk menjadi ahli dan mendaftarkan nama sahaja. Bukan hanya setakat berulang alik ke markas dan kelab-kelab gerakan Islam untuk menghadiri perhimpunan saja, malah penggabungan ini mestilah membawa pengertian yang lebih jauh, melewati batas formal dan penilaian-penilaian lahiriah yang dapat membuktikan kedalaman aqidah dan kekuatan hubungan pemikiran dan tanzim.

Penggabungan (intima') aqidah.

Perkara pertama yang mesti kita ketahui apabila kita menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam ialah sejauh mana kita melarutkan aqidah gerakan Islam itu ke dalam diri kita, kerana gerakan Islam menolak intima' (penggabungan) yang dilakukan pada zahirnya sahaja, sebagaimana yang berlaku dalam pertubuhan-pertubuhan yang hanya mementingkan soal-soal struktur kepimpinan sahaja, yang mana keadaan ini telah menjadi kuman yang telah menyebabkan kehancuran pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Oleh itu (penggabungan) diri ke dalam gerakan Islam pertamanya adalah membawa erti penggabungan diri dan menganuti agama Islam itu sendiri. Keadaan ini seterusnya menuntut supaya seluruh perintah Allah ditaati di samping mengharapkan keredaanNya. Ini akan dapat mengelakkan penggabungan diri ke dalam gerakan Islamiah itu dari terjejas oleh kematian seseorang atau kehilangan mereka dari medan da'wah kerana sesuatu sebab, kerana intima' ke dalam gerakan Islam akan menjadikan seseorang itu terikat dengan Allah, demikian juga perhimpunan anggota gerakan Islam turut terikat dengan Allah. Inilah yang menjadi rahsia di sebalik kekal dan berterusannya gerakan da'wah Islamiah.

Gerakan Islam juga menolak intima' (penggabungan) diri yang dibuat secara melulu yang didorong oleh semangat, kerana Islam adalah cara hidup yang tegak di atas dasar kefahaman yang tertentu tentang alam insan dan kehidupan, juga kerana beramal untuk Islam adalah bermatlamatkan untuk melaksanakan method hidup yang dikehendaki oleh Islam dalam masyarakat, pelaksanaan yang lahir dari kefahaman, ketelitian dan secara objektif.

Oleh itu kesedaran yang bersifat keakidahan, kesedaran yang bersifat haraki dan iltizam yang bersifat ilmi adalah menjadi syarat bagi penggabungan diri ke dalam gerakan Islam. Syarat ini mestilah larut dalam diri seseorang. Malah keteguhan pendirian seseorang dalam da'wah, keteguhan seseorang dalam melakukan kerja-kerja da'wah juga untuk menjamin beliau kekal terus dalam satu arus gerakan Islam dan dapat mencapai penghasilannya adalah mewajibkan wujudnya kefahaman yang betul dan kesedaran yang waras terhadap pengertian penggabungan diri ke dalam gerakan Islam.

Kebanyakan mereka yang kandas di pertengahan jalan da'wah atau siang-siang lagi telah meninggalkan jalan ini ialah mereka yang menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam secara melulu dan bertindak didorong oleh semangat kerana tekanan keadaan-keadaan tertentu, sedangkan mereka tidak memahami apakah ertinya mereka menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam.

Penggabungan (intima') masa depan.

Satu perkara lagi yang semestinya wujud dalam penggabungan diri seseorang ke dalam gerakan Islam ialah penggabungan masa depannya ke dalam gerakan atau dalam kata lain, penggabungan masa depannya dengan masa depan gerakan. Ini membawa erti bahawa seseorang yang menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam mestilah mengikat masa depannya dengan masa depan jamaah walau apapun keadaan yang akan berlaku.

Penggabungan tersebut mestilah tidak terikat dengan satu jangka waktu yang tertentu dan akan berakhir apabila jangka waktu itu telah tamat. Penggabungan itu juga tidak seharusnya terikat dengan satu keadaan tertentu dan akan berakhir dengan berakhirnya keadaan-keadaan tertentu itu.

Penggabungan diri ke dalam gerakan Islam mestilah tidak terbatas dalam masa muda dan sebelum berumahtangga dan menarik diri setelah menjangkau peringkat dewasa dan berRumahtangga.

Penggabungan diri ke dalam gerakan Islam mestilah tidak dibataskan oleh keadaan kemiskinan dan kesusahan dan akan menghilangkan diri setelah kaya dan senang. Penggabungan diri tidak hanya terbatas dalam keadaan tenang dan damai tetapi cabut lari sewaktu ditimpa dugaan dan bala.

Utz Fathi Yakan


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 15:56


:-)


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 16:09


Ana mgharapkan pmbuka topik ini berniat untuk "mgukuhkan" bukan "mleraikan"...sama-sama kita blapang dada...


"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya."
al-isra' 36

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

syabab_mujahid
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27656
Posting: 291
Dari: Egypt

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 16:17


Jmeaah ISLAM itu perlu,,dan mesti di perkukuhkan,,jangan hanya hidup segan mati tak mahu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syabab_mujahidProfil   Hantar PM kepada syabab_mujahid   Pergi ke syabab_mujahid's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 17:49


Jadikan diri kita sebagai Jundul2 Allah seperti firman Allah ..

"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kami lah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan (yang lain) kafir; maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang."
Surah as-saff 14


"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
Surah muhammad 7

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

putericahaya
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.12.2006
Ahli No: 27888
Posting: 89
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 23-02-07 18:21


assalamualaikum.. topik yang menarik...dengan kita berjemaah kita akan lebih 'kuat' untuk memperbaiki diri..bagi ana memang kita perlukan 'paksaan' dalam mentarbiyyah jiwa dan nafsu kita..benda-benda baik ini memang kena paksa..Kalau tak sampai bila pun still tak berubah..proses 'paksaan' disini ana lihat sebagai satu proses pentarbiyahan...yang penting kita kena tepuk dada tanya iman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For putericahayaProfil   Hantar PM kepada putericahaya   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-02-07 01:42


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah yang penting wajib ada jadual waktu yang disiplin agar pelajaran tidak terabai walau bergerak aktif dalam jemaah. Sekiranya berlaku terdapat kelemahan dalam result peperiksaan maka akan membuka pintu fitnah buat Islam. Kata-kata seperti - tulah aktifnya sangat dengan jemaah Islam kan dah teruk result.

Harap anak-anak faham ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Nabi SAW bersabda :
"Barangsiapa yang mencari redha Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan marahnya manusia, maka Allah akan bersamanya, Manakala barangsiap yang mencari redha manusia (walaupun) dengan kemurkaan Allah, maka Allah menyerahkannya urusanya kepada manusia (Allah tidak peduli lagi hal individu ini di akhirat- tiada syafaat dan bantuan tentunya)"

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

zinniratunnajua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2004
Ahli No: 12834
Posting: 271
Dari: bumi Allah

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-02-07 09:07


suka ber jemaah

tapi tak suka org yang fanatik jemaah

sampai jemaah lain semua nampak xelok/kurang bagus di mata mereka

moga umat Islam bersatu..ameenn..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zinniratunnajuaProfil   Hantar PM kepada zinniratunnajua   Pergi ke zinniratunnajua's Website   Quote dan BalasQuote

rauQah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.04.2006
Ahli No: 24387
Posting: 24
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-02-07 11:02


"barangsiapa yang menyeru manusia kepada hidayah, dia mempunyai pahala seperti pahala yang dicapai oleh orang yang menyahut seruannya tanpa mengurangi pahala mereka yang menyambut seruannya, semakin banyak org yang mengikuti seruannya semakin berlipat ganda pahala yang di perolehinya" -riwayat muslim.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rauQahProfil   Hantar PM kepada rauQah   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-02-07 11:10


Pada 23-02-07 16:09 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Ana mgharapkan pmbuka topik ini berniat untuk "mgukuhkan" bukan "mleraikan"...sama-sama kita blapang dada...



Ana pula berharap mereka yang mengeluarkan kenyataan seperti ini dan bersetuju dengannya berniat "ikhlas semata-mata" dan bukannya penuh dengan PRASANGKA

Terima kasih kepada pembuka topik ini jazahallahukhairan kathiraa kerana isi kandungannya yang amat menarik, mengesankan, dan memberi peringatan.

Wallahua'lam.


-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh
[ Telah diedit oleh: sunan-faqih pada 24-02-07 11:12 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-02-07 23:09


sebenarnya artikel tu bukan tulisan saya. tu sebab saya letak artikel ni dalam ruangan copy paste.

ini adalah respon peribadi saya terhadap artikel tersebut.

boleh juga baca artikel2 saya yang lain di: http://safa.blogdrive.com

------------------------

/

Assalamualaikum wbt.

Ini adalah respon saya terhadap artikel Seruan Kepada Jemaah Islam Kampus yang ditulis oleh saudara Danialle. Ini adalah respon peribadi dan sekiranya tidak menepati sesuatu perkara, ia adalah di atas dasar kelemahan diri sendiri. Sebelum anda membaca artikel saya yang ini, pastikan anda telah membaca artikel di bawah ini yang bertajuk Seruan Kepada Jemaah Islam Kampus.

Saya juga lama berfikir (bukan bermenung) seperti mana saudara Danielle apabila membaca artikel seperti ini. Secara mata kasar, artikel ini tampak agak 'up to date' dan alternatif kepada jemaah Islam kampus bagi menyatakan satu impak pembaharuan kepada sistem pentadbirannya. Ayat Danialle yang berbunyi: Sesungguhnya tulisan ini bukanlah menyeru kepada permusuhan dan kehancuran, sebaliknya ia adalah suatu seruan ke arah pembaikian dan kesempurnaan mengukuhkan lagi kekuatan artikel ini sebagai salah satu sumber wajib yang perlu dibaca oleh semua ahli jemaah kampus. Menyorot setiap satu perenggan dan tajuk-tajuk utamanya menampakkan kematangan penulis bagi mengurangkan 'stress' dan memudahkan segala isi yang hendak disampaikan dapat difahami oleh pembaca.

Intro

Di perenggan ini, penulis hanya sekadar memberitahu keadaan semasa yang berlaku di dalam jemaah kampus. Kenyataan ini saya tidak sanggah sama sekali kerana sememangnya itulah yang berlaku. Satu intro yang menarik dan seolah-olah ini adalah artikel yang sesuai dibaca. Mungkin ada jalan penyelamat yang hendak disampaikan dalam isi seterusnya nanti. Ahli jemaah kampus sedar mereka memang di ambang kelemahan, di belenggu kehancuran. Itu mereka tahu walaupun tanpa diberitahu dengan artikel-artikel sebegini. Lantaran itu, segala bentuk usaha telah digarap dan disemai di setiap jemaah kampus bagi membendung permasalahan ini. Ahli jemaah kampus bukanlah ahli jemaah yang bodoh yang hanya tahu mencari kelemahan tanpa memikirkan jalan penyelesaian.

1. Membuka Pintu Amal Seluas-luasnya

Di perenggan ini, nampak gayanya penulis mula pecah tembelang. Ini bukan tulisan seorang ahli jemaah sebenar yang mempertikai perihal amal. Perihal amal adalah hak individu dan jemaah hanya mengesyorkan. Bukan memaksa. Sesiapa yang taknak buat, tafaddal.. tak payah lah buat ibadat sunat tersebut. Penulis tersebut seolah-olah tidak berpuas hati dan tak bersetuju dengan amalan yang disyorkan jemaah yang menyebabkan penulis terasa berat untuk melakukan sedangkan, sekiranya dia adalah ahli jemaah tulen, dia akan melakukan tanpa dipaksa! Dan sekiranya ahli itu tidak mahu lakukan, dia beralah dan biarkan sahabat lain yang lakukan. Mengapa mesti komplen?

Amalan bacaan ma'thurat, bacaan al-mulk, al-waqiah dan sebagainya adalah amalan Rasulullah. Mengapa dipertikai? Salahkah mengamalkan apa yang nabi amal? Bukannya jemaah memandai-mandai merekacipta satu amalan yang baru. Tidak timbul soal memaksa kerana konsep jemaah ialah 'mengajak'. Bukan 'menyuruh'. Mengajak bermakna kita berbuat sesuatu amal itu dan ajak sahabat yang lain. Kalau taknak ikut tak mengapa lah. Tapi, kebiasaanya, ahli jemaah yang benar-benar TULEN akan ikut ajakan tersebut. Hanya ahli jemaah yang mungkin 'kurang akal' sahaja yang menolak dan menulis pula di artikel-artikel meng-komplen perihal amal tersebut. Inilah sebenarnya sikap ahli jemaah yang merosakkan dan ia bukan sahaja busuk malah membusukkan.

Ahli jemaah tulen juga tidak akan berprasangka buruk pada sahabatnya. (husnuzon). Jika ada sahabat yang tak dapat menyertai sesuatu majlis itu, mungkin dia ada asignment atau kerja lain yang lebih mustahak. Yang selalu berprasangka buruk ialah ahli jemaah yang bersikap seperti yang penulis asal ini maksudkan. Ahli jemaah yang malas beramal, malas berukhwah dan sebagainya lebih mudah untuk berprasangka buruk kerana dirinya telah berjaya di tawan oleh syaitan pada sesuatu keadaan. Lalu bisikan hatinya akan berkata, 'tu aku tak datang usrah tu, tentu mereka cakap aku pentingkan dunia bla bla...'.

Pada perenggan kedua terakhir pada sub-tajuk ini, penulis secara jelas menyanggah segala aktiviti dan kaifiat tarbiyyah jemaah yang selama ini di amalkan malah sejak zaman Rasulullah lagi yang mana ilmu tanpa amal adalah tidak berguna. Penulis secara spontan saja menyuruh ahli jemaah hanya 'diterangkan' perihal amal dan kalau tak mahu amal pun tak mengapa! Ini adalah satu strategi sulit bagi melemahkan kekuatan ahli jemaah kerana dari kerana amal itu lah timbulnya satu kekuatan!. Pada ayat Sesungguhnya pintu syurga itu banyak. Ada yang memasuki syurga melalui pintu solat, ada yang masuk melalui pintu puasa dan ada yang masuk melalui pintu sedekah melambangkan fikrah penulis yang boleh diragui. Seolah-olah menegaskan, jika mahu masuk pintu syurga melalui pintu solat, maka solat saja lah... tak payah nak susah susah berzikir. Ini adalah satu pemikiran kuno yang telah meresap bukan saja pada diri penulis malah mungkin kebanyaakan ahli jemaah yang lain. Disebabkan itu mungkin penulis ini malas hendak baca makthurat, al-mulk, waqiah dan sebagainya kerana mungkin dengan solatnya itu dapat membawanya ke syurga dengan menggunakan PINTU SOLAT>!

2. Mengembalikan Islam Pada Fitrahnya

Pada sub tajuk ini, saya agak berfikir panjang berkaitan pendirian diri penulis. Tertanya-tanya juga jemaah apa yang sebenarnya beliau ikut di dalam kampus itu? Adakah solat jemaah setiap kali di masjid itu? Atau jemaah di dalam kelab kebudayaan? Atau mungkin jemaah yang selalu menyuruh membangunkan diri dan negara tanpa mendalami Islam secara keseluruhan. Jemaah Islam Hadhari? Jika begitu, mungkin penulis ni belajar tak habis semasa di sekolah rendah dahulu.

Saya syorkan, jika ingin berkata-kata perihal jemaah, khatamkan dulu sesi taaruf seperti mana gambar di atas tu. Kalau nak join dengan mereka yang ada kat gambar tu pun tak mengapa. Kalau hanya setakat tau sikit-sikit, dan kemudian megah sebentar bersama jawatan sekadar JKKK, usahlah berbangga bahawa 'sayalah ahli jemaah'. Ahli jemaah diselect oleh Allah. Ramai najis-najis di sekeliling ahli jemaah. Salah satu bukti nya, mereka ramai tetapi mereka tak kuat. Kerana apa, kerana najis lebih banyak berbanding barang berkualiti!

Tuduhan mengatakan jemaah banyak memberi sekatan dan peraturan adalah satu tuduhan liar dan tidak berasas! Jika penulis merasakan, etika pakaian bertudung labuh, pakai kopiah, tidak boleh diterima malah dianggap sebagai satu sekatan kepada kebebasan hak asasi manusia, anda disarankan meletak jawatan sebagai ahli jemaah dan carilah haluan lain. Ahli seperti ini amat tidak diperlukan oleh jemaah kerana hadirnya hanya menjadi TUKANG SIBUK dan TUKANG RAMAI tanpa memberikan apa-apa pun manfaat pada jemaah. Tak payah nak menulis perihal kebebasan yang dikongkong oleh jemaah atau sebagainya. Jika mahu menulis juga, keluar jemaah terlebih dahulu. Lepas tu, baru lah nak kondem, kondemlah. Tak perlu berpura-pura dengan lagak seumpama ahli jemaah yang siqoh yang mahu kononnya menyelamatkan jemaah.

Islam sebagai agama yang TULEN dan penuh keharmonian menggalakkan umatnya berpakaian mengikut etika Islam. Kita mahu menjadi yang perfect. Bukan setakat umat biasa-biasa sahaja. Jadi, sebagai pendokong Islam, maka kita perlu menjadi pencetus kepada pemakaian itu. Cuba anda bayangkan, di dalam peperiksaan UPSR, mengapa kita semua mengejar A? Mengapa kita menggalakkan dan beri peransang kepada adik-adik kita supaya target A? Sedangkan B juga lulus? C juga lulus? Mengapa tidak target C? Mungkin penulis artikel itu dulu semasa ambil UPSR dia sasar C atas semua subjeknya. Begitu juga berpakaian! Target lah A juga! Capailah yang terbaik! Bukan memakai pakaian yang berstatus C! Walau pun lulus, ia agak hina berbanding A! Walaupun menutup aurat, tapi ada lagi yang lebih baik dari itu! Ahli jemaah mesti menjadi yang terbaik! Bukan ahli jemaah yang CINCAI!

3. Melonggarkan konsep bye'ah

Pada sub tajuk ini, ada sedikit identiti jemaah yang ditonjolkan. Mungkin kerana bye'ah ini adalah antara kita dan tuhan. maka ia tak boleh di buat main-main. Tidak ada ayat melonggarkan konsep bye'ah sebenarnya. Bye'ah akan tetap sama. Tak ada lebih kurang. Tak boleh tolak ansur. Bye'ah adalah janji/ikrar kita lafazkan pada tuhan. Sampai kiamat pun ia takkan berubah dan menjadi longgar.

Cuma, pada konsep perlaksanaan sahaja ia boleh dipelbagai. Dalam konteks ini, ilmu pada tajuk Fiht Aula'wiyat perlu diperguna bagi memastikan apakah yang lebih penting daripada yang penting. Dalam satu keadaan, mungkin keluarga lebih penting. Dalam satu kadaan juga, jemaah lebih penting.

Cuba anda kaji kisah Sumayyah bersama suaminya Yasir serta keluarganya. Antara Islam dan Keluarga, apa yang lebih utama. Maka, yang aula ketika itu ialah mempertahan agama kerana jika terkorban keluarganya itu, mereka syahid dan masuk syurga kerana matinya keluarga itu atas dasar mempertahankan islam.

4. Berpeganglah pada dalil walaupun bercanggah dengan orang ramai

Pada tajuk ini, menampakkan sememangnya penulis amat jahil berkaitan jemaah. Tak perlu saya ulas kerana ia telah masuk ke zon sirr. Tak semua perkara boleh dibincang pada umum.

5. Menjauhi taksub kepada tokoh agama dan pimpinan

Saya nak tanya kepada penulis, anda faham ke apa maksud taksub? Kalau tidak tahu, jangan mandai-mandai nak menuduh seseorang hali jemaah itu taksub. Anda tahu pula fanatik? Tahu ataupun tidak? fanatik ini bagaimana pula? Bagaimana pula dengan taat?

Jika penulis pergi ke kuliah dengan naik motor, penulis akan pakai topi keledar. Adakah ini juga dikira taksub kepada Polis Diaja Malaysia kerana mengikut arahan membuta tuli? Jika semua pakai topi tak mengapa lah, tapi mengapa sikh sikh yang berserban besar itu BOLEH tak pakai topi keledar? Adakah penulis taksub? Atau penulis taat?

Bagaimana pula perihal wudhu sebelum solat. Adakah dikira taksub (ikut membuta tuli) atas arahan yang mungkin penulis sendiri tak tahu asal usul diwajibkan mengambil wudhuk sebelum solat itu? Atau mungkin pula taat?

Taksub lebih kepada lupa diri. Mungkin juga diamalkan oleh golongan terencat akal. Pada skop melakukan sesuatu arahan yang pimpinan keluarkan, ia hanya pada had TAAT sahaja. Kita diajar, di dalam satu ayat al-quran:

'taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kamu kepada Rasulullah dan juga ulil amr (orang-orang yang berkuasa di kalangan kamu), dan sekiranya kamu berbantah-bantah, hendaklah kamu kembali kepada kitab Allah dan ajaran Rasul'

Kita perlu taat pada pimpinan yang taat perintah Allah. Dan juga pada sesuatu keaadn, arahan yang dikeluarkan itu juga mesti berpandu pada Allah dan Rasul. Sekiranya arahan itu lari daripada syariat, maka kita dituntut supaya tidak lagi taat. Sama juga konsepnya taat seorang anak kepada kedua orang tuanya. Jika taksub, kalau pimpinan kata minum arak pun, pengikut ikut juga. Itu baru taksub.

6. Memasuki Islam melalui pintu depan

Hujah dangkal penulis. Ya, saya akui aqidah amat penting. Namun, jika hendak menunggu mengaji sahaja, maka pewaris tidak akan terhasil.

Di dalam PAS, (harap-harap, penulis tidak alergic dengan nama PAS), ramai juga yang menghisap rokok. Jika anda masuk ke dalam saf pemuda contohnya, tentu anda terkejut bukan? Selama ini di dalam kampus, kita selalu manyatakan rokok tak boleh, rakan syaitan dan sebagainya. Namun, bila anda turun ke gelanggang sebenar, lain pula jadinya. Jadi, bagaimana reaksi kita? Menentang jemaah? Atau terkejut hingga terus menjadi golongan yang tercicir?

Disini, orang yang merokok itulah yang sebenarnya menjadi pendokong Islam sebenar. Berbeza dengan bekas student kampus yang kerap berpakaian kemas, hanya sekadar tahu bercakap tanpa praktik. Bila berada di luar, tampak kaku dan gementar. Golongan yang merokok tadi yang berada di barisan hadapan ketika demontrasi bantahan karikatur nabi. Golongan yang merokok itu tadilah yang menganjurkan ceramah umum. Golongan yang merokok tadilah yang berhempas pulas menolong mangsa banjir di Johor baru-baru ini. Golongan yang merokok tadilah yang bersengkang mata setiap malam dengan pelbagai strategi perjuangan. Dimana student kampus yang berlagak pandai tadi? Yang kononnya terlalu pandai mengaji dan teramat arif hukum hakam solat. Dimana dia golongan yang tahu meng-qada' solat Subuh apabila oversleep? Dimana dia?

7. Menjauhi prasangka dan hasad sesama muslim

respon yang sama pada point nombor 1

8. Berfikirlah dengan panduan ilmu

rasa-rasanya, penulis ini seolah-olah memang bukan ahli jemaah. Dia ini hanya pengacau sahaja. Melayan penulis dirasakan seperti membuang masa. Pada saya mungkin begitu. Namun, saya sayangkan jemaah saya, dan ahli-ahli tunas baru jemaah. Lalu, sedikit penjelasan perlu diberikan bagi meng-clearkan mind setting semua.

Tentang karikatur yang biasanya di dalam Harakah, sering ada lukisan mengejek musuh politik seperti Mahathir dan pak Lah. Siapakah penulis untuk mengkomplen? Lebih hebat kah berbanding Tuan Guru Nik Aziz? Adakah penulis berada di dalam kelompok SENYUM KAMBING di Utusan malaysia yang juga kerap memperli pihak pembangkang?

Ini ialah strategi politik. Kalau anda belum pernah masuk mesyuarat pilihanraya dan berkaitan politik, jangan tunjuk pandai dan tunjuk hebat menyatakan ini salah itu salah. Diam saja lebih elok.

9 hingga 11

Pada point tersebut, penulis banyak bermain dengan emosinya sahaja. Banyak ayat yang hanya ditulis mengikut emosi. Tidak berpandu pada pegangan sebenar. Buang masa saya saja untuk mengulas semuanya.



Secara kesimpulan, saya menyeru kepada semua ahli jemaah kampus agar berhati-hati dengan artikel sebegini kerana pada zahirnya mungkin ia mahu menyelamatkan, namun hakikat sebenarnya ialah semakin merosakkan. Semakin ramai di kalangan kita yang berpendirian begini. Berpeganglah pada apa yang kita pelajari dari dahulu dan tentang segala pembaharuan yang cuba hendak dibawa oleh mana-mana pihak. Islam tetap releven sepanjang zaman.

Maaf di atas segala kekurangan. Segla di atas hanyalah respon peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak. Wassalam.

Regards,

Bandaraya Safa


-----------------
Mountain View


Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-02-07 19:12


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
al-hujuurat 12

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-02-07 19:17


assalamualaikum..
ana ambil dari egroup saifulislam... semoga ambil kfahaman..
....................................................................................

Assalamualaikum WBT.

Sebagai moderator mailing list ini, izinkan saya memberikan sedikit pandangan berhubung dengan hal ini.

Mungkin serba sedikit perkongsian pengalaman sebagai bekas aktivis pelajar.. jika ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama, mohon taufik dari Allah agar diperkembangkan ia.

Saya melepaskan sebahagian respond terhadap jaringan email ini untuk melihat maklum balas umum. Persoalan kerahsiaan terhadap isu-isu umum tidaklah begitu signifikan kerana ia adalah 'rahsia umum' yang diketahui semua. Kelesuan gerakan pelajar berteraskan Islam melanda hampir kesemua kampus dan kelesuan itu adalah sebahagian daripada kelesuan gerakan Islam itu sendiri, khususnya semenjak tiga atau empat tahun kebelakangan ini.

Namun, tidaklah komen-komen yang diberikan itu mendatangkan apa-apa manfaat, jika ia sekadar luahan rasa tidak puas hati dan mengumumkan kecederaan peribadi kepada ramai.

Keterlibatan seseorang di dalam aktiviti Islam di kampus, mestilah secara PRO AKTIF. Maksud saya, memang tidak dinafikan, keterlibatan kita di dalam aktiviti seperti usrah, seminar, tamrin dan sebagainya adalah ke arah untuk memperbaiki diri, tetapi melibatkan diri dalam dakwah semata-mata untuk MENERIMA, bukanlah ciri seorang mukmin yang cemerlang. Cemerlang is Better than Good or even Better than Best.

Kita sepatutnya terlibat dengan dakwah dan kerja-kerja Islam di kampus, mestilah atas dasar untuk MEMBERI. Ketika memberi itulah kita dibentuk. Bukannya hari ini hari dibentuk, esok baru mahu membentuk. Jiwa memberi iitu harus datang dari suatu kesedaran bahawa saya perlu melakukan sesuatu. Saya menghargai Islam yang dikurniakan Allah kepada saya maka saya terpanggil untuk berkongsi ia dengan yang lain. Motivasi dakwah itu datang dari DALAM ke LUAR. Berdakwah kerana mahu, bukan kerana tahu.

Apabila kita menyertai kerja dakwah secara proaktif, maka kita tidak akan menghukum diri dengan masalah. Jika zaman anda adalah zaman gerak kerja dakwah itu cemerlang, maka terlibatlah secara pro aktif dengan menyumbangkan sebanyak mungkin idea dan tenaga untuk meningkatkan kecemerlangan itu.

Namun jangan lupa kepada realiti kehidupan. Kita tidak sentiasa dapat apa yang kita suka, maka belajarlah untuk suka apa yang kita dapat. Jika ditakdirkan Allah, era keterlibatan kita di dalam kerja dakwah itu adalah era masalah, krisis, lesu dan bisu, maka tawarkanlah diri untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian.

Zaman Tarbiyah dan Politik cemerlang, kita dapat peluang untuk belajar cara melaksanakan tugas secara optimum. Zaman Tarbiyah lesu dan Politik bisu, ambillah peluang untuk belajar menyelesaikan masalah. Ia sangat mematangkan kerana realiti di dalam kehidupan pasca campus memang tidak seindah kertas kerja dan seminar.

Sebab itulah dalam banyak tulisan saya, saya tegaskan, what happened to you is not as important as what happen IN YOU. Bagaimana anda memanfaatkan peluang dan bagaimana anda memanfaatkan masalah? Kedua-duanya adalah 'musibah' yang baik, yang Allah kurniakan sebagai guru kehidupan kita.

Syabas kepada pemimpin pelajar yang gigih memimpin, syabas juga kepada pelajar yang gigih menentang AKU TIDAK PEDULISMA.

Pujuklah dirimu wahai si pengeluh, agar menjadi salah satu antara dua. Sama ada menjadi penyumbang kecemerlangan, atau menjadi penawar diri kepada penyelesaian. Bagi yang berjuang sekadar di pinggiran, mengeluh sepanjang zaman, sesungguhnya Syurga tidak begitu mengalu-alukan penonton yang budiman.

Erti Hidup Pada Memberi... be proactive!

Wassalamualaikum wbt.

ABU SAIF

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-02-07 19:21


BERJUANG BIAR IKHLAS
MENEGUR BIAR BENAR

Semalam , visi kemanusiaan Unit AMAL dan Pemuda PAS Pahang menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Kluang dan Yong Peng Johor.

Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang , merakamkan tahniah atas kesungguhan yang ditunjukkan bagi melunaskan tanggungjawab sesama insan dan berbakti buat mereka yang memerlukan , sementara ia adalah sebahagian daripada amanah perjuangan suci yang kita dokong selama ini.

Semoga segala amal kebajikan yang dilakukan itu menjadi amal yang diterima Ilahi sebagai amal yang soleh . Kepada seluruh rakyat negeri Johor pula , saya harapkan mereka bersabar menerima musibah ini dengan penuh keinsafan .

قل لن يصيبنا إلا ما كتب الله لنا

“ Katakanlah Wahai Muhammad , tidaklah sesuatu musibah yang menimpa kita melainkan ia adalah suatu yang telah ditetapkan oleh Allah swt.


At - Taubah : 51

Misi Kemanusiaan .

Dewasa kini , PAS kian lengkap dan mantap menterjemah risalah perjuangannya di medan. Bukan sahaja PAS mendokumenkan segala teori kearah pembentukan sebuah Negara Islam yang terlaksana di dalamnya segala bentuk keadilan dan kesejahteraan berasaskan wahyu Ilahi , tetapi PAS juga turun bergelumang Lumpur untuk memimpin ummah dan merasai penderitaan mereka .

Fenomena positif ini sekaligus menjadi jawapan yang jelas buat sebarang tohmahan dan fitnah kononnya PAS adalah parti primitif dan konsevertif serta ekstrimis dan terroris .

Terlalu banyak aktiviti yang dilakukan oleh PAS guna menterjemahkan dasar perjuangannya yang benar dan tulus. Terutama aktiviti berbentuk misi kemanusiaan tanpa batas sempadan geografi dan juga sempadan ideologi , bahkan sempadan sosial dan politik .

Bergerak dalam serba kekurangan dan kelemahan , PAS mengagah diri menunaikan amanah perjuangan yang berat dan sukar ini. Suatu realiti yang meletakkan seluruh aktivisnya ( pemimpin dan anggota ) melepaskan segala kepentingan peribadi dengan tahap pengorbanan yang cukup mengharukan.

Biarpun masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan , namun apa yang telah dilakukan adalah suatu yang tidak mudah untuk diselesaikan oleh Gerakan Islam yang dikepung dari segenap arah dan ditindas sepanjang masa.

Berjuang biarlah Ikhlas.

Perjuangan yang telah mengorbankan masa , harta , darah dan nyawa ini tidak seharusnya dipersiakan dengan sikap yang salah dan tindakan yang menyanggahi prinsip ilmu dan amal Islami . Kelak , segala yang dikorbankan itu hanya menjadi debu tanpa nilai . Ingatlah pesanan Ilahi :

23. Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa Yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan Dia terbuang sebagai debu Yang berterbangan.

Surah al Furqan . Ayat : 23

Ingin saya tegaskan di sini bahawa , perjuangan kita hendaklah seindah islam yang diperjuangkan . Sementara keindahan Islam ini pula terletak pada Khaliq tuhan pencipta. Justeru itu , janganlah berjuang selain daripada usaha mendapatkan redho dan restu dari-Nya.

Awaslah , ramai yang berjuang dan mengaku berjuang ( biarpun tidak memenuhi piawaian standard sebagai seorang pejuang ) tetapi mereka bukan berjuang kerana Allah dan agamaNya .

Sebaliknya mereka hanya berjuang dengan mengatas namakan perjuangan Islam , sedang apa yang mereka mahu capai ialah kemasyhuran , kehebatan dan kedudukan . Sabda rasulullah saw :


حدثنا أبو مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ أَنَّ رَجُلًا أَعْرَابِيًّا أتى النبي

فقال يا رَسُولَ اللَّهِ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ فَمَنْ في سَبِيلِ اللَّهِ فقال رسول اللَّهِ
من قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ أَعْلَى فَهُوَ في سَبِيلِ اللَّهِ


“ Hadis Abi Asy`hari r.a. : bahawa seorang lelaki A’rabi mendatangi nabi saw lantas bertanya : Wahai Rasulullah , seseorang berperang ( berjuang ) supaya memperolehi harta ghanimah , ada yang berjuang supaya namanya disebut – sebut , ada yang berjuang supaya dilihat kedudukannya , maka siapakah yang benar – benar berjuang dijalan Allah ? maka Nabi saw menjawab : Barangsiapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah swt. maka dial ah pejuang di jalan Allah swt.

Sohih Muslim . Hadis No : 1904
Juzuk 3 Muka surat 1512

Pejuang yang ikhlas

Meletakkan kepentingan Islam mengatasi segalanya , Inilah asas penting bagi seorang pejuang Islam bagi membuktikan keikhlasannya berjuang . Bertindak menjadikan puak atau kumpulan lebih penting berbanding Islam dan perjuangannya adalah satu tindakan salah dan menyeleweng dari manhaj an Nabawi .

Demikian juga sikap berdolak dalih dengan kebenaran demi memburu kepentingan duniawi bahkan sanggup pula mengampu untuk mencari tempat selesa dalam perjuangan kononnya , adalah suatu langkah yang tidak benar serta menyalahi sunnah perjuangan Islam .

Apa yang pasti , pejuang – pejuang Islam mesti mendepani segala cabaran tanpa ragu untuk mengorbankan segalanya andai itulah yang diperlukan. Sekalipun disaat berhadapan dengan pemerintah yang enggan mendaulatkan syariat Allah swt.

Mengambil sikap hanya bercakap dan mengemuka pandangan tidak melebihi dan melampaui pandangan pemerintah merupakan sikap tidak telus dan tidak wajar buat seorang pejuang apalagi seorang muslim bertaraf sarjana .

Tentu sahaja etika kesarjanaan meletakkan kita berani berkata benar dan tiada siapa boleh menghalang kebenaran untuk mengemukakan pandangan atau pendapat berasaskan hujjah syariah yang dipelajarinya.

Pejuang Islam selayaknya Menjuarai dan Mendepani Isu – Isu Ummah

Jangan lengah ! malah jangan sekali kali meletakkan ummah dalam keadaan terpinga – pinga berhadapan dengan isu – isu penting membabitkan kepentingan mereka . Apatah lagi mengeruhkan suasana dengan polemik yang tidak berkesudahan .

Atasi konflik dalaman yang mungkin hanya berpunca dari persoalan yang remeh temeh dikalangan sesama pejuang justeru ia akan menghela kearah suasana yang lebih membingungkan ummah sedang rata – ratanya tidaklah begitu arif ( secara mendalam ) dalam perkara agama dan usul – usulnya.

Tangani isu dengan dada lapang dan positif dalam tindakan . Biarpun ada pihak kita kritik dan tegur tetapi mestilah dengan teguran dan kritikan yang benar . Benar berhujjah , tidak menegakkan benang yang basah . Benar mensasar , yang salah kita kata salah dan yang benar kita kata benar walau datang dari pihak yang sama .

Menegur biar Benar .

Saya pernah mengkritik dan membantah pihak Jabatan Agama kerana beberapa tindakan seperti membabitkan diri dalam isu meroboh surau , menghalang penceramah agama semata – mata kerana ia tidak mempunyai tauliah sedang penceramah tersebut adalah graduan Universiti yang diiktiraf ilmu dan sijilnya.

Tetapi saya membelanya apabila ada pihak yang mempertikai tindakan pihak Jabatan Agama menangkap orang yang berkhalwat di hotel – hotel sehingga menganggap mereka suka mengintip semacam “mat skodeng” . ( dan saya telah berhujjah panjang dalam pembelaan saya terhadap pihak Jabatan Agama ) .

( Maksud yang tersirat disebalik pembelaan itu , adalah saya tidak mahu dilihat kelak bahawa tindakan menangkap orang berkhalwat itu adalah salah dengan saya tidak menafikan ada kelemahan dalam prosuder yang diambil , namun itu boleh diperbaiki .

Malah satu satunya pihak yang mempunyai authoriti untuk mencegah maksiat seumpama itu ialah pihak Jabatan Agama . Jika pihak Jabatan Agama dinafikan tugas mereka , saya bimbang ada pihak rasa lebih selesa untuk terus kekal melakukan maksiat tertutup itu . )

Pembelaan itu bukan kerana saya bermusuh dengan pihak yang mempertikai Jabatan Agama ( Sohibus Samahah Dr. Asri Zainal Abidin ) tetapi untuk tidak membuka ruang kepada pelaku maksiat agar mereka tidak berasa selesa untuk terus melakukan maksiat, sementelah pula negara kita tidak meletakkan Syariat Islam sebagai peraturan yang berdaulat pula membuka ruang terlalu lebar untuk maksiat dan mungkar bertapak .

Adapun kelemahan dan kekurangan pihak Jabatan Agama dalam melaksanakan tugas mereka , saya sangat percaya bahawa Sohibus Samahah mengetahui apakah saluran yang tepat untuk memperbetulkannya kerana beliau kini menjadi “ orang dalam ” setelah menjawat jawatan mufti , tidak lagi seperti saya sebagai “ orang luar ” .

Sikap saya terhadap Sohibus Samahah Dr. Asri Zainal Abidin .

Akhir – akhir ini , ramai orang menghubungi saya lalu bertanya apa pandangan saya terhadap Dr. Asri Zainal Abidin . Saya percaya ini semua bermula dari artikel saya yang mengkritik Dr. Asri disiarkan oleh Harakah tempohari .

( Sebetulnya bukan saya sahaja yang melahirkan rasa tidak bersetuju dengan Dr. Asri tetapi juga Ustaz Zaharudin bin Abd Rahman , Ustaz Khairudin Aman Razali dan ramai lagi . )

Saya tidak pernah memutuskan persahabatan yang saya bina antara saya dengan Dr. Asri dan saya harap beliau juga begitu .

Sebenarnya tidak banyak pun perkara yang saya bercanggah pendapat dengannya kecuali dalam beberapa perkara seperti isu serban , menganggap PAS dikuasai oleh fahaman syiah tanpa mengemukakan bukti dan mengintip pasangan khalwat oleh Jabatan Agama , berbanding perkara yang saya bersetuju pendapat dengannya seperti isu ayat Al Quran dijadikan ring tone , karenah birokrasi di Jabatan Agama yang menyulitkan pengadu , pengurusan masjid yang dilihat tidak mesra remaja dan banyak lagi .

Ketika saya mengkritik beliau , saya tidak pernah menghilangkan penghormatan saya terhadap beliau dan sehemat saya dan saya harap begitu , bahawa saya masih berada dalam batas etika mengkritik . saya sememangnya mengharapkan saya benar bersama benarnya agama indah ini , namun mungkin pandangan saya tidak tepat maka saya bersedia menerima pembetulannya atau kritikan balas.

Namun , andainya saya benar – benar berada dalam keadaan yang benar bersama hujjah yang saya kemukakan , maka tiada sebab ia tidak diterima . Itulah etika kesarjanaan yang saya faham .

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2007/01/berjuang-biar-ikhlas-menegur-biar.html


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-03-07 05:40


Berjuang biar Ikhlas

Menegur biar berhikmah!

Berdakwah bermula dengan berilmu untuk diri sendiri dulu

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-03-07 11:12


saya yakin kita semua istiqamah mahu melakukan perubahan.....

apa yang penting sekarang,kita perlu tanya diri kita apakah kerja islam yang telah kita lakukan di kampus,???ketepikan dulu soal jemaah mana,kerana jemaah itu hanyalah sebagai wasilah....harap semua terlibat dalam amal-jamai....berjemaah...mana mungkin kerja islam boleh dilakukan seorang diri sahaja..........

joinlah semua program jemaah islam di kampus.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-03-07 17:32


Setiap individu ada peranan masing-masing. Lakukan menurut kemampuan dan keikhlasan hati serta memohon petunjuk dan hidayah dari Allah SWT agar dipertemukan dengan jemaah yang apabila kita berada di dalam nya kita rasakan diri kita semakin mengenal Allah SWT dan rasa kasih dan sayang dengan melakukan amar ma'ruf nahi munkar.

"Semua kamu akan masuk syurga, kecuali orang yang membantah. Sahabar bertanya,"Ya Rasulullah siapa yang membantah? Rasulullah bersabda: Siapa yang mentaati aku dia akan masuk syurga dan siapa yang membantah dan mengingkari aku maka sebenarnya dia membantah."
(mafhum Hadith)

Wallahuta'ala a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 07-03-07 00:08


Pendapat saya, kesan negatif yang timbul akibat fanatik terhadap jemaah berpunca daripada kurangnya ilmu. Maksudnya, hanya mengikut tanpa berpandukan ilmu. Di sinilah pentingnya tarbiyah kepada ahli jemaah supaya mereka faham, apa tujuan jemaah, Kenapa berjemaah itu wajib, adab dan disiplin dalam berjemaah.

Saya setuju dengan pendapat saudara, jemaah itu hanya sebagai wasilah, yang kita nak bawa sebenarnya adalah Islam sebagai cara hidup dalam usaha untuk mendaulatkan Daulah Islamiyah. Dan untuk mewujudkannya, kita tak boleh lakukan seorang diri, tetapi perlu berjemaah. Wallahuallam.


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


SETUJU...jangan IKUT MMBUTA TULI.IKUT DENGAN ILMU...baru KITA TAU TUJUAN SEBENAR HIDUP...YANG DOK JADI MASALAH SEBAB tak PAFAM KONSEP SEBENAR.SO SALAH SIAPA?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

fadhli
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.07.2003
Ahli No: 2498
Posting: 171
Dari: Negeri Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-03-07 15:40


Assalamua'laikum...

JAMAAH ITU SATU KEPERLUAN
UMMAH ITU SATU TUJUAN

Sekadarpendapat,
tidak sepatutnya timbul soal fanatik jemaah dalam kita menjalankan gerak kerja dakwah. Sekarang tidak ada jemaah muslimin. Yang ada adalah jemaah minal muslimin. Ana bersetuju bahawa PAS, JIM, ABIM, Tabligh jemaah Islam tetapi ana tidak bersetuju sekiranya meletakkan UMNO sebagai jemaah Islam. Dan ini lah yang hendak dibwa oleh pemikiran Ummah Centric.

Wallahua'lam


-----------------
Barangsiapa percaya bahawa dia akan memperolehi syurga tanpa berusaha, sesungguhnya dia adalah seorang yang berhayal. Dan barangsiapa percaya bahawa dia ak


Bookmark and Share

    


  Member Information For fadhliProfil   Hantar PM kepada fadhli   Pergi ke fadhli's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.162109 saat. Lajunya....