Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminat NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 199
Ahli: 0
Jumlah: 199




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 14 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: rooftop rant part... bestnya cerita ni


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» rooftop rant part... bestnya cerita ni

Please Mendaftar To Post


Oleh rooftop rant part... bestnya cerita ni

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-02-07 22:53


Rokok tanpa filter tu dah habis separuh.Pandangannya menebar pada kenderaan yang bertali arus di jalan.Sesak.Macam isi kepala yang terasa sesak jugak.Nafas dilepas dengan rengus perlahan bersama asap rokok yang berkepul.Sekali lagi dia menjeling ke arah jalan yang penuh di bawah kaki yang terjuntai dari rail.Kenderaan bersesak bergerak ngalahkan tenggiling berjalan.Traffic jam=office hour habis=tuition habis. Jam di tangan dipandang.About time.Rokok yang masih tinggal separuh di celah jari ditonyoh ke lantai simen di sebelah silanya sebelum dicampak ke bawah.Botol apple juice kosong dan pembalut Snickers dicapai.Matahari dah makin condong.Gagak-gagak bandaraya galak terbang sambil contribute dalam pencemaran bunyi.Namun di matanya seluruh alam bisu kerana di telinganya hanya Metallica yang bersuara.

    Malas dia bangun berdiri sambil mencapai backpack di atas lantai.Zip dibuka.Sampah di tangan dimasukkan.Botol Davidoff ditarik keluar,disemburnya Cool Water ke badan macam menyembur Ridsect pada nyamuk tiruk.Botol kaca itu dicampak kembali ke dalam backpack sambil berjalan menghala ke arah pintu.Backpack disandang ke bahu.Tangan kanan menyeluk poket jeans.Spearmint Chewing Gum dibawa keluar.
    
    *

    “Pagi petang siang malam dengan papan tu!Pagi petang siang malam dengan basket!Selagi matahari tu tak terbenam tak nampak muka!Malam keluar lagi.Nak jadi apa kamu ini?!”

    Bola Spalding itu dilempar sekuat hati ke arah backboard.Bergegar papan putih separa reput itu.Serpih-serpih cat dan papan gugur macam snowflakes turun di tengah winter.

    “Belajar liat!Cuba ikut sikit perangai Abang Long dengan adik kamu tu!Tak malu ke dengan perangai kepala macam kamu?!”

    “Woi mangkuk!agaknya lepas geram channel tempat lain lah!Nak jahanamkan backboard tu apahal?!Hancur kau nak beli baru ke?!”

    Sumbang semacam saja dengar suara tu.Dia tak menoleh pun.Langkahnya diatur ke tepi court tempat meletak begnya.Backpack Undecided hitam yang berlukis JADED sebesar alam dengan aerosol paint neon green tu dicapai.

    “Tengok tu buat pekak pulak!”

    Masih buat tuli.Botol air dikeluarkan.Air diteguk menuruni rengkung, menjawab panggilan tekak yang terasa dijemur tengah Sahara.

    “Eh,kau ayan apahal?” Abuy riak pelik bertanya sambil berjalan ke arahnya.Spalding dilantun ke lantai court.Aku sakat buat bodoh saja.

    Matahari dah makin condong.Botol air yang dah kembali bertutup dicampak ke dalam beg.Sapaan Abuy tak dijawabnya.Case cermin mata ditarik dari beg.Cermin mata dikeluarkan “Aku nak balik dah ini.” Beg disandang ke bahu kanan. “Jumpa malam karang lah dekat stall.” Tanpa berpaling dia dah menapak pergi.Cermin mata ala John Lennon tu disarung ke muka.Langkahnya diiringi riuh burung yang galak terbang pulang ke sarang.

    ***

    Elok saja lepas Margrib dia dah melangkah keluar rumah.Mak bising,macam selalu.Ayah di surau.Abang dengan adik macam biasa lah,kat uni memasing.Abang kat UM,adik kat USM.Dan dia...?

    Jaded.

    Cermin mata John Lennon dibetulkan di balik visor helmet.Motor dipecut menuju ke stall burger.

    *

    Backpack dicampak ke atas katil sebelum tubuhnya turut dihumban ke sana.Matanya memaku ke siling.Bosan!Balik rumah pun macam balik rumah hantu.Sunyi saja.

    “Ibu sama ayah belum pulang lagi.” Buk Jah dari tanah Medan tu yang memberitahu sebaik sahaja dia melepasi pintu rumah. “Ada makan malam di luar.”

    Mode rumah ini ada dua saja.Either sunyi rumah hantu,tak pun bising screaming banshee.Tangannya meraba mancari remote-remote yang berterabur atas katil.Speaker mini-compo berdentum dengan Another You-Cromok di tengah lagu.Lampu utama dimatikan dan lampu tidur dipasang.Dia masih mengadah siling.Hanya deru air-cond yang memecah sepi bilik.Dia merengus perlahan sambil menarik backpack di sebelahnya.Malas nak tukar baju,malas nak mandi,malas nak makan,malas nak buat apa saja.

    Tidur lah.

    Zip backpack itu ditarik buka.Isi beg tu tonggang-terbalik dengan botol Davidoff,pencil-case,planner,Cornwell,botol mineral water yang air tinggal separuh, Snickers bars,paket chewing-gum,lighter,dan entah apa lagi.Ditonggang habis keluar segala apa yang ada.Mana ke dia...Sebelah tangan mengirai khazanah yang segala macam jenis tu.

    Gotcha.

    Paket plastik putih tu dicapai bersama botol mineral water.Tablet merah jambu sebesar kacang hijau dikeluarkan dua biji.Sekilas dia menjeling jam di dinding.Baru pukul 7.45 malam.Two should do.Tablet-tablet itu ditelan senafas.Dia melepas nafas panjang.Kepala kembali dihempas ke bantal.Lambat-lambat jam di tangan kiri dirungkai dan dibiarkan jatuh di atas katil.Kemudian menarik keluar isi poket jeans.Wallet dikeluarkan dari poket kanan.Handset ditarik keluar dari poket kiri.Tali MP3 ditarik melepasi kepala.Dan mata dah mula rasa layu.Tangan kanan dibawa ke mulut menahan kuap.Paket L&M di dalam back pocket dibiar tak dibawa keluar.Dan lena datang membawanya keluar dari alam nyata.

rooftop rant~2i
         Langkahnya berlari mendaki tangga emergency yang dah berkarat berlapuk dimamah usia tu.Korn berlagu di telinga dengan Twisted Transistor.Hari ini Khamis.Khamis maknanya tusyen Fizik.Bosan!Sampai ke bumbung Wisma Topaz empat tingkat tu dia termengah seketika.Penat berlari.Angin yang bertiup terasa satu bless tak terhingga menyejukkan tubuh.Dia berdiri bercekak pinggang di depan entrance membiarkan seluruh tubuh disapa bayu.

    Ek?Wajahnya berubah riak bila kertas A4 itu melayang ditiup angin ke arahnya.Menari dihembus cik angin hingga tertampan di kaki kiri.Lambat-lambat dia tunduk memungut A4 berlukis di kaki itu.Matanya jatuh pada sketch random suasana pelajar dalam kelas.Oh...budak art tu ada hari ini,mamat tu dah sampai dulu.Telahannya terjawab bila dia mengangkat wajah.Anak muda bercermin mata ala John Lennon tu berdiri dari tempat duduknya yang selalu.Hujung sebelah kanan bertentang dengan bangunan rumah kedai seberang jalan.

    Budak punk ini dah sampai.Si cermin mata John Lennon bersuara dalam hati bila pandangannya menala pada budak rambut-macam-anak-burung-baru-tumbuh-bulu yang sedang memegang A4nya yang melayang tadi.Sketchbook dan pensel mekanikal di tangan diletak di atas backpack JADED.Lambat-lambat dia menapak ke arah anak muda rambut-ala-anak-burung-baru-menetas yang masih berdiri dengan artworknya itu.

    A4 itu bertukar tangan tanpa suara.Si Cermin Mata John Lennon kembali melangkah ke tempatnya.Dan dia menapak ke arah tempat lepaknya yang selalu di hujung kiri setentang dengan Wisma Rebung.Bacpack dilepas dari bahu dan dilurut ke lantai simen.Mengah berlari tadi masih terasa.Pandangannya ditebar sejauh mungkin melewati bumbung-bumbung bangunan lain dan orang serta kereta yang lalu lalang di bawah.Nafas panjang ditarik.Segar.Puas.Lambat-lambat dia duduk sambil bersandar pada tembok batu di belakangnya.Paket L&M ditarik keluar.Sebelah tangan lagi menyelongkar backpack mencari lighter.

    Angin membawa salam.Asap rokok dari hujung kiri rooftop menyapa hidungnya.Tangan yang sedang menulis initial di hujung sudut kiri A4 terhenti.Cermin mata John Lennon dibetulkan di batang hidung.Sekilas dia memandang ke hujung kiri.Budak punk tu tengah smoking sambil melayan pandangan ke serata alam.Seperti selalunya kalau mereka bertembung di rooftop Wisma Topaz ini.Pensel mekanikalnya kembali berlari.Jade.

    Selalunya dia sendirian di rooftop Wisma Topaz ini.Asap rokok dihembus memberi hadiah kepada angin.Discover tempat ini bila ibu bising suruh dia enroll masuk tuition lah.Dan ayah enrolkan dia masuk Pusat Tuisyen Cemerlang kat bawah tu.Mencari lubang untuk escape...bukan payah.Hari first tuition,dia attend.Hari second,dia attend kat Parade.Tapi macam bosan lah pulak jalan kat mall.Bukannya ada apa pun.Kali ketiga tuition,dia attend.Dari tempat duduknya di tepi tingkap boleh nampak sikit hujung kanan Wisma Topaz.Nampak macam ada kelibat orang duduk kat atas rooftop tu.Dan kali keempat tuition,langkahnya dihala ke rooftop Wisma Topaz.Dan dia berjumpa loner’s heaven.

    Dia hanya datang ke sini bila nak mencari ruang.Mencari ketenangan.Mencari pemandangan.Bila dia melukis.Bila dia tidak berada di kolej,di gelanggang basket,di ramp skate,atau di stall burger.Bila dia ingin sendirian mencipta dunianya di hujung mata pensel yang tak pernah kenal erti realiti.Dia menjejak rooftop Wisma Topaz pertama kali ketika cuba membuang perasaan.Idea yang mulanya dirasa bodoh,tapi yang membawanya ke alam batu simen tanpa beratap yang lebih tenang daripada rumah berdinding empat beratap genting.Mula awal tahun ini budak punk tu join lepak kat port aku ini.Dia memandang lagi ke arah kiri rooftop di balik specs John Lennon dengan hujung mata.Mereka tak pernah bertegur sapa.Tak pernah bersuara.Seolah masing-masing faham yang masing-masing mencari sepi ketenangan di atas rooftop usang ini.Dia akan terus melukis bila dia datang,dan budak punk tu akan sentiasa mencari tenang dengan membuang pandang.

    MoU bisu yang termetrai tanpa apa-apa.

    Rokok sebatang dah habis.Dia melepas nafas perlahan.Tangan dah terasa sejuk dan clammy.Cold sweat dah terasa mula merecik di dahi.Bibir bawah diketap sambil menarik backpack ke riba.Not good a sign...not good a sign...Zip dibuka.Dah lah tadi tak lunch.Tangannya menyelongkar di celah botol Davidoff,planner,novel,dan lighter.darn!Terlupa nak bawa!Tubuh dah terasa makin basah dengan cold sweat.No..please..not now...bukan kat sini...Dia menelan liur yang makin terasa pahit.I need it..fast!Separuh merangkak dia bangun melangkah menjauhkan diri dari tepi tebing batu yang boleh jadi tempat terjun bunuh diri itu.Lutut dan kaki dah mula rasa terketar melangkah merentasi rooftop ke arah entrance exit.Tangan yang memegang backpack juga sama.Mata dah mula nampak kelabu dan langkah terasa macam melayang.

    darn!!

    Dan gelap.
rooftop rant~2ii
         “Hypoglycemic ini...” Dr. Fadhil menggumam sendiri. “Kurang gula dalam darah.” Dia mengangkat wajah memandang Jade. “Dia tak ada sakit lain,kan?”

    “Saya tak kenal dia.” Jade menala pandangan ke arah budak yang masih terbaring tak sedar diri tu. “Tiba-tiba saja rebah tengah jalan.” Buat terkejut aku saja budak punk ini.Ingatkan tadi dah mati.Nasib baik tingkat bawah ini ada klinik.

    “I see...” Dr.Fadhil mengangguk. “Awak tunggu sini dulu.Tolong daftarkan dia sekali?Awak ada indentification dia?”

    “Saya tak kenal dia.” Sekali lagi Jade mengulang.Doktor ini lah pun...Nak aku cakap Latin ke?!

    “Oh yes...” Doktor separuh umur tu mengangguk.Dia melangkah ke arah pesakitnya yang masih terlantar. “Cuba awak try check backpack dia.”

    Backpack itu ditarik ke atas riba.Zip beg itu ditarik.Pandangannya jatuh atas yearly planner Reader’s Digest yang tonggang langgang di dalam beg dengan botol Davidoff,pencil case,Cause of Death-Cornwell dan lighter.Planner pipih itu ditarik keluar.

    Personal data.

    Name: Khairul Batrisya buat. Mazni

    Batrisya.Binti.Mazni.

    Binti.

    Mata Jade bulat.Dia menala pandangan ke arah budak tu.

    She’s a girl!!

    *

    Gelas plastik berisi jus itu perlahan-lahan dibawa ke bibir dengan tangan yang masih terketar.Tau-tau bila sedar dah terbaring atas bed mana entah.Dan benda pertama yang berlayar masuk medan pandangan selain daripada siling putih,muka Si Cermin Mata John Lennon dengan pakcik cermin mata ala Indiana Jones.Dia kini masih duduk di atas bed dengan belakang bersandar ke dinding di dalam salah satu bilik rawatan.Depan bajunya dah basah dengan jus tumpah,bahana nak membawa gelas jus ke mulut last-last mandi pulak jadinya.Masa mula-mula sedar diri tadi.Sudahnya si cermin mata John Lennon tu pulak yang tolong pegangkan cawan untuk dia minum macam budak tiga tahun minum bersuap.Tapi tu pun sebab pakcik Indiana Jones yang suruh lah.Nice doc.Dr.Fadhil dah call number Dr.Wan yang bertulis dalam planner for previous records.Dr.Fadhil suruh Si Cermin Mata John Lennon tu belikan dia juice dan choc bars dari kedai sebelah elok saja dia sedar celik mata tadi.

    Dibelinya juice sampai seliter dengan Cadbury Black Forest bars sampai lima.

    Dan Dr.Fadhil suruh dia take-in sebanyak yang mungkin sampai badan tak lagi terasa melayang.Typical advice untuk orang hypo.Gelas jus dibawa lagi ke bibir.Tangan masih terasa sejuk dan clammy.Renungan Si Cermin Mata John Lennon di balik kaca matanya dibuat tak endah.Kepala masih tak dapat nak pusing betul.

    Renungan Jade masih tak berganjak.Susah betul aku nak compute budak ala punk ini perempuan.Nama punya lah feminine.Batrisya.Appearance sekali pandang macam budak...cadet?Rambut ala 4-2-1.Baju baggy sama camouflage.Jade merenung atas bawah.Dah jadi satu kerja pulak aku menunggu dia kat sini.Dah dekat nak suku botol dah jus tu ditelan,dah dua bar choc dibaham,dan tadi pun doktor tu bagi cucuk air sama gula entah berapa gelen pun aku tak tau.Tapi terketar jugak lagi tangan pegang cawan tu.Muka pun pucat lagi dengan cold sweat bermanik di dahi.Sekali tengok macam mat gian tengah cold turkey pun ada.

    “Nak jus lagi?” Datar Jade bertanya sambil menarik botol jus dari meja di sebelah kerusinya.

    Dia hanya mengangguk.

    Jus dituang ke dalam gelas yang dah kembali kosong. “Jade.” Dia menutur sepatah.Wajah budak tu dipandangnya. “Nama kau Batrisya.Kau nak aku panggil kau apa?” Memang sebijik macam mat gian tengah cold-turkey.

    Diam sejenak.Matanya jatuh pada planner di atas meja bersebelahan dengan botol jus.Si Cermin Mata John Lennon tu dah baca personal info gamaknya. “Trisy.” Badan memang rasa masih menggeletar out of control.
    
    “So.” Botol jus kembali diletak ke meja. “Kau dah OK ke ini?” Datar Jade bertanya sambil membetulkan cermin mata. “Sebab doc tu suruh aku hantar kau balik rumah.”

    “No.” Kening Jade terangkat sebelah bila mendengar gadis itu menjawab kasar. “No.” Trisy mengulang sedikit kendur. “Nanti aku balik sendiri.”

    “Kau nak balik sendiri macam ini?” Aku rasa budak ini karang nak melangkah setapak pun dah sujud bumi lagi sekali.
    
    Angguk.Jus dibawa lagi ke bibir.darn!Kepala masih terasa melayang.Badan rasa macam dalam fridge.

    Jade membuka backpack.Light jacket yang selalu dipakai bila bawa motor ditarik keluar.Dihulur ke arah Trisy. “Kau dah macam mat pit kena withdrawal symptom saja aku tengok.”

    Jaket tu bertukar tangan.Trisy tak menolak.Memang badan rasa macam baru lepas kena simbah air ais.

    “Aku hantar kau balik.”

    “Aku balik sendiri.”

    “Ikut suka hati engkau lah.” Jade hanya menjungkit bahu.Dia merenung jam di tangan.Dah lambat dah ini.Turn dia nak jaga stall dah berlalu dekat setengah jam.Jade bangun sambil menyarung backpack ke bahu.Trisy dipandangnya. “Kau betul boleh balik seorang ini?Aku dah nak kena blah dah.”

    Angguk.

    Jade dah membuka pintu.Bayangnya hilang tanpa sepatah kata lain.Trisy bersandar.Matanya dipejam sejenak.Tubuh masih terasa longlai macam sponge yang kena perah habis.Light-headed,dizzy,terketar,nauseous.Perfect...Perfect...Bunyi pintu yang kembali terbuka membuatkan dia kembali membuka mata.Jade?

    Dr.Fadhil melangkah masuk. “Macam mana?OK?”

    Trisy senyum tawar. “Living.” Aku rasa nak termuntah.

    Doktor separuh umur tu memandang keliling. “Eh,boy tadi mana?”

    “Dah balik.”

    “lah...saya suruh dia hantar awak balik tadi.”

    “Dia ada hal.” Trisy bangun dari sandarnya.Gelas plastik kosong tu diletak di atas meja. “Saya tak kenal dia pun.” Hati-hati dia cuba berdiri. “Berapa bil,doc?”

    “You check dekat counter nanti.Betul boleh balik sendiri ini?” Dr.Fadhil merenung anak gadis tu atas bawah.Cuba assess keadaannya.

    Angguk.Planner di atas meja dicapai bersama backpack.Sebelah tangan lagi menyeluk wallet dari saku jeans. “Saya ada fifty saja,doc.” Trisy mengangkat wajah.Band-aid di atas lengan kirinya memberitahu,masa tengah tak sedar diri tadi mesti kena drip punya.Bil mahu lebih dari apa yang aku ada dalam wallet ini.

    “Awak bayar saja lah dulu dengan apa yang awak ada.” Dr. Fadhil senyum dalam mengangguk. “Saya call Dr.Wan tadi,awak ambil meds awak macam biasa atau dah stop?”

    “Macam biasa.” Dia melepas nafas perlahan.Kepala masih lagi terasa ringan kosong.

    “Macam mana boleh sampai pengsan tadi?”

    Backpack dibawa ke bahu kanan. “Tak lunch.Juice dengan Snickers pun lupa nak beli.” Trisy menutur tanpa perasaan.Pastinya Dr. Fadhil faham kata-katanya.Sugar supply. “Saya balik dulu lah,doc.”

    Angguk. “Baik-baik jalan tu.”

    Trisy hanya mengangguk kembali sebelum memulas tombol pintu.Aku rasa macam nak pengsan balik.

    *

    “Bang,daging satu benjo dua.”

    “Siap.” Tangannya cekap membalikkan kepingan daging burger.Wajah dah terasa hangat berminyak dengan bahang api,tapi semua tudah ditolak tepi.Dia dah masak dengan semua tu.Duit tak datang dengan senang.

    “Ye,dik?” Jade menegur budak baya 10 tahun yang baru sampai ke stall mereka.

    “Nak benjo satu.”

    “OK.” Tangannya mencapai ‘acu’ untuk telur.Ring besi bulat macam gelang tu diletak tiga di atas plate menggoreng.Tangannya mencapai telur yang dah siap berbasuh.Satu demi satu dipecahkannya ke dalam setiap acu.Dia dah mula jual burger sejak lepas SPM.Join venture dengan geng-gengnya yang lain. Dia,Abuy,Helmi,dan Roden.Mula berniaga dari petang hingga ke tengah malam.Ikut shift yang bertukar.Dia happy saja jual burger.At least duit tu halal.Tak kisah lah orang-orang kat rumah tu nak bising macam mana pun.

    “Dik,daging black pepper sauce tiga.”

    “Siap.”

    *
    Dia sampai ke rumah lebih kurang pukul 6.15 dengan teksi.Buk Jah yang menerpa di depan pintu.

    “Batrisy!Kok bagemana sih!” Cemas Buk Jah bertanya sebaik sahaja dia masuk ke rumah. “Doktornya nelepon dari kantor.Tanya kok ibu sama ayah ada di rumah,tapi duanya di tempat kerja.”

    “Trisy tak ada apa,Buk Jah.” Dia sengih tawar. “Macam biasa saja.” Kepala lutu aku rasa nak tercabut.

    “Doktornya bilang Batrisy pengsan nggak sedar diri!” Buk Jah menggeleng. “Buk Jah bimbang.Cuba untuk dihubungi ibu sama ayah juga nggak kedapatan.”

    Trisy hanya menggeleng dengan sengih sumbing. “Ayah dengan ibu tatau pun tak kisah Buk Jah.Biasa saja.” Dia mengulang lagi.Dia menapak ke tangga. “Trisy naik dulu.”

    “Trisy nggak mahu makan dulu?”

    “Tak lapar.” Tak selera.

    “Mana...nanti pengsan lagi kerna perutnya kosong.Buk Jah persiapkan bawa ke atas.”
    
    There’re times when strangers are like family,and family are like strangers.
rooftop rant~3
         Kedua belah tangannya dilarikan ke celah rambut dengan gel.Baru rasa segar sikit lepas mandi.Hari ini tak pergi sekolah pun.Balik semalam sampai lah hari ini tak nampak pun muka ibu dengan ayah.Tapi tau lah mereka ada.Sebab ada saja bunyi suara orang menjerit-jerit tu.

    “Buk Jah sudah bilang sama ibu dan ayah,Batrisy kurang sihat.”

    Mungkin sebab tu agaknya tak ada orang bising aku tak turun breakfast untuk pergi sekolah.Even jenguk ke bilik pun tak ada.Heh.Happy family.Tangan terus dilarikan di celah rambut di depan cermin.Sekilas dia memandang backpack. Juice.Checked.Choc bars.Checked.Tangan kemudian dilap pada paha jeans.Dia melangkah ke katil.Backpack dicapai.Sebelah tangan lagi mencapai light jacket dark burgundy itu.Langkahnya hilang di balik pintu.
bersambung....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-02-07 07:41


hm...
cerita ni hlovate yang tulis kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

tengku_anis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.11.2005
Ahli No: 20231
Posting: 204
Dari: ..:Bumi BaitulMaqdis :..

india   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 18:34


yurp... dan cerita ni still in progress kan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tengku_anisProfil   Hantar PM kepada tengku_anis   Pergi ke tengku_anis's Website   Quote dan BalasQuote

Afina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26223
Posting: 219
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 19:23


kalau tak silap saya cerita ni dah habis dah hlovate tulis. Ada kat blog dia.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AfinaProfil   Hantar PM kepada Afina   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 27-06-07 20:59


seni penulisannya mana?:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-06-07 15:35


Pada 27-06-07 19:23 , Afina posting:

!!! QUOTE !!!

kalau tak silap saya cerita ni dah habis dah hlovate tulis. Ada kat blog dia.....


belum habis lagi.. rooftop rant sedang hibernasi..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Afina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26223
Posting: 219
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-06-07 17:25


Pada 28-06-07 15:35 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-06-07 19:23 , Afina posting:

!!! QUOTE !!!

kalau tak silap saya cerita ni dah habis dah hlovate tulis. Ada kat blog dia.....


belum habis lagi.. rooftop rant sedang hibernasi..




owh hibernasi rupanya... sorry....sebenarnya saya baru saja baca kat blog hlovate...
rupa-rupanya ada sambungan Part 4 lah ye.....

Dr. meow bila lagi nak smbung episod 12, muna vol 2? :-D


-----------------
A GOOD PLAN TODAY IS BETTER THAN A PERFECT PLAN TOMORROW...
[ Telah diedit oleh: Afina pada 28-06-07 19:05 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For AfinaProfil   Hantar PM kepada Afina   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 27-03-08 00:00


huhu...
rooftop rant will be a book....!


-----------------
:::never stop trying because at the end of the tunnel there's a light-j.j palomo:::


Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.746227 saat. Lajunya....