Oleh |
kecewa yang tak terluah lagi.. |
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 18-02-07 22:30
assalamualaikum... lama dah nak luahkan, tapi tak tau mana nak luahkan... ingin rasa nak mengadu, tapi tak tau pada sapa nak mengadu... kecewa sangat dengan keadaan orang kita yang semakin leka dengan hiburan yang dilonggokkan depan mata.... dengan umpan duit dan kereta.... seolah-olah dah jadi makanan asasi rakyat negara kita... apa nak jadi....
|
rul
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.07.2005 Ahli No: 17312
Posting: 55
Dari: malaysia
|
Posting pada: 18-02-07 22:46
dah fitrah nya begitu... [ Telah diedit oleh: rul pada 18-02-07 22:49 ]
|
rul
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.07.2005 Ahli No: 17312
Posting: 55
Dari: malaysia
|
Posting pada: 18-02-07 22:48
|
azzahrah
WARGA SETIA Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 19-02-07 00:55
Pada 18-02-07 22:30 , anis_zulaikha posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum...
lama dah nak luahkan, tapi tak tau mana nak luahkan... ingin rasa nak mengadu, tapi tak tau pada sapa nak mengadu...
kecewa sangat dengan keadaan orang kita yang semakin leka dengan hiburan yang dilonggokkan depan mata.... dengan umpan duit dan kereta....
seolah-olah dah jadi makanan asasi rakyat negara kita...
apa nak jadi....
umpan duit dan kereta?? contohnya kak anis?
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 19-02-07 12:26
maksud anis, di hamburkan kekayaan depan mata, terlebur lah iman masing-masing....yang kak anis maksudkan kat sini, kecewa nya tengok terlalu banyak hiburan yang dilonggokkan depan mata... macam-macam lah realiti tv, semua nya nak merosakkan ummat kita... mana janji nak wujudkan negara islam hadhari...sedih tol, semua ni membawa kehancuran dan mendekatkan lagi dengan kiamat.. ALLAH musnahkan sesebuah kaum terdahulu kerana mereka lalai terhadap ALLAH..apakurangnya umat kita hari ni?? bahkan lebih teruk lagi.. [ Telah diedit oleh: anis_zulaikha pada 19-02-07 12:29 ]
|
destinasi_abadi
WARGA SETIA Menyertai: 31.12.2004 Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 26-02-07 09:54
salam... samalah kita...memang kecewa sangat dengan benda-benda macam tu...dan kecewa jugak tengok org keliling kita ini yang seolah-olah tak pkr kehidupan akhirat...semua yang di buat hya untuk dunia...suka saya ingatkan kepada diri saya sendiri dan kawan-kawan...dunia ini kan sementara,tak ada apa-apa pun yang boleh kita bawa ke akhirat kelak melainkan amal soleh....duit,brg kemas,rumah,....?semuanya tak ada makna langsung...kita hidup kejap saja...erm...saya pun kadang-kadang lalai juga...mga Allah sentiasa ingatkan saya dan kawan-kawan semua...insyaAllah...
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 26-02-07 23:01
Pada 26-02-07 09:54 , destinasi_abadi posting:!!! QUOTE !!! salam... samalah kita...memang kecewa sangat dengan benda-benda macam tu...dan kecewa jugak tengok org keliling kita ini yang seolah-olah tak pkr kehidupan akhirat...semua yang di buat hya untuk dunia...suka saya ingatkan kepada diri saya sendiri dan kawan-kawan...dunia ini kan sementara,tak ada apa-apa pun yang boleh kita bawa ke akhirat kelak melainkan amal soleh....duit,brg kemas,rumah,....?semuanya tak ada makna langsung...kita hidup kejap saja...erm...saya pun kadang-kadang lalai juga...mga Allah sentiasa ingatkan saya dan kawan-kawan semua...insyaAllah... betul tu, bila di fikir dalam2, risau pula nengok umat akhir zaman ni... makin lalok dengan keduniaan...
|
alliaazam
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.02.2007 Ahli No: 28915
Posting: 159
Dari: Damansara
|
Posting pada: 26-02-07 23:15
dulu berkawan dengan dak2 yang baik saja.memang tak ngam lah dengan dak2 yang 'nakal' ni.sampe lah masuk uni terfikir nak luas kan lagi jenis2 kawan.maka ada yang baik,mat rempit,mat kereta,minah clubbing...masya'Allah baru lah tahu macam mana keadaan remaja2 sekarang.ada yang dapat duit raya terus pergi cari pelacur dengan harga rm30.mula memang tak nak dekati mereka2 ni.tapi bila d fikir balik.siapa lagi nak tegur mereka kalau bukan kita sendiri.maka marilah ramai-ramai kita berdakwah mengembalikan mereka ke jalan Allah.mereka2 jadi macam tu pun sebab kawan-kawan dan keadaan...sedih....
|
mihar123
WARGA SETIA Menyertai: 20.11.2005 Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::
|
Posting pada: 26-02-07 23:35
faktor diri sendiri adalah penyumbang utama.... Didikan ibubapa... Pengaruh rakan.... Persekitaran.... ----------------- ~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~ My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 26-02-07 23:49
Pada 26-02-07 23:15 , alliaazam posting:!!! QUOTE !!! dulu berkawan dengan dak2 yang baik saja.memang tak ngam lah dengan dak2 yang 'nakal' ni.sampe lah masuk uni terfikir nak luas kan lagi jenis2 kawan.maka ada yang baik,mat rempit,mat kereta,minah clubbing...masya'Allah baru lah tahu macam mana keadaan remaja2 sekarang.ada yang dapat duit raya terus pergi cari pelacur dengan harga rm30.mula memang tak nak dekati mereka2 ni.tapi bila d fikir balik.siapa lagi nak tegur mereka kalau bukan kita sendiri.maka marilah ramai-ramai kita berdakwah mengembalikan mereka ke jalan Allah.mereka2 jadi macam tu pun sebab kawan-kawan dan keadaan...sedih.... GOOD TRY, dakwah jangan tak dakwah...
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 27-02-07 00:42
Tajuk yang menarik. Memang sukar untuk menepis dugaan dunia. Dugaan datang dari semua arah, di mana-mana sahaja, secara sedar atau tidak. Apa sahaja boleh menjadi dugaan, bukan sekadar duit dan wang sahaja. Pada ana, penyelesaian terbaik untuk perkara sebegini ialah dengan memahami siapa kita dan apa yang kita inginkan. Apabila matlamat jelas, perjalanan sehari-hari menjadi lebih mudah dan bermakna.
|
zunah
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.08.2003 Ahli No: 3189
Posting: 207
Dari: malaysia
|
Posting pada: 27-02-07 02:31
emm.. begitulah di akhir zaman ni.... kita manusia sebagai insan(pelupa) dan yang masih ingat cubalah mengingati yang terlupa atau leka.... jangan biarkan mereka terus hanyut dengan arus duniawi yang kita tahu ianya hanyalah sementara...... Akhiratlah kekal abadi
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 27-02-07 08:10
Pada 27-02-07 00:42 , mohdnurhakimin posting:!!! QUOTE !!! Tajuk yang menarik. Memang sukar untuk menepis dugaan dunia. Dugaan datang dari semua arah, di mana-mana sahaja, secara sedar atau tidak. Apa sahaja boleh menjadi dugaan, bukan sekadar duit dan wang sahaja.
Pada ana, penyelesaian terbaik untuk perkara sebegini ialah dengan memahami siapa kita dan apa yang kita inginkan. Apabila matlamat jelas, perjalanan sehari-hari menjadi lebih mudah dan bermakna. memang tol... tapi, pemimpin pun sepatutnya main peranan, perlu ada pemantau kebanjiran budaya hiburan yang melampau kat negara kita ni....
|
kapten06
WARGA SETIA Menyertai: 04.01.2007 Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 27-02-07 08:28
susah juga...kalau macam ini.... makin lama makin teruk jadinya...
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 27-02-07 21:54
Pada 27-02-07 08:28 , kapten06 posting:!!! QUOTE !!! susah juga...kalau macam ini.... makin lama makin teruk jadinya... memang pun... moga ALLAH mencampakkan hidayah kedalam hati kita semua.... [ Telah diedit oleh: anis_zulaikha pada 01-03-07 23:36 ]
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 07-03-07 15:26
inilah akibat bila tak didedhkan dengan akhirat...mereka rasa mereka nak hidup d dunia saja agaknya...
|
houri
WARGA SETIA Menyertai: 18.09.2004 Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 09-03-07 18:32
Bayangkan ada sekumpulan manusia menaiki kapal yang amat besar. Apabila tiba di suatu tempat, nahkoda kapal memberitahu penumpang bahawa mereka akan berhenti di suatu pulau persinggahan. Semua penumpang dikehendaki turun dan manfaatkan masa yang ada untuk mencari sebanyak mungkin bekalan buat perjalanan seterusnya yang lebih panjang. Maka berduyun-duyunlah mereka turun mencari ‘bekalan’ masing-masing. Ada di antara penumpang itu terlalu sibuk mencari bekalan, sehingga mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah di pulau itu. Mereka seolah-olah lupa untuk pulang, menuju ke destinasi sebenar. Setelah cukup tempoh berhenti di tempat itu, semboyan ditiup menandakan sudah tiba masanya untuk menaiki semula kapal dan meneruskan perjalanan ke destinasi. Tetapi amat malanglah beberapa orang yang enggan naik kapal itu semula. mereka terbuai, leka dengan bekalan-bekalan yang mereka jumpa. mereka sudah lupa yang persinggahan itu hanyalah untuk sementara, perjalanan mereka masih jauh. mereka belum tiba pada destinasi sebenar perjalanan mereka. kita tidak dihalang untuk mencari 'bekalan' tapi pada masa yang sama tidak melupakan halatuju sebenar kita. Pada 27-02-07 00:42 , mohdnurhakimin posting:!!! QUOTE !!! Pada ana, penyelesaian terbaik untuk perkara sebegini ialah dengan memahami siapa kita dan apa yang kita inginkan. Apabila matlamat jelas, perjalanan sehari-hari menjadi lebih mudah dan bermakna.
----------------- Jangan pandang remeh terhadap benda-benda yang remeh.
|