Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.
-- Hadis Qudsi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 159
Ahli: 0
Jumlah: 159




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 55 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Isteri benci suami


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Isteri benci suami

Please Mendaftar To Post


Oleh Isteri benci suami

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-02-07 15:17


Soalannya: Apakah hak seorang isteri yang membenci suaminya sedangkan suaminya itu tidak ada sebarang kecacatan dalam rumah tangga serta hubungan dengan isteri tersebut? Ini ternyata dari pengakuannya sendiri bahawa suaminya adalah seorang yang baik lagi bertanggungjawab.

– Siti Rahmah Sulaiman, Kampung Baru.

Jawapannya: Seorang isteri yang membenci suaminya tanpa sebarang sebab selain kedudukan suaminya yang kurang terkenal dan berada sebagaimana suami kawan-kawannya yang lain hukumnya adalah salah. Ini adalah kerana nasib seseorang pada masa yang lalu itu telah ditentukan Allah dari azali dan tiada siapa yang dapat merobahnya. Isteri tersebut sepatutnya memberi perhatian kepada anak dan suaminya mulai sekarang dan berusaha merobah nasib kehidupannya dengan memperbaiki kerjaya hidup bukan menukar atau membuang suami dan anak-anak dan menumpukan kasih sayangnya kepada ampunya haknya. Janganlah penuhi hidup saudari dengan suasana penyesalan terhadap apa yang telah berlaku kerana banyak hikmat yang dijadikan dalam kejadian-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: Allah akan jadikan selepas kesusahan itu kesenangan (surah at-Talaq ayat 7). Saudari perlu banyak bersabar dan perlu ada kefahaman dalam agama iaitu boleh merasai kemanisan dan kesenangan dalam sesuatu kesusahan jika saudari benar-benar bersabar. Ingatlah sesuatu kurnia Allah s.w.t. itu merupakan ujian-Nya. Seseorang yang dikasihi Tuhannya akan diuji dengan pelbagai cubaan dan dugaan. Caranya saudari perlu bersyukur nanti akan ditambah lagi nikmat-Nya seperti fiman-Nya bermaksud: sekiranya kamu bersyukur akan Kutambahi (nikmat) kepadamu (surah Ibrahim ayat 7). Wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Mutiara
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10684
Posting: 47
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-02-07 16:31


Assalamualaikum...

Ingatlah wahai isteri - isteri, kunci syurga itu ada pada suami - suami kamu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MutiaraProfil   Hantar PM kepada Mutiara   Quote dan BalasQuote

xyamani
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26226
Posting: 77
Dari: tepi dinding

yemen  


posticon Posting pada: 11-02-07 17:25


seorang lelaki membawa seorang wanita mendekati jalan mudah ke pintu syurga melalui perkahwinan..isteri yang telah mendapat redha suami akan berbahagia di kehidupan dunia dan akhirat..pelik bila dengar isteri tak suka suami yang baik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For xyamaniProfil   Hantar PM kepada xyamani   Pergi ke xyamani's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101227 saat. Lajunya....