Oleh |
anak angkat di susukan |
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 07-02-07 12:29
assalamualaikum... hai kawan-kawan, baca tak paper hari ni....cerita pasal perempuan yang belum kawin sekarang ambil anak angkat dan kemudian menyusu badan.... apa komen kawan-kawan semua ----------------- Whatever Happen life still go on
|
azzak
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2007 Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor
|
Posting pada: 04-12-08 12:36
wa'alaikumus salam, tak ada komen pun, anak angkat (sebelum bayi berusia 2 tahun).. jadi lah ibu susuan,.. so dah ada darah daging..
|
bintanghati2008
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.07.2008 Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan
|
Posting pada: 04-12-08 13:08
 yang saya tahu....seseorang wanita yang menyusukan bayi sehingga bayi tersebut kenyang... wanita tersebut adalah ibu susuan.. walaupun bayi tersebut hanyalah anak angkat...tapi kalau yang belum kahwin itu.. tak berani nak cakap lah... still ibu susuan agaknya..
|
akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.11.2008 Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind
|
Posting pada: 04-12-08 14:22
maksud soalan adakah bayi menyusu susu si ibu angkat atau perempuan lain....??? confused sikit.... pas tu, nak tanya pulak....bukankah seorang wanita hanya mempunyai air susu setelah bersalin....?? bagaimana pula si ibu angkat mempunyai air susu sedangkan dia masih bujang.......??? lagilah confused.... ada warga ukhwah yang boleh merungkaikan persoalan yang mengelirukan ana ini....
|
sunan-faqih
Warga 5 Bintang Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::
|
Posting pada: 04-12-08 14:53
Assalamu`alaikum, ahli panel yang dikasihi.. saya nak tanya.. boleh ke perempuan yang belum berkahwin mengambil pil mengeluarkan susu badan untuk tujuan mengambil anak angkat atau anak susuan? sekian, wassalam.. al-JawabMengikut hukum syarak, tidak salah wanita bujang yang belum berkahwin untuk menyusukan anak dengan tujuan mengambil anak angkat untuk dijadikan anak susuan walaupun terdapat perbezaan pendapat dikalangan sarjana Islam mengenainya. Ini kerana, dalam kitab-kitab feqh disebutkan satu bab khas tentang adakah disyaratkan wanita yang ingin menyusukan anak itu disetubuhi atau berkahwin terlebih dahulu.Maka kesimpulan pendapat para Imam mazhab adalah seperti berikut : Mazhab Hambali,Syafie,dan Hanafi menyebutkan bahawa : Tidak disyaratkan wanita yang menyusukan bayi itu mestilah sudah berkahwin dan telah disetubuhi. Maka sekiranya wanita dara yang tidak pernah disetubuhi dengan nikah atau wanita pelacur yang terdapat susu di buah dadanya, maka susu tersebut akan menjadikan mereka mahram jika susu tersebut sama ada dari wanita dara atau pelacur tadi disusukan kepada bayi tersebut. Pendapat ketiga-tiga Imam Mazhab tersebut di nukilkan oleh As-Syaikh Dr.Abd Karim Zaidan dalam Ensiklopedianya “Al-Mufassal fi ahkam Al-Mar'ah Wa Bait Al-Muslim” , jilid ke 6 , masa.246 , masalah no : 5513 , bab Perkahwinan dan kesan-kesannya , cetakan Pertama , Muassasah al-Risalah , 1993 – 1413 H. Wallahua'lam. Sumber daripada: Al-Ahkam.Net----------------- SEKRETARIAT K-FIQH Layari www.k-fiqh.com Like our page www.facebook.com/kfiqh
|
Asward_hafiz
WARGA SETIA Menyertai: 02.05.2004 Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang
|
Posting pada: 04-12-08 16:18
|
Asward_hafiz
WARGA SETIA Menyertai: 02.05.2004 Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang
|
Posting pada: 04-12-08 16:22
Pada 04-12-08 14:53 , sunan-faqih posting:!!! QUOTE !!! Assalamu`alaikum,
ahli panel yang dikasihi..
saya nak tanya.. boleh ke perempuan yang belum berkahwin mengambil pil mengeluarkan susu badan untuk tujuan mengambil anak angkat atau anak susuan?
sekian, wassalam..
sunan faqih..dah terjawab ke soalan tu???mengenai mengambil PIL untuk untuk keluarkan susu?? -----------------
|
panahpena
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.11.2008 Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu
|
Posting pada: 04-12-08 16:41
Pengambilan pil hormon untuk mengaktifkan kelenjar susu bagi wanita untuk menyusukan anak angkat mereka saya rasa diHARUSkan. Ini kerana kepentingan masa akan datang. Bila dah jadi darah daging, tiada masalah mahramnya lagi. Saya pun ada mengambil anak angkat. Bezanya tadi perempuan tu masih bujang. Cuma yang ditakuti ramai gadis enggan berkahwin setelah mengambil anak angkat. Itu perlu difikirkan. Saya harap pengambilan anak angkat perlu dikaji lebih mendalam. Biarlah sebuah institusi keluarga yang boleh diberikan hak penjagaan anak angkat agar perkembangan mental anak itu lebih jitu. Jika orang bujang dibolehkan mengambil anak angkat, takut2 nanti keseimbangan sosial terancam dan gejala andartu dan lesbianisme berkembang. Jadi adalah disarankan agar, hanya yang telah berkeluarga sahaja yang boleh mengambil anak angkat. Dengan ini saya mohon mencadangkan.
|
ewanz
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.05.2007 Ahli No: 29954
Posting: 30
Dari: taiping
|
Posting pada: 04-12-08 17:36
yup setuju sangat dengan panahpena semua tu kena ambil kira hmm mungkin disebabkan sekarang ni bilangan lelaki teramatlah sedikit berbanding wanita, jadi sukar bagi golongan wanita untuk mendapatkan suami. yelah, mereka ni kan kalau boleh tak nak dimadukan. jadi sebagai jalan mudah untuk menghilangkan kesunyian ialah dengan mengambil anak angkat...hmmm :: MENJADI BUKAN MENCARI..MEMBERI BUKAN MENERIMA ::
|
sayang_semuanya
WARGA SETIA Menyertai: 23.03.2007 Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 04-12-08 18:48
pada saya tak ada salah nya.. sekarang pelbagai kaedah saintefik untuk si ibu, walau masih bujang, untuk mengeluarkan susu nya sendiri... pada saya, lebih baik, anak angkat itu di susu kan.. jadi, tidak berlaku pelbagai kejadian yang tidak diingini pada kemudian hari... kerana sudah menjadi darah dagingnya...
|
panahpena
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.11.2008 Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu
|
Posting pada: 05-12-08 12:34
Betul tu sayang semuanya. Dengan syarat gadis itu mestilah berpendirian untuk mendirikan rumahtangga. Jangan nanti dia menolak qada dan qadar apabila boleh mangambil anak angkat. Ya lah... Allah akan mengubah qada dan qadar seseorang melalui cara hidup dan doanya. Apabila telah fokus membesarkan anak berseorangan doa untuk memperoleh jodohpun tidak diendahkan, maka jodoh tidak ditentukan lagi oleh Allah untuknya. Alangkah besarnya masalah masyarakat di masa akan datang? Islam ini agama akhirat, Allah yang menjadikan kita dan Maha Mengetahui naluri hambanya maka kerana itu institusi keluarga adalah sesuatu yang wajib ke atas setiap ummat Islam. Di Peranchis, gejala songsang ini telah dijadikan budaya masyarakat. Mereka tidak mahu melahirkan anak dan mendirikan rumahtangga, mereka melihat rumahtangga akan mengongkong kebebasan. Maka mengambil anak angkat dari Afrika adalah digalakkan kerena dianggap membantu yang susah. Dari satu sudut memang baik, tetapi daripada keseluruhannya, amat buruk sekali. Identiti samar menjadikan orang Peranchis hilang arah tuju. Terlalu bebas memilih bukan menjadi asas kesamarataan. Malah menambah ruang polemik perkauman. Sikap membeza-bezakan berleluasa, terbukti ketika kemelut pasukan bolasepak kebangsaan yang terlalu ramai bukan berkulit putih menjadi sasaran kritik pihak tertentu sehingga menghilangkan semangat pemain untuk bertanding. Gejala perkauman di Peranchis amat ketara berbanding di negara lain di mana 'coloured people is always 2nd gred people in France'. Tetapi mereka tidak mahu menambah zuriat dalam institusi kekeluargaan, bagaimana orang kulit putih hendak bersaing dengan 'bangsa pendatang' yang diambil sebagai anak angkat itu? Saya rasa di Singapura pun sudah ada masalah dengan sistem kependudukan akibat rakyatnya tidak mahu menambah zuriat bukan?
|
lebai_y2k
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.09.2003 Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena
|
Posting pada: 05-12-08 17:48
huhu,teringat pulak time baca novel satu janji tulisan ramlee awang murshid,telan pil motilium tab untuk menghasilkan susu badan walaupun tidak melahirkan anak..
|