Oleh |
Kenapa susah sangat nak lupakan seseorang |
nur_anis
Warga 5 Bintang Menyertai: 18.06.2003 Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan
|
Posting pada: 06-02-07 07:32
pelik kan,saat perkenalan dan pertemuan hanya memerlukan waktu yang singkat saja tapi kenapa untuk melupakan seseorang tu susah sangat...saat kita cuba lupakan dia,mesti kenangan dengan dia akan datang...bagaimana ye nak cuba lupakan sseorang tu...
|
Vitamin_Hati
WARGA SETIA Menyertai: 28.02.2006 Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK
|
Posting pada: 06-02-07 07:53
formatkan balik fikiran dari virus-virus perosak sistem.
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 06-02-07 07:57
Pada 06-02-07 07:32 , nur_anis posting:!!! QUOTE !!! pelik kan,saat perkenalan dan pertemuan hanya memerlukan waktu yang singkat saja tapi Kenapa untuk melupakan seseorang tu susah sangat...saat kita cuba lupakan dia,mesti kenangan dengan dia akan datang...bagaimana ye nak cuba lupakan sseorang tu...  senang saja nak lupa, sibukkan diri dengan kerja yang lain, jangan biarkan syaitan menguasai pikiran kita... anis pernah rasa macam yang anti rasa, alhamdulillah, berkat solat hajat yang sering dilakukan, bukan saja dapat lupakan, bahkan ALLAH gantikan dengan yang jauh lebih baik...
|
salmanfarees
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.10.2006 Ahli No: 26728
Posting: 79
Dari: New Zealand
|
Posting pada: 06-02-07 08:45
Background cerita ni tak lengkap. siapa dia yang awak nak lupakan tu? kekasih? kawan? sepupu? guru?
|
futurama
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2334
Posting: 324
Dari: muar, johor
|
Posting pada: 06-02-07 09:35
setuju dengan anis_zulaikha. jangan risau lah..dalam masa 6bulan, insyaAllah..dah boleh lupa orang tu punyaa.. unless kalau nur_anis yang saja-saja cuba nak ingat kat orang tu.hehe~
|
Aezza
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.09.2005 Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang
|
Posting pada: 06-02-07 10:12
ASSALAMUALAIKUM... M...bagaimana nak lupakan seseorang ye.. actualy, memeang susah bila kita nak lupakan seseorang.. lebih2 lagi,seseorang yang memahami kita, sayang kita dan membantu kita menjadi sesorang yang lebih baik dari hari kehari.. kalau kita nak lupakan orang seperti itu sehabisnya mungkin sukar. Apa kata, mulai hari ini cuba untuk tidak memikirkan tentang orang itu. maksudnya jangan sengaja cuba nak mengingati orang itu. banyakkan berdoa,agar kita dapat melupakan crang itu. m... adakan banyak aktiviti untuk diri sendiri. sibukkan diri. tapi jangan sampai memudaratkan kesihatan sudah...
|
Upsi_InMyHeart
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.11.2006 Ahli No: 27262
Posting: 115
Dari: tanjong malim
|
Posting pada: 06-02-07 10:15
salam..saya tau..cuba nur_anis tak layan perasaan tu..insya Allah boleh lah lupakan orang tu..ataupun buat macam saya .buat tak tahu saja..hehehhehe
|
mohamad
 Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 06-02-07 10:19
hhmmm..... semuanya ada pengalaman ni..  cadangan-cadangan yang diutarakan sungguh bernas...  ana pernah juga lalui.... alhamdulillah.... senang saja nak hilangkan virus-virus tu. macam yang dikata oleh "Vitamin_Hati" = format balik fikiran... macam mana??.......hhmmm....... rasa-rasanya semua tahu macam mana nak buat.
|
eyla05
WARGA SETIA Menyertai: 17.10.2005 Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak
|
Posting pada: 06-02-07 10:44
salam....kalau ikut memang susah kita nak lupakan....tapi pangkal pada hati kita sendiri insyaallah kita akan dapat lupakan....
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 06-02-07 11:01
Pada 06-02-07 09:35 , futurama posting:!!! QUOTE !!! setuju dengan anis_zulaikha. jangan risau lah..dalam masa 6bulan, insyaAllah..dah boleh lupa orang tu punyaa.. unless kalau nur_anis yang saja-saja cuba nak ingat kat orang tu.hehe~ tol tu, jangan cari penyakit [ Telah diedit oleh: anis_zulaikha pada 06-02-07 11:02 ]
|
jue_86
Warga Rasmi Menyertai: 02.01.2007 Ahli No: 27983
Posting: 14
Dari: batu pahat
|
Posting pada: 06-02-07 11:06
assalamualaikum... saya pun setuju dengan pendapat antum semua... semoga nur_anis berjaya melawan perasaan2 yang useless tu... percayalah...bukan anda seorang yang bermasalah seperti itu.. pokok pangkal pada diri sendiri...ok,anis?
|
Awadah
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.01.2007 Ahli No: 28250
Posting: 56
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 06-02-07 11:11
salam.... rasanya bukan senang nak lupakan seseorang. kalau saya m'gambil masa bertahun2.tapi. yang penting, kita kena usaha untuk lupakannya.
|
aina_nasuha
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.06.2003 Ahli No: 1488
Posting: 144
Dari: kuantan
|
Posting pada: 06-02-07 11:12
PELIK, memang PELIK...KENAL TAK LAMA, TAPI MESRA... NAK lupa pula, MAKAN masa DAN memang SEKSA.. tapi pokok pangkal pada diri sendiri.. format balik fikiran tak semudah format komputer...tapi kena cuba
|
FIENDA
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.11.2006 Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS
|
Posting pada: 06-02-07 13:33
Assalamualaikum, kita pun tak tahu Kenapa susah sangat nak melupakan sesorang2.kita dah berpisah dengan boy kita tahun lepas tapi sampai sekarang xdpat lupakan dia. hari-hari kita ingat kat dia. Actually, dia sekarang dah ada awek. please tolong kita bagaimana nak lupakan dia? dah xsnggup dah...... ----------------- Salam Ukhwah. Aymie in myheart
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 06-02-07 13:40
assalamualaikum... jangan duduk fikir sangat pasal dia dah lah... jadi orang gila kerja... buat apa saja yang boleh kita buat... basuh pinggan, basuh baju, basuh lantai, basuh tandas... basuh apa yang boleh kita basuh... kalau tak boleh juga.... menjerit puas2 kat tepi air terjun... tapi cara yang paling penting cari seorang teman untuk beerbicara.... untuk meluahkan segalanya... tapi cara yang paling mujarat.... sentiasa ingat pada Allah... wassalam...
|
mihar123
WARGA SETIA Menyertai: 20.11.2005 Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::
|
Posting pada: 06-02-07 13:46
wa'alaikummussalam... memang kalau dah kena penangan cinta macam tulah... saya sebagai sahabat di Ukhwah ni nak bagi panduan... Pengalaman saya sendiri untuk dicintai tu memang ada... Waktu saya sek. dulu saya ada jatuh hati kat seseorang namun saya tak luahkan kerana saya fikirkan masa tu tak sesuai & saya nak kejar cita2 dulu... walaupun ada perempuan yang jatuh hati kat saya namun jawapan saya ialah saya nak kejar cita2 saya masuk u & tak hendak hampakan harapan ibubapa... Alhamdulillah saya berjaya masuk u..... Pernah saya hampir bertunang namun tak jodoh.... saya masih ingat dia sampai sekarang... Jadi apa yang saya nyatakan sini ialah memang kita tak dapat lupakan dia... Apa yang petang di sini ialah lupakan perkara yang lepas dan jadikan ia sempadan... Isikanlah dengan perkara2 bermanafaat & selalulah ingati Allah ----------------- ~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~ My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::
|
cheekmate
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.05.2005 Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak
|
Posting pada: 06-02-07 14:20
many people have the conception that when they get old then they will start practising Islam................probably also have this feeling.....that's the reality.......similarly, we should keep trying our best & not give up...............InsyaAllah, we will be strong enough to obey Allah in every situation.....................
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 06-02-07 14:34
FIENDA sebab anda dah jatuh cinta kat dia,
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 06-02-07 14:37
BIAR IA MENJADI MEMORI INDAH SEMASA BERSAMANYA, APA BOLEH BUAT , TAK ada JODOH DENGAN DIA, ATAS APA ALASAN SEKALI PUN, AKAN DATANG TAK TAHU LAGI TAWAKKAL KEPADA ALLAH.
|
xyamani
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.09.2006 Ahli No: 26226
Posting: 77
Dari: tepi dinding
|
Posting pada: 06-02-07 14:57
Kenapa nak lupa?sebab bila ingat akan menyakitkan hati?saya tak boleh lupa setiap masa..tapi ada masa-masa yang saya boleh lupa tentang dia..kalau nak lupa sepanjang masa,terpaksalah 'hilang ingatan' buat selama-lamanya..kan? pertemuan dan perpisahan tu memberikan kita pengalaman dan pengajaran..bahawa ada seseorang yang selalu mengasihi,menyayangi,mengingati kita..tak kira waktu kita ingat dia atau waktu kita lupa langsung padanya... tak kan tak tau lagi sapa si Dia tu?.....senyum
|
rie_boyz
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.10.2006 Ahli No: 26704
Posting: 133
Dari: upm bintulu,sarawak
|
Posting pada: 06-02-07 20:45
Baguslah tak lupakan orang yang kita sayang biasala bila anis dah merasakan dia sebahagian daripada hati anis..sejauh mana pun anis buang ia tetap berada disitu..Nasihat ana kat anis, walaupun anis masih tak dapat lupakan si dia jangan sesekali abaikan tanggungjawab anis sebagai muslimah ...Sesungguhnya cinta yang sejati adalah cinta kepada Allah...Wasalam
|
maya_sakura
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.06.2006 Ahli No: 24795
Posting: 214
Dari: gombak
|
Posting pada: 06-02-07 21:50
orang cakap,buang segala barang yang dia bagi atau yang ada kaitan dengan dia dalam hidup kita..tak pun buat bijak..yang patah kan tumbuh,yang hilang kan berganti,yang bertemu kan berpisah..itulah SUNNAH ALLAH... .......................... CINTA ITU SUATU ANUGERAH,PELIHARALAH IA dengan SEBAIKNYA..
|
Al-Mustaqqim
WARGA SETIA Menyertai: 22.07.2005 Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia
|
Posting pada: 06-02-07 22:03
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 06-02-07 22:22
nur_anis ada tak buat solat hajat mohon dari ALLAH????? menangis lah ditikar sejadah mohon kekuatan dariNYA.. anis tahu bagaimana sakitne nak lupakan seseorang.... memang berkat solat hajat tu, bukan setakat dapat buang perasaan sayang kat dia, ALLAH ganti yang lebih baik dan dia pula nak berpatah balik dengan anis... tapi, hati dah tertutup rapat kerana doa2 yang sering diulang dalam solat hajat yang memang anis buat berterusan time tu.... percaya lah, ada banyak sangat hikmah ALLAH Buat semua tu... baru anis terpikir, rupa-rupanya, ada yang lebih baik yang ALLAH dah sediakan untuk kita, sebab tu lah perpisahan terjadi dengan yang lama.... percaya dan yakin lah dengan takdir ALLAH NI... ALLAH tak menjadikan sesuatu keadaan tu sia-sia, pasti ada rahmat disebaliknya, cuma ambil lah pengajaran untuk kita yang tahu berfikir.... [ Telah diedit oleh: anis_zulaikha pada 06-02-07 22:23 ]
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 06-02-07 22:37
|
attuffah_humairah
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.04.2006 Ahli No: 24196
Posting: 217
Dari: Johor
|
Posting pada: 07-02-07 06:02
Kenapa susah nak lupa??fitrah...jadi yang tak terlibat dengan halusnya perasaan..janganlah cube2...habiskan mengaji.mantapkan dalaman.insya"Allah soal jodoh pertemuan Allah dah atur..bila masa dan sesuai,kita dah bersedia Insya'Allah akan gerakkan keduanya dalam membina baitul muslim yang redhai-Nya dan di atas landasan paling elok kita akan dipertemukan kan?wallahu'alam.
|
klate_girl
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.10.2006 Ahli No: 26984
Posting: 85
Dari: UM K.L
|
Posting pada: 07-02-07 09:54
Kita memerlukan sedetik untuk tertarik kepada seseorang,seminit untuk mengenali seseorang,sehari untuk menyukai seseorang,seminggu cukup untuk menyintai seseorang tapi kita memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang sebenarnya kerana memori akan kekal diingatan.... ......HaNya TuHaN YaNG TaHu......
|
destinasi_abadi
WARGA SETIA Menyertai: 31.12.2004 Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 07-02-07 10:06
salam.... kalau cakap susah...jadi susah lah.... sebenarnya tak susah....percayalah.... ALLAH kan ada....kembali pada DIA.... banyak2kan solat sunat taubat,hajat dan banyakkan amalah sunat lain.... berdoa pada ALLAH...nangis dan minta sepenuh hat,minta dihilangkan perasaan kat org tu...ALLAH MAHA MENDENGAR....lau prasaan tu dah hilang insyaAllah...tenanglah jiwa....dan percayalah ada yang lagi baik menanti
|
Nurizmi
WARGA SETIA Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...
|
Posting pada: 07-02-07 10:08
pengalaman telah mengajar..bahawa cinta manusia takkan kekal.. walaupun kita sayang sangat kat dia..tapi dah bukan ditakdirkan untuk kita..trimala dengan redha.. insyaAllah..pasti ada yang lebih baik dari sebelum ni.. anggapla semua tu sebagai dugaan perasaan untuk kita.. maybe Allah nak tengok bagaimana hati kita disaat kita melawan prasaan tu.. adakah kita serah hati kita padaNya..atau kita terus hanyut dengan prasaan leka.. buka lah hati... redhala setiap yang terjadi.. sesungguhnya janji Allah itu pasti.. cinta ilahi hanya yang abadi.. jangan bersedih jika kita gagal meraih cinta dari insan.. tapi.. menangislah sepuasnya jika kita terlepas cinta dari Allah.. ingatlah..andai cinta kita pada Allah sempurna..pasti kasih kita pada insan akan bahagia..insyaAllah..  ..ya Rabb..tetapkanla hatiku dalam meraih cintaMu...
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 07-02-07 13:04
moga tak diujji..asyik cinta duniawi..mengharap teguh redha Ilahi....ke na segala kurnia hadirnya hanya pinjaman...sunnguh ku syukuri kesempatan....bahagia.......-suhaimi in team-
|
nur_anis
Warga 5 Bintang Menyertai: 18.06.2003 Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan
|
Posting pada: 07-02-07 13:46
terima kasih kepada rakan-rakan yang bagi nasihat dan pendapat....thanks banyak..semoga kalian semua dirahmati Allah swt selalu..
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 07-02-07 21:55
mudah-mudahan dengan apa yang sahabat kita utarakna ini dapat membantu anis m'hadai msalah tu ya.....insyaAllah...doa banyak.....doa itu senjata mukmin.....
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 07-02-07 23:15
take time....sibukkan diri dengan aktiviti harian... yang paling utama dekatkan diri dengan Allah....
|
fauziana
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.07.2004 Ahli No: 10117
Posting: 103
Dari: Kuala terengganu
|
Posting pada: 07-02-07 23:41
Salam... bukan senang tu nak mlupakn ssorg.tmbh2 kluorg tu slme ni banyak bagi drongn dan sokongn kat kita.saya dapat rsekn apa yang anis lalui sekarang.ad sahabat-sahabat cdgkn spy sbukkn dari tapi kadang-kadang ingatan kita pada ssorg tak smudah yang dsngka untuk dlpekn..mybe sebab ht wanita ni penuh dengan kasih sayang so susah lah nak buang ingatan tu dr pkrn kita.saya pun dalam proses mnyibukkn dari untuk mlpekn ssorg.bulan pertama ingatan tu boleh dlpekntp after that ingat balik.erm...bila lme2 fikir..minta ptunjuk..so saya fikir buat apa nak lpekn org tu.jdkn knngn dan ingatan tu suatu yang indah.d smping mntak petunjuk dr Allah agar dkuatkan semangt, dteguhkn iman...insyaAllah...akan ad kedamaian dan ketengan tanpa perlu nak lupekn ssorg yang memang anugerah Allah untuk membina ukhwah dengan kita walaupun tak sprt yang kita harapkan.insyaAllah...
|
houri
WARGA SETIA Menyertai: 18.09.2004 Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 07-02-07 23:42
sebab anda masih lagi mengingati dia
|
affenry
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.08.2006 Ahli No: 25617
Posting: 130
Dari: johor
|
Posting pada: 08-02-07 00:30
salam..............'hai semua.... apa khabar???? pasal topik ni saya yakin ada antara kamu ya pernah dapat or baca mesej ni di hp.....sesaat untuk kenal, sejam untuk rindu, sehari untuk sayang tetapi seumur hidup untuk melupakan..... ada tak???? hehehehehehe... sebenar nya memang macam tu lah lumrah hidup.......... bila kita tak tahu, kita akan usaha untuk tau....... tapi bila dah tau, kita takkan usaha untuk tak nak tau..... faham kan??
|
ibn_wanza
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.10.2005 Ahli No: 20172
Posting: 295
Dari: kelantan + terengganu
|
Posting pada: 08-02-07 09:29
sebenarnya,makin kita cuba untuk melupakan, makin kuat ingatan itu kembali..so, jangan bersusah payah untuk melupakannya, tapi cubalah bersusah2 untuk menggantikannya...
|
azemi
WARGA SETIA Menyertai: 16.01.2004 Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban
|
Posting pada: 08-02-07 11:39
Pada 06-02-07 11:06 , jue_86 posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum... saya pun setuju dengan pendapat antum semua...
semoga nur_anis berjaya melawan perasaan2 yang useless tu... percayalah...bukan anda seorang yang bermasalah seperti itu.. pokok pangkal pada diri sendiri...ok,anis? terima kasih jue_86..saya pun baru sahaja mengalaminya..memang sukar sekali situasi ini..serba tak kena..hehe..apapun terpulang kepada kekuatan dalaman kita (bukan muscle kita tau..hehe) untuk mengatasinya. 'Lupakan' tu bukan bermaksud mendelete terus daripada ingatan, tetapi sekadar melupakan atau membuat-buat lupa atau dia dilupakan sebagai teman istimewa kita..itu sahaja. Dia tetap sahabat tetapi bukan lagi 'sahabat'..saya masih berusaha lagi sekarang..moga diberi kekuatan dr. Ilahi..
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 08-02-07 11:46
Kenapa mesti nak lupakan? Biarlah kenangan tu datang.. kenangan tu yang akan jadi guru terbaik untuk mengajar kita tentang masa depan... kita memandang kenangan yang selalu datang itu sebagai negatif, sebab tu lah kita bermasalah dengan perpisahan dsbnya... sebaliknya yang perlu kita buat adalah, jadikan kenangan tu penguat semangat kita...  ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
dhamiraqistina
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13287
Posting: 271
|
Posting pada: 08-02-07 11:51
dekat kan diri dengan Allah...banyak baca buku2 motivasi...dan Kalau boleh..buang atau simpan semua barang2 yang m'ingatkan kita kat dia kat tempat yang kita tak nampak.. lagi bagus kalau minta adik atau kakak tolong sorokkan dr kita.. tak ada lah kita nak selongkar balik nanti barang2 tu...
|
suhaida_2704
Warga Rasmi Menyertai: 01.08.2004 Ahli No: 10433
Posting: 11
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 08-02-07 12:26
salam... yakinilah pada ketentuan Dia. andai telah Dia tetapkan jodoh itu sampai di situ, terimalah. memang terasa perit.. tapi cubalah terima dengan positif. cubalah amalkan pada setiap pagi, berdiri di depan cermin, beritahu diri sendiri.. "hidup dan mati ku hanya kerana Allah. bukan kerana 'dia' " beritahu diri untuk jadi lebih tabah. ingatlah masih ada orang lain yang menyayangi kita. terutama ibu bapa. ambillah kebaikan yang terbina dalam memori tu. muhasabah diri..dan cuba untuk perbaiki ketempangan iman.. insya Allah.. percayalah pada diri sendiri. anti boleh lakukan. ...............................................................................................
|
rifhan
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.03.2005 Ahli No: 15169
Posting: 92
Dari: selangor
|
Posting pada: 08-02-07 12:38
Memang susah nak lupakan seseorang..Lagi2 yang kita sayang sangat kat dia.. Tapi,macam kawan-kawan yang lain cakap, solat hajat banyak-banyak..InsyaAllah,Allah tolong kita.. Dulu,saya pun begini jugak..selalu teringat..kadang-kadang sampai mimpi kat dia.. Lamela jugak,cuma sekarang dah kurang sikit.. Awak fikir macam ni saja..awak selalu ingat kat dia dan tak boleh lupakan dia..tapi,dia ingat kat awak tak?entah2,dah lupa terus kat awak.. Jadi,buat apa nak buang masa ingat kat dia?awak sibukkan diri awak dengan benda-benda lain pun tak mengapa..Saya sekarang ni pun dah tak ingat sangat kat dia..kadang-kadang tu memangla..hehe..
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 08-02-07 12:40
ana ada lagi satupendapat...mungkin juga mudah nak melupakkannya bila dah ada pengganti....ana cakap berdasarkan pengalaman lah....
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 08-02-07 19:11
Pada 07-02-07 23:42 , houri posting:!!! QUOTE !!! sebab anda masih lagi mengingati dia yup!!!! setuju....ya ukhti.... ps: lama ta dengar kbr dik....  ----------------- hidup ini indah namun...keindahannya hilang dek kerakusan kita.....
|
mihar123
WARGA SETIA Menyertai: 20.11.2005 Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::
|
Posting pada: 08-02-07 19:19
Setuju dengan pendapat bahawa cinta kepada manusia tidak akan kekal... yang kekal ialah Allah.... Banyak lagi amanah yang perlu kita laksanakan.... Janganlah mimpi sahaja,..... ----------------- ~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~ My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 08-02-07 23:47
so, bagaimana nur anis?? [ Telah diedit oleh: anis_zulaikha pada 19-02-07 17:26 ]
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 10-02-07 09:33
Pada 08-02-07 11:46 , Meow posting:!!! QUOTE !!! Kenapa mesti nak lupakan? Biarlah kenangan tu datang.. kenangan tu yang akan jadi guru terbaik untuk mengajar kita tentang masa depan... kita memandang kenangan yang selalu datang itu sebagai negatif, sebab tu lah kita bermasalah dengan perpisahan dsbnya... sebaliknya yang perlu kita buat adalah, jadikan kenangan tu penguat semangat kita... 
salam.. betul tu meow.. ana juga merasakan tak perlu melupakan.. cuma berdoalah semoga 'perasaan itu' tidak sama dengan yang sebelum ini... jangan menyakiti hati dengan hanya memikirkan benda yang cenggini.. ana rasa pengalaman merupakan guru yang baik.. kenangan sebahagian dari pengalaman.. jadi,simpan kenangan untuk dijadikan peringatan... wallahu'alam.. sekadar pengalaman... -----------------
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 10-02-07 13:42
assalamualaikum... jangan ada benci... terus doakan kebahgiaan untuk dia... semoga kita menemui kebahgiaan yang dicari... insya allah... shah pernah merasa kehilangan seseorang... alhamdulillah... allah telah gantikan dengan seorang insan yang mulia yang bernama wan zakiah wan latif... tapi shah tak mengharapkan apa-apa... hanya ketentuan Allah yang akan menetukan... jangan mengharap terlalu tinggi... ingat Allah akan tentukan segalanya... kita wajib terima... wassalam... ----------------- cinta itu hanya kerana allah, sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....
|
arsyie
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.11.2003 Ahli No: 5226
Posting: 230
Dari: mauritus
|
Posting pada: 10-02-07 16:15
Kenapa di benci pada sebuah kenangan....... kerana itu adalah ketentuan ... bukannya ia satu kebetulan .... usah terhukum kerana kenangan.... tenggelam dalam bayang-bayang yang mengejar hati sendiri... redhalah dengan ketentuan .... kerana ia punya rahmat dalam kesamaran......... -Kenapa mesti melupakan ???
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 10-02-07 16:46
assalamualaikum buat antum semua.. insyaAllah kalau kita benar-benar ikhlas nak lupakan sseorang tu Allah akan bantu kita..yang penting kita kena sungguh2 nak lupakannya dan mulakan hidup baru..tapi kalau tiba-tiba datang mungkin satu ujian buat kita
|
aishgurlz
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.02.2007 Ahli No: 28659
Posting: 99
Dari: skudai
|
Posting pada: 10-02-07 16:49
kenapa susah nak lupakan seseorang?pada ana,mungkin kita dah selalu berhubung dengan dia dan kita dah terlalu rapat engannya.walau apa pun,InsyaAllah lama kelamaan kita akan dapat melupakannya.Ada hikmah disebalik setiap kejadian...
|
syuhada_islamic
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.11.2005 Ahli No: 20310
Posting: 93
Dari: kelantan
|
Posting pada: 11-02-07 17:22
ana setuju denagan anis_zulaikha.. kita kena mujahadah..kuatkan diri untuk selalu mengingati NYA.. ingatlah DIA tika senangmu..pasti dia ingatimu waktu dalam kesulitan...
|
syuhada_islamic
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.11.2005 Ahli No: 20310
Posting: 93
Dari: kelantan
|
Posting pada: 11-02-07 17:23
Pada 07-02-07 10:06 , destinasi_abadi posting:!!! QUOTE !!! salam.... kalau cakap susah...jadi susah lah.... sebenarnya tak susah....percayalah.... ALLAH kan ada....kembali pada DIA.... banyak2kan solat sunat taubat,hajat dan banyakkan amalah sunat lain.... berdoa pada ALLAH...nangis dan minta sepenuh hat,minta dihilangkan perasaan kat org tu...ALLAH MAHA MENDENGAR....lau prasaan tu dah hilang insyaAllah...tenanglah jiwa....dan percayalah ada yang lagi baik menanti  setuju... ----------------- cintailah ILAHI...cinta hakiki dan abadi ...ku dambakan redha dan kasih hakiki dr NYA...
|
melon
Warga 2 Bintang Menyertai: 13.02.2007 Ahli No: 28719
Posting: 65
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 16-02-07 12:02
ana pernah rasa pengalaman macam ni.sekarang Alhamdulillah ana dapat lupakan dia sikit-sikit.nak lupakan seseorang memang susah,tapi dengan kesabaran yang tinggi dan tawakal pada ALLAH insya-ALLAH kita dapat lupakan dia sedikit demi sedikit.cukuplah kita jadikannya sebagai pengajaran.
|
akwa
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2005 Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu
|
Posting pada: 17-02-07 15:02
pejam mata lepas itu tidur...mungkin dapat lupa kejap agaknya...hehe
|
silver_wardah
Warga Rasmi Menyertai: 22.01.2004 Ahli No: 6669
Posting: 12
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 19-02-07 13:14
normal bagi seseorang untuk susah melupakan isan yang pernah berada di dalam hati mereka.. tapi harus kita ingat, mengapa manusia selalu sedih pasal manusia lain tetapi tak sedih atas macam-macam dosa yang kita buat pada Allah.. fokuskan matlamat (walaupun hati pedih) dan selalu minta agar diri dilindungi oleh Allah.. kepadaNya kita berharap dan hanya kepadaNya kita berserah.. hanya Allah sahaja yang tak pernah memungkiri janji2Nya..sumthing yang manusia tak boleh buat..
|
azzahrah
WARGA SETIA Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 19-02-07 13:51
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai r.a. Ahhhh…sungguh semua itu telah menghadirkan ketidakpuasan yang begitu menggelora dalam jiwa. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan membawa kepada ketenteraman jiwa. Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan boleh terbukti, tidak setiap yang kita inginkan dapat tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak semestinya : harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain. Betapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak keupayaannya apa yang memang bukan hak kita. Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu Rezeki, jawatan, kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan dapat kita miliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita bermati-matian mengusahakannya. " Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. " QS Al-Hadiid : 22 - 23 Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tidak sedar kita mengarah Allah tentang jodoh kita, bukanya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mengarah Allah : Pokoknya harus dia Ya Allah… harus dia, kerana aku sangat mencintainya. Seakan kita jadi yang penentu segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya walaupun Allah memberikannya maka tidak semestinya itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tidak menghulurkannya dengan kelembutan, tetapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang tercemar. Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah : "...... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. " QS. Al-Baqarah 216 Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa yang kita rasa perlu didunia ini harus benar-benar perlu bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya : hidup di akhirat kelak! Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! biarkan yang berlalu itu berlalu.. kita harus kuat untuk mendepani masa-masa akan datang
|
nur88
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.12.2006 Ahli No: 27875
Posting: 98
Dari: selangor
|
Posting pada: 22-02-07 09:57
Pada 06-02-07 08:45 , salmanfarees posting:!!! QUOTE !!! Background cerita ni tak lengkap. siapa dia yang awak nak lupakan tu? kekasih? kawan? sepupu? guru? ..betul 2,golongan mana yang kita nak lupakan?semua insan2 tu adalah memang sukar nak dilupakan lebih2 lagi kalau org tu pernah berjasa kepada kita.. ----------------- Cinta Hakiki Hanya Cinta Illahi..
|
azri86
Warga 2 Bintang Menyertai: 30.07.2005 Ahli No: 17683
Posting: 50
Dari: Tumpat kelantan
|
Posting pada: 22-02-07 11:07
haha...senang saja... saya dah try...dan Di jamin.. banyak ingat kan ALLAH swt.. insyaAllah dapat lupa si dia..
|
imannoraina
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.08.2004 Ahli No: 10752
Posting: 226
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 22-02-07 13:39
perkara normal dalam hidup saja tu..semua orang pernah rasa bezanya..kuat dengan tak saja.. ----------------- Tiada yang lebih bahagia dan bernilai selain mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH S.W.T
|
nur_nasyid
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.05.2004 Ahli No: 8815
Posting: 109
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 22-02-07 14:00
bagi ana,ingat saja perkara2 yang m`buatkn kita benci kat dia... insyaAllah,lama2 ingatan kita kat dia pun akan hilang sedikit demi sedikit.. cubalah.. :p
|
muslimah05
Warga 1 Bintang Menyertai: 21.02.2007 Ahli No: 28837
Posting: 37
|
Posting pada: 24-02-07 20:33
salam.. ana fikir, kita takkan mampu lupakan seseorang, selagi kita tak hilang ingatan..hehe cuma yang mampu kita lakukan ialah meneruskan kehidupan kita tanpa insan tersebut.. ana pun sekarang dalam proses meneruskan kehidupan tanpa kasih sayang seseorang yang ana pernah sayang dulu.. tapi, alhamdulilah...ana dah jumpa siapa yang patut ana cinta sekarang...ana cinta padaNYA..Ya ALLAH, terimalah cintaku.. ----------------- Hidupkan rasa Bertuhan... Suburkan rasa Kehambaan... ~bersyukur dengan apa yang ada, jujur dengan apa yang dirasa~
|
hanisahani
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.02.2006 Ahli No: 22928
Posting: 203
Dari: negeri aman damai
|
Posting pada: 25-02-07 00:25
Salam,,ana tak pandai sangat bab ni,,tapi,,ada org cakap..jagn membenci,,tapi doakan untuk si dia,,kata org lagi membenci lagi ingat,, kalau ada surat ke apa-apa barang yang dia beri masa dulu,,ada baiknya buangkan semua,,supaaya ita tak ingat lagi.. dan paling penting ingatlah allah selalu,,Allah uji kita tanda kita mendapat kasih sayangNya..sebab manusia akan ingat Allah bila susah,,,
|
azzahrah
WARGA SETIA Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 25-02-07 00:41
Pada 25-02-07 00:25 , hanisahani posting:!!! QUOTE !!! dan paling penting ingatlah allah selalu,,Allah uji kita tanda kita mendapat kasih sayangNya..sebab manusia akan ingat Allah bila susah,,,
jangan pernah dihitung setiap kesedihan kerana di situ ada rahmat dan kasih sayang tuhan
|
pemuda_berduka
Warga Rasmi Menyertai: 26.02.2007 Ahli No: 28909
Posting: 16
|
Posting pada: 26-02-07 13:49
betul tu...ana baru sahaja alami semua tu minggu lepas..ana tak kisah kalau dia memang bukan jodoh ana,tapi ana sedih tengok dia,demi seorang pemuda yang handsome,baru berkenalan sebulan dah sanggup buat keputusan putus dengan saya yang dah mengenali dia hampir 3 tahun...apapun,ana berharap semoga si dia sentiasa bahagia dengan pilihan hati.ana tetap berusaha supaya dapat teruskan hidup dengan tenang.memang pada tahap ni,kita perlu mengadu pada Allah.hanya allah yang dapat bantu berikan ketenangan.tak perlu sampai nak membenci dah lupakan dia.....
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 26-02-07 13:52
dugaan...dugaan...sabar ya akhi..
|
kapten06
WARGA SETIA Menyertai: 04.01.2007 Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 26-02-07 13:59
Pada 25-02-07 00:25 , hanisahani posting:!!! QUOTE !!! Salam,,ana tak pandai sangat bab ni,,tapi,,ada org cakap..jagn membenci,,tapi doakan untuk si dia,,kata org lagi membenci lagi ingat,,
kalau ada surat ke apa-apa barang yang dia beri masa dulu,,ada baiknya buangkan semua,,supaaya ita tak ingat lagi..
dan paling penting ingatlah allah selalu,,Allah uji kita tanda kita mendapat kasih sayangNya..sebab manusia akan ingat Allah bila susah,,,
betul cakap awak...itu...kalau benci lagi ingat kat dia...dan bila tengok brg2 dia teringat balik kat dia...... -----------------
|
destinasi_abadi
WARGA SETIA Menyertai: 31.12.2004 Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 26-02-07 14:28
Pada 26-02-07 13:49 , pemuda_berduka posting:!!! QUOTE !!! betul tu...ana baru sahaja alami semua tu minggu lepas..ana tak kisah kalau dia memang bukan jodoh ana,tapi ana sedih tengok dia,demi seorang pemuda yang handsome,baru berkenalan sebulan dah sanggup buat keputusan putus dengan saya yang dah mengenali dia hampir 3 tahun...apapun,ana berharap semoga si dia sentiasa bahagia dengan pilihan hati.ana tetap berusaha supaya dapat teruskan hidup dengan tenang.memang pada tahap ni,kita perlu mengadu pada Allah.hanya allah yang dapat bantu berikan ketenangan.tak perlu sampai nak membenci dah lupakan dia..... baru paham...Kenapa nick begitu... tapi sabar banyak-banyak ek...ini salah satu warna kehidupan kita... banyak lagi warna warni kehidupan yang akan kita lalui... lagipun dunia ni kan sekejap saja...akhirat jua destinas abadi kita.... insyaAllah akan dapat Muslimah yang jauh lagi baik dan solehah....yang pastinya...terbaik untuk saudara,ameen!
|
azzahrah
WARGA SETIA Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 26-02-07 15:24
Pada 26-02-07 13:49 , pemuda_berduka posting:!!! QUOTE !!! betul tu...ana baru sahaja alami semua tu minggu lepas..ana tak kisah kalau dia memang bukan jodoh ana,tapi ana sedih tengok dia,demi seorang pemuda yang handsome,baru berkenalan sebulan dah sanggup buat keputusan putus dengan saya yang dah mengenali dia hampir 3 tahun...apapun,ana berharap semoga si dia sentiasa bahagia dengan pilihan hati.ana tetap berusaha supaya dapat teruskan hidup dengan tenang.memang pada tahap ni,kita perlu mengadu pada Allah.hanya allah yang dapat bantu berikan ketenangan.tak perlu sampai nak membenci dah lupakan dia..... itu maknanya kita belum mengenali diri dia sepenuhnya.. nothing impossible dalam dunia ini bila allah berkata 'qun' saja..maka jadilah segala sesuatu itu apa yang penting life must go on jangan pernah kita hitung setiap kesedihan kerana di situ ada rahmat dan kasih sayang tuhan belajar untuk meletakkan harapan pada allah kerana Dia lah sebaik-sebaik sandaran dan penolong p/s: semakin kita berharap pada sesuatu yang tak pasti..semakin sesuatu itu menguasai kita ...
|
muslimah1301
Warga Rasmi Menyertai: 21.03.2006 Ahli No: 23607
Posting: 20
Dari: kangar
|
Posting pada: 26-02-07 15:44
Pada 22-02-07 11:07 , azri86 posting:!!! QUOTE !!! haha...senang saja... saya dah try...dan Di jamin.. banyak ingat kan ALLAH swt.. insyaAllah dapat lupa si dia.. betul tu..saya pun buat macam awak.. banyak kan brdoa dan mohon petunjuk dr Allah s.w.t.. dan jangan terlalupikir kebaikan yang dia buat.tapi,selalu fikir keburukan yang dia dah buat kat awak.. bila geram..mudah nak lupa..
|
qibtiyah
WARGA SETIA Menyertai: 10.07.2005 Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish
|
Posting pada: 26-02-07 16:00
jika kita cintakan Allah mengatasi segala2nya...insya-Allah...
|
crystal_gurl
Warga Rasmi Menyertai: 29.01.2007 Ahli No: 28427
Posting: 3
|
Posting pada: 26-02-07 16:08
erm...memang susah nak lupakan org yang pernah hadir dalam hidup kita.. banyakkan sabar dan tabahkan hati...sibukanla dr or jumpa kenkwn lama buat aktiviti yang berfaedah dan jangan terlalu fikirkan dia... insyaAllah boleh saja lupakan dia... huhuhu....in da future akan ada orang yang boleh buat kita lupakan dia =)boleh...insYaAllah...
|
zafirah
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.12.2003 Ahli No: 5769
Posting: 134
|
Posting pada: 26-02-07 17:18
Ya Allah, jika aku jatuh cinta..berikan ia pada mereka yang melabuhkan cintanya padaMu, agar aku mendapat kekuatan untuk turut mencintaiMu....pis
|
arsyie
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.11.2003 Ahli No: 5226
Posting: 230
Dari: mauritus
|
Posting pada: 26-02-07 18:20
permanently delete dari hidup.... jangan membenci..jangan mengeji.. sebab itu akan buat kita lagi parah.. doakan kebahagiaan dia.. jadi kita akan dapat merelakan dia pergi dengan aman.. di situlah bezanya rela dan terpaksa.. betul..tak percaya cuba try ....he he
|
nur_nasyid
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.05.2004 Ahli No: 8815
Posting: 109
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 26-02-07 18:40
nampaknya kat sini ramai yang membangkang cakap ana... yela,tak payah bencikan dia.... apa-apa pun tu cuma pandangan ana saja... jika ia tak berkesan,kita cuba cara lain....
|
pemuda_berduka
Warga Rasmi Menyertai: 26.02.2007 Ahli No: 28909
Posting: 16
|
Posting pada: 26-02-07 23:50
Pada 26-02-07 18:40 , nur_nasyid posting:!!! QUOTE !!! nampaknya kat sini ramai yang membangkang cakap ana... yela,tak payah bencikan dia.... apa-apa pun tu cuma pandangan ana saja... jika ia tak berkesan,kita cuba cara lain....  ana cuba buat macam tu jugak.tapi tak kadang-kadang kan terlepas jugak perasaan marah tu kat dia.dulu awal awal,saya selalu salah kan dia.marah kat dia ,Kenapa sanggup buat macam tu.tapi sekarang,alhamdulilah.bagi saya ada hikmahnyer disebalik apa yang berlaku.sekarang solat saya makin khusyuk, suka bangun malam,mengadu pada Allah....oleh itu,apa yang berlaku sama ada suka atau duka,terimalah dengan tabah.percaya janji Allah, semua itu ada hikmahnya..... ----------------- "Keredhaan Allah lebih indah daripada permata,lebih terang daripada sinaran matahari dan lebih jernih daripada serpihan kaca."
|
srikandi_86
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.02.2007 Ahli No: 28923
Posting: 188
Dari: united kingdom
|
Posting pada: 27-02-07 05:02
salam.. ana pun alami perkara yang sama..betul itu, jangan bencikan org yang pernah buat kita bahagia..semakin kita benci dan marah kat dia..semakin susah nak buang dia dr fikiran kita..sebab dendam itu dah menguasai diri..caranya, doa kat Allah banyak-banyak..walaupun dah 2/3 bulan ana berusaha melupakan dia..ingatan padaNya masih bersisa..namun, ana bersyukur..kini, masa ana lebih banyak ditumpukan pada hal-hal yang lebih berfaedah..hati ini lebih tenang..tidak lagi berasa gundah gulana seperti dahulu apabila mengingati dirinya..percayalah..setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya..yakin dengan perancangan Allah kerana itulah sebaik2 perancangan..jangan ditangisi pemergiannya kerana pasti ada yang lebih baik sedang menanti kalian.. -salam ukhwah penuh mahabbah-
|
destinasi_abadi
WARGA SETIA Menyertai: 31.12.2004 Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 28-02-07 14:40
Pada 26-02-07 23:50 , pemuda_berduka posting:!!! QUOTE !!! Pada 26-02-07 18:40 , nur_nasyid posting:!!! QUOTE !!! nampaknya kat sini ramai yang membangkang cakap ana... yela,tak payah bencikan dia.... apa-apa pun tu cuma pandangan ana saja... jika ia tak berkesan,kita cuba cara lain.... 
ana cuba buat macam tu jugak.tapi tak kadang-kadang kan terlepas jugak perasaan marah tu kat dia.dulu awal awal,saya selalu salah kan dia.marah kat dia ,Kenapa sanggup buat macam tu.tapi sekarang,alhamdulilah.bagi saya ada hikmahnyer disebalik apa yang berlaku.sekarang solat saya makin khusyuk, suka bangun malam,mengadu pada Allah....oleh itu,apa yang berlaku sama ada suka atau duka,terimalah dengan tabah.percaya janji Allah, semua itu ada hikmahnya.....
alhamdulillah,ini lah hikmahnya  sangat bernilai kan...syukur sangat-sangat....
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 28-02-07 14:42
Sebab kita susah nak suka kat orang.... -----------------
|
ulfah_widad
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.07.2006 Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor
|
Posting pada: 28-02-07 15:43
Tak perlulah nak paksa diri nak lupakan seseorang..lagi nak lupa lagi teringat kat dia..buat biasa saja..kalau kenangan tu nak datang, biarkan ia datang tetapi jangan kita pulak jadi negatif..jadikan segala kesakitan kita bila teringat dia sebagai satu kekuatan untuk kejayaan kita di masa hadapan..biar lah masa akan menjadikan kita matang..kenangan pada sesorang takkan boleh lupa punya cuma cara kita nak handle masalah tu..ingat!! bukan kita seorang alami masalah tu, ramai lagi tapi kita yang mencorakkan hidup kita..kalau pilih nak bersedih teringat pada seseorang, sedihlah hidup kita..kalau kita pilih untuk bergembira, bahagia..maka bahagia dan kegembiraanlah yang menghampiri kita... ------------------ Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Tuhan
|
wandafarhana
Warga 1 Bintang Menyertai: 14.04.2006 Ahli No: 24187
Posting: 35
Dari: melaka
|
Posting pada: 28-02-07 16:04
em.....first sekali kita kena tekadkan hati untuk lupakan nya...lepas itu isi masa2 terluang dengan buat perkara yang menggembirakan supaya kita tak teringat kat dia
|
normazni
Warga Rasmi Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28346
Posting: 4
Dari: kelantan
|
Posting pada: 28-02-07 18:28
untuk melupakan seseorang adalah sukar.... tapi kita mungkin memerlukan masa untuk berbuat demikin... tambah pulak jika terlalu banyak memori antara kita dan orang berkenaan.... tapi tak mustahil untuk kita lupakannya.... melupakan tak bermaksud kita membenci....
|
zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.06.2004 Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan
|
Posting pada: 28-02-07 18:55
assalamualaikum.. banyak kan berdoa kepada Allah..hanya dia tempat kita mengadu...banyak kan solat hajat, pinta dari nya, supaya dijauhi dari sebarang godaan syaitan..tanpa banyak beristighfar, kita mudah di dampingi nya.. ----------------- ilmu itu penyuluh hidup
|
fazleena
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.10.2006 Ahli No: 26860
Posting: 214
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 28-02-07 19:11
hahahaha_ kelakar bila saya fikir balik benda ini sebab saya pun ada pengalaman... kes ini selalunya berkaitan dengan org yang kita dah jatuh hati ini..heheh..tak mengapa..biasalah... nak ceritakan pengalaman saya.. saya tak dapat lupakan org itu lama sangat!... BILA FIKIR saja NANGIS,BILA KENANG saja NAGIS LAGI...SEDIH sangat... semua org nasihat macam-macam dah..kena sabar, buat apa ingat kat org yang macam itu...ingat pada Allah , mengadu pada yang BERHAK!!.. tapi kes ni ambil masa, say try fikir benda-benda lain...selalu buat keje2 .study....sibuk kan diri.. ingat! jangan dok sorng2 layan perasaan...bersama kawan-kawan sentiasa kerana merekalah pemberi semangat supaya kita tak fikir org tu... lama2 bila saya fikir balik, betul! especially perempuan, bila dia dah sayang, dia akan ingat sampai bila2..kan? lelaki lain.... kesimpulannya, buat lah sesuatu kerana Allah..perpisahan itu kena ingat! Allah jadikan ada sebab..selepas kejadian itu.. baru saya tahu, ada hikmah...LELAKI itu bukan yang terbaik untuk SAYA!.. ` wallahualm~ p/s ; kepada yang berkenan, nak reply PM lah saya..kita boleh berkongsi cerita.ok.
|
laili
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2003 Ahli No: 3366
Posting: 154
Dari: kota bahru
|
Posting pada: 28-02-07 21:27
fazleena... saya paham apa yang awak alami sebab pun mengalaminya..sedih sangat...kekadang masih lagi tringat terhadap apa yang telah berlaku...tapi nak buat macam mana dah nasib..huhu...sedihla pulak..
|
nur_nasyid
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.05.2004 Ahli No: 8815
Posting: 109
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 28-02-07 22:35
sebenarnya ana pun pernah alami macam ni juga... tapi yang peliknya,ana tak rasa sedih sangat pun bila perpisahan ni berlaku.. tapi ana rasa gembira..... dan makin lama,perasaan ni ada rasa makin menyampah,rasa benci pun ada dekat dia.. mungkin sebab masa dengan dia tu adalah satu kesilapan bagi ana.... tapi ana pun nak buangkan perasaan benci ni dekat dia.. sebab lagipn tak elok kan bencikn seseorang........ bagi ana,tak perlu rasanya bercinta sebelum berkahwin... mungkin jika tak dijaga,ia akan menjadikannya satu dosa?...em,ni ana ingatkan bagi diri ana ya... minta maaf lah bagi yang terasa....
|
nur_nasyid
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.05.2004 Ahli No: 8815
Posting: 109
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 01-03-07 00:45
nak minta pendapat antum semua tentang kata-kata ana di atas... jika ada kesilapan or keraguan.. minta tunjuk ajarkn ye... wallahu`alam...
|
faiq85
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.02.2007 Ahli No: 28944
Posting: 213
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 01-03-07 09:27
bagi saya betul kata saudari nur_nasyid..seeloknya kahwin dulu baru bercinta..waktu yang kita ada ni,gunalah sebaiknya bagi mencari cinta yang satu..cinta yang kekal abadi..setiap org dah maklum bahawa ALLAH cipta manusia tu berpasangn..sebenarnya tak ada istilah couple dalam islam,kan?semua 2 hanya nafsu semata2..cukuplah sekadar bersahabat ikhlas kerana ALLAH..nak lupakan seseorang yang dah rapat dengan kita memang susah..tapi xke kita risau xpedulikan oleh yang maha esa?cinta manusia hanya didunia..cinta ALLAH kekal selamanya..sahabat2,termasuk diri saya sendiri,sama-sama lah kita mendekati ALLAH..menagih cintaNYA..xrugi..insya'ALLAH..
|
nur_nasyid
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.05.2004 Ahli No: 8815
Posting: 109
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 01-03-07 13:50
syukran faiq85....  ----------------- layari www.stormreaders.net/kaseh88 untuk mendapatkan buku2 islam..
|
fazleena
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.10.2006 Ahli No: 26860
Posting: 214
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 01-03-07 18:24
CINTA: Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.... [ Telah diedit oleh: fazleena pada 01-03-07 18:27 ]
|
mohamad
 Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 01-03-07 18:32
Kenapa susah?.. sebab............. "lupakan saja. tak payah nak fikir2 lagi". kalau tak fikir, insyaALLAH boleh lupa. (^_^)
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 02-03-07 12:48
Pada 01-03-07 18:32 , mohamad posting:!!! QUOTE !!! Kenapa susah?..
sebab............. "lupakan saja. tak payah nak fikir2 lagi". kalau tak fikir, insyaALLAH boleh lupa.
(^_^) setuju!!! tapi nak praktik....walllahu'alam....  ----------------- hidup ini indah namun...keindahannya hilang dek kerakusan kita.....
|
nurun
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.02.2005 Ahli No: 14200
Posting: 97
Dari: jb
|
Posting pada: 02-03-07 13:56
ana rasa tak susah agaknya....heheh..tak tau lah kalau kena kat diri ana...
|
cahayakuiman
WARGA SETIA Menyertai: 07.03.2006 Ahli No: 23268
Posting: 832
|
Posting pada: 02-03-07 14:05
sahabat....jangan bersedih....masa akan tetap berjalan,berdetik dan berlalu pergi....yang berlalu biarkan ia pergi,,,mohon petunjuk Ilahi kita dapat melupakan seeorg...itulah kekuatan diri kita. Apabila 1 pintu kebahgiaan tertutup pintu kebahagian lain akan terbuka....sememang fitrah manusia sebgitu,dianugerahkn hti dan perasan,sedih dan kecewa....cuma...seandainya kita telah jatuh tersungkur,,ambillah masa untuk bangkitlah kembali ttapi usahlah kita terlalu lama dalam kejatuhan......bangkitlah bersama2 Tuhan disisi kita...kekecewaan adalah 1 permulaan menuju bahagia, pohonlah kekuatan pada Ilahi... seandainya...kita masih tidak dapat bangkit dr kekecewaan itu.. pohonlah HATI YANG BARU kepada ALLAH..hati yang brsih dan tenang dr rasa gelisah,kerana hati yang kita gunakan itu,,sudah tidak dapat digunakan lagi. itulah pesanan dr kisah Rasullullah.....untuk umatnya yang di uji dengan kekecewaan dan kesedihan...walau dalam apa jua perkara.insyaAllah...kita boleh melupakan segalanya..sedikit demi sedikit bersama masa yang berlalu datang dnpergi...dengan petunjuk dr Tuhan... amien. p/s-peringatan untuk diri ana jua...moga ada mnfaatnya. http://cahayakuiman.blogdrive.com
|
nur_nasyid
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.05.2004 Ahli No: 8815
Posting: 109
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 06-03-07 14:08
Pada 01-03-07 18:24 , fazleena posting:!!! QUOTE !!! CINTA:
Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.... macam perli saja?  tapi bagi ana,kalau ana terasa da buat something yang salah buat apa nak diingatkan lagi kan... biarlah ianya berlalu... dan kita jadikan ia sebagai satu pengajaran.. ----------------- layari www.stormreaders.net/kaseh88 untuk mendapatkan buku2 islam..
|
wardatul_shuhada
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.11.2006 Ahli No: 27283
Posting: 43
Dari: perak
|
Posting pada: 08-03-07 19:37
nak lupakn seseorang memang susah kalau kita tak kuat smgt.... saya pun tengah dalam proses 'pembuangan virus' hehe... semoga Allah meguat kan hati ini.... ------------------------------------------ ada hal-hal yang tidak ingn kita lpskn, orang-orang yang tidak ingn kita tgglkn, Namun ingtlah, mlpskn tidak brerti brakhr sgalany, melainkan awal kepada sebuah khdpn baru.... [ Telah diedit oleh: wardatul_shuhada pada 12-03-07 19:01 ]
|
zilzal
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2006 Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan
|
Posting pada: 17-03-07 19:00
sakit.. sakit.. sakit.. tu saja..
|
nur_takwa88
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.02.2007 Ahli No: 28942
Posting: 92
Dari: bumi anbiya'
|
Posting pada: 17-03-07 19:35
salamun alaikum.emh,sebab u,tu,sygilah dia seadanya dan apabila kita mmbnci seseorang tu,bncilah seadanya(lebih baik jangan ada bnci dalam diri.) bila kita dah sayang sangat kat seseorang tu,bila kita terpaksa berpisah dengan dia samaada rela atau tak,susah u kita mnghadapinya.wabizalik ,janganlah pegang sesuatu tu terlalu erat susah u kita suatu hari nanti u melepaskannya.apa pun,bila kita mnjalin sesuatu ukhwah dengan sesiapa pun,tetpkn niat kerana Allah.InsyaAllah kita akan sentiasa redha dengan apa yang berku. Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah
|
jutawanmuslimah
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM
|
Posting pada: 17-03-07 19:53
|
nur_anis
Warga 5 Bintang Menyertai: 18.06.2003 Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan
|
Posting pada: 20-03-07 07:42
terima kasih...walaupun cuba melupaka dia,tapi dia makin dekat juga dengan kita,mungkin ada hikmah di semua ni..apapun,terima kasih atas pendapat dan nasihat yang diberi..
|