Oleh |
Selamat datang Windows Vista |
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 04-02-07 15:16
TIDAK ramai pengguna komputer yang mengetahui mengenainya. Bagaimanapun bagi yang benar-benar mengenali dunia komputer, Windows Vista adalah suatu yang telah lama ditunggu-tunggu. Bagi pengguna biasa, komputer yang mereka gunakan masa kini dengan menggunakan sistem operasi (OS) Windows seperti Windows 95, 98, ME dan XP telah mencukupi untuk melakukan pelbagai kerja, hiburan atau melayari Internet. Bagaimanapun, sebagai pengeluar OS komputer utama dunia, Microsoft Corporation tidak pernah menganggap demikian. Begitu juga bagi âkakiâ komputer kerana bagi mereka masih banyak ruang yang boleh diperbaiki dalam OS komputer sedia ada. Sehubungan itu, Microsoft telah menamatkan penantian selama lima tahun peminat komputer dengan sistem operasi terbarunya, Windows Vista. Seperti juga ketika pelancaran perisian-perisian terbarunya sebelum ini, Microsoft turut menjanjikan satu kelainan dan kepuasan baru untuk pengguna komputer melalui Windows Vista. Perisian OS terbaru ini didatangkan dengan ciri-ciri yang lebih bergaya dan dijanjikan dengan pelbagai aplikasi pencarian yang lebih baik dan dilindungi dengan perisian keselamatan lebih utuh. Walaupun beberapa reviu awal oleh pengguna komputer menyatakan beberapa kelemahan tetapi ramai yang mengakui perisian ini merupakan Windows yang paling selamat pernah dibangunkan Microsoft untuk pengguna. Ketika pelancarannya di New York, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer menyatakan keyakinannya Vista akan menjadi pusat kepada sistem hiburan berangkaian generasi baru di rumah. Vista yang didatangkan sekali bersama perisian e-mel Microsoft Exchange dan suit perniagaan Office (Word, Excel dan PowerPoint) terbaru mula diperkenalkan ke 70 negara di seluruh dunia. Kegilaan peminat komputer mengenai perisian terbaru Microsoft itu terserlah dan dapat dilihat apabila di Tokyo, kira-kira 80 orang sanggup beratur di hadapan sebuah kedai menjual komputer untuk menjadi antara orang pertama di dunia memiliki Vista. Di London, salah sebuah syarikat penjual komputer peribadi (PC) terkenal dunia telah menggunakan watak Sherlock Homes pada pelancaran Vista yang melambangkan ciri-ciri keselamatan dan menggunakan artis bagi melambangkan multimedia. Bagaimanapun, tahap penerimaan pengguna komputer terhadap OS terbaru Microsoft ini tidaklah sama kegilaannya dengan sambutan terhadap pelancaran permainan baru seperti PlayStation 3 atau Xbox 360. ââApabila saya melihat Windows Vista, saya melihat teknologi yang menarik dan relevan, tetapi sebenarnya ia bukan suatu yang benar-benar baru tetapi hanya peningkatan kepada produk sedia ada,ââ kata salah seorang penganalisis teknologi di IDC, Al Gillen. Menurut Pengerusi Microsoft, Bill Gates, syarikatnya bukan hanya ingin menjual produk sekali sahaja tetapi akan menggunakan apa saja memasarkannya termasuk mengadakan jualan melalui Internet untuk kali pertama. Walaupun strategi itu mungkin tidak akan memberi kesan besar kerana kebanyakan komputer hanya akan menukar OS komputer mereka apabila mereka menukar komputer baru. Microsoft mendakwa Vista akan memberikan perubahan ketara kepada platform pengkomputeran yang akan menyebabkan pengguna kagum sebaik sahaja melihatnya. Gates memberi beberapa contoh, antaranya bagaimana Vista akan menggunakan antara muka tiga dimensi (3D) dengan ikon-ikon yang begitu jelas. Selain itu, pengguna juga akan berasa kagum dengan kemampuan komputer mereka untuk mencari maklumat melalui program pencarian yang diletakkan pada Windows atau aplikasi Office. Dengan hanya berada di Menu Start, pengguna telah boleh mencari dokumen, e-mel, gambar, fail muzik menggunakan aplikasi Instant Search, sama ada maklumat berada dalam komputer atau Internet. Bagi Gates, sistem operasi komputer telah menjadi lebih penting masa kini apabila PC telah berubah daripada hanya menjadi alat menaip surat kepada pusat hiburan berangkaian, perpustakaan media peribadi dan laluan ke Internet. Sebagai contoh, segala maklumat mengenai cuaca dan maklumat terkini di Internet boleh didapati dengan mudah, begitu juga dengan proses memindah gambar- gambar dalam kamera digital ke komputer. Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri yang ditawarkan melalui Vista dan maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh di laman web Microsoft (www.microsoft. com). Perisian ini dijual dengan harga antara AS$100 (RM370) hingga AS$400 (RM1,480) di pasaran seluruh dunia, termasuk Malaysia.
|
firdaus_9
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2005 Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi
|
Posting pada: 25-02-07 10:07
Vista tiru Macintosh Apple OS Tiger version 10.4.8... peniru!!! beli Mac saja... PC ni xbagus sangat, kalau beli Mac, Windows XP dan Vista pun boleh run sekali...tak ada masalah... Virus pun tak ada, so save...
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 25-02-07 10:12
selalunya orang suka beli pc klon saja.. sebab senang nak upgrade dengan nak install macam-macam software/games.. mac os pun tak terlepas dari virus.. cuma saya suka design dia...cool
|
firdaus_9
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2005 Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi
|
Posting pada: 25-02-07 11:20
ana pengguna Mac setia... dah lama dah pakai, tak ada virus pun... lalala PC? erm kasihan...
|
firdaus_9
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2005 Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi
|
Posting pada: 25-02-07 11:49
baca fakta ni lah dulu...sebelum beri komen brother... lagi 1, kena cuba dulu pakai Mac sebelum nak bagi komen sama ada Mac kena virus or budak... tengok sini -> http://www.apple.com/getamac/ana dah guna Mac selama 7 tahun... memang tak ada kena virus... so jangan sebar2kan fakta salah... kepada pengguna yang tak tahu apa-apa...bukan ke tu berdosa? baca fakta ni juga-> http://www.apple.com/getamac/viruses.html114,000 viruses? Not on a Mac. By the end of 2005, there were 114,000 known viruses for PCs. In March 2006 alone, 850 new threats were detected against Windows. Zero for Mac. While no computer connected to the Internet will ever be 100% immune from attack, Mac OS tak has helped the Mac keep its clean bill of health with a superior UNIX foundation and security features that go above and beyond the norm for PCs. When you get a Mac, only your enthusiasm is contagious. Connecting a PC to the Internet using factory settings is like leaving your front door wide open with your valuables out on the coffee table. A Mac, on the other hand, shuts and locks the door, hides the key, and stores your valuables in a safe with a combination known only to you. You have to buy, configure, and maintain such basic protection on a PC. On a Windows PC, software (both good and evil) can change the system without your even knowing about it. In order for software to significantly modify Mac OS tak, you have to type in your password. Youâre the decider. You approve changes to your system. People attempting to break into computers may disguise a malicious program as a picture, movie, or other seemingly harmless file. You might download such files from the web or get them via mail or chat. A PC just blindly downloads them without a peep. A Mac, however, will let you know that you may be getting a wolf in sheepâs clothing. The Mac web browser, Safari, can tell the difference between a file and a program, and alerts you whenever youâre downloading the latter. A Mac gets much of this out-of-the-box protection from its open source UNIX heritage. The most critical components of Mac OS tak are open for review by a worldwide community of security experts. Their input helps Apple continually make Mac OS tak ever more secure. And itâs simple to update a Mac with the latest advances. By default, a Mac checks for updates weekly. For pure peace of mind, you can set a Mac to download security updates automatically. Apple digitally signs the updates, so you can be sure they come from a trusted source. To get a sense of just how big the virus problem is, search for âvirusâ at both Apple* and Microsoft*. Compare the number of results. Whatâs more, the 100 most virulent attacks cause 99.9% of damage from malicious software. None of these attacks work on Mac OS tak. Donât you deserve such protection? http://searchcgi.apple.com/cgi-bin/sp/nph-searchpre11.pl?q=virus&restrict=us_only&site=us_only&lr=lang_en&access=p&oe=utf8http://search.microsoft.com/results.aspx?mkt=en-US&setlang=en-US&q=virus
|
firdaus_9
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2005 Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi
|
Posting pada: 25-02-07 11:51
ataupun senang ana cakap lah... kalau anta masih ragu2 sama ada benda tu halal or haram... mana boleh anta terus labelkan nya HARAM, betul budak? perlu ada fakta yang jelas... dan sijil untuk menyatakan benda tu halal... so pasal Mac, ana dah guna, dan dah lama ana guna Mac... ana tahu lah... anta? ada guna? tak ada kan? so komen-komen ni masa fakta anta?
|
firdaus_9
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2005 Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi
|
Posting pada: 25-02-07 11:52
so pasal Mac, ana dah guna, dan dah lama ana guna Mac... ana tahu lah... anta? ada guna? tak ada kan? so komen-komen ni mana* fakta anta?
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 25-02-07 12:27
saya minta maaf kalau tersilap tulis (mac os tak terlepas dari virus).. saya ada terbaca kat internet sebelum ni...tapi rumors lah ye. ok..sorry again tak mampu nak beli mac
|
winamp
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.11.2004 Ahli No: 12377
Posting: 39
Dari: Bangsar
|
Posting pada: 11-03-07 03:24
yup, memang betul. sapa kata os yang tak ada virus. linux yang open source pun ada virus inikan pula osx. ingat masa memula osx panther keluar dulu ada satu virus yang boleh hack registery panther ni. selepas itu apple upgrade panther kepada mac osx tiger mod. baru nampak ada safty sikit.
|
winamp
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.11.2004 Ahli No: 12377
Posting: 39
Dari: Bangsar
|
Posting pada: 11-03-07 03:27
Pada 25-02-07 10:07 , firdaus_9 posting:!!! QUOTE !!! Vista tiru Macintosh Apple OS Tiger version 10.4.8... peniru!!!
beli Mac saja... PC ni xbagus sangat, kalau beli Mac, Windows XP dan Vista pun boleh run sekali...tak ada masalah... Virus pun tak ada, so save... jangan kata microsoft peniru, apple punya os sendiri ( mac osx ) buakn 100% apple yang buat. teknologi asal adalah usaha sama dengan IBM. sekali keluar dengan G5. ----------------- winamp05 is back
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 11-03-07 04:17
Kalau tak silap saya apple punya OS berasal dari operating system OpenBSD...Di sebabkan OpenBSD ni open source kita boleh ubah dia punya coding dan buat OS kita sendiri... -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
winamp
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.11.2004 Ahli No: 12377
Posting: 39
Dari: Bangsar
|
Posting pada: 11-03-07 04:18
ehehehehe........... tu yang aku pelik tu, boleh pulak org kata microsoft tiru. hik hik hik ............
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 19-04-07 22:57
Pembetulan...Mac OS core operating system is UNIX-based...Bukannya FreeBSD... -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
Martyr
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.10.2003 Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana
|
Posting pada: 20-04-07 00:01
Pada 25-02-07 10:07 , firdaus_9 posting:!!! QUOTE !!! Vista tiru Macintosh Apple OS Tiger version 10.4.8... peniru!!!
beli Mac saja... PC ni xbagus sangat, kalau beli Mac, Windows XP dan Vista pun boleh run sekali...tak ada masalah... Virus pun tak ada, so save... http://www.youtube.com/watch?v=DJyTANCDyoc-----------------
|
Martyr
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.10.2003 Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana
|
Posting pada: 20-04-07 00:09
yang nak melenting tak tentu ni apa cita....agaknya ye pun banyak duit nak beli Mac beli lah.. Nak sembur orang tak tentu pasal ni apa kes. Apa yang bagus sangat Mac. boleh kongsi kongsikan. Berapa banyak game yang support Mac ? Or dalam 1000 orang di Malaysia ni berapa banyak yang pakai Mac?
|
amrs
Warga Rasmi Menyertai: 26.04.2007 Ahli No: 29747
Posting: 3
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 27-04-07 19:19
aSsalamaualaikum .. Sowie lah menyampuk .. Yup Mac pun akan kena virus . tapi dalam versi Virus (mac) lah .. Kerana kebanyakan sekarang virus dalam format yang window boleh run saja . sebab tu kita lihat banyak window saja yang kena serang .. So nak bagitahu lah .. Semua OS ada kelbihan dan kekurangan . kalau mac kena Virus yang top one dr programming mac . baru anda akan tau .. sama macam linux .
|
al_mnar
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 688
Posting: 82
Dari: kg pasir puteh, PASIR GUDANG
|
Posting pada: 28-04-07 07:35
Nak cerita pasal vista, Virus Mac pula yang keluar ek?? Memang ada virus untuk Macintosh, Norton ada buat antivirus dia, Virus bagi MAC ni masih baru pergi.. maybe virus ni wujud sejak syarikat apple guna BLUE TEAMnye prosesor.. ni link dia mr FIrdaus_9 http://www.macworld.com/2005/10/reviews/nortonantivirus10/index.phpfasal WINDOWS VISTA, ada dah guna sebelum pelancaran dia, ana dapat copy original dari microsoft sendiri tapi RC1 saja time pergi program mereka tau kelebihan dia macam REadyBoost.. Grafic dia memang nice, tapi ram 512MB tu lebih separuh dia bedal.. fasal tiru meniru ni memang ada dengar, tapi tak tau apa dia, Sebenarnya promosi Vista ni buat mac yang baru keluar ni macam tenggelam saja [ Telah diedit oleh: al_mnar pada 28-04-07 07:38 ]
|
anis_farihah
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.09.2006 Ahli No: 26369
Posting: 87
Dari: terengganu, sarawak
|
Posting pada: 20-09-07 06:00
Pada 11-03-07 03:24 , winamp posting:!!! QUOTE !!! yup, memang betul. sapa kata os yang tak ada virus. linux yang open source pun ada virus inikan pula osx. ingat masa memula osx panther keluar dulu ada satu virus yang boleh hack registery panther ni. selepas itu apple upgrade panther kepada mac osx tiger mod. baru nampak ada safty sikit. assalamualaikum.... setahu ana lah...linux tak ada virus kan? tapi hacking yes dalam linux...tu apa yang saya tau lah...melalui pembelajaran admin...
|
dr_nik
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.09.2007 Ahli No: 31081
Posting: 206
Dari: KL
|
Posting pada: 22-09-07 15:39
cuba lah dulu....baru tau bagaimana rasa guna vista...saya pakai virtual saja
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 23-09-07 16:31
saya belum lagi pakai vista lagi
|
muslimin88
Warga 1 Bintang Menyertai: 17.11.2006 Ahli No: 27373
Posting: 33
|
Posting pada: 25-09-07 23:26
saya guna xp tapi theme vista....majoriti virus memang dicipta supaya boleh run kat window os, kalau mac ke linux ke memang kurang, mungkin pasal kurang popular agaknya. saya ada pengalaman guna mac os.terus terang, saya tak berapa suka
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 15-01-08 20:35
salam..nak tanay...ana pakai vista lani....beli laptop...siap dengan vista sekali.. tapi banyak dengar desas desus kata vista ni macam banyak masalah saja...meke suruh tukar pakai XP biasa saja...huhu...apa sebenarnya masalah dengan vista ni ek?
|
drzul-f
WARGA SETIA Menyertai: 22.01.2005 Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine
|
Posting pada: 15-01-08 20:43
window vista ni cerewet...banyak songeh!! menyusahkan saja. ana lagi prefer winxp..or macintosh
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 15-01-08 20:49
yes ...tapi bagi tau lah apa masalah nya...nak juga tau...asek kata tak best saja...nanti snng nak troubleshoot kalau tau masalah nya..
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 15-01-08 20:52
by: miledi!!! QUOTE !!! yes ...tapi bagi tau lah apa masalah nya...nak juga tau...asek kata tak best saja...nanti snng nak troubleshoot kalau tau masalah nya.. VISTA"S PROBLEM. - Compatibility dengan certain software. Kadang-kadang crash, dan sesetengah itu, tak bleyy install!! Memang sakitt!!! - Sesetengah new options or interfaces boleehh membuatkan user tak pahamm (menatang apaallahh nieehh). - MAKAN RAMMM!!!! - Sesetengah orang hanya mudah berkata, "Tambahlah RAM". Abiss tu processor speed??? Macam sengal-sengal ayam laahh PC niie.. - Dan sesetengah orang kata ada masalah dengan "ReadyBoost" Vista ni. Yang ini saya tak mahu ulas. Saya hanya ulas mana yang saya ada baca dan tahu sahaja.... p/s: ANYONE CAN GIVE ANY ADDITION? -Sekian-
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 15-01-08 20:57
yep..memang kena tambah RAM...masa beli tu juga terus tambah ram...1G terus...jadinya sekarang 1.5tG tapi speed nya 1.46 saja...huhu...lagi-lagi...apa tu "ready boost" tu ?tak paham...
|
aemanpsycho
WARGA SETIA Menyertai: 07.06.2003 Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC
|
Posting pada: 15-01-08 21:58
hehe...rajin2 lah carik kat internet pasal vista ini.. banyak yang pro dan cons nya..
|