Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 235
Ahli: 0
Jumlah: 235




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Bagaimana memperingati 10 Muharam


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Bagaimana memperingati 10 Muharam

Please Mendaftar To Post


Oleh Bagaimana memperingati 10 Muharam

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-01-07 14:51


SALAH satu antara hari-hari yang bersejarah dalam Islam ialah hari ke-10 bulan Muharam, yang kemudian disebutkan hari asyura. Ia menjadi penting antara lain diundangkannya untuk pertama kali sebagai hari berpuasa dalam sejarah Islam. Sebenarnya ada dua peristiwa bersejarah yang berbeza pada hari tersebut. Peristiwa 10 Muharam juga dikatakan sebagai hari berkabung mengingati peristiwa Karbala di mana Hussin cucu nabi dibunuh oleh puak-puak Muawiah. Dikatakan bahawa bubur merah adalah simbol darah Hussin, sedangkan bubur putih simbol ketulusan Hasan untuk berdamai. Ia juga dikaitkan dengan pelbagai peristiwa yang dialami oleh para nabi.

Pada 10 Muharam ini banyak terjadi peristiwa penting, yang kemudian dipahatkan dalam sejarah. Imam Ghazali dalam bukunya Mukasyayafultul Qulub mencatat bahawa tidak kurang dari 13 macam peristiwa penting yang terjadi pada 10 Muharam walaupun berbeza-beza tahun kurunnya.

Di antaranya ialah hari diciptakan Nabi Adam, diciptakan langit, bumi, bulan, dan bintang, hari lahir Nabi Ibrahim dan hari lepasnya beliau dari bahaya unggun api Raja Namrud, hari kemenangan Nabi Musa dan tenggelamnya rejim Firaun, hari kelahiran Nabi Isa dan diangkat beliau ke langit, Nabi Idris diangkat ke tempat yang mulia, Nabi Nuh selamat dari taufan, Nabi Sulaiman mendapat kekuasaan luar biasa, Nabi Yunus keluar dengan selamat dari dalam perut ikan, Nabi Yakkub yang buta dapat melihat, Nabi Yusuf bebas dari penjara, Nabi Ayub sembuh dari penyakit yang mengancam jiwa dan hari pertama diturunkan hujan.

Peristiwa-peristiwa penting 10 Muharam itu, mengandungi aspek-aspek perjuangan yang menaikkan semangat kepimpinan dan kepahlawanan. Ia mengandungi nilai-nilai pendidikan dan pengaruh kejiwaan dalam kehidupan seseorang atau sesuatu bangsa.

Mengingati persamaan motif dan tujuan perjuangan Rasulullah dengan Nabi-Nabi yang terdahulu, tidak lain adalah untuk sama-sama menegakkan tauhid, maka Nabi Muhammad telah menetapkan tanggal 10 Muharam menjadi salah satu rangkaian Sunah Nabi, yang dilakukan dengan tatacara yang sesuai dengan ajaran Islam. Umat Islam digalakkan banyak beribadah, mengintrospeksi diri dan memohon keampunan di samping menperbaharui tekad melaksanakan keadilan di atas muka bumi ini. Dan berusaha untuk terus menegakkan risalah Ilahi walau apa pun rintangan yang terpaksa dihadapi. Justeru semua itu adalah satu pertanggungjawaban yang tidak mungkin diingkari. Jangan kita jadi seperti kaum sabar yang diberi berkat yang banyak, namun kerana ingkar (tidak bertakwa-bererti melakukan kezaliman) maka Allah memberi musibah (maksud surah sabar 15-16). Kezaliman bukan setakat kepada Allah atau manusia lain tetapi kepada diri sendiri. Kezaliman itulah yang menghancurkan kebahagiaan kita sebagaimana pesan Allah dalam surah al-Hijr (78-79) bahawa kehancuran penduduk “Aikah” kerana kezaliman sendiri.

Di antara caranya ialah dengan melahirkan sikap atau jiwa dan kehidupan yang tidak dapat memisahkan aspek hubungan manusia dengan Allah; kedua, aspek hubungan sesama manusia.

Pelaksanaan ibadah kerohanian ini ialah dengan mengerjakan puasa pada hari asyura Puasa pada hari itu termasuk salah satu puasa sunat yang utama (afdal), seperti dijelaskan dalam hadis yang riwayat Muslim: “Puasa yang paling mulia sesudah puasa Ramadan ialah puasa bulan Muharam.”

Nilai puasa asyura ini pada sisi Ilahi digambarkan dalam hadis lain, yang diriwayatkan Muslim: “Puasa pada hari asyura menghapuskan dosa satu tahun lampau.”

Manakala tatacara yang kedua ialah melakukan amal soleh pada hari asyura, iaitu perbuatan kebaikan, seperti membantu mereka yang ditimpa musibah atau malapetaka alam seperti banjir yang melanda negara sekarang, membantu fakir miskin, mereka yang sengsara dan lain-lain pekerjaan yang bersifat sosial dan perikemanusiaan.

Nabi menegaskan dalam satu sabdanya yang bermaksud:

Barangsiapa melapangkan (meringankan, memberi) keluarganya dan ahlinya pada hari asyura, maka Allah akan memberikan kelapangan pula kepadanya dalam waktu tahun yang bersangkutan. (riwayat Baihaki).

Jadi cara membesarkan hari asyura itu ialah dengan melakukan ibadah (puasa) dan melahirkan kesyukuran atau amaliah. Bukan dengan cara atau amalan bersedih atau menangisi kematian sesiapa terutama dengan perbuatan yang menyeksa dan menyakitkan diri sendiri atau pendekatan kemeriahan yang melalaikan dan melampaui batasan agama dengan pelbagai pesta hiburan yang merugikan kerana Islam tidak pernah melarang hiburan yang terurus dan boleh membawa kebaikan dan pembangunan serta kemajuan. Demikanlah cara yang dianjurkan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang harus dijadikan panduan umat Islam.

Jika kita perhatikan perkembangan tatacara memperingati atau membesarkan hari asyura itu sesudah zaman Rasulullah dan sahabat, kita dapati banyak telah mengalami perubahan bahkan menyimpang, dan tidak sesuai dengan ketentuan-ketentuan Sunah Nabi.

Perkembangan-perkembangan itu ada kalanya dicelup dengan kepentingan-kepentingan satu golongan atau unsur-unsur lainnya yang bersifat tradisional.

Sebagai contoh, perayaan asyura di kalangan kaum Syiah. Mereka menghubungkan 10 Muharam dengan peristiwa terbunuhnya tokoh kaum Syiah, Hussin, putera Ali bin Abi Thalib. Dalam peperangan yang terjadi antara dua dinasti iaitu Muawiah di satu pihak, di suatu medan petempuran di padang Karbala (Iraq), Hussin tewas dan jenazahnya diperlakukan dengan cara yang sangat kejam. Peristiwa itu terjadi pada 10 Muharam, 61 H. (10 Oktober 680 M).

Untuk mengembalikan kenangan-kenangan Syiah kepada peristiwa pahit yang menyedihkan itu, maka pada 10 Muharam mereka tetapkan sebagai hari berkabung yang diperingati dengan melakukan pelbagai upacara. Di dunia moden, kisah Hussin diceritakan kembali termasuk melalui kemudahan rakaman kaset atau video. Dengan cara ini, wacana tentang Karbala dapat didengar oleh jutaan orang. Kerana peristiwa Karbala dilihat sebagai paradigma penindasan orang-orang yang tidak berdosa oleh tangan-tangan zalim, kenangannya mampu menjadi sumber kekuatan politik Syiah.

Jelas di sini bahawa cara yang ditetapkan oleh Sunah ialah merayakan atau membesarkan hari asyura dengan berpuasa dan melakukan perkara-perkara kebaikan atau amalan bersifat sosial yang diredai Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Al-Sembi9an
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27663
Posting: 176
Dari: Jawa Timur

indonesia  


posticon Posting pada: 29-01-07 11:01


Kepada pencinta ahlul bait, marilah kita bersalawat ke atas Nabi Muhamad Khatamul anbiya' wal mursalin.

Salawat!

Setiap hari, hari Asyura.
Setiap tanah, tanah Karbala

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-Sembi9anProfil   Hantar PM kepada Al-Sembi9an   Pergi ke Al-Sembi9an's Website   Quote dan BalasQuote

adam_muslimin
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-01-07 11:04


syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For adam_musliminProfil   Hantar PM kepada adam_muslimin   Quote dan BalasQuote

aiezzat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2005
Ahli No: 20989
Posting: 76
Dari: kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-01-07 11:25


nice info

Bookmark and Share

    


  Member Information For aiezzatProfil   Hantar PM kepada aiezzat   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-01-07 12:31


emm..jangan lupa juga lakukan solat sunat serta zikir-zikirnya...
(tapi dah terlambat agaknya...:)...)

puasa 9 & 10 Muharram disarankan Nabi SAW..
Kaum yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram..jadi umat Islam tambah dua ( 9 & 10).Maka tak menyerupai amalan Yahudi...

sama-sama peringati kisah-kisah penting dalam Islam serta tingkatkan keimanan dengan amalan-amalan soleh:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-01-07 17:37


Allahumma Solli 'Ala Muhammad, Wa Aali Muhammad...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

abadaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.11.2005
Ahli No: 20370
Posting: 126
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-01-07 17:46


alhamdulillah...
tak pernah tau sebelum ni...

terima kasih..=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For abadaaProfil   Hantar PM kepada abadaa   Quote dan BalasQuote

biarlah-rahsia
Warga Rasmi
Menyertai: 06.07.2006
Ahli No: 25093
Posting: 16
Dari: biarlah rahsia

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-01-07 18:01


Pada 29-01-07 12:31 , sesejuksalju posting:

!!! QUOTE !!!


puasa 9 & 10 Muharram disarankan Nabi SAW..
Kaum yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram..jadi umat Islam tambah dua ( 9 & 10).Maka tak menyerupai amalan Yahudi...

"Berpuasalah kamu pada hari Asyura (10 Muharam) dengan sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya dan jangan disamakan dengan puasa orang yahudi."(H.R Ahmad)


-----------------
“Tiap-tiap perkataan anak Adam adalah bencana atasnya melainkan dalam perkara kebaikan dan melarang perkara keburukkan serta zikrullah."


Bookmark and Share

    


  Member Information For biarlah-rahsiaProfil   Hantar PM kepada biarlah-rahsia   Quote dan BalasQuote

arina_yasin
Warga Rasmi
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8771
Posting: 3
Dari: Subang Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-01-07 18:22


Ya Allah..Ya Rabbal A'lamiin..Ya Rahmaanu Ya Rahiim...

Bookmark and Share

    


  Member Information For arina_yasinProfil   Hantar PM kepada arina_yasin   Quote dan BalasQuote

FIENDA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2006
Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 09-02-07 13:29


Bagaimana memperingati 10 Muharam
• rimbabara
AHLI SENIOR
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 1850
Dari: Ipoh





     Posting pada: 28-01-07 14:51


SALAH satu antara hari-hari yang bersejarah dalam Islam ialah hari ke-10 bulan Muharam, yang kemudian disebutkan hari asyura. Ia menjadi penting antara lain diundangkannya untuk pertama kali sebagai hari berpuasa dalam sejarah Islam. Sebenarnya ada dua peristiwa bersejarah yang berbeza pada hari tersebut. Peristiwa 10 Muharam juga dikatakan sebagai hari berkabung mengingati peristiwa Karbala di mana Hussin cucu nabi dibunuh oleh puak-puak Muawiah. Dikatakan bahawa bubur merah adalah simbol darah Hussin, sedangkan bubur putih simbol ketulusan Hasan untuk berdamai. Ia juga dikaitkan dengan pelbagai peristiwa yang dialami oleh para nabi.

Pada 10 Muharam ini banyak terjadi peristiwa penting, yang kemudian dipahatkan dalam sejarah. Imam Ghazali dalam bukunya Mukasyayafultul Qulub mencatat bahawa tidak kurang dari 13 macam peristiwa penting yang terjadi pada 10 Muharam walaupun berbeza-beza tahun kurunnya.

Di antaranya ialah hari diciptakan Nabi Adam, diciptakan langit, bumi, bulan, dan bintang, hari lahir Nabi Ibrahim dan hari lepasnya beliau dari bahaya unggun api Raja Namrud, hari kemenangan Nabi Musa dan tenggelamnya rejim Firaun, hari kelahiran Nabi Isa dan diangkat beliau ke langit, Nabi Idris diangkat ke tempat yang mulia, Nabi Nuh selamat dari taufan, Nabi Sulaiman mendapat kekuasaan luar biasa, Nabi Yunus keluar dengan selamat dari dalam perut ikan, Nabi Yakkub yang buta dapat melihat, Nabi Yusuf bebas dari penjara, Nabi Ayub sembuh dari penyakit yang mengancam jiwa dan hari pertama diturunkan hujan.

Peristiwa-peristiwa penting 10 Muharam itu, mengandungi aspek-aspek perjuangan yang menaikkan semangat kepimpinan dan kepahlawanan. Ia mengandungi nilai-nilai pendidikan dan pengaruh kejiwaan dalam kehidupan seseorang atau sesuatu bangsa.

Mengingati persamaan motif dan tujuan perjuangan Rasulullah dengan Nabi-Nabi yang terdahulu, tidak lain adalah untuk sama-sama menegakkan tauhid, maka Nabi Muhammad telah menetapkan tanggal 10 Muharam menjadi salah satu rangkaian Sunah Nabi, yang dilakukan dengan tatacara yang sesuai dengan ajaran Islam. Umat Islam digalakkan banyak beribadah, mengintrospeksi diri dan memohon keampunan di samping menperbaharui tekad melaksanakan keadilan di atas muka bumi ini. Dan berusaha untuk terus menegakkan risalah Ilahi walau apa pun rintangan yang terpaksa dihadapi. Justeru semua itu adalah satu pertanggungjawaban yang tidak mungkin diingkari. Jangan kita jadi seperti kaum sabar yang diberi berkat yang banyak, namun kerana ingkar (tidak bertakwa-bererti melakukan kezaliman) maka Allah memberi musibah (maksud surah sabar 15-16). Kezaliman bukan setakat kepada Allah atau manusia lain tetapi kepada diri sendiri. Kezaliman itulah yang menghancurkan kebahagiaan kita sebagaimana pesan Allah dalam surah al-Hijr (78-79) bahawa kehancuran penduduk “Aikah” kerana kezaliman sendiri.

Di antara caranya ialah dengan melahirkan sikap atau jiwa dan kehidupan yang tidak dapat memisahkan aspek hubungan manusia dengan Allah; kedua, aspek hubungan sesama manusia.

Pelaksanaan ibadah kerohanian ini ialah dengan mengerjakan puasa pada hari asyura Puasa pada hari itu termasuk salah satu puasa sunat yang utama (afdal), seperti dijelaskan dalam hadis yang riwayat Muslim: “Puasa yang paling mulia sesudah puasa Ramadan ialah puasa bulan Muharam.”

Nilai puasa asyura ini pada sisi Ilahi digambarkan dalam hadis lain, yang diriwayatkan Muslim: “Puasa pada hari asyura menghapuskan dosa satu tahun lampau.”

Manakala tatacara yang kedua ialah melakukan amal soleh pada hari asyura, iaitu perbuatan kebaikan, seperti membantu mereka yang ditimpa musibah atau malapetaka alam seperti banjir yang melanda negara sekarang, membantu fakir miskin, mereka yang sengsara dan lain-lain pekerjaan yang bersifat sosial dan perikemanusiaan.

Nabi menegaskan dalam satu sabdanya yang bermaksud:

Barangsiapa melapangkan (meringankan, memberi) keluarganya dan ahlinya pada hari asyura, maka Allah akan memberikan kelapangan pula kepadanya dalam waktu tahun yang bersangkutan. (riwayat Baihaki).

Jadi cara membesarkan hari asyura itu ialah dengan melakukan ibadah (puasa) dan melahirkan kesyukuran atau amaliah. Bukan dengan cara atau amalan bersedih atau menangisi kematian sesiapa terutama dengan perbuatan yang menyeksa dan menyakitkan diri sendiri atau pendekatan kemeriahan yang melalaikan dan melampaui batasan agama dengan pelbagai pesta hiburan yang merugikan kerana Islam tidak pernah melarang hiburan yang terurus dan boleh membawa kebaikan dan pembangunan serta kemajuan. Demikanlah cara yang dianjurkan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang harus dijadikan panduan umat Islam.

Jika kita perhatikan perkembangan tatacara memperingati atau membesarkan hari asyura itu sesudah zaman Rasulullah dan sahabat, kita dapati banyak telah mengalami perubahan bahkan menyimpang, dan tidak sesuai dengan ketentuan-ketentuan Sunah Nabi.

Perkembangan-perkembangan itu ada kalanya dicelup dengan kepentingan-kepentingan satu golongan atau unsur-unsur lainnya yang bersifat tradisional.

Sebagai contoh, perayaan asyura di kalangan kaum Syiah. Mereka menghubungkan 10 Muharam dengan peristiwa terbunuhnya tokoh kaum Syiah, Hussin, putera Ali bin Abi Thalib. Dalam peperangan yang terjadi antara dua dinasti iaitu Muawiah di satu pihak, di suatu medan petempuran di padang Karbala (Iraq), Hussin tewas dan jenazahnya diperlakukan dengan cara yang sangat kejam. Peristiwa itu terjadi pada 10 Muharam, 61 H. (10 Oktober 680 M).

Untuk mengembalikan kenangan-kenangan Syiah kepada peristiwa pahit yang menyedihkan itu, maka pada 10 Muharam mereka tetapkan sebagai hari berkabung yang diperingati dengan melakukan pelbagai upacara. Di dunia moden, kisah Hussin diceritakan kembali termasuk melalui kemudahan rakaman kaset atau video. Dengan cara ini, wacana tentang Karbala dapat didengar oleh jutaan orang. Kerana peristiwa Karbala dilihat sebagai paradigma penindasan orang-orang yang tidak berdosa oleh tangan-tangan zalim, kenangannya mampu menjadi sumber kekuatan politik Syiah.

Jelas di sini bahawa cara yang ditetapkan oleh Sunah ialah merayakan atau membesarkan hari asyura dengan berpuasa dan melakukan perkara-perkara kebaikan atau amalan bersifat sosial yang diredai Allah.




--------------------------------------------------------------------------------
Profil     Quote    Lapor Kepada Admin
• Al-Sembi9an
Ahli 2 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27663
Posting: 52
Dari: Jawa Timur





     Posting pada: 29-01-07 11:01


Kepada pencinta ahlul bait, marilah kita bersalawat ke atas Nabi Muhamad Khatamul anbiya' wal mursalin.

Salawat!

Setiap hari, hari Asyura.
Setiap tanah, tanah Karbala




--------------------------------------------------------------------------------
Profil     Quote    Lapor Kepada Admin
• adam_muslimin
Ahli 3 Bintang
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27068
Posting: 150
Dari: tawau





     Posting pada: 29-01-07 11:04


syukran




--------------------------------------------------------------------------------
Profil     Quote    Lapor Kepada Admin
• aiezzat
Ahli 2 Bintang
Menyertai: 09.12.2005
Ahli No: 20989
Posting: 67
Dari: kajang





     Posting pada: 29-01-07 11:25


nice info




--------------------------------------------------------------------------------
Profil     Quote    Lapor Kepada Admin
• sesejuksalju
AHLI SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 764
Dari: kelantan





     Posting pada: 29-01-07 12:31


emm..jangan lupa juga lakukan solat sunat serta zikir-zikirnya...
(tapi dah terlambat agaknya......)

puasa 9 & 10 Muharram disarankan Nabi SAW..
Kaum yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram..jadi umat Islam tambah dua ( 9 & 10).Maka tak menyerupai amalan Yahudi...

sama-sama peringati kisah-kisah penting dalam Islam serta tingkatkan keimanan dengan amalan-amalan soleh




--------------------------------------------------------------------------------
Profil     Quote    Lapor Kepada Admin
• mawa
AHLI SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 854
Dari: Atas Angin





     Posting pada: 29-01-07 17:37


Allahumma Solli 'Ala Muhammad, Wa Aali Muhammad...




--------------------------------------------------------------------------------
Profil     Quote    Lapor Kepada Admin
• abadaa
Ahli 2 Bintang
Menyertai: 15.11.2005
Ahli No: 20370
Posting: 60
Dari: Kuala Lumpur





     Posting pada: 29-01-07 17:46


alhamdulillah...
tak pernah tau sebelum ni...

terima kasih..=)




--------------------------------------------------------------------------------
Profil     Quote    Lapor Kepada Admin
• biarlah-rahsia
Ahli Rasmi
Menyertai: 06.07.2006
Ahli No: 25093
Posting: 12
Dari: biarlah rahsia





     Posting pada: 29-01-07 18:01


Pada 29-01-07 12:31 , sesejuksalju posting:!!! QUOTE !!!

puasa 9 & 10 Muharram disarankan Nabi SAW..
Kaum yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram..jadi umat Islam tambah dua ( 9 & 10).Maka tak menyerupai amalan Yahudi...

"Berpuasalah kamu pada hari Asyura (10 Muharam) dengan sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya dan jangan disamakan dengan puasa orang yahudi."(H.R Ahmad)


-----------------
“Tiap-tiap perkataan anak Adam adalah bencana atasnya. Tidak ada manfaat baginya melainkan dalam perkara kebaikan dan melarang perkara keburukkan serta men





--------------------------------------------------------------------------------
Profil     Quote    Lapor Kepada Admin
• arina_yasin
Ahli Rasmi
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8771
Posting: 3
Dari: Subang Jaya





     Posting pada: 29-01-07 18:22


Ya Allah..Ya Rabbal A'lamiin..Ya Rahmaanu Ya Rahiim...




--------------------------------------------------------------------------------
Profil     Quote    Lapor Kepada

Bookmark and Share

    


  Member Information For FIENDAProfil   Hantar PM kepada FIENDA   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110594 saat. Lajunya....