Oleh |
Petua Berumahtangga |
milenia_muslim
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.01.2007 Ahli No: 28234
Posting: 67
Dari: sarawak
|
Posting pada: 20-01-07 02:36
Petua Berumahtangga Dalam melayari bahtera rumahtangga, kadang-kadang terasa bahagia dan kadangkala rasa rumahtangga begitu membosankan. Umpama air laut, ada pasang surutnya, ada masa tenangnya dan ada masa gelisah dilanda ombak yang begitu kuat menghempas. Sebagaimana pepatah Melayu mengatakan lidah dan gigi lagikan tergigit, inikan pula pasangan suami isteri. Walau bagaimana agungnya cinta yang dibina dan walau bagaimana erat kasih sayang yang dijalin dan dipupuk, seperti juga hubungan di antara lidah dan gigi mencerna makanan, walau rapat sekalipun namun sesekali tergigit juga. Pertelingkahan kecil atau ada rasa tidak puas hati di antara suami isteri memang perkara yang mudah berlaku. Tapi kalau dibiarkan berlarutan dan tidak dibendung segera, pertelingkahan kecil akan jadi besar dan akhirnya mengakibatkan kehancuran pada sesebuah rumahtangga. Seperti ombak kecil, ia hanya akan mengakibatkan kapal terumbang ambing. Tapi kalau ombak sudah besar, mungkin kapal akan ditelannya. Pertelingkahan atau rasa tidak puas hati jangan dibiarkan berlarutan. Tapi sebaliknya hendaklah segera dibendung dan dibaiki oleh kedua-dua belah pihak agar jangan sampai penyakit yang sudah parah baru kelam-kabut hendak dicarikan ubatnya. Bagi mengelakkan sengketa jadi besar, perkara awal yang perlu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak ialah dengan memeriksa atau mengkoreksi diri sendiri, apakah punca pertelingkahan itu berlaku? Kajilah, mungkin salah seorang atau kedua-duanya sekali ada terbuat dosa sama ada di dalam atau di luar rumah, yang zahir mahu pun yang batin. Kadang-kadang dosa yang tanpa disedari itulah yang menjadi hijab dalam mewujudkan ketenangan dan sakinah dalam rumahtangga. Kalau suami atau isteri telah berbuat dosa keadaan begini boleh berlaku: Suami pulang ke rumah untuk bertemu dengan isteri. Tentu pulang dalam keadaan letih dan lesu setelah seharian mencari nafkah atau berjuang di tengah masyarakat. Tanpa diduga atau disedari tiba-tiba rasa hendak marah pada isteri yang mungkin tidak sempat hendak berhias atau melihat anak-anak yang tidak terurus. Manakala si isteri pula bila lihat suami yang balik dalam keadaan marah-marah, ia merasa seolah-olah suami sudah tidak menyukai dan menyayanginya lagi. Maka timbullah rasa hambar dan dinginnya rumahtangga yang telah dibina sekian tahun. Isteri pula kalau merasa dirinya tidak dihargai lagi, mulalah ia memendam rasa. Maklumlah fikiran wanita singkat dan dunianya tidak seluas lelaki. Masalah yang kecil itu dirasakan cukup berat lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan kerenah anak-anak dan kerja rumah yang tidak pernah selesai. Fikirannya akan bertambah terhimpit dan jiwanya makin menderita. Lantaran terlalu lama memendam rasa akhirnya pecah terburai juga segala isi hati yang dipendam selama ini. Bagi isteri yang lembut mungkin dilepaskan geramnya dengan kata-kata dan nada memujuk tapi sungguh sinis, tajam dan berbisa sekali. Dan yang lebih dahsyat sekali dihamburkan pada suaminya dengan kata-kata yang kesat, pedas dan kasar. Yang penting hatinya puas. Suami yang tidak mahu sengketa itu berpanjangan mungkin mengambil sikap segera mengalah. tapi sebenarnya hatinya sungguh terluka dibuat begitu. "Wahai para isteri, adakah kamu sudah lupa bahawa redha suami bermakna redha Allah? Kalau hati suami sudah luka apakah kamu akan mendapat keredhaan Allah? Ingatlah, Rasulullah pernah tangiskan bahawa penghuni neraka kebanyakan adalah wanita yang derhaka pada suaminya. Kenapa harus tersinggung pada suami walaupun benar suami yang bersalah? Setiap isteri harus memahami bahawa setiap apa yang berlaku semuanya dalam perancanaan Allah walaupun perkara itu kita suka atau tidak. Mungkin dosa yang dilakukan secara sedar atau tidak itulah yang menyebabkan sengketa itu terjadi. Allah hukum melalui tindakan suami yang menyinggung hati. Allah datangkan masalah itu, sebenarnya sebagai penghapusan dosa yang telah kita lakukan. Hukuman dari Allah ini adalah sebagai tanda kasih sayang dari-Nya supaya di akhirat kelak kita tidak akan dihukum lagi. Untuk itu kita kenalah selalu bertaubat dan mengawasi diri kita dari terjebak dengan dosa sama ada dosa lahir atau batin. Rasulullah saw seorang yang maksum lahir dan batin terpelihara dari dosa sentiasa bertaubat sehari semalam 100 kali. Lebih-lebih lagi muka macam kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat. Oleh itu kita kena selalu menangis dan mengenang dosa kita. Dan Yakinlah setiap yang berlaku itu terkandung seribu hikmah di sebaliknya. Sekiranya kita telah rasa bersalah segeralah mencari jalan dengan meminta maaf dan memberi maaf pada suami akan ketelanjuran kita itu. Lebih-lebih lagi orang yang banyak jasa pada kita, Kenapa harus kita menyusahkannya? Carilah jalan supaya suami kembali redha pada kita dengan berbuat apa sahaja yang disukai. Ketika itu pertelingkahan kecil dalam rumahtangga selalunya akan membawa kepada kemesraan hubungan suami isteri yang lebih tinggi. Setelah diuji, Allah datangkan pula nikmat dalam rumahtangga. Setelah sengsara berlalu akan datanglah bahagia. Setelah puas menangis kerana menanggung luka di hati, akan datang pula kasih sayang, perhatian dan pujukan dari suami. Raumahtangga akan kembali tenang dan bahagia. Dan ketika itu jadilah rumahtangga sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah saw iaiatu rumahtanggaku adalah syurgaku.
|
mohdhanis
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.07.2004 Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang
|
Posting pada: 20-01-07 11:43
hm.... konsep berterus terang dan saling memahami anatara suami dan isteri dapat membahagiakan sesebuah kekeluargaan. ni pendapat saya...
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 20-01-07 11:57
suami dan isteri mesti saling memahami.. adat lah kalau berselisih faham tapi salah seorang mesti mengalah.... contohi orang tua kita yang mampu kekal bahagia walaupun mereka tak kenal apatah lagi bercinta pun sebelum kawin....
|
starfish
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.01.2005 Ahli No: 14030
Posting: 76
Dari: Seremban
|
Posting pada: 20-01-07 12:16
bagi saya perlu ada komunikasi yang baik antara kedua-dua blah pihak dan menegur kesilapan dengan cara yang paling berhikmah..biasalah..masakan lidah tidak lagi tergigit, inikan pulak suami isteri.
|
solehah86
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.12.2006 Ahli No: 27962
Posting: 90
Dari: egypt
|
Posting pada: 20-01-07 13:46
muhasabah kesalahan mmasing dan yang penting ...MAAF...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 20-01-07 16:12
 ... Takut juga nak kahwin ni...
|
nur88
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.12.2006 Ahli No: 27875
Posting: 98
Dari: selangor
|
Posting pada: 20-01-07 16:21
suami soleh penenang diri, isteri solehah penyejuk mata..
|
mohdhanis
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.07.2004 Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang
|
Posting pada: 21-01-07 09:00
hm.. tapi ada juga saya pernah jumapa, suami yang panas baran, pernah pukul isteri, baru-baru ni dia pukul anak perempuan dia yang dah umur 20 tahun. pakai tali pinggang lagi. tapi, si isteri still bersama dengan dia walaupun bili kepulangan dia ke rumah amat tidak menyenangi nya. inikah yang di namakan kuasa kasih sayang???
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 21-01-07 11:49
Pada 20-01-07 16:12 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! ... Takut juga nak kahwin ni... 
sebelum kita kawin, kita hanya membayangkan indahnya hidup lepas kahwin... tapi kita terlupa, dan mungkin tak tahu banyak nya cabaran dan tanggungjawab selepas kawin... buat yang belum berkahwin, nasihat anis sebagai yang dah berpengalaman tak banyak, sikit saja..... ingat2 lah siapkan lah diri ni dengan persiapan untuk menjadi suami/ isteri seterusnya sebagai umi/ walid.... memang banyak cabaran.... tak terjangka kita zaman2 bujang ini.. bukan menakut2kan, sekadar mengingatkan supaya lebih besedia... banyak persediaan yang perlu, bukan dari segi perasaan atau keinginan nak nikah saja... persediaan mental bagi isteri yang mesti melayan seorang suami sebagai king dalam rumah tangga, begitu juga karenah isteri yang pelbagai yang mungkin takkan kita lihat sepanjang tempoh bercinta, persediaan dari kewangan yang teguh, emm, bagi yang masih studi tu, selagi boleh jaga diri, bagi anis, tak payah dulu lah nikah.. terutamanya lelaki lah....tunggula keadaan tol2 stabil, tapi, kalau mampu, apa salahnya... asalkan mampu menghadapi suka duka hidup dalam alam rumahtangga ini..
|
hidayah_grasio
Warga 3 Bintang Menyertai: 20.03.2006 Ahli No: 23571
Posting: 146
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 21-01-07 16:53
 Yang penting, saling faham memahami..
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 21-01-07 18:16
Pada 21-01-07 16:53 , hidayah_grasio posting:!!! QUOTE !!! 
Yang penting, saling faham memahami..
saling memahami ni sekadar persediaan mental... zaman sekarang ni tak dapat elak perlukan pesediaan material sekali..
|
qibtiyah
WARGA SETIA Menyertai: 10.07.2005 Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish
|
Posting pada: 21-01-07 21:29
|
lukmanulhakim
Warga 2 Bintang Menyertai: 17.12.2005 Ahli No: 21214
Posting: 62
Dari: kedah
|
Posting pada: 22-01-07 01:27
Salam.... So kepada muslimin dan muslimat yang nak dirikan rumahtangga,siap2kanlah diri anda... Yang muslimat dengan tanggungjawabnya... Yang muslimin lagi lah banyak tanggungjawab.... Ingat,semuanya akan dipersoalkan oleh Allah di hadapanNya kelak. Buatlah sehabis baik...MOga perkahwinan kita diredhai Allah... Penuh mawaddah wa rahmah..Ameen...
|
nice_pesan
Warga 3 Bintang Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 619
Posting: 126
Dari: cheras...
|
Posting pada: 04-03-07 03:18
assalamualaikum dimana ada kebahagian... disitu pasti ada ujian dan dugaan, harus hadapi dengan sabar dan hati yang terbuka... setiap hamba Allah tak lari dari kesilapan, bila dah berumahtangga, tanggungjawab tu berat sebenarnya, kurangkan marah... elakkan bertengkar.. masalah berat macam mana pun insyaAllah dapat diatasi...
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 16-03-08 10:16
Pada 20-01-07 11:43 , mohdhanis posting:!!! QUOTE !!! hm.... konsep berterus terang dan saling memahami anatara suami dan isteri dapat membahagiakan sesebuah kekeluargaan. ni pendapat saya... tapi berterus terang ini mesti kena cara juga dan ikut situasi kan.. silap terus terang keruh pula rumahtangga.. erm sesiapa yang dah kahwin boleh kongsi tak macamana terus terang terhadap isteri/ suami.. macam kalau masakan isteri tak sedap ke, suami taklah boleh kata terus terang tak sedap kan..  p/s: insyaAllah, dalam proses menyiapkan diri; memperbaiki diri..  ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 16-03-08 10:19
Pada 21-01-07 09:00 , mohdhanis posting:!!! QUOTE !!! hm.. tapi ada juga saya pernah jumapa, suami yang panas baran, pernah pukul isteri, baru-baru ni dia pukul anak perempuan dia yang dah umur 20 tahun. pakai tali pinggang lagi. tapi, si isteri still bersama dengan dia walaupun bili kepulangan dia ke rumah amat tidak menyenangi nya. inikah yang di namakan kuasa kasih sayang??? sabarnya isteri tu.. tapi rasanya kalau sampai tahap ni kena buat sesuatu juga  kasihan pula dengan anak2... moga dijauhkan dari suami begitu.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 16-03-08 10:24
Pada 20-01-07 11:57 , anis_zulaikha posting:!!! QUOTE !!! suami dan isteri mesti saling memahami.. adat lah kalau berselisih faham tapi salah seorang mesti mengalah.... contohi orang tua kita yang mampu kekal bahagia walaupun mereka tak kenal apatah lagi bercinta pun sebelum kawin.... a'ah kalau kedua-duanya nak menang menyala2lah api.. kata makcik itu..bergaduh adalah adat dalam rumahtangga.. cuma yang nak ingatkan sakinah betul-betul (eheh) kalau suami kita tengah marah, baik diam saja.. bila marah suami dah reda, barulah bersuara..  ------> petua untuk suami juga ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia
|
Posting pada: 16-03-08 10:31
huhuh..masing-masing utarakan pendapat.berdebar lah pula nak kahwin. mak ana pun pernah cakap, kahwin ni tklah seindah yang dibayangkn.realiti nya jauh berbeza, walaupun memahami tahap nirvana pun, masalah tetap akan timbul..... p/s: betul KE kena LAYAN SUAMI macam KING??
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 16-03-08 12:02
huhuhu.... di hari itu tanya ummi... bagaimana ek ummi baru-baru kawin... bagaimana boleh adapt dengan suasana yang baru... hmm...  terdiam ummi sat.... lepas itu, jawapannya, kena batang idung balik... adess.. adess..
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 16-03-08 15:05
Pada 16-03-08 10:16 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! Pada 20-01-07 11:43 , mohdhanis posting:!!! QUOTE !!! hm.... konsep berterus terang dan saling memahami anatara suami dan isteri dapat membahagiakan sesebuah kekeluargaan. ni pendapat saya...
tapi berterus terang ini mesti kena cara juga dan ikut situasi kan.. silap terus terang keruh pula rumahtangga..
erm sesiapa yang dah kahwin boleh kongsi tak macamana terus terang terhadap isteri/ suami..
macam kalau masakan isteri tak sedap ke, suami taklah boleh kata terus terang tak sedap kan.. 
p/s: insyaAllah, dalam proses menyiapkan diri; memperbaiki diri.. 
rasanya ada caranya nak tegur masakan... janganlah terus dickp tak sedap... mungkin lebih baik cakap begini, "sedapnya masakan sayang, tapi mungkin lebih sedap kalau ditambah sedikit garam"  insyaAllah, suami makan saja apa yang isteri masakkan untuk dia..  ----------------- Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 16-03-08 15:08
Pada 16-03-08 15:05 , broshahir posting:!!! QUOTE !!!
rasanya ada caranya nak tegur masakan... janganlah terus dickp tak sedap... mungkin lebih baik cakap begini, "sedapnya masakan sayang, tapi mungkin lebih sedap kalau ditambah sedikit garam" 
insyaAllah, suami makan saja apa yang isteri masakkan untuk dia.. 
sesiapa yang terbaca ni bila suami dia cakap begini tahulah sebenarnya suami dia nak kata masakan dia tak sedap  baik para suami tukar ayat nanti  ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 16-03-08 15:12
 tapi kalau nak rasa sedap tak sedap, mungkin suami dan isteri boleh sama-sama memasak kat dapur
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 17-03-08 15:07
Bismillahhirrahmanirrahim erm..terseliuh lidah dalam rumahtangga adalah perkara biasa..lagikan lidah pun tergigit,inikan pulak suami isteri..kekadang bila lidah tu terseliuh,itulah yang akan menambah lagi usia dan warna warni rumah tangga itu..tapi janganlah biarkan lidah tu terseliuh lama-lama sampai jadi bengkak..kang susah nak makan..cepat-cepatlah cari ubatnya,jumpa doktornya atau jumpa bomohnya jika lidah tu terseliuh..bukan apa,bimbang kalau lidah yang terseliuh tu membengkak dan rosak sampai ke tahap yang tak boleh berfungsi lagi.. ----------------- "Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 17-03-08 15:13
macamanalah lidah yang tak bertulang dan tak bersendi ni boleh terseliuh kak sufti
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 17-03-08 15:26
first time juga dengar lidah terseliuh 
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 17-03-08 15:27
Pada 17-03-08 15:13 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! macamanalah lidah yang tak bertulang dan tak bersendi ni boleh terseliuh kak sufti  pribahasa baru ciptaan sendiri..hehe..  terseliuh dengan kata-kata terutama dari bibir sang suami..itu lebih tajam dari duri.. ----------------- "Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 17-03-08 15:32
tapikan pada suami terhadap isteri tak ada istilah derhaka kan.. yakah..  sebab isteri yang patut taat kepada suami bukan suami taat kepada isteri... sedih daku memikirkannya.. adakah benar perasaan ni..
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 17-03-08 15:39
yang paling pentingnya dalam melayari sesebuah bahtera rumahtangga itu adalah tolak ansur dan saling menghormati..selalu berbincang jika ada apa-apa..jangan tunjuk muncung 14 inci untuk sebab sebesar kuman.. banyakkan bersabar dalam pernikahan kerana kita hidup bersama dengan suami/isteri yang juga punya perasaan..tingkah yang berbeza...
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 17-03-08 15:45
aduh banyak betul pribahasa kak sufti.. muncung 14 inci  eheh tak terjawab lagi soalan kat atas tu..betulkah suami kena layan seperti king? kalau wanita pula dilayan macam baby ke? ada orang dah kahwin kata lelaki ni macam baby..  macamana itu
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 17-03-08 15:48
ada orang dah kahwin kata lelaki ni macam baby..  macamana itu  hehe..sakinah..majanyer bukan setakat macam baby tapi memang mengalahkan baby..  suami..erm..nampak saja keras..tapi sebenarnya manja sesangat..jiwanya halus..tapi dilindungi dengan ego..itu yang nampak macam keras..tapi sebenarnya lembut sesangat..  ----------------- "Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 17-03-08 15:51
taknak suami macam baby.. patut isteri yang macam baby
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 17-03-08 15:56
Pada 17-03-08 15:51 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! taknak suami macam baby..
patut isteri yang macam baby  jadi baby besar ye..heheh..erm..bila dah kawin tu akan taulah suami tu baby atau tidak..kalau sebelum kawin dia macam sarjan,tapi siapa tahu kalau dia sebenarnya baby..dan sebaliknya..itulah indahnya perkahwinan..untuk menjadikan kita lebih mengenali dirinya yang sebenar.. ----------------- "Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 17-03-08 16:01
oklah.. dah kahwin baru tahu lelaki baby besar itu macamana..  kuikui.. bawah umur lagi ni.. patut tak layak lagi bersuara.. eheh syukran jiddan pada yang dah berkahwin sudi2 berkongsi realiti rumahtangga...
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 17-03-08 16:03
Pada 17-03-08 16:01 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! oklah.. dah kahwin baru tahu lelaki baby besar itu macamana..  kuikui.. bawah umur lagi ni.. patut tak layak lagi bersuara.. eheh syukran jiddan pada yang dah berkahwin sudi2 berkongsi realiti rumahtangga...  erm..samalah kita sakinah..belum cukup umur..tak layak lagi nak bersuara..  ----------------- "Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 03-11-08 12:27
bagi ana pulak, dalam perhubungan rumahtangga yang penting adalah kejujuran dan keikhlasan, saling bertolak ansur, ..sebab banyak lagi cabaran di hadapan yang tidak kita ketahui...
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 03-11-08 14:09
assalamualaikum.. banyakkan kesabaran dan bertolak ansur.. kena bersedia pikul tanggungjawab.. insyaAllah ana akan ingat semua pesanan yang sahabat2 berikan tu.. bila ana berumahtangga nanti
|
khairulmukminah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2007 Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor
|
Posting pada: 19-12-08 21:41
Ya Allah, jadikanlah aku isteri yang solehah dan taat pada suami..redhakanlah rumahtangga kami Ya Allah....
|
muhamad_azrul86
WARGA SETIA Menyertai: 02.08.2006 Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH
|
Posting pada: 20-12-08 00:21
Ya Allah, kau jadikanlah aku Suami yang soleh dan bertanggungjawab pada isteri & keluarga.. redhakanlah rumahtangga kami Ya Allah.... -----------------
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 20-12-08 00:34
Pada 19-12-08 21:41 , khairulmukminah posting:!!! QUOTE !!! Ya Allah, jadikanlah aku isteri yang solehah dan taat pada suami..redhakanlah rumahtangga kami Ya Allah.... buat muslimah2 sekelian.....doa sahaja tidak cukup....perlu juga dipraktik dalam dunia nyata. jadi....nanti kalau suami kahwin dengan isteri ke-2 secara rahsia....harap kekal lah menjadi isteri yang solehah dan taat pada suami....dan JANGAN MINTA CERAI!!!!apelah yang anda akan dapat kalau bercerai???....lepas cerai hidup seorang-seorang.....sentiasa dihantui rasa dendam dengan orang lain (berdendam dengan kaum sendiri...hihihi) tak ada pun dalam undang-undang Islam antara syarat isteri boleh mohon cerai apabila suami kahwin lebih dari 1. kalau masih ada suami....masih dapat pahala bila beri ketaatan kepada suami.....ingat benda ini  sekian sahaja petua berumahtangga dari naruto-san  ....harap berguna dan berfaedah ye petua yang diberi. ----------------- http://al-ahkam.net/home/index.phphttp://www.alwahy.com/
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 20-12-08 00:57
naruto_san.. sadisnya menbaca nasihat awak tu... tapi memang betul pun cuma ..... fikir lah sendiri..
|
arrantaui
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.12.2008 Ahli No: 36246
Posting: 99
|
Posting pada: 20-12-08 10:25
Lelaki, mereka mahu dihormati dan ditaati. Wanita mereka mahu difahami, disayangi.
|
arrantaui
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.12.2008 Ahli No: 36246
Posting: 99
|
Posting pada: 20-12-08 10:28
Bayi dilahirkan lemah agar di jagai. Bayi dilahirkan sifar pengetahuan agar dididik. Wanita dijadikan lemah agar disayangi. Lelaki dijadikan kuat agar dihormati, ditaati.
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 20-12-08 10:37
perkahwinan umpama pertaruhan dalam penerusan hidup.... ada yang bahagia. ada yang derita. namun semua itu adalah ketentuanNYA. syukur, redha dan sabar sentiasa. **tergelak kejap baca posting2 'membuai' kat atas.. aduihai.... tinggi sungguh imaginasi ...
|
haryana
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.12.2008 Ahli No: 36356
Posting: 74
Dari: Jaybee
|
Posting pada: 20-12-08 10:46
ya.. betul tu..kita kena sabar apa yang berlaku.. saya dah lama melalui pengalaman seperti itu..mula-mula bila bergaduh memang lah susah nak mengalah,.. tapi apa yang kita dapat bila asyik nak berkeras hati saja dengan suami.. so, kenalah tabah.. memang banyak hikmahya.... org lelaki memang susah nak mengalah kena lah fahammm ----------------- ~~winter cool~~ @@permulaan sabar pahit tapi manis akhirnya~~~
|