Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 52
Ahli: 0
Jumlah: 52




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 6 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 16 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 16 hari yang lalu
eme86: 17 hari yang lalu
sunan-faqih: 22 hari yang lalu


Petua Warisan
Topik: Petua Berumahtangga


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Petua Warisan
    »» Petua Berumahtangga

Please Mendaftar To Post


Oleh Petua Berumahtangga

milenia_muslim
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.01.2007
Ahli No: 28234
Posting: 67
Dari: sarawak

Sarawak  


posticon Posting pada: 20-01-07 02:36


Petua Berumahtangga

Dalam melayari bahtera rumahtangga, kadang-kadang terasa bahagia dan kadangkala rasa rumahtangga begitu membosankan. Umpama air laut, ada pasang surutnya, ada masa tenangnya dan ada masa gelisah dilanda ombak yang begitu kuat menghempas.

Sebagaimana pepatah Melayu mengatakan lidah dan gigi lagikan tergigit, inikan pula pasangan suami isteri. Walau bagaimana agungnya cinta yang dibina dan walau bagaimana erat kasih sayang yang dijalin dan dipupuk, seperti juga hubungan di antara lidah dan gigi mencerna makanan, walau rapat sekalipun namun sesekali tergigit juga.

Pertelingkahan kecil atau ada rasa tidak puas hati di antara suami isteri memang perkara yang mudah berlaku. Tapi kalau dibiarkan berlarutan dan tidak dibendung segera, pertelingkahan kecil akan jadi besar dan akhirnya mengakibatkan kehancuran pada sesebuah rumahtangga.

Seperti ombak kecil, ia hanya akan mengakibatkan kapal terumbang ambing. Tapi kalau ombak sudah besar, mungkin kapal akan ditelannya. Pertelingkahan atau rasa tidak puas hati jangan dibiarkan berlarutan. Tapi sebaliknya hendaklah segera dibendung dan dibaiki oleh kedua-dua belah pihak agar jangan sampai penyakit yang sudah parah baru kelam-kabut hendak dicarikan ubatnya.

Bagi mengelakkan sengketa jadi besar, perkara awal yang perlu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak ialah dengan memeriksa atau mengkoreksi diri sendiri, apakah punca pertelingkahan itu berlaku? Kajilah, mungkin salah seorang atau kedua-duanya sekali ada terbuat dosa sama ada di dalam atau di luar rumah, yang zahir mahu pun yang batin. Kadang-kadang dosa yang tanpa disedari itulah yang menjadi hijab dalam mewujudkan ketenangan dan sakinah dalam rumahtangga.

Kalau suami atau isteri telah berbuat dosa keadaan begini boleh berlaku: Suami pulang ke rumah untuk bertemu dengan isteri. Tentu pulang dalam keadaan letih dan lesu setelah seharian mencari nafkah atau berjuang di tengah masyarakat. Tanpa diduga atau disedari tiba-tiba rasa hendak marah pada isteri yang mungkin tidak sempat hendak berhias atau melihat anak-anak yang tidak terurus.

Manakala si isteri pula bila lihat suami yang balik dalam keadaan marah-marah, ia merasa seolah-olah suami sudah tidak menyukai dan menyayanginya lagi. Maka timbullah rasa hambar dan dinginnya rumahtangga yang telah dibina sekian tahun.

Isteri pula kalau merasa dirinya tidak dihargai lagi, mulalah ia memendam rasa. Maklumlah fikiran wanita singkat dan dunianya tidak seluas lelaki. Masalah yang kecil itu dirasakan cukup berat lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan kerenah anak-anak dan kerja rumah yang tidak pernah selesai. Fikirannya akan bertambah terhimpit dan jiwanya makin menderita.

Lantaran terlalu lama memendam rasa akhirnya pecah terburai juga segala isi hati yang dipendam selama ini. Bagi isteri yang lembut mungkin dilepaskan geramnya dengan kata-kata dan nada memujuk tapi sungguh sinis, tajam dan berbisa sekali. Dan yang lebih dahsyat sekali dihamburkan pada suaminya dengan kata-kata yang kesat, pedas dan kasar. Yang penting hatinya puas. Suami yang tidak mahu sengketa itu berpanjangan mungkin mengambil sikap segera mengalah. tapi sebenarnya hatinya sungguh terluka dibuat begitu.

"Wahai para isteri, adakah kamu sudah lupa bahawa redha suami bermakna redha Allah? Kalau hati suami sudah luka apakah kamu akan mendapat keredhaan Allah? Ingatlah, Rasulullah pernah tangiskan bahawa penghuni neraka kebanyakan adalah wanita yang derhaka pada suaminya.

Kenapa harus tersinggung pada suami walaupun benar suami yang bersalah? Setiap isteri harus memahami bahawa setiap apa yang berlaku semuanya dalam perancanaan Allah walaupun perkara itu kita suka atau tidak. Mungkin dosa yang dilakukan secara sedar atau tidak itulah yang menyebabkan sengketa itu terjadi. Allah hukum melalui tindakan suami yang menyinggung hati. Allah datangkan masalah itu, sebenarnya sebagai penghapusan dosa yang telah kita lakukan. Hukuman dari Allah ini adalah sebagai tanda kasih sayang dari-Nya supaya di akhirat kelak kita tidak akan dihukum lagi.

Untuk itu kita kenalah selalu bertaubat dan mengawasi diri kita dari terjebak dengan dosa sama ada dosa lahir atau batin. Rasulullah saw seorang yang maksum lahir dan batin terpelihara dari dosa sentiasa bertaubat sehari semalam 100 kali. Lebih-lebih lagi muka macam kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat. Oleh itu kita kena selalu menangis dan mengenang dosa kita. Dan Yakinlah setiap yang berlaku itu terkandung seribu hikmah di sebaliknya.

Sekiranya kita telah rasa bersalah segeralah mencari jalan dengan meminta maaf dan memberi maaf pada suami akan ketelanjuran kita itu. Lebih-lebih lagi orang yang banyak jasa pada kita, Kenapa harus kita menyusahkannya? Carilah jalan supaya suami kembali redha pada kita dengan berbuat apa sahaja yang disukai.

Ketika itu pertelingkahan kecil dalam rumahtangga selalunya akan membawa kepada kemesraan hubungan suami isteri yang lebih tinggi. Setelah diuji, Allah datangkan pula nikmat dalam rumahtangga. Setelah sengsara berlalu akan datanglah bahagia. Setelah puas menangis kerana menanggung luka di hati, akan datang pula kasih sayang, perhatian dan pujukan dari suami.

Raumahtangga akan kembali tenang dan bahagia. Dan ketika itu jadilah rumahtangga sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah saw iaiatu rumahtanggaku adalah syurgaku.

Bookmark and Share

    


  Member Information For milenia_muslimProfil   Hantar PM kepada milenia_muslim   Quote dan BalasQuote

mohdhanis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang

Selangor  


posticon Posting pada: 20-01-07 11:43


hm.... konsep berterus terang dan saling memahami anatara suami dan isteri dapat membahagiakan sesebuah kekeluargaan. ni pendapat saya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdhanisProfil   Hantar PM kepada mohdhanis   Pergi ke mohdhanis's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-01-07 11:57


suami dan isteri mesti saling memahami.. adat lah kalau berselisih faham tapi salah seorang mesti mengalah.... contohi orang tua kita yang mampu kekal bahagia walaupun mereka tak kenal apatah lagi bercinta pun sebelum kawin....

Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

starfish
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2005
Ahli No: 14030
Posting: 76
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-01-07 12:16


bagi saya perlu ada komunikasi yang baik antara kedua-dua blah pihak dan menegur kesilapan dengan cara yang paling berhikmah..biasalah..masakan lidah tidak lagi tergigit, inikan pulak suami isteri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For starfishProfil   Hantar PM kepada starfish   Quote dan BalasQuote

solehah86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.12.2006
Ahli No: 27962
Posting: 90
Dari: egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-01-07 13:46


muhasabah kesalahan mmasing dan yang penting ...MAAF...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solehah86Profil   Hantar PM kepada solehah86   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 20-01-07 16:12


Assalamualaikum...
Takut juga nak kahwin ni... :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

nur88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27875
Posting: 98
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 20-01-07 16:21


suami soleh penenang diri, isteri solehah penyejuk mata..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur88Profil   Hantar PM kepada nur88   Quote dan BalasQuote

mohdhanis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang

Selangor  


posticon Posting pada: 21-01-07 09:00


hm.. tapi ada juga saya pernah jumapa, suami yang panas baran, pernah pukul isteri, baru-baru ni dia pukul anak perempuan dia yang dah umur 20 tahun. pakai tali pinggang lagi. tapi, si isteri still bersama dengan dia walaupun bili kepulangan dia ke rumah amat tidak menyenangi nya. inikah yang di namakan kuasa kasih sayang???

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdhanisProfil   Hantar PM kepada mohdhanis   Pergi ke mohdhanis's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-01-07 11:49


Pada 20-01-07 16:12 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...
Takut juga nak kahwin ni... :-P



sebelum kita kawin, kita hanya membayangkan indahnya hidup lepas kahwin... tapi kita terlupa, dan mungkin tak tahu banyak nya cabaran dan tanggungjawab selepas kawin...

buat yang belum berkahwin, nasihat anis sebagai yang dah berpengalaman tak banyak, sikit saja..... ingat2 lah siapkan lah diri ni dengan persiapan untuk menjadi suami/ isteri seterusnya sebagai umi/ walid....

memang banyak cabaran.... tak terjangka kita zaman2 bujang ini..
bukan menakut2kan, sekadar mengingatkan supaya lebih besedia... banyak persediaan yang perlu, bukan dari segi perasaan atau keinginan nak nikah saja... persediaan mental bagi isteri yang mesti melayan seorang suami sebagai king dalam rumah tangga, begitu juga karenah isteri yang pelbagai yang mungkin takkan kita lihat sepanjang tempoh bercinta, persediaan dari kewangan yang teguh,
emm, bagi yang masih studi tu, selagi boleh jaga diri, bagi anis, tak payah dulu lah nikah.. terutamanya lelaki lah....tunggula keadaan tol2 stabil,

tapi, kalau mampu, apa salahnya... asalkan mampu menghadapi suka duka hidup dalam alam rumahtangga ini..

/



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

hidayah_grasio
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.03.2006
Ahli No: 23571
Posting: 146
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 21-01-07 16:53


Assalamualaikum

Yang penting, saling faham memahami..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hidayah_grasioProfil   Hantar PM kepada hidayah_grasio   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-01-07 18:16


Pada 21-01-07 16:53 , hidayah_grasio posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Yang penting, saling faham memahami..


saling memahami ni sekadar persediaan mental... zaman sekarang ni tak dapat elak perlukan pesediaan material sekali..



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 21-01-07 21:29




Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

lukmanulhakim
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.12.2005
Ahli No: 21214
Posting: 62
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-01-07 01:27


Salam....
So kepada muslimin dan muslimat yang nak dirikan rumahtangga,siap2kanlah diri anda...
Yang muslimat dengan tanggungjawabnya...
Yang muslimin lagi lah banyak tanggungjawab....
Ingat,semuanya akan dipersoalkan oleh Allah di hadapanNya kelak.
Buatlah sehabis baik...MOga perkahwinan kita diredhai Allah...
Penuh mawaddah wa rahmah..Ameen...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lukmanulhakimProfil   Hantar PM kepada lukmanulhakim   Quote dan BalasQuote

nice_pesan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 619
Posting: 126
Dari: cheras...

Perak  


posticon Posting pada: 04-03-07 03:18


assalamualaikum

dimana ada kebahagian... disitu pasti ada ujian dan dugaan, harus hadapi dengan sabar dan hati yang terbuka... setiap hamba Allah tak lari dari kesilapan, bila dah berumahtangga, tanggungjawab tu berat sebenarnya,

kurangkan marah... elakkan bertengkar.. masalah berat macam mana pun insyaAllah dapat diatasi...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nice_pesanProfil   Hantar PM kepada nice_pesan   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-03-08 10:16


Pada 20-01-07 11:43 , mohdhanis posting:

!!! QUOTE !!!

hm.... konsep berterus terang dan saling memahami anatara suami dan isteri dapat membahagiakan sesebuah kekeluargaan. ni pendapat saya...



tapi berterus terang ini mesti kena cara juga dan ikut situasi kan..
silap terus terang keruh pula rumahtangga..

erm sesiapa yang dah kahwin boleh kongsi tak macamana terus terang terhadap isteri/ suami..

macam kalau masakan isteri tak sedap ke, suami taklah boleh kata terus terang tak sedap kan.. :berfikir:


p/s: insyaAllah, dalam proses menyiapkan diri; memperbaiki diri.. :kelip:


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-03-08 10:19


Pada 21-01-07 09:00 , mohdhanis posting:

!!! QUOTE !!!

hm.. tapi ada juga saya pernah jumapa, suami yang panas baran, pernah pukul isteri, baru-baru ni dia pukul anak perempuan dia yang dah umur 20 tahun. pakai tali pinggang lagi. tapi, si isteri still bersama dengan dia walaupun bili kepulangan dia ke rumah amat tidak menyenangi nya. inikah yang di namakan kuasa kasih sayang???



sabarnya isteri tu..

tapi rasanya kalau sampai tahap ni kena buat sesuatu juga :berfikir:
kasihan pula dengan anak2...


moga dijauhkan dari suami begitu..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-03-08 10:24


Pada 20-01-07 11:57 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

suami dan isteri mesti saling memahami.. adat lah kalau berselisih faham tapi salah seorang mesti mengalah.... contohi orang tua kita yang mampu kekal bahagia walaupun mereka tak kenal apatah lagi bercinta pun sebelum kawin....


a'ah kalau kedua-duanya nak menang menyala2lah api..

kata makcik itu..bergaduh adalah adat dalam rumahtangga..
cuma yang nak ingatkan sakinah betul-betul (eheh) kalau suami kita tengah marah, baik diam saja.. bila marah suami dah reda, barulah bersuara.. :sopan: ------> petua untuk suami juga


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia

morocco   avatar


posticon Posting pada: 16-03-08 10:31


huhuh..masing-masing utarakan pendapat.berdebar lah pula nak kahwin. mak ana pun pernah cakap, kahwin ni tklah seindah yang dibayangkn.realiti nya jauh berbeza, walaupun memahami tahap nirvana pun, masalah tetap akan timbul.....

p/s: betul KE kena LAYAN SUAMI macam KING??

Bookmark and Share

    


  Member Information For wahidatulfarahahProfil   Hantar PM kepada wahidatulfarahah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-03-08 12:02


huhuhu....
di hari itu tanya ummi... bagaimana ek ummi baru-baru kawin...
bagaimana boleh adapt dengan suasana yang baru...
hmm... :berfikir: terdiam ummi sat....
lepas itu, jawapannya, kena batang idung balik... adess.. adess..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-03-08 15:05


Pada 16-03-08 10:16 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-01-07 11:43 , mohdhanis posting:

!!! QUOTE !!!

hm.... konsep berterus terang dan saling memahami anatara suami dan isteri dapat membahagiakan sesebuah kekeluargaan. ni pendapat saya...



tapi berterus terang ini mesti kena cara juga dan ikut situasi kan..
silap terus terang keruh pula rumahtangga..

erm sesiapa yang dah kahwin boleh kongsi tak macamana terus terang terhadap isteri/ suami..

macam kalau masakan isteri tak sedap ke, suami taklah boleh kata terus terang tak sedap kan.. :berfikir:


p/s: insyaAllah, dalam proses menyiapkan diri; memperbaiki diri.. :kelip:



rasanya ada caranya nak tegur masakan...
janganlah terus dickp tak sedap...
mungkin lebih baik cakap begini, "sedapnya masakan sayang, tapi mungkin lebih sedap kalau ditambah sedikit garam" :D

insyaAllah, suami makan saja apa yang isteri masakkan untuk dia.. :)


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-03-08 15:08


Pada 16-03-08 15:05 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!




rasanya ada caranya nak tegur masakan...
janganlah terus dickp tak sedap...
mungkin lebih baik cakap begini, "sedapnya masakan sayang, tapi mungkin lebih sedap kalau ditambah sedikit garam" :D

insyaAllah, suami makan saja apa yang isteri masakkan untuk dia.. :)




sesiapa yang terbaca ni bila suami dia cakap begini tahulah sebenarnya suami dia nak kata masakan dia tak sedap :lol:

baik para suami tukar ayat nanti :-D


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-03-08 15:12


:D

tapi kalau nak rasa sedap tak sedap, mungkin suami dan isteri boleh sama-sama memasak kat dapur :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 17-03-08 15:07


Bismillahhirrahmanirrahim

erm..terseliuh lidah dalam rumahtangga adalah perkara biasa..lagikan lidah pun tergigit,inikan pulak suami isteri..kekadang bila lidah tu terseliuh,itulah yang akan menambah lagi usia dan warna warni rumah tangga itu..tapi janganlah biarkan lidah tu terseliuh lama-lama sampai jadi bengkak..kang susah nak makan..cepat-cepatlah cari ubatnya,jumpa doktornya atau jumpa bomohnya jika lidah tu terseliuh..bukan apa,bimbang kalau lidah yang terseliuh tu membengkak dan rosak sampai ke tahap yang tak boleh berfungsi lagi..


-----------------
"Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-


Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 15:13


macamanalah lidah yang tak bertulang dan tak bersendi ni boleh terseliuh kak sufti :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 15:26


first time juga dengar lidah terseliuh :D



:roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 17-03-08 15:27


Pada 17-03-08 15:13 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

macamanalah lidah yang tak bertulang dan tak bersendi ni boleh terseliuh kak sufti :-P


pribahasa baru ciptaan sendiri..hehe.. :-D terseliuh dengan kata-kata terutama dari bibir sang suami..itu lebih tajam dari duri..


-----------------
"Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-


Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 15:32


tapikan pada suami terhadap isteri tak ada istilah derhaka kan..

yakah.. :berfikir: sebab isteri yang patut taat kepada suami bukan suami taat kepada isteri...

sedih daku memikirkannya.. adakah benar perasaan ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 17-03-08 15:39


yang paling pentingnya dalam melayari sesebuah bahtera rumahtangga itu adalah tolak ansur dan saling menghormati..selalu berbincang jika ada apa-apa..jangan tunjuk muncung 14 inci untuk sebab sebesar kuman.. banyakkan bersabar dalam pernikahan kerana kita hidup bersama dengan suami/isteri yang juga punya perasaan..tingkah yang berbeza...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 15:45


aduh banyak betul pribahasa kak sufti.. muncung 14 inci :lol:

eheh tak terjawab lagi soalan kat atas tu..betulkah suami kena layan seperti king?

kalau wanita pula dilayan macam baby ke?

ada orang dah kahwin kata lelaki ni macam baby.. :lol: macamana itu :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 17-03-08 15:48


ada orang dah kahwin kata lelaki ni macam baby.. :lol: macamana itu :-(

hehe..sakinah..majanyer bukan setakat macam baby tapi memang mengalahkan baby.. :-D suami..erm..nampak saja keras..tapi sebenarnya manja sesangat..jiwanya halus..tapi dilindungi dengan ego..itu yang nampak macam keras..tapi sebenarnya lembut sesangat.. :kelip: :kelip: :kelip:


-----------------
"Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-


Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 15:51


taknak suami macam baby..

patut isteri yang macam baby :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 17-03-08 15:56


Pada 17-03-08 15:51 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

taknak suami macam baby..

patut isteri yang macam baby :-(


jadi baby besar ye..heheh..erm..bila dah kawin tu akan taulah suami tu baby atau tidak..kalau sebelum kawin dia macam sarjan,tapi siapa tahu kalau dia sebenarnya baby..dan sebaliknya..itulah indahnya perkahwinan..untuk menjadikan kita lebih mengenali dirinya yang sebenar..


-----------------
"Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-


Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 16:01


oklah.. dah kahwin baru tahu lelaki baby besar itu macamana.. :sopan:
kuikui.. bawah umur lagi ni.. patut tak layak lagi bersuara..
eheh syukran jiddan pada yang dah berkahwin sudi2 berkongsi realiti rumahtangga... :welcome:

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 17-03-08 16:03


Pada 17-03-08 16:01 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

oklah.. dah kahwin baru tahu lelaki baby besar itu macamana.. :sopan:
kuikui.. bawah umur lagi ni.. patut tak layak lagi bersuara..
eheh syukran jiddan pada yang dah berkahwin sudi2 berkongsi realiti rumahtangga... :welcome:


erm..samalah kita sakinah..belum cukup umur..tak layak lagi nak bersuara.. :-D


-----------------
"Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-


Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 03-11-08 12:27


bagi ana pulak, dalam perhubungan rumahtangga yang penting adalah kejujuran dan keikhlasan, saling bertolak ansur, ..sebab banyak lagi cabaran di hadapan yang tidak kita ketahui...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-11-08 14:09


assalamualaikum..

banyakkan kesabaran dan bertolak ansur..
kena bersedia pikul tanggungjawab..
insyaAllah ana akan ingat semua pesanan yang sahabat2 berikan tu..
bila ana berumahtangga nanti :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

khairulmukminah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2007
Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-12-08 21:41


Ya Allah, jadikanlah aku isteri yang solehah dan taat pada suami..redhakanlah rumahtangga kami Ya Allah....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairulmukminahProfil   Hantar PM kepada khairulmukminah   Pergi ke khairulmukminah's Website   Quote dan BalasQuote

muhamad_azrul86
WARGA SETIA
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 00:21


Ya Allah, kau jadikanlah aku Suami yang soleh dan bertanggungjawab pada isteri & keluarga..
redhakanlah rumahtangga kami Ya Allah....


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For muhamad_azrul86Profil   Hantar PM kepada muhamad_azrul86   Pergi ke muhamad_azrul86's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 20-12-08 00:34


Pada 19-12-08 21:41 , khairulmukminah posting:

!!! QUOTE !!!

Ya Allah, jadikanlah aku isteri yang solehah dan taat pada suami..redhakanlah rumahtangga kami Ya Allah....:)


buat muslimah2 sekelian.....doa sahaja tidak cukup....perlu juga dipraktik dalam dunia nyata.

jadi....nanti kalau suami kahwin dengan isteri ke-2 secara rahsia....harap kekal lah menjadi isteri yang solehah dan taat pada suami....dan JANGAN MINTA CERAI!!!!

apelah yang anda akan dapat kalau bercerai???....lepas cerai hidup seorang-seorang.....sentiasa dihantui rasa dendam dengan orang lain (berdendam dengan kaum sendiri...hihihi)

tak ada pun dalam undang-undang Islam antara syarat isteri boleh mohon cerai apabila suami kahwin lebih dari 1.

kalau masih ada suami....masih dapat pahala bila beri ketaatan kepada suami.....ingat benda ini :-P

sekian sahaja petua berumahtangga dari naruto-san :-P ....harap berguna dan berfaedah ye petua yang diberi.


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 00:57


naruto_san..
sadisnya menbaca nasihat awak tu... :sopan: :sopan:
tapi memang betul pun cuma ..... fikir lah sendiri.. :berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

arrantaui
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 36246
Posting: 99

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 10:25


Lelaki, mereka mahu dihormati dan ditaati.
Wanita mereka mahu difahami, disayangi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For arrantauiProfil   Hantar PM kepada arrantaui   Quote dan BalasQuote

arrantaui
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 36246
Posting: 99

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 10:28


Bayi dilahirkan lemah agar di jagai.
Bayi dilahirkan sifar pengetahuan agar dididik.

Wanita dijadikan lemah agar disayangi.
Lelaki dijadikan kuat agar dihormati, ditaati.

Bookmark and Share

    


  Member Information For arrantauiProfil   Hantar PM kepada arrantaui   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 10:37


perkahwinan umpama pertaruhan dalam penerusan hidup....

ada yang bahagia. ada yang derita.

namun semua itu adalah ketentuanNYA. syukur, redha dan sabar sentiasa.

**tergelak kejap baca posting2 'membuai' kat atas.. aduihai.... tinggi sungguh imaginasi ... ;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

haryana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.12.2008
Ahli No: 36356
Posting: 74
Dari: Jaybee

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 10:46


ya..
betul tu..kita kena sabar apa yang berlaku..
saya dah lama melalui pengalaman seperti itu..mula-mula bila bergaduh memang lah susah nak mengalah,..
tapi apa yang kita dapat bila asyik nak berkeras hati saja dengan suami..
so, kenalah tabah..
memang banyak hikmahya....
org lelaki memang susah nak mengalah kena lah fahammm


-----------------
~~winter cool~~
@@permulaan sabar pahit tapi manis akhirnya~~~


Bookmark and Share

    


  Member Information For haryanaProfil   Hantar PM kepada haryana   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.145441 saat. Lajunya....