Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 16 jam, 59 minit yang lalu
wyd1014: 8 hari yang lalu
haykal77: 17 hari yang lalu
Kakngah: 17 hari yang lalu
lidah-penghunus: 18 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Bahaya Pujian!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Bahaya Pujian!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Bahaya Pujian!!

kakyong
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 25.06.2003
Ahli No: 1663
Posting: 176
Dari: Ipoh, Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-09-03 16:38


Siapa yang tidak suka dipuji? Bukan wanita sahaja suka dipuji bahkan juga lelaki, kanak-kanak, orang tua dan juga muda. Namun, hati-hati kerana pujian itu mempunyai bahayanya yang tersendiri. Kata Imam Ghazali, terdapat enam bahaya pujian: iaitu empat pada orang yang memuji dan dua pada orang yang dipuji


BAHAYA PADA ORANG YANG MEMUJI

1. Kemungkinan pujian melampau yang akhirnya akan menjadi pendustaa.
2. Kemungkinan menyebabkan hati dimasuki sifat menunjuk, memuji sekadar menunjukkan bahawa dia akrab tetapi yang berlaku adalah sebaliknya, yang akhirnya akan menjadi munafik.
3. Kadangkala manusia mengucapkan sesuatu yang tidak diketahui benar atau tidak, yang mungkin perkara itu tidak diselidiki langsung.
4. Dibimbangi pujian itu akan menyebabkan orang yang dipuji terus leka dan tidak menyedari kelemahan diri sendiri, seolah-olah orang yang memuji itu merelakan sesuatu yang buruk terus berlaku.


BAHAYA PADA ORANG YANG DIPUJI

1. Orang yang dipuji akan terus bongkak dan bangga diri sendiri.
2. Orang yang dipuji akan terus leka dengan pujian lantas mengurangkan usahanya untuk membaiki kelemahan diri.


#.Tuhan….jauhkanlah aku dari sifat riak, takbur, dan ujub.


Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongProfil   Hantar PM kepada kakyong   Pergi ke kakyong's Website   Quote dan BalasQuote

islamic_princess
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 45
Posting: 736
Dari: johor bahru ke UPSI

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-03 23:58


assalamualaikum
terima kasih kak yong sebab postingkan artikel ni ..sekurang2nya dapat menambahkan ilmu mira...wassalam

-----------------
HaRaPanKu MoGa DikuRniAkaN
MaNiSnyA IMAN BerPanJanGaN
MoGa LauTaN HiLanG GeLoRa UnTuK BeLaYaR..

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_princessProfil   Hantar PM kepada islamic_princess   Pergi ke islamic_princess's Website   Quote dan BalasQuote

Wasimah17
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.06.2003
Ahli No: 1684
Posting: 73
Dari: Jalan Gombak

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 10-09-03 13:54


Assalamualaikum....
Thank You for the information......Terasa insaf sedikit....walaupun tak banyak terkena pada diri....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wasimah17Profil   Hantar PM kepada Wasimah17   Pergi ke Wasimah17's Website   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-09-03 11:38


syukran jazilan buat kakyong atas posting ni.

banyak bahayanya pada orang yang memuji.
jadi sebelum kita memuji sesiapa, fikirkanlah dulu benar atau tidak pujian kita itu dan ikhlas atau tidak pujian itu untuknya.

MUHASABAH DIRI !

Allahu ta'ala a'lam




-----------------
Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

alfaqierah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 274
Posting: 400
Dari: bumi Allah-mciium

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 12-09-03 12:07


Assalamu'alaikum wrt wbt

salam ukhwah minni

syukran jazilan buat kakyong atas artikel yg cukup memberikan maanfaat.

dalam perjalanan hidup ni,adakalanya..kita tak sedar yg kita menjadi riak dan 'ujub pada pujian dan anugerah2 dr ALLAH..swt.

dengan adanya artikel dan posting ilmiah sebegina ..insyaALLAH dapat mengajak kita utk sama-sama bermuhasabah dan berfikir sejenak mengenainya.. :

sekadar renungan bersama:
Dari Umar ra berkata : "Pujian merupakan penyembelihan, karana orang yang disembelih itu menjadi lemah atau karana pujian itu menimbulkan bangga diri dan sombong. Sedang kedua sifat itu seperti penyembelihan, karana itulah memuji diserupakan menyembelih (sama sama merosak)."

wallahu'alam..



Bookmark and Share

    


  Member Information For alfaqierahProfil   Hantar PM kepada alfaqierah   Quote dan BalasQuote

hanzaalah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.07.2003
Ahli No: 2622
Posting: 85
Dari: Darr Al-Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-09-03 01:31


Assalamualaikum. Disini ana ingin menceritakan sedikit tentang puji dan memuji manusia. Pernah suatu hari seorang sahabat nabi sedang memuji2 seorang sahabat yang lain yang tidak begitu dikenalinya, maka didengar oleh baginda S.A.W, maka sabda baginda: adakah kamu pernah bermusafir dengannya ? dan adakah kamu pernah makan sepinggan dengannya ? maka di jawab oleh sahabat tadi tidak !! sabda baginda lagi : kalau begitu kamu tidak layak untuk memujinya. Nabi juga pada masa yang lainnya memberitahu para sahabat bahawa jika seseorang itu memuji2 org lain yang tidak begitu dikenali dengan sungguh2 maka org itu layak di lontarkan pasir ke mukanya .

-----------------
" Islam Is The Way Of Life "

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanzaalahProfil   Hantar PM kepada hanzaalah   Pergi ke hanzaalah's Website   Quote dan BalasQuote

anjang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3610
Posting: 342
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-09-03 11:19


ana teringat perumpaan yg nabi saw cakap..
apabila kita puji seseorang tu umpama kita meletakkan pedang di lehernya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For anjangProfil   Hantar PM kepada anjang   Quote dan BalasQuote

kakyong
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 25.06.2003
Ahli No: 1663
Posting: 176
Dari: Ipoh, Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-09-03 11:35



Maha Suci Allah yang Maha Tinggi dan segala pujian hanya untukNya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongProfil   Hantar PM kepada kakyong   Pergi ke kakyong's Website   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 23-09-03 16:49


bahaya juga bila di puji boleh mendatangkan riak.......dan bangga diri..waspadalah.......sesungguhnya Allah maha mengetahui..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

adam_muslimin
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: [email protected]

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-08-08 22:28


assalamualaikum...

benar lah nasihat yang diberikan sahabat-sahabat kita ini...
tapi tak semestinya bahaya kita tak perlu memuji kan...
pujian yang berbentuk dorongan amat diperlukan...
lebih-lebih lagi saat dikala sedang mengalami masalah..tyme itu lah kita balun kasi semangat balik...

juga 1 benda yang selalu sangat ada kat dalam diri kita neh...
bila dipuji itu bersyukurlah...alhamdulillah...cmtue...
terma kasih kat yang memberi pujian tueh...
ini dipuji malu2...xm0 terima pula..kan kata-kata itu satu doa...
rugi tak nak terima doa org ini...^_^..
sekian dimaklumkan juga...

p/s: dapat kal0 yang makbul doanya itu....beznye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adam_musliminProfil   Hantar PM kepada adam_muslimin   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-08-08 23:49


Pujian ada yang dibolehkan

Bahkan RasuluLlah memuji wanita kaum ansor kerana berani bertanyakan hal ehwal agama yang berkaitan diri mereka.

WaLlahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

puterilindunganbulan2005
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.11.2004
Ahli No: 12283
Posting: 102
Dari: klang,selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 13-08-08 10:39


hmm.. agak menarik topic ni.. alhamdulillah bertambh ilmu saya hari ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For puterilindunganbulan2005Profil   Hantar PM kepada puterilindunganbulan2005   Pergi ke puterilindunganbulan2005's Website   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 13-08-08 14:43


yang paling bahaya bila sudah dipuji timbul perasaan riak dan takbur hingga jatuh lah kepada syirik kecil iaitu syirik yang kita tidak sedari...:-(


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 13-08-08 16:48


teringat pada sahabat baik masa sekolah dulu... sesaje puji dia.. lepas itu dia tanya, anda nak kena baling dengan ni???(selipar)

lepas itu baru dia explain bahaya pujian ni...



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 18-08-08 17:25


... maklumat yang baiik... dan harus lah jaga lidah, jaga diri... ingat Allah dalam apa jua keadaan... Jika orang memuji kita, ingatlah bahawa ada yang lebih baik dari kita

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-08-08 18:28


assalamualaikum..
kita biasanya tidak akan terlepas dari dipuji ataupun memuji..
ini bagi saya adalah satu fitrah bagi kita..

Jadi sebaiknya, di samping bahaya pujian ini diketengahkan,
disertakn juga cara-cara meneerima pujian..

Sebaiknya ucpknlh, segala puji hanya bagi Allah.. atau jika pujian berbntuk doa, aminkanlh ia..

jadi, xsalahkn muji-muji ni :)

wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 18-08-08 18:57


pujian memang boleh memakan diri sendiri..
pujian juga boleh membawa manusia ke lembah neraka kerana ia membawa kepada riak dan takbur..
jadi..memuji sekadarnye sahaja..jangan melampaui batas..wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia

australia  


posticon Posting pada: 04-09-08 14:36


Pada 18-08-08 18:57 , nisaulfadhilah posting:

!!! QUOTE !!!

pujian memang boleh memakan diri sendiri..
pujian juga boleh membawa manusia ke lembah neraka kerana ia membawa kepada riak dan takbur..
jadi..memuji sekadarnye sahaja..jangan melampaui batas..wallahualam..


betul betul betul
pujian yang lebih membuatkan orang yang dipuji bongkak dan sombong diri..


-----------------
"Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki...."


Bookmark and Share

    


  Member Information For PUTERI_FUZAProfil   Hantar PM kepada PUTERI_FUZA   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-09-08 23:20


di dalam pengajaran dan pembelajaran - murid-murid perlu diberikan peneguhan positif berbentuk pujian yang sesuai dengan pencapaiannya. Agar ada tindakbalas yang positif juga dari dirinya.

begitu juga kepada adik beradik - pujian (bukan membodek) tentu akan menambahkan kasih sayang.


-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 05-09-08 12:07


sahabat yang baik, sahabat yang sentiasa Menguji......bukan memuji

Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

najah_musla
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2006
Ahli No: 26198
Posting: 319
Dari: Gunung Semanggol

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-09-08 23:06


hadis menyatakan...kalau org puji kita yang boleh buat kita megah atau riak...kita boleh baling tanah kepada org yang memuji..ini bagi mengelakkan perasaan riak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah_muslaProfil   Hantar PM kepada najah_musla   Quote dan BalasQuote

mulukhiyyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2008
Ahli No: 34681
Posting: 82

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 09:22


pujian akan mendatangkan riak kekadang,riak pulak syirik kecil,bahaya tu,kecil2 lama jadi besar,bahaya kan murid2 semua, so kenalah jauhi sifat riak dan rakan-rakan yang sewaktu maknanya dengan dia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mulukhiyyahProfil   Hantar PM kepada mulukhiyyah   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 23-10-08 11:28


Berwaspadalah .. biasanya pujian ni datang dari musuh yang nak melemahkan kita .. :-) Wawa suka org yang pandai mengkritik sebab.. Dia akan tolong kita improve ourselves to b better ... Right???

-Tak hidup dek puji...Tak mati dek keji ...-

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 11:31


Pada 23-10-08 11:28 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Berwaspadalah .. biasanya pujian ni datang dari musuh yang nak melemahkan kita .. :-) Wawa suka org yang pandai mengkritik sebab.. Dia akan tolong kita improve ourselves to b better ... Right???

-Tak hidup dek puji...Tak mati dek keji ...-

kalau nak puji isteri salah juga ke? :berfikir:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 11:32


Anggap sahaja pujian orang satu penghargaan,motivasi...bukan tujuan yang dicari...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 11:59


Sememangnya kita tidak lepas dari memuji dan di puji...namun tak salah konsep memuji dan dipuji ini..kerana ia bergantung kepada perkara yang dipuji tersebut...
waulahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

abang_d
Warga Rasmi
Menyertai: 30.09.2008
Ahli No: 35212
Posting: 4
Dari: baling

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 12:21


Salam.
Hakikat puji ada 4. Segala puji bagi Allah.
1. Puji Qodim bagi Qodim
2. Puji Qodim bagi Hadih
3. Puji Hadih bagi Qodim
4. Puji Hadih bagi Hadih
Semua puji berbalik kepada Allah.
Allah puji DIA balik kat DIA
Allah puji makhluk balik kat DIA
Makhluk puji Allah balik kat Allah
Makhluk puji Makhluk balik kat Allah juga
Itulah hakikat puji
Semuanya kembali pada Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For abang_dProfil   Hantar PM kepada abang_d   Quote dan BalasQuote

arrantaui
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 36246
Posting: 99

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-01-09 09:35


Umumnya pujian membinasakan.

Kalau mahu memuji, pujilah kepada perkumpulan jangan kepada individu.

Kalau mahu memuji, boleh kalau pujian itu bersifat fakta bukan persepsi (pasti betul). Misalnya Nabi memuji Umar yang ada kelayakkan jadi Nabi. Maka itu fakta bukan persepsi. Atau seorang pensyarah mengatakan jawapan yang anda beri terhadap soalannya adalan tepat. Itu benar dan buka persepsi.

Boleh kalau mahu memuji anak-anak kecil sebagai galakkan. Maka kita memuji dengan mengatakan apa yang dibuatnya itu adalah ajaran agama, menyukan Allah dan rasul. Menyukakan ibu bapa. Jangan sangat memuji dirinya, tetapi memuji perbuatan baik. Bila perbuatan itu sudah jadi habit maka, pujian biasanya tidak lagi diperlukan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For arrantauiProfil   Hantar PM kepada arrantaui   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-01-09 07:08


Anggap sahaja pujian orang satu penghargaan,motivasi...bukan tujuan yang dicari...

ye betul itu... sebagai pembakar semangat... kalau kita tahu org itu pantang puji... jangan lah puji.. puji saja, rasa bangga pulak... ;P

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-01-09 07:47


terima kasih kakyong atas info ni..sebab tu saya tak suka kena puji..nanti boleh timbulkan riak dan bangga dalam diri saya..sebaik-baik pujian hanya untuk ALLAH SWT..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

miss_zai
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.01.2009
Ahli No: 36672
Posting: 62
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-01-09 07:50


Salam..

seeloknya selepas dipuji..kita perlu memuji Allah ... baca lah lah haw lah wala .... diri kita ni tiada daya..hanya Allah Yang Maha Berkuasa ... bila dah berzikir itu..tak ada lah syaitan dok menenggek kat kita..wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_zaiProfil   Hantar PM kepada miss_zai   Pergi ke miss_zai's Website   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-01-09 08:13


Pada 23-10-08 11:28 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Berwaspadalah .. biasanya pujian ni datang dari musuh yang nak melemahkan kita .. :-) Wawa suka org yang pandai mengkritik sebab.. Dia akan tolong kita improve ourselves to b better ... Right???

-Tak hidup dek puji...Tak mati dek keji ...-


betul tu wawa..kita kena berhati-hati tapi bersangka baik.
bila dah dipuji melambung-lambung, takut terlupa akan kelemahan yang ada pada diri.

amat suka dengan kata-kata junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang diberikan oleh sahabat ukwh..

"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW"


-----------------
hIdUP mEsTi TeRuS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-01-09 09:57


Ucapkanlah Alhamdulillah bila dipuji..
Kerana segala pujian itu hanya bagi Allah.
Andai dipuji,usahlah meninggi diri..
Andai memuji,usahlah melampaui batas dan menyanjung tinggi.

wasalam..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

kayu_Manis86
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.11.2008
Ahli No: 35876
Posting: 65
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 16-01-09 10:40


assalamualaikum semua..

ustaz saya ada cakap kalau ada orang yang memuji ucapkanlah Allhamdulillah tanda syukur kita pada Allah yang mengurniakan segala kelebihan itu kemudian ucapkanlah terima kasih kepada orang yang memuji tanda kita menghargai pujian itu..

"Orang yang paling bersyukur kepada Tuhannya adalah orang yang selalu berterima kasih sesama manusia"

Renung2kan..:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kayu_Manis86Profil   Hantar PM kepada kayu_Manis86   Quote dan BalasQuote

Luqiem
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.08.2008
Ahli No: 34587
Posting: 155
Dari: Jerantut Ke Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-01-09 10:42


Sesungguhnya hanya Allah Swt sahaja yang layak kita puji.... Kita puji ALLAH, maka Allah akan beri nikmat kepada kita...

Mari kita ucap Alhamdulillah 100 kali tiap-tiap pagi - Segala Puji Bagi Allah yang telah menciptakan kita dengan sempurna...


-----------------
Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya
http://www.luqiem.my-ads4bucks.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For LuqiemProfil   Hantar PM kepada Luqiem   Pergi ke Luqiem's Website   Quote dan BalasQuote

kayu_Manis86
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.11.2008
Ahli No: 35876
Posting: 65
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 16-01-09 10:51


Segala puji bagi Allah
Tuhan sekalian alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kayu_Manis86Profil   Hantar PM kepada kayu_Manis86   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 16-01-09 12:16


jelaslah sudah.."segala puji hanyalah milik ALLAH.."jadi tak payahlah nak curi2 dan bagi kepada orang lain...pujian tu sama dengan memenggal/memancung leher..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-01-09 16:29


Pada 16-01-09 07:50 , miss_zai posting:

!!! QUOTE !!!

Salam..

seeloknya selepas dipuji..kita perlu memuji Allah ... baca lah lah haw lah wala .... diri kita ni tiada daya..hanya Allah Yang Maha Berkuasa ... bila dah berzikir itu..tak ada lah syaitan dok menenggek kat kita..wallahualam


betul... betul.. betul..
ingatlah... syaitan sentiasa mengintai ruang untuk menghasut sekalian manusia... jadilah... hati-hati lah sahabat-sahabat sekalian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 02:14


salamun alaik.

info lama yang diUpdate :kelip:

pujian kadangkala memang perlu untuk bagi dorongn..
anjakan ke arah yang lagi baik. tapi, jangan pujian melambung
amat sangat asbab, manusia ni ada arus pasang surut.
juga macam lalang, andai ditiup angin ke kanan, ke kiri.
muge, kita boleh tetap pendirian..
kuatkan pegangan agama khususan..


nak puji ni tengok juga situasi, keadaan. contoh untuk yang berkeluarga
au dengan adik beradik. pujian ni perlu untuk bagi galakan ..
macam dapat puasa penuh ke...dapat no 1 au top 5 dalam kelas dll.

moreover, puji-memuji, hanya memuji utkNya..
sing PUJI-pujian RAIhan
:-D wallahu'alam


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.149208 saat. Lajunya....