Sebuah kisah benar dari jepun...(Kesetiaan seorang cicak terhadap sahabat)
*******************************************************
Ketika sedang mengubahsuai rumahnya, seorang petani cuba meruntuhkan
dindingnya. rumah jepun biasanya memiliki ruang kosong antara 2
dinding yang diperbuat dari papan.
bila sebelah dindingnya dibuka, petani tersebut mendapati ada seekor
cicak melekat di dinding tersebut kerana kakinya terlekat pada paku.
petani tersebut kasihan dan membuka paku yang memasak kaki cicak itu,
seingatnya paku tersebut sudah tertanam selama tiga tahun, sejak
rumah itu mula dibina.
apa sebenarnya terjadi? bagaimana cicak itu dapat bertahan selama
tiga tahun menanggung kesakitan dan dalam suasana gelap selama itu.
petani itu berfikir sendiri...
petani itu berehat sebentar, sambil memikirkan bagaimana cicak itu
dapat bertahan selama tiga tahun... mungkinkah tanpa teman dan tanpa
makanan?
tidak lama kemudian dia melihat seekor cicak lain datang ke tempat
itu dengan makanan di mulutnya. betapa petani itu tersentuh, terharu
melihat rupanya ada cicak lain yang menyedari temannya terperangkap
dan membantu sedayanya selama tiga tahun...
begitulah cinta...cinta yang indah. cinta menjadikan makhluk picisan
bagi kita, yang sekecil dua ekor cicak sedar tentang keajaibannya.
atas nama cinta ia tak pernah menyerah atau mengalah. bayangkan
haiwan sekecil itu sanggup melakukan segala yang terbaik untuk satu
hati yang disayanginya.
*****************************************************
saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. lalu mula terfikir,
tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih,
saudara lelaki & perempuan... berusahalah semampu kita untuk tetap
dekat dengan orang-orang yang kita kasihi. JANGAN PERNAH MENGABAIKAN
ORANG YANG KITA KASIHI!