Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 109
Ahli: 0
Jumlah: 109




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 24 hari yang lalu
nur_takwa88: 30 hari yang lalu
kismis: 30 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 45 hari yang lalu
Rashdin: 51 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Cerpen Irama


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Cerpen Irama

Please Mendaftar To Post


Oleh Cerpen Irama

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 11-01-07 09:01


Cerpen ini diadaptasikan dari ruangan Pantun, topik "Mari...mari beli"

Sebagai hiburan kita bersama.

'Ceritera Mari Beli'

Episod 1 : Uda dan Dara (Berkait kasih)

Dimulai oleh Saussan_saffanah
Gadis molek berwajah indah
Menjual pantun bagai berqasedah
Buat hidangan warga ukhwah

Ambil sopan pecahkan santun
Saussan_saffanah mula berpantun;

Camar bermain dipinggir laut
Hati terkenang putri impian
Jika hati sudah terpaut
Hantaran tinggi bukanlah halangan

Jika hati sudah terpaut
Hantaran tinggi bukanlah halangan
Bekerja keras apa yang patut
Sampai masa diijabkabulkan

Pantun berkait berwajah cinta
Sungguh indah juga bermakna

"Mari..mari beli"

Macam ada sesuatu dibalik kata...

Namun, Ayuhai Saussan_saffanah

Sana sini sanggup membeli
Pelbagai rentak cantik sekali
Ada pantun, ada puisi
Tidak kurang tersenyum gusi

Utara, Selatan, Timur dan Barat
Para pendita mencuba bakat

Dalam petah bermain kata
Muncul Nil sang jejaka
Datang ke mari besar hajatnya
Ingin menyunting sekuntum bunga

Bunga mana yang hendak disunting buat hiasan halaman kasih?

"Mari..mari beli"

Ayuhai Saussan_saffanah

Bersaut-saut Uda dan Dara
Senyum silih, bermain kata
Jejaka segak lagi perkasa
Nil sang panglima mengatur kata;

Camar terbang sambil menari
Terbang mencari teman sejati
Hajat dihati nak juga mencari
Mungkinkah Saussan_saffanah boleh didekati?

Erm...Panglima gagah perkasa mula menyusun madah
Menjinakkan burung merpati bukannya perkara mudah
Namun resmi panglima pantang menyerah...

"Mari...mari beli"

Gadis molek santun bicaranya
Cantik juga rupa parasnya
Huda_hasnan menyergah suasana
Buat pengacau Uda dan Dara

"Erm...Huda_hasnan wanna to be a match maker ya?"

Namun, Ayuhai Huda_hasnan

Kata bicara bertitip seloka
Putri Hasnan cuba berkata;

Jika Saussan_saffanah yang Nil ingini
Saya disini sebagai pemerhati
Bukan match maker, bukan busybody
Sekadar penyambung ukhwah anta dan anti

Al-Kisahnya...

Sana menjual, sini membeli
Buat hamba suka hati...

"Mari...mari beli"

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 11-01-07 09:04


'Ceritera Mari Beli'

Episod 2 : Uda dan Dara (Bersulam Sayang)

Kuntuman cempaka berbau wangi
Harum lagi limau kasturi
Episod pertama sudah akhiri
Episod kedua menyingkap diri

Erm...apa ya kisah ukhwah kali ini?

Mari kita selami...

"Mari...mari beli"

Kuala Sepetang sungainya tenang
Mentari redup dibalik awan
Panglima Nil masih berjuang
Menawan hati putri rupawan

Ish..Ish..ish...Panglima Nil, masih menaruh harapan rupanya

Awal Bismillah bermula kata
Panglima Nil mohon bicara;

"Dengar ya dindaku sayang"

Ombak dan pantai sukar dipisahkan
Bulan dan bintang indah sentiasa
Wahai Saussan_saffanah ini soalan
Dimanakah sekarang dinda berada?

Nampaknya Panglima Nil sudah dibuai angin cinta, angau asmaralah katakan...

Irama dan lagu pantang dipisah
Menitip pelbagai rentak irama
Nil sekarang mandi tak basah
Tidur pun tak lena

Alahai Panglima Nil, bawa diri bersabar...

Bersahut-sahut Uda dan Dara, datang vitamin_hati meningkah irama;

"Tahniah..tahniah, apa lagi cepat-cepatlah bina tapak masjid.. nanti masa pergi minang tu, boleh berbalas pantun dengan mak ayah Saussan_saffanah...
apa lagi Nil...takkanlah nak berpantun saja agaknya..."

Kacau daun lah vitamin ni...

Jejaka perkasa tersedak,
Putri permata tersentak...

Wahai adik bangun dahulu
Ambilkan abang kuih bahulu
Panglima Nil segan dan silu
Putri Saffa tersipu-sipu

Alahai Nil
Ayuhai saffa...

"Mari...mari beli"

Namun kekanda Saffa yang baik budiman,
Ingin adindanya Huda_hasnan;

Tidak memendam hiba, makan hati berlauk limpa

Kekanda berkorban demi adindalah katakan..
Kalah filem hindustan...

Aduhai Huda_hasnan yang disayangi
Kekanda mengerti isi hatimu
Usah berlindung kata tak sudi
Akanku usahakan untuk dirimu...

Baiknya kekanda Saffa...untung siapa jadi adindanya

Namun,

Aduhai Huda_hasnan

Belum melangkah sudah sampai
Belum mencapai sudah dapat

Teluk Batik Teluk Beratak
Huda_hasnan menitip rentak;

Terima kasih sebelum bermula
Buat kekanda Saussan jelita
Hamba tak cukup ilmu didada
Tunggulah green light si ayah bonda

Bukan berlindung, bukan berbohong
Sekadar luahan rasa di hati
Bukan niat nak sombong
Wahai kekanda, adinda "kecik" lagi

Yang ini intan, yang ini permata
Yang ini pantun bersulam seloka...

Sedap pantun Huda_hasnan. Berseri-seri wajahnya. Dalam diam Panglima Nil kalah bermain mata dengan Putri Huda_hasnan. Kelu lidah berbicara. Adakah ini dikatakan dari mata turun ke hati?
Apa maksud disebaliknya?

Pulau Pangkor Pulau Sembilan
Ayuh ke sana dengan sampan
Panglima Nil sudah tertawan
Dua putri dari kayangan

Nampaknya Panglima Nil ingin pasang dua...
Sekilas ikan di air, tahu jantan betinanya

Ambil gula secukup rasa
Panglima Nil merungkai rahsia;

Huda_hasnan dan Saussan_saffanah
Dua rasa satu hati
Usah selindung di balik madah
Kekosongan hati perlu diisi

Nil...Nil...tak cukup sorangkah? kasihan jejaka lain

Alahai Nil
Ayuhai Saffa
Aduhai Huda

Al-kisahnya

Sana menjual, sini membeli
Buat hamba pegun disini...

"Mari...mari beli"

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 11-01-07 09:06


Hulurkan sireh hamba nak mula
Episod ketiga kian bergelora

Ceritera 'Mari Beli'

Berbalas pantun silih berganti
Pautan ukhwah makin bersemi
Apakah cerita kali ini
Mari kita bersama hayati

Erm...apa ya nak diceritakan kali ini?
Adakah ceritera Uda dan Dara lagi?

"Mari...mari beli"

Duduk bersimpuh dibalik pintu
Pantun Nil imbas dahulu

Mari kita imbas kata-kata Nil;

Panglima Nil telah meluahkan hasrat hatinya kepada kedua Putri rupawan yang diidamnya

Huda_hasnan dan Saussan_saffanah
Dua rasa satu hati
Usah selindung di balik madah
Kekosongan hati perlu diisi

Namun,

Alahai Nil

Pergi ke pasar membeli ikan
Pergi bersama dengan cik Siti
Kedua Putri cuba menjelaskan
Harap Nil dapat memahami

Huda_hasnan dan Saussan_saffanah menjelaskan kepada jejaka pujaan;
Bahawa mereka bukan tak berkenan, bukan tak sudi
Jodoh maut ditangan tuhan,lagipun adinda berdua mentah lagi
Ilmu baru secebis, belajar pun belum habis
Harap menggapai gading yang satu, pelajaran harus ditumpu

Bait katamu sungguh puitis
Jiwa terkenang hati terkesima
Bukankah jodoh sudah tertulis
Bersama redha akan ketentuannya

Aduhai temanku yang budiman
Sungguh daku hanya berpantun
Pelajaran akan ku utamakan
Sehingga kejayaan dalam genggaman

Pandai Saussan_saffanah mententeramkan keadaan.

Sebagai manusia, kita jangan mudah menabur janji,
kelak bila bertunas, merana diri. Cinta bukan boleh dijual beli


"Mari...mari beli"

Daun palas dibuat ketupat
abadikan_03 juga sependapat;

Petang menjelma pergi ke taman
Dari ke taman berjalan perlahan
Relaks-relaks dulu wahai teman
Jodoh pertemuan ditangan tuhan

Seiya pendapat mereka ni..

Angkat guni semahu kudrat
Jelma vitamin sentiasa menyakat;

"Adakah Nil berjaya memikat tuan punya 'Mari...mari beli'...hahahahah"

Vitamin..vitamin tak sudah lagi nyakat dia tu. sabarlah Arsyie datanglah nanti.

Namun jiwa manusia.., siapa yang tiada perasaan kasih dan sayang?
Kasih dan sayang pemberian Allah yang tidak ternilai kepada kita. Hargailah ia

Ukir cantik tampak dihulu
Bilah keris rasanya bisa
Dalam hati siapalah tahu
Putri Saffa meluah rasa;

Apakah luahan Putri Saffa?

Cantik memandang jati terukir
Penat mengukir ke dinihari
Sungguh tak pernah daku terfikir
Membina masjid seawal ini

Ingin ku tawan hati teruna
Namun diriku gentar terleka
Jujur ku katakan dengan santunnya
Hatiku ini tak mudah menerima

Namun begitu sungguh ku mengingini
Allah temukan insan beriman
Agar diriku bisa dipimpini
Jiwa dan raga akanku korbankan

Ayuhai Saussan_saffanah

Pantun bersulam bicara, berkait makna. Memang puitis iramanya.

"Mari...mari beli"

Hati-hati bermain cinta
Silap langkah hidup merana

Cinta adalah perasaan yang lahir dari lubuk hati nurani.
Cinta bertunjangkan nafsu terkubur
Cinta berlandaskan syariat, insyaAllah berkat
Jangan sesekali memperjudikan cinta...

Wahai teman

Setulus cinta suci adalah cinta Allah dan rasul

Erm...mana panglima gagah perkasa Nil?

Bayangnya tidak terjumpa
Apatah lagi kujur kelibatnya

Pisang dimakan si anak kera
Masak setandan Pak Mat yang punya
Jauh merantau puas mengembara
Intan bersulam emas bersama

Ooo..rupanya Panglima gagah perkasa pergi mengembara...

Kata bersahut, pantun bersambut

Dengarnya dinda berdua;

Marilah Saussan makan manggis
Ditepi rumah banyak berguguran
Bukan menawan hati si gadis
Sekadar penghibur menggalas kedukaan

Ku sangka cempedak rupanya nangka...

Nampaknya Panglima Nil tidak menyorok intan permata. Tiada rahsia disebalik kata.
Hadir ke sini untuk bergembira, berteman Saussan juga Huda.

Erm... tu lah lain kali selidik dulu, kan dah jadi fitnah.

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

Erm, alahai...

"Mari...mari beli"

Dari jauh ianya datang
Si Daeng mula bertandang;

Dalam semak ada kebun
Dalam kebun ada bunga
Dalam gelak ada pantun
dalam pantun ada makna

Orang Melaka suka berpantun
Dalam pantun ada bicara
Ambil sopan pepahkan santun
Nil dan Saffa sedang berseloka

Itulah kisah sebenarnya, Saussan_saffanah dan Nil tiada apa-apa. Huda_hasnan juga sebagai peneman.
Si Jejaka Vitamin suka mengusik memeriahkan suasana...

Alahai Mari..mari beli

Batang pinang dibuat peniti
Dipaku dengan kayu jati
Mega berarak tajuk diberi
Dalam episodnya kali ini

Uda dan Dara (Mega berarak)

Lengkaplah sudah kisah Uda dan Dara.

Sekian Terima Kasih

Moga terhibur dan dapat menfaat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 21-11-08 15:49


Ingin ku kenang kembali suasana mesra Penduduk Ukhwah. Hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 18:31


Deras air rakit digalah
Patah galah haluan perahu
Niat dihati tak mahu berpisah
Kehendak Allah siapa yang tahu

Manakah dia gerangan kalian? rindu sungguh hamba di sini.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.088457 saat. Lajunya....