Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 76
Ahli: 0
Jumlah: 76




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 11 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 12 hari yang lalu
nur_tinta: 18 hari yang lalu
kasih_kekasih: 34 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Disiplin dalam Bertunang


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Disiplin dalam Bertunang

Please Mendaftar To Post


Oleh Disiplin dalam Bertunang

bintubahariyah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2006
Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-01-07 18:29


Displin Dalam Bertunang

Soalan

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini

Jawapan
Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif’ dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.
Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati’ kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-

1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina “rumahtangga” bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk “ Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh” (Rujuk Kitab Nikah) ; , juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : “telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : “ Adakah dikau punyai hajat kepadaku? “ ; maka anak perempuan Anas menyampuk : “ Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya ” ; maka Anas menjawab : “ Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW” ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ). Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ) Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah buat Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)
2) Saudari diizinkan untuk menjemput sipemuda ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali’ lain di majlis itu, saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.
Antaranya dalilnya : “telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : “Adakah kamu telah melihatnya? : “Belum jawabnya” ; Nabi menjawab : “ Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)” ( Riwayat Muslim) Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu’bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : “ Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya – bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua” ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma’arif ; Sohih menurut Albani ) Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)
3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan : “ Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH ” ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami’ As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa) . Al-Allamah Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)
4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)
5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.
6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.
7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.

b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.

c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )

d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.

e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.

f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.

pergi. Awas daripada bertukar gambar.

h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

Wallahu’alam.

ustaz Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.com

salam..saya petik tulisan ni dalam blog ustaz zaharuddin. moga bermanfaat buat semua..insyaAllah..

www.bintubahariyah.blogspot.com

Sekeping Hati ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintubahariyahProfil   Hantar PM kepada bintubahariyah   Pergi ke bintubahariyah's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-01-07 19:10


thanks for the information....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 07-01-07 19:20


Anak kala memanjat pinang
Nampak dari tanah Makkah
Masa ini kita bertunang
Sabar-sabarlah sebelum menikah

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

syabab_mujahid
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27656
Posting: 291
Dari: Egypt

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-01-07 19:22


moga info ni jadi panduan

Bookmark and Share

    


  Member Information For syabab_mujahidProfil   Hantar PM kepada syabab_mujahid   Pergi ke syabab_mujahid's Website   Quote dan BalasQuote

nur_2110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2005
Ahli No: 18853
Posting: 187
Dari: infront of my 2313NLCi

Melaka  


posticon Posting pada: 08-01-07 00:00


terima kasih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_2110Profil   Hantar PM kepada nur_2110   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-01-07 09:12


salam..
terima kasih bebanyak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 08-01-07 09:21


terima kasih.....ia menyebabkan saya terasa yakin dengan apa yang saya pegang......dan apa yang saya faham.....walaupun suasana di sekeliling saya tak begitu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

dhamiraqistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13287
Posting: 271

Selangor  


posticon Posting pada: 08-01-07 10:20


thank you..banyak info yang saya dapat..lepas ni harus lebih berhati-hati..dalam perhbgn...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dhamiraqistinaProfil   Hantar PM kepada dhamiraqistina   Quote dan BalasQuote

muslimahkusza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12373
Posting: 119
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-01-07 12:05


tetapi kadang-kadang ada lelaki yang tidak kisah dengan pertunangan..
Ada sedikit cerita sedih untuk dikongsi...

Ann(bukan nama sebenar) telah menerima lamaran daripada affif(bukan nama sebenar)..mereka telah setuju untuk bertunang kerana affif ingin melanjutkan pelajarannya ke Madinah...mereka hanya bertunang sesama mereka tanpa melibatkan keluarga...Tanpa sedar hari inie,sudah hampir 2tahun affif ke Madinah...sepanjang tempoh itu juga lah ann tidak mendapat sebarang khabar berita daripada affif...hidup kah lagi dia atau sudah mati...sihat kah dia...ingatkah dia padaku...persoalan yang biasa bermain di benak ann...masalah nya sem ini merupakan sem akhir bagi ann,dia amat takut jika abahnya mempunyai calon lain bagi dirinya...untuk mengatakan dia sudah bertunang takut pulak affif sudah melupakannya...Kalau nak tunggu affif balik dalam 3tahun lagi...kalau menunggu sekali pun adakah affif akan mencari ann...sedangkan alamat rumah,no tel pun ann tak ada... afif di selangor,ann di terengganu...macam mana nak jumpa...apa yang ann harus lakukan ...lupakan affif sebagai tunang dan hidup seperti biasa...macam mana ini???tolong lah ann...

itulah yang ana peningkan...macam mana pendapat antum semua...???ana tak dapat menolong ann...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahkuszaProfil   Hantar PM kepada muslimahkusza   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 08-01-07 12:45


Dugaan ketika bertunang dan bila bertunang bukan pakej untuk selalu bersama tapi untuk menguji keimanan semua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 08-01-07 13:04


Pada 08-01-07 12:05 , muslimahkusza posting:

!!! QUOTE !!!

tetapi kadang-kadang ada lelaki yang tidak kisah dengan pertunangan..
Ada sedikit cerita sedih untuk dikongsi...

Ann(bukan nama sebenar) telah menerima lamaran daripada affif(bukan nama sebenar)..mereka telah setuju untuk bertunang kerana affif ingin melanjutkan pelajarannya ke Madinah...mereka hanya bertunang sesama mereka tanpa melibatkan keluarga...Tanpa sedar hari inie,sudah hampir 2tahun affif ke Madinah...sepanjang tempoh itu juga lah ann tidak mendapat sebarang khabar berita daripada affif...hidup kah lagi dia atau sudah mati...sihat kah dia...ingatkah dia padaku...persoalan yang biasa bermain di benak ann...masalah nya sem ini merupakan sem akhir bagi ann,dia amat takut jika abahnya mempunyai calon lain bagi dirinya...untuk mengatakan dia sudah bertunang takut pulak affif sudah melupakannya...Kalau nak tunggu affif balik dalam 3tahun lagi...kalau menunggu sekali pun adakah affif akan mencari ann...sedangkan alamat rumah,no tel pun ann tak ada... afif di selangor,ann di terengganu...macam mana nak jumpa...apa yang ann harus lakukan ...lupakan affif sebagai tunang dan hidup seperti biasa...macam mana ini???tolong lah ann...

itulah yang ana peningkan...macam mana pendapat antum semua...???ana tak dapat menolong ann...


Hai dah tunang terus senyap saja...macam ini punya perangai pun ada...dia dah lupa lah kat si ann ini...takkan lah telefon ke bagi surat ke tak ada...dah 2tahun itu..hai sibuk sangat ke sampai lupa tunang...masa tunang ingat...dah pergi sana lupa ye...cari lain sudahhh...moral of the story nak kawin janganlah lupakan keluarga...busuk-busuk mana pun..kita ada ibu ayah...kalau ibubapa xsekufu pun dengan kita..kurang2 dengar lah nasihat mereka xpon bawak2 lah berbincang...nasib baik baru tunang saja..kalau si affif tu ajak kawin lepas itu lari ke Madinah..amcam??buta2 saja isteri kat semenanjung menunggu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-01-07 13:06


:-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-01-07 13:07


NO KOMEN.. ANA BELUM PERNAH BERTUNANG LAGI.. :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

bintubahariyah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2006
Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-01-07 18:20


sama-sama..
erm, insyaAllah, kuatkan diri dalam mujahadah ini..
Kenapa naluri itu Allah datangkan sewaktu kita masih belom bersedia??

jawabnya, pastilah nak bagi 1 jalan percuma untuk kita lebih dekat dengannya...

pasal kes ana tu, saya rasa ada kesilapan besar yang dibuat..
iaitu, tinggalkan mak ayah dalam membuat keputusan..
at least, kalau mak ayah tau..insyaAllah, hubungan tu tak terputus sebab masih boleh berhubung dengan keluarga pihak lelaki or perempuan untuk bertanya khabar...ye tak??

mungkin ni balasan Allah...

p/s: apa pendapat entum kalau terus nikah tanpa bertunang??
syukran...=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintubahariyahProfil   Hantar PM kepada bintubahariyah   Pergi ke bintubahariyah's Website   Quote dan BalasQuote

Vitamin_Hati
WARGA SETIA
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK

uk  


posticon Posting pada: 08-01-07 18:35


setuju!!! setuju!!!! tak payah bertunang...kawin terus.....
jimat masa dan jimat wang.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Vitamin_HatiProfil   Hantar PM kepada Vitamin_Hati   Quote dan BalasQuote

muslimahkusza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12373
Posting: 119
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-01-07 14:55


haffezzul,ann itu bukan lupa keluarga...cuma masa 2 masing-masing belum bersedia...si affif pernah cakap dia takut nak serius takut nak tanggung risiko katanya..tapi,affif dan ann cakap nak bertunang supaya ada ikatan antara mereka supaya masing-masing akan rasa terikat dan SETIA....

Mungkin betul agaknya kata orang,lelaki cepat jatuh sayang dan cepat pula melupakan...bukan seperti wanita sekali janji dibuat selamanya akan rasa terikat....

kasihan ann,walaupun ada yang cuba mendekati sedikit pun tak diberi ruang...kalau betul affif main-main,Kenapa tasbih yang diberikan kepada ann sebagai tanda ingatan sebelum berangkat..dah lah itu,masa sebelum pergi 2,3 kali tinggalkan nombor telefon yang bakal digunakan di madinah kepada ann....naik terharu ann...tapi,bila dah sampai sana no itu tak dapat dihubungi...tunggu affif call sampai sekarang tak ada berita... kasihan ann yang mengaggap seua ini ujian...cuma ana takut bila affif terjumpa dengan ann nanti dah ada anak pun masa itu pasti hancur berkecai hati seorang wanita yang terlalu setia....kasihan ann...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahkuszaProfil   Hantar PM kepada muslimahkusza   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-02-07 08:56


belum ada pengalaman menjadi tunangan org.............


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-02-07 09:20


assalamualaikum..

cinta selepas berkahwin lebih baik...jika kita tidak mampu untuk mengawal nafsu kita maka eloklah segera mendirikan rumahtangga...cintailah seseorang itu kerana Allah insyaAllah jika berpisah dengannya hati akan redha dan menjadi tenang..semua orang inginkan kebahagiaan dan ingin dikasihi oleh seseorang tapi ada batasannya..jagalah diri kita moga tidaj tersasar dari landasan dan syariat agama..-pesan dari seorang sahabat dan juga ingatan untuk diri ana sendiri yang lemah ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

milanfman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.07.2005
Ahli No: 17311
Posting: 73
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 11-02-07 10:40


syukran jazilan a'lah maklumati......

Bookmark and Share

    


  Member Information For milanfmanProfil   Hantar PM kepada milanfman   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-02-07 10:51


('.^)?

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-02-07 13:36


Pada 08-01-07 12:05 , muslimahkusza posting:

!!! QUOTE !!!

tetapi kadang-kadang ada lelaki yang tidak kisah dengan pertunangan..
Ada sedikit cerita sedih untuk dikongsi...

Ann(bukan nama sebenar) telah menerima lamaran daripada affif(bukan nama sebenar)..mereka telah setuju untuk bertunang kerana affif ingin melanjutkan pelajarannya ke Madinah...mereka hanya bertunang sesama mereka tanpa melibatkan keluarga...Tanpa sedar hari inie,sudah hampir 2tahun affif ke Madinah...sepanjang tempoh itu juga lah ann tidak mendapat sebarang khabar berita daripada affif...hidup kah lagi dia atau sudah mati...sihat kah dia...ingatkah dia padaku...persoalan yang biasa bermain di benak ann...masalah nya sem ini merupakan sem akhir bagi ann,dia amat takut jika abahnya mempunyai calon lain bagi dirinya...untuk mengatakan dia sudah bertunang takut pulak affif sudah melupakannya...Kalau nak tunggu affif balik dalam 3tahun lagi...kalau menunggu sekali pun adakah affif akan mencari ann...sedangkan alamat rumah,no tel pun ann tak ada... afif di selangor,ann di terengganu...macam mana nak jumpa...apa yang ann harus lakukan ...lupakan affif sebagai tunang dan hidup seperti biasa...macam mana ini???tolong lah ann...

itulah yang ana peningkan...macam mana pendapat antum semua...???ana tak dapat menolong ann...


bertunang sesama mereka?? macamana tu ye..
apa-apa pun peranan keluarga tak boleh dibelakangkan..
;-) ;-) ;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

starfish
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2005
Ahli No: 14030
Posting: 76
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 15-02-07 18:01


syukran..artikel ni benar-benar memberi panduan yang sbetulnya dalam menjaga adab ketika menjadi tunangan orang

Bookmark and Share

    


  Member Information For starfishProfil   Hantar PM kepada starfish   Quote dan BalasQuote

attuffah_humairah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2006
Ahli No: 24196
Posting: 217
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-02-07 18:54


syukran..panduan buat ana masa akan datang..insya'Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For attuffah_humairahProfil   Hantar PM kepada attuffah_humairah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.125959 saat. Lajunya....