Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 42 hari yang lalu
al-biruni03: 71 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: Kecantikan ada pada bangsa ini


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» Kecantikan ada pada bangsa ini

Please Mendaftar To Post


Oleh Kecantikan ada pada bangsa ini

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-01-07 13:58


SEMUA orang suka kepada kecantikan. Tidak salah untuk kita menjadi cantik. Kecantikan itu menggembirakan yang memilikinya, dan juga yang melihatnya.

Untuk menjadi lebih cantik maka bermacam-macam ikhtiar dijalankan. Jenama demi jenama bahan kecantikan dicuba. Pengeluar dan pemasar bahan-bahan tersebut memang bijak dan tahu akan kerenah emosi manusia mahu menjadi cantik. Harga tidak menjadi halangan. Satu set barangan boleh menampung sebulan atau lebih bekalan bahan dapur. Itu belum termasuk rawatan muka yang dilakukan berulang kali dan boleh mencapai ribuan ringgit harganya.

Lebih menarik lagi, kini kecantikan bukan hanya monopoli kaum wanita sahaja.

Tidak hairanlah apabila dilaporkan sebanyak RM1.2 bilion setahun dibelanjakan untuk kecantikan muka di Malaysia!

Dalam pada itu ada yang kurang puas dengan segala bahan kecantikan yang ada lalu menjelajahi alam kebatinan yang kurafat dan menyalahi agama Islam. Ada yang memasukkan susuk emas atau intan. Ada juga yang sanggup memasukkan susuk patung kecil pujaan kecantikan daripada agama lain!

Apakah kita semua yang dilahirkan sempurna ini tidak cantik? Apakah begitu rendah pemahaman kita terhadap kecantikan hingga terbatas hanya kepada kecantikan luaran sahaja? Tidakkah sesuatu kecantikan atau keburukan itu akhirnya terhasil daripada tingkah laku dan tindak tanduk seseorang terhadap orang lain atau alam sekelilingnya? Yang demikian, tidakkah yang cantik atau buruk itu bukan hanya terletak pada rupa bentuk tetapi juga pada isi hati dan kelakuan?

Mengapa banyak berlaku perceraian dalam masyarakat Melayu hari ini sedangkan kebanyakannya kini perkahwinan berlaku atas dasar suka sama suka dan atas pilihan sendiri? Rata-rata pasangan adalah tertarik antara satu sama lain kerana kecantikan luaran. Apakala telah hidup bersama barulah nampak dan mengalami kesan kelakuan dan isi hati yang tidak secantik rupa.

Dengan demikian adakah berbaloi mengejar kecantikan luaran hingga terabai pembinaan kecantikan dalaman dan keperluan hidup yang lebih penting?

Sebenarnya penjagaan kecantikan luaran dan dalaman sudah lama diamalkan dalam budaya bangsa Melayu. Ia dilakukan secara menjaga pemakanan dan cara makan, amalan serta kelakuan berlandaskan agama dan nilai budaya bangsa serta petua orang-orang tua. Cuma bangsa ini tidak pandai mengeluarkan hujah mengapa sesuatu jenis makanan itu digalakkan atau patut dielakkan, atau mengapa sesuatu perlakuan itu perlu dihindarkan. Maka cara hidup sebegitu semakin lama semakin pupus, kalah dengan penemuan-penemuan sains yang penuh dengan bukti kajian.

Maka anak bangsa yang baru celik mata anak kucing itu terus sahaja mengetepikan amalan lama dan mengambil bulat-bulat pendapat baru yang kononnya saintifik. Kita tidak mengetepikan pendapat-pendapat saintifik yang unggul. Tetapi kita perlu mengetepikan atau menangguhkan pendapat-pendapat saintifik yang belum teruji zaman.

Dahulu telur ayam sepenuhnya dikatakan amat baik bagi kesihatan. Sekarang dikatakan kuning telur yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit jantung kerana tinggi kandungan koleste

rolnya? Dahulu dikatakan amalan meminum kopi boleh menjejaskan kesihatan badan kerana tinggi kandungan kafein. Kini dikatakan kopi jika diminum sekurang-kurangnya enam cawan sehari boleh mengelakkan penyakit jantung!

Begitu juga dengan ikan bilis. Dahulu dikatakan ia amat baik terutama sekali untuk kanak-kanak sekolah kerana proteinnya yang tinggi membantu perkembangan otak mereka. Lebih-lebih lagi di kala itu ikan bilis adalah yang termurah yang mampu dibeli oleh orang kampung. Sekarang ini dikatakan ikan bilis berbahaya jika dimakan berlebihan kerana, seperti telur, ia boleh mendatangkan penyakit jantung!

Pada satu waktu dahulu golongan tua dicemuh oleh golongan muda yang terpelajar sebagai kolot kerana berurut badan selepas bersalin, berbengkung dan mengenakan pelbagai ubatan tradisional dan pantang larang, termasuk jenis makanan. Pantang larang itu dikenakan selama 44 hari. Begitu juga dengan mengendong anak di belakang atau di dada dengan kain. Orang putih katanya tidak ada amalan atau pantang larang seperti itu. Beberapa hari sahaja selepas melahirkan anak sudah boleh berlari ke sana ke mari dan makan apa sahaja yang dikehendaki seperti biasa.

Kini setelah pelbagai kajian saintifik dijalankan di Barat, ternyata apa yang telah diamalkan selama ini oleh bangsa yang kolot ini adalah perkara yang sangat baik bagi kesihatan si ibu dan pembinaan kesihatan emosi si anak kecil.

Kajian-kajian menunjukkan urat-urat yang halus serta sel-sel dalaman yang terputus atau terkoyak, termasuklah dalam melahirkan bayi, mengambil masa selama empat puluh hari untuk pulih semula. Anak kecil yang digendong akan lebih sempurna pertumbuhan emosinya disebabkan irama degupan jantung si ibu.


:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

NewBorn
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25483
Posting: 29
Dari: baiti JannaTi

malaysia  


posticon Posting pada: 06-01-07 15:26


kecantikaN adalah milik setiap insan... ;-)


-----------------
ISLAM will uNite us aLL
[ Telah diedit oleh: NewBorn pada 06-01-07 15:26 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For NewBornProfil   Hantar PM kepada NewBorn   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 06-01-07 15:29


alhamdulillah... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 06-01-07 16:45


ianya satu anugerah ALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-01-07 10:03


Pada 06-01-07 16:45 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

ianya satu anugerah ALLAH...


Salam..
betul itu anugerah dari Allah...yang tak dapat dipertikaikan....


-----------------
kembara mencariNYA


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105081 saat. Lajunya....