Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 18-04-2025 |
|
Isu dan Ehwal Semasa
|
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Saddam |
---|---|
Nur_Humaira_1342H ![]() ![]() |
![]()
Saddam 'Mati' Digantung
BAGHDAD: Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein, digantung sampai mati ketika umat Islam menyambut Eidul Adha yang lalu, sambil memegang al-Quran dan enggan dipakaikan kain penutup kepala ketika menjalani hukuman.Sami al-Askari, penasihat politik Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki, memberitahu agensi berita Associated Press, Saddam tidak memakai pakaian banduan sebaliknya tampil dengan jaket hitam, seluar, bertopi dan kasut.Al-Askari berkata, Saddam meronta ketika pengawal membawanya keluar dari bilik tahanan tetapi beliau tenang ketika menjalani hukuman. Sejurus sebelum hukuman dijalankan, topi Saddam diambil dan beliau ditanya sama ada mahu berkata sesuatu."Tidak, saya tidak mahu,"kata Saddam seperti dipetik oleh al-Askari yang hadir pada sesi hukuman itu. Saddam kemudian berdoa bersama seorang ulama Sunnah yang dijemput menjadi saksi.Selepas itu, Saddam dibawa ke tempat hukuman dan enggan kepalanya ditutup. Sebelum tali dijerut di leher, Saddam menjerit: "Allahuakbar! Negara ini akan menang dan Palestin milik Arab". Kami dengar bunyi tengkuknya patah. Keadaan berlaku dengan cepat. "Saddam terus mati," kata seorang saksi hukuman itu.Saddam, 69, menjalani hukuman itu di bekas ibu pejabat perisikan tentera di kawasan penduduk Syiah di Kazimiyah, lokasi makam paling suci Syiah bagi Imam Kazim.Beberapa jam selepas hukuman, empat letupan bom kereta melanda dua kawasan Syiah menyebabkan 61 maut. Al-Askari juga berkata, Kerajaan Iraq belum memutuskan langkah selanjutnya berhubung mayat Saddam tetapi ada pegawai mengakui ia mungkin akan diserahkan kepada keluarga bekas pemimpin itu.Penasihat Keselamatan Kebangsaan Iraq, Mouwafak al-Rubaie, pula memberitahu stesen televisyen rasmi Iraqiya: Kami mahu menjalankan hukuman mati ke atasnya pada hari istimewa.Gambar dan sesi hukuman terhadap Saddam itu juga turut dirakamkan menerusi video, katanya."Beliau tidak meminta apa-apa. Beliau memegang al-Quran dan memberitahu bahawa dia mahu kitab itu diberi kepada seseorang yang bernama Bander," kata al-Rubaie yang mengakui tidak tahu siapa lelaki berkenaan. Stesen Iraqiya pada awalnya melaporkan adik tiri Saddam, Barzan Ibrahim dan bekas Ketua Hakim Mahkamah Revolusi, Awad Hamed al-Bandar, turut dihukum gantung tetapi pegawai kemudian memberitahu hanya Saddam yang menjalani hukuman.Hukuman terhadap Saddam dilakukan 56 hari selepas mahkamah mendapatinya bersalah dan menjatuhkan hukuman mati atas pembunuhan 148 penduduk Syiah di Dujail pada 1982.Mahkamah tertinggi Iraq menolak rayuan Saddam pada Isnin lalu dan mengarahkannya dihukum mati dalam tempoh 30 hari.Jumaat lalu, seorang hakim Amerika enggan melarang hukuman mati dilaksanakan ke atas Saddam selepas peguam bela cuba mencabar kewajaran hukuman itu pada saat terakhir.Hukuman mati ke atas Saddam juga dilakukan pada permulaan sambutan Aidiladha, menandakan tamatnya ibadat Haji di Makkah yang biasanya disambut dengan melakukan korban.Di kawasan penduduk Syiah di Kota Sadr, Baghdad, ada penduduk menari di jalan raya, manakala yang lain melepaskan tembakan ke udara menyambut kematian Saddam. Sumber: Berita Harian Ulasan: Saddam Hussain telah menerima hukuman yang setimpal dengan kezalimannya, tetapi dunia masih menanti untuk Bush dan Blair dibawa ke muka pengadilan ke atas kematian 650,000 rakyat awam Iraq. Peperangan penjajahan haram mereka di iraq telah tidak menemui senjata pemusnah massa, telah menjatuhkan seorang diktator yang dahulu merupakan boneka kepada kerajaan barat, telah menimbulkan permusuhan mazhab yang sebelumnya tidak pernah berlaku di Iraq, dan telah meninggalkan kesan-kesan kemusnahan. Saddam Hussain ketika berkuasa telah ditaja dan dipersenjatai oleh syarikat dan kerajaan barat. Malangnya para penaja ini yang sepatutnya dihukum kerana kerjasama mereka terhadap pemerintahan yang zalim itu, sebelum ini, sebaliknya telah mengelar diri mereka sebagai "pejuang pembebasan". Walaupun tindakkan mereka itu telah menyebabkan kematian kepada lebih dari 650,000 rakyat Iraq dan menimbulkan suasana yang lebih buruk dari mana-mana pemerintahan seorang diktaktor yang zalim ----------------- BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH |
bintubahariyah ![]() ![]() |
![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
cba fikir kenapa saddam buat begitu.setiap tndakan mesti bsebab.pada saya,saddam bknlh skejam yang kita dengar tapi dia hanya btndak pada org yang mngncam keselamatan iraq.
|
hafeezzul ![]() |
![]()
banyak nya topic yang serupa..Kenapa tak paste artikel ini dalam previous topic???
p/s hope admin boleh lock topic yang sama |
muhamad_azrul86 ![]() ![]() |
![]()
Saddam Hussain telah menerima hukuman yang setimpal dengan kezalimannya, tetapi dunia masih menanti untuk Bush dan Blair dibawa ke muka pengadilan ke atas kematian 650,000 rakyat awam Iraq. Peperangan penjajahan haram mereka di iraq telah tidak menemui senjata pemusnah massa, telah menjatuhkan seorang diktator yang dahulu merupakan boneka kepada kerajaan barat, telah menimbulkan permusuhan mazhab yang sebelumnya tidak pernah berlaku di Iraq, dan telah meninggalkan kesan-kesan kemusnahan.
Saddam Hussain ketika berkuasa telah ditaja dan dipersenjatai oleh syarikat dan kerajaan barat. Malangnya para penaja ini yang sepatutnya dihukum kerana kerjasama mereka terhadap pemerintahan yang zalim itu, sebelum ini, sebaliknya telah mengelar diri mereka sebagai "pejuang pembebasan". Walaupun tindakkan mereka itu telah menyebabkan kematian kepada lebih dari 650,000 rakyat Iraq dan menimbulkan suasana yang lebih buruk dari mana-mana pemerintahan seorang diktaktor yang zalim |
fazleena ![]() ![]() |
![]()
kepada sedari NUR_HUMAIRA, saya ada ambil (copy dan paste) artikel anda.. saya minta kebenaran sebab saya letakkan juga dalam posting saya (tajuk saddam juga)..
menitiskan air mata saya membacanya.. thank you! |
najah85 ![]() ![]() |
![]() |
alKhattab ![]() ![]() |
![]() |
fazleena ![]() ![]() |
![]()
saya nak!!! email = [email protected]
thank you ( kepada yang compius saddam baik ke tak, baca lah artikel2 yang ada kat posting pasal saddam..'isu saddam kena gantung' |
eyu_extra ![]() |
![]() |
diny ![]() |
![]()
Saddam Hussein was finally executed a few days ago. He was the president of Iraq for the past 2 decades until the United States of America invaded the country in 2003. It is still fresh in my mind when the story blew my cap off when I was sitting in the Universiti Teknologi Petronas's library doing my homework. Prior to that moment, I almost thought that it would be impossible for a country to invade another in this so-called modern millenium century.
Here is some hidden fact about Iraq. According to Dr Micheal Parenti, one of North America's leading radical writers on US imperialism and intervensionism, it is a secret in America, it is a secret in most of the mainstream media all over the world, it is a secret in abundants of talk shows that Saddam Hussein was actually put in power by CIA, sponsored by the US to stop the Iraqi democratic revolution in late 1970's. And Saddam did just that. He destroyed the Kurdish Democratic party, he demolished the Iraqi Communist party which was a reformist party and he even slaughtered some of his political allies in his party called Baath. He was Washington's boy. For Saddam to stand alone to develope chemically driven weapon of mass destruction, the possibility for that to happen is less than 10 %. So Saddam's regime was aided by the US to built those chemical factories with adequate technologies, experties and capital during the Iraq-Iran war and the massacre of the Kurdish ethnic. Basically Saddam was the US's baby boy until they got out of line on oil prices. Up to this time, Saddam was seemingly incapable to be controlled and started to portray himself as an economic nationalist. He initiated public education programme. He introduced public health service. As a result, prior ro economic sanction in 1991, Iraq had the highest standard of living in the Middle East. He also had his own dream ; to bring Iraqi civilization to glory just like what's in history. The then President of the US, George Bush the first, decided to attack Iraq on one lama reason ; Iraq is threatening to invade Saudi Arabia. This is far from possible, a total fabrication. Then the invasion of Kuwait. A few sorces say that Iraq was trying to free Kuwait from being a US military base and some others say that Iraq was trying to control Kuwaiti's oil. In accordance to my research, the latter reason seems highly unlikely since Iraq has the second highest oil reserves in the world and most of them still untouched. Anyways, the Us government managed to influenced the UN to apply economic sanctions to Iraq. This move has weakened Iraq so badly. Iraq is bankrupt, its economy and infrastructure shattered by years of economic sanctions. Then came Bush the second and he finished his father's ambition with military oppression. Here it goes again with another lama reason ; Iraq has weapon of mass destruction and it is a threat to our national security. It has proven wrong until now. Iraq didnt fight as though they are a threat. Instead who is exactly the threat now? Suprisingly enough, Saddam was charged and penalized for the massacre of the kurds?..interesting huh?one reason after another. The world oil resources has declined so badly and it is assumed to dry by 2020. Middle East will be the only place having the black gold during this time. And due to high dependancy on oil based technologies and products, the largest oil consumer on Earth has no other option but to own it. A former Pentagon's Planning Officer said that the US is definitely uninvited to invest in Iraq when the santions end. The threat of losing Iraq to other powers from Europe during this time will devastate US dream to control oil supply of the world. In essence, US will no longer has the capability to be unipolar. Poor Saddam...poor Iraq..... |
diny ![]() |
![]()
Undoubtedly, Saddam Hussein ruled Iraq as a dictator, and acquired huge wealth at the expenses of his nationals. But in the same in many so-called democratic nations.
In such a situation, the hanging of Saddam Hussein-evidently under American influence-cannot be justified even if Saddam was guilty of several massacres. The US should fix some suitable punishment for itself,too,for failing find weapons of mass destruction in Iraq but still attacking the country. The United Nations need a cumpulsory governance framework to ensure member countries are not run as dictatorships. Fewer people were killed under Saddam Hussein during 30 years of rule in Iraq than the number killed under George Bush and Tony Blair in the past three years. Yet it's Saddam who faced 'justice'. The execution of one man will not solve Iraq's problems because it stems from a people's movement of liberation. Saddam may be dead but many followers who shared his beliefs live on. p/s:I watched in youtube regarding the execution even though I don't want to but then I wanna see with my own eyes. The worst part was when he can't even finish his syahadah! Innalillahiwainnalillahirojiun. May Allah forgive him and may he rest in peace. |
fathurrahman ![]() ![]() |
![]()
Pada 06-01-07 04:30 , diny posting:
!!! QUOTE !!! The worst part was when he can't even finish his syahadah! Innalillahiwainnalillahirojiun. May Allah forgive him and may he rest in peace. actually he did finish his first syahadah plus, it's also sufficient with kalimah "LaaIlahaIllAllah..." ----------------- "Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein [ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 06-01-07 05:33 ] |
zinniratunnajua ![]() ![]() |
![]()
sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya..
kita tak boleh nilai iman orang melainkan Allah SWT sahaja yang lebih mengetahui, kita tak boleh nak kata sama ada seseorang itu berdosa atau tak sebab Allah yang menentukannya kan.. so, nasihat ana kepada sesiapa yang tak tau kisah sebenar (macam ana) janganlah buat sebarang assumption..just berdoa dia (Saddam) mendapat keampunanNya dan kita semua diberi hidayah Allah untuk tahu apa sebenarnya yang Allah nak tunjuk di sebalik peristiwa ini..Wallahua'lam.. |
Daeng_Jati ![]() ![]() |
![]() |
umi_iium ![]() |
![]()
kematian saddam dengan cara begini cuma nak menunjukkan yang US, they dont fear to muslim anymore.they dont have respect to muslim..kemenangan besar bagi mereka dan sebenarnya kekalahan besar bagi kita umat islam
----------------- "terimalah sedkit kesusahan dunia yang sementara dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan akhirat yang berkekalan" |
Al-Sembi9an ![]() |
![]()
Pada 05-01-07 12:43 , Nur_Humaira_1342H posting:
!!! QUOTE !!! Saddam 'Mati' Digantung Kata-kata terakhir Saddam tu masih berbaur asabiyyah atau semangat kebangsaan Arab yang tinggi. Tak perasan ke kita? Kenapa Palestin milik Arab? Bukan milik Islam ke? Tak boleh ke orang-orang Islam Parsi turut sama membebaskan Al-Quds? Nampak sangat dendam dan kebencian terhadap orang-orang Iran yang berbangsa Parsi, seolah-olah Palestine tu milik Arab saja..kita orang Melayu dan Jawa pun tak boleh ke? Cover sikit dengan Allahu Akbar tu nampak Islamik sikit...Pemuda UMNO pun sekarang ni laungkan Allahu Akbar di samping Hidup Melayu dan Hidup UMNO... ![]() ----------------- Bhinneka Tunggal Ika Mari Klik http://preview.tinyurl.com/2ckx3e |
Amrizal ![]() ![]() |
![]()
US sudah lupa.. yang Islam akan bangkit bila dipijak..
Tunggulah.. saatnya pasti tiba.. insya Allah.. Allahu akhbar!!! ----------------- ![]() Koleksi Busana |
fauzy_fx86 ![]() |
![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 06-01-07 09:35 , Daeng_Jati posting:
!!! QUOTE !!! Bush and Blair..erm i dont think so.... glran mereka akan tba juga nanti. |
syabab_mujahid ![]() ![]() |
![]() |
mawa ![]() ![]() |
![]() |
simple_NAH ![]() ![]() |
![]() |
Nur_Humaira_1342H ![]() ![]() |
![]()
Saddam may get his punishment - but who will account his colonial backers
The Iraqi High Court has upheld the ruling that Saddam Hussein be hanged after he was sentenced to death in November for the massacre of 148 people in Dujail in 1982. Whilst this ruling brings to an end the trial of Saddam, it does little to bring justice for the victims of Iraq - whether under the tyranny of Saddam or the tyranny of the present coalition forces. The brutality of Saddam's rule is not in doubt. His victims were the people of Iraq who suffered for years at the hands of his murderous regime.?The accusations levelled at Saddam and his henchmen focused solely on their role in the killings of innocents but made no reference to the weapons they used or whom they were bought from. The extent of US pressure has been that even the US instigated Iraqi constitution has been by-passed in recent days so as to ensure that a verdict on hanging need not require the approval of the Iraqi President or his ministers and risk causing a delay to the execution. The trial of Saddam has completely ignored his close ties with western governments and companies throughout his years of brutality. It failed to scrutinise the weapons bought from western businessmen, the support given to him against the war with Iran in the 1980's, the meetings with foreign dignitaries and the befriending of his regime by Donald Rumsfeld and the US administration even after the massacres at Halabjah in 1988. The infamous 'arms to Iraq affair' exposed how the British government was complicit in arms sales to Saddam - arms which we used against innocent people. Therefore, the complete absence from the trial of the West's own role in grooming the monster Saddam only goes to prove that it was a sham exercise from the start. The sentence and verdict placed upon him has everything to do with his former colonial masters wishing to extricate themselves from association with his many crimes and absolutely nothing to do with bringing justice to the people of Iraq. The added insult is that Bush and Blair - who are responsible for the deaths of 650 000 innocent civilians in Iraq during the unseating of the former ally of British and U.S. administrations, have faced no legal process, have faced no court and seemed to have escaped all earthly justice. They continue to support dictators, sell them arms, and sponsor the oppression they mete out to their citizens. That indeed is an enormous crime as yet left untouched. From the onset, the capture and trial of Saddam was designed as a PR exercise - to play out to the International media that U.S. forces had a semblance of control over the worsening situation in Iraq and its government of occupation actually enforces a just rule of law. The most recent manipulation of events was the convenient date Saddam was sentenced, November 6 tahu - timed to coincide with the U.S. mid-term elections for maximum impact. The verdict came earlier than initially anticipated, and the judge read the sentence before he had delivered the verdict or even rehearsed the charges. Many commentators have cited this absence of due legal process throughout the Saddam trial contradicting the illusion that real justice now exists after the overthrow of his murderous regime. The trial, courts, judges and judiciary were set up at the behest of the US backed Iraqi government with external pressure placed upon them to ensure 'selective justice' was done and aid the propaganda that US presence is a force for good. It is clear that the trial and verdict of Saddam was a political show - for the benefit of ruling faction and the foreign occupying governments - and hiding the uncomfortable political truths that link Saddam to those foreign occupying governments. The sentencing of Saddam is simply a victor's justice, not a victim's justice of the thousands who were killed by him under the watchful eye of his colonial masters. Source: KCom Journal ----------------- BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH |
muslimah83 ![]() ![]() |
![]() |
Nur_Humaira_1342H ![]() ![]() |
![]()
Epilog Hukuman Mati Saddam Hussein
Lebih kurang dua minggu lepas, kita menyaksikan episod akhir dari salah satu babak permainan Amerika Syarikat (AS) ke atas mangsanya. Kita dipertontonkan dengan satu peristiwa yang berlaku di bumi Iraq di pagi âIdul Adha. Hingga ke hari ini, apa yang telah berlaku di subuh hari itu masih lagi hangat diperbincangkan. Ya, peristiwa yang dimaksudkan adalah hukuman gantung ke atas bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein. Banyak persoalan yang boleh dikupas berkaitan dengan hukuman ke atas Saddam itu. Kepelikan prosiding kehakiman dan proses perlaksanaan hukuman yang nampak begitu tergesa-gesa telah menimbulkan banyak tanda-tanya dan syak wasangka akan niat sebenar penggantungan Saddam. Meningkatnya kesedaran dunia akhir-akhir ini terhadap pembohongan Bush dan Blair untuk menghalalkan tindakan ketenteraan mereka ke atas Iraq telah menyebabkan teori-teori konspirasi yang dahulunya diperlekehkan kini semakin mendapat perhatian, hatta oleh mereka yang jahil sekalipun. Saddam Hussein telah berjaya dihapuskan. Persoalan seterusnya ialah, siapakah yang akan dipermain-mainkan oleh Barat berikutnya. Yang pasti, mangsa yang paling enak ialah pemimpin umat Islam yang telah lama âdipeliharaânya dan sudah sampai masa untuk dijadikan korban. Sautun Nahdhah pada minggu ini ingin mengajak para pembaca untuk menilai peristiwa penggantungan Saddam Hussein ini agar kita semua sedar akan punca kepada semua ini dan kita dapat menyelamatkan pemimpin yang akan datang khasnya dan umat Islam amnya dari menjadi mangsa yang seterusnya. Perbicaraan Saddam â Apa Yang Tak Kena? Sekiranya kita teliti intipati-intipati perbincangan berkaitan dengan peristiwa ini, kita akan dapati bahawa antara topik pembahasan berkisar sama ada perbicaraan Saddam adalah adil atau tidak, adakah ia hanya sebuah sandiwara, adakah Saddam akan dibalas setimpal dengan kekejamannya dahulu, apakah hukuman ke atas Saddam akan membawa kebaikan kepada Iraq selepas ini atau tidak. Pendek kata, perbahasan hanya tertumpu di sekitar status kesalahan Saddam dan status kesan hukuman ke atas Saddam. Walau apa pun yang diperkatakan, hukuman gantung di pagi âIdul Adha tersebut ternyata telah menjadi penamat kepada perbicaraan buat Saddam. Kekejaman pemerintahan Saddam Hussein memanglah tidak dapat disangkal kecuali oleh mereka yang buta politik sahaja. Beribu umat Islam di Iraq telah menjadi mangsa pembunuhan kejam rejimnya. Bukan setakat Syiah yang amat dibencinya sahaja dibunuh, malah golongan Sunni pun turut dibunuh oleh Saddam dengan kejam. Semasa Saddam memerintah, peristiwa pembunuhan kejam ini tidak mendapat perhatian dunia, apatah lagi dunia Islam. Saddam sebaliknya digambarkan sebagai seorang hero dan banyak berjasa. Banyak negara menjalin hubungan diplomatik dengan bekas pemimpin Iraq ini. Istilah âdiktatorâ sendiripun tidak dilekatkan kepada Saddam oleh media dunia. Ini mungkin kerana AS tidak menggelarnya sebagai diktator, maka dunia pun berbuat demikian, sebagaimana sekarang, apabila AS menggelarnya âbekas diktatorâ, maka dunia pun turut memberikan label yang sama. Sama seperti sekarang di mana pemimpin penyembelih umat Islam seperti Islam Karimov (Uzbekistan), Muammar Gadafi (Libya), Hosni Mubarak (Mesir), Perves Musyaraf (Pakistan) dan ramai lagi yang belum dicop oleh Barat sebagai âdiktatorâ, maka dunia pun tidak menganggap mereka sebagai diktator. Walhal, bagi yang mempunyai kesedaran politik, nama-nama di atas adalah manusia-manusia keji diktator talibarut AS dan merupakan pembunuh umat Islam yang sudah tidak asing lagi. Mereka adalah golongan yang bersekongkol dengan AS di dalam menangkap, memenjarakan, menyiksa dan membunuh umat Islam yang tidak sehaluan dengan mereka. Begitu juga dengan kekejaman dan kediktatoran Saddam Hussein yang sebenarnya tidak dapat dipisahkan dengan AS. Di dalam perbicaraan yang berlangsung ke atas Saddam dan orang-orangnya, ia bertumpu di sekitar peranan mereka dalam pembunuhan orang-orang yang tidak bersalah, seolah-olah Saddam Hussein tidak pernah melakukan kesalahan lain. Di sepanjang pemerintahannya, Saddam telah melakukan pembunuhan massal ke atas musuh politiknya, namun begitu tidak ada pertuduhan yang dikemukakan menyentuh persoalan senjata yang telah digunakan bagi pembunuhan besar-besaran ini dan dari mana atau bagaimana senjata-senjata tersebut telah diperolehi oleh Saddam. Perbicaraan terhadap Saddam juga telah terlepas pandang akan hubungan erat beliau dengan kerajaan-kerajaan dan syarikat-syarikat Barat di sepanjang pemerintahan ganasnya. Perbicaraan yang berlaku gagal memeriksa pembelian senjata yang telah digunakan oleh Saddam untuk membunuh rakyatnya daripada syarikat-syarikat Barat, sokongan yang telah diberikan Barat terhadapnya dalam perang dengan Iran pada 1980-an, perjumpaan-perjumpaan dengan orang-orang kenamaan Barat serta persahabatan erat antara rejim Saddam dan Donald Rumsfeld serta pentadbiran Amerika yang berlanjutan walaupun selepas peristiwa pembunuhan di Halabjah pada tahun 1988. Tiadanya pertuduhan dan pembongkaran peranan Barat dalam âmengasuh dan bekerjasamaâ dengan Saddam adalah satu penghinaan dan ketidakadilan buat mangsa-mangsa di Dujail, Halabjah dan di seluruh Iraq serta pengkhianatan buat masyarakat dunia secara amnya. Ini kerana, Barat sentiasa mencanangkan bahawa hukuman terhadap Saddam adalah satu keadilan yang mahu diberikan Barat buat rakyat Iraq walhal realitinya merekalah yang telah bersekongkol dengan Saddam sewaktu kekejaman-kekejaman tersebut dilakukan. Perbicaraan dan hukuman yang telah dijatuhkan hanyalah satu permainan yang digunakan oleh Barat untuk menutup semua rekod hitam hubungan mereka dengan Saddam di masa lampau. Umat Islam patut merasa lebih terhina lagi kerana Bush dan Blair, yang bertanggungjawab terhadap kematian lebih 650,000 rakyat awam yang tidak berdosa di Iraq sepanjang serangan dan penaklukan mereka di tanah bekas pusat pemerintahan Khilafah Abbasiyah itu, terus bebas tanpa dihadapkan ke muka pengadilan biarpun telah terang lagi nyata bahawa mereka telah berbohong menceroboh Iraq menggunakan alasan âWeapon of Mass Destructionâ Keadilan Demokrasi -vs- Keadilan Islam Setelah gagal membuktikan wujudnya WMD, AS cuba mengalihkan perhatian dunia bahawa mereka memasuki Iraq bagi menghapuskan pemerintahan diktator Saddam Hussein. Perbicaraan ke atas bekas Presiden Iraq ini dibuat atas nama keadilan. Kononnya untuk keadilan ke atas rakyat Iraq yang selama ini dizalimi dan ditindas oleh seorang diktator. Seterusnya, bagi membuktikan âniat baiknyaâ itu, AS menunjukkan kepada dunia bahawa mereka akan memastikan wujudnya sebuah Sistem Demokrasi bagi menjamin keadilan di Iraq. Maka, atas kesungguhan ingin melaksanakan Sistem Demokrasi inilah AS dapat mencapai cita-citanya dengan terus kekal berada di Iraq dan pada masa yang sama, dapat melantik bonekanya, yang akan memerintah dengan Sistem Demokrasi yang dilaungkannya. AS telah lama âberjuangâ menegakkan Demokrasi di bumi umat Islam kerana mereka tahu bahawa perjuangan ini (menegakkan Demokrasi) adalah perjuangan yang mendapat tempat di hati sebahagian besar pejuang Islam itu sendiri. Selalunya Barat akan berakhir dengan kejayaan, kemudian kejayaan ini dikongsi dan ditepuk tangan oleh umat Islam kerana dihadiahkan dengan sebuah Demokrasi. Inilah apa yang telah berlaku di Afghanistan dan sekarang drama yang sama dapat dilihat di Iraq. Umat Islam merasakan bahawa mereka akan mendapat sebuah keadilan apabila Sistem Demokrasi yang memerintah. Ini kerana segala undang-undang diputuskan secara majoriti dan keputusan ditentukan oleh rakyat, bukannya oleh seorang diktator. Sebab itulah, setengah pihak amat berpuas hati apabila diktator seperti Saddam Hussein berjaya diheret ke Mahkamah, yang mana ini tidak akan berlaku di dalam sebuah pemerintahan yang berkuku besi. Sekali fikir, kejadian ini nampak baik, tetapi sebagai umat Islam, kita wajib berfkir dan bertanya, adakah Mahkamah yang membicarakan Saddam itu adalah Mahkamah Madzalim (Mahkamah Islam yang membicarakan persengketaan antara pemerintah dan rakyat)? Adakah Saddam dibicarakan di bawah Undang-Undang Islam atau undang-undang kufur? Jika dia dihukum bunuh, adakah dia dihukum berdasarkan Qisas Kita juga perlu bertanya, apakah kita akan berpuas hati jika Saddam dihukum gantung bukan pada hari âIdul Adha? Atau adakah kita akan berpuas hati dan merasakan keadilan telah dicapai jika Saddam dibicarakan oleh International Criminal Court (ICC) atau International Court of Justice (ICJ) di bawah tajaan PBB? Umat Islam melakukan kesilapan besar jika mengatakan âyaâ pada persoalan di atas, kerana jelas kedua-duanya berada di bawah organisasi kufur dan akan menjalankan perbicaraan mengikut undang-undang kufur antarabangsa. Apa yang wajib difahami oleh umat Islam adalah tidak akan ada keadilan pada undang-undang kufur ciptaan manusia walau ia dibuat oleh suara majoriti sekalipun. Keadilan yang sebenar hanya akan dapat dicapai apabila kita berhukum dengan hukum Allah, walaupun majoriti manusia tidak bersetuju. Hukum Allah bukan tunduk kepada keputusan majoriti!!! Naâuzubillah min zalik Apakah kita akan mengatakan bahawa hukuman denda maksima RM5,000 kepada penzina adalah undang-undang Islam yang adil kerana diluluskan oleh majoriti manusia di Parlimen? Apakah hukuman penjara 7 tahun, atau jika diberatkan kepada 30 tahun sekalipun ke atas pencuri itu akan membawa keadilan, kerana telah dipersetujui oleh majoriti di Parlimen, walhal ini jelas-jelas bertentangan dengan hukum Allah? Apakah kita juga akan turut mengatakan bahawa syarat-syarat poligami yang ketat yang dikenakan oleh Mahkamah adalah adil kerana telah diluluskan oleh majoriti manusia di Dewan Undangan Negeri, walhal syarat-syarat tersebut tidak ada di dalam Kitab Allah dan Sunnah RasulNya? Apakah kita akan mengagungkan pendapat aqal kita dari hukum yang telah Allah tetapkan? Inilah natijah dari Sistem Demokrasi yang diambil oleh umat Islam. Hak untuk membuat hukum berada di tangan manusia dan hukum Allah hanya diimani dari segi wujudnya, bukan dari segi perlaksanaannya. Inilah yang membinasakan dan menghinakan umat Islam. Mereka mencari keadilan dari Demokrasi, bukannya dari hukum Allah. Mereka terperangkap di dalam laungan dan agenda Demokrasi yang dibawa oleh Barat di mana mereka turut bermati-matian berjuang untuk meraih sebuah Demokrasi, yang kononnya akan membawa keadilan kerana segala pemerintahan dan undang-undangnya adalah dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat. Mereka lupa bahawa hukum Allah tidak tunduk kepada kehendak rakyat, tetapi rakyatlah yang wajib tunduk patuh kepada hukum Allah. Mereka lalai bahawa jika mereka berjaya sekalipun dengan perjuangan Demokrasi, AS pasti tidak akan melepaskan mereka, sebaliknya AS akan pastikan bahawa Demokrasi yang diamalkan adalah sesuai dengan agenda dan kehendak mereka (Barat). Sedarlah wahai kaum Muslimin! Sesetengah pemimpin merasakan bahawa mereka mulia dan selamat bilamana berada di bawah ketiak Amerika, walhal pada hakikatnya mereka berada di dalam keadaan hina dan musuh Allah ini tidak pernah menjamin keselamatan mereka. AS hanyalah sebuah negara Kapitalis yang hanya akan mementingkan diri sendiri dan akan menghapuskan siapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka atau sudah tidak berguna kepada mereka. Lihat sahajalah nasib Saddam Hussein yang dahulunya ditatang bagai minyak yang penuh oleh British, kemudiannya Amerika dan kini, apabila dia tidak lagi berguna kepada kepentingan Barat, menjadi korban di subuh âIdul Adha. Ingatlah wahai kaum Muslimin, kemuliaan itu hanyalah milik Allah dan hanya kepadaNya kita wajib mencari perlindungan, bukan kepada selainNya, apatah lagi musuhNya. Allah Subhanahu wa Taâala berfirman, âApakah mereka mencari kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu? Maka sesungguhnya segala kemuliaan itu adalah kepunyaan Allahâ (Surah an-Nisaâ (4) : 139 ) â(iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: âSesungguhnya manusia (yakni Quraish) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada merekaâ, maka perkataan itu menambahkan keimanan mereka dan mereka menjawab: âCukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindungâ (Surah Ali Imran ( 3 ) :173 ) Percaturan Politik Barat Di Timur Tengah Sebagai sebuah negara pengamal Ideologi Kapitalis, negara-negara Barat kolonialis seperti Britain, Amerika Syarikat atau Perancis tidak pernah menghentikan strategi kolonialisasi mereka yang berobjektif meraih kepentingan politik dan ekonomi masing-masing. Justeru, penjajahan adalah suatu yang perlu dilakukan oleh mereka dalam mencapai cita-cita untuk mendapatkan sebanyak mungkin manfaat, sesuai dengan Ideologi yang mereka anuti. Bagi negara penganut Ideologi kotor ini, konsep halal dan haram tidak ada di dalam kamus hidup mereka, begitu juga dengan dosa dan pahala. Jika mereka perlu berbunuh-bunuhan untuk mencapai manfaat, maka mereka akan lakukan. Apatah lagi jika yang hendak dibunuh itu adalah umat Islam. Jadi tidak hairanlah apabila kita menyaksikan negara-negara kafir Barat ini berebut agar dapat menguasai negeri-negeri kaum Muslimin yang penuh dengan kekayaan alam. Mereka cukup sedar akan keuntungan yang bakal diperolehi dengan kejayaan mereka menguasai sama ada pemimpin kaum Muslimin mahupun negeri mereka secara langsung. Sejak kejatuhan Khilafah Utsmaniah, kita melihat bahawa kuasa-kuasa Barat telah berebut-rebut untuk menguasai Timur Tengah kerana potensi yang cukup besar terdapat di sana. Antara kelebihan strategik bagi mereka yang dapat menguasai Timur Tengah adalah penguasaan ke atas Terusan Suez yang menjadi laluan penting bagi kapal-kapal dagangan antarabangsa. Kedua, kerana Timur Tengah adalah wilayah yang mempunyai simpanan minyak yang amat besar. Dalam perebutan ini, AS berjaya menjadikan Arab Saudi tunduk menyembah kepada mereka. Begitu juga dengan Mesir, Libya, Jordan dan beberapa negara yang lain. Amerika tidak lagi perlu risau tentang kesetiaan boneka-boneka ini. Iraq walau bagaimanapun, diperintah oleh Saddam Hussein yang terkenal dengan Parti Baâath berideologikan Sosialis, yang mana menjadi musuh kepada Ideologi Kapitalis yang dibawa oleh AS. Sebagai negara yang mempunyai simpanan minyak kedua terbesar dunia, tentunya Iraq tidak boleh dibiarkan begitu sahaja oleh AS. Iraq menjadi rebutan apabila kuasa-kuasa kolonial ini mula menyedari bahawa bumi Iraq merupakan sumber minyak mentah utama dunia. Pada tahun 1998, kajian telah menunjukkan bahawa Iraq mempunyai kadar simpanan minyak yang mampu bertahan selama lebih kurang 142 tahun mengikut kadar pengeluaran sedia ada. Simpanan minyak Iraq pula adalah di paras kedua selepas Arab Saudi iaitu di paras 115 bilion tong. Pada masa yang sama, Amerika dan United Kingdom sedang berada dalam keadaan tertekan apabila simpanan minyak mereka masing-masing hanya mampu bertahan selama sekitar 7 dan 5 tahun sahaja. Oleh itu, Iraq tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Maka, bumi Iraq menjadi rebutan seterusnya dan saat ini kita sedang menyaksikan manifestasi dari kerakusan penganut Ideologi ini di sana. Wahai kaum Muslimin! Tanah-tanah di Timur Tengah menjadi saksi terhadap segala kejahatan, kebiadaban dan pembunuhan Barat ke atas umat Islam. Langitnya pula menjadi saksi akan pengkhianatan pemimpin-pemimpin umat Islam yang bersekongkol dengan kejahatan dan pembunuhan yang berlaku. Anehnya, pemimpin umat Islam yang lain, walaupun bersaksikan mata kepala sendiri akan segala kedurjanaan Barat ke atas umat Islam, tetap memuja, menghormati dan menyanjung Barat. Mereka tetap duduk semeja, berjalan seiring, berjabat tangan sambil tersenyum dengan Bush dan Blair. Mereka tetap menjaga rapi kedutaan AS dan Britain di negara masing-masing, malah diperketat keselamatannya setiap masa. Mereka tetap akan menyambut Bush dengan sambutan dan penjagaan keselamatan yang amat luarbiasa jika Bush datang ke negara mereka, seperti apa yang kita lihat di Indonesia baru-baru ini. Tak mustahil, jika Bush datang ke Malaysia pun, sambutan yang sama, malah mungkin lebih hebat akan dilakukan, sebagaimana kedatangan Condoleeza Rice tidak lama dulu, yang disambut dengan permaidani merah. Sungguh aneh apabila menyaksikan pemimpin kaum Muslimin menjaga rapi akan musuh-musuh Allah ini. Di sebalik segala kejahatan yang jelas dilakukan oleh Bush dan Blair dan juga kecaman serta kutukan oleh pemimpin Islam kepada pentadbiran Bush di dalam kes penggantungan Saddam Hussein, pada masa yang sama kita masih menyaksikan kata-kata Bush dipegang erat dan ditaati oleh pemimpin Islam. Kata-kata âEither you are with us or with the terroristâ dan slogan âwar against terrorismeâ Khatimah Wahai kaum Muslimin! Kita semua setuju bahawa jika Saddam Hussein dibicarakan dan dihukum gantung di atas kekejaman yang dilakukannya, Bush dan Blair juga patut menerima hukuman yang sama. Dalam masa yang sama, kita seharusnya tidak lupa bahawa masih ramai pemimpin umat Islam yang bersekongkol dengan Barat di dalam memerangi kaum Muslimin. Kita juga seharusnya jangan lupa kejahatan dan kebrutalan pemimpin Israel dan tentera-tentera mereka. Semua ini memerlukan perbicaraan dan hukuman yang setimpal. Persoalannya, jika kita ingin mengheret Bush dan Blair ke muka pengadilan, siapakah yang sanggup berbuat dan akan berbuat demikian? Raja Abdullah, Hosni Mubarak, Musharaf, Muammar Gadafi atau Bambang Yudhoyono? Apakah kita mengharapkan pemimpin umat Islam hari ini yang akan berbuat demikian? Beranikah mereka? Apakah kita mengharapkan PBB yang akan melakukannya atau kita menaruh harapan dan yakin bahawa OIC-lah yang akan mengheret para penjenayah ini? Wahai kaum Muslimin! Kita yakin bahawa satu-satunya âorangâ yang akan membawa dan menghukum para pengganas dan penjenayah ini, tak lain tak bukan adalah Khalifah! Hanya Khalifahlah yang akan berbuat demikian. Khalifahlah yang akan menghukum mereka berdasarkan hukuman Allah, sebagaimana Rasulullah dan para Khalifah terdahulu yang menghukum semua musuh-musuh Allah dengan ketetapan dari Rabb mereka. Tanpa Khalifah, seruan untuk membawa Bush dan Blair ke muka pengadilan hanya tinggal seruan dan laungan, ibarat anjing menyalak bukit. Justeru, kami menyeru kepada mereka yang cintakan Allah dan RasulNya serta mahu melihat musuh-musuh Allah ini mendapat balasan mereka, agar bersama-sama berjuang untuk menegakkan Daulah Khilafah dan melantik seorang Khalifah yang akan menamatkan segala penderitaan yang telah lama ditanggung oleh kita semua. Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan! Saksikanlah bahawa musuh sebenar kalian adalah Barat dan pemimpin-pemimpin kalian yang menjadi boneka mereka. Bangkitlah, bersatulah dan berjuanglah untuk menghadapi musuh-musuh kalian ini. Ketepikanlah segala persengketaan sesama sendiri, fitnah-memfitnah, benci-membenci, hasad dengki dan segala iri hati yang ada. Sudah sampai masanya untuk kita bergabung melaksanakan kewajipan yang telah lama tergendala ini. Serulah kepada anak-anakmu, ibu-bapamu, saudara-saudaramu, sahabat handaimu serta penguasa-penguasa di kalangan kamu agar bersatu menegakkan Daulah Khilafah âala minhaj nubuwwah. 1428 Hijrah yang akan menjelma dan Tahun Melawat Malaysia 2007 adalah peluang baik yang diberikan kepada umat Islam di Malaysia kerana pada tahun ini, kita berpeluang bertemu dengan saudara-saudara kita dari serata dunia yang datang untuk melawat ke negara ini. Gunakanlah kesempatan berharga ini untuk membuang segala dogma-dogma kuno yang telah memecah-belahkan kita. Berbincanglah dengan mereka yang datang, sampaikanlah dakwah penyatuan kepada mereka agar dengan usaha kita, idea penyatuan umat Islam seluruh dunia tidak lagi hanya menjadi teori yang sedap didengar tetapi menjadi satu kenyataan yang tidak dapat dimungkiri lagi. Insya Allah. ALLAHU AKBAR! ----------------- BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH |
ibnutuki ![]() |
![]()
Pada 06-01-07 01:00 , alKhattab posting:
!!! QUOTE !!! siapa nak tengok video klip dia dgantung..bgi emel.. saya nak:[email protected] thanks ![]() |
muhamad_azrul86 ![]() ![]() |
![]() |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |