Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 40 hari yang lalu
al-biruni03: 68 hari yang lalu


Cerpen
Topik: DIINTAI PUTERI BUNIAN ( Siri Famili )


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» DIINTAI PUTERI BUNIAN ( Siri Famili )

Please Mendaftar To Post


Oleh DIINTAI PUTERI BUNIAN ( Siri Famili )

diny
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-01-07 04:22


DIINTAI PUTERI BUNIAN

Telah lebih lima ekor haruan menyambar pancing. Katak untuk buat umpan masih banyak lagi. Angin basah makin nakal menampar wajah. Sendirian mengail di paya lama ini amat mendamaikan. Sesekali apabila desah deru menggegarkan dedaun bakung aku terasa trauma, takut ular sawa yang kerap menganggu aku datang menyapa lagi.

Desa Tualang ( Nama sebenar Kampong Changkat Tualang ) yang terletak di pinggir Kota Bharu Perak sememangnya bagiku adalah syurga memancing ikan air tawar; ikan tapak lombong, seperti talapia, haruan, kaloi,tongsan, lampam, terboi & kebelakang ini makin banyak pula ikan terganas di dunia...kacukan ikan benjol kepala ( Flower Horn ) & Talapia ... ( Cuba Teka nama ikannya...! Sesiapa yang tinggal di daerah Kinta pasti tahu )

Teratai makin biak; pohon gelenggang makin subur. Jika landasan komuter berkembang siap nanti pasti semua warga kota terliur melihat lompatan ikan toman, tarian kaloi berpanas badan pun riak sepat ronggeng menari ca-ca. Sekarang tempat aku sering mengail kian diredah landasan komuter. PM dulu memang mahu cepat siapnya landasan keretapi yang bakal menyambungkan kita ke Tanah Besar China. Pak Lah yang menghalang, tetapi semalam aku baru pulang dari tanah tumpah darahku; Nampaknya semuanya disambung semula. Kampong Bakap yang dulunya telah amat permai; telah lama hilang ghaib ditelan lombong, kekinian Kampong Bakap amat cantik telah ada jejantas untuk merentas landasan keretapi; Orang KL panggil komuter!. Keretapi merentas tasik dengan kembangan bunga teratai indah permai & tentunya anak-anak akan melambai tangan ketika memancing di sisi landasan keretapi.

Kampong Redang Sawa, ( Sedap ejaan kampong daripada kampung... memang menandakan ianya tidak diubah zaman ) memang kampung tradisional yang tidak terusik. Ianya bagaikan pulau di tengah tasik. Damai & sepi. Di sini ramai karyawan filem hadir menimba ilham & sudut kamera yang cantik.

(Aku sedang proses menyunting gambar yang menarik sekitar Kota Bharu Perak yang terletak di Lembah Kinta. Atau lebih tepat Mukim Teja di mana ramai kalangan artis telah kenal tempat ini. Rosyam Nor, Nasha Aziz pun berbulan-bulan berkampung di sini sebab giat membuat pengambaran!. Kartunis banyak mendapat ilham di Kota Bharu, ramai tak tahu ada kubur Tun Teja di sini, jika melihat peta Perak pasti terbaca Mukim Teja... di mana Tun Teja bersemadi. Memang cantik panorama kampungku tetapi.. emmm Kenapa aku namakan ceritera ini DIINTAI PUTERI BUNIAN

Tunggu!!

*************************************************************

" Strissthh!!.... " tiba-tiba sahaja pancing bergoyang.

Mesin Ruby aku ditarik ikan, ikan apakah gerangan!.

" Huh talapia bunga lagi.. besarnya! " Desus hatiku.

Jika ikan Talapia Bunga dipancing di paya jernih memang dagingnya amat manis.

Opah Bi ( Telah kembali ke Alam Baqa kira-kira 5 tahun ) kata ikan talapia yang kukail manis dagingnya, tak seperti ikan talapia yang dia beli di pasar. Hanyir; Memanglah manis, sebab tempat aku mengail sememangnya jernih airnya. Paya terbiar, paya lama yang terpencil. Penuh samai & anggerik liar yang amat megar. Aku main redah saja semak-samun. Aku sendiri tak tahu apakah paya yang aku jejaki itu ada ikan atau pun sekadar berudu membiak. Sejak aku kecil aku memang pengembara hutan yang aktif. Jika tidak melastik punai daun aku akan mencari ikan keli atau limbat yang makin pupus.

Aku tak suka mengail di kolam kandang itek. Airnya pun selalunya amat keruh berkelodak, maka itu ikannya akan rasa hanyir. Bagaimanapun Boleh hilang hanyir itu jika pandai basuh dengan asam; masak asam pedas taruh belimbing buluh. Memang amat rugi mereka yang menolak ikan air tawar. Aromanya gulai ikan air tawar teramatlah sedapnya. Jika orang Perak, bayangkan dapat menjamah, ikan lampam masak tempoyak. Jika masih tak sedawa lagi.. Isk Pak Mertua lalu pun pasti tak sedar.

Awal petang tadi cuaca agak redup, sejak dari rumah lagi aku perasan hari seakan mahu hujan; Maka bilamana Azim begitu minat ingin menemani aku mengail aku membantah. Apatah lagi aku akan menyusur semak-semak. Aku tak mahu Azim akan calar-balar dicakar resam, duri banong & miang dengan lelalang juga rempiang. Afiz memang tidak sihat sejak dari Jenaris. Aziq & Anif leka main jongkang-jongkit.

Haruan, talapia, keli ikan terboi kian memenuhi karungku. Surya kian susut dari kotaknya. Aku meneguk air kosong yang telah hampir ke dasar botolnya. Sambil melihat belibis menangkap ikan seluang.

" Bau apa pula harum amat datang dari hujung paya ini " Aku berbisik sendirian.

" Ah.. biasalah dalam hutan bila deru terbang dari tiap penjuru mestilah perbagai bauan bunga belakar akan terhidu " Jawab hati berani aku lagi satu.

Aku sebenarnya memang tidak selesa dengan bauan wangi yang entah datang dari mana. Ungunya bunga senduduk nampak megar. Melambai-lambai aku tiap kali dibelai angin. Aku menyedut suryaku dalam-dalam & melepaskan kepulan asapnya dari celahan belukar. Aku mencapai beberapa biji buah senduduk, menguyahnya dengan lahap. Kelat. Tapi Sedap. Meneguk lagi air kosong.

Bau wangi yang semerbak makin kuat, serentak itu bulu roma aku terasa meremang. Aku mengurut-ngurut tengkokku. Berjerutu & terasa peluh dinginku.

" Puteri yang wangi, janganlah ganggu aku hendak mengail... " Aku bersuara pelahan.

Serentak itu awanan yang tadinya mendung kian berarak lalu, mentari kian tampak di ujung pepohonan. Daun buluh nampak bergegaran. Terliuk-liuk disapa angin yang tak keruan arahnya. Cahaya mentari jatuh dari celahan senduduk, resam & rempiang mengintai aku. Belibis terbang lari ke celahan bangau yang leka jauh di tapak lombong bersama sang kerbau. Aku makin tak sedap hati.

Bau wangi seakan bau bunga tanjung masih semerbak..!

*****************************************************


Episod ii.

“ Tabik datok nenek cucu numpang ngail … jangan ganggu cucu! ” Aku bersuara perlahan. Namun haruman bunga tanung tak redapun. Semerbaknya makin mencuit hidung.

“ Emmm… tak pergi pun petua Pak Sahak ” Pak Sahak adalah mentorku ketika kecil. Siapa tak kenal si iDAN ini memang kaki jajah hutan. Kalau tidak melastik punai daun mesti mencari limbat di paya-paya lama. Pak sahak selalu berpesan jika ke hutan jangan hirau sangat gangguan atau panggilan dari sesiapa. Kena cakap dengan dia jangan pula senyap-senyap. Nanti “ketengor”. ( Kena sampuklah tu). Siapa pula datuk nenek dalam hutan itu. Hutan bukankah tempat jin bertendang. Aku masih tak mengalah dengan gangguan!. Anak jantanlah konon. Umpan lama tak mengena. Cuma ikan dalam jaring yang kerendam ditebing paya sesekali beriak. Keli bergaduh dengan haruanlah itu.

“ iDAN dalam hutan bukankah banyak pokok, bukan mustahil memang ada pokok bunga tanjung. Hutan kita memang kaya dengan haruman, amoi arab yang rajin pakai wangian di makmalpun asalnya minyak wanginya dari hutan belantara…” Bisik hati beraniku memujuk agak aku tidak terus berpeluh dingin. Haa ahh memang betul, mesti dari haruman biasa; amoi arab di fakulti aku memang rajin tumpahkan minyak wangi tiap pagi; Kalau datang ke makmal mesti harum semerbaklah satu makmal bau badan amoi arab.

Aku mencapai suryaku, menyalakan api lantas menyedut & menghembus tanpa lagi menyedutnya dalam-dalam. Nyamuk,; hairan juga memang tidak berdesing pun sejak datang tadi. Kepulan asapnya surya meredah senduduk, memeningkan rempiang terliuk-liuk. Bukannya apa sengaja nak lawan wangi si tanjung dengan sang surya dari Endon. Tak selesa sebenarnya dengan haruman di hutan belantara begini. Jika haruman amoi arab itu cerita lain!!!.

“ Betul juga, hutan kita bukankah hutan tropika, hutan yang kaya. Cuma tamaknya manusia nak untung cepat, tebang semua khazanah hutan yang kaya, tanam kelapa sawit yang terkadang harganya dipermain oleh lanun dunia. Kita malas menyedidik hasil hutan yang jutaan spesisnya, cuma tahu khaziat Tongkat Ali tak tahu bagaimana khaziat pucuk sentang, daun Semalu, pucuk Kadok, pucuk Jering, Mengkudu Hutan & banyak lagi ulaman kegemaranku..” Hati kecutku berfalsafah dalam serba salah sebenarnya. Sampai lupa akan mata kailku yang ku pasang tiga penjuru. Umpan cacing, umpan cengkerik & umpan katak sudah malas ku hayun.


omongan dalam hati.. :D
"Asyik Azim saja dapat ikan bila ikan nak makan umpan Aziq ini" Sungut Aziq melihat Azim kelam-kabut naikkan ikan.
( Ikan yang terganas di dunia yang banyak merosakkan spesis ... Pikok (Peacock)lah apa lagi, Azim banyak dapat ikan ini, jika guna gewang mesti dapat yang besar seperti Ijal / Eddie / Yon dapat... )

Kumpulan awan-awan mendung yang tadinya berbincang di langit; bila nak turun, kian berarak tapi nampak tahu mana halatuju. Nak ribut ke? Desah hatiku. Panas yang tadi cuba menjelagakan kulitku kian pudar. Cuaca kembali suram sesuramnya. Surya tinggal puntung. Aku leka memerhati awan, wah cantik amat. Mendung disuluh remang mentari. Nampak berbagai bentuk, berubah-rubah. Nampak sekawan bangau terbang hinggap tempat belibis menangkap seluang tadi. Kumpulan bangau itu memang tak perasankan aku. Akupun sudah jadi macam spesis dia. Liar di hutan.

“ … berbau lagi, nak cari markas lain ke ni ..?” Keluhku sendirian

Angin basah dari paya datang lagi dengan haruman si tanjung. Aku memerhati arah angin bertiup. Tak nampakpun pokok bunga tanjung. Ujung tebing cuma ada pokok cenderai di hias kehijau bakung & selerak anggerik liar. Memang cantik, putih, merah jambu & ungu. Ada tujahan batu-batan yang cantik berbagai bentuk, mentari yang terkadang mencelah awan & merona batu-batan memang amat tatarona. Terdapat beberapa pohon gelenggang dengan bunganya warna oren. Aku memang terpesona.

Sebut pokok cenderai aku teringat mainan senapang buluh cina, guna buat cenderai; Emak mengamok marah kerana getah cenderai payah hilang melekat di baju. Buah cenderai masak sedap dimakan, lebih sedap dari buah ceri. Zaman kanak-kanak berputar dalam pita ingatanku. Jika boleh kembali ke zaman kanak-kanak, alangkah seronoknya. Aku makin meraban.


“ … isk besarnya ikan haruan… mengapa tenguk saja katak depan mulutnya..” Aku perasan ada seekor ikan haruan timbul dari celah samai. Sardin saja tak mahu makan. Pelik!.

Hujan mula renyai-renyai, mentari terkadang mencelikkan matanya. Hujan panas. Aku memakai jaket.

Tiba-tiba aku dikejutkan oleh bunyi redahan sesuatu dari celahan bakung. Nampak bakung beriak-riak, nampak bunga-bunga anggerik tergeleng-geleng di resah sesuatu. Disusuli kilat tiba-tiba & dentuman guruh yang agak ganas. Angin yang dari setiap penjuru bagaikan berkumpul ke satu arah. Di pulau bakung & anggerik bagiku bagaikan taman bunian. Aku terpaku memerhati.

“ Apa iyer… ular sawa berendam menangkap mangsa ke? ” Aku mula mencapai satu-satu pancingku.

“ Shiiirauuu… raasss… :) …” Seimbas aku melihat bagaikan ada satu bayang-bayang yang melayang; Naik melayang... bagai gadis berpakaian serba putih... terus melayang bersama bak angin puting beliung kecil berputar-putar ke atas bersama kumtum-kumtum anggerik dari desahan rumpun bakung.

Seimbas!

- bersambung



Bookmark and Share

    


  Member Information For dinyProfil   Hantar PM kepada diny   Quote dan BalasQuote

diny
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-01-07 04:18


Episod iii

Aku yang tadinya masih ada perasaan berani jadi tak keruan. Maklumlah sendirian di hutan. Seluruh badan bagaikan terasa kejutan elektrik. Bila terlampau takut sememangnya aku rasa begitu.

“ Kena balik, tambahan orang tua-tua berpesan jangan berhujan panas, nanti dapat sakit kepala & perbagai kejadian tak elok ” Aku masih melihat akan haruan yang agak aneh itu & matanya jelas tajam merenung aku.

Kejadian aneh, bauan & lintasan perkara yang pelik di hutan memang perkara biasa bagi mereka yang kerap berekspedisi. Mana ada manusia dapat mengesan jin, syaitan & perkara ghaib secara nyata. Cumanya kita kerap melihat insani kerasukan. Kerasukan itu bagiku adalah gangguan syaitan namun pasti ada ubatnya. Sebelum terubat sememangnya yang empunya diri akan menderita seperti terkena santau & perkara sihir yang lain.

Aku pulang ke rumah telah hampir magrib, cepat-cepat mengambil sembahyang. Sembahyang jamak & Qashar sebab aku masih tempuh musafir. Semasa ambil air sembahyang aku telah rasa badan sejuk semacam. rasa kejutan elektrik semasa terperanjat dengan kejadian, hujan panas & kepenatan mungkin membuatkan aku diserang demam sejuk.

Ketika magrib aku rasa amat kesejukan tapi rasa di dahi terlampau panas. Demam. Aku menelan dua biji panadol & menyapi minyak angin di dahi & tengkuk.

“ Harap-harap tidak melarat demam ni…”

“ Eloklah tu, kalau balik kampung tak puas-puas pergi masuk hutan memancing, entah-entah sudah kena sampok” Sindir Mila isteriku.

Aku makan dengan lahapnya daging manis haruan, keli, ikan talapia yang tak terasa langsung akan hanyirnya. Memang benar kata Opah Bi. Tak sama rasanya dengan yang dibeli di pasar.

“ Gulai tempoyak yang Opah Bi masak memang paling sedap di dunia..” Bisikku di meja makan. Semua senyap melayan selera.

Nampak Azim & Anif tak henti-henti menambah tempoyak. Azim tak kuat makan pedas, tapi Anif boleh tahan cicah sambal belacan. Opah Bi duduk di bangku sebelah dengan rokoknya. Jarang aku dapat melihat orang setua Opah Bi merokok, apatah seorang wanita.

“ Wan Bi tak lapar lagi ke… makanlah sekali!” Sapaku apabila melihat Opah Bi menung panjang. Dia menyedut rokoknya sedikit-sedikit tak segelojoh aku. 555 payah nak cari rokok tu. Asapnya pun tak semerbak surya. Sejak kecil aku panggil Wan Bi, tak seperti lain-lain adik beradikku panggil Opah Bi … Mak Bi.

“ Makanlah iDAN nanti .. nanti kalau Wan Bi lapar.. Wan Bi makan sendiri” Bab makan sendirilah yang buat aku jauh melamun. Memang hidup Opah amat sunyi sejak pemergian Apak. Anaknya yang tunggal … Yoep Zaini sememangnya jarang menjenguk dia. Sesekali AC Mizal balik memang dia amat gembira, gambar dua cucunya memang asyik ditatapnya. Terletak dalam almari cermin. Album, majalah IBU yang ada gambarnya menantu kesayangannya Shafnie amat disayanginya; tak nampak renyok pun.

Ikan masin tenggiri jerok hampir habis aku cubit. Aku lihat Mila pun bertambah bukan sekali dua. Tak sangka orang jawa suka masakan orang Perak. Ulam pucuk Sentang, Mengkudu Hutan, pucuk Kadok & banyak lagi pucuk memang penuh satu mangkuk plastik besar. Azim yang rajin mencuba, itupun atas rekemen ayahnya; mana pucuk yang tak maung atau pahit. Ulam Raja, Silom, Pegaga bolehlah Azim tu makan. Anak-anak yang lain ayahnya letakkan ulam dalam pinggang pun pasti akan diletak balik ke pinggang ayahnya.

Lepas makan aku rasa tak sedap perut, terus meluru ke bilik air.

Hemm… semuanya makanan yang aku makan terlampau lahap tadi keluar. Aku muntah. Kenapa. Aku tak berani nak cerita pada Mila aku muntah; Lepas termuntah aku cuba menjamah putu piring yang Opah buat, cuba telan dengan kopi O yang memang kelaziman dia akan buatkan. Lihat Putu Piring di meja aku mencongak sendiri;

“ Bagaimanalah Wan Bi nak untung berjual Putu Piring dengan harga Cuma 10 sen…” Aku berbisik dalam hati. Kelapangan memang Opah Bi menjual Putu Piring, tapi yang aku rasa terkilan harganya tak pernah dinaikkan sejak berzaman.

Nasib Putu Piring juga sama, habis terkeluar.

“ iDAN Wan Bi nampak iDAN ini lain macam saja, tadi muntah kat bilik air kan..?”

Aku mengangguk.

“ Esok Wan Bi panggil Wn Midah tolong tengukkan takut apa-apa masa iDAN masuk hutan tadi ” Desah Opah Bi.

“ Tak apa-apa Wan Bi, badan tak sihat, cuaca panas agaknya; esok pagi baiklah agaknya ” Aku lihat Mila sudah tidur, ternganga mulutnya entah dia mimpi pulang ke Meru. Nampak Azim sahaja terkebil-kebil nonton TV. Afiz yang kurang sihat memang telah berselimut. Angah memang tepat waktu tidurnya; tak kan boleh celik jika jam melewati jam sepuluh.

Rutin harian aku pulang ke kampung beginilah. Opah Bi dengan 555nya aku pula dengan Suryanya berbual panjang, terkadang sampai jam satu dua pagi; Banyak sangat yang ingin diluahkan oleh Opah Bi. Terutama tentang Yoep Zaini, masalah Abang Din ( Telah arwah kini ) Zareen adik AC Mizal & cucunya yang lain. Dia juga banyak bercerita kisah mudanya, kaum kerabat dia; memang tak habis cerita.

Opah Bi bagiku adalah pengganti Arwah Emak, semasa emak ada. Aku tak serapat mana dengan Opah Bi, tetapi sejak emak meninggal lantaran Opah Bilah isteri termuda dari tiga isteri Apak yang tinggal sekampung; Jadi memang ke rumah Opah Bilah aku bermalam jika pulang ke kampung. Rumah pusak memang kian reput. Tiada penghuni.

“ iDAN pergi tidurlah, badan tu tak sihat, haripun dah lebih jam dua belas ini..”

Aku tak banyak membantah. Terus ambil bantal & berselimut di sebelah Afiz. Semua telah lelap, Opah Bi menutup TV & masuk ke biliknya.

“ Ibu tak bolehlah marah dia ibu, sebab dia bukan dari dunia kita…” Sambil membetulkan ikatan sanggulnya yang berhias bunga tanjung yang telah diikat rapi. Memang seorang gadis yang cantik, wajahnya bujur sirih, matanya bersinar bagaikan mentari pagi. Rambutnya agak berketak-ketak menutup separuh dahi.

“ Dia kacau taman kita, dia tangkap ikan kita, ibu payah nak maafkan dia..” Secantik anaknya, tak nampak tuapun.

“ Ibu kenalah sabar, nanti dia akan melayanglah pulang, takkan dia sampai nak bermalam di sini..”

“ Ibu tak izinkan dia makan ikan yang dia tangkap… kalau puteri memenangi dia carilah silauan yang boleh buat dia cepat meninggalkan taman kita…”

“ Hisss...Ibu ni….”

Puteri itu memandang tajam ke wajahku. Aku terjaga; Huh mimpi rupanya. Aku mencapai lampu picit menyuluh jam di dinding; Tiga pagi baru. Terasa perut aku amat kosong…

- bersambung

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinyProfil   Hantar PM kepada diny   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.08598 saat. Lajunya....