Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 81
Ahli: 0
Jumlah: 81




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 11 hari yang lalu
lidah-penghunus: 13 hari yang lalu
muslimin23: 21 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Mulianya Umat Muhammad Di Sisi Allah


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Mulianya Umat Muhammad Di Sisi Allah

Please Mendaftar To Post


Oleh Mulianya Umat Muhammad Di Sisi Allah

insan_kalam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.08.2003
Ahli No: 2802
Posting: 104
Dari: batu pahat

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-09-03 01:54


Mulianya Umat Muhammad Di Sisi Allah

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang
cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang ,
sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,
000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan
berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang
lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang
bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur
kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah
yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan
datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya 'Muhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka
itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka
melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi
kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku
lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau
hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka
pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang,
setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak
perjalana 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300
tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun
singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada
Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku
menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau
seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat
yang mereka kerjakan....."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For insan_kalamProfil   Hantar PM kepada insan_kalam   Quote dan BalasQuote

jilul_QURAN
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 112
Posting: 213
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-10-03 16:20


Kuntum khaira umatin ....memang kita adalah ummat yang terbaik.Mengajak kpd kebaikan dan menegah kemungkaran...itulah yang sebenarnya yg dinamakan ummat yg terbaik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jilul_QURANProfil   Hantar PM kepada jilul_QURAN   Quote dan BalasQuote

adah_baru
Warga Rasmi
Menyertai: 14.10.2003
Ahli No: 4369
Posting: 1
Dari: pc

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-10-03 20:45


allahuakbar.. tuhan itu maha kaya lagi maha pemurah.. mmm.. kalo citer pasal nikmat, tak terkira banyaknya.. mengalir air mata..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adah_baruProfil   Hantar PM kepada adah_baru   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-10-04 14:23




Syukran jazilan kpd insan_kalam kerana sudi mengongsi sama.
Sedih & terharu bila saya membacanya

Semoga yang saya muatkan dibawah ini, sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat kita semua. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

- - - - - - ===>>>*<<<=== - - - - - - -

Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam telah bersabda:
"Akulah mula2 Nabi yang dijadikan & penghabisan sekali yang diutuskan & apapun sebabnya aku diutuskan selepas sekalian Nabi2 yang lain itu ialah supaya umat Nabi2 yang lain tidak mengetahui akan apa2 keaiban umatku."
(Diriwayatkan daripada Jabir Bin Abdullah Al- Ansari Radiallahuanhum)


Nabi Musa Allahisallam
Nabi Musa Allahisallam telah bersabda:"Hai Tuhanku, sesungguhnya aku dapati ada tersebut di dalam kitab Taurat satu umat yang ialah sebaik-baik umat diantara golongan manusia, maka jadilah umat itu umatku."
Berfirman Allah Ta'ala: "Itu ialah umat Muhammad."
Bersabda lagi Nabi Musa Allahisallam: "Hai Tuhanku, sesungguhnya aku dapati ada tersebut di dalam kitab Taurat satu umat yang pergi Haji, & apabila mereka kembali daripada Haji itu maka segala dosa mereka diampuni, maka jadikanlah umat itu umatku."
Jawab Allah Ta'ala: "Itu ialah umat Muhammad."
Bersabda Nabi Musa Allahisallam lagi: "Hai Tuhanku, sesungguhnya aku dapati ada tersebut di dalam kitab Taurat satu umat yang kitab suci mereka ialah di dalam dada mereka; yakni mereka hafaz kandungan kitab Allah Ta'ala, maka jadikanlah umat itu umatku."
Jawab Allah Ta'ala: "Itu ialah umat Muhammad."
Bersabda lagi Nabi Musa Allahisallam: "Hai Tuhanku, sesungguhnya aku dapati ada tersebut di dalam kitab Taurat satu umat yang berpuasa satu bulan lalu diampunkan dosa mereka selama sebelas bulan yang lalu, maka jadikanlah umat itu umatku."
Jawab Allah Ta'ala: "Itu ialah umat Muhammad."
Bersabda lagi Nabi Musa Allahisallam: "Hai Tuhanku, sesungguhnya aku dapati tersebut di dalam kitab taurat tentang satu umat yang ialah penghabisan umat di dalam Islam tapi terdahulu masuk Syurga maka jadikanlah umat itu umatku."
Dijawab Allah Ta'ala: "Itu ialah umat Muhammad," lalu bersabda lagi Nabi Musa Allahisallam: "Hai Tuhanku, jikalau begitu, jadikanlah aku seorang daripada golongan umat Muhammad."


Ka'bul Ahbar
Telah berkata Ka'bul Ahbar (seorang yahudi yang telah masuk Islam di zaman sahabat Baginda): "Aku dapati ada tersebut di dalam kitab Taurat bahawa apabila umat Muhammad Sallallahualaihiwasallam berjalan di atas bumi, maka mereka memintakan ampun bagi umat itu sekalian, & aku telah dapati bahawa ada bersama tiap2 seorang daripada mereka itu satu landasan daripada cahaya iaitulah Islam, & aku telah dapati apabila seorang daripada mereka sujud maka apabila ia mengangkat kepalanya nescaya Allah Ta'ala mengampunkan dosanya, & aku telah dapati mereka berpuasa satu bulan dalam tiap2 tahun, iaitu bulan Ramadhan, & bagi tiap2 sehari mereka berpuasa maka Allah Ta'ala menjauhkan mereka daripada api neraka sejauh perjalanan 500 tahun, & aku dapati mereka berbahagia dan mempunyai sebaik-baik tempat kembali, iaitu Syurga."


Ampunan Allah Ta'ala
Tersebut di dalam kitab "Raudhatul Ulama": Telah bersabda Nabi Musa Alaihisallam: "Hai Tuhanku, ampunkanlah aku & Bani Israil."
Firman Allah Ta'ala: "Aku telah ampunkan Muhammad & umatnya & pahala mereka (umat Muhammad) pada sisiKu sama sebagaimana pahala Nabi2. KemurkaanKu terhadap mereka itu jauh. Aku terima amalan daripada mereka itu sedikit, tetapi Aku beri pahala & rahmat kpd mereka itu banyak. Dan Aku tidak menolak permohonan taubat daripada mereka itu selama mereka berkata: La ilaaha illallah iaitu Tiada Tuhan melainkan Allah."
Lalu Nabi Musa Alaihisallam pun tunduk sujud & berkata: "Hai Tuhanku, jadikanlah aku di dalam golongan umat Muhammad."
Maka Allah Ta'ala pun berfirman: "Engkau & sekalian Nabi2 memang termasuk di dalam golongan umat Muhammad."
(Smoga Allah Ta'ala mengurniakan sebanyak2 salam & sejahtera kpd mereka itu sekalian. Amin Ya Rabbal 'Alamin)

Syukur Alhamdulillah kita ucapkan, Pujian yang sebanyak-banyaknya kpd Allah Ta'ala kerana Dia telah menjadikan kita diantara golongan umat Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam.

Ingatlah, betapa Allah Ta'ala Maha Kaya lagi Maha Pemberi kerana nikmat & pemberianNya kpd kita selama ini, sudah pasti tidak terhitung banyaknya & tidak mampu kita membalasnya.

Begitu pula kasih & sayang Nabi & Rasul pilihanNya, Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam kpd kita; umatnya. Betapa banyak cabaran & pengorbanan yang Baginda tempuhi utk menyampaikan risalah & ajaran agama Islam yang dicintainya. Hinggakan disaat-saat Baginda menghembuskan nafas terakhirnya, Baginda masih khuatirkan tentang keadaan kita; umatnya.

Namun, adakah kita menyedari semua itu..? Wallahua'lam..

Ayuh.. Bangkitlah.. Marilah kita bersama-sama mengabdikan diri kpd Allah Ta'ala dgn menuruti segala perintahNya & sunnah RasulNya.

Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Pengasih lagi Maha Mengampuni. Pintu taubat senantiasa terbuka luas utk sesiapa yang ingin bertaubat kpdNya & sesiapa yang ikhlas iaitu membuat sesuatu kebajikan dgn tujuan mengharapkan keredhaan Allah Ta'ala & selamat daripada azab neraka, maka ada balasan yang besar utknya pada sisi Allah Ta'ala.

Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam telah bersabda:

"Apabila aku perintahkan kamu mengerjakan sesuatu pekerjaan, maka tunaikanlah ia mengikuti kemampuanmu."
(HR Bukhari, Muslim, Abu Hurairah dan Mukhtasar Al-Misykah)

&
"Amalan yang paling disukai Allah Ta'ala ialah yang terus menerus walaupun sedikit."
(HR Bukhari dan Muslim)

Smoga Allah Ta'ala menjadikan kita smua di dalam golongan umatnya Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam yang selamat & sejahtera & akan berkumpul dipadang mahsyar bersama Baginda Sallallahualaihiwasallam. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Akhir kalam, marilah kita bersama-sama mengucapkan selawat keatas Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam; sebagaimana firman Allah Ta'ala di dalam kitab suci Al-Quran:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala & Malaikat2 Nya berselawat keatas Nabi; wahai mereka yang beriman, banyakkanlah oleh mu mengucapkan selawat & salam peghormatan keatasnya."
(Surah Al- Ahzaab ayat 33:56)

* * Segala Puja dan Puji bagi Allah, Tuhan segala sesuatu.
Ya Allah, Selawat & Salam smoga tercurah keatas junjungan kami Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam, pembuka segala apa yang terkunci, penutup bagi para Rasul; yang memperjuangkan kebenaran serta petunjuk kejalanMu yang lurus dan curahkanlah rahmat kpd keluarganya & para sahabatnya sesuai dgn derajat dan kedudukannya yang tinggi * *

- - - - - - ===>>>*<<<=== - - - - - - -
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-10-04 21:55




Alhamdulillah....syukur tak terhitung kerana dilahirkan sbg ummat Nabi SAW.....tapi saya sedih kerana tak dapat sempurnakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh Nabi SAW kpd saya dan seluruh ummatnya

"Ya Allah ampunilah hamba dan seluruh ummat kerana kami lalai dalam menyempurnakan amanah dan tanggungjawab sebagai ummat kekasihMu Muahammada SAW"


-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.370748 saat. Lajunya....