Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-11-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: PhoebeGordon
Hari Ini: 0
Semalam: 1
Jumlah Ahli: 43142

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




  Yang Masuk Ke Sini
lizawati2302: 6 hari yang lalu
Kang: 6 hari yang lalu
sahabat_sejati: 12 hari yang lalu
sadiqah: 16 hari yang lalu
eme86: 20 hari yang lalu
al_hafizahgirl: 24 hari yang lalu
nice_pesan: 27 hari yang lalu
umy_1510: 32 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Merindui Mu Kekasih Hati II


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Merindui Mu Kekasih Hati II

Please Mendaftar To Post


Oleh Merindui Mu Kekasih Hati II

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-12-06 21:59


alhamdulillah hari ni semoat posting lagi..nikmat yag Allah beri ini,kan ku perguna sebaik2 nya..hehehe bukan senang nak ada masa ukhwah.com..huhu..maklumlah sibuk dengan projek final year..

terimalah bingkisan hati ku ni..versi II..tak tau lah bila sempat posting lagi..


Semakin ku di seret oleh nafsu..
Kau makin mendekatiku..
Bila ku katakan ingin bersamamu..
Kau menguji ku berulang kali..
sungguh kali ini Kau kekal bertakhta di hatiku..
Adakah Kau percayai?
Naluri ku masih begini..
Mendambakan kasih sayangMu..
hatiku amat merindui Mu kekasih hati..
dunia ku milik suami..
namun ku milikmu kekal abadi..
Siapa pun tak bisa mencurigaiku!
Aku amat cinta pada Mu..Kekasih HATI..

PART 1

“sayang…..kenapa ni?” tanya Mukhlis melihat isterinya termenung sendirian di beranda rumah. Perlahan-lahan di peluknya tubuh isterinya dari belakang.

“erm..aabang..” balas asyifa dengan nada yang perlahan.. air matanya cepat-cepat di sapu.

“kenapa ni?..abang rasa bersalah Kalau biarkan sayang macam ni..sayang..” suara mukhlis di celah telinga membuatkan air mata yang cuba di tahan tadi akhirnya laju menerpa cerun pipi yang gebu itu.

“abang…anak-anak kita mana bang??” Tanya asyifa mengalih topik.

“erm..ada kat bawah tengah main-main.”

Asyifa memandang ke bawah sebaik mendengar suara gelak ketawa anak-anak mereka.. Ahmad Saufee sudah pun berusia 8 tahun, Ahmad Bashah usia 6 tahun manakala puterinya Aisyah Humaira’ baru mengjangkau usia 4 tahun. Gembira sekali mereka melihat putera puteri berkejar-kejaran di taman bunga yang dihiasi dengan buaian, papan gelongsor, jongkat jangkit dan memanjat jaring seakan-akan sarang labah-labah.

Semuanya kerja suaminya yang beria-r.a nak memasang alat permainan itu, katanya senang nanti anak-anak tidaklah rasa bosan sangat duduk di rumah, semuanya ingin menggalakkan anak-anak mereka rasa selesa dan selamat. Katanya itu adalah salah satu mendidik anak-anak..asyifa hanya tersenyum manja teringat kata-kata suaminya.

“sayang bukan ke suka sangat main buaian??” kata Mukhlis

“err..mana bang tau ni?” soal asyifa pelik

“hehe…abang tahulah..isteri abang suka main buaian..comel..” puji suaminya lagi.

“abang..ni cakaplah mana tau sayang suka main buaian..” Tanya asyifa mula melabuhkan punggungnya sambil menghayunkan perlahan-lahan.

“ Ala..abang pergi interview secara eksklusif bersama angah dan adik..” jawab Mukhlis sambil tolong membuaikan isteri yang amat dicintainya.

“ooo..patutlah..sayang dah agak dah..abang ni..terima kasih abang..” senyum asyifa

“sayang..abang amat menyintaimu..” kata Mukhlis berlutut depan asyifa yang masih duduk pada buaian besi itu. Di gengam erat tangan isterinya sambil mengusap perlahan-lahan.

“insya allah bang..sayang jua amat menyintaimu..Ahmad Naufal Mukhlis Ahmad Safuan..sayang sentiasa berdoa agar cinta kita berdua kekal hingga ke syurga bang..” balas asyifa lantas mengucup tangan suaminya.

##############################

bersambung..moga kalian dapat bersabar ek=)


-----------------
kesenangan kan datang setelah kesulitan kau tempuhi..hiasilah hatimu dengan nilai-nilai wanita solehah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-12-06 21:49


oooo....ada jilid 2 ek... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

fitrah_mawaddah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.12.2006
Ahli No: 27717
Posting: 78
Dari: fi ardhillah...

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-12-06 22:18


2 yang best... :D

tak sabar pula tnggu smbgnnyer....


-----------------
HiduP sentiasa InDaH andaI SemUaNYa KeRaNa ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For fitrah_mawaddahProfil   Hantar PM kepada fitrah_mawaddah   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 26-12-06 09:09


wa....lepas itu apa jadi?

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-12-06 14:29


akak..... ana dah tak sabar ni.... lama nya..... sambungan nya???

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-12-06 10:17


sesiapa yang BELUM BACA "MERINDUI MU KEKASIH HATI" BAHAGIAN SATU............

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=27&topic=28238&start=75

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-12-06 11:34


salamun alaik ya sahabat wa sahabiah..maaf buat antum semua menunggu lama..ana minggu ni sedikit sibuk..insya allah..ana akan sambungkan cerita ana ini..harap kalian doakan urusan ana dipermudahkan ye..salam kasih sayang dari ana buat antum semua..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-12-06 18:11


Syukran.... ana akan sabar menunggu.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

teratai_putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27690
Posting: 77
Dari: J0hor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-12-06 01:30


tak mengapa lah utamakan yang utama
saya pun akan setia menunggu

Bookmark and Share

    


  Member Information For teratai_putihProfil   Hantar PM kepada teratai_putih   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 08-01-07 11:08


......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-01-07 12:40


ehem.. bila nak sambungnye ini... :D


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

teratai_putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27690
Posting: 77
Dari: J0hor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-01-07 19:30


kak tulipsolehah
bila nak sambung?
hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For teratai_putihProfil   Hantar PM kepada teratai_putih   Quote dan BalasQuote

ibnusina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2004
Ahli No: 10405
Posting: 146
Dari: bumi ciptaan-NYA

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-01-07 20:40


uiks...sambungan lagi...menarik ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnusinaProfil   Hantar PM kepada ibnusina   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 14-01-07 16:26


cepat-cepat lah sambung ek..
tak sabar nak tau endingnyer ini..huhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

hanan_nur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.01.2007
Ahli No: 28138
Posting: 110

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-01-07 16:32


SABARRRRRRRRRRR.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanan_nurProfil   Hantar PM kepada hanan_nur   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-01-07 17:49


salam..
ana nak tanya ni, sebenarnya, cerita ni habis sampai sini saja ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-01-07 13:01


mitak maaf semua..hari ni tak bawa soft copy pula..insya allah minggu ni ana jenguk ukhwah .com lagi..sory tau buat antum semua tunggu..salam

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-01-07 17:38


assalamualaikum..

akhirnya dapat juga online..huhu

sambungannya..


Seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaannya
kudratnya ku agungi

namun jalin warna
zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham dialam mimpi
betapa ku syukuri nikmatnya
ku pasti..

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tika dalam gelita
ataun sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah darinya

hanyalah cintanya
yang amatku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun dia maha mengerti

tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri...

tak akan ku persia
limpah rahmat yang esa
bagaikan jalinan warna
yabg menyulam cahaya
biasan kasihnya

moga tak diuji
asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha ilahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanya pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia...

Alunan melodi penyanyi suhaimi dengan lagu kias cinta buat dia tersedar dari lamunan tadi, tak sedar rupanya suaminya masih memeluk erat tubuhnya sambil dibuai dengan lirik lagu itu..perlahan-lahan Mukhlis membelai rambut isterinya. Duhai wanita solehah..penyejuk mata ku..doa Mukhlis sambil mencium rambut yang harum semerbak dengan syampu safi limau purut..kegemaran isterinya.

“sayang..” panggil Mukhlis

“ ye sayangku..” sambut asyifa sambil menarik lengan suaminya memeluk erat lagi.

“sayang tak jawab lagi Kenapa sayang menangis tadi?” Tanya Mukhlis.

“erm..sayang teringatkan pada ayah..” ringkas asyifa

“erm..oo..abang faham.” Balas Mukhlis dengan sedikit menganggukkan kepalanya.
“sayang..usah berputus asa dengan rahmatNya..suatu hari nanti hati ayah pasti lembut jua sayang..” nasihat Mukhlis.

“insya allah bang..moga doa sayang dimakbulkan oleh Nya” desis hati asyifa.

“ummmiii…..abang kacau esyah lagi!!!!” jerit puteri bongsunya.

Asyifa dan Mukhlis cepat-cepat turun ke bawah.

“ish awat ni abang ngah?? Awat pergi kacau dik esyah??” Tanya asyifa dengan suara tegas

Mukhlis hanya menjadi pemerhati sahaja melihat keadaan tersebut.

“esyah yang ngada-ngada, ummiii!!!!!!” luah anak tengahnya Ahmad Bashah

“saufee…” soal asyifa pada anak sulungnya yang dari tadi lagi menundukkan kepalanya.

“erm..fee yang salah..fee yang tarik rambut dik esyah..” ngaku jugak anak ku seorang ni desis hati seorang ibu.

“Abi pasang alat permainan bukan untuk bergaduh..tapi untuk main kan. Kenapa nak berebut-rebut..ummii tak ajar anak-anak ummi berebut..ummi ajar apa semalam? Baru ummi sebut malam tadi..ummi ajar apa semalam?” soal asyifa lagaknya seperti guru bertanya pada murid-murid.

“erm…Sabarrrrr…” jawab ketiga-tiga anak mereka serentak.

“pandainyer…anak siapa ni?” sampuk Mukhlis untuk menjernihkan suasana.

“anak Abi dan Ummi !!! hehehe” sengih saja putera dan puteri itu.

Pasangan suami isteri tersenyum melihat gelak ketawa anak-anak mereka.

“ Dah..jom kita makan..ummi kami lapar..” ajuk Mukhlis pada isterinya dengan gaya bersahaja.

Asyifa menjeling manja mendengar rengekan manja suaminya..

“eleh..abang ni, ye lah..jom esyah..kita main masak-masak kat dapur…nasib baik ada esyah..Kalau tak kasihan ummi kena masak seorang-seorang..” kata asyifa lagak bersuara sedih.

Aisyah senyum ceria.. “Jom ummi..” sambil memaut lengan ummi nya lantas masuk menuju ke dapur.

“abang-abang semua jangan cuba nak masuk dapur selagi kami tak siap lagi memasak..ingat tau..anda berdua masih budak kecik lagi nak masuk dapur..” perintah aisyah kepada kedua-dua abangnya.

Ketiga-tiga lelaki tersebut hanya bergelak ketawa mendengar kata-kata aisyah..
Lantas serentak berkata.

“yelah..kami ni budak kecik lagi..esyah budak besar…hahaha” berderai ketawa mereka menceriakan petang itu.

Asyifa hanya menggeleng kepala melihat aisyah mencebik bibir menahan marah..hihihi..comel anak ummi seorang ni..bisik hatinya perlahan..Hilang sekejap perasaan sedih tadi mengenangkan ayahnya yang berada jauh di mata..
###############################################

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-01-07 17:40


Mukhlis meneruskan menaip, esok slide ini akan digunakan untuk pengajaran kuliah esok petang.
Sesekali kala digarunya kening hitamnya, sesuatu lembut halus sejuk menyentuh bahunya..

“ abang…bila nak tidur ni..” rengek asyifa manja perlahan-lahan tangannya melingkar leher suaminya. Satu kucupan singgah di pipi suaminya.

“erm..abang ada sikit lagi nak siapkan kijer ni sayang..sayang nak tidur ke? Mai sini abang tidurkan sayang ya..jom..” ajak mukhlis melihat isterinya sudah mula menenyeh matanya. Bagaikan budak kecil, tangan asyifa ditarik menuju ke kamar.

“ beradu lah duhai sayangku..moga malam ini merehatkan dirimu seketika..esok muslimah masih memerlukan dirimu..” perlahan-lahan dikucup dahi isterinya..

“erm..bang nak pergi mana..temankan sayang sampai lena..abang jahat, suka tinggalkan sayang” rajuk asyifa

Mukhlis sekilas pandang mendengar kata-kata isterinya..aduhai penyejuk mata ku..bisik hatinya mendapatkan isterinya segera..

“baik, bila sayang dah tidur baru abang sambung kijer ya..” senyum mukhlis sambil mengusap wajah isteri yang tercinta. Sayang…abang amat menyintaimu sayang.. desis hati kecilnya sambil menatap wajah asyifa yang lena dalam dakapannya.

“siapa kamu!!!” suara lantang menyergah singgahan anak muda itu di tepian tangga rumah.

Assalamualaikum, pakcik aziz ..” lembut anak muda itu memberi salam sambil mengukir senyuman pada tubuh yang tua itu di muka pintu rumahnya.

>>>>hehe bersambung...=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-01-07 19:15


alhamdulillah sambung lagi......

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-02-07 09:14


salam akak tulipsolehah.... mana sambungannya.... tak sabar ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-07 10:09


Salam...akak tulipsolehah..baguslah ada version 2 pula......ana tnggu ni...hee

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

al-aziez
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.08.2005
Ahli No: 17834
Posting: 26
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-02-07 13:13


Semakin ku di seret oleh nafsu..
Kau makin mendekatiku..
Bila ku katakan ingin bersamamu..
Kau menguji ku berulang kali..
sungguh kali ini Kau kekal bertakhta di hatiku..
Adakah Kau percayai?
Naluri ku masih begini..
Mendambakan kasih sayangMu..
hatiku amat merindui Mu kekasih hati..
dunia ku milik suami..
namun ku milikmu kekal abadi..
Siapa pun tak bisa mencurigaiku!
Aku amat cinta pada Mu..Kekasih HATI..

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-aziezProfil   Hantar PM kepada al-aziez   Quote dan BalasQuote

arif_afizah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 14.09.2006
Ahli No: 26360
Posting: 26
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 02-02-07 13:43


ala npe tak bagi sampai habis...................
em tak apa sabar.........he.

Bookmark and Share

    


  Member Information For arif_afizahProfil   Hantar PM kepada arif_afizah   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 15:18


lambat lagi ke??

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

lukmanulhakim
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.12.2005
Ahli No: 21214
Posting: 62
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 15:43


Erm, best cerita ni..... teruskan usaha.....chaiyo chaiyo!

Bookmark and Share

    


  Member Information For lukmanulhakimProfil   Hantar PM kepada lukmanulhakim   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-02-07 19:13


lagi tulip...???

jangan lah postpond lelama...
muna pun selalu postpond lelama..
anti posting lah cecepat...
huhuhuhuhu...


p/s: sakitnye menunggu... adess...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-02-07 10:25


dah 20 hari menunggu... huhu... tapi kan ummi ajar Sabarrrrr... eheheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

salsabiila
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.03.2005
Ahli No: 15054
Posting: 58

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 17:28


huhuh... bila nak sambung lagi ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For salsabiilaProfil   Hantar PM kepada salsabiila   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 19:00


:-) A'ah, cerita dia pun agalk menarik juga........


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 24-02-07 00:14


.....huhu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

mechaboyz87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27308
Posting: 94
Dari: -ump->> kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 24-02-07 00:59


salam.bila lagi nak sambung jilid 2 ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechaboyz87Profil   Hantar PM kepada mechaboyz87   Pergi ke mechaboyz87's Website   Quote dan BalasQuote

zahra_assafiyah
Warga Rasmi
Menyertai: 08.03.2007
Ahli No: 29067
Posting: 1
Dari: upm

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-03-07 10:51


salam....sambung aa cepat..lama da tunggu ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahra_assafiyahProfil   Hantar PM kepada zahra_assafiyah   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-03-07 18:09


salamualaikum akak..... dimana akak menghilang????

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 12:08


kemana hilang akak tulipsoleh ni ye???

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 13:21


assalamualaikum..

tenang ana membacanya..senuah keluarga yang sakinah..pasangan yang romantis..cara didikan yang baik yang berteraskan Islam..moga dikurniakan suami yang soleh lagi penyayang..mencintai diriku kerana Allah..

harap disambung ye..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 13-05-07 23:27


Bergenre cerpen Islamik..alhamdulillah..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-05-07 17:02


“ waalaikumussalam!! Siapa kamu!! Nak minta derma? Di sini bukan badan amal!! Pergi jauh dari sini!!! Aku tak nak tengok muka kau kat sini lagi, faham!!!” bentak Pak Aziz lantas segera masuk ke dalam rumahnya.

“erm..Pakcik..sebenarnya saya ni datang..” belum sempat bersuara..

“bang!!!” bunyi pintu di hempas dengan kuat. Anak muda itu senyum tenang melihat karenah orang tua itu, tidak mengapa esok saya datang lagi pakcik aziz..detik hatinya berkata lantas berlalu meninggalkan rumah besar itu.

“Kamu dari mana?” tegur orang tua di jalanan, melihat anak muda itu melangkah lesu keluar dari rumah besar yang tersergam indah itu, milik orang kaya, Pak Aziz yang lebih dikenali Haji Bakhil.

Assalamualaikum ..pakcik..saya dari rumah Pak Aziz,” senyum anak muda itu.

“Waalaikumussalam, ada apa kamu datang cari dia?” pelik orang tua itu atau lebih dikenali Pak Malik, salah seorang penduduk yang menetap di kawasan kampung itu.

“dengar khabar, Pak Aziz perlukan pekebun untuk bersihkan kawasan rumah beliau. Emmm..saya berminat untuk mohon pekerjaan tersebut.” Balas anak muda itu.

“ohhh..itu dah 3 bulan yang lalu, pernah budak-budak kampung di sini jadi pekebun rumah dia, tapi tak ada siapa pun yang boleh tahan dengan perangai dia! Sampai sekarang lah, yang terbaru ..anak lah yang mohon kerja pekebun di rumah dia. Hai..entahlah, anak ni betul ke nak minta kerja pekebun di rumah haji bakhil tuu!!” Tanya Pak Malik.

“erm..begitulah hajat saya, pakcik..saya kali ni tekad, nampaknya boleh saya tahu perangai Haji Pak Aziz dengan mendalam bila saya dapat kawan dengan pak….” Senyum anak muda itu sambil menghulurkan tangan kanannya.

Pak Malik terus menyambut kata-kata anak muda itu,

“erm..Pak Malik..erm..pakcik tak kisah, anak ni erm..biar betul, tak mengapalah..selamat mencuba ye..” jawab Pak Malik sambil berjabat tangan dengan anak muda itu.

****************************************************

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-05-07 17:04


Mukhlis tersedar dari lamunan seketika tadi..terkenang si dia akan Pak aziz..bibit rindu mula timbul tenggelam bila terkenangkan isterinya mengalirkan air mata yang rindukan seorang ayah.

“Maafkan abang sayang..abang terpaksa merahsiakan hal ini..tiba masanya abang kan ketemukan jua dengan abah..” desis hatinya sambil mengusap ubun isterinya yang lena dibuai mimpi. Dia bangun lantas ke meja menyiapkan slide untuk kuliah esok pagi. Malam berlalu siang mula menjelma..
#############################################

Asyifa mula kepenatan, terasa pening saling menyilang dengan rasa muntah dan hari ini dia pulang begitu awal ke rumah, mujurlah semasa memandu tadi dia dapat menahan rasa sakit yang teramat sangat..

Perlahan-lahan dia merebahkan tubuhnya ke katil empuk..tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu pagar seperti dibuka..perasaan ingin tahu kian memuncak lalu perlahan-lahan dia bangun dan meluru ke jendela mengintai di sebalik langsir. Aneh tiada kelibat yang berada di situ, sekali lagi dijenguk-jenguk namun tiada jawapan. Dia cuba membuka jendela tiba-tiba bunyi sesuatu yang jatuh ke lantai,

“ Ddummppppp” bunyi kaca pecah ke lantai. Hati asyifa mula beristigfar panjang, dipejamkan mata serapat mungkin mengusir prasangka yang bukan-bukan melanda hati kecilnya.

Kemudian bunyi periuk jatuh ke lantai dan kali ini bunyi lebih kuat lagi
“ dinggg..dummppp”

jantungnya mula berdegup kencang subhanallah..subhanallah..subhanallah… hatinya spontan berzikir dah terus berzikir..

Langkah kakinya laju mengunci bilik kamarnya, hatinya mula merasakan ada sesuatu yang berada dalam rumahnya. Lantas dia menekan punat calling telefon bimbit, sebaik sahaja dia menekan punat serentak bunyi

“tokkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tokkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tokkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” bunyi ketukan begitu kuat hampir memecah pintu kamarnya…

“ assalamualaikum sayang…buat apa tu…ayang kat mana ni sayang..” tanya suaminya, Mukhlis penuh rindu pada isterinya..

“errrmm…aaaabanngg…ayangg…. Belum sempat berkata sesuatu tombol pintu kamarnya terkopak luas.. bunyi hentakan pada pintu tadi senyap tiba..

Asyifa buntu telefon bimbit masih di tangannya kaku seketika, dia sekuat hati bersembunyi masuk dalam almari kabinet kecil berdekatan dengan sofa dalam kamarnya.

“bummmmmm…bangggg” pintu kamar itu rebah menyembah lantai..asyifa begitu amat terkejut melihat insiden itu, dalam hatinya mengucapkan rasa syukur kerana anak-anaknya dan suami tiada di rumah tika ini..kini..hanya dia dan perompak itu… hatinya berdoa dan terus berdoa memohon seribu perlindungan dari Nya, air mata mula bercucuran menahan rasa takut dan gelisah.

Asyifa mengintai dari lubang kecil yang terdapat pada celah kabinet, habis laci dan almari diselongkar oleh perompak itu, kelihatan seorang sahaja..erm mungkin ada lagi kawan di luar bilik, hatinya mula menduga..tak cukup dengan itu, bawah katil di selongkarnya meja-meja diterbalikkan seolah-olah mencari sesuatu. Hati asyifa terus
berdoa. Dia cuba menjawab panggilan telefon yang dipegang erat tadi, malangnya Mukhlis telah matikan talian..

“Abang…” hatinya menangis sambil mengusap usap telefon itu juga matanya mengintai di celah kecil melihat pergerakan perompak itu tadi.. tak ada!! Hatinya sekali berdebar-debar..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-05-07 17:06


“patutkah aku keluar ni? Tapi Kalau keluar, dia ada macam mana? Apa yang dia cari? Pelik betul!”

setelah benar-benar pasti, asyifa mula buka pintu kabinet merangkak keluar dengan kepenatan, terasa lemas berada dalam ruang yang kecil dan gelap.

“Kringgg!!! Kring!!!” telefon bimbit tertera nama “abang” di skrin telefon, dengan pantasnya asyifa menekan punat calling.

“Ayang kat rumah ke ni. kenapa abang call tak angkat yang..kenapa ni..abang risau tau..” resah Mukhlis

“abang..tadi ayang nak angkat tapi kan..ada orang..” belum sempat habis bercakap bunyi das tembakan ke lantai.

“Banggggg!!!!!” asyifa tersentak telefon yang dipegang terhempas ke lantai..

“Hello…hello..hello..ayang!!!.ayang!!!…ayanggg!!!” panggil Mukhlis sekuat hati nya.

Perlahan-lahan dia memalingkan tubuh nya ke belakang

“hai..” ucap ‘mesra’ perompak yang bertopeng hitam yang hanya menampakkan kedua biji matanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-05-07 17:09


Glurpp!! Asyifa menelan air lir hatinya berkata “ Ya allah tolonglah aku..selamatkan maruah ku ni ya allah..selamatkan diri ini dari musuhmu dan kejahatan!” perlahan air mata mengalir ke pipi.

“Awak nak apa? Apa salah saya awak ceroboh rumah saya!” tegas asyifa

“hahahaha…wei perempuan. Aku nak kau!!! Hahahaha” lelaki bertopeng itu ketawa..

“ tolong encik jangan apa-apakan saya encik..tolong encik..tolonggggg!!!” rayu asyifa sambil mengundurkan ke belakang..

Lelaki bertopeng mara ke arahnya, sepantas kilat cekik leher asyifa ke dinding, asyifa terasa sesak nafas, dia cuba melawan akan tetapi cengkaman pada lehernya membuatkan dia lemah. Asyifa cuba menarik topeng muka perompak sambil menjolok sekuat hati pada mata perompak itu dengan jarinya .
“Arghhhhh!!!!!!!!!” teriak perompak sambil menonyoh-nonyoh kedua belah matanya topeng mukanya tertanggal. Asyifa terbatuk-batuk lemas nafasnya tercungap-cungap sambil memandang wajah perompak itu.

Perompak itu mara mendekati asyifa sambil menahan matanya yang pedih, asyifa berundur ke belakang setapak demi setapak, bulat biji matanya bila melihat wajah perompak itu, seolah-olah tidak percaya apa yang di lihatnya tika itu.

“ uummarr!!!” senafas suaranya melepaskan perkataan itu. Tidak semena air mata mengalir mencurah-curah ke pipi gebu. ......

....bersambung
##############################################

sejuta kemaafan ku pohon buat teman-teman yang lama menanti ..
maafkan ana, ada masalah yang perlu diselesaikan..alhamdulillah..setakat ni ana tiada halangan untuk meneruskan cerita ini..moga sambungan ini dapat mengubat jiwa rindu kalian..maafkan ana teman!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-05-07 17:10


assalamualaikum..
kak tulipsolehah..
saspen...
bila lagi nak smbung???
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-05-07 17:13


28-30 mei ni akak ada conference, kena bentang reseacrh depan mat saleh, doakan akak ya.. mungkin lepas tu akak akak still sambung lagi..maafkan ana..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-05-07 17:14


Pada 25-05-07 17:13 , tulipsolehah posting:

!!! QUOTE !!!

28-30 mei ni akak ada conference, kena bentang reseacrh depan mat saleh, doakan akak ya.. mungkin lepas tu akak akak still sambung lagi..maafkan ana..


assalamualaikum..
all da best ye kak..
tak mengapa..
demi akak..saya setia tunggu smbungan cerpen ni..
wassalam



Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-05-07 17:17


syukran..penantian mu kan ku balas dengan suatu hari nanti..percayalah..waalaikumussalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-05-07 19:11


huhuhu best cerita ini..
tapi umar itu siapa??? umar yang bakal tunangan asyifa dulu ke??? kan ke dia dah meninggal??

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-05-07 11:19


“ Subhanallah!!! Umaar!!” asyifa cuba mengulangi sebutan itu. Matanya terkebil-kebil memandang wajah lelaki di hadapannya.

Riak wajah lelaki itu pelik bila asyifa memanggil nama “umar”, dia sedikit tidak menghiraukan sebutan nama itu, dia mara melangkah merapati asyifa , belum sempat dia menyambung ‘hajat’ nya tiba-tiba kedengaran..

“ammirrr!!! Aduhhh..adduhh..dush..dush..” pergelutan makin jelas kedengaran di tingkat bawah, Amir yang menyedari suara rakannya Taib, menghentikan niatnya terhadap asyifa, lantas bergegas turun ke bawah.

Asyifa kelu lidah melihat wajah perompak itu.

“adakah umar? Tapi memang benar umar? Tapi..umar kan….adakah kembar..tak mungkin!! Tak mungkin!! Tak mungkin!!” asyifa bermonolog sendirian. Dia menutup wajahnya serapat mungkin, akalnya cuba berusaha untuk tidak mempercayai apa yang dilihat sebentar tadi, tiba-tiba dia teringat akan jeritan nama tadi.. “Amir”

“Amir!!!” nama itu bergema buat kali kedua.

Asyifa cepat-cepat menyeka air matanya, berlari turun ke tingkat bawah ingin mendapatkan jawapan.

“Aduhh!! Dush..arghhhh!!! dush!!” pergelutan masih berlaku depan mata asyifa, dia melihat aksi Mukhlis menjatuhkan lawan satu persatu.

“Abang..” hati nya menangis tanda kesyukuran pada yang Maha Esa kerana ‘hero’ telah sampai tepat pada masanya.

“Umar!!! Berani anta!! ini kan isteri ana!! Mengapa anta sanggup berkelakuan begini! Tapi....... bukankah anta ....” Mukhlis tiba-tiba teringat ‘kehadiran’ umar , menyedari hakikat yang sahabat yang dikasihinya sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.

Amir yang masih pening-pening lalat cuba menyerang lagi, namun tersasar.

“Woi!! Apa anta-anta!!! Siapa umar??!! Jaga kau!!! aku akan serang!!!!! Nanti kau!! Taib!!! Jom bla!!” berang amir beredar bersama rakannya, Taib dengan tangan kosong.

“Abang!!!!!!” segera asyifa berlari memeluk erat suaminya..Cuba menahan tangisan..

“ Ya sayang, abang ada di sini sayang, maafkan abang tinggalkan ayang seorang diri dalam rumah ni..” Mukhlis memeluk sambil menenangkan isterinya dalam tangisan di bahunya.

“ sayang tak ada apa-apa ke..umar ada berkelakuan kasar pada ayang???? errr.. tapi ayang..erm..ayang kenal siapa lelaki tadi?”

“ Ayang alhamdulillah tak ada apa-apa bang.. Cuma kepala pening bang..makin terasa pening..bang...ayang tak kenal lelaki tu, erm...rupanya seiras macam arwah bang..bang..ayang takut bang....” asyifa memaut erat bahu suaminya.

Mukhlis mengusap-usap lembut belakang isterinya, cuba menenangkan perasaan asyifa sebaik mungkin, fikirannya masih bingung bila teringatkan wajah lelaki tadi seiras dengan arwah.

“....amir..umar...amir...” suara mukhlis sendirian. Asyifa terasa berat kepala, pandangannya kabur mulai gelap menyelubungi. Asyifa hampir jatuh terjelepuk ke lantai namun sempat di sambut oleh suaminya.

“ yang...Ayang!!!..ayang!!! bangun sayang..ayang!!!” suara itu lama-kelamaan makin sayup kedengaran, asyifa menahan kesakitan..memejam rapat kelopak matanya. .

#############################################

bersambung lagi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-05-07 14:45


Assalamualaikum sahabat..alhamdulillah allah izinkan ana posting lagi..terimalah sambungan ini.


PART 2

Air menitis setitik demi setitik dalam botol yang tergantung, mengalir masuk ke dalam wayar menyalur ke dalam urat saraf lengan kiri asyifa. Keadaan asyifa yang tidak sedar dua hari dua malam membuatkan Mukhlis bertambah risau, fikirannya mula kucar kacir..timbul rasa kesal kerana membiarkan isterinya pulang keseorangan ke rumah,

‘Aku yang sepatutnya kena hantar, bukan biarkan isteri aku memandu pulang seorang diri!! Kini..dua insan yang dalam bahaya..isteri aku dan juga anak aku!! ’ Mukhlis persalahkan dirinya, selalunya memang dia tak pernah lupa menjaga keselamatan isterinya walau kemana saja isterinya pergi..sayangnya pada asyifa tak terkira..

“Ya allah aku memohon perlindungan dari Mu..ya allah...selamatkan kedua-dua insan yang amat aku sayangi lebih dari diriku sendiri..aku rela kau gantikan kesakitan isteriku pada ku!! Ya allah berilah seribu kekuatan pada isteriku dan jua anakku dalam kandungan ini..” rintih sayu Mukhlis pada Khaliq.. hatinya cuba memujuk agar terus bersabar dan bersabar dengan situasi, terlalu banyak perkara yang aneh berlaku dalam masa yang terlalu pantas. Lidahnya tidak henti-henti memuji dan berzikir , mengalunkan kalamullah terus ke liang menusuk telinga dalam asyifa. Nafas asyifa turun naik dengan irama yang sederhana dan perlahan, tiada gerakan balas dalam gengaman suaminya.

“sayang..abang ada di sisi ayang..abang tak kan tinggalkan ayang lagi..abang janji..” halus lembut hatinya berkata, sambil mengelus lembut telapak tangan isterinya..halus selembut tangan bayi..sesekali mengusap tangan asyifa dengan pipi yang mulai basah perlahan-lahan, di kucup lembut telapak tangan isterinya penuh kudus.

Mak Zaidah bersama amirah asrar serta azierah azfa ke balai polis melaporkan kejadian yang berlaku pagi tadi, hatinya berdoa agar perompak itu dikenakan hukuman yang setimpal.

“ aku takkan lepaskan perompak tu!!!!!” janji amirah asrar dalam hatinya. Satu-satunya kakak yang dia punyai dalam dunia ini. Bibir nya digetap erat menahan marah, azierah azfa memujuk Mak Zaidah minta bertenang sambil mungusap lembut belakang Mak Zaidah.

“Mustahil itu adalah umar..mustahil!!” suara Mak Samihah serak basah cuba menerangkan hakikat pada sahabat karibnya, Mak Zaidah. Mak Zaidah diam seketika.

“Tapi itulah yang asyifa lihat, wajah lelaki itu seiras wajah umar..adakah kembar?? ” bingung Mak Zaidah.

“Idah!! Kau kan tahu Umar dah lama meninggal, Satu kampung menyaksikan pengebumian arwah! Kau juga yang menyaksikan ‘accident’ hari tu!” marah Mak Samihah.

“betul tu idah..susah untuk aku percayai lelaki itu adalah umar!” sambung Pak Samad.

“ erm..aku tahu arwah dah meninggal..tapi..erm..asyifa kata lelaki itu sebijik tak ubah macam arwah umar..Mukhlis pun turut ada masa tu! Dia juga mengatakan perkara yang sama...mukhlis yang tumbuk muka umar kerana ingin menyelamatkan asyifa!! Idah.. umar ada kembar kah? ” musykil dan serba salah datang silih berganti bila dia ajukan soalan sedemikian pada sahabatnya, tapi semangat inkuirinya makin menebal.

“Kembar??? Idah!!! Apa kau merepek ni!!! Kau ingat aku cuba nak sorokkan cerita yang sebenar?? Kau dah hilang akal ke?? Kau kenal aku dari zaman bujang lagi bukan?? Kenapa hari ini kau meragui. Aku hanya semata-mata lelaki itu!! Kenapa kau suka meyakitkan hati aku idah!! Umar satu-satunya anak sulung aku!!!!!!!!! Dah lah kau rampas asyifa dari jadi menantu aku!!! Dan kali ini kau cuba menuduh aku pembohong ya!!!!!!” berang Mak Samihah, marahnya kian membuak-membuak..emosi rasuk syaitan mempengaruhi akal warasnya.

Mak Zaidah tersentak mendengar luahan hati sahabat karibnya, dia tergamam seketika dengan bait kata-kata tadi. Mak Samihah rebah di kerusi sofa..menangis dan terus menangis, hatinya luluh..perasaannya cukup tertekan dengan kehilangan anak kesayangannya..Umar Al-Akhtar.... pasrah kerna kehilangan ‘menantu’ kesayangan ..Atirah Asyifa..esakan tangisannya makin kuat nadanya...Pak Samad menggelengkan kepalanya sambil menenangkan isterinya.

“ Astagfirullah..mihah bertenang, mengucap mihah..mengucap..idah..kau baliklah dulu ya..aku rasa itulah jalan sebaiknya buat masa ini, emosi mihah sejak kebelakangan ini mudah terganggu sedikit..aku..mitak maaf bagi pihak isteri aku..” ujar Pak Samad berbaur hiba.

Mak Zaidah mengerti..dia memandang sayu melihat karibnya menangis..dia memahami perasaan itu..

“ Mihah..aku mitak maaf..aku buat kau sedih lagi..aku balik dulu..” Mak Zaidah mula menuruni tangga. Sambil menyarung selipar, dia menjerit dari luar rumah...

“Mihah!!!!!!!! Aku percaya pada kau mihah!!! Tolong maafkan aku mihah!!!” laung Mak Zaidah, perlahan-lahan dihayunkan langkahnya pulang ke rumah. Mak Samihah berlari kecil menuju ke jendela..memandang sayu sahabatnya berjalan lemah, air matanya tetap mahu mengalir ke pipi. Pak Samad mampu menggelengkan kepalanya..sesekali digarunya kepalanya yang tidak gatal, dia amat memahami keakraban persahabatan mereka berdua.

################################################

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-05-07 14:47


Awal- awal pagi lagi Pakcik Aziz ke masjid, sudah lama benar dia tidak singgah ke rumah Allah, letaknya tak jauh dari rumahnya, 5 meter sahaja. Sejak kebelakangan ini, hatinya dibanggit rindu pada kalimah azan yang berkumandang di rumah Allah itu. Dipercepatkan langkahnya ke masjid, bimbang tidak sempat rakaat pertama solat subuh. Alunan kalimah memuji kebesaran Ilahi amat menyentuh kalbunya..

“Ya allah..Kalau dari dulu lagi aku menyedari kegemersikan suara memuji namaMu..mungkin rumahtangga ku masih dapat diselamatkan. Aku menyesal ya allah..aku benar-benar menyesal!!! Ampunilah segala dosaku..rahmatilah keluargaku ya allah..pada Kau tempat aku mengadu kasih..mengomoi manja..penawar hati..kekal abadi..” Pak aziz mengaminkan doa kudus subuh pagi itu.. perlahan-lahan anak muda itu menghampiri orang tua itu yang duduk bersila tunduk merenung sejadah..sesekali basah sejuk sejadah yang terhampar di lantai masjid itu..

Assalamualaikum..Pak Aziz...” anak muda mula memperkenalkan diri, Pak Aziz mengangkat wajahnya, berkerut dahinya bila membalas pandangan wajah teang dinihari..

“huh! Kau lagi..menyibuk saja! Ke mana saja aku pergi, ada saja muka kau ni!” bentak pak Aziz..

“tak jawab salam..dosa ..” lembut anak muda itu mengusik orang tua di hadapannya.

“Waalaikumussalam!!” sambung Pak Aziz..hatinya sedikit geli hati dengan kata-kata usikan tadi, namun wajahnya yang bengis sedikit pun tidak mempamerkan perasaannya.

“Anak ni siapa?? ” soal Pak aziz pula tanpa memandang wajah anak muda. Pandangannya masih melekat di sudut lakaran masjid pada sejadah dihadapannya.

“...saya nak sampaikan hadiah dari orang jauh..untuk pakcik..” jawab anak muda itu sambil menghulurkan bungkusan warna biru laut. ..

“biru laut..erm..warna kegemaran aku..” desis hatinya sendirian. Anak muda itu terus beredar tanpa tinggalkan sepatah kata.
“ eh tunggu!!” pinta Pak aziz. Langkah anak muda itu terhenti, sejenak itu dipalingkan tubuhnya menghadap orang tua itu.

“kiriman ini dari siapa??!!! ” tanya Pak Aziz lagi. Anak muda itu melirik senyuman tanpa memberi jawapan.

Pak Aziz mengilas pandangan, dia diam sejenak sambil memperhatikan balutan bungkusan itu, dengan pantas dia membuka balutan kertas biru laut dengan penuh berdebar-debar.

“Tasbih?? ” sebutan itu menggemakan kesunyian masjid. Dia mula beredar sambil mengamati biji tasbih yang berada dalam genggamannya. Cantik warna tasbih ni.. biru laut..tapi dari siapa?? Hatinya bertanya lagi.

Anak muda itu memerhatikan gelagat Pak Aziz dari sudut masjid. Seulas senyuman menghiasi bibirnya. “ itu dari asyifa..abah..” balas Mukhlis di sebalik tiang tinggi itu. Dia kemudiannya beredar dari tempat itu, tersenyum puas, plan yang kedua sudah berjaya..hehe..

Kring!! Kring!!! Kring!!! Kring!!! nada deringan telefon itu menghentikan lamunan Pak Aziz yang memikirkan siapakah pengirim Tasbih biru laut itu, entah Kenapa hatinya amat terpaut dengan keunikan tasbih hadiah misteri itu.

“Hello! Kau cari siapa? hah!! Kaunter tiket bas!!! hoi!ni rumah Pak Aziz bukannya kaunter tiket bas! Bodoh!! ” herdik Pak Aziz selamba seiring menghempas gagang telefonnya.

Mukhlis tergamam mendengar kata-kata bapa mertuanya. Meskipun begitu, hatinya masih terhibur dengan telatah bapa mertuanya yang dikira lucu. Tidak mengapa..masih beribu plan aku ..sabar mukhlis..kau orang yang sabar..hatinya memujuk.

################################################

esok bersambung lagi..masuk part 3..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-05-07 18:42


syukran akak.... rindu sangat ana pada sambungan cerita ini tau... :-)
nanti jangan lama2 sangat mghilang tau..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-06-07 11:32


PART 3

“Encik Mukhlis, mengenai perkembangan isteri encik..alhamdulillah, kesihatannya makin pulih dan kandungan pun juga masih normal..kecekalan isteri encik untuk terus bertahan sakit membolehkan anak dalam kandungan masih mampu untuk bernyawa dengan normal..sokongan dan perhatian encik amat diperlukan buat masa ini... Isteri encik perlukan lebih perhatian yang maksimum, tambahan pula kejadian pecah rumah tempoh hari menyebabkan isteri encik mengalami sedikit trauma..sungguhpun begitu, semangat isteri encik mengatasi segalanya..dan encik..saya harap dapat memberi kasih sayang sewajarnya” Jelas doktor. Mukhlis mengangguk-angguk tanda faham.

“ Trauma?? maksud encik?? ” Mukhlis ingin mendapatkan kepastian lagi.

Doktor menarik nafas seketika, kemudian menyambung “ erm..kejutan yang diterima sewaktu insiden itu yang membuatkan isteri encik mengalami sedikit perasaan takut, kebiasaannya takut dan terkejut yang melampau antara faktor terjadinya trauma, tambahan pula isteri encik hamil 3 bulan, terdapat kesan lebam di bahagian leher, tangan dan juga bahunya. Ada juga berlaku hentakan, mujurlah kandungan masih lagi dalam peringkat trimester pertama, jika tidak mungkin isteri encik mengalami keguguran” terang doktor itu lagi.

Doktor berlalu pergi dan sejurus itu Mukhlis mempercepatkan langkahnya menuju ke bilik wad, mendapatkan isterinya yang masih lena di buai mimpi, syukur tak terhingga isterinya yang koma hampir seminggu, akhirnya sedar pulih sedia kala. Kali ini dia berazam tidak akan sekali-kali membiarkan tragedi hitam berulang kembali. “ ayang!! Abang bejanji sayang!! Tidak sesekali mengabaikan sayang!! ” ikrar Mukhlis dalam hatinya.

Dia menhenyakkan punggungnya di birai katil, sambil tangannya asyik mengusap ubun-ubun isterinya, Atirah Asyifa. Asyifa terjaga, dia menghadiahkan kuntuman senyuman indah pagi itu
“Abang... abang...” lembut suaranya membelai tangan suaminya dengan pipi gebu. Mukhlis ceria dengan respon isterinya, ya isteriku benar-benar cekal!! benar-benar tabah!! desis hati Mukhlis.

“sayang..nak mengorat sayang boleh tak? Ala boleh lah..ahh.. tak kira nak ngorat jugak..” nakal Mukhlis bersuara lantas mengucup pipi isterinya.

Asyifa ketawa riang bila mendengar kata-kata suaminya..

“bang..ayang amat sayangkan abang..” senyum asyifa

“Abang lagi sayangkan ayang..” balas Mukhlis

“bang..ayang amat cintakan abang..” asyifa bersuara

“abang lagi cintakan ayang..” pantas Mukhlis menjawab

“bang..ayang....maafkan ayang bang..” pohon asyifa sambil memandang wajah suaminya, Mukhlis.

“shhh...sepatutnya abang yang sepatutnya minta maaf pada ayang..yang..maafkan abang ya..” balas Mukhlis.

Asyifa sebak seketika..

“bang..ayang mitak maaf kerna tak bagi tahu ayang balik rumah awal, memang masa tu ayang tak larat sangat, marina bawakan ayang pergi klinik..doktor sahkan ayang hamil 3 bulan bang..ayang gembira syukur sangat-sangat masa tu, tapi kepenatan mengatasi segala-galanya ayang tak sempat bagitahu abang..ayang kuatkan juga memandu pulang ke rumah, marina berkeras nak antarkan ayang..tapi ayang yang degil..tak nak..” luah asyifa.

Mukhlis memandang sambil memasang telinga, dia mengamati setiap bait kata yang dituturkan oleh isterinya. Sesekali menganggukkan kepalanya, isteriku amat tabah! Monolog Mukhlis sendirian.

“ayang..usah dihalang pada yang ingin memberi bantuan” senyum Mukhlis bersahaja. Asyifa menganggukkan kepala tanda faham.

“Syukur pada allah, telah gerakkan hati abang untuk telefon ayang tau..lah tahzan ya habibi..innallaha ma’ana.. (janganlah bersedih wahai kekasihku, sesungguhnya allah bersama kita) abang baru dapat tahu ayang hamil..yang..kena banyakkan rehat tau..esok ayang dah boleh keluar wad tau...” balas Mukhlis lagi.

“erm..ye ke .. alhmadulillah..bang..erm..tak kerja ke hari ni..” tanya asyifa.

“abang cuti 3 minggu tau..lagi 2 minggu baki cuti abang..abang nak pastikan ayang betul-betul sihat baru abang pergi kijer” senyum Mukhlis sambil mengusap pipi isterinya.

“abang..ayang amat cintakan abang..terima kasih bang..terima kasih..” lafaz ayifa terima kasih tak henti-henti.

“ Ayang lah senyuman abang..abang bangga punyai isteri yang cekal..tabah.. tenang.. manja...cantik..dan jugak nakal....” kata Mukhlis sambil menarik hidung isterinya dengan manja. Pasangan suami isteri itu berbalas senyuman, memandang antara sama yang lain.

“Setiap hari bagaikan hari pertama perkenalan, begitulah intimnya hubungan sepasang suami isteri...apakah rahsianya ya..aku juga ingin tahu..” luah hati kecil marina dari celah pintu bilik wad itu, dari tadi lagi dia memerhatikan gelagat pasangan bahagia itu, setelah puas, dia berlalu pergi sambil tersenyum sendirian, memang benar..tiada cinta yang di redhai oleh Allah melainkan pernikahan.. Adam dan hawa bercinta di syurgawi..namun kerana angkara syaitan laknatullah..mereka terpisah menderita..namun cinta mereka cinta nan suci..mereka bertemu di duniawi..atas kehendak ilahi..
############################################

bersambung hari isnin untuk part 4 pula..esok kan cuti hujung minggu=) insya allah..setakat ini ana tidak ada penghalang untuk meneruskan cerita ini..ana mohon maaf sekali lagi buat antum semua menunggu terlalu lama..maafkan ana sekali lagi, penantian antum semua amat ana hargai sekali..wassalam=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-06-07 13:27


PART 4

“ Hei asyifa!!!!!! Kau dengar sini baik-baik!! Sekali kau melangkah keluar dari rumah ni..haram bagi kau untuk jejakkan kaki ke rumah ini lagi, ingat tu asyifa !!! ingat!!!! Kau dah mati bagi aku!!!! ” Suara abah terngiang-ngiang di telinga asyifa setiap kali hatinya ingin bertemu dengan bapanya. Perlahan-lahan dilepaskan nafas menghadap tingkap yang menghadap pantai pagi yang tenang itu.

Sesekali dia mengusap perutnya yang kian membesar..tika itu juga wajah ayahanda datang silih berganti..dia menlemparkan pandangannya ke laut..ombak pantai pagi itu bagaikan berirama meminta dia bersabar dan bersabar..dia merapatkan kelopak mata..membenarkan air mata itu jatuh mengalir ke pipi hingga ke dagu.

“abah..along bukan tinggalkan abah..along nak jaga ma pula..hampir 5 tahun ma hidup sendirian..izinkanlah along jaga ma..syurga along di bawah tapak kaki ma..abah..fahamilah perasaan along..” rayu asyifa lagi..

“abah..mmm...abah...”rengek amirah asrar dan azierah azfa..Pak Aziz mencebik bibir.

“hei kau dengar sini, mulai saat ini, hubungan kita putus selama-lamanya!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku benci tengok kamu bertiga..Pergi berambus!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kau dengan ma kau sama saja!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ”

Tiga adik beradik menangis tersedu sedan bila Pak Aziz melafazkan kata-kata itu. Kata-kata yang masih menyengat dan menggigit jiwa mereka bertiga.

“Abah!! Suka hati abah nak cakap apa pada kami! Keputusan kami tetap sama! Abah tetap abah kami selama-lamanya. Kami akan datang jenguk abah nanti...” suara asyifa lagi

“Aaaaaaaahhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sudah lahhhh!!!!!!” berambus kau semua!!!!!!!!!!!!! Kau bukan anak aku lagi!!!! ” jerit Pak Aziz, hatinya benar-benar kecewa dengan tindakan anak-anaknya.

Mata asyifa berkaca lagi saat mengenangkan kenangan itu, dia menangis tersedu sedan. Hujan rentik di luar tingkap mulai lebat, seolah merai menangis bersama wanita itu yang sarat mengandung.. Siapa tahu rindu di hati ini, manakan sama dengan rindu pungguk pada si bulan. Rindu ini rindu kasih pada insan yang menyekolahkan dan menyara kehidupan, yang banyak memberi didikan agama, yang banyak mengajar mengenal itu siapa Allah dan RasulNya, namun hanya kerana rindukan tanggungjawab pada ibu tercinta, kasihnya terbuang ke tepi..terpinggir sepi...ya siapa yang mampu merungkai hati ini, asyifa menangis lagi..merintih sayu pada ilahi agar dipertemukan semula dengan insan yang dikasihi, di cari tiada ganti..abah...maafkan along...redhailah along..along sayangkan abah..

Bohonglah aku kerna menyatakan diriku sedikit tak pernah teringatkan dirimu..namun egomu menggunung jadi tembok antara kita..abah..ke mana dirimu pergi...ke mana..rumah dulu tiada berpenghuni..ku hadirkan diri namun dirimu tidak kelihatan di pintu..oh abah..kemana dirimu..hatimu merajuk pergi..hanya meresahkan hatiku..tangisan anak itu ditenggelami dengan rintihan hujan nan lebat.

Nun kejauhan sana, ada insan yang turut termenung..mengenangkan nasib yang kasihnya sepi, bergenang air mata orang tua itu mengenangkan keluarga bahagia..ya keluarga itu pernah bahagia..dia meratap sayu menatap gambar sekeluarga yang sempat dirakamkan 10 tahun yang lalu, anakku..Nur Atirah Asyifa, Nur Amirah Asrar, Nur Azierah Azfa.. kemana kalian pergi..ku amat rindukan kalian..baru ku sedar..hidupku sunyi tanpa kehadiran kalian..kembalilah anak-anakku..kembalilah sayang..kembali padaku..

Mutiara air mata runtuh jatuh berlinangan ke pipi kedut, orang tua itu menggetap bibirnya, menahan sedih. Berharapkan anaknya masih hidup atas muka bumi ini..

#############################################

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-06-07 13:58


Kelihatan anak muda itu tekun membelah kayu satu persatu. Hatinya berbunga kerna diterima bekerja di situ. Alhamdulillah syukur padaNya, moga niatku ini kan sampai pada sasarannya. Mukhlis tersenyum sendirian sambil menghayunkan kapak besi itu membelah sasaran kayu.

“ Kau betul nak kerja dengan aku? Apa sebab kau!! ” bengis muka Pak Aziz tika bertanyakan kebenaran kata-katanya untuk mendapatkan kepastian.

“errr..emm saya tak ada duit nak sara hidup, jadi saya nak mitak kerja asal dapat makan sesuap nasi pun jadi lah, asalkan saya tak kebuluran. boleh ya? ” tanya Mukhlis lagi.

“mmmm..pergila masuk ke dalam, letakkan beg pakaian kau dalam bilik. Aku dah sediakan bilik untuk kau! ” perintah Pak Aziz sambil menyambung bacaannya pada surat khabar “Berita Harian”.

“emm baiklah Pak Aziz, saya ke dalam sebentar. Kemudian saya mulakan kerja ” balas anak muda itu.

“Nanti!! ” suara Pak Aziz sejenak. Langkah Mukhlis terhenti seketika, kaku serta merta dek sergahan yang tak di duga. Terkejutnya bukan kepalang, bagaikan denyutan jantungnya terhenti sesaat. Astagfirullahal ‘azim..di ulang-ulang zikir itu berulang kali dalam hatinya.

“ esok kau mula kijer. Hari ini kau masak untuk aku, aku lapar. Masak lah apa yang ada kat dalam peti tu! ” jelas orang tua itu.

“ errr..baik tuan” balas mukhlis lantas bergegas masuk ke dalam rumah besar itu.

mm..penyabar jugak anak muda ini, anak siapa ni ? hatinya tertanya sendirian, pelik memikirkan keberanian anak muda itu menyapa dari awal perkenalan hingga sanggup memohon pekerjaan di rumahnya yang besar tapi sepi sunyi. Serta merta teringat anak sulungnya, Nur Atirah Asyifa..mm mungkin dah besar panjang along, apakah sudah berkahwin kau long. . Pak Aziz bermonolong sendirian sambil memandang awan yang biru, tenang dan cerah selalu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-06-07 14:34


“Lis!!!! “ jerit Pak Aziz dari beranda rumahnya. Dia memandang tepat anak muda itu sedang asyik mengkapak kayu di celah halaman rumahnya. Kini hampir setengah tahun anak muda itu bertahan menghadapi kerenah dia. Pak Aziz tersenyum puas, akhirnya dia telah ketemui insan yang mampu tegar dengan cemuhannya, sergahannya. Dalam diam dia banyak mempelajari ilmu agama dengan anak muda yang tawadduk itu. Pernah menuntut di Mesir katanya..wah hebat anak muda ini! Puji Pak Aziz sendirian sambil tersenyum kambing.

“ Ya bah!!!! ” sahut mukhlis yang sudah biasa dengan gelaran ‘abah’. Sekian lama dia rindukan kasih seorang bapa mertuanya. Arwah bapanya sudah kembali menemuiNya sejak dia seawal 5 tahun.

Mukhlis berehat seketika, dia merebahkan punggungnya kerusi rotan bersebelahan dengan Pak Aziz..bapa mertuanya. Mukhlis membalas senyuman sambil meneguk minuman sejuk, termasuk kali ini genap 10 kali Pak Aziz membancuhkan air untuknya tiap kali dia membelah kayu untuk dijadikan kayu api. Hubungan mereka berdua makin hari makin rapat, sudah tidak ada lagi sergahan dan cemuhan pada anak muda itu. Pak Aziz memerhati gelagat anak muda itu meneguk minuman itu. Perlahan-lahan di aturnya perkataan agar tidak berterabur.

“lis..abah nak tanya satu soalan boleh” lembut Pak Aziz bersuara. Hatinya bagaikan cair dengan akhlak mukhlis, malah banyak berkongsi ilmu agama bersama dengannya. Suaranya mengalunkan azan setiap waktu di masjid bisa melunakkan perasaan orang tua pada ilahi.

“apa dia bah..boleh 1000 pun boleh..insya allah saya cuba jawab semampu saya” jawab Mukhlis lantas menghabiskan air sirap sejuk buatan bapa mertuanya.

“mmm...kau sudah kahwin ke? ” pantas Pak aziz bertanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-06-07 15:33


“Alhamdulillah, separuh kewajipan agama saya sudah melaksanakannya,bah..” senyum Mukhlis.

“ooo..berapa orang anak? ” tanya Pak Aziz lagi

“ tiga cahaya mata, dua putera dua puteri” ringkas Mukhlis.

“Errr...anak sulung putera ya? ” Pak Aziz makin berminat

Mukhlis tersenyum riang melihat kelakuan Pak Aziz. .” Ya bah..sulung nya putera, yang bongsunya puteri..Ahmad Saufee..Ahmad Bashah..Aisyah Humaira’ yang bongsu sekali..” terang Mukhlis sambil mengibas baju perlahana-lahan untuk mengurangkan rasa panas, peluh keringatnya mula memercik di dahi.

Kelu lidah Pak Aziz untuk bertanya lagi, dia diam seketika selepas mendengar cerita kisah pekerjanya, Ahmad Naufal Mukhlis Ahmad Safuan. Fikirannya mula menerawang ke alam langit biru, menghitung umur anak-anaknya.

Mukhlis memerhatikan gelagat bapa mertuanya, apalah difikirkannya..em aku ada salah cakap ke? Hatinya berbicara.

Kalau anak-anak aku masih hidup tentu sudah punyai cahaya mata, emmmm dan aku dapat cucu..aku jadi datuk!! Hatinya berbunga memikirkan impian itu, perlahan-lahan dilepaskan keluhan, keluhan rindu makin menusuk kalbu, Pak Aziz termangu sendirian. Ingin sekali aku bertemu dengan anak-anak..tapi di mana harus aku cari? Aduhai..malangnya nasib aku...

Mukhlis mengerutkan keningnya, panggilan tadi tidak disahut oleh Pak Aziz,

“abah..oh abah..” panggil Mukhlis sekali lagi.

Pak Aziz cepat-cepat menyeka air mata yang cuba mengalir. Entah Kenapa hatinya mudah benar terusik dengan kehidupan Mukhlis.

“ah..emmm..maafkan abah, hehe termenung sekejap..” sambut Pak Aziz menampakkan barisan gigi yang putih sedikit kuning. Mukhlis tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

##############################################

bersambung esok part 5..insya allah =) assalamualaikum dan syukran kerna membaca cerpen ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

salsabiila
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.03.2005
Ahli No: 15054
Posting: 58

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-06-07 00:28


ceritanya semakin menarik... panjang lagi ke ceritanya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For salsabiilaProfil   Hantar PM kepada salsabiila   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-06-07 15:32


memang panjang..Kalau sudi membaca amatlah ana hargai

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-06-07 18:21


huhu nak lagi tulip solehah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-06-07 21:10


salam...

sekian lama ana menanti...
lepas dah lama tak jenguk ke sini..
tak perasan pulak dah ada sambungan yang sedih agak panjang...

cecepat ek tulip_solehah... hehehe....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 11-06-07 13:19


wa...makan best..boleh lagi nak sambung?

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-06-07 16:49


assalamualaikum..

macam mana ye nak bagitahu pada antum semua...
cerita ni meman panjang..
jadi kemungkinan nanti saya takkan masuk kan lagi ke sini..

ia dah jadi macam novel..

Kalau ada rezeki..ia akan berada di pasaran..tak tahu bila dan tahun bila..

mitak maaf ya..
cerita ni dah jadi macam novel..
mitak maaf
assalamualaikum

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-06-07 23:33


erkk...
lorr... post lah tulip...
uhuk uhuk uhuk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 12:21


mitak maaf...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 12:24


salam'alaik..
kak tulipsolehah...
isk..isk..isk...
bila nak terbitkan...
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 12:26


lama lagi..banyak lagi prosedurnya...
kat sini kan tak boleh novel..kena cerpen saja kan.. sekarang ana banyak nak baiki mutu tulisan cerita ni...mitak maaf ya

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

salsabiila
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.03.2005
Ahli No: 15054
Posting: 58

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-06-07 14:42


harap-harap bila dah diterbitkan nanti, jagan lupa bagi thu kami semua ye...

tahniah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For salsabiilaProfil   Hantar PM kepada salsabiila   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-06-07 16:40


insya allah sahabat..mana mungkin ku lupakan kalian..banyak memberi sokongan pada ana..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-06-07 12:31


salam akak tulipsoleh.....
kalau tak nak post kat sini.... hantar kat email ana ye...
[email protected]
ana betul-betul tak sabar nak baca ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-06-07 15:05


maafkan ana sahabat..kalau ana berbuat demikian..ana tidak berlaku adil pada sahabat yang lain..dan mungkin fitnah akan timbul secara tak sengaja atau sebaliknya..assalamualaikum

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-06-07 15:07


Pada 18-06-07 15:05 , tulipsolehah posting:

!!! QUOTE !!!

maafkan ana sahabat..kalau ana berbuat demikian..ana tidak berlaku adil pada sahabat yang lain..dan mungkin fitnah akan timbul secara tak sengaja atau sebaliknya..assalamualaikum



apa maksud kata-kata nte ni??? ana tak faham :-?


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-06-07 15:12


maksudnya tunggu ia di terbitkan insya allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-06-07 15:40


ok..... ana tunggu..... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aishgurlz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.02.2007
Ahli No: 28659
Posting: 99
Dari: skudai

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 12:07


salam..tak sabar nak baca smbungan cerita ni..bila agaknya novel ni dapat dikeluarkan..huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For aishgurlzProfil   Hantar PM kepada aishgurlz   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-09-07 21:58


harap apa yang akak lakukan akan berjaya... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-11-07 10:27


Pada 18-06-07 15:12 , tulipsolehah posting:

!!! QUOTE !!!

maksudnya tunggu ia di terbitkan insya allah


dah lama ni...tak terbit2 pun lagi???


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

pencintamu
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.09.2007
Ahli No: 31155
Posting: 69
Dari: S.T.P

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-11-07 11:38


bestnya cerita....dah d jdkn novelke?...kalau dah...boleh beritahu tajuk apa dan penulisnya sekali...

Bookmark and Share

    


  Member Information For pencintamuProfil   Hantar PM kepada pencintamu   Quote dan BalasQuote

pencintamu
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.09.2007
Ahli No: 31155
Posting: 69
Dari: S.T.P

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-11-07 11:39


bestnya cerita....dah d jdkn novelke?...kalau dah...boleh beritahu tajuk apa dan penulisnya sekali...

Bookmark and Share

    


  Member Information For pencintamuProfil   Hantar PM kepada pencintamu   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-11-07 11:52


waduh,waduh gawat sih....bahagia diriku membacanya...tak sabar nak kawin rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-11-07 12:59


memang best cerita ni..bila agaknya nak terbitkn novelnye.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.190309 saat. Lajunya....