Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 110
Ahli: 0
Jumlah: 110




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Cerpen
Topik: Warkah Untuk Wardah II


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Warkah Untuk Wardah II

Please Mendaftar To Post


Oleh Warkah Untuk Wardah II

sazuwi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 12-12-06 04:48


==========================================================
WARKAH UNTUK WARDAH II
Cover
Karya Oleh: sazuwi
www.sazuwiblog.zor.org
==========================================================

Assalammualaikum w.b.t,

Apa khabar. Aku harap kau sihat saja. Mesti kau pelik Kenapa aku tulis warkah ini. Tak kisah lah apa perasaan kau asalkan kau faham akan tujuan aku menulis warkah ini. Tujuan aku tak lain dan tak bukan untuk selesaikan perkara yang terjadi setahun yang lepas. Sekejap dah setahun. Tak sangka kan. Aku harap kau masih ingat lagi. Aku tak nak perkara macam ini kekal menjadi nostalgia dalam fikiran kita. Aku sebagai LELAKI dan sebagai pemula bagi semua perkara ini berasa bertangungjawab nak selesaikan perkara ini. Walaupun ini semua merupakan takdir Ilahi. Tak salah kalau kita berusaha untuk memperolehi yang lebih baik.

Perkara ini memang aku amat sesalkan. sebenarnya memang tak patut berlaku. Kerugian berada di pihak aku sendiri. Mungkin terlalu ikut perasaan. Aku akur dengan kehidupan sebagai seorang remaja. Yang sentiasa terikut-terikut dengan apa yang berlaku sekeliling.Tapi aku lain. Aku pegang pada prinsip aku sendirik. Kesetian menjadi pegangan aku. Sekarang, perkara itu telah membuat aku semakin dewasa dalam menilai perasaan. Cuma aku takut ketentuanNya saja yang boleh menyalahkan penilaian aku. Aku tak sangka boleh memulakan perkara macam ini. Hampir setahun perkara itu berlalu. Hampir setahun juga aku tak tahu sebarang berita dari kau. Hampir setahun tak menjadi sahabat. Terasa macam orang lain. Sebenarnya sejak hari itu, hampir setiap hari aku fikirkan akan perkara ini. Aku fikirkan cara penyelesaian yang paling baik. Ikutkan jiwa lekaki aku yang ego memang tak nak fikirkan perkara ini lagi. Tapi seperti yang aku pernah cakap dulu tiada siapa boleh tipu perasaan. Dengan perasaan kita kekal hidup sebagai manusia. Marah, sedih, keliru, rasa bersalah, malu, semua bercampur aduk lepas peristiwa hari itu. Aku tak tau nak buat apa. Yang aku mampu senyap saja. Dan terus senyap. Terus terang yang aku ingin beritahu peristiwa yang berlaku hari itu niat aku cuma ‘meluahkan apa yang terhasrat’. Aku berniat untuk meluahkan, bukannya berharap untuk diterima. Aku tak harap pun kau terima.Yang aku nak kau cuma perlu tahu yang aku ada perasaan sebegitu kat kau. Tapi kau bukan sahaja tak menerima, tapi menolak sama sekali. Kau gagal nak ambil hati sahabat kau Wardah. Betullah seperti mutiara kata yang aku pernah terbaca.

"Seorang wanita akan memandang rendah terhadap lelaki yang menyatakan cinta kepadanya, terkecuali kalau memang lelaki itu yang diharapkannya” ~Elizabeth Stoddard

Kau dah lama tahu aku sukakan kau.Tapi Kenapa kau tak nak hentikan pada awal-awal lagi? Huh. Aku tak nak cakap panjang pasal perkara ini. Cuma aku harap kau ada penjelasan yang tersendiri atas semua yang terjadi.

Kalau nak diceritakan balik apa yang terjadi pada aku lepas kejadian itu, memang berbaloi. Kali pertama aku rasa kecewa. Bukan dengan result exam tapi dengan seorang perempuan. Bukan sahaja kecewa tapi dimeriahkan lagi dengan marah, sedih, keliru, rasa bersalah, malu dan macam-macam lagi yang aku rasa kau sendiri boleh bayangkan. Pada awalnya aku rasa diri aku terlalu rendah. Rendah dari segala-galanya. Tapi aku tak nak aku jatuh kerana seorang perempuan. Aku bangun balik tapi bukan untuk lari, tapi untuk selesaikan perkara ini. Mencari jalan. Kejadian itu sebenarnya hanyalah luahan perasaan semata-mata. Aku tak nak apa-apa pun. Maafkanlah aku jika menakutkan kau. Mungkin aku bertepuk sebelah tangan. Dan untuk itu lah aku meluahkan segala-galanya. Mungkin malam itu kau tersalah tafsir niat aku. Hmm. Manusia ini penuh dengan kelemahan kan. Aku akur. Dan banyak lagi yang aku fikirkan untuk buang rasa marah kat kau. Aku berjaya. Aku percaya kau punya penjelasan tersendiri terhadap apa yang berlaku. Dan aku cuma harapkan niat aku kali ini kau terima dengan baik.

Aku tahu perkara ini tidak akan selesai kalau aku berdiam saja. Aku takkan biarkan si hawa yang menyelesaikan sementara si adam berpeluk tubuh. Walaupun dalam hal ni aku tak bersalah. Kita tak bersalah. Keadaaan yang menjadikan semuanya nampak salah. Jadi. Aku sebagai yang memulakan segalanya. Aku nak MINTA MAAF. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku rasa dengan cari ini saja kau boleh terima aku kembali sebagai SAHABAT kau. Sahabat seperti sebelum ini. Takat ini saja mampu aku buat. Maaf sekali lagi kalau kau perlukan aku merayu. Aku tak boleh merayu kerana jika aku merayu aku bukanlah lelaki namanya. Bukanlah aku ego tapi dengan ego yang sedikit ini lah aku mampu teruskan menulis warkah ini. Aku harap kau sudi dengan permintaan aku yang tidak seberapa ini. Aku tak mampu lagi nak tanggung sesuatu yang aku tak jangka pun.

Aku berharap semua kembali seperti biasa. Aku harap kau dapat terima aku balik. Jika peristiwa seperti dulu berulang terpulang kepada kau hendak membuat apa-apa. Aku tak kisah. Dan aku takkan minta apa-apa lagi. Aku janji. Aku harap kau fikirlah secara profesional. Sebagai remaja yang kian melangkah dewasa. Jangan kerana hal sebegini hubungan persahabatan kita putus macam itu saja. Fikirlah secara rasional.

Aku akur bila mengetahui engkau adalah milik orang lain. Dalam setahun ini aku masih berusaha untuk mendapat kebenaran dari apa yang terjadik. Ridhwan juga turut membantu. Sebagai kawan baik aku. Dia tetap membantu aku walaupun hakikatnya rasa marah dia pada kau tak pernah reda. Perasaan aku pada kau masih lagi bercambah. Dengan perasaan itulah aku masih bersemangat mencari jalan. TETAPI bila aku mengetahui kau adalah milik orang lain, huh.. Hubungan aku dengan kau yang aku boleh nampak hanyalah sebagai sahabat. Tak lebih dari itu dan mungkin jauh kurang. Terus aku membuat keputusan untuk melupakan kau secara total. Aku tak berasa kecewa. Tetapi penuh kepuasan. Kerana aku tak perlu lagi meletak perasaan kat kau lagi. Aku bebas. Aku dah dapat kebenaran. Cuma aku berasa sedikit terkilan dari apa yang berlaku. Bukan terkilan kerana gagal mendapatkan kau. Tapi aku terkilan kerana tersalah tempat meletakkan perasaan aku. Tak kisah lah. Terima kasih aku ucapkan. Aku cuma berharap jika kita bertemu selepas ini, bertemulah kita seperti tiada apa pernah berlaku sebelum ini. Itu yang aku harapkan.

Engkau sekarang bukanlah seperti dulu Wardah. Wardah yang aku agung-agungkan dalam hati aku. Kau bukan lah seperti Wardah yang penuh dengan ciri-ciri yang aku idamkan. Dari apa yang aku nampak dan dengar kau hanyalah Wardah yang baru. Wardah yang hampir sama dengan wanita-wanita yang tak pernah aku impikan. Sedih bila aku fikirkan. Kau berubah Wardah. Aku tak pasti apa yang aku dengar betul atau tidak. Tetapi kalau betul, maknanya aku dah melakukan sesuatu kesilapan yang agak memalukan. Memang malu. Aku dengar perkara ni dari Hafiz. Aku percaya pada dia. Dia lah satu-satunya kawan kita yang kekal berhubung dengan kawan-kawan yang lain. Termasuk kau Wardah. Dan dialah yang aku rapat masa kat sekolah dulu. Baru-baru ini dia ada menceritakan kisah akan kau kepada aku. Aku pada mulanya agak kurang percaya. Tapi aku terpaksa jua. Huh. Kau dah berubah Wardah. Aku silap menilai kau. Betullah cakap kau dulu. Kau bukanlah seperti dulu. Maafkan aku Wardah. Aku tersilap menilai kau


Aku kini semakin matang dalam menilai perasaan. Aku semakin gembira dengan hidup aku sekarang. Dalam setahun ni banyak yang berubah. Dan juga banyak yang berlaku. Sebenarnya setahun yang lepas. Aku sudah pun membuat keputusan yang aku takkan lagi melayan perasaan remaja aku. Biarlah masa menentukan. Tapi hati aku mula mencambahkan satu perasaan baru. Perasaan yang tidaklah sengaja aku cipta. Tapi datang dengan sendirinya. Seseorang hadir dalam hidup aku selepas perkara itu Wardah. Kalau aku beritahu siapa insan itu mesti kau tak percaya. Insan yang banyak membantu aku terus bangun selepas peristiwa itu. Satu-satunya insan hawa yang rapat dengan aku. Insan yang meletakkan segala kepercayaannya dengan aku. Insan yang memberi semangat kepada aku. Insan yang aku tak pernah bertegur sapa di sekolah dulu. Insan yang betul-betul berbeza dengan kau Wardah. Dan insan yang aku maksudkan adalah Huda. Insan yang pernah menjadi rakan sekelas kita. Aku tak pasti kau masih berhubung dengan dia. Tapi aku tak kisah dan aku takkan peduli.

Jika dibandingkan Huda dengan kau ketika di sekolah dulu pasti kau yang menjadi pilihan. Tetapi sekarang Huda jauh lebih baik dari kau Wardah. Aku tak tahu aspek apa yang aku nilaikan untuk menentukan siapa yang lebih baik. Tapi aku yakin Huda berbeza dengan kau. Hudalah satu-satunya Hawa yang mengetahui perkara yang berlaku. Dialah yang memberikan kata-kata yang aku pegang sampai sekarang. Buat pengetahuan kau Huda pernah terbaca warkah pertama yang aku beri kepada kau. Walaupun berlainan nama dan watak, dia dapat teka begitu tepat sekali Wardah. Dia tahu Wardah itu adalah kau. Malunya aku masa itu hanya Allah yang tahu. Sempat Huda menasihati aku.

“Akmal, Akmal sabar ye.. Mungkin suatu hari nanti Akmal akan berjumpa seseorang yang lebih baik dari sekarang. Apa yang berlaku adalah ketentuanNya. Dan setiap yang berlaku ada hikmahnya
”

Aku terima dengan penuh kelapangan. Dan sejak dari itu kami semakin rapat. Walaupun hanya dengan berutus mesej. Aku pada mulanya tak sedar. Sebab masa itu sibuk sangat dengan kerja-kerja kat kolej dan Final exam. Tapi lepas aku tamat pengajian kat matrikulasi dan aku membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran pada bulan 12 membuatkan aku sedar akan perkara ini. Sepanjang 6 bulan aku tanpa kawan. Sepanjang aku hidup masa inilah masa paling sunyi dalam hidup aku. Alhamdulillah. Sunyi itu berkurang dengan kehadiran Huda. Hudalah yang kerap bertanya khabar, berkongsi cerita, masalah dan macam-macam lagi dengan aku. Walaupun hubungan kami terhad kepada telefon bimbit saja. Aku doakan supaya akan kekal dan bukan hanya terhad pada telefon bimbit saja. Biarlah masa yang menentukan.

Aku rasa kau tahu aku bukan lah jenis yang sosial. Jadi setiap sahabat tak kira adam atau hawa yang datang dalam hidup aku akan hargai sebaik mungkin. Begitulah juga Huda. Aku tak sangka dia sudi berkongsi pelbagai perkara sehingga aku rasakan yang agak peribadi dengan aku. Hal ini menyebabkan aku menjadi lebih bersemangat. Huda memberi aku harapan. Aku bukanlah selemah-lemah lelaki. Kesilapan yang aku lakukan tak bisa buat aku terus jatuh. Aku tak nak jatuh sebab kau Wardah. Hampir setiap hari pasti telefon bimbit aku berbunyi dan mesej itu pasti dari Huda. Tersenyum tiap kali aku membaca mesej itu. Berbeza dari kau Wardah. Memang berbeza.

Sejak aku sedar akan kehadiran Huda. Aku mula tercari-cari identiti Huda yang sebenar. Bukanlah aku tak yakin atau tak percaya. Tapi hanya melengkapi apa yang fitrah. Yang aku kesal ialah aku memang tak pernah bertegur sapa dengan Huda masa kat sekolah dulu. Sejak aku sedar. Aku mula rapat dengan rakan-rakan Huda masa di sekolah dulu. Sengaja aku buat begitu kerana hendak mengetahui lebih tentang Huda. Alhamdulillah. Banyak yang aku tahu tentang dia. Dan pengetahuan yang aku dapat aku gunakan untuk mengeratkan lagi ukhwah kami. Aku tak kisah dengan Huda yang dulu. Tapi Huda yang sekarang. Huda yang sentiasa mencari sesuatu untuk mendekatkan diri kepadaNya. Tak malu untuk bertanya. Tak malu untuk bercerita. Tak malu untuk memperolehi sesuatu yang hak. Tidak seperti kau Wardah. Walaubagaimapun aku buat, kau tetap tak berminat menjadikan aku sahabat untuk sama-sama mendapatkan keredhaan Allah. Aku pernah sekali kecewa. Aku pernah mengajak kau untuk turut serta dalam sebuah forum Islamik. Portal Ukhwah namanya. Berkali-kali aku ajak. Tapi berbulan-bulan lamanya, kau masih tak sertai forum itu. Huh. Dibandingkan dengan Huda. Aku cukup tak sangka. Pernah aku rekemenkan pada dia tentang forum itu. Tak sampai seminggu. Dia dah menjadi ahli tetap forum tersebut. Dan sampai sekarang, walaupun jarang, Huda tetap ‘menjengah’ forum itu. Dengan alasan mencari pengetahuan Islam itu sendiri. Walaupun perkara ini nampak remeh. Dan perkara ini adalah hak kau Wardah. Aku tak salahkan kau. Tapi perkara seperti inilah yang aku lihat. Perkara ini yang aku titik beratkan dalam mencari teman. Terima kasih Huda.

Sebenarnya banyak yang Huda telah bantu aku Wardah. Tak mampu aku nak ceritakan kat sini. Dan ada antaranya aku rasa terlalu peribadi. Tak perlulah aku coretkan di sini. Biarlah sesuatu yang berlaku itu hanyalah aku dengan dia. Ya aku tau. Tak logikkan?!! Walaupun nampak macam keluar dari logik akal. Masakan hubungan aku dengan Huda hanya berutus mesej sahaja boleh mengubah diri aku. Aku pada mulanya memang tak percaya. Semua memang nampak tak logik. Tapi lepas aku minta pendapat kawan-kawan aku. Semua yang aku lalui memang normal. Dan hanyalah sebagai mukaddimah dalam perhubungan aku dengan Huda. Aku lega akhirnya. Apa yang perlu aku lakukan ialah teruskan ukhwah ini. Ukhwah yang bisa membuatkan aku gah meneruskan hidup. Begitu banyak yang Huda beri pada aku. Mungkin dia tak sedar. Dan biarlah masa yang akan menyedarkannya. Aku tak tahu macammana aku nak ucapkan terima kasih. Penghargaan yang begitu besar. Yang aku mampu katakan ialah Terima Kasih Huda.

Mesti kau ingat aku punya perasaan istimewa pada Huda kan? Ridhwan pun kata begitu pada aku. Entah lah. Aku pun tak pasti apa yang aku rasa ini. Cukuplah apa-apa sejarah perasaan aku pada kau Wardah. Alhamdulillah perasaan pada kau itu dah hilang. Walaupun cukup lama tapi kini tak nampak lagi. Apa yang aku tahu hubungan aku dengan Huda hanyalah sebagai sahabat. Bukanlah sahabat baik tetapi bagi aku adalah sahabat yang cukup istimewa. Yang banyak membuatkan aku senang dengan hidup aku. Sukar untuk aku gambarkan dengan perkataan. Bersahabat dengan kaum adam cukup berbeza dengan kaum hawa. Itu yang aku sedar. Sahabat baik dengan sahabat istimewa juga cukup berbeza. Alhamdulillah sekali lagi aku ucapkan. Mungkin dialah insan yang lebih baik seperti yang telah dia katakan pada aku dulu. Allahualam. Ingin aku petik kata-kata aku dulu.

“Kau adalah manusia pertama bernama perempuan yang pernah mengisi ruang dalam hati ini. Dan ruang itu akan kekal ada. Tidak akan dibuang. Cuma hanya kekal begitu sahaja. Semakin lama makin kelam. Tetapi ruang itu kekal ada. Kekal ada. Jika ada manusia kedua, ruang yang baru akan dicipta. Mungkin tidak sebaik yang pertama. Dicipta bukan untuk menandingi yang pertama. Tapi untuk menerangi ruang hati yang kian lama kelam. Dan bukan mudah untuk melupakan seseorang”

Aku sangkal kata-kata aku itu. Ruang untuk kau dah tiada Wardah. Tiada langsung. Yang hanya adalah ruang kosong yang masih bercahaya. Yang menanti terang. Dan sekarang semakin bercahaya. Menanti-nanti manusia bernama hawa. Bukan lah yang kedua kerana kau bukan yang pertama Wardah. Tiada ruang akan dicipta kerana hati itu adalah milik tunggal. Seseorang yang mengisi hati ini maka dialah pemiliknya. Dan memang tak mudah untuk melupakan seseorang tetapi tak mustahil untuk melupakan.

Hakikatnya aku dah mula menyukai Huda. Aku yakin aku dan Huda punya tujuan yang sama. Terang-terangan aku katakan. Aku mula menyukai seorang hawa lagi. Perasaan ini datang tanpa dipinta. Perasaan yang betul-betul berbeza dengan apa yang aku rasa dulu. TETAPI aku meragui apa yang aku sedang rasakan ini. Aku tak tahu aku suka atas nama sahabat atau lebih dari itu. Saja aku tahan perasaan ini dari melampau-lampau kerana hanya atas nama persahabatan. Aku tak nak hilang Huda macam aku kehilangan kau Wardah. Cukuplah sekali. Aku juga keliru. Adakah Huda ada perasaan yang sama pada aku? Adakah aku ini hanyalah insan yang hanya pada skrin telefon sahaja bagi Huda? Adakah semua yang dia nampak pada aku adalah virtual semata-mata? Betulkan apa yang Huda pernah katakan pada aku tentang kepentingan aku pada dia? Huh. Tiada lebih dari itu. Hanya menekan butang untuk menghubungi aku dan tidak lebih dari itu. Huh. Aku cukup tak pasti.Tapi semua itu hanya andaian. Andaian dari aku manusia yang cukup lemah. Gah membuat andaian tapi jatuh dengan kepastian. Semua ini nampak tak pasti. Memang tak pasti. Aku terlalu keliru.

Kadang-kadang aku terfikir akan visi hidup aku sendiri. Aku ingin berjaya untuk mencapai cita-cita aku. Tetapi dalam masa yang aku menolak segala apa-apa yang berkaitan dengan perasaan. Aku gagal. Mustahil. Cita-cita dan perasaan adalah dua perkara yang berbeza. Juga perkara yang sama. Kedua-duanya jika dicari dan disimpan takkan kekal sehingga akhir hayat. Tetapi hasil dari kedua-duanya itulah yang kita dapat bawa hingga ke hari pengadilan kelak. 3 perkara yang kita akan bawa bersama. Sedekah, Amalan, dan doa anak yang soleh. Bayangkan dan fikirkan. Semua ini jelas menjadi fitrah. Perasaan dan cita-cita mampu dijana walaupun kedua-duanya bergerak serentak. Kerana perasaan adalah kehendak hati dan cita-cita adalah kehendak akal.

Faiz merangkap rakan aku. Aku rasa kau pun kurang mengenali dia Wardah. Walaupun berlainan kelas aku kenal Faiz kerana minat yang sama. Komputer. Nampaknya memang ada hikmah disebalik ukhwah aku dengan Faiz. Faiz agak rapat dengan Huda. Dari dia lah aku cuba mengenali Huda. Aku tanya sebanyak yang mungkin mengenai Huda pada dia. Pernah aku mengeluh pada Faiz pasal kisah aku yang cukup keliru. Faiz pernah meminta aku berdoa. Walaupun perkara ini nampak remeh. Berdoa adalah cara yang terbaik. Aku ikut apa yang dia katakan. Aku berdoa setiap kali lepas solat. Dan sekarang doa itu dah sebati dengan doa-doa aku yang lain. Aku berdoa


“Ya ALLAH, andainya dia baik untuk aku demi duniaku dan akhiratku, maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dalam perkahwinan, andainya dia tidak baik untuk aku demi duniaku dan akhiratku, maka pisahkanlah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam.”

Alhamdulillah. Aku dipertemukan dengan sahabat yang mengingatkan aku kepada Allah di saat-saat begini. Di kala aku melupaiMu Ya Allah. Dia mencipta manusia. Dia yang mencipta cinta. Dia yang mencipta segala-galanya. Dialah berkuasa. Ampunilah hamba Mu yang cukup hina ini. Terima kasih Faiz.

Aku hanya berharap seandainya Huda bukanlah hawa yang aku impi-impikan. Aku mampu untuk redha. Dan aku berharap cukup perasaan ini berputik sekali lagi buat kali ini. Dan bukan buat kemudian kalinya. Aku tak sanggup untuk terus melayan perasaan remaja ni. Kalau boleh biarlah semua ini berlaku apabila cita-cita aku sudah berada dalam genggaman aku.

Mungkin sahaja aku boleh istilahkan diri aku sebagai ‘syok sendiri’. Mungkin agaknya. Huda juga punya hak sendiri. Seperti kau Wardah. Aku tak kisah. Aku akan terus mencuba. Semua ini takkan berlaku dalam satu atau dua hari. Tapi mungkin berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya. Dengan penamat yang tidak pasti. Mungkin menggembirakan atau menyedihkan. Biarlah masa menentukan. Dan aku akan terus berusaha. Aku akan mencuba. Buat masa ini aku akan terus berhubung dengan Huda. Sehingga masa yang betul-betul sesuai. Di mana kekuatan aku kembali semula. InsyaAllah semua akan nampak jelas. Pengalaman banyak mengajar aku Wardah. Bukan sahaja memberi aku impak positif tapi juga negatif. Membuatkan aku semakin tidak berani untuk melayani perasaan aku sendiri. Aku berharap kau sudi doakan aku Wardah.

Akhirnya aku menyukai seseorang yang pada asasnya memang tiada perkaitan dengan aku. Aku mula menyukai Huda. Aku menyukai Huda kerana visinya. Aku menyukai seseorang walaupun hanya berhubung dengan telefon bimbit saja. Nampak mustahil tapi inilah realiti yang tak dapat aku sangkal. Walaupun keluar dari logik akal. Dan masalah yang kian aku fikir-fikirkan adakah aku layak untuk Huda? Entah lah. Aku tak mampu nak jawab. Apa yang aku coretkan ini pun tak tahu mampu menceritakan sepenuh isi hati aku atau tidak. Dan dapatkah aku memancing kepercayaan kau akan kisah yang aku ceritakan ini. Aku keliru Wardah. Aku cukup keliru. Terpulanglah. Yang aku akan lakukan ialah aku akan membuatkan semua ini nampak boleh diterima logik akal. InsyaAllah. Yang pasti. Aku dah mula menyukai Huda. Dan mungkin ini adalah mukaddimah bagi hubungan yang lebih baik. Huh. Kelirunya aku.

Sampai sini sajalah yang mampu aku warkahkan untuk kau Wardah. Dan inilah yang terakhir. Maaf andaikata aku terlalu membanding-bandingkan kau dengan Huda. Sebenarnya rasa marah pada kau. Aku masih ada. Aku berharap marah itu akan hilang suatu hari nanti. Maafkan aku Wardah. Aku cuma ingin kita dapat bersahabat seperti dahulu. Itupun kalau kau sudi. Dan doakan aku. Supaya perkara yang sama tidak lagi berlaku pada aku Wardah. Terima kasih aku ucapkan.

Jangan mudah melafaz Cinta,
kerana Cinta itu untuk Allah,
Cinta pada bunga akan layu,
Cinta pada manusia akan pergi.....

Sahabatmu

muhammad nur akmal

Bookmark and Share

    


  Member Information For sazuwiProfil   Hantar PM kepada sazuwi   Pergi ke sazuwi's Website   Quote dan BalasQuote

sazuwi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 18-12-06 03:27


:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sazuwiProfil   Hantar PM kepada sazuwi   Pergi ke sazuwi's Website   Quote dan BalasQuote

Yam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.06.2006
Ahli No: 24996
Posting: 80
Dari: Seremban-UKM

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-12-06 21:07


insaf2 bila baca kedua2 warkah ni....
untuk sesiapa yang tak tau hargai org lain..huhuish


-----------------
Dont Simply Trust your Frenz....



Bookmark and Share

    


  Member Information For YamProfil   Hantar PM kepada Yam   Quote dan BalasQuote

Putri_Cahaya
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.06.2006
Ahli No: 24825
Posting: 335

malaysia  


posticon Posting pada: 18-12-06 21:23


macam cerita betul saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putri_CahayaProfil   Hantar PM kepada Putri_Cahaya   Quote dan BalasQuote

sazuwi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-12-06 04:11


cerita betul? hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For sazuwiProfil   Hantar PM kepada sazuwi   Pergi ke sazuwi's Website   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 14-01-07 16:54


agak menarik cerita ni..
cuma dari aspek bahasa perlu lebih ditingkatkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.095317 saat. Lajunya....