Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal
-- Peribahasa Lama

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Kaki Jiwang Karat!!
Topik: Tips untuk kahwin awal!


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» Tips untuk kahwin awal!

Please Mendaftar To Post


Oleh Tips untuk kahwin awal!

abong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27304
Posting: 59
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-12-06 12:38


Maszlee Malik

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai orang-orang
muda, sesiapa yang mempunyai kemampuan
di kalangan kamu, hendaklah mereka
berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga
pandangan. Barangsiapa yang tidak mampu,
hendaklah mereka berpuasa, sesungguhnya
ia adalah perisai" (H.R. al-Bukhari)

Antara keluhan yang sering diluahkan
oleh para siswa-siswi di IPT ialah tidak
mempunyai kemampuan untuk berkahwin.
Tuntutan naluri muda mereka menyeru
mereka untuk berkahwin. Persekitaran
yang diwarnai oleh kefasadan dan maksiat
juga menuntut mereka untuk menghalalkan
perhubungan berlainan jenis yang
merupakan sifat tabi'i manusia.
Kajian-kajian oleh sesetengah pihak dan
juga laporan-laporan media
membuktikannya. sama ada hasil kajian yang
pernah didedahkan oleh akhbar kosmo pada
awal tahun 2006, mahupun apa yang telah
dilaporkan oleh NST pada 18 Ogos 2006.
Kesemuanya membuktikan kemelut yang
sedang dihadapi oleh para siswa dan
siswi di IPT-IPT. Sayang sekali,
kemampuan material mereka tidak
membenarkan pernikahan dilangsungkan di
alam pengajian. Ibubapa moden yang
berfikiran materialistik dan kolot juga
menjadi penghalang utama. Bagi para
ibubapa, anak-anak mestilah menghabiskan
pengajian, mestilah mempunyai kerja yang
tetap dan kukuh, membeli kereta, barulah
anak-anak tersebut boleh berkahwin.
Akhirnya, anak-anak di IPT bergelumang
dengan dosa berpacaran dan berkhalwat
yang dilarang oleh Allah SWT.

Adakah kemampuan untuk bernikah terletak
pada kerjaya, segulung ijazah, kereta,
ataupun gaji yang lumayan?

Menurut jumhur ulama, kemampuan yang
dimaksudkan oleh hadis di atas adalah
kemampuan untuk membayar mahar (mas
kahwin dan bukan hantaran). Mahar boleh
di dalam pelbagai rupa. Ada sahabat yang
memberikan mahar hanya dengan sebentuk
cincin besi sahaja. Malah ada yang
memberikan mahar di dalam bentuk surah
al-Quran yang mereka hafal. Apa yang
menjadi persoalan utamanya, institusi
kekeluargaan itu mesti dipopularkan.
Usaha untuk memudahkan pembentukan
sebuah institusi kekeluargaan itu adalah
satu kewajipan di dalam mana-mana
komuniti. Perhubungan secara halal akan
dapat mengelakkan banyak masalah sosial
yang dihadapi masyarakat. Sayang sekali
jika usaha pembentukan mahligai yang
suci ini sentiasa dihalangi oleh
batas-batas material yang kita sendiri
ciptakan.

Ibn al-Qayyim pula mempunyai pentafsiran
yang lebih ekstrim berhubung "kemampuan"
yang disebutkan oleh hadis tersebut.
Bagi beliau, kemampuan yang dimaksudkan
ialah "kemampuan fizikal". Oleh yang
demikian, barangsiapa yang tidak
mempunyai kemampuan "fizikal" untuk
menjalankan tanggung jawab sebagai
suami, hendaklah mereka berpuasa untuk
menjana kekuatan "dalaman". Walau
bagaimanapun, ini bukanlah pendapat yang
popular. Pendapat jumhur ulama mengenai
kemampuan yang ditafsirkan sebagai
kemampuan untuk membayar mahar merupakan
pendapat yang kuat.

Penentuan mahar

Antara persoalan yang mungkin timbul
lewat perbincangan mengenai mahar ialah,
milik siapakah "penentuan mahar"
tersebut. Adakah ianya milik si dara,
ataupun bapanya. Di dalam pengamalan
masyarakat Melayu dari dahulu lagi, si
bapalah yang menentukan kadar mahar si
gadis. Jika mereka letakkan terlalu
murah, nanti ada yang megatakan, anak
gadisnya terlalu murah. Jika mereka
letakkan terlalu mahal, nanti ada pula
yang mengatakan, mereka menjual anak.
Maka adat dan harga pasaran tempatanlah
yang menjadi ukuran. Apa yang penting,
mahar adalah hak mutlak si bapa untuk
menentukannya. Lazimnya di Malaysia,
orang utara terkenal dengan mahalnya
mahar, orang Pantai Timur terkenal
dengan mahar yang rendah, manakala orang
di tengah dan selatan mengukurnya
mengikut keadaan keluarga dan juga
kebiasaan saudara mara. Adakah ini
bertepatan dengan Islam?

Di dalam Islam, si gadislah yang
mempunyai kuasa mutlak ke atas maharnya.
Si gadis mempunyai kuasa penuh untuk
menentukan jumlah mahar yang beliau
kehendaki. Walaupun al-Quran dan
al-Sunnah tidak menghadkan harga siling
untuk mahar, namun Rasululah SAW
menasihatkan anak-anak gadis agar tidak
meletakkan mahar yang terlampau tinggi.
Gadis-gadis yang menuntut mahar yang
rendah dipuji oleh Rasulullah SAW.
Perkara seumpama ini tidak berlaku di
Malaysia kita, malah ianya juga tidak
berlaku di kebanyakan negara-negara
Islam. Uruf atau adat yang banyak
memainkan peranan. Si bapa yang
mempunyai kuasa dominan sering
berperanan untuk menentukan jumlah mahar
anak-anak gadis mereka. Kebiasaannya,
ianya diukur menurut jumlah kos
perbelanjaan perkahwinan yang terpaksa
mereka tanggung.

Isu yang cuba diketengahkan di sini
ialah, adakah perletakan mahar yang
tinggi sesuai untuk warga IPT?, ataupun
kita terus akur dengan adat lantas
menghalang anak-anak di IPT daripada
berkahwin, semata-mata kerana halangan
mahar yang tidak mampu untuk mereka bayar?

Berterusanlah anak-anak di IPT di dalam
gelombang maksiat di atas nama coupling
dan kebebasan individu.

Cara mengatasinya

Jika benar para siswa dan siswi ingin
mengelakkan diri dari melakukan maksiat
dan berniat untuk menghalalkan
perhubungan mereka, mereka hendaklah
bernikah. Itulah sahaja penyelesaiannya.
Seumpama tema NOKIA, "Nokia – connecting
people", kita mengatakan "NIKAH –
Connecting people". Alasan yang sering
diungkapkan ialah "Duit tak ada, tapi
hati mahu kahwin..."

Apakah tiada solusi yang praktikal di
dalam hal ini?, tidak!, solusinya ada,
Cuma kesungguhan yang tiada. Apakah
solusinya?

1. Peranan Jabatan-jabatan agama dan
pusat-pusat zakat

Salah seorang siswa pernah
mengadukan kerenah birokrasi yang
dihadapi beliau untuk bernikah di zaman
pembelajaran. Jabatan-jabatan agama
bagaikan tidak menggalakkan anak-anak
IPT bernikah dengan mudah. Mungkin
mereka lebih gemar untuk mengendap dan
memberkas pasangan yang berkhalwat
daripada menggalakkan anak-anak muda
bernikah. Imam-imam dan para kadi juga
nampaknya kurang "jantan" di dalam
perkara ini. Majoriti mereka lebih
takutkan prosedur dan juga apa yang
termakstub di atas kertas berbanding
dengan apa yang tertulis di dalam
al-Quran dan sunnah. "Saya tidak ada
kuasa, nanti saya yang akan kena
dakwa!", merupakan ungkapan-ungkapan
yang biasa didengari dari mulut para
imam dan kadi yang diminta untuk
memudahkan urusan perkahwinan anak-anak
muda IPT yang tidak dapat melalui proses
birokrasi yang konvensional.

Pernah berlaku, seorang muallaf yang
ingin bernikah tetapi tidak mendapatkan
surat pengesahan masuk Islam dari negara
asalnya telah dihalang daripada
berkahwin oleh seorang jurunikah di ibu
negara. Muallaf tersebut telah
membandingkan proses perkahwinan yang
jauh lebih mudah di negaranya yang kafir
melalui khidmat gereja berbanding dengan
proses pernikahan di Malaysia "Darul
Islam" ini. Bukan sekali, sepanjang umur
saya yang masih muda ini, sudah dua tiga
kali para muallaf mengadukan hal yang
sama. Lebih parah, ada di antara juru
nikah yang tidak berani menikahkan
sepasang muallaf hanya kerana tiada
surat sokongan dari bapa si gadis yang
bukan Islam. Mungkin gambaran ini hanya
segelintir kerenah yang terpaksa
dihadapi oleh anak-anak muda bila
berhadapan dengan kerenah birokrasi
jabatan-jabatan agama dan juru
nikah-juru nikah. Realitinya mungkin
lebih banyak lagi masalah yang mereka
hadapi. Tidak hairanlah mereka mengambil
jalan yang mudah, iaitu dengan berzina
atau bersekedudukan mahupun berpacaran
yang jauh lebih mudah. Malangnya, di
dalam kes mengendap dan mencekup
pasangan yang berzina dan berkhalwat,
personel-personel agama ini akan
beriskap pro-aktif!

Sewajarnya jabatan-jabatan agama dan
personel-personel agama ini memudahkan
proses perkahwinan anak-anak muda. Lebih
baik lagi jika disediakan satu pakej
perkahwinan IPT di mana prosesnya
dimudahkan dan diberikan bonus serta
saguhati. Bukankah di dalam usul al-fiqh
ada kaedah "fath al-dharai'" (membuka
jalan-jalan kebaikan). Bukankah juga
kaedah fiqh juga ada yang mengatakan
"al-wasilah yak hudhu hukmu al-ghayah"
(hukum kepada jalan yang membawa kepada
sesuatu perkara adalah mengikut hukum
matlamatnya). Rasulullah SAW juga ada
bersabda: "Penunjuk jalan kebaikan akan
mendapat pahala seperti pembuatnya".

Jabatan-jabatan agama juga sepatutnya
tidak hanya mengadakan kursus-kursus
perkhawinan, tetapi juga hendaklah
menganjurkan kursus "promosi
perkahwinan" dan juga "karnival nikah"
seperti karnival membeli belah.
Eksperiman Jabatan Agama Wilayah
menganjurkan perkahwinan beramai-ramai
patut dicontohi oleh semua jabatan agama
di seluruh Malaysia. Pusat zakat juga
sepatutnya bekerjasama dengan
jabatan-jabatan agama agar dapat
mengurangkan beban mahar yang terpaksa
ditanggung oleh pasangan-pasangan muda
ini. Upacara perkahiwnan beramai-ramai
ataupun "karnival nikah" ini juga
sepatutnya dijadikan upacara penarik
pelancong. Laksanakan ia di Dataran
Merdeka ataupun di dataran KLCC agar
ianya benar-benar dijadikan sebagai
karnival. Biarlah seluruh negeri
melakukannya, biarlah ianya menjadi
lebih hebat dari "Jom Heboh". Rasanya,
kerjasama TV3 juga perlu, mungkin mereka
juga boleh menjadikannya sebagai acara
"Nikah Heboh". Karnival tersebut jangan
hanya diserikan dengan acara nikah dan
makan sahaja, tetapi pameran, forum
perdana, ceramah, persembahan nasyid dan
sketsa serta jualan murah barang-barang
keperluan harian untuk keluarga juga
patut dijadikan acara sampingan.

2. Peranan IPT

Jika ada IPT yang hendak diberikan
penghormatan mengenai usaha menggalakkan
perkahwinan para penuntutnya, markah
yang penuh wajar diberikan kepada UIAM.
Semenjak dahulu lagi UIAM menggalakkan
siswa dan siswi bernikah dengan
memberikan saguhati kepada mereka.
Mungkin jumlah yang diberikan itu tidak
lah dapat menampung sepenuhnya mahar
yang tinggi di Malaysia, namun ianya
akan dapat menampung serba sedikit
bebanan itu. Diharapkan agar saguhati
yang diberikan itu dapat digandakan di
masa-masa hadapan demi mengurangkan
gejala maksiat di kalangan siswa dan
siswi yang kini tidak mengenal sempadan.
IPT-IPT lain juga wajar mencontohi UIAM
di dalam hal ini.

IPT-IPT juga wajar menganjurkan karnival
nikah untuk mengurangkan perbelanjaan
kenduri kahwin oleh para pasangan muda.
Jadikan ia acara tahunan. Pusat zakat
juga boleh memainkan peranan mereka
untuk membantu IPT-IPT di dalam
menjayakan hal ini. Saguhati atau bonus
juga sepatutnya diberikan kepada
pasangan-pasangan yang berjaya mendapat
keputusan yang cemerlang di dalam
peperiksaan mereka. Sebagai contoh,
mereka yang mendapat CGPA melebihi 3.5,
bonus daripada HEP akan diberikan.
Melalui cara yang sedemikian, masalah
penurunan prestasi belajar siswa dan
siswi yang telah berkahwin akan dapat
diatasi. Blok asrama untuk kelamin juga
wajar diwujudkan untuk mengurangkan kos
sewa rumah di kalangan pasangan-pasangan
muda di IPT.

Yakinlah, jika perkara seperti ini tidak
dilakukan, gejala maksiat akan semakin
berleluasa di masa hadapan. Lebih
ditakuti lagi, apabila maksiat sudah
dipandang biasa dan sudah menjadi norma.
Pada waktu itu, masyarakat yang wujud
akan menjadi masyarakat yang bobrok
serta punah. Jika IPT-IPT tidak
mengambil inisiatif pun, akan sentiasa
terdapat pasangan siswa dan siswi yang
akan menggunakan cara lain untuk
bernikah. Kelazimannya, Golok akan
menjadi destinasi terkahir mereka untuk
menghalalkan perhubungan cinta yang
sudah tidak dapat dibendung dan dihalang.

3. Simpanan khas

Para siswa dan siswi tidak sewajarnya
hanya mengharapkan pihak lain melakukan
sesuatu sahaja. Mereka perlu bersikap
pro aktif. Para siswa dan siswi
sepatutnya telah mula merancang
kehidupan mereka di masa hadapan
semenjak hari mereka mengakhiri
peperiksaan SPM. Satu akaun khas untuk
kehidupan masa depan wajib diusahakan.
Pastikan sejumlah daripada segala
pendapatan bulanan dimasukkan ke dalam
akaun khas tersebut. Lebih baik jika
ianya dimulakan lebih awal daripada itu.
Bukan hanya pihak siswa sahaja, malah
pihak siswi pun sepatutnya juga
mempunyai usaha yang sama. Pastikan
segala duit perolehan hasil durian
runtuh juga dimasukkan ke dalam akaun
khas berkenaan. Usaha sebegini akan
memberikan keyakinan kepada ibubapa
bahawa anak-anak mereka sudah matang dan
mempunyai wawasan.

Kebiasaannya ibubapa ragu-ragu tentang
kematangan anak-anak. Mereka masih lagi
risaukan tahap pemikiran dan kematangan
anak-anak mereka. Turut silap juga ialah
anak-anak juga yang tidak menunjukkan
kesungguhan dan kematangan. Para ibubapa
tidak dapat melihat bukti yang anak-anak
mereka benar-benar mampu untuk
berdikari. Perkara sebaliknya jika
mereka mendapati anak-anak tersebut
telah mempunyai perancangan dan
mempunyai wawasan. Kematangan anak-anak
akan segera dapat dihidu. Amat
mengecewakan ramai di kalangan siswa dan
siswi yang ingin berkahwin tetapi tidak
mempunyai perancangan yang teliti dan
boleh dipercayai. Lebih mengharukan lagi
jika mereka hanya beriya-iya hendak
kahwin di mulut sahaja, tetapi tidak
bersikap matang di dalam tindakan. Di
dalam hal ini jangan dipersalahkan
ibubapa yang bersikap konservatif,
salahkan diri sendiri dahulu. Moralnya,
mulalah mengumpul duit dari sekarang!

4. Pendapatan sampingan

Di pasaran kini, buku-buku mengenai
mencari duit tambahan akan laku seperti
goreng pisang panas. Buku-buku karangan
Robert Kiyosaki, Azizi Ali, dan
lain-lain tokoh dalam dan luar negara
menjadi "best seller". Mengapa?, kerana
tuntutan hidup di era globalisasi ini
memaksa kita mencari pendapatan
sampingan. Begitu juga halnya dengan
para siswa dan siswi. Apabila disebutkan
pendapatan sampingan, jangan hanya
terbayangkan restoran-restoran makanan
segera sahaja. Zaman kini adalah zaman
"outsourcing". Kebanyakan projek-projek
yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat
besar akan dibahagi-bahagikan kerjanya
kepada syarikat-syrikat kecil yang lain.
Bagi sesiapa yang pandai di dalam bidang
grafik, reka bentuk, media, multimedia,
peluang untuk mendapatkan pendapatan
sampingan sentiasa terbuka luas. Hanya
perlu rajin lebi sedikit sahaja.

Bagi yang pandai menulis dan melukis,
mereka juga boleh menggunakan bakat
tersebut untuk menjana pendapatan.
Penjualan buku-buku, terutamanya novel
dan cerpen kini menjadi begitu popular.
Terokailah ia untuk mendapatkan
pendapatan sampingan. Bagi yang tidak
mampu untuk melakukan perkara-perkara
yang telah disebutkan di atas, ruang
motivasi, tiusyen, dan banyak lagi
kerja-kerja akademik yang boleh mereka
lakukan. Bagi sesiapa yang lebih rajin,
carilah pensyarah-pensyarah yang sedang
melakukan pengkajian dan juga
penyelidikan. Kebiasaannya para
pensyarah tidak akan cukup dengan
seorang pembantu kajian (research
assistant). Tawarkan khidmat anda,
mereka pasti akan gembira untuk mengupah
anda bekerja. Peluang perniagaan melalui
khidmat-khidmat juga ruang yang boleh
dieksplorasi oleh para siswa. Terdapat
juga di kalangan siswa dan siswi yang
terlibat dengan perniagaan MLM, tetapi
risikonya tinggi. Perkara yang sering
berlaku ialah waktu mereka akan
dihabiskan dengan banyak untuk tujuan
berkenaan. Mungkin perniagaan insurans
lebih ringan daripada MLM.

Apa yang penting di sini, para siswa dan
siswi hendaklah mula mengumpul duit
untuk berkahwin melalui pendapatan
sampingan. Usaha ini akan membantu para
siswa dan siswi membina keyakinan di
hati para ibubapa. Jikalaulah mereka
beralasan anak-anak tidak mampu lagi
untuk berkahwin kerana kelemahan di
bidang material, maka jika siswa dan
siswi tadi sudahpun mempunyai pendapatan
sampingan, mereka akan mati hujah.
Pengalaman mencari duit di alam kampus
juga akan membantu para siswa dan siswi
di dalam alam kerjaya mereka. Mereka
akan menjadi lebih berdikari,
berpengalaman dan lebih berkeyakinan
untuk menempuhi kehidupan pasca kampus.
Jika mereka ikhlas, Allah akan sentiasa
membantu. Apatah lagi jika kerja-kerja
itu dilakukan untuk menyahut seruan
Allah dan RasulNya.

Kesimpulan

Tiada masalah yang Allah berikan kecuali
di sana ada jalan penyelesaiannya. Di
sebalik semua ujian dan cabaran ada
hikmahnya. Kelebihan anak-anak Adam yang
tiada pada makhluk lain adalah akalnya.
Lontaran ide-ide di dalam artikel ini
hanyalah sebahagian dari cetusan minda
seorang pendidik. Para siswa dan siswi
tentunya lebih kreatif dan lebih
mengetahui hal keadaan mereka. Seperkara
yang penting, para siswa dan siswi
Muslim harus sedar tujuan kehidupan kita
diciptakan. Kemuncak kehidupan seorang
hamba ialah jika mereka dapat memastikan
setiap detik dan saat di dalam
kehidupannya berlandaskan syariat Allah.
Pastikan juga redha dan juga cinta Allah
yang menjadi buruan. Pernikahan adalah
sebahagian daripada usaha untuk
mendapatkan keredhaan Allah dan
RasulNya. Perkahwinan juga merupakan
wasilah untuk seorang hamba menjauhi
larangan Allah. Perkahwinan juga akan
dapat membantu para hamba untuk melalui
setiap langkah di dalam hidupnya di atas
naungan kecintaan Allah. Mengapa
bertangguh lagi?, ayuh segera mulakan
langkah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For abongProfil   Hantar PM kepada abong   Pergi ke abong's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.389686 saat. Lajunya....