Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 14-02-2025 |
|
Isu dan Ehwal Semasa
|
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | TUAN GURU BERTEGAS - Isu Denda RM500 jika pakai SEKSI |
---|---|
AzmilMustapha ![]() ![]() |
![]()
TUAN GURU BERTEGAS
KOTA BHARU - "Sepatutnyanya wanita melayu (islam) puji, ini tidak (membantah)," kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat exco Kerajaan Negeri, semalam. Beliau diminta mengulas mengenai penguatkuasaan Undang-Undang kecil Perniagaan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) yang memperuntukkan denda RM500 ke atas mana-mana petugas wanita yang tidak menutup aurat. Sinari Harian beberapa hari lalu menyiarkan di muka depan berita mengenai peraturan MPKB-BRI mengenai cara berpakaian wanita dan gadis yang bekerja di restoran dan pusat membeli belah di bandar ini. Peraturan tersebut mendapat tentangan beberapa siri pertubuhan wanita kebangsaan yang menggangapnya sebagai tidak masuk akal dan melanggar hak asasi. Antara pertubuhan wanita yang menyuarakan tentangan ialah Pertubuhan Kebajikan Wanita Kebangsaan (WAO), Pertubuhan Pembangunan Wanita dan Persatuan Tindakan Wanita (Awam). Nik Aziz mempertahankan peraturan tersebut dan menegaskan apa yang dilakukan oleh majlis perbandaran berkenaan adalah untuk menegakkan kesopanan awam. Katanya, peruntukan undang-undang itu dilaksanakan kepada wanita beragama Islam saja yang didapati dengan jelas melanggar peraturan ditetapkan seperti mendedahkan aurat dikhalayak ramai. Beliau memberitahu bagi wanita bukan beragama islam, kerajaan negeri melalui Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan MPKB-BRI meminta mereka berpakaian sopan. " Denda ni hanya orang (wanita) Islam saja. Orang bukan islam kita minta dia berpakaian sopan," katanya yang ditemui di Kota DarulNaim di sini, semalam. Ditanya mengenai kadar denda, Nik Abdul Aziz berkata, itu adalah masalah pentadbiran dan jika seseorang itu tidak bersetuju dengan jumlah denda dikenakan mereka boleh berunding dengan pihak berkenaan. " Kalau tak setuju dengan denda RM500, mereka boleh runding. Peguam ada. Tapi apa erti kita buat peraturan, buat denda kemudian denda yang tidak memberi kesan kepada pesalah...tak ada erti," katanya. Menurut beliau, peraturan yang dikuatkuasakan itu akan dikuatkuasakan kepada mereka yang berada di khalayak ramai, bukan di rumah atau tempat persendirian. " Bila kita duduk (tinggal) rumah ataupun dalam kawasan rumah kita, kita bebas. Kalau tak sembahyang....kalau tak puasa pun kerajaan islam tak boleh bertindak kerana itu rumah dia. Islam tak boleh buat apa. " Tetapi bila kita keluar dari rumah dan terlibat dengan orang ramai, perlu ada undang-undang termasuklah masalah berpakaian. Islam yang buat undang-undang ini dari awal lagi, bukan PAS yang menetapkan peraturan," katanya. Katanya, orang ramai seharusnya membantu kerajaan negeri melaksanakan apa saja peraturan yang berkaitan dengan usaha membendung gejala sosial. DIPETIK DARI MUKA DEPAN AKHBAR SINAR HARIAN, KHAMIS 07 DISEMBER 2006 [ Telah diedit oleh: AzmilMustapha pada 07-12-06 10:57 ] |
AzmilMustapha ![]() ![]() |
![]()
KENYATAAN PERTAMA BERHUBUNG ISU INI
Pakai seksi di Kota Baru, denda RM500 Dec 4, 06 7:01pm Saiz Huruf: Awas! Wanita Islam dan bukan Islam yang gemar berpakaian seksi, anda akan didenda sehingga RM500 jika memakainya di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB). Menurut pegawai perhubungan awam MPKB, Mohd Azman Daham, pihak berkuasa tempatan itu akan bertindak tegas terhadap pekerja wanita yang memakai pakaian yang disifatkan oleh majlis itu sebagai kurang sopan di premis perniagaan di bandar itu. Pakaian yang diiktiraf sebagai tidak sopan oleh MPKB termasuk blaus atau seluar yang ketat dan pakaian skirt singkat. Mengikut undang-undang kecil majlis itu, mereka yang berpakaian tidak sopan atau seksi boleh didenda sehingga RM500. Menurut Azman, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai pekerja wanita yang berpakaian demikian bekerja di premis perniagaan dan restoran sebagai strategi menarik pelanggan. "Perlu diingatkan bahawa bukan sahaja pekerja yang berpakaian seksi boleh didenda, malah tuan punya premis juga boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan kami," katanya. Mohd Azman berkata pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan di kawasan tadbiran MPKB kerana ia boleh mencemar nama baik Kota Baru sebagai sebuah bandaraya berstatus Islam. Menurut laporan mSTAR Online, antara aduan yang diterima termasuk wanita memakai baju T yang mendedahkan pangkal dada, wanita memakai blaus atau baju T singkat yang menampakkan pusat dan mereka yang memakai seluar jeans yang mendedahkan bahagian atas punggung. MPKB, katanya, akan meningkatkan penguatkuasaan bagi kesalahan ini di semua kawasan di bawah pentadbirannya. Bagi mengelak salah faham, katanya, kod berpakaian yang diterima bagi wanita Islam di kawasan MPKB adalah berpakaian labuh menutup aurat dan bertudung, sementara bagi bukan Islam pula, pakaian mestilah menunjukkan kesopanan. Blaus dan seluar ketat, katanya, tidak termasuk dalam kod pakaian yang boleh diterima, walaupun untuk wanita bukan Islam. Sebelum ini, katanya, walaupun undang-undang kecil itu memang telah wujud, ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya. Fokus, katanya, akan diberikan di beberapa kawasan tertentu termasuk di Taman Hijau, Taman Uda dan Taman Tengku Anis, serta beberapa kompleks membeli belah. |
AzmilMustapha ![]() ![]() |
![]()
Arahan pakian bersopan MPKB-BI tak masuk akal?
Akhbar THE STAR hari ini dengan ghairahnya meletakkan di muka depannya tajuk: No sexy dressing: Women workers in Kelantan warned of stiff fines 75% daripada muka tiga akhbar yang sama melaporkan pula suara tidak puas hati dari sebilangan besar NGO wanita termasuklah Ketua Wanita MCA Dr Ng Yen Yen. terhadap arahan pihak Majlis Perbandaran Kelantan Bandaraya Islam berhubung isu pakaian sopan untuk para pekerja wanita di kawasan PBT tersebut. Akhbar tersebut siap memuatkan karikatur wanita di bawah untuk meneguhkan maksudnya. Apa yang berlaku menurut akhbar tersebut adalah pihak MPKB-BI mengumumkan bahawa ia akan menguatkuasakan suatu peraturan yang telah sedia ada dalam undang-undang kecilnya iaitu berhubung pakaian sopan untuk wanita Islam dan wanita bukan Islam khasnya yang melibatkan jurujual, pelayan dan para peniaga di premis perniagaan masing-masing. Menurut Pegawai Perhubungan Awam PBT itu di bawah undang-undang kecilnya mana-mana wanita yang didapati berpakaian secara itdak sopan atau tidak senonoh boleh didenda sehingga RM500.00. Menurut pegawai itu lagi sebelum ini peraturan itu tidak pun dikuatkuasakan lagi tetapi setelah pihaknya banyak menerima aduan orang-ramai maka kini mereka akan melaksanakannya. Mengulas isu ini Ketua Wanita MCA menyerus agar kerajaan PAS Kelantan tidak: Introduce ridiculous policies (polisi yang tidak masuk akal) Apakah menguatkuasakan pencegahan kemungkaran yang dituntut oleh Allah swt itu satu kerja sia-sia dan tidak masuk akal?! Nampaknya Ketua Wanita MCA ini sudah melampaui batas dalam mengeluarkan kenyataan, jika sekadar mahu mengkritik kerajaan PAS itu hak beliau, tetapi jangan sampai merendah dan menghina Islam. Ivy Josiah dari Womens Aid Organaistaion, Maria Chin Abdullah dari Womens Development Collective dan Honey Tan dari All Womens Action Society (AWAM) masing-masing mengeluarkan kenyataan mengkritik langkah pihak MPKB-BI itu. Mereka ini mungkin terlupa bahawa kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyat Kelantan adalah kerajaan negeri yang membawa dasar Membangun Bersama Islam. Mereka memiliki tanggungjawab terhadap rakyat yang telah memberi mandate kepada mereka untuk melaksanakan dasar dan polisi Islam. Jika ada apa-apa yang mereka lakukan itu bertentangan dengan Islam mungkin kita boleh katakana yang mereka telah menyimpang dari dasar mereka, tetapi melaksanakan apa yang mereka perjuangkan, itu hak mereka. Kenapa pemimpin-pemimpin yang kononnya mewakili wanita ini tidak bertemu dengan masyarakat wanita di Kelantan sendiri? Kenapa tak ditanya kepada mereka apakah mereka menerima aatau menolak arahan ini? Kenapa mengeluarkan kenyataan dari Kuala Lumpur yang hanya mahu melaksanakan Islam Hadhari iu. Hairan ketika tubuh-tubuh wanita diperagakan bagai barangan semasa majlis-majlis pameran dan ekspo yang besar-besar di KL pemimpin-pemimpin wanita ini membisu seribu bahasa. Wanita yang bekerja sebagai GRO, yang tubuhnya digomol setiap malam oleh jantan-jantan binatang tidak pula diperjuangkan nasib mereka, begitu juga yang bekerja sebagai tukang-tukang urut yang memuaskan nafsu para lelaki di KL dan Bandar-bandar besar. Tetai apabila sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan yang mahu melaksanakan sesuatu yang sopan dan baik untuk masyarakatnya, terus diserang dan dikeji. MPKB-BI tidak memaksa wanita bukan Islam memakai pakaian tutup aurat. Cuma sebagimana THE STAR laporkan: No body hugging outfits, no blouse which show the navel, no see through blouses, no mini skirts, no tight pants Salahkah mereka melarang para peniaga dan jurujual yang berinteraksi dengan masyarakat ramai dari berpakaian sedemikian sedangkans sebagai PBT mereka diberikan kebenaran oleh undang-undang? Sebagai PBT yang mendukung kerajaan yang mahu melaksanakan Islam, salahkah mereka apabila mengarahkan wanita-wanita Islam agar berpakaian menutup aurat sedangkan pakaian itu adalah pakaian yang dituntut oleh Islam? Saya rasa pemimpin-pemimpin wanita ini sebenarnya terasing dari realiti hidup di Kelantan kerana mereka asyik dengan kenikmatan hidup di Darul Hadhari yang tidak nampak serong wanita tak kira usia mengenakan pakain mendedahkan pusat contohnya. Cuba kita lihat di penghujung laporan akhbar tersebut. Apabila ditanya seorang peniaga di Kota Bharu, Che Suraya 32 tentang langkah MPKB-BI itu beliau menyatakan sokongannya. Tambah beliau: Hampir dimerata tempat pembantu-pembantu peniaga dan pelayan mengenakan pakian yang seksi. Ini suatu penghinaan terhadap Islam. dipetik dari RoslanSms [ Telah diedit oleh: AzmilMustapha pada 07-12-06 10:53 ] |
nur_ashikin ![]() |
![]()
ciannya org perempuan zaman ni.org nak tolong dia..dia pulak tak nak tolg diri sendiri.pakai ketat2..dedah sana sini..tah hape jadi tah.same saja imejnya dengan yang non muslim.hak asasi konon..tu terpengaruh dengan barat lah2..
|
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
ni versi bahasa Melayu lah ye, baguslah, sebab ada orang kata versi bahasa inggeris dulu tak ada sambutan
![]() inilah masalahnya pemikiran orang2 sekular, orang nak jaga wanita daripada dirosakkan dan dibinasakan, nak jaga maruah dan harga diri wanita, sebaliknya mereka anggap itu sebagai penganiayaan pula ![]() saya percaya, wanita-wanita Kelantan pasti ramai yang bagi sokongan, mereka sudah terdidik dengan suasana yang Islamik. syabas kerajaan Kelantan! syabas Tok Guru! ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 07-12-06 11:03 ] |
mardhoti ![]() ![]() |
![]() |
AzmilMustapha ![]() ![]() |
![]()
PENGESKSPLOTASIAN AURAT VS PENGUATKUASAAN AURAT
Hampir setiap hari, sama ada di Kaca Televisyen, Majalah-Majalah, Akhbar Harian memaparkan wanita yang dieksplotasi auratnya. Natijahnya, ia mempengaruhi sekalian wanita yang tiada ilmu agama untuk turut sama berpakaian demikian. Dan Pihak berkuasa yang memerintah MENGIZINKAN, walaupun tidak pernah berkata mengizinkan, tapi sikap dan pendirian yang diambil ialah MEMBIARKANNYA kerana ia tidak menggugat keselamatan negara mahupun ekonomi. Tapi ia menggugat keselamatan iman, meruntuhkan akhlak kerana ia punca zina....amat malang sekali, kerana alim ulama yang berdiri di belakang kerajaan berdiam diri dalam soal ini. Apakah ingin menegur dalam kabinet tentang akhbar yang menyiarkan gambar seksi pun tak mampu, adakah ingin menyekat iklan-iklan separa lucah dalam TV pun tak mampu.. Semasa Kelantan membentangkan budget untuk melaksanakan Program Bulan Sembahyang, di Kuala Lumpur sibuk dengan Kuala Lumpur Fashion Show : atau dengan nama lain program mendedahkan aurat tahap hardcore.. Tiada satu pun organisasi wanita yang tampil untuk membela tubuh badan kaum mereka yang dieksplotasikan dan diperniagakan... Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan PAS hanya ingin menyelamatkan ummah, tapi seringkali dituduh memperalatkan agama untuk kepentingan politik Cukuplah setiap hari akhbar-akhbar harian Perdana menyelitkan gambar-gambar artis tempatan yang mendedahkan aurat. Berapa banyak dosa pembeli-pembeli akhbar yang terpaksa melihat imej-imej yang DIIZINKAN INI. [ Telah diedit oleh: AzmilMustapha pada 07-12-06 11:57 ] |
AzmilMustapha ![]() ![]() |
![]()
Biarkan Kelantan dengan Islamnya
Kata Menteri Pembangunan Wanita, Shahrizat Jalil dalam THE STAR hari ini wanita di Kelantan akan menentang langkah MPKB-BI menguatkuasakan kod pakaian untuk jurujual, pelayan dan peniaga di Kelantan. Kata beliau lagi: It is so disrespectful to the women there (Ianya amat tidak menghormati wanita di sana) Siapa yang tidak menghormati siapa? Siapa yang serius mahu melaksanakan Islam dan siapa yang berlakun dan mempermainkan syariat Allah? Saya sertakan di bawah gambar Shahrizat ketika beliau mengunjungi Iran baru-baru ini. Gambar menunjukkan beliau bersama Pengarah Pusat Hal Ehwal Keluarga dan Wanita Republik Islam Iran, Puan Zohreh Nouri. Mengapa Shahrizat berpakaian demikian? Baiklah ia majlis rasmi, tetapi mengapa perlu berpakian demikian? Ini bukan pakaian biasa Shahrizat, mengapa perlu berpura-pura? Jawabnya kerana di Iran ada dress code yang perlu dipatuhi, apakah Republik Islam Iran disrespectful towards their women? Mereka ada Vice President wanita, Malaysia ada Timbalan Perdana Menteri Wanita? Di Kelantan kedua-dua Senator atau ahli Dewan Negara yang dilantik oleh kerajaan negeri mewakili Kelantan di Senat adalah wanita (diwaktu Umno perintah tak pernah begitu)(seorang peguam macam Shahrizat juga), Kelantan ada ADUN wanita, Kelantan buat pertama kalinya hari ini ada Penghulu-penghulu wanita, and who are you to tell the Kelantanese that they are disrespectful towards their women?! Apa yang mahu diperkenalkan adalah peraturan yang pada perkiraan kerajaan negeri akan dapat mengawal warga negerinya, mempertahankan keselamatan dan maruah mereka, adakah itu menganggu sangat Shahrizat? Terus-terang sejak kerajaan PAS memerintah Kelantan 16 tahun lalu, cuba berikan satu usaha mereka yang disokong atau menerima endorsement dari Shahrizat? Sesungguhnya kerajaan negeri tidak memerlukannya pun, malah kalau mahukan popularity (sebagaimana yang BN sering mahukan) logiknya kerajaan negeri tak perlulah perkenalkan peraturan ini. Kalau mahu undi dan rakyat Kelantan sebagaimana kata Shahrizat menentang usaha-usaha ini maka lebih baik kerajaan PAS membisu sahaja. Punggah sahaja kekayaan negeri masukkan ke kocek masing-masing dan duduk diam-diam sebagaimana diamalkan di negeri-negeri lain. Tambahan akalau ada ADUn yang macam Zakaria dari pelabuhan Kelang tu. Masalah moral masalah akhlak itu hak peribadi, tetapi mengapa kerajaan PAS sanggup melawan arus sebegini? Jawabnya tuntutan kepada agama mengatasi ukuran populariti yang Shahrizat dan kawan-kawan sekutunya pentingkan. Keselamatan dan kesejahteraan rakyat Kelantan dunia dan akhirat lebih penting dari melayan gangguan mereka yang memang tidak pernah senang hati seperti Shahrizat dan yang seangkatan dengannya. At least they are being honest and truthful unlike the Hadhari government that allegedly adores Islam but has done nothing to uphold and protect it. |
jutawanmuslimah ![]() |
![]() |
Farveen ![]() ![]() |
![]()
hmph..paling sedih dan bengongnye, org islam sendiri yang duduk menentang penguatkuasaan bijak ini..
apelah..thestar apa lagi..seronoklah..taruk kat front page terus lah.. apela nak jadi |
AzmilMustapha ![]() ![]() |
![]()
Sakit hati dengan pelaksanaan Syariat Islam, Senang Hati dengan pelaksanaan mungkar dan maksiat....
Sepatutnya pemerintah Kerajaan Kelantan sekarang diberi mandat untuk memerintah Malaysia... Sampai bila kita ingin duduk di bawah pemerintahan yang tidak mahu melaksanakan Islam, bukan setakat tidak mahu laksana, bahkan menentang pelaksanaan syariat Islam. Setidak-tidaknya sokonglah usaha ini...... |
qudwah ![]() ![]() |
![]() |
Kaisi ![]() ![]() |
![]()
ana setuju yang teramat sangat...sapo2 yang membantah itu memang berada di tahap bodoh yang melampau..hehe....geram berul..asal benda baik saja adola pergi nak membantah
|
adam_muslimin ![]() ![]() |
![]() |
AzmilMustapha ![]() ![]() |
![]()
Apapun, Kerajaan Kelantan juga perlu mendidik masyarakat disamping menguatkuasakan syariat. Ia perlu seiring...
Kita takut Syariat ditegakkan, tapi tarbiyah diabaikan.....biarlah masyarakat dapat merasai kewajipan itu tanpa membuatnya secara terpaksa....untuk masyarakat merasainya, mereka perlu dididik dan ditarbiyah dengan Islam.... Apapun, usaha ini patut disokong.....jika ada kekurangan, maka jemaah-jemaah Islam yang lain dan NGO2 Islam atau Kerajaan Pusat tampunglah kekurangan Usaha baik ini, bukannya mengecam dan mempertikaikannya..... |
anti_alasan ![]() ![]() |
![]()
ya,kita kena sokong usaha kerajaan Kelantan ini...bukannya mengkritik seperti kenyataan2 dalam 'the star'..
usaha k'jaan kelantan ni selari dengan konsep islam hadhari(hadharah islamiah)...so,Kenapa tidak kita sokong??? |
Nilam_sejati ![]() ![]() |
![]() |
Shahida09 ![]() |
![]() |
ad-din ![]() ![]() |
![]()
wanita islam kat negara lain sanggup kena buang kerja dan kena buang sekolah semata2 nak pertahankan pakaian menurut islam.. tapi wanita islam kat malaysia ni lain sikit.. bila nak dikenakan denda sebab tak menutup aurat, tu yang dia bantah..apa lah nak jadi kan..
|
Farveen ![]() ![]() |
![]()
dia bukan apa..asal yang pas cakap; mesti bantah..tak kira lah kalau baik pun..tak kira lah..kalau memang asalnya, dia pun nak cakap begitu..
ya allah..sanggup dia nak cari idea berbagai2, untuk menentang org yang cuba sebarkan kebenaran, semata2 atas dasar kepentingan politik.. buat malu kat org kafir saja.. |
Rashdin ![]() ![]() |
![]() |
trouver_99 ![]() ![]() |
![]() |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
bagi saya sendiri, mereka bukan saja2 nak bangkang sebab politik, tapi memang mentaliti mereka macam tu, tutup2 ni tak payahlah sampai habis, kena bukak sikit-sikit
![]() ni kan negara Islam hadhari... teringat satu komen dalam akhbar dulu pasal kelab malam, seorang pembaca marah sebab jabatan agama buat serbuan ke kelab2 malam, dia kata ni kan negara Islam Hadhari, takkan tak boleh nak rehatkan minda di kelab2 malam tu? ![]() Islam hadhari, Malaysia serba boleh ![]() ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
nak tanya sikit: baju kebaya pun dikategorikan sebagai seksi juga ke, dan termasuk juga ke yang akan kena saman RM500 tu? ada sesiapa boleh pastikan?
bukan sebab saya nak pakai ye ![]() ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
Farveen ![]() ![]() |
![]()
baju apa pun, selagi ketat, jarang, singkat..apa lagi ek..memanglah seksi..
saya ada jupe ustazah tu pakai kebaya (masa hari kawin dia)...tak nampak seksi..sebab dia pakai kebaya yang tak jarang dan tak ketat..kebaya longgar.. Kalau dah tebelah kain tu, dah jadi baju halal haram...tau kan, sekali langkah, halal, sekali langkah lagi, haram... |
triptofana ![]() ![]() |
![]()
baju kebaya? emmm...betul jugak ya, baju kebaya tu pada ana seksi. Menampakkan susuk pinggang yang ramping dan biasanya kainnya nipis....
tak mengapa..nanti kita sama-sama lihat dress code yang digariskan oleh MPKB tapi kalau mengikut apa yang digariskan dalam Quran, nipis dan ketat termasuk kategori berpakaian tapi telanjang.... ----------------- Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman. [ Telah diedit oleh: triptofana pada 08-12-06 16:00 ] |
mohd ![]() |
![]()
tahniah tok guru...tapi saya rasa..lah..kan tutup aurat tu..kita kena hikmah lahhh...kalau yang pakai seksi tuuu memang kasi saman sikit banyak pun takperr...tapi sambil saman..kita suruh dia pergi usrah...
|
maqnawie ![]() ![]() |
![]()
basmallah..
alssalamualaikum... susahlah bila ulamapun kita nak blame, susahlah jika orang nak amal agama ditentang... susahle bila orang nak ajak buat kebaikan, seru yang maaruf, semua pakat nak hentam... ''ULAMA ADALAH PEWARIS PARA ANBIYA...'' "BERPEGANG TEGUHLAH DENGAN TALI ALLAH..." "YA ALLAH...TUNJUKILAH JALAN-JALAN YANG LURUS YANG TELAH ENGKAU REDHAI, DARIPADA GOLONGAN NABIYYIN, SIDDEQIN, SYUHADAH, SOLLEHIN..." |
amira_aqilah ![]() ![]() |
![]()
harap negeri lain pun dapat mencontohi kelantan...create 1 dress code act (yang menutup aurat)...
kalau kat sekolah, universiti, kerja dengan kerajaan pun ada etika berpakaian...negara islam pun mesti ada guideline etika berpakaian bagi menjaga kesejahteraan semua... mula2 memang mereka akan terasa dipaksa dan tiada keikhlasan...tapi lama kelamaan oklah tu bila dah tengok semua org pun kena pakai menutup aurat..semua same..no discrimination.. kalau dibiarkn saja berpakaian menjolok mata, sampai bila...???? sambil2 tu penguatkuasaan perlu selari dengan tarbiah juga... |
GTF ![]() |
![]()
sokong 100% ketegasan tuan guru.Lagi pun inilah cara nak terakhir nak didik mereka yang masih degil...patutnya bukan rm500 saja...bagi up sikit sampai rm1000.patutnya kerajaan pusat kena mencontohi cara kerajaan kelantan nak memperkasakan islam di malaysia ini.
|
mdfakhri ![]() ![]() |
![]() |
erwina ![]() |
![]() |
aye ![]() ![]() |
![]()
Ana sentiasa myokong kepimpinan ulama'....
semoga langkah Tok Guru Nik Aziz akan memberi kesedaran kepada rakyat kelantan..... dan menjadi panduan serta contak kepada negeri2 lain..... Mudahan lepas ni negeri pelis adalah ngeri ptama yang mcontohi...sebab dia mpunyai mufti yang bkaliber..... insya'Allah.. |
faried ![]() ![]() |
![]() |
srikandi_jilbab ![]() ![]() |
![]()
hmm...dulu pergi dekat mereka slow2..lepas itu bagi nota :" sila berpakaian sopan"...itu cara lembut,tapi tak jalan juga....
so bagus benorlah sekarang bagi denda terus... ![]() |
mouslimin ![]() ![]() |
![]() |
Farveen ![]() ![]() |
![]()
Saya, Yau Con Seng hari ini ingin membidas
sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Organisasi Pemuda MCA Negeri Sembilan, En Lee Kee Cheong berhubung isu etika pakaian wanita yang dibangkitkan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim yang juga Mursyidul Am PAS Pusat. Saya juga ingin membidas kenyataan En Lee Kee Cheong yang juga merupakan Pembantu Khas kepada ADUN Temiang , YB Dato’ Lee Yuen Fong dalam surat khabar harian Cina bertarikh 8 Dis 2006 melambangkan bahawa MCA sebenarnya menggalakkan kaum wanita khususnya wanita Cina berpakaian seksi dan menyifatkan sesiapa yang tidak berpakaian seksi merupakan wanita yang tidak berilmu dan ketinggalan zaman. Dalam kenyataan En Lee Kee Cheong baru-baru ini dalam surat khabar harian Cina, beliau menyifatkan PAS sebagai ketinggalan zaman,tidak menghormati kaum wanita dan tidak prihatin dalam isu-isu semasa khususnya dalam soal etika pemakaian kaum wanita. Saya beranggapan bahawa kenyataan MCA tersebut sebenarnya berniat jahat dan sengaja ingin memutarbelitkan kenyataan dari YAB Menteri Besar Kelantan. YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz bin Nik Mat baru-baru ini menyarankan agar etika pemakaian yang lebih sopan di kalangan wanita perlu dipraktikkan di negeri tersebut sebagai satu usaha bagi mengurangkan kadar jenayah khususnya jenayah rogol yang semakin berleluasa akhir-akhir ini. Saya juga turut menyelar kenyataan dangkal MCA yang mengaitkan bahawa larangan berpakaian seksi ini akan menjejaskan ekonomi dan persiapan Tahun Melawat Malaysia 2007. Inilah bukti bahawa MCA dan kerajaan Barisan Nasional sebenarnya tidak menghormati maruah wanita dan sering mengeksploitasi wanita dengan menggalakkan pemakaian seksi dengan alasan untuk menarik pelancong datang ke negara ini.Mereka sanggup mengorbankan maruah kaum wanita semata-mata untuk kepentingan mereka. Saya menyeru semua persatuan wanita dan NGO wanita supaya membuat bantahan kepada kenyataan MCA yang jelas menghina dan merendahkan martabat kaum wanita. Pakaian seksi sebenarnya tiada kaitan langsung dengan usaha meningkatkan industri pelancongan kerana pelancong-pelancong datang melawat sesebuah negara untuk melihat budaya dan keindahan negara tersebut. Saya juga menyeru agar semua pengundi wanita di seluruh negara memboikot calon-calon MCA dan Barisan Nasional dan memberi undi kepada calon-calon BA dalam pilihanraya yang akan datang ini sebagai satu hukuman kepada MCA atas kenyataan tidak bertanggungjawab ini. Buat masa ini kod etika berpakaian yang melarang kepada orang awam berpakaian seksi dan juga batasan-batasan dalam berpakaian juga sebenarnya telah termaktub dalam undang-undang kecil (By Laws) dalam Akta Kerajaan Tempatan. Saya ingin bertanya kepada En Lee adakah parlimen Malaysia tidak bertamadun dan ketinggalan zaman apabila tidak membenarkan mereka yang berpakaian seksi masuk ke dalam parlimen walaupun sekadar menjadi pemerhati. Akhirnya, saya memberi tempoh satu minggu kepada En Lee Kee Cheong supaya menarik balik kenyataan biadap beliau seterusnya memohon maaf kepada YAB Menteri Besar Kelantan dan seluruh kaum wanita di negara kita ini, seandainya beliau gagal berbuat demikian, saya dan Kelab Penyokong PAS akan mengadakan gerakan besar-besaran mendedahkan kenyataan tidak bertanggungjawap MCA ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya juga menggesa supaya Presiden MCA , YB Dato’ Seri Ong Ka thing supaya mengambil tindakan tegas dengan memecat En Lee Kee Cheong atas perbuatan biadap ini. Akhir sekali, saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO berkaitan isu ini kerana agama Islam menuntut wanita Islam supaya berpakaian sopan dan menutup aurat. Soalan saya kepada anda semua ialah “UMNO, what is your stand ?!†Yang benar, En Yau Con Seng Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat 12 Dis 2006 KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN Sila layari Blog PAS dan.Sembilan di http://pasns.blogspot.com Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS dan.Sembilan boleh disalurkan melalui Bank Islam No Akaun 50120100 27521. “Bank in slip†bolehlah dihantar kepada : Bendahari Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,jalan Seremban K.Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, dan.S. |
aye ![]() ![]() |
![]()
Biarkan Kelantan dengan Islamnya
Kata Menteri Pembangunan Wanita, Shahrizat Jalil dalam THE STAR hari ini wanita di Kelantan akan menentang langkah MPKB-BI menguatkuasakan kod pakaian untuk jurujual, pelayan dan peniaga di Kelantan. Kata beliau lagi: It is so disrespectful to the women there (Ianya amat tidak menghormati wanita di sana) Siapa yang tidak menghormati siapa? Siapa yang serius mahu melaksanakan Islam dan siapa yang berlakun dan mempermainkan syariat Allah? Saya sertakan di bawah gambar Shahrizat ketika beliau mengunjungi Iran baru-baru ini. Gambar menunjukkan beliau bersama Pengarah Pusat Hal Ehwal Keluarga dan Wanita Republik Islam Iran, Puan Zohreh Nouri. Mengapa Shahrizat berpakaian demikian? Baiklah ia majlis rasmi, tetapi mengapa perlu berpakian demikian? Ini bukan pakaian biasa Shahrizat, mengapa perlu berpura-pura? Jawabnya kerana di Iran ada dress code yang perlu dipatuhi, apakah Republik Islam Iran disrespectful towards their women? Mereka ada Vice President wanita, Malaysia ada Timbalan Perdana Menteri Wanita? Di Kelantan kedua-dua Senator atau ahli Dewan Negara yang dilantik oleh kerajaan negeri mewakili Kelantan di Senat adalah wanita (diwaktu Umno perintah tak pernah begitu)(seorang peguam macam Shahrizat juga), Kelantan ada ADUN wanita, Kelantan buat pertama kalinya hari ini ada Penghulu-penghulu wanita, and who are you to tell the Kelantanese that they are disrespectful towards their women?! Apa yang mahu diperkenalkan adalah peraturan yang pada perkiraan kerajaan negeri akan dapat mengawal warga negerinya, mempertahankan keselamatan dan maruah mereka, adakah itu menganggu sangat Shahrizat? Terus-terang sejak kerajaan PAS memerintah Kelantan 16 tahun lalu, cuba berikan satu usaha mereka yang disokong atau menerima endorsement dari Shahrizat? Sesungguhnya kerajaan negeri tidak memerlukannya pun, malah kalau mahukan popularity (sebagaimana yang BN sering mahukan) logiknya kerajaan negeri tak perlulah perkenalkan peraturan ini. Kalau mahu undi dan rakyat Kelantan sebagaimana kata Shahrizat menentang usaha-usaha ini maka lebih baik kerajaan PAS membisu sahaja. Punggah sahaja kekayaan negeri masukkan ke kocek masing-masing dan duduk diam-diam sebagaimana diamalkan di negeri-negeri lain. Tambahan akalau ada ADUn yang macam Zakaria dari pelabuhan Kelang tu. Masalah moral masalah akhlak itu hak peribadi, tetapi mengapa kerajaan PAS sanggup melawan arus sebegini? Jawabnya tuntutan kepada agama mengatasi ukuran populariti yang Shahrizat dan kawan-kawan sekutunya pentingkan. Keselamatan dan kesejahteraan rakyat Kelantan dunia dan akhirat lebih penting dari melayan gangguan mereka yang memang tidak pernah senang hati seperti Shahrizat dan yang seangkatan dengannya. At least they are being honest and truthful unlike the Hadhari government that allegedly adores Islam but has done nothing to uphold and protect it. |
Farveen ![]() ![]() |
![]()
salam bro aye..tak ada gambar pun??
tapi yelah, memang hipokrit tindakan sharizat tu.. dahnye ada kategori perempuan yang takreti jaga diri, nik aziz nak tolong jagakan, marahla pulak.. memang tak paham org macam ni.. tak paham lah.. |
aye ![]() ![]() |
![]()
sorry farveen ... ana tak reti nak attact gambar....huhuuuu..
Dalam kekalutan kritikan yang Kelantan terima dari pihak-pihak tertentu terhadap kod berpakaian bagi wanita Muslim dan bukan Muslim di kawasan MPKB-BI tiba-tiba saya sungguh terperanjat apabila menerima gambar di bawah ini yang saya kira sangat urgent untuk disiarkan buat tatapan semua...... IMEJ BESAR: http://www.malaysia -today.net/ Monsoon_Cup. htm |
aye ![]() ![]() |
![]() |
aye ![]() ![]() |
![]()
Pada 13-12-06 14:44 , Farveen posting:
!!! QUOTE !!! salam bro aye..tak ada gambar pun?? tak reti nak attact ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
sephia ![]() ![]() |
![]()
Agaknya bila pakai seksi tu mesra..bertepuk tampar..tengok gambar tu rasa malu pulak. pemimpin sebuah negara islam yang ktnya hebat mendaulatkan islam di mata dunia.
sama-samalah kita berdoa,semoga mereka diberikan hidayah. Amin.. |
jubah_hijau ![]() ![]() |
![]() |
eme86 ![]() ![]() |
![]() ![]() ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU... |
mouslimin ![]() ![]() |
![]()
betul... perjuangan kita masih agak jauh lagi...amat jauh.. napalah manusia sekarang tak pandai berfikir?? cakap matang.. tapi....... isy isy isy.. entahlah..
|
trouver_99 ![]() ![]() |
![]() |
maruz ![]() ![]() |
![]() |
saifuddin_92 ![]() |
![]()
salam
apa-kenapa pun,ana akan sentiasa mendoakan para pejuang Islam terutama Tuan Guru yang berani menegakkan keadilan di muka bumi Allah. Allahuakbar,Allahuakbar |
Farveen ![]() ![]() |
![]()
Pada 14-12-06 09:58 , aye posting:
!!! QUOTE !!! Adui tak boleh link kan?? oohh..hhooo... inilah konsep islam hadhari yang diwarwarkan.. di hari itu, bini najib berpeluk dengan shahrukh khan.. ni, paklah menyentuh mesra michelle yeoh pula.. lepas ni apa pula? ----------------- http://360.yahoo.com/farwynafaroque |
fatin3 ![]() ![]() |
![]()
baguih2.. memang patut pun dikuatkuasakan.. berapa kali balik kelantan tahun lepas dan tahun ni.. nampak makin banyak pula pencemaran mate.. makin ramai pula yang tak malu2 mula tidak menutup aurat.. semoga tindakan ini menginsafkan wanita muslimah.. bukan denda yang kita khuatiri, tapi kemurkaan Allah itulah yang lebih utama.. seperti kata Tuan Guru, tiada guna denda Kalau tidak dapat mendidik.. harapnya tarbiyah ini memberi kesan kepada semua muslimah sama ada di kelantan mahupon seluruh umat islam di dunia.. amin..
|
maqnawie ![]() ![]() |
![]()
basmallah..
alssalamualaikum.. semoga aldinul islam tertegak di seluruh dunia, seluruh alam.. sbagi permulaan..dinul islam tu musti telah diamalkan dalam diri ana dan tuan puan sekalian... jadi, bila org tengok dinul islam kat dalam diri kita dah perfect, dah symul, dah madani, maka segala peraturan yang ditekan oleh Allah Taala syariat dan sunnah Nabi Muhammad SAW akan tertegak dng sendirinya, tanpa paksaan..AAMIIIN.. semoga Allah ampuni dosa dan maksiat ana, tuan puan dan seluruh ummat Muhammad SAW. asbab apa??asbab ana dan tuan puan seluruh ummat Muhammad SAW tak buat dakwah...tak mentablighkan dinul islam.. AAMIIIN.. |
kuahdurian ![]() ![]() |
![]()
saya setuju sangat kalau peraturan ni dibuat di seluruh Malaysia. saya tak tahan tengok orang yang tak tahu malu ni. perlu diajar sikit. eloklah ada kerajaan negeri yang nak buat undang-undang ni. bila lagi nak dilaksanakan peraturan ni di Kedah ya?
----------------- JANGAN AMBIL HATI, AMBIL ISI... |
AzmilMustapha ![]() ![]() |
![]() !!! QUOTE !!! bila lagi nak dilaksanakan peraturan ni di Kedah ya? Kalau Kerajaan UMNO Kedah nak laksanakan, alhamdulillah... Tapi kalau enggan, kena tukar kerajaan yang nak laksanakannya... Ingatlah, tangan yang memangkah itu pasti akan dipersoal Allah kelak di Yaumil Masyar, yang dipilih itu Menegakkan Syariat Islam ataupun Menegakkan pemerintahan sekular.... mengundi pun ada dosa pahala..... Makan bab* haram, main judi haram, minum arak haram, Undi parti yang hari-hari dok menganjurk maksiat, enggan meletakkan Al-Quran sebagai rujukan pemerintahan lagilah haram hukumnya.... Kalau yang pahamlah.... |
mohamad ![]() ![]() |
![]() |
AzmilMustapha ![]() ![]() |
![]()
KERAJAAN CHINA PUN LARANG BERPAKAIAN SEKSI
http://news. bbc.co.uk/ 2/hi/asia- pacific/3621864. stm China bans 'sexy' female attire Female civil servants in eastern China have been banned from wearing sexy clothes and told not to use "dirty" language in the office. Women have been asked to refrain from wearing revealing tops and leggings as well as too much jewellery at work, state media report. They should "dress in a serious, proper, simple and natural way". The regulations are the first of their kind in the country, says the partly state-owned China News Service. The clothes must not be "avant-garde and ostentatious" , the regulations announced by the Zhejiang provincial archives bureau say. Nor should they be "too thin and tight or showing the under-garments" . 'Elegant' The report also recommended women should adopt manners in line with their professional positions. "They should use elegant language, avoid rude words and must not in any case use dirty or strange words," it said. "When they receive guests or speak on the phone, they must say 'please' and 'thank you'," the report said. "When they are dealing with people outside the office, they must be mindful of the government's image and their personal images." Wu Ling, director of the women's commission of the bureau, said her office formulated the rules because more than 70 workers in the bureau's 90-strong office were women. "The reason why we see dressing as a priority is because it is the first impression that people get from the female civil servants," she said. |
AzmilMustapha ![]() ![]() |
![]()
Etika berpakaian: Kecewa dengan tuduhan Lim Guan Eng
Ibnu Ibrahim Thu | Dec 14, 06 | 02:26:21 AM Saudara Pengarang, Saya merasa terkejut dan hairan apabila setiausaha Agung DAP bersuara bagi pihak kaum bukan Islam berkenaan dengan undang-undang kecil yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu 'Bandaraya Islam' (MPKB-BI) baru-baru ini. Kod etika pakaian tersebut diperuntukkan di bawah Seksyen 4 (a) Undang-Undang Pengawalan dan Penyeliaan Establisment Makanan MPKB 1987. Peruntukan ini dikuatkuasakan kerajaan negeri selepas memenangi pilihan raya umum 1990. Usaha ini mendapat sokongan penuh Kelab Penyokong PAS ketika membidas sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Organisasi Pemuda MCA Negeri Sembilan, Lee Kee Cheong berhubung isu etika pakaian wanita yang dibangkitkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini. Menurut Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Yau Con Seng kenyataan Kee Cheong yang juga merupakan Pembantu Khas kepada Adun Temiang , Dato' Lee Yuen Fong dalam akhbar berbahasa Cina bertarikh 8 Disember 2006 melambangkan bahawa MCA sebenarnya menggalakkan kaum wanita khususnya wanita Cina berpakaian seksi. Ini kerana katanya dalam kenyataan itu Kee Cheong juga menyifatkan sesiapa yang tidak berpakaian seksi merupakan wanita yang tidak berilmu dan ketinggalan zaman, katanya. (Harakahdaily 13hb Disember 2006) Saudara Lim Guan Eng, Mungkin apa yang ingin saya nyatakan ini merupakan antara perkara yang Saudara Lim terlepas pandang. Saya yakin dan percaya jika saudara ada maklumat tentang ini, saudara tidak akan membantah usaha kerajaan Kelantan malah menyokong pula. Ini kerana usaha tersebut adalah untuk membendung perkara yang tidak elok berlaku kepada semua rakyat Kelantan. Apa yang ingin dilaksanakan oleh MPKB-BI itu adalah menyamai dengan apa yang telah pun dilaksanakan di negeri China. Saya tertarik dengan laporan BBC News bertarikh 2hb September 2004 yang bertajuk 'China bans 'sexy' female attire. Laporan itu berbunyi 'Female civil servants in eastern China have been banned from wearing sexy clothes and told not to use "dirty" language in the office.' Antara lain laporan tersebut berbunyi, 'Women have been asked to refrain from wearing revealing tops and leggings as well as too much jewellery at work, state media report. They should "dress in a serious, proper, simple and natural way". The regulations are the first of their kind in the country, says the partly state-owned China News Service. The clothes must not be "avant-garde and ostentatious", the regulations announced by the Zhejiang provincial archives bureau say. Nor should they be "too thin and tight or showing the under-garments". Akhir kata saya tidak dapat mengelak dari mengatakan bahawa seorang pimpinan politik besar seperti saudara sepatutnya menunjukkan kematangan pemikiran yang lebih jauh dan mendalam di samping mengkaji sesuatu perkara dari sisi baik dan buruknya. Tuduhan saudara yang saya kira agak melulu dan yang terawal dalam melontarkan kritikan amat mengecewakan kaum Melayu Islam yang meletakkan persoalan sopan dan budaya sebagai perkara penting dalam kehidupan mereka. Dan saya khuatir kritikan saudara tidak disenangi oleh golongan yang prihatin ini. |
tajdid ![]() ![]() |
![]() |
Qaisar ![]() ![]() |
![]()
saya setuju!!! takbir!!
sekurang2nya, ada juga serpihan cahaya seperti di madinah al munawwarah.. bandaraya islam.. |
AzmilMustapha ![]() ![]() |
![]()
Peraturan Menutup Aurat Sudah Lama Di Iran
Thursday, 21 December 2006 KOTA BHARU, 29 Zulkaedah 1427 – Mengapa isu etika berpakaian tidak berbangkit ketika Iran menguatkuasa peraturan bagi mana-mana pelancong yang mengunjungi negara itu perlu bertudung, sedangkan isu serupa di Kota Bharu dipersendakan. Tahukah anda, pelancong wanita asing tanpa mengira agama yang mengunjungi Teheran mereka disyaratkan bertudung. “Keadaan itu dapat dilihat apabila pilot mengumumkan kapal terbang akan mendaratkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Teheran, pelancong wanita mengambil kain tudung dalam beg masing-masing. “Biar pun pada peringkat awal ramai yang mengkritik langkah dibuat Iran, namun lama-kelamaan mereka boleh menerimanya setelah kerajaan Iran menjelaskan rasional peraturan itu,†kata Naib Presiden PAS, Dato’ Dr Hassan Ali. Biar pun peraturan tersebut dikuatkuasa namun kehadiran pelancong asing semakin ramai ke Teheran. Menurutnya, situasi serupa juga berlaku di Kota Bharu sekarang apabila peraturan menutup aurat dikenakan kepada premis-premis perniagaan di sini. Kata beliau, peraturan itu boleh diterima orang ramai apabila mereka tahu rasional pengubalan undang-undang kecil mengenai perkara itu dibuat. Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menguatkuasa peraturan kod etika berpakaian terhadap pekerja-pekerja wanita di premis perniagaan di bandar ini. Kod Etika Pakaian itu dibuat mengikut Seksyen 4 (a) Undang-Undang Pengawalan dan Penyeliaan Establisment Makanan MPKB 1987 dan dikuatkuasa kerajaan PAS selepas berkuasa pada akhir 1990. Sebelum ini, MPKB BRI hanya mengambil pendekatan nasihat. Bagaimanapun kaedah itu belum berkesan kerana masih ada di kalangan pekerja wanita enggan mematuhinya. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil sebelum ini dilaporkan mendakwa peraturan dikuatkuasa MPKB BRI menyebabkan golongan wanita tidak dapat menentukan pilihan mereka dalam berpakaian, sebaliknya ditentukan kerajaan Kelantan. Begitu juga dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengatakan tindakan kerajaan PAS menghukum wanita berpakaian menjolok mata merugikan kerajaan dan rakyat negeri terbabit. Terakhir dikemaskini ( Thursday, 21 December 2006 ) [ Telah diedit oleh: AzmilMustapha pada 21-12-06 11:12 ] |
Farveen ![]() ![]() |
![]() |
AzmilMustapha ![]() ![]() |
![]()
SUSAHNYA MELAKSANAKAN SYARIAT, SENANGNYA MELAKSANAKAN MAKSIAT
Inilah yang sesuai diberikan kepada negara Malaysia ni, nak mendaulatkan sesuatu syariat, riuh satu negara, nak laksana hudud, nak kuatkuasakan menutup aurat, tak izin konsert maksiat, tak izin makyong, tak izin pub dan KeraOK Semuanya dikritik hebat oleh orang melayu Islam sendiri. Sebaliknya memperbanyak disko, pub dan KeraOK, lesen kepada rumah urut, pusat-pusat judi, menjemput artis lucah luar negara (inul, pussycat doll, bollywood), mengeksplotasi aurat-aurat wanita melalui iklan TV, Akhbar dan Majalah dan 1001 maksiat yang diizinkan, diulangi diizinkan dengan permit dan lesen. Tidak pula puak-puak ini bising dan membantahnya, maklumlah kena dengan nafsu mereka ISLAM AJAR YANG KENA NAFSU NI TEMPAT DIA DALAM NERAKA !!!!! Kerajaan Kelantan cuba melaksana peraturan yang bercanggah dengan nafsu manusia sebab nak menyelamatkan umat manusia di akhirat kelak. |
Farveen ![]() ![]() |
![]()
TULAH, takpaham..
kalau tak sekolah agama sekalipun, kat sekolah biasa, ustazah/ustaz pun ada ajar mana yang dosa, mana yang pahala.. takkan tak tau juga agaknya.. mushkil..mushkil.. |
imtihan_insyirah ![]() ![]() |
![]()
Pada 21-12-06 11:23 , AzmilMustapha posting:
!!! QUOTE !!! SUSAHNYA MELAKSANAKAN SYARIAT, SENANGNYA MELAKSANAKAN MAKSIAT setuju dengan sdr azmil mustapha. pemimpin menjaga amanah.. dan golongan pemimpin akan ditanya diakhirat kelak.. adakah mereka menjalankan amanah dengan baik? tambah2 golongan pemimpin yang ada ilmu agama... lagilah berat tanggungjawab dan amanah yang dipikul. sekarang ni yang banyak kat malaysia ulama su'.. itulah tanda-tanda akhir zaman. pemimpin fasik dan munafik diangkat jadi pemimpin. manusia hidup kat atas dunia ni atas belas ihsan Allah..terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan... Allah dah bagi panca indera yang lengkap, rezeki yang mencurah-curah..melimpah2..nikmat kedamaian, ketenangan... terpilih untuk jadi muslim, diberikan nikmat iman lagi... kalau nak diceritakan satu persatu memang tak habis sebab nikmat Allah tak terhitung banyaknya.. "Manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu mahu ragui?" Surah an-Najm 27:55 "Tidakkah kamu pehatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)-mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin...." (Luqman : 20) "Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya...." (an-Nahl : 16:18 ) mengapa tiada rasa malu sedikit pun DIA? tiada rasa malu untuk berbuat maksiat.. mana hilangnya perasaan takut pada azab dan kemurkaanNYA?? siapa yang beri rezeki? bukankah Allah... kenang2kanlah segala nikmat Allah..kalau Allah tak izinkan, nak kerdipkan mata pun kita tak mampu. nak angkat jari jemari pun tak berdaya.. apatah lagi nak berkata-kata dalam hati, kita takkan mampu tanpa izinNya. dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besarnya..itu semua datang dr Allah. ya Allah ampunkan dosa kami... kuatkan diri kami untuk terus teguh berada di jalanMu.. kurniakan hidayah taufiqmu buat seluruh alam.. ameen ----------------- ALLAH IS ENOUGH FOR ME [ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 21-12-06 11:47 ] |
saifuddin_92 ![]() |
![]()
Hati dah hitam sangat agaknya.Sampai susah 'Nur' nak masuk dalam diri.Tula agaknya yang mereka rasa Islam hanya solat,puasa dengan zakat.
Waallahua'lam. |
hafizie ![]() ![]() |
![]() |
kuahdurian ![]() ![]() |
![]()
Pada 16-12-06 08:19 , AzmilMustapha posting:
!!! QUOTE !!!
hmm itulah. isi tersirat lain dalam ayat yang saudara petik tu memang bermaksud "bila lagi Pas akan menakluk Kedah ya?" kami semua sedia menyerah diri... ![]() ----------------- JANGAN AMBIL HATI, AMBIL ISI... |
pharmaton ![]() |
![]()
Pada 21-12-06 11:23 , AzmilMustapha posting:
!!! QUOTE !!!
betul!! |
fazleena ![]() ![]() |
![]()
ni masanya kita sebagai generasi baru membuka minda dan menukar persepsi kuno orang ramai....
saya bukanlah baik sangat...tapi, agama tetap agama. ISLAM PERLU DI PERTAHAN KAN.. nak tanya, "apa hukumnya Kalau org Islam sendiri menentang dan mengkritik usul ini?Adakah jatuh hukum murtad? Minta Penjelasan yang Arif" |
eme86 ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU... |
aye ![]() ![]() |
![]()
Pada 27-12-06 01:33 , fazleena posting:
!!! QUOTE !!! ni masanya kita sebagai generasi baru membuka minda dan menukar persepsi kuno orang ramai.... Ana pun nak tau juga...... mungkin geng2 islah tau agaknya.... setahu ana kalau org kafir menentang hukum islam boleh dkategori sebagai kafir harbi dan wajib diperangi...... tapi kalau orang islam...!!!!! Teringat ana tindakan abu bakar yang mmerangi skumpulan orang islam yang enggan mbayar zakat.......... kalau kat malaysia ni berapa banyak kompeni islam yang tak bayar zakat........... pelik-pelik... dunia dah tebalik.... apapun ana tetap.... TAKBIR!!!!! ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
trouver_99 ![]() ![]() |
![]()
sekali lagi jawapan...media yang pandai cetuskan kontroversi...cuba kalau barat buat dulu..semuanya akan dipandang bagus oleh media..tapi bila diberitahu Islam sudah lama anjurkan sedemikian,ianya akan dipandang sepi oleh media...banyak kenyataan dari orang liberal keluar di media tetapi dari orang yang benar-benar memahami Islam tak dapat keluar di media..cuba klik search apa yang tertulis di protocols of zion..hasutan media dapat memperalatkan orang Islam untuk membunuh orang Islam..masyaAllah..
----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = [ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 27-12-06 08:47 ] |
sailormoon ![]() ![]() |
![]()
Pada 14-12-06 13:45 , eme86 posting:
!!! QUOTE !!!
Hmmm...Bagus juga idea ni... ----------------- ![]() |
aye ![]() ![]() |
![]()
Pada 21-12-06 11:40 , imtihan_insyirah posting:
!!! QUOTE !!! Pada 21-12-06 11:23 , AzmilMustapha posting: so sama-samalah kita bpesan2 kerana manusia itu pelupe.... "Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman" ad-dzariat 55 ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
pharmaton ![]() |
![]()
Pada 27-12-06 01:33 , fazleena posting:
!!! QUOTE !!!
adakah istilah MUNAFIQ sesuai digunakan kepada penentang-penentang beragama Islam yang menentang usaha memertabatkan Islam?? kalau saidina abu bakar r.a masih hidup, agak-agaknya lah apa yang beliau akan lakukan terhadap penentang-penentang yang beragama Islam ni?? |
acok_86 ![]() ![]() |
![]()
moga kita semua membantu org yang nak bawa islam,jangan lah ditentang para pendukung islam kalau sedar diri sendiri tidak mampu membawa islam..
|
nuraisha ![]() |
![]() |
mizie_hafiz80 ![]() |
![]()
Tapi kenapa budak- budak kelantan jadi haru- biru...? Lebih teruk berbanding budak- budak yang dilahirkan di negeri- negeri yang tak diperintah oleh untuk guru... Budak kelantan cuba jawab...
|
eme86 ![]() ![]() |
![]() ![]() ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU... |
nuraisha ![]() |
![]()
ada statistik @ bukti yang jelas tak tentang kenyataan anda...
mungkin yang awak jumpa tu macam tu... kat sarawak ni pun, tak kurang hebatnya ada yang sangat patuh pada ajaran dan ada jugak yang terpesong jauh hingga tak dapat dibezakan muslimah dengan bukan islam |
aye ![]() ![]() |
![]()
Pada 30-12-06 16:21 , pharmaton posting:
!!! QUOTE !!! Pada 27-12-06 01:33 , fazleena posting: Entahlah.... kalau dulu amirulmukminin Abu Bakar dia memerangi golongan ni... tapi amirulmukminin hadhari pak lah tak tau pula..... apo gamok???? ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
aye ![]() ![]() |
![]()
Pada 03-01-07 22:46 , mizie_hafiz80 posting:
!!! QUOTE !!! Tapi Kenapa budak- budak kelantan jadi haru- biru...? Lebih teruk berbanding budak- budak yang dilahirkan di negeri- negeri yang tak diperintah oleh untuk guru... Budak kelantan cuba jawab... Woi..... anda cakap biar belapis sikit..... aku budok qlate.... tapi dah 7 tahun aku dok skitar KL-Selangor....... anda berapa lamo dok kelate???? atau berapa kali pergi klate???? Aku mwakili budok2 klate tak akan bkropromi dengan tuduhan mu ni........ tunjukkan bukti.... (anda telah mfitnah budak-budak klate dan tok2 guru yang mmerintah klate)........ Maaf aku bcakap kasar.... "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" AL-israk 36 ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
triptofana ![]() ![]() |
![]()
Sabar sabar aye....
memanglah tidak dinafikan ada anak2 kelantan yang teruk dari segi akhlak dan pakaiannya di kelantan, tapi xdelah lebih teruk berbanding negeri lain. Anak2 kelate masih lagi bertudung bila keluar rumah walaupun baju dan seluarnya ketat...masalah ni ibubapa yang kena ambik perhatian. Kerajaan negeri kelantan memang ada buat kempen menutup aurat tapi dah tak hendak ikut, apa boleh buat. Klik disini untuk tengok billboard tu....(skrol ke bawah sikit) Walaubagaimana pun kerajaan negeri kelantan telah berusaha mencegah maksiat ni dengan menutup semua disko dan pusat karaoke dan yang terbaru mendenda wanita yang berpakaian seksi dan tidak menutup aurat... ----------------- Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman. [ Telah diedit oleh: triptofana pada 04-01-07 10:46 ] |
bee_hasanah ![]() |
![]()
memang pompuan2 lah ni dah makin rendah akhlaknya..
walaupun ana sendiri perempuan.. memang patut dibuat undang2 macam 2,baru mata orang atasan terbukak.. |
maya_sakura ![]() |
![]()
memang patut pun TOK GURU buat denda begini...demi menjaga kemaslahatan ISLAM tercinta...
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM!!!! .................................................. CINTA ITU SUATU ANUGERAH, PELIHARALAH IA dengan SEBAIKNYA.. |
bee_hasanah ![]() |
![]()
tapi kenapa hanya orang kelantan saja yang cuba nak banteras..kenapa tak ada tindakan dari jabatan2 yang lain
fikirkan.. |
triptofana ![]() ![]() |
![]()
Kenapa? fikirkan?
emmm....macam mana nak buat tindakan. cuba perhatikan, isteri2 menteri besar negeri lain, macam mana pemakaian mereka? jika isteri dan anak pun, mereka tak mampu tegur supaya menutup aurat, inikan pula nak ambik tindakan terhadap rakyat! |
Nur_Humaira_1342H ![]() ![]() |
![]()
Denda Dan Konsep Pemakaian Islam
Isu berkaitan cara berpakaian di kalangan wanita Islam timbul semula selepas Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB – BRI) menguatkuasakan Kod Etika Pakaian dengan mengenakan kompaun sebanyak RM500 ke atas pekerja wanita Islam di premis-premis perniagaan yang tidak berpakaian menutup aurat, manakala yang bukan Islam disyaratkan berpakaian sopan. Peraturan tersebut mula dikuatkuasakan memandangkan nasihat yang diberikan oleh MPKB sejak 10 tahun yang lalu tidak diendahkan (harakahdaily 25 Disember 2006). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Haji Takiyuddin Hassan, mengatakan bahawa setiap wanita Islam hendaklah menutup aurat kecuali apa yang biasa ternampak iaitu muka dan tapak tangan dan lelaki Islam pula diantara pusat dan lutut. Walaubagaimanapun wanita bukan Islam dikehendaki berpakaian sopan. Sehingga kini, seramai lebih kurang 160 wanita Islam yang tidak memakai tudung ketika bekerja dikenakan kompaun oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sejak Januari lalu.( Utusan Malaysia 9/9/2006 ) Tindakan MPKB itu telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan barisan pemimpin negara. Ini termasuklah daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan:"We are already facing problems in terms of interpretation on what constitutes indecent dressing. This (move) will only create uneasiness and unhappiness among certain quarters or groups.They (the council) should not get overly excited to act based on their own interpretationâ€. (NSTP) (Kita sedang menghadapi masaalah dalam menafsirkan apa yang dimaksudkan dengan pakaian bersopan. Pendekatan ini hanya menyebabkan keresahan dan tidakpuas hati pihak dan kelompok lain. Mereka tidak sepatutnya bersikap gopoh dan bertindak mengikut pentafsiran sendiri) Dr. Rozaidah dari kelab penyokong BN yang juga merupakan MP bahagian Ampang menyatakan:That it was a person’s right to dress as she pleased and no one had the right to dictate the person’s way of dressing. By imposing fines, it only shows the shallow-mindedness of the council (NSTP) ( Seseorang itu berhak menentukan bagaimanakah cara dia hendak berpakaian dan orang lain tidak berhak mencampuri urusan pakaian seseorang itu. Dengan mengenakan denda, ia hanya membuktikan pemikiran sempit majlis(MPKB)) Menteri Besar Kelantan pula memberi justifikasi terhadap pendekatan MPKB memandangkan masalah rogol dan keruntuhan akhlak semakin banyak dan berkembang, bukannya semakin berkurang. Kerana itu, Islam awal-awal lagi menetapkan peraturan berpakaian yang kita panggil menutup aurat sebagai langkah mencegah perkara tidak bermoral dalam masyarakat. (Harakah) Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil pula mendakwa peraturan tersebut telah menyebabkan golongan wanita tidak dapat menentukan pilihan mereka dalam berpakaian, sebaliknya ditentukan oleh Kerajaan Negeri. Islam Mengatur Kehidupan Manusia. Hukum berpakaian yang telah ditentukan oleh Islam bukanlah mencegah seseorang wanita itu untuk memakai pakaian yang disukainya. Perundangan Islam diturunkan oleh Allah SWT bertujuan untuk mengatur kehidupan manusia agar sesuai dengan fitrah mereka, tidak sama sekali menyekat semua aktiviti. Hukum berpakaian di dalam Islam berkait rapat dengan sistem pergaulan di antara lelaki dan wanita. Maka apabila seorang lelaki mukmin berinteraksi dengan wanita muslim atau bukan, mereka hanya berhak memandang bahagian-bahagian wanita yang dibenarkan, iaitu muka dan dua tapak tangan. Tidak ada kebebasan mutlak di dalam Islam. Seorang muslim wajib untuk terikat dengan hukum syara' yang telah diturunkan oleh Allah SWT. Ini termasuklah di dalam bab hukum tentang pemakaian. Firman Allah SWT : “Katakanlah kepada laki-laki mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemahuannya, sikap demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui atas apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya†( An-Nur : 30-31 ) Bagi para wanita muslim, perintah untuk mereka menutup aurat adalah jelas dan tidak ada perselisihan di kalangan ulama silam berhubung makna firman Allah SWT di bawah: “Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain yang biasa nampak padanya. Hendaklah mereka menutup (khimar) kebahagian dada merekaâ€.( An-Nur : 31 ) “wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan wanita-wanita mukmin,hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka. Kefahaman ayat-ayat di atas telah pun dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan diikuti oleh para sahabat. Ia kemudiannya diwarisi pula oleh para pengikut sahabat ( tabi’in). Dan sejak dari dahulu lagi, hukum berkaitan berpakaian tidak pernah berubah. Seluruh dunia Islam telah pun maklum bahawa pakaian bagi wanita muslim adalah dengan berjilbab dan menutup seluruh kepala sehingga ke bahagian dada ( khimar) kecuali muka dan tapak tangan. Semua ini telah dilaksanakan oleh kaum muslimin sejak ratusan tahun dahulu.Maka dengan itu, sesiapapun tidak berhak untuk mempertikaikan atau menafsirkan semula hukum cara berpakaian yang wajib diikuti oleh lelaki mahupun wanita muslim. Sebahagian daripada bukti-bukti di atas menunjukkan bahawa Islam sebenarnya telah meletakkan garis panduan yang jelas di dalam berpakaian, tatacara berinteraksi dan peranan lelaki dan wanita di dalam kehidupan. Dengan itu akan terwujud interaksi antara lelaki dan wanita dalam suasana yang harmoni. Sumber : mykhilafah.com ----------------- BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH |
aye ![]() ![]() |
![]()
Pada 04-01-07 12:58 , Nur_Humaira_1342H posting:
!!! QUOTE !!! Denda Dan Konsep Pemakaian Islam Hehe.... HT pun sokong..... so ana nak ajak semua ahli jemaah HT, sama-sama sokong dan undi PAS....... blapang dada kita terima sistem demokrasi sebagai wasilah untuk daulah islamiyah.....lepas tu baru boleh bina khilafah islam ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
songkok_aji02 ![]() |
![]() |
Nur_Humaira_1342H ![]() ![]() |
![]() !!! QUOTE !!! Pada 04-01-07 13:10 , aye posting:sama-sama sokong dan undi PAS....... blapang dada kita terima sistem demokrasi sebagai wasilah untuk daulah islamiyah.....lepas tu baru boleh bina khilafah islam ![]() Sebenarnya,kita tak perlu menggunakan demokrasi sebagai wasilah untuk menubuhkan Daulah Khilafah Islamiyyah.Islam kan sebuah agama yang syumul dan kaffah.Malahan,ISLAM juga telah menunjukkan cara yang paling berkesan untuk mewujudkan Daulah Khilafah Islamiyyah.Dan sedikit pun tidak bercanggah dengan metod perjuangan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dalam rangka mewujudkan Daula Khilafa Islamiyyah.Cuma,kita sahaja yang tidak mengikuti dan meneladani metod/thariqahnya.Sebaliknya,sanggup mengambil metod/thariqah yang bercanggah dengan metod perjuangan baginda Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam. Oleh itu,marilah sama-sama kita baca dan fahami dengan teliti jurnal di bawah;agar kita dapat mengikuti metod perjuangan baginda Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam.Dan meninggalkan segala metod yang bercanggah dengan syari'at. Cara Menubuhkan Negara Islam .::Antara Metod Akal dan Wahyu::. Dapat dikatakan, tidak ada satu ulama pun yang menolak bahawa kewujudan Al-Khilafah adalah masalah ma'belum min ad-din bi ad-darurah. Bahkan, pembahasan ini telah menjadi satu kajian penting dalam pembahasan usuluddin (1). Masalahnya, ulama-ulama dahulu tidak pernah membahas, bagaimana cara menubuhkan Al-Khilafah, sebab mereka hidup pada zaman negara Islam tersebut masih ada. Mereka juga tidak pernah membayangkan, bahawa negara ini akhirnya akan runtuh pada tahun 1924. Malahan mujtahid yang hidup pada masa-masa akhir negara Islam ini, seperti As-Syawkani (w. 1298 H/1873 M) tidak pernah sedikit pun membahas isu berkenaan. Sebaik saja negara Islam ini dijatuhkan, tidak ada usaha dari kaum muslimin untuk menubuhkan semula, kerana pemikiran dan perasaan mereka telah terpesong dengan tipu muslihat orang-orang kafir. Selama hampir 3 dekad, iaitu dari dekad 1920-an hingga 1950-an, isu ini tidak menjadi perhatian kaum muslimin, sekalipun sudah banyak gerakan yang ditubuhkan umat Islam bergerak di tengah masyarakat. Setelah dekad 1950-an, khususnya sejak dekad 1970-an, lebih khusus lagi setelah Revolusi Iran, kesedaran kaum muslimin mula pulih, dan isu "negara Islam" ini telah mengarahkan pandangan umum kaum muslimin. Natijahnya, semua gerakan, jamaah dan parti Islam pada dekad 1980-an hingga sekarang, menuntut berdirinya negara Al-Khilafah Islam, sekalipun dengan gambaran yang masih kabur, termasuklah bagaimana mereka hendak menubuhkannya ? Dan dari mana mereka hendak memulakannya ? Dan masih banyak lagi yang belum jelas. Oleh itu, tulisan ini berusaha untuk mengungkap pelbagai jalan yang ditempuh oleh gerakan, jamaah atau parti Islam dalam rangka menubuhkan negara Al-Khilafah Islam untuk menjadi wacana, sekaligus membuka mata umat agar mengetahui jalan yang benar. Akan tetapi, sebelumnya perlu dihuraikan dasar kewajiban menubuhkan Al-Khilafah, supaya mampu membangkitkan kesedaran akan kewajibannya melalui metod (Thariqah) yang berdasar pada wahyu Allah SWT iaitu menurut manhaj nubuwwah. Metod Melakukan Perubahan dan Mendirikan Negara Sejak negara Al-Khilafah Islam digulingkan oleh tali barut negara kafir dan Yahudi, terdapat berbagai-bagai cara dan pendekatan yang ditempuh oleh umat Islam dalam rangka menubuhkan semula Al-Khilafah. Didapati lebih dari dua dekad terakhir pada abad ke-20 yang lalu, gerakan Islam memainkan peranan politik yang penting di kebanyakan negara, terutama di dunia Islam. Pada tempoh tersebut pelbagai isu yang berkaitan dengan gerakan Islam seperti hubungan antara gerakan Islam dengan kerajaan, pembentukan masyarakat madani, perjuangan hak asasi manusia dan impian untuk mewujudkan sebuah negara merdeka agar mereka dapat mendirikan negara Islam, telah menjadi fokus utama kegiatan politik gerakan Islam tersebut. Kepentingan peranan gerakan Islam di dunia Islam amat ditentukan oleh pendekatan politik yang digunakan dalam menangani isu sesuai dengan pendekatan Islam. Bertolak dari kegagalan mempertahankan keutuhan negara Al-Khilafah Islam, didapati wujud pola yang berbeza dalam kegiatan gerakan Islam tersebut. Kelompok-kelompok dakwah yang bergerak di luar bidang politik pada hakikatnya tidak berkaitan langsung dengan masalah utama kaum Muslimin masa kini. Ini kerana gerakan-gerakan tersebut tidak mungkin berupaya mencapai tujuan yang sepatutnya diwujudkan kaum Muslimin, iaitu menegakkan negara Al-Khilafah Islam dan mengembalikan penerapan hukum berdasarkan apa yang diturunkan Allah. Dalam konteks ini, perlu dihuraikan pembahasan tentang metod ; dari segi hakikat metod, sifat dan bentuk-bentuk metod yang berbeza mengikut objek hukum yang akan dilaksanakan. Hakikat Metod Metod adalah hukum, sama ada bersumber dari akal mahupun syarak, yang bersifat tetap dan berkenaan dengan aspek praktikal (`amaliyyah), yang secara langsung menjadi sebab kepada terlaksananya konsep tertentu, pemeliharaan dan penyebarannya. Dari gambaran tentang hakikat metod di atas, dapat dicontohkan, bahawa Demokrasi merupakan hukum akal yang tetap untuk melaksanakan konsep kebebasan (liberalisme), serta untuk mempertahankan dan menyebarkan konsep tersebut. Oleh kerana itu, Demokrasi dalam konteks ideologi Kapitalisme, dapat disebut sebagai Metod Kapitalisme dalam mewujudkan, mempertahankan dan menyebarkan idea kebebasan. Akan tetapi, untuk mewujudkan, mempertahankan dan menyebarkan Demokrasi diperlukan metod yang lain, yang ditetapkan oleh pencetusnya dalam bentuk pilihan raya. Oleh itu, pilihan raya merupakan hukum akal yang tetap untuk melaksanakan konsep kebebasan berbicara, menyatakan pendapat dan menentukan pilihan, yang dikenali dengan istilah Demokrasi itu. Di sini, Demokrasi-Kapitalisme memandang pilihan raya sebagai kewajiban, bukan pilihan yang "mubah". Sementara Al-Khilafah merupakan hukum syarak yang tetap untuk melaksanakan konsep keterikatan kepada hukum Allah, serta untuk mempertahankan dan menyebarkan konsep tersebut. Oleh kerana itu, dalam konteks ideologi Islam, Al-Khilafah dapat disebut sebagai Metod Islam dalam mewujudkan, mempertahankan dan menyebarkan keterikatan kepada hukum Allah. Akan tetapi, untuk untuk mewujudkan, mempertahankan dan menyebarkan Al-Khilafah diperlukan metod yang lain, yang ditetapkan oleh as-Syari' dalam bentuk "Metod Rasulullah SAW". Kerana itu, "Metod Rasulullah SAW" merupakan hukum syarak yang tetap untuk melaksanakan konsep keterikatan kepada hukum Allah, yang diterapkan secara menyeluruh oleh Metod yang bernama Al-Khilafah itu. Di sini, Islam memandang "Metod Rasulullah SAW" sebagai kewajiban, bukan pilihan yang "mubah". Sifat-sifat Metod Dari huraian tentang hakikat metod di atas, maka sifat-sifat metod tersebut dapat dirumuskan seperti berikut : a). hukum syarak yang tetap, kerana itu dapat disifatkan dengan hukum wajib. b). bersifat praktikal atau fizikal, bukan konsep atau gagasan. c). merupakan sebab bagi natijah yang bersifat praktikal atau fizikal. (2) Dari gambaran tentang sifat-sifat metod di atas, juga dapat dihuraikan, bahawa struggle (perjuangan fizikal) merupakan metod Sosialisme dalam mewujudkan konsep "perubahan yang bersifat material" (dialectical-materialism). Metod ini selari dengan Sosialisme, kerana negara Sosialis adalah negara kuku besi, bukan Demokrasi, yang memaksa semua orang atas nama equality (persamaan hak dan kesamarataan). Struggle yang membawa kepada Revolusi kaum Sosialis ini boleh bertahan, sebab negara yang ditegakkan mengamalkan sistem "kuku besi" (the iron oligarchy). Sekalipun idea-idea Sosialisme tidak diterima pada awalnya, tetapi akhirnya boleh diterima sebab dipaksa oleh sistem "kuku besi." Berbeza dengan Islam, jihad (physical struggle) sekalipun merupakan metod dalam Islam, akan tetapi dalam pandangan syarak, ia tidak dapat dibenarkan sebagai metod untuk menubuhkan negara. Begitu juga, dalam pandangan akal tidak dapat diterima. Ini kerana, negara Islam yang ditegakkan tidak mengamalkan sistem "kuku besi", seperti Sosialisme, sementara sebelum tegaknya negara, kerangka pemikiran yang jelas dan kuat tentang sistem yang akan ditegakkan oleh umat tidak pernah ditanamkan. Akhirnya negara yang dibangun dengan struggle seperti ini hanya akan menjadi permainan kuasa dunia, dan hancur berkecai, kerana tidak diasaskan kepada keyakinan umat yang menjadi sandaran kekuasaannya. Contoh yang terbaik dalam kes ini adalah Afghanistan. Bentuk-bentuk Metod yang Berbeza Dengan hakikat dan sifat-sifat di atas, banyak hukum akal atau syarak yang bersifat tetap, yang boleh dijadikan sebagai metod, sekalipun tidak semua metod sesuai untuk semua tujuan. Oleh kerana itu, bentuk-bentuk metod yang berbeza juga mesti difahami dengan cermat. Sebagai contoh jihad. Dari segi hakikat, jihad adalah metod untuk menyebarkan Islam, dan mempertahankan kekuasaan Al-Khilafah dari serangan kaum kuffar. Akan tetapi, jihad bukan metod untuk menubuhkan negara Al-Khilafah Islam. Berdo'a kepada Allah adalah aktiviti fizikal yang dapat dikatakan sebagai "metod" untuk mendekatkan diri kepada Allah, tetapi do'a bukan merupakan metod untuk menubuhkan negara Al-khilafah Islam, mengubah keadaan yang rosak atau kezaliman yang terjadi di tengah masyarakat. Meskipun para pejuang keadilan dan penegak kebenaran wajib berdo'a kepada Allah untuk menguatkan spirit perjuangannya. Dalam konteks yang terakhir ini, dapat difahami, mengapa orang kafir dari segi kedekatan kepada Allah dapat dikatakan langsung tidak mempunyai hubungan ternyata ketika ini boleh menghancurkan umat Islam. Sebaliknya, umat Islam kalah. Persoalannya bukan kerana do'a mereka, tetapi kerana aktiviti fizikal mereka. Sebaliknya, umat Islam yang tidak henti-henti berdo'a siang dan malam, tetapi kerana tidak melakukan tindakan fizikal yang boleh membawa kepada perubahan, akibatnya keadaan mereka tetap sama sahaja. Metod Akal Vs Wahyu dalam Menubuhkan Negara Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan, bertolak dari standard Islam dan bukan Islam, atau meminjam istilah Ibn Khaldun disebut siyasah syar'iyyah dan siyasah 'aqliyyah, maka pola dan pendekatan yang kemudian disebut metod gerakan tersebut, dapat dibahagikan kepada dua, iaitu metod akal dan metod syarak (wahyu). Secara zahir untuk mengelompokkan metod kepada metod akal dan syarak ini sangat sukar, lebih-lebih ketika metod berkenaan sebahagiannya bersumber dari Islam dan dapat disebut sebagai Metod Islam, meskipun kemudian penerapannya salah, atau lebih tepat bukan pada tempatnya. Seperti jihad yang digunakan untuk menegakkan negara Islam adalah metod yang tidak sesuai, sekalipun metod ini sesuai untuk menyebarkan Islam. Akan tetapi, jika sumber pemikiran pengambilan metod tersebut dianalisis dengan cermat, akan nampak perbezaannya. Dari sinilah, pembahagian metod akal dan syarak dapat dirumuskan dengan tepat. Dikatakan metod akal, kerana metod ini lahir bukan dari proses ijtihad dalam menyelesaikan kes-kes yang berkembang di tengah masyarakat, akan tetapi lebih kepada menjadikan realiti masyarakat sebagai standard untuk melakukan tindakan. jika kemudian digunakan pandangan syarak, tidak lebih hanya untuk menjustifikasi tindakan yang sudah terlanjur menjadi setereotaip perjuangan. Kesimpulan ini diambil berdasarkan hukum-hukum dan nas-nas yang digunakan, biasanya mengikut kepentingannya, yang nampak dari sikap pilih-pilih terhadap nas. Adakalanya "Metod Rasulullah SAW" dikatakan tidak sesuai untuk zaman sekarang, tetapi yang menghairankan pada masa yang sama tindakannya dijustifikasi dengan "sirah Rasulullah SAW" yang lain. Sebaliknya, dikatakan metod syarak, sebab metod ini benar-banar lahir dari proses ijtihad dalam menyelesaikan kes-kes yang berkembang. Metod ini digali dari nas secara keseluruhan, sama ada al-Qur'an mahupun as-Sunnah (baik qawliyyah, fi'liyyah mahupun taqririyyah), melalui kaedah-kaedah usul yang muktabar. Metod ini juga tidak keluar sedikitpun dari "Metod Rasulullah SAW" dalam menubuhkan negara Islam. Ini kerana Metod tersebut diasaskan kepada Rasulullah SAW sebagai qudwah, yang secara mutlak wajib diikuti, sebagaimana yang dirumuskan oleh ulama usul dengan tiga ciri : a). Mumatsalah (duplikasi bentuk) b). `Ala wajhih (duplikasi sifat) c). Min ajlih (duplikasi masa) Ini dari satu aspek, iaitu ittiba' (lihat Al-Amidi, al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, hanya 1, hlm. 172) Dari aspek yang lain, iaitu aspek al-qiyam bi al-fi'l (pelaksanaan perbuatan), status melaksanakan "perbuatan Rasul" dibezakan seperti berikut : 1) Jibiliyyah, iaitu perbuatan yang dilakukan oleh Rasul SAW sebagai manusia biasa, dan tidak ada kena-mengena dengan Baginda sebagai Rasul, seperti Baginda memerlukan makan, minum, tidur, berjalan, duduk, berdiri, berbaring dan sebagainya. Semuanya ini merupakan perbuatan mubah bagi Baginda, juga bagi umatnya. Oleh itu, hukum melaksanakan "perbuatan Rasul" dalam kes berkenaan bagi umatnya adalah mubah. 2) Ghayr al-jibiliyyah, iaitu perbuatan yang bukan berkenaan dengan ciri-ciri Baginda sebagai manusia, tetapi sebagai Rasul. Di sini, perbuatan Baginda dapat dibahagikan kepada dua : (a) Khawwas ar-Rasul, iaitu perbuatan yang ditetapkan sebagai kekhususan bagi Rasul, yang tidak boleh dilakukan oleh umatnya, seperti keharusan puasa wisal (Bukhari, Sahih, hadis no. 21861 dan 1864, Muslim, Sahih, no. 1103. Semuanya dari Ibn Umar). (b) Ghayr Khawwasar-Rasul iaitu perbuatan yang ditetapkan bukan khusus untuk Rasul, yang "perbuatan Rasul" tersebut boleh dilakukan oleh umatnya mengikut ketentuan : i. Bayan khitab sabiq, iaitu perbuatan Rasul yang dimaksudkan sebagai penjelasan bagi seruan sebelumnya, sama ada untuk menetapkan atau menafikan. Adakalanya diterangkan dengan pernyataan yang jelas (sarih al-qawl) seperti "Solatlah kamu sepertimana cara aku solat" (hari Bukhari hadis no. 595). Adakalanya diterangkan dengan petunjuk tindakan, iaitu tindakan yang hanya dilakukan ketika diperlukan untuk menerangkan seruan sebelumnya seperti Baginda SAW memotong tangan kanan pencuri (Musnad Ahmad, hanya II, hlm. 177) untuk menerangkan seruan al-Qur'an, surah al-Maidah (05):38. Hukum melaksanakan perbuatan Nabi SAW dalam kes ini mengikut seruan yang diterangkan oleh "perbuatan Rasul", jika seruan yang diterangkan bererti wajib, maka penjelasan Nabi SAW hukumnya wajib dilaksanakan oleh umatnya, dan jika mandub bererti mandub, begitu juga jika mubah, bererti juga mubah. ii. Ghayr al-bayan li khitab sabiq, iaitu perbuatan yang bukan menjadi penjelasan bagi seruan sebelumnya, selain tuntutan untuk melakukan perbuatan secara tulen. Dalam konteks ini, perbuatan tersebut dilaksanakan oleh umatnya mengikut petunjuk-petunjuk yang menentukannya, sama ada wajib, mandub ataupun mubah (lihat al-Amidi, op. cit., hanya I, hlm 173, `Ata' bin Khalil, Tasyri' al-Wusul ila al-Usul, hlm. 75-76). Dengan demikian, berdasarkan dua aspek di atas, iaitu aspek ittiba' dan aspek al-qiyam bi al-fi'l, seluruh aktiviti dakwah Rasulullah SAW dapat difahami dan dianalisis, sehingga dari hasil analisis tersebut "Metod dakwah Rasulullah SAW" dapat dirumuskan dengan tepat. Di samping itu, kegagalan dalam memahami Metod Rasulullah SAW ini juga membawa implikasi yang sangat besar kepada kegagalan setiap usaha yang bertujuan untuk membangkitkan umat, melalui penubuhan negara Al-Khilafah Islam. Berdasarkan pembahagian Metod akal dan syarak (wahyu) di atas, maka Metod yang ditempuh oleh kumpulan, parti atau jamaah yang berupakan: a). Jihad (revolusi) b). Pilihanraya-Demokrasi c). Islah (reformasi) d). Metod Rasulullah SAW dapat dibezakan kepada dua bentuk, iaitu Metod akal dan syarak (wahyu). Metod Akal dalam Menubuhkan Negara Islam Berdasarkan standard di atas, selain dari "Metod Rasulullah SAW" dapat dimasukkan ke dalam metod akal, bukan metod syarak. Sebab, metod berkenaan bukan merupakan natijah ijtihad yang sahih berkenaan dengan objek hukum yang hendak diselesaikan. Metod Jihad Dari segi hukum syarak, jihad adalah fardu, sama ada kifayah mahupun `ainiyyah. Jihad juga dianggap oleh para ulama sebagai perkara ma'belum min ad-din bi ad-darurah. Di samping itu, jihad sebagai metod untuk menyebarkan Islam juga dapat ditemukan dengan jelas dalam nas as-Sunnah (3), termasuk jihad sebagai metod untuk memerangi pihak berkuasa "khalifah" ketika jelas menampakkan kekufuran yang nyata (4). Semuanya ini merupakan hukum yang jelas, tidak perlu dinafikan. Akan tetapi, yang menjadi soalan adalah mengapa metod jihad ini dimasukkan ke dalam metod akal dalam menubuhkan negara Islam? Dalam kes ini ada tiga alasan. Pertama, kerana kebanyakan mereka ketika menempuh Metod jihad bukan kerana bersandar kepada nas syarak yang membenarkan tindakan berkenaan, tetapi kerana pertimbangan politik-kekuasaan, yang dalam pandangan mereka akan dapat diraih dengan cepat melalui jihad. Kedua, dalam konteks ittiba' kepada Rasul, maka kenyataan Nabi SAW (5) "Kita belum diperintahkan untuk melakukan perkara itu (jihad). Kembalilah ke tempat-tempat kamu." Wajib dianalisis berdasarkan standard: mumatsalah (duplikasi bentuk), `ala wajhih (duplikasi sifat) dan min ajlih (duplikasi masa). Dalam konteks mumatsalah (duplikasi bentuk), jelas penggunaan tindakan ketenteraan dalam menubuhkan negara Islam, bukan merupakan duplikasi bentuk ittiba' kepada Nabi SAW. Penggunaan tindakan ini juga tidak mencerminkan duplikasi masa, iaitu bila tindakan ini digunakan, sama ada sebelum negara Islam berdiri atau setelah berdiri ? Ini juga dikuatkan dengan nas hadis bye'at riwayat Muslim dari Ubadah bin Samit (6). Ketiga, apabila ada hujah yang menyatakan, bahawa setelah Rasul wafat, al-Qur'an telah sempurna, sehinga semuanya wajib dilaksanakan secara serentak dan sekali. Hujah ini benar, tetapi dangkal jika dilihat dari segi bahawa setiap hukum yang ditetapkan oleh syarak akan selalu terkait dengan manat-nya (7). Melepaskan hukum syarak dari manat-nya akan menyebabkan penerapan hukum tersebut menjadi salah. Contoh manat – Hukum Kharaj. lah merupakan hukum yang berkenaan dengan : (1) Tanah, selain tanah `usyriyyah (seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan sebagainya), (2) Tanah pertanian, (3) Diterapkan berdasarkan penghasilan tanah, (4) Untuk orang Islam dan bukan Islam, dan (5) Hanya boleh diambil oleh khalifah, bukan yang lain. Di sini dapat dikatakan, bahawa manat (sifat keadaan objek) hukum kharaj tersebut tidak boleh dilepaskan dari 5 perkara di atas. Jika 5 perkara tersebut ada, bererti hukum tersebut dapat dilaksanakan, dan sebaliknya jika tidak ada, maka hukum berkenaan tidak dapat diterapkan. Dengan demikian jelas, bahawa melaksanakan jihad yang dipisahkan dari manat-nya hanya akan menyebabkan kekeliruan. Berdasarkan hasil analisis di atas, dapat disimpulkan bahawa penggunaan metod jihad untuk meraih kekuasaan jelas bukan merupakan metod yang dihasilkan oleh proses ijtihad yang sahih, jika tidak dapat disebut bukan hasil ijtihad, atau hanya hasil taakulan. Metod Pilihanraya-Demokrasi Sebelum membahas metod berkenaan, perlu dihuraikan dahulu tentang siapa-siapa kumpulan "Islam" yang terbabit dalam menggunakan metod berkenaan, antara lain : a) Puak pertama, iaitu golongan yang meyakini bahawa Demokrasi adalah satu-satunya sistem pemerintahan Islam, dengan keyakinan bahawa Demokrasi sebahagian dari sistem pemerintahan Islam, sehingga mempejuangkan Demokrasi sama dengan mempejuangkan Islam itu sendiri. b) Puak kedua, iaitu golongan yang mengatakan bahawa Rasulullah tidak pernah mengajar umatnya bagaimana cara memerintah. Bentuk pemerintahan Islam adalah satu bentuk yang tidak tetap, sehingga Demokrasi dianggap perkara yang tidak disebutkan keharamannya dalam al-Qur'an. Oleh kerana itu, ia dihukumi mubah. c) Puak yang ketiga, iaitu puak yang berpendapat bahawa Demokrasi adalah satu sistem yang ada sebahagiannya bercanggah dengan Islam, dan ada yang tidak bercanggah dengan Islam, sehingga mereka mendakwa bahawa ada ajaran Demokrasi yang dibenarkan oleh Islam. d) Puak yang keempat, iaitu puak yang menyakini, bahawa Demokrasi adalah sistem pemerintahan yang bercanggah dengan Islam, sehingga Demokrasi hanya digunakan untuk menubuhkan negara Islam. Sebaik sahaja mendapat negara, barulah sistemnya ditukar. Pada pandangan mereka adalah mustahil untuk mengubah satu sistem pemerintahan yang sedia ada, sekiranya tidak terlibat dalam sistem tersebut. Kumpulan, parti politik atau gerakan semacam ini merupakan vice-versa kepada gerakan jihad. Ada juga yang betul-betul taksub dengan kumpulan mereka, kemudian ada yang menggunakan ayat-ayat al-Qur'an dan hadis yang tidak ada kena-mengena dengan isu ini, dan banyak juga yang menyandarkan pendapat mereka kepada kaedah umum, iaitu satu kaedah fekah untuk mengislamkan cara parti mereka. Untuk membahas kumpulan di atas, pertama sekali perlu dinyatakan, bahawa dari segi realiti Demokrasi adalah sistem bukan Islam sudah jelas, dan merupakan temuan abad ke-20, malahan diperakui telah diimport dari Barat, termasuk menurut orang "Islam" yang memperjuangkannya ( ![]() Sedangkan puak yang ketiga dan keempat, dapat dinyatakan, bahawa sesungguhnya diakui ataupun tidak, mereka menerima jika dikatakan, bahawa pilihanraya-Demokrasi merupakan metod yang digunakan dalam memperjuangkan tegaknya Islam melalui negara. Inilah yang perlu dibahas di sini. Untuk menerangkan kekeliruannya, yang sekaligus menempatkannya dalam metod akal, bukan syarak dapat diterangkan, bahawa setiap ideologi, sama ada Islam, Kapitalisme mahupun Sosialisme selalu mempunyai Metod yang unik. Jika pilihanraya merupakan metod Demokrasi dalam mewujudkan, mempertahankan dan menyebarkan kebebasan, dan struggle (perjuangan fizik) merupakan metod Sosialisme dalam mewujudkan, mempertahankan dan menyebarkan dialectical materialism (perubahan material), maka Islam berbeza dengan semuanya. Islam memandang pilihanraya hanya mubah bukan kewajiban. Dalam pandangan Islam, pilihanraya hanya teknik, bukan metod. lah boleb berubah dan diubah, mengikut keadaan semasa. Baginda SAW mengadakan "pilihan" (intikhab), ketika manat-nya membuktikan bahawa orang yang dipilih setelah bye'at Aqabah kedua belum dikenali, selain oleh kaumnya. Setelah mereka dikenali oleh Baginda SAW, "pilihan" tersebut tidak pernah dilakukan (9). Ini membuktikan, bahawa ia bukan hukum yang tetap, akan tetapi mengikut keadaan semasa. Sekalipun tidak perlu dinafikan, bahawa pilihanraya merupakan hukum syarak yang mubah dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Akan tetapi, menjadikan pilihan raya sebagai metod untuk melakukan perubahan, menubuhkan negara dan memperbaharui kontrak sosial rakyat merupakan kesalahan dalam memahami metod. Dalam kes ini dapat dianalisis ada tiga sebab. Pertama, salah kerana pilihanraya merupakan rnetod Demokrasi-Kapitalisme, yang selari dengan idea kebebasannya, tetapi tidak selari dengan konsep Islam yang mewajibkan keterikatan kepada hukum Allah, bukan kebebasan. Ini nampak ketika di hadapan penyelewengan hukum Allah, suara majoriti langsung tidak mempunyai nilai. Kedua, kesalahan dalam memahami hakikat metod, yang berupa hukum wajib, bukan mubah, sehingga bersifat tetap. Ketiga, ketidaktahuan tentang "Metod Rasulullah SAW" atau mengetahuinya tetapi takut risiko, sehingga memilih jalan yang paling aman dan selamat. Bukti yang terakhir ini nampa dari kaedah fekah yang selalu diulang-ulang (10) : Akhaffu ad-dararayn (Bahaya yang paling ringan di antara dua bahaya) atau kaedah: Ahwan as-Syarrayn (Keburukan yang paling rendah di antara dua keburukan) Dari realiti di atas, nampak bahawa metod ini sangat jauh dari "Metod Rasulullah SAW" sama ada dari aspek ittiba' yang mesti menduplikasikan "perbuatan Baginda" dari segi bentuk, sifat dan masa, mahupun aspek al-qiyam bi al-fi'l yang hukumnya wajib mengikut petunjuk (qarinah) yang ada, iaitu keterikatan Baginda SAW kepada metodnya, sekalipun sentiasa berdepan dengan bahaya secara nyata (11). Metod "Islah" (Reformasi) Kumpulan reformasi yang ingin mengubah pemerintahan yang tidak Islamik dari dalam, iaitu dengan memasuki sistem pemerintahan kufur atau zalim, kemudian diubah secara bertahap supaya menjadi lebih islamik, dan lama kelamaan Islam akan diterapkan secara menyeluruh. Kumpulan ini dengan lain perkataan telah memcampuradukkan antara haq dan batil dengan alasan pengislaman (Islamization). Metod islah ini juga dipopularkan sebagai metod taddarruj (beransur-ansur). Konsep tadarruj atau juga islah ini tidak terikat dengan fasa tertentu. Adakalanya satu hukum dilaksanakan melewati satu fasa, dan adakalanya lebih, bergantung kepada keadaan yang ada. Konsep ini meliputi banyak aspek, ada yang berkaitan dengan akidah, seperti ungkapan : "Sosialisme berasal dari konsep Islam" atau "Demokrasi sebahagian dari Islam". Ada juga yang berkaitan dengan pelaksanaan hukum syarak seperti membiarkan seorang muslimah berpakaian setengah menutup aurat dengan alasan, bahaya suatu masa nanti dia akan menutup aurat secara sempurna. Ada juga yang berkaitan dengan sistem, seperti keikutsertaan kelompok kaurn muslimin dalam sistem yang ada, yang nyata tidak berdasarkan Islam, dengan alasan bahawa ia bukanlah maksud yang sebenar, melainkan semata-mata menjadi sarana atau teknik dan taktik untuk meraih kekuasaan agar nanti membolehkan hukum Islam diterapkan. Kaedah yang digunakan adalah (12) : Maala yudraku kulluhu, lah yutraku jalluhu (Apa yang tidak dapat diraih semuanya tidak semestinya ditinggalkan semuanya) Metod ini dapat dianggap sama dengan metod-metod sebelumnya, sama-sama merupakan metod ta'kulan (akal), bukan metod syarak. Kekeliruannya dapat dikembalikan kepada tiga alas-an : Pertama, Metod ini jelas mencampuradukkan antara perkara yang haq dengan yang batil, dengan alasan darurah (terpaksa kerana berdepan dengan bahaya), walhal tindakan ini jelas-jelas diharamkan oleh al-Qur'an (Al-Baqarah : 42). Kedua, tasamuh (bersikap sabar) terhadap kemungkaran, dalam rangka menghindarkan bahaya yang lebih besar untuk meraih maslahat jangka panjang yang lebih besar, walhal tindakan ini diharamkan oleh nas as-Sunnah (13). Ketika, tiada lagi tadarruj dalam penerapan Islam setelah syariat Islam disempurnakan oleh Allah. Kesalahan ini berlaku kerana tidak dibezakan antara takwin (proses pembentukan hukum) dan tadbiq (penerapan). Zaman Rasulullah adalah zaman takwin, sehingga idea tadarruj menemukan bentuknya, tetapi setelah turunnya surah al-Maidah (05) : 03, tiada lagi tadarruj selain penerapan hukum secara utuh. Metod Syarak dalam Menubuhkan Negara Islam Dari analisis di atas, hanya ada satu metod sahaja yang menepati metod syarak, iaitu metod yang merupakan hasil ijtihad dari sirah Rasulullah SAW dalam menubuhkan negara Islam. metod inilah yang disebut kemudian dengan "Metod Rasulullah SAW" Apa yang dilakukan oleh Rasul semuanya bersumber dari wahyu, bukan yang lain, dan bukan pula merupakan hasil ijtihad Baginda yang mengandungi kemungkinan benar-salah. Ini adalah akidah. Berdasarkan akidah inilah, maka dibangun sikap tsiqqah (yakin) dan qana'ah (patuh seratus-peratus) kepada tindakan Rasulullah, sehingga dapat menduplikasikan dan melaksanakannya secara sempurna. Inilah asas pertama dalam pembahasan "Metod Rasulullah SAW" Berdasarkan standard sebelumnya, "Metod Rasulullah SAW" dalam menubuhkan negara Islam di Madinah dapat dirumuskan seperti berikut : Aspek Ittiba' Pertama, dari aspek duplikasi bentuk (mumatsalah), aktiviti dakwah Rasulullah SAW secara umum berbentuk pemikiran (fikriyyah) dan politik (siyasah). Ertinya, aktiviti Rasulullah SAW adalah aktiviti pemikiran, iaitu aktiviti pembentukan dan pembinaan cara berfikir masyarakat, dari cara berfikir yang rosak menjadi baik. Caranya dengan menyampaikan akidah, pandangan hidup, pemikiran dan pemahaman yang sahih, iaitu Islam, dan menjelaskan kekeliruan segala bentuk akidah, pandangan hidup, pemikiran dan pemahaman yang sesat yang menjadi adat resam jahiliyah. Sedangkan yang dimaksudkan dengan politik (siyasah) sebagai bentuk aktiviti Nabi SAW adalah politik dalam konteks ri'ayat al-masalih (menguruskan kemaslahatan) umat. Aktiviti ri'ayat al-masalih yang menjadi identiti politik Nabi SAW juga sangat jauh dari bentuk fizikal (madiyyah). Gabungan antara bentuk fikriyyah-siyasah ini nampak dalam proses pendidikan Baginda, yang tidak terhad mengajarkan pemikiran tertentu, tetapi juga mendorong sahabat-sahabatnya untuk mengamalkan dan menyampaikannya. Sebelum berjaya menubuhkan negara Islam, Baginda SAW tidak pernah menggunakan bentuk aktiviti fikriyyah-rnadiyyah (pemikiran dan tindakan fizik), atau siyasah-madiyyah (politik dan tindakan fizik). Bukti ini dapat ditemukan ketika Baginda dipukul dari belakang dan dilempar dengan pasir oleh `Uqbah bin Mu'aid, Baginda tidak melakukan apa-apa tindakan fizik. Ketika keluarga Amar diseksa sehingga ibunya meninggal, Baginda hanya memberikan motivasi spiritual : "Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya yang dijanjikan untukmu adalah syurga." Ketika Abdullah bin Mas'ud menyampaikan surah ar-Rahman, kemudian wajahnya dipukul oleh orang Quraisy, Baginda juga tidak melakukan apa-apa tindakan fizik (14). Bentuk aktiviti fikriyyah-siyasah tersebut dapat dihuraikan seperti berikut : (1) Pendidikan intensif, seperti yang dilakukan oleh Hubab bin al-Art ketika ditugaskan oleh Nabi SAW untuk mengajarkan al-Qur'an kepada Said bin Zaid dan isterinya, Fatimah binti al-Khattab (adik Umar) di rumah mereka. Pendidikan ini, seperti dalam riwayat ini, dilakukan secara sirri (rahsia) (lihat 'Ibid, hlm. 304-307) (2) Pendidikan secara massa, seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW di rumah al-Arqam bin al-Arqam, yang menjadi tempat para sahabat dan orang-orang yang baru masuk Islam untuk berkumpul secara sirri untuk menerima pendidikan dari Nabi SAW. (3) Pembentukan tubuh parti, seperti yang dilakukan oleh Rasul selama tiga tahun kemudian nampak bentuknya setelah Hamzah dan Umar masuk Islam, iaitu ketika tubuh parti ini diisytiharkan secara terbuka dengan cara tawaf keliling Ka'bah. Tawaf Rasul SAW bersama para sahabat Baginda menjadi qara'in al-ahwal (petunjuk perbuatan) untuk menerangkan khitab (seruan) dakwah secara terbuka dalam surah al-Hijr (15) : 94. (4) Melakukan interaksi dan hubungan dengan masyarakat, dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu tertutup dan terbuka. Hubungan secara tertutup dilakukan dengan orang-orang dekat, seperti ketika Nabi melakukan interaksi dakwah dengan isterinya, Khadijah, dan anak saudara bapanya, Ali, dan temannya, iaitu Abu Bakar, kemudian Abu Bakar dengan teman-temannya. Hubungan secara terbuka dilakukan setelah parti diisytiharkan, seperti tindakan para sahabat yang berusaha memasuki political medium (sarana politik) untuk mengubah arah pandangan umum yang didominasi oleh pemikiran jahiliyah ke arah Islam. Ini nampak dalam tindakan Abdullah bin Mas'ud yang membacakan surah ar-Rahman secara terbuka kepada orang Quraisy. (5) Menghancurkan pemikiran yang sesat atau rosak dan membina pemikiran yang sahih. Ini biasanya berkenaan dengan kerosakan yang tidak dirasai secara langsung oleh masyarakat, kerana berkenaan dengan kemaslahatan atau politik jangka panjang kaum jahiliyah. (6) Melakukan perjuangan politik yang dilakukan oleh Rasul dengan menerangkan kerosakan asas dan amalan hukum jahiliyah yang berkembang di masyarakat, termasuk kerugian-kerugian masyarakat ketika menerapkan hukum berkenaan. Seperti yang diceritakan dalam surah al-Mutaffifin, ketika hukum ini telah dijadikan amalan dan dirasai langsung oleh masyarakat. (7) Mencari sokongan politik sama ada untuk melindungi dakwah mahupun mendapatkan kuasa (pemerintahan). Ini seperti yang dilakukan oleh Rasul SAW ketika mencari sokongan politik kepada raja an-Najasyi di Habsyah dengan mengirim para sahabat ke sana untuk melindungi keimanan mereka dari serangan orang kafir. Ini bentuk perlindungan yang diberikan oleh orang kafir. Tetapi, dalam konteks sokongan untuk mendapatkan kuasa, Rasulullah SAW hanya menerima dari orang Ansar setelah masuk Islam, dan menolak syarat-syarat yang tidak Islami yang diberikan oleh Bani Amir bin Sa'asa'ah. ( ![]() (9) Menerapkan Islam secara menyeluruh dan sekaligus, seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW setelah menerima bye'at Aqabah kedua dari kaum Ansar. Kedua, dari aspek duplikasi sifat (`ala wajhih), iaitu sifat wajib, mandub, mubah dan sebagainya. Berdasarkan petunjuk-petunjuk yang ada dapat disimpulkan, bahawa sifat aktiviti Rasulullah SAW yang berbentuk gabungan antara fikriyyah-siyasah tersebut adalah wajib. Kerana itu, sifat ini mesti diduplikasikan sebagaimana apa adanya, atau dengan lain perkataan wajib diikuti seperti yang sedia ada. Ketiga, dari aspek duplikasi masa (min ajlih), iaitu bila bentuk dan sifat berkenaan dilaksanakan? Dari hasil analisis perjalanan dakwah Nabi SAW dapat disimpulkan, bahawa bentuk fikriyyah-siyasah tersebut dilaksanakan sebelum negara Islam berdiri. Setelah negara berdiri, bentuk aktiviti Rasulullah adalah fikriyyah-madiyyah (pemikiran dan tindakan fizik), iaitu tidak terhad menyampaikan pemikiran dan hukum Islam, tetapi juga berupa tindakan fizik. Atau berbentuk siyasah-madiyyah (politik dan tindakan fizik), iaitu tidak terhad mengurus kemaslahatan dengan pemikiran, melainkan langsung berupa tindakan fizik. Bertolak dari aspek duplikasi masa (min ajlih) inilah, urutan masa seluruh aktiviti di atas dapat diistinbatkan (digali). Dari sini kemudian seluruh aktiviti dakwah Baginda SAW dirumuskan dalam bentuk fasa demi fasa, iaitu seperti berikut : Fasa Pertama : Fasa takwin (pembentukan jamaah dan parti politik). Fasa ini dibezakan dengan fasa kedua, berdasarkan aspek duplikasi masa (min ajlih), iaitu sebelum kekuatan Islam dalam bentuk parti politik terbentuk, khususnya sebelum mendapat sokongan orang-orang kuat, seperti Hamzah dan Umar. Duplikasi bentuk dan sifat aktiviti pada fasa ini dapat dihuraikan, antara lain : (a) Pembinaan intensif secara sirri (rahsia), yang berbentuk halagah di rumah-rumah. (b) Pembinaan secara massa yang dilakukan secara sirri (rahsia). (c) Melakukan interaksi dan hubungan dengan masyarakat, secara tertutup, yang dilakukan kepada orang-orang dekat dan kenalan yang dapat dipercayai. (d) Menghancurkan pemikiran yang sesat atau rosak dan membina pemikiran yang sahih, yang biasanya dilakukan melalui pembinaan intensif, pembinaan secara massa dan interaksi tertutup dengan kenalan rapat. (e) Pembentukan tubuh parti secara tertutup, sehingga idak diketahui siapa-siapa yang menjadi ahli, di mana tempat ereka berkumpul dan sebagainya. Ini dari segi bentuk, sedangkan dari sifat aktiviti, semuanya ini hukumnya wajib. Ini kerana adanya petunjuk bahawa aktiviti ini dilakukan secara berterusan oleh Rasul, dan tidak ada aktiviti yang dilakukan secara berterusan kecuali hukumnya wajib. Rasul juga tidak pernah mengubah bentuk aktivitinya, sampai memasuki Fasa Kedua. sambung..............! ----------------- BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH [ Telah diedit oleh: Nur_Humaira_1342H pada 04-01-07 13:50 ] |
Nur_Humaira_1342H ![]() ![]() |
![]()
Fasa Kedua : Fasa tafa'ul (interaksi terbuka). Fasa ini juga dibezakan dengan fasa pertama, berdasarkan aspek duplikasi masa (min ajlih), iaitu setelah kekuatan Islam dalam bentuk parti politik terbentuk, ketika dakwah telah mendapat sokongan orang-orang kuat, seperti Hamzah dan Umar. Duplikasi bentuk dan sifat aktiviti pada fasa ini dapat dihuraikan, antara lain:
(a) Pembinaan intensif secara sirri (rahsia), yang berbentuk halagah di rumah-rumah. (b) Pembinaan secara massa yang dilakukan secara terbuka, seperti yang dilakukan oleh Rasul di bukit Safa, Abdullah bin Mas'ud, Abu ad-Dhar al-Ghifari dan sebagainya. (c) Melakukan interaksi dan hubungan dengan masyarakat, secara terbuka untuk mengubah arah sarana politik. Ini seperti yang dilakukan oleh Rasul ketika bersama Khadijah dan Ali di Mina ketika menyampaikan kepada orang ramai, bahawa pada suatu saat kerajaan Rom dan Parsi akan ditaklukan oleh Islam. (d) Pengisytiharan tubuh parti secara terbuka untuk menunjukkan kewujudan dakwah dan para pemikulnya. (e) Menghancurkan pemikiran yang sesat atau rosak dan membina pemikiran yang sahih secara terbuka. Ini seperti riwayat Ahmad, bahawa Rasul bersama Khadijah pernah mendapat ancaman Abu Jahal, setelah keduanya secara terang-terang mencela patung-patung berhala yang disembah orang Arab. (f) Melakukan perjuangan politik secara terbuka. (pergi) Mencari sokongan politik, sama ada untuk melindungi dakwah mahupun mendapatkan kuasa (pemerintahan). (h) Menyiapkan tapak binaan secara massa yang mempunyai keyakinan kepada ideologi yang akan diterapkan. Ini dari segi duplikasi bentuk, sedangkan dari segi duplikasi sifat, jelas yang disebutkan di atas hukumya wajib. Petunjuk ini dapat ditemukan dalam tindakan Rasul SAW yang konsisten dengan bentuk dan gaya pejuangannya, sekalipun ditentang, disakiti, dizalimi, diintip semua aktivitinya, dan pengikutnya dibunuh, malahan Baginda SAW sendiri berdepan dengan ugutan pembunuhan. Ini kerana bentuk aktiviti di atas jelas menyebabkan kesusahan atau darar, akan tetapi jika aktiviti semacam ini tetap dilakukan, bererti aktiviti wajib. Dalam kedua kes di atas, iaitu fasa pertama dan kedua, Baginda SAW jelas tidak mengubah bentuk aktivitinya, dari fikriyyah-siyasah kepada fikriyyah-madiyyah atau siyasah-madiyyah, walhal keadaan sangat mendesak, terutama ketika mereka tertindas, seperti yang dikeluhkan oleh Hubab bin al-Art kepada Baginda SAW. Kerana bentuk ini dijalankan secara konsisten oleh Nabi, bererti bentuk ini secara umum bersifat wajib, dan tidak boleh ditinggalkan, sehingga diubah menjadi fikriyyah-madiyyah atau siyasah-madiyyah. Fasa Ketiga : Fasa tatbiq `amali (penerapan hukum secara praktikal). Fasa ini juga dibezakan dengan fasa pertama dan kedua, berdasarkan aspek duplikasi masa (min ajlih), iaitu ketika wujud satu wilayah yang merdeka iaitu Madinah, dengan keamanan di tangan kaum muslimin, iaitu Aus dan Khazraj, setelah mereka dipersiapkan oleh Mus'ab bin Umair yang dikirim oleh Rasul ke sana. Duplikasi bentuk dan sifat aktiviti pada fasa ini dapat dihuraikan, antara lain : (a) Pembinaan intensif dan pembinaan secara massa yang berlangsung secara terbuka di masjid Nabi. (b) Menghancurkan pemikiran yang sesat atau rosak dan membina pemikiran yang sahih, yang dilakukan melalui pembinaan intensif, pembinaan secara massa dan interaksi dengan masyarakat. (c) Menerapkan seluruh hukum Islam secara menyeluruh dan sekaligus, kepada seluruh rakyat, sama ada Islam mahupun bukan Islam. Ini nampak dalam piagam yang dibuat antara Nabi SAW dengan orang bukan Islam di Madinah. (d) Melakukan tindakan fizik, seperti menghukum orang yang berzina dengan rejam dan sebat, memotong tangan pencuri dan sebagainya. Dalam bidang ekonomi, Baginda SAW mengusahakan keperluan asas seluruh rakyat, khususnya di antara kaum muslimin dengan cara mu'akhat (mempersaudarakan Muhajirin-Ansar), dan sebagainya. (e) Menyebarkan Islam ke seluruh dunia melalui dakwah dan jihad. Ini dari segi duplikasi bentuk, sedangkan dari segi duplikasi sifat, bentuk aktiviti di atas semuanya bersifat wajib, sebagaimana yang diterangkan oleh petunjuk perbuatan (qara'in al-ahwal) dan penjelasan (qara'in al-aqwal) Baginda SAW. Aspek al-Qiyam bi al-Fi'l Aspek ini adalah aspek pelaksanaan "perbuatan Baginda SAW" yang diduplikasikan di atas secara apa adanya, yang dilaksanakan oleh umatnya, iaitu bagaimana hukum syarak bagi umat Baginda SAW untuk melaksanakannya ? Apakah wajib, sehingga tidak dapat sedikitpun ditinggalkan ? Ataukah mandub atau mubah, sehingga ketika ditinggalkan tidak berdosa ? Dari huraian di atas, dapat disimpulkan, bahawa seluruh perbuatan di atas bukan merupakan khawwas ar-Rasul (khusus untuk Rasul SAW), sehingga boleh dilakukan oleh umatnya. Ada sebahagian perbuatan tersebut yang termasuk dalam bayan li khitab sabiq, seperti tawaf Baginda dan para sahabat untuk mengisytiharkan jamaah atau partinya. Dari segi cara, iaitu tawaf, hukumnya mubah, tetapi pengisytiharan tersebut hukumnya wajib, sebagai penjelasan dari surah al-Hijr (15) : 95. Ini kerana hukum bayan mengikut mubayyan (objek yang dijelaskan). Juga adakalanya bukan berupa penjelasan, tetapi merupakan perintah tulen, sama ada bererti wajib ataupun mubah. Dalam konteks yang terakhir ini tertakluk kepada petunjuk yang ada. Contoh, pembinaan intensif dan pembinaan secara massa adalah wajib, tetapi teknikalnya (uslub) adalah mubah. Ini kerana petunjuk yang menunjukkan wajib adalah proses pembinaannya, sedangkan teknikalnya berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Begitu juga interaksi dengan masyarakat adalah wajib, sama ada dilakukan dengan teknik kunjungan ke rumah-rumah, ke tempat-tempat kerja, di masjid-masjid dan sebagainya. Menghancurkan pemikiran yang sesat dan rosak serta membina pemikiran yang sahih di tengah masyarakat, dan juga melakukan perjuangan politik adalah wajib, tetapi teknikalnya boleh dilakukan melalui ceramah, tulisan dan sebagainya. Demikian pula, mencari sokongan politik dari kalangan orang-orang kuat, menyiapkan tapak binaan yang menjadi tempat berdirinya negara Islam, hukumnya adalah wajib, sedangkan bentuk teknikalnya boleh bermacam-macam. Penutup Semuanya ini menggambarkan, bahawa "Metod Rasulullah SAW" dalam menubuhkan negara Islam adalah jelas, dan wajib diikuti sebagaimana apa adanya, dan Juga tetap releven untuk di mana saja dan bila-bila masa. Dengan huraian di atas, tidak boleh lagi ada orang Islam yang membantah, bahawa "Metod Rasulullah SAW" tidak releven, termasuklah ketidaksesuaian Metod berkenaan dengan zaman dan tempat yang berbeza. Ini kerana, dakwaan seperti ini hanya membuktikan kecacatan akidahnya. Sebaliknya, dengan berpegang kepada Metod ini, kejayaan menubuhkan negara Islam untuk membangkitkan umat ini parti akan terwujud atas izin Allah. Ini kerana aktiviti tersebut bukan semata untuk meraih kejayaan di dunia melalui datangnya pertolongan Allah, tetapi juga pahala di akhirat. Bentuk penyelewengan sekecil apapun hanya akan menghalang datangnya pertolongan Allah, sebaliknya hanya menyebabkan azab di akhirat. ------------------------------------------------------------------------------------------------ (1) Lihat : Al-Asy'hari, al-Luma', hlm. 133-136, at-Tahawi, al-`Aqidah at-Tahawiyyah hlm. 33-34, al-Baqillani, at-Tamhid, hlm. 164-293, al-Ghazali, al-Iqtisad fi al-I'tiqad, hlm 134-141 dan sebagainya. (2) Rujuk Hafidz Abdurrahman, Islam Politik dan Spiritual, hlm. 205 (3) Bukhari, Sahih, hadis no. 25, Muslim, Sahih, no. 22. Semuanya dari Ibn Umar. (4) Bukhari dan Muslim, dalam Allisykatal-Alasabih, hadis no. 3666. (5) Ibn Hisyam, Sirah Nabawiyah, hanya 1, hlm. 405. (6) Muslim, Sahih, Syahr Sahih Muslim li an-Nawawi, hanya XII, hlm. 229. (7) Istilah manat ini ditakrifkan oleh Mu'jam Lughat al-Fuqaha' dengan `ilIat. Akan tetapi, as-Syatibi menggunakannya untuk menerangkan sifat keadaan objek yang dihukumi oleh hukum syarak. Oleh kerana itu, beliau menyebutnya dengan sebutan nazariyyah lawan dari naqliyyah. Maksudnya, untuk memahami manat mesti melalui penelitian dan analisis terhadap sifat keadaan objek yang dihukumi oleh hukum syarak. Contohnya, ketika sescorang hendak melaksanakan hukum wuduk, ia mesti memastikan berdasarkan hasil penelitiannya, bahawa air yang digunakan merupakan air yang suci dan mensucikan. Penelitian sifat keadaan objek inilah yang beliau sebut manat. Bertolak dari sini, dalam konteks ini digunakan istilah manat. Lihat, as-Syatibi, al-Muwafaqat, hanya III, hlm. 31-32, Dr. Rawwas Qal'ah Ji, Mu'jam Lughat al-Fuqaha', hlm. 431. ( ![]() (9) Ibn Hisyam, Sirah, hanya I, hlm. 401 (10) Kaedah berkenaan diambil dari huraian Ibn al-Najim yang membahas kaedah darar (bahaya). Kaedah ini merupakan taqyid ketentuan untuk meghilangkan bahaya, iaitu: Pertama, jika ada dua bahaya, yang satu lebih berat daripada yang lain, maka yang lebih berat, mesti dihilangkan dengan yang lebih ringan. Kedua, jika ada dua kerosakan, wajib diperhatikan yang lebih besar bahayanya dengan mengambil yang lebih ringan di antara keduanya. Lihat: Ibn al-Najim, al-Asybah wa an-Nazair, hlm 88-90. (11) `Ata' bin Khalil, Tasyri' al-Wusul Ila al-Usul, hlm. 21-22. (12) Dr. Muhammad Khair Haikal, al jihad wa al-Qital, hanya I, hlm. 735 (13) AI-Bazzar dan at-Tabrani dari Abu Hurairah. Lihat: as-Suyuti, al-Jami' as-Saghir, hadis no. 7224, hanya II, hlm. 401 (14) Ibn Hisyam, op. cit., hanya I, hlm. 273, 279. Wallahu a'lam sumber : http://islamsyumul.blogspot.com/2006/09/cara-menubuhkan-negara-islam.html ----------------- BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH |
ibnujarir ![]() |
![]()
sepatutnya kenyataan ini d sokong oleh semua lapisan masyarakat islam..alangkah sedihnya yang menentang ialah golongan2 atasan yang sedang memerintah negara kita sekarang...kita sama-sama dokan agar allah buka pntu hati-hati mereka yang menentang cadangan ni..amin
|
AzmilMustapha ![]() ![]() |
![]()
Syukran HT atas komentar di atas...
Apa yang kerajaan PAS Kelantan mampu laksanakan bertitik tolak dari penyertaan ke dalam Sistem Demokrasi Pilihanraya yang dianggap oleh HT sebagai kufur dan tidak boleh berkompromi. Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara lain yang telah dikuatkuasakan dengan Kuasa yang dimiliki oleh mereka yang ingin melaksanakan Islam. Tanpa kuasa, Islam tidak dapat didaulatkan.... |
trouver_99 ![]() ![]() |
![]()
golongan atasan tak paham agaknya.maklumla..dah lama berada di atasan.jarang pula turun ke golongan bawahan...
|
AzmilMustapha ![]() ![]() |
![]()
DAULAH ISLAMIYYAH MELALUI PILIHANRAYA 1
Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Solawat dan salam untuk junjungan besar Rasulullah saw pembawa rahmat kepada sekelian alam.Dalam bahagian pertama yang lalu saya telah menjelaskan tentang fenomena gerakan Islam sepanjang zaman yang pasti menghadapi tipu daya musuh Islam.Kemudian saya juga telah menyatakan bahawa penggunaan wasilah dakwah yang tidak bertentang dengan syara' adalah dibenarkan biarpun tidak terdapat di zaman Rasulullah saw.Dalam melaksanakan urusan dakwah terdapat beberapa perkara yang penting termasuklah persoalan wasilah. Penyertaan gerakan Islam dalam pilihanraya adalah sebahagian daripada kebijaksanaan siyasah (fiqh al-siyasi) dalam menggunakan wasilah yang sesuai. Saya menegaskan bahawa penyertaan gerakan Islam dalam pilihanraya adalah sebagai wasilah bukannya tariqah (landasan) demi menjernihkan semula kekeliruan sesetengah pihak yang seolah-seolah menganggap penyertaan dalam pilihanraya bertentangan dengan petunjuk sirah. Penyertaan gerakan Islam dalam pilihanraya adalah sebagai wasilah kerana: a.Matlamat gerakan Islam menyertai pilihanraya bukanlah untuk mempertahankan sistem demokrasi tetapi sebagai langkah untuk mendapatkan kuasa bagi mendaulatkan dustur al-Quran dan al-Sunnah. b.Dasar perjuangan gerakan Islam jelas meletakkan al-Quran , al-Sunnah, ijma dan qiyas sebagai sumber tertinggi dalam perjuangan mereka. c.Maudu' dakwah gerakan Islam termasuklah dalam gerak kerja pilihanraya jelas membentangkan maudu' Islam. d.Penyertaan gerakan Islam menyertai pilihanraya adalah sebagai mengambil kesempatan terhadap pengamalan yang sedia ada dalam sesebuah negara. Sikap mengambil kesempatan seperti ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw sebagaimana yang terdapat di dalam sirah. Rasulullah saw telah mengambil kesempatan daripada pengamalan masyarakat jahiliah yang menganggap seseorang itu boleh bermegah (mulia) sekiranya mereka boleh memberi perlindungan keselamatan kepada seseorang yang lain. Berikutan dengan itu Rasulullah saw telah mendapatkan perlindungan daripada Mut'am bin 'Adi sekembalinya daripada berdakwah dengan kaum bani Thaqif. e.Penyertaan gerakan Islam dalam pilihanraya melibatkan gerak kerja yang tidak bertentangan dengan syara' (akan diperjelaskan kemudian).Berdasarkan hujah-hujah tersebut penyertaan gerakan Islam dalam pilihanraya bukanlah sebagai tariqah (landasan) tetapi wasilah (perantaraan) bagi mennjayakan dakwah. Berhubung dengan sumber-sumber yang menjadi sandaran kepada pemilihan wasilah yang sesuai telah disebutkan oleh Dr Abd Karim Zaidan sebagaimana berikut: a. al-Quran b. al-Sunnah c. Contoh-contoh daripada para sahabat d. Keputusan semasa di kalangan para fuqaha' e. Pengalaman-pengalaman mereka yang terlibat dengan dakwah kesemua sumber-sumber ini boleh dijadikan sebagai rujukan untuk memilih wasilah yang sesuai selama mana tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah (syara'). Melihat kepada persoalan tersebut, tidak menjadi kesalahan gerakan Islam menyertai pilihanraya kerana memilih wasilah yang sesuai dengan sesebuah situasi. Perlu disedari bahawa penyertaan gerakan Islam dalam pilihanraya bukanlah untuk memilih Amir al-Mukminin atau pemimpin tetapi untuk mendapatkan kuasa bagi menegakkan daulah Islamiyah. Oleh sebab itu, kita tidak boleh menyamakan peristiwa perlantikan khalifah Abu Bakr dan khalifah yang lain melalui syura dengan isu penyertaan gerakan Islam dalam pilihanraya. Perlantikan mereka dibuat melalui syura setelah tertegaknya daulah Islamiyah, sedangkan gerakan Islam yang menyertai pilihanraya adalah untuk mendapatkan kuasa bagi menegakkan daulah Islamiyah. Menyedari hakikat tersebut tidak wajar dikatakan bahawa gerakan Islam tidak boleh menyertai pilihanraya kerana Islam hanya menerima syura sebagai cara melantik kepimpinan. Rasulullah saw telah menunjukkan betapa mendapatkan kuasa memerintah adalah penting bagi menjayakan dakwah. Baginda telah berjaya mendapatkan kuasa memerintah melalui perjanjian dengan masyarakat Madinah yang sebelumnya didahului oleh bye'ah ketua-ketua suku Aus dan Khazraj. Umar al-Khattab pula telah menuruti jejak langkah Rasulullah saw berhubung dengan keperluan mendapatkan kuasa memerintah bagi menjayakan dakwah, tetapi dengan menggunakan wasilah peperangan yang telah menjatuhkan pemerintahan Parsi dan Rom. Para pendakwah terdahulu telah menerima uslub mendapatkan kuasa memerintah tetapi mereka telah menggunakan pelbagai wasilah yang sesuai dengan keadaan masing-masing. Tedapat di kalangan mereka menggunakan wasilah persemendaan (perkahwinan) untuk mendapatkan kuasa memerintah seperti di Pasai dan Aceh. Mereka juga berjaya menegakkan daulah Islamiyah dengan mendapatkan kuasa memerintah melalui wasilah mengislamkan raja yang sedang memerintah seperti di Melaka. Pendek kata petunjuk yang diberikan oleh Rasulullah saw berhubung dengan keperluan mendapatkan kuasa memerintah menjadi teladan yang penting sepanjang zaman tetapi wasilah yang digunakan berbeza. Dalam konteks Malaysia, gerakan Islam menerima uslub yang sama tetapi menggunakan wasilah meraih undi masyarakat (pilihanraya) bagi mendapatkan kuasa memerintah. Oleh sebab itu, penyertaan gerakan Islam dalam pilihanraya sebagai wasilah dakwah adalah dibolehkan. Wassalamu'alaikum |
Nur_Humaira_1342H ![]() ![]() |
![]() !!! QUOTE !!! Pada 04-01-07 14:56 , AzmilMustapha posting:DAULAH ISLAMIYYAH MELALUI PILIHANRAYA 1 ![]() Apa kata kita tinjau dulu hukum pilihanraya di sisi syara'. Pilihanraya Di Sisi Syara' Ketahuilah bahawa pilihanraya itu,hukumnya MUBAH (harus) .Kerana ia merupakan proses pemilihan calon dan perlantikan seseorang.Berdasarkan kaedah syara' yang berbunyi: "Al-ashlu fil asya' al-ibahah,hatta yadullu ad-dalil 'ala at-tahrim" (Asal sesuatu benda itu hukumnya Mubah (harus), selagi mana tiada dalil yang menunjukkan tentang keharamannya). Jadi, berdasarkan kaedah syara' ini, hukum asal tentang pilihanraya itu Mubah (harus), selagimana pilihanraya tersebut tidak membawa kepada perkara-perkara yang haram. Di dalam kaedah syara' yang lain ada menyatakan bahawa, "Al-wasilatu ilal haram muharramah" "Wasilah (perantaraan) yang pasti membawa/menjerumus kepada perbuatan haram adalah juga haram" Hakikatnya, pilihanraya itu merupakan perwakilan (wakalah). Hukum asal wakalah adalah mubah (harus). Dalil yang membolehkan wakalah diantaranya adalah: Dari jabir bin Abdillah radiyallahu'anhuma, dia berkata. Aku hendak berangkat ke Khaibar,lalu aku menemui Nabi SAW. Seraya baginda SAW bersabda: " Jika engkau menemui wakilku di Khaibar maka ambillah olehmu darinya lima belas wasaq" (Hadis Riwayat Abu Dawud yang menurutnya shahih). Begitu juga, dalam bye'atul 'Aqobah II, Rasulullah SAW meminta 12 orang sebagai wakil dari 75 orang Madinah yang menghadap beliau saat itu yang dipilih oleh mereka sendiri. Kedua hadis di atas menunjukkan bahwa hukum asal wakalah dalam syariat Islam adalah boleh. Wakalah yang hukum asalnya boleh tersebut akan sah apabila semua rukun-rukunnya dipenuhi. Sebaliknya, bila ada rukun yang tidak dipenuhi maka akad wakalah tersebut menjadi tidak sah, dan kerananya menjadi tidak boleh. Rukun-rukun tersebut adalah adanya akad atau ijab qabul; dua pihak yang berakad, iaitu pihak yang mewakilkan (muwakkil) dan pihak yang mewakili (wakil); perkara yang diwakilkan; serta bentuk lafaz akad perwakilannya (shighah taukil). Semua rukun tersebut harus sesuai dengan syariat Islam. Berkaitan dengan pilihanraya, bila ada muwakkil, wakil dan shighah taukil, maka yang menjadi sorotan utama adalah perkara yang diwakilkan, yakni dalam rangka untuk melakukan perlaksanaan tersebut misalnya, Apakah tujuan akad perwakilan itu dilaksanakan. Apakah perlaksanaan tersebut sesuai dengan syariat Islam atau tidak. Sekiranya sesuai, maka wakalah tersebut boleh dilakukan, sebaliknya jika tidak bersesuaian dengan syariat Islam maka wakalah tersebut batil / tidak sah. Perlu diingatkan bahawa setiap muslim yang beriman kepada Allah SWT, wajib taat kepada syariat yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Qur'an dan As Sunnah, baik dalam kehidupan pribadi, keluarga, maupun dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Tidak ada pilihan lain bagi seorang muslim dalam mengatur kehidupan peribadinya, masyarakat, dan negaranya kecuali dengan menggunakan syariat Allah SWT. Firman Allah SWT: Keputusan (hukum) itu hanyalah kepunyaan Allah. ( Yusuf : 40 ). Firman Allah Swt lainnya: Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya . ( an-Nisa : 65 ). Juga firman-Nya: Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu'min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata .( Al Ahzab : 36 ). Bagi perkara yang hukumnya belum ditetapkan secara terang dalam al-Qur'an dan As Sunnah, seorang muslim (yang berkelayakan mujtahid) dengan menggunakan segenap dan seluruh kemampuannya berijtihad untuk menggali hukum serta mengistinbatkannya untuk mengetahui hukum tentang perkara-perkara tersebut berdasarkan wahyu di samping menggunakan metod yang betul. Maka tidak harus baginya menggunakan sumber lain selain wahyu Allah (al-Qur'an dan As Sunnah) atau menggunakan metod yang tidak betul dalam menetapkan hukum. Penggunaan sumber selain daripada wahyu dalam penetapan hukum tidak akan menghasilkan kesimpulan hukum yang sesuai dengan syariat Allah. Ini bertentangan dengan perintah Allah dan bertentangan pula dengan keimanan seorang muslim kepada Allah SWT. Firman Allah SWT: Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta 'ini halal dan ini haram', untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung . ( an-Nahl : 116 ). Begitu pula pertanyaan Rasulullah saw kepada Adi bin Hatim: Bukankah mereka (para pendeta dan rahib) telah menghalalkan yang haram buat mereka dan mengharamkan yang halal atas mereka ?Adi bin Hatim menjawab: 'Ya'. Maka Rasul saw bersabda: Itulah ibadah mereka (masyarakat ahlul kitab) kepada mereka (para rahib dan pendeta mereka). Hal itu dikatakan tatkala beliau membaca firman Allah SWT: Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah. ( at-Taubah : 31 ). Oleh kerana itu, penetapan hukum yang bukan bersumber dari wahyu adalah perbuatan yang dilarang oleh syara'. Seorang muslim wajib terikat kepada syariat Allah, wajib mengambil hukum dari wahyu Allah semata, dan menolak undang-undang buatan manusia yang bertentangan dengan hukum syariat Islam. Dengan itu,dapat kita fahami secara pasti bahwa satu-satunya yang berhak mengeluarkan undang-undang hanyalah Allah Zat Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Ketahuilah bahawa setiap perbuatan merubah,mencipta dan membuat undang-undang dari selain Al-Kitab (Al-Quran Al-Karim) dan As Sunnah merupakan perbuatan menyekutukan Allah Ta'ala. Penetapan hukum yang tidak bersumber dari wahyu Allah adalah dilarang, maka sekiranya meredhai perbuatan seperti itu juga dilarang oleh syara'. Kaedah syara' menyatakan: "Wasilah (perantaraan) yang pasti membawa/menjerumus kepada perbuatan haram adalah juga haram." Jadi,penetapan hukum yang tidak bersumberkan wahyu, yakni selain Al-Qur'an dan As Sunnah, adalah haram.Sebab,dalam Islam, kedaulatan adalah milik syara' bukan milik rakyat sebagaimana yang terdapat dalam sistem demokrasi sekular Barat. Maka, disitu terdapat perbezaan yang sangat mendasar antara sistem politik Islam yang menyatakan bahwa kedaulatan di tangan syariat Islam.Berbeza pula dengan sistem politik lain, yakni sistem demokrasi berparlimen(sistem sekularisme/kapitalisme), yang menyatakan bahwa kedaulatan di tangan rakyat. Kaum muslimin menerapkan syariat Islam pada sistem politik Islam dalam kedudukannya sebagai hukum syara, dan sumbernya adalah wahyu dari Allah SWT. Halal dan haram, baik dan buruk, haq dan batil, serta terpuji dan tercela dalam sistem Islam berasal dari Allah semata. Sebaliknya kalau kita perhatikan dalam sistem demokrasi, semua itu berasal dari manusia. Realiti menunjukkan bahawa sesungguhnya manusia manapun, muslim ataukah kafir, tidak mampu membezakan hakikat kebaikan dan keburukan dalam berbagai urusan tadi, betapa hebat kemampuan dan pengalamannya sekalipun. Sebab, akalnya terbatas dan kurang, serta dipengaruhi oleh keinginan dan hawa nafsunya. Allah SWT telah menjelaskan hal tersebut dalam firmannya kepada kaum Muslimin: Telah diwajibkan kepada kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui . ( al-Baqarah : 216 ). Pemilihan penguasa dan wakil rakyat untuk melaksanakan hukum sekuler tidaklah dibolehkan. Bahkan haram hukumnya kerana tidak berhukum menurut apa telah diwahyukan oleh Allah SWT. Kerana itulah, akad wakalah untuk melakukan aktiviti tersebut juga tidak dibolehkan. Sebab, ada rukun wakalah yang tidak sah menurut syariat Islam, yakni adanya perbuatan yang melanggar syariat berupa ijab qabul untuk menerapkan sistem pemerintahan sekuler. Allah SWT menegaskan hal ini: Barangsiapa yang tidak menghukumi dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang kafir. ( Al-Mâidah : 44 ). Barangsiapa yang tidak menghukumi dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang zalim . ( Al-Mâidah : 45 ). Barangsiapa yang tidak menghukumi dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang fasik. ( Al-Mâidah : 47 ). Adapun muhasabah terhadap pemerintah dan para penguasa diwajibkan secara syar'ie. Dalam syariat Islam ini disebut sebagai amar ma'ruf nahi munkar, yang wajib dilakukan oleh setiap muslim, apatah lagi oleh para wakil rakyat. Oleh kerana itu, pencalonan dalam rangka untuk melaksanakan aktiviti muhasabah tersebut termasuk perkara yang dibolehkan. Walau bagaimanapun, pencalonan tersebut juga terikat dengan syarat-syarat syar'ie, bukan dibolehkan secara mutlak. Syarat-syarat tersebut adalah: Pertama: Tidak menjadi calon parti sekular dan tidak menggunakan cara yang haram (ghair masyru'ah) seperti penipuan, pemalsuan dan penyuapan, serta tidak bersekutu atau bersekongkol dengan orang-orang sekular. Kedua: Harus menyuarakan secara terbuka sasaran atau targetnya untuk menegakkan sistem Islam, mengubah sistem sekuler menjadi sistem Islam, serta mengumumkan perjuangannya untuk melawan dominasi atau kuasa-kuasa asing dan membebaskan negerinya dari pengaruh asing. Ketiga: Dalam melaksanakan aktiviti pilihanraya tersebut, dia harus menyampaikan idea atau fikrah-fikrah yang bersumber dari syariat Islam. Sikap Kaum Muslimin Terhadap Pilihanraya Berdasarkan penjelasan di atas, maka sikap yang harus ditunjukkan oleh setiap muslim adalah: 1. Tidak memilih mana-mana calon yang tidak memenuhi syarat-syarat tersebut. 2. Berjuang secara serius untuk penerapan syariat Islam dan mengubah sistem sekuler ini menjadi sistem Islam dengan menempuh thariqah dakwah Rasulullah saw melalui pergolakan pemikiran ( as-shira'ul fikri) dan perjuangan politik (al-kifah as-siyasi). Perjuangannya itu diwujudkan dengan mengangkat individu, kelompok, jamaah, dan parti politik yang betul-betul mahu berjuang demi menegakkan Sistem Daulah Khilafah di samping menerapkan syariat Islam secara Kaffah. Sebaliknya, kaum muslimin perlu menjauhi individu, kelompok, jamaah dan parti politik yang berjuang mempertahankan sistem sekular. Hal ini harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Keempat: Secara sendiri-sendiri atau bersama melakukan kritik dan koreksi terhadap para penguasa atas setiap perilaku dan aktiviti mereka yang bertentangan dengan Islam. Kelima: Tidak terpengaruh oleh propaganda seseorang atau kelompok tertentu yang menyatakan bahawa mengubah sistem sekular dan mewujudkan sistem Islam mustahil dilakukan. Tidak berputus asa dalam apa jua keadaan, kerana umat Islam mampu melakukan perubahan bila berusaha keras dan bersungguh-sungguh serta ikhlas kerana Allah dalam berjuang. Sebab, Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)- Nya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolng kamu dan meneguhkan kedudukan kamu". ( Muhammad : 7 ) Termasuk merealisasikan penegaknya Khilafah Islamiyah bagi umat Islam untuk melanjutkan kembali kehidupan Islam (isti'nafu al-hayah al- Islamiyah) melalui penerapan syariat Islam di dalam negeri dan mengembang risalah Islam ke seluruh dunia dibawah panji Islam, dan dengan kepemimpinan seorang Khalifah yang menyatukan umat Islam untuk kembali menjadi umat terbaik yang dikeluarkan bagi manusia, serta memenangkan deenul Islam di atas semua agama di samping menjadikan Islam sebagai Ad-Deen dan juga Ideologi sekalipun orang-orang kafir benci. Allah SWT berfirman: Dan di hari itu bergembiralah orang-orang beriman kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang (sebagai) janji yang sebenar-benarnya dari Allah. Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui . ( ar-Ruum : 4-6 ). ----------------- BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH |
Nur_Humaira_1342H ![]() ![]() |
![]()
HAKIKAT PILIHANRAYA
& PENILAIANNYA MENURUT SYARA' Hakikat / Fakta Pilihanraya Pada asasnya, pilihanraya difahami sebagai proses pemilihan pimpinan - yang membentuk sebuah pemerintahan, daerah mahupun negara. Namun secara nisbinya, pilihanraya merupakan satu mekanisme kepada peraihan kekuasaan dari rakyat di dalam mana-mana negara yang menjalankan prinsip demokrasi (kebebasan). Tradisi memilih dan mengganti pemimpin hanyalah melalui kutipan suara majoriti atau pilihanraya sama ada di peringkat negeri mahupun Parlimen. Cara ia dijalankan bergantung pada jenis pemerintahan sama ada pemerintahan Republik, Persekutuan ataupun Monarki.Dikebanyakan sistem politik demokrasi, beberapa jenis pilihanraya boleh didapati, bergantung kepada lapisan pemerintahan atau sempadan geografi. Antara yang biasa ditemui adalah: 1. Pemilihan Presiden (Presidential election) 2. Pilihanraya Umum (General elections) 3. Pilihanraya Utama (Primary elections) 4. Pilihanraya Parti (Bye-elections) 5. Pilihanraya Kecil (Local elections) Perlu diperjelaskan dengan teliti bahawa piliharaya di negara kita adalah bertujuan untuk melantik Ahli Dewan Rakyat (Parlimen) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), . Namun begitu, oleh kerana idea pilihanraya hari ini telah dibudayakan dengan aspirasi demokrasi dan kapitalisme, umat tidak lagi melihatnya dari aspek hukum fiqh. Secara umumnya satu dari tugas utama dewan adalah untuk membuat undang-undang . Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-unda dengan yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional.(www.parlimen.gov.my) Tidak menjadi kesalahan kepada orang Islam untuk menjadi anggota Dewan Rakyat atau DUN selama mana mereka hanya menghadkan aktiviti kepada melakukanamar makruf nahi mungkar, berdakwah , memeriksa dan mengkritik dasar kerajaan kerana perkara ini adalah sesuai dengan tuntutan syarak. Namun perlu dipastikan bahawa dia tidak terlibat dengan pengiktirafan undang-undang manusialah yang tertinggi dan tidak terlibat dalam penggubalan undang-undang, ini kerana Allah SWT berfirman "..Sebenarnya (yang menentukan) hukum hanyalah bagi Allah.." ( Yusuf (12) : 40) Adapun aktiviti perundangan itu sebenarnya juga tertakluk kepada tegahan Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firmanNya yang bermaksud; "Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: 'Ini halal dan ini haram', untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya." ( An-Nahl (16) :116) Begitu juga dengan kalam Allah Subhanahu wa Ta'ala yang lain, yang dapat kita temukan di dalam kitab Al-Quran, kitab yang kita imani tanpa sedikitpun keraguan terhadap isi kandungannya. Maka dari sini jelas bahawa segala bentuk penggubalan undang-undang mahupun peraturan hidup yang bukan berasal dari Allah Subhanahu wa Ta'ala (dengan kata lain, wahyu) adalah tertolak. Hukum Pilihanraya Di sisi syara', pilihanraya merupakan suatu bentuk aqad wakalah (perwakilan). Penyempurnaan aqad wakalah mesti memenuhi rukun-rukunnya, iaitu; 1. Ijab dan qabul 2. Muwakkil - pihak yang mewakilkan 3. Wakil - pihak yang mewakili 4. Perkara yang diwakilkan 5. Bentuk redaksi akad perwakilannya (sighat tawkil) Ini berdasarkan kepada beberapa dalil dari hadis; Dari Jabir bin Abdillah. Ia menuturkan, "Aku hendak berangkat ke Khaibar, lalu aku menemui Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Baginda kemudian bersabda : Jika engkau menemui wakilku di Khaibar maka ambillah olehmu darinya lima belas wasaq." (Hadis Riwayat Abu Daud) Dan dalam peristiwa bye'at 'Aqabah II, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam meminta 12 orang sebagai wakil dari 75 orang Madinah ketika itu yang dipilih oleh mereka sendiri. Riwayat ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam melakukan proses perwakilan (wakalah). Dengan demikian, hukum asal wakalah dalam syariat Islam adalah harus (boleh). Sementara yang menjadi isu utama dalam menetapkan hukum pilihanraya itu adalah 'perkara yang diwakilkan' yang merupakan objektifnya, jika kita pasti bahawa calon yang kita undi itu dapat memastikan dirinya tidak terlibat dalam proses pembuatan undang dan melakukan aktiviti yang sesuai dengan syariat, maka bolehlah kita datang mengundi untuk beliau, namun jika tidak adalah haram untuk bersubahat melantik menjadi wakil kepada benda yang diharamkan, berasaskan Kaedah, Al-wasilatu ila haraam, muharramah (Sesuatu yang membawa kepada keharaman, maka ianya juga haram) Pilihanraya Dalam Sistem Pemerintahan Islam Adapun pilihanraya yang dibenarkan (sah) dalam Islam ia hanya terkait dengan dua objektif, iaitu; 1. Perlantikan perwakilan membentuk sebuah majlis syura yang juga dikenali sebagai Majlis Ummat di mana fungsi atau objektif majlis adalah menyampaikan aspirasi (suara) rakyat dan juga memuhasabah (memberi teguran, masukan) terhadap administrasi (pengurusan) Khalifah. Skop fungsinya bukan sebagai penggubal undang-undang. 2. Majlis Ummat juga boleh digunakan sebagai mekanisme menentukan calon Khalifah di mana calon tadi dikempen agar dibai'at menjadi pemimpin umum kaum muslimin keseluruhannya. Walaupun secara kasarnya, tidak nampak perbezaan ketara di antara pilihanraya di dalam Sistem Islam dan Sistem Demokrasi, tetapi jika direnung secara mendasar, terdapat pelbagai percanggahan yang memisahkan antara keduanya.Jadual di bawah cuba mengilustrasikan perbezaan tersebut; KRITERIA Code: SISTEM DEMOKRASI Kedudukan dan fungsi : Suatu kemestian ('wajib') yang menjadi thariqah mewujudkan kedaulatan rakyat Objektif : Membentuk majlis perwakilan yang menjadi badan penggubal (legislator) Keterlibatan rakyat : Semua rakyat berhak menentukan pemimpin dan kepala negara seterusnya undang-undang berdasarkan suara majoriti Wakil : Siapa sahaja berhak dipilih sebagai wakil asalkan memenangi kutipan suara terbanyak KRITERIA Code: SISTEM ISLAM Kedudukan dan fungsi : Suatu yang Mubah (harus) bagi membentuk Majlis Umat serta mencalon Khalifah Objektif : Membentuk Majlis Ummat yang menyuarakan aspirasi rakyat dalam konteks memuhasabah Khalifah dalam urusan administrasinya Keterlibatan rakyat : Semua rakyat berhak menyuarakan aspirasinya kepada Khalifah tetapi hanya kaum muslimin berhak memilih calon Khalifah yang akan dibai'at melaksana tuntutan (peraturan) Al-Quran dan As-Sunnah Wakil : Untuk Majlis Ummat, rakyat bebas memilih wakil mereka. Tetapi untuk calon Khalifah, syara' menetapkan hanya muslim lelaki yang baligh, berakal, adil, merdeka dan berkemampuan sahaja yang boleh dipilih. Thariqah (jalan/method) Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam Berpolitik Membentuk Pemerintahan (Negara) Dalam konteks umat Islam melakukan aktiviti politik menegakkan syari'at Islam melalui institusi negara (Khilafah), adalah perlu ditegaskan dua prinsip: Pertama, bahawa aktiviti seseorang muslim wajib bersandar kepada hukum syara', bukan bersandar kepada selainnya, seperti kemaslahatan, hawa nafsu, atau logik. Kerana itu, perjuangan umat untuk mendirikan Khilafah wajib didasarkan kepada hukum-hukum syara' dan tidak boleh didasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan yang tidak syar'i. Keterikatan kepada syariat Islam adalah kewajiban tiap muslim. Kedua, bahawa umat Islam wajib mengambil suri teladan (uswatun hasanah) dari Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam dalam masalah ini. Ini adalah kerana, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam telah memberi teladan bagaimana caranya untuk mengubah masyarakat jahiliyah menjadi masyarakat Islam. Kita wajib meneladani manhaj (jalan) Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam ini. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan Hari Kiamat, dan dia banyak menyebut Allah (dengan membaca zikir dan mengingat Allah)." ( Al-Ahzab : 21). Berdasarkan dua prinsip itulah, maka langkah-langkah untuk mendirikan Khilafah dapat disarikan sebagai berikut: 1. Perjuangan harus dilakukan secara jama'i (berkelompok) kerana mendirikan Khilafah adalah tugas yang berat yang tidak akan mampu dipikul oleh individu. Kerana itu, umat wajib berkelompok (berjamaah) untuk mendirikan Khilafah kerana tanpa kelompok tersebut tidak mungkin kewajiban mulia ini dapat direalisasikan secara sempurna. Ini adalah sesuai dengan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud: "(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (mengajak memilih kebaikan, yaitu memeluk Islam), memerintahkan kepada yang ma'aruf dan melarang dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung." ( Ali-Imran : 104). 2. Perjuangan harus berada di jalur politik (siyasah). Ini adalah kerana mendirikan Khilafah merupakan masalah politik sehingga thariqah yang relevan untuk mendirikannya tentulah melalui pendekatan politik. Penggunaan jalan politik ini bukan bererti menghalalkan segala cara, sebagaimana amalan politik saat ini yang sangat kotor. Jadi, mendirikan Khilafah paling tepat dilakukan oleh sebuah kelompok politik. 3. Perjuangan tidak menggunakan cara kekerasan (fizik), misalnya dengan membentuk pasukan bersenjata untuk menyerang penguasa. Dari seerah dapat diperhatikan bahawa aktiviti Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam di Mekah terbatas hanya pada dakwah secara lisan dan tidak melakukan kegiatan apapun yang bersifat fizik sehinggalah Baginda berhijrah. Bahkan tatkala tokoh-tokoh Madinah menawarkan kepada beliau pada bye'atul Aqabah II agar mereka diizinkan memerangi penduduk Mina dengan pedang, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab "lam nu`mar bi dzalika ba'du" (Kami belum diperintahkan untuk melakukan yang demikian (perang)). 4. Perjuangan dakwah intelektual; pemikiran-politik (fikriyyah-siyasah) wajib menempuh tahap-tahap (marhalah) yang dicontohkan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Dengan mendalami seerah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam di Mekah hingga beliau berhasil mendirikan Daulah Islam di Madinah, akan kita dapati ia berjalan dalam tiga tahapan (marhalah) berikut : a) Tahapan Pembinaan (Marhalah At Tatsqif), yang dilaksanakan untuk membentuk ahli-ahli yang mempercayai pemikiran Islam dalam rangka pembentukan kerangka tubuh jamaah/kelompok. b) Tahapan Berinteraksi dengan Umat (Marhalah Tafa'ul Ma'al Ummah), yang dilaksanakan agar umat turut memikul kewajiban dakwah Islam, hingga umat menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya, agar umat berjuang untuk mewujudkannya dalam realiti kehidupan. c) Tahapan Pengambilalihan Kekuasaan (Marhalah Istilaam Al Hukm), yang dilaksanakan untuk menerapkan Islam secara menyeluruh dan mengembang risalah Islam ke seluruh dunia. Adapun di dalam konteks memilih pemimpin yang akan dibai'at menjadi Khalifah, para sahabat ketika zaman khulafa' ar-rasyidin pernah meneladankannya. Sebagai contoh, pemilihan Saidina Abu Bakar dan Umar yang rentetan perlantikan mereka diringkaskan di bawah: Pertama, Khalifah Abu Bakar a. Diadakan pertemuan (ijtima') oleh majoriti Ahlul Halli wal Aqdi* b. Ahlul Halli wal Aqdi melakukan pencalonan (tarsyih) bagi satu atau beberapa orang tertentu yang layak untuk menjadi khalifah. c. Dilakukan pemilihan (ikhtiyar) terhadap salah satu dari calon tersebut. d. Dilakukan bye'at in'iqad bagi calon yang terpilih. e. Dilakukan bye'at ta'at oleh umat kepada khalifah. Kedua, Khalifah Umar bin al-Khathathab a. Khalifah itu meminta pertimbangan (istisyarah) kepada Ahlul Halli wal Aqdi mengenai siapa akan menjadi khalifah setelah ia meninggal. b. Khalifah itu melakukan istikhlaf (menunjukkan pengganti) kepada seseorang yang akan menjadi khalifah setelah ia meninggal. Setelah itu akan dilakukan 2 langkah lagi. c. Calon khalifah yang telah ditunjuk akan dibai'at dengan bye'at in'iqad untuk menjadi khalifah d. Dilakukan bye'at a t-ta'at oleh umat kepada khalifah. * Ahlul halli wal aqdi adalah sekelompok individu yang menjadi wakil umat keseluruhan untuk tujuan mengangkat calon khalifah sebagai khalifah. Khatimah Secara asasnya, pilihanraya bukanlah suatu keharaman dalam Islam. Ia hanyalah suatu mekanisme (proses) yang boleh digunakan (selama mana tidak ada unsur penipuan) bagi tujuan yang dibenarkan yakni membentuk Majlis Ummat dan mencalonkan seorang Khalifah yang akan dibai'at oleh sekalian umat Islam sebagai pemimpin umum mereka. Namun ianya bukan Thariqah Rasulullah untuk meneggakan Negara Islam. Apa yang menjadi percanggahan di sisi syara' sekarang adalah pilihanraya disalahguna sehingga ia dijadikan satu-satunya jalan untuk membentuk sebuah majlis legislatif yang berfungsi sebagai penggubal undang-undang kehidupan selain dari wahyu (Allah) . Barat menjajakan demokrasi ke negara-negara Islam dengan bertopengkan kepada pilihanraya, lantas bila umat mengambil pilihanraya mereka juga mengambil pakej bahawa kedaulatan di tangan rakyat yang mana kuasa rakyatlah yang memilih sistem mana yang mereka inginkan, tambahan pula sikap kuku besi pemerintahan menjadi pemangkin kepada penyuburannya demokrasi ini. Selagi kapitalisme dan demokrasi menjadi asas sistem yang memancarkan undang-undang yang mengatur urusan rakyat, selagi itulah Islam tidak akan berjaya diterapkan sepenuhnya. Bahkan Barat akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan sistemnya agar ia terus diterapkan, walau dengan apa cara sekalipun (meskipun dengan cara yang bertentangan dengan aspirasi kebebasan (demokrasi) itu sendiri). Sayugia diingatkan bahawa bukan pilihanraya menjadi isu, tapi yang menjadi isu adalah layakah kita menjadikan suara majoriti manusia se bagai asas pembuatan peraturan hidup kita, Apakah kita berhak mengundi hukum Allah? "Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya Telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya Maka sungguhlah dia Telah sesat, sesat yang nyata" . ( Al-Ahzab, 33 : 36 ) Wallahua'lam ----------------- BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH |
abdullah_syakir ![]() |
![]()
Pada 04-01-07 14:56 , AzmilMustapha posting:
!!! QUOTE !!! DAULAH ISLAMIYYAH MELALUI PILIHANRAYA 1 ![]() Ana rasa tajuk ni sesuai dibincangkan di ruangan Bincang Agama.Ana dah pun paste kat ruangan Bincang Agama. |
aye ![]() ![]() |
![]()
Semoga dalam kcelaruan dan kkhilafan pnafsiran al-quran dan hadis di kalangan kita pada hari ini mbawa rahmat.....
so sama-samalah kita bpihak kepada jumr'ul ulama'....... hmmm, betul tak... Ana ikut saja pandangan al-qadawi.... hehe |
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |