Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Saya tidak sanggup menghapuskan kegelapan tetapi saya sanggup meneranginya.
-- John Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 151
Ahli: 0
Jumlah: 151




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 8 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Ujian Keserasian..untuk Perkahwinan Impian Anda..


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Ujian Keserasian..untuk Perkahwinan Impian Anda..

Please Mendaftar To Post


Oleh Ujian Keserasian..untuk Perkahwinan Impian Anda..

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 12:39


Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau
tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya
itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan "Ya" atau
"Tidak". Sediakan pen & kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawap "Ya"
tanda right.. kalau "Tidak" tanda pangkah.. soalan-soalannya...

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau
hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai
hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat
menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat
temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu
menguzurkan
diri?

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang
mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8] Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh
keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada
kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan
bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan
anda
tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun
damai
dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau
pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak
wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan
damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar
tentang kehidupan berumahtangga?

(18] Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan
tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada
anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk
menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya"
sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu
membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam
kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15
pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak
menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau
jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda
sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.


-Semoga kita dipertemukan jodoh dengan insan yang terbaik yang diciptakan untuk kita-insyaAllah..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 13:55


salam..
Insya Allah...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 14:40


Insya Allah. Bagaimana dengan ketepatan. Ada kajian ka yang mengesahkan perkara ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

Lubnaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.07.2006
Ahli No: 25241
Posting: 133
Dari: Kajang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 21:50


insyaallah......

Bookmark and Share

    


  Member Information For LubnaaProfil   Hantar PM kepada Lubnaa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110746 saat. Lajunya....