Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 237
Ahli: 0
Jumlah: 237




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 59 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Cerpen
Topik: :.Malaikat Maut Mengintai Selalu( Siri Famili ).:


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» :.Malaikat Maut Mengintai Selalu( Siri Famili ).:

Please Mendaftar To Post


Oleh :.Malaikat Maut Mengintai Selalu( Siri Famili ).:

diny
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-11-06 02:45


Assalamualaikum kekawan semua..rasanya dah lama diny tak postkan cerpen atau copy dan paste cerpen di potal ukhwah. Dengan izin iDan-my friend whom i farely know but do write amazing stories, today i would like to post a new story. Any comments allowed. :)
EnjoyzZzzZzz....

.:Bahagian Pertama:.
Pos Asal oleh iDan on 16.11.2006 at 7:34 AM

Penyair iDANRADZi ditahan di Wad Kecemasan.

"Tak boleh tahanlah Mila ... sakitnya."

" Nak ke klinik ke?"

"Tunggulah dulu, ada tak pil tahan sakit di rumah"

Sejak jam 1:30 pagi lagi aku telah terjaga dari tidur. rasa sakit rusuk kanan sebelah belakang, nyilu sekali sakitnya. Misterinya jam yang sama dua hari sebelum ini. tiba-tiba-tiba sahaja sakit. Aku bagaikan tak boleh bangun untuk berdiri. Aku kuatkan diri bagaikan mahu melangkah ke bilik air. Sakitnya perut ini. Apakah aku salah makan. Sekadar buang air kecil; sakit terusan menyilukan.

Aku cuba mencapai Minyak Kayu Putih, menyapunya serata perut, dahu & tengkuk. Tak ada beda, dudukpun tak boleh, baring lagilah sakit teramat sakit. Sungguh aku tak pernah rasa kesakitan yang begini. Aku berharapkan dengan menyapu minyak angin itu akan mengurangkan lagi sakit dirusukku. Lagi disapu lagi merebak sakitnya. Hampir separuh badan sakit belaka. Sakit apa ini?.

Sejam berlalu, sakitnya terusan menyilu. Dari anjung bawah aku ke kamar atas. Naik turun tangga, tak tahu nak duduk atau baring di mana.

" Mila ada tak nampak Panadol di rumah kita ini "

" Ada tu dalam kotak ubat "

Aku menelan dua biji Panadol. Ke dapur mencari halia, manalah tahu takut angin. Mencampurkan halia dengan air suam. Masa berlalu tapi sakit tak reda. Makin kuat hingga menyesakkan nafas. Uhh tak boleh jadi, bernafas pun sudah sebiji-sebiji. Memang aku terbayang Malaikat Maut akan datang. Aku mengucap panjang.

" Begini rupanya orang nak mati... " Desus hatiku.

Badan sudah mula berpeluh. Aku cuba kembali ke bilik air dengan sedikit kudrat yang makin rapuh. Amat nyilu, amat sakit. Bagaikan aku mahu pitam. Aku mencurahkan air ke muka berkali-kali agar tidak tumbang & pengsan di bilik air. Aku mula memikirkan yang tidak-tidak. Terbayang satu persatu kenalan & saudara mara aku yang meninggal mengejut.

Begini rupanya nyawa ingin dicabut, sakit seluruh badan, tak ada ubat penawar. Duduk, bangun, baring & berjalan semuanya serba tak kena. Sakit di mana-mana.

Setiap sakit mesti berpunca dari dosa. Memang dosa aku terlalu banyak. Maka itulah hukumannya, di dunia lagi aku diazabkan dengan kesakitan yang amat sangat.

" Jomlah Mila, kita ke klinik... tapi mana Panel Doktor yang buka 24 jam di Kajang ini? "

" Tak Kisahlah abang klinik mana-mana..."

Mila bangun.

Afiz baru dua hari periksa SPM, Mila ambil cuti separuh hari untuk memberi semangat Afiz menghadapi peperiksaan. Malam-malam lagi sudah memasak. Untuk sarapan. Berulang dari Jenaris ke Pulau Carey. Telah dua hari dia berulang. Azim & Anif tentulah seronok tidak sekolah pagi, pergi sekolah agama sahaja.

Jam 3:00 sekitar tiga pagi. Aku teringat Perak, isterinya memang Ketua Jururawat di Kajang; mesti dia banyak cadangan dalam bab sakit ini.

" Zali, maaflah menggangu kau tidur...kau tahu kat mana ada Panel Doktor UPM yang 24 jam di Kajang ini... " Suaraku terketar-ketar menahan sakit.

" Kenapa apa pasal?... siapa sakit "

" Aku... perut ini, sakit sangat dah dekat 2 jam tak reda sakitnya "

" Kajang rasanya tak ada, pergi sajalah ke Hospital, Wad Kecemasan ... kalau ke klinikpun bila tak reda sakit tu.. kena hantar ke hospital juga.. " Betul juga katanya.

" Sakit Appendix sebelah kanan ke..?.. " Aku sudah membayangkan kena bedah macam Mila. Mila masa sekolah dah kena bedah sebab Appendix.

" Ha..ah .. sakit tak bila tekan .. "

" Tak tapi keras sangat perut ni... angin ke..? nyilunya di dalam .. batu karang ke iyerr " Aku sudah tak boleh tahan. Sakit sangat terketar-ketar nak berbual.

Mila sudah bersiap memakai tudung. Aku membuka pintu pagar, menggesa Mila agar cepat. Dalam Avanza kemek Mila aku terfikir, jika Mila tiada di rumah bagaimana iyer... siapa nak hantar aku, siapa nak memandu. Aku teringat masa Mila kena serang Gastrik , kerap dinihari aku menghantar dia ke klinik. Sekarang aku di sebelah Mila, dia memandu laju. Jam masih awal 3:00 pagi.

" Nak pergi mana ni..? klinik atau hospital ? "

" Entahlah Mila, rasanya elok ke hospital.."

Aku paling malas kena tahan masuk wad. Malas, tak pernah pun duduk sebagai pesakit barang semalampun di hospital. Jaga orang sakit itu kerap; Ziarah tengah malam . Memang malaikat mengintai selalu. Selang beberapa hari dah dengar orang yang aku ziarahi itu meninggal. Aku membayangkan hospital itu tempat berulang alik Malaikat Maut. Ish.. malasnya..! Telah hampir ke simpang empat Balai Polis Kajang.

" Hospital jalan mana iyer ayah.."

"lah.. biar bebetul jalan ke hospital pun Mila tak tahu.." Aku cakap dalam hati;

Sudah panik agaknya Isteri aku ini. Sampai tak ingat jalan, bagus jugak dalam hatiku.

" Mila tak payahlah lah kita ke hospital, Seri Serdang sahajalah.. ke Klinik Penawar "

" Hospital sahajalah... nanti apa-apa terjadi ..kan susah... belok kiri kan?.. " Terhoyong hayang Mila memandu. Aku mendesak ke lain dia pula ke lain. Tahu rupanya dia jalan ke Hospital Kajang. Titik.

Dinihari; embun jantan basah membasahi sakitku. Aku bagaikan nampak kelibat Malaikat Maut di Hospital Kajang... amat begis lagi sasanya!

- bersambung



Bookmark and Share

    


  Member Information For dinyProfil   Hantar PM kepada diny   Quote dan BalasQuote

diny
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-11-06 02:47


.:Bahagian Kedua:.

Perjalanan ke Hospital Kajang mengambil masa dalam lebih kurang 10 minit mengikut jalan pintas yang memang jarang aku lalui sejak ada lingkaran tengah ke Semenyeh. Bukannya apa aku pernah disergah Penanggal. Api berselerakan melintas di hadapan betul-betul dekat jirat cina lama Sungai Kantan. Masa itu bukan hari raya. Apakah jadahnya ada orang main bunga api jam 4:00 pagi.

Mila meletakkan Avanza Kemek di tempat letak kereta yang lapang. Ada dua tiga buah sahaja kereta di tempat letak kereta itu. Aku terpaksa berjalan kaki agak jauh untuk ke Wad Kecemasan Dalam bualan di telefon dengan Tok Perak dia kata ada kaunter penerima pesakit sebelah kiri tak jauh dari Foyer Wad Kecemasan. Bila aku masuk ke bahagian penerimaan pesakit kecemasan, agak ramai juga orang. Penyambut tetamau di kaunter tersebut nampak malas & tak ceria, biarpun masih muda mungkin masih belum kawin.

" Encik ke depan sana, mereka akan kasi kad & baru boleh mendapat nombor di sini "

Begitu rupanya prosuder kecemasan, kecuali pesakit sudah tercungap-cungap barulah terus ke doktor... mungkin bisikku dalam hati.

" Encik bukan rakyat asing kan? Orang tempatan kena bayar seringgit sahaja & tunggu nombor encik akan tertera di skrin.." Aku menghulurkan kad pengenalan. Muka aku memang macam Abuya di Kad pengenalan. Macam bangla pun ada, macam arabpun ada. Apalah Makwe Lesu ini. Aku Perak maripun dia tak pasti.

No 2027 jam 3:26 pagi tertulis tiket menunggu. Aku duduk dengan kesakitan yang tak reda. Tekak terasa amat kering. Aku sekadar mengurut-ngurut sendiri. Perut tak rasa apa-apa pun bila diurut, keras, sejuk macam batang pisang. Mila asyik tanya masih boleh bertahan lagi tak. Aku tetap bersabar. Di depanku ada seorang pesakit umurnya sekitar 40an. Terbaring di bangku berkembar menunggu nombornya terpocol di skrin. Tentunya dia macam aku juga menderita sakit tapi masih tetap bertahan. Di sudut kanan aku melihat sepasang suami isteri mungkin. Iasterinya nampak uzur sangat sedang menahan kesakitan. Di belakang ada sepasang ibu & anak tidur-tidur ayam. Ada lima enam orang lagi nampak bagaikan pengiring pesakit yang sedang dirawat.

Nombor aku dipanggil ke pintu lima. Aku rasa lega tentunya sakitku akan dapat dikawal. Mila memang sejak kebelakang ini amat kurang berbulan, nampak pendiam. Aku jeling wajah selambanya sambil bangun menuju ke pintu tiga. Mamailah itu. Aku dongak ke atas pintu... isk silap pintu tercari-cari pintu lima. Apabila masuk nampak bukan Doktor yang menyambut ku. Pakaian biru, mesti Pembantu Perubatan... bisik dalam hati.

Setelah bersoal jawap lebih kurang dia menyuruh aku kembali menunggu di luar.

" Apa kata doktor? " Bila bertanya.

" Entah siapa Mila ada saringan pulak! "

Begini rupanya jadi pesakit kecemasan. Aku ingat macam dalam TV, ada yang menunggu kalau tak boleh jalan terus naik katil sorong & terus dirawat di wad. Macam cerita hindustan itu siap hero hindustan berkejar-kejar sebelah heroinnya. Mungkin aku masih boleh berjalan, badanpun tak berlumuran darah. Biasa agaknya orang macam aku datang jam 3:00 pagi minta bantuan doktor menahan sakit. Pesakit yang terbaring masih tak dipanggil. Isteri yang nampak uzur sangat nampak bagaikan mahu pitam. Selang beberapa minat ada keluarga India membawa anak kecil. Nampak dia macam biasa saja terus ke kaunter dapat nombor. Aku pula sudah tiga peringkat masih menahan sakit. Sekitar 3:45 pagi.. dua jam lebih aku bergelut dengan kesakitan. Nampak wajah Malaikat Maut makin menjeling aku.

" Mila macam ini rupanya di hospital, bila agaknya boleh jumpa doktor... sakit sangat dah ini "

" Abang pergilah tanya kat kaunter itu.. " Aku nampak Makwe Lesu lagi kemalasan itu. Aku terus bangun.

" Adik, doktor ada ke? ngapa lama sangat ini saya sudah dua jam lebih menahan sakit... sakit sangat ni.. "

" Ada dalam ... tu dia sedang merawat seorang pesakit... jika Encik tak tahan lagi masuk saja pintu tiga itu untuk jumpa doktor. "

" Seorang lagi ke? tak apalah..? Yang lain pun nampak sakit macam saya juga! "

Aku kembali ke bangku sebelah Mila. Sejak awal datang itulah bangku yang Mila duduk. Tak bergerakpun. Dalam kotak fikiranku makin tonggang-langgang. Hendak tolak pintu doktorkah. Sudah dapat lampu hijau dari Makwe Lesu lagi kemalasan itu. Atau tinggalkan saja hostipal yang Tok Perak banggakan sangat ini. Lama amat menunggu, lainlah kalau aku ini sakit deman kah... aku takut nafas aku semput lagi macam di rumah. Pergi ke Klinik Penawar di Taman Seri Serdang sahajakah. Atau.. hendak ke klinik swasta, mampukah aku. Dibedalnya kena tahan wad, kena bedah segala, insuran kelompok aku yang ada boleh ke menampung?. UPM hanya tanggung perubatan Doktor Panel yang dia sinaraikan & hospital kerajaan. Itulah pegawai kerajaan kerja dalam kelompok sokongan. Jika tahan di wad pun kelas dua sahaja. Lainlah aku ini menteri. Ratusan ribu guna duit ke luar negara untuk mendapat rawatan terbaik pun mampu.

Aku lihat seorang pesakit cina, muda orangnya datang seorang diri. Mengambil nombor giliran & duduk di bangku depan. Selang beberapa minit dia bangun jumpa Makwe Lesu, yang duduk saja di bangku itu. Nampak Makwe Lesu itu berbual dengan Aci sedang makan di belakang dia. Pemuda cina itu menuju ke bilik air sebelan kanan ruang menunggu. Selang beberapa minit dia keluar. Macam kes sama denganku. Sakit perut dan dia gelisah, duduk & berdiri tak menentu.

2024, pesakit yang terbaring tadi masuk. Mana satu yang betul, Makwe Malas lagi lesu tadi kata cuma ada seorang pesakit. Nombor aku pula 2027, jauh lagi tu...

" Mila kalau seorang mengambil masa 15 minit ke setengah jam, pukul berapa giliran kita nak jumpa doktor "

Mila macam biasa, bercakap benda yang penting sahaja. Diam nampak lesu jangkit sakit Makwe kat kaunter itu. Aku terus melayan fikiran dengan kesakitan. Tiba-tiba pasangan suami isteri yang isterinya nampak uzur sangat itu termuntah, meluru ke luar tempat menunggu. Masuk semula & suaminya menarik tangan masuk ke bilik nombor tiga. Tak menoleh pun ke arah Makwe Lesu. Tentunya dia juga dapat lampu hijau macam aku. Kenapa aku tak ikut cara dia. Nampaknya tinggal aku paling lama menunggu dalam keadaan uzur. Mungkin pemuda cina itu orang selepas aku kena bantuan segera.

Aku membaca satu persatu di papan kenyataan berkenaan apa itu kecemasan. Macam-macam. Luka darahnya terus mengalir, sakit jantung atau dada, perempuan mengandung, pengsan ... banyak dekat dua puluh kes. Sakit terlalu kuat mungkin kena dengan masalah uzurku, sekitar kategori ke tujuh. Padanlah tak diutamakan. Atau aku silap buat laporan kepada Pembantu Perubatan tadi. Kena ngadu auta sikit, kata sakit dada, sesak nafas, dah sakit sejak siang tadi, berpeluh, rasa nak pitam telah muntah banyak, aduh.. aduh... dah nak pengsan ni... macam filem India!. Padahal segi lojiknya kalau dah nak jumpa doktor lewat jam 3:00 pagi memang sudah tak tahan lagilah sakitnya. Kalau tidak Kenapa pesakit tak tunggu siang hari sahaja.

Aku lihat seorang gadis, cantik gadisnya tapi muka sebelah kanan bengkak agak besar. Tangannya nampak luka telah berhenti darahnya. Sebahagian jari berbalut. Jalan kena dipimpin. Ada dua orang hampir sebaya dengannya mengiringi. Kemalangan jalan raya tentunya. Pesakit luar, tidak ditahan di wad. Tentunya itu yang dimaksudkan Makwe Lesu seorang pesakit yang sedang dirawatan doktor tadi.

2027. Aku jeling jam di dinding 4:09 pagi. Tolaklah 3:26 dengan 4:09. berapa minit; Itulah khidmatnya di hospital kerajaan dalam bab kecemasan; Kenapa tidak terus dirawat, tak cukup katil kah, Doktor cuma seorangkah? Isk aku ini nak minta dirawat atau merawat keadaan hospital. Tapi apa cerita pesakit yang terbaring itu. Sudahlah datang sendirian tak berteman. Paling sedih pasangan suami isteri itu, sampai termuntah di ruang menunggu. Entah berapa lama dia menunggu di luar, akupun sudah dekat sejam. Pemuda cina itu, entah berapa kilometer akan menahan sakit, kejap-kejap ke tandas. Tak senang duduk. Semua pesakit ini orang susah tak banyak duit termasuklah aku, kalau tidak aku mesti klinik swasta. Mungkin tidak dilayan begini... bebel hatiku.

Itu baru cerita derita kesakitan di luar menunggu .. belum lagi cerita di dalam wad.

- bersambung

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinyProfil   Hantar PM kepada diny   Quote dan BalasQuote

guelderose
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24616
Posting: 336
Dari: Ayer Keroh

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-11-06 11:48


erm..boleh tahan menarik..tapi..bahasa macam ada yang tak kena..hihi..Sorry ek..sekadar pandangan..keep up the good work..Hospital kajang memang begitu..huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For guelderoseProfil   Hantar PM kepada guelderose   Quote dan BalasQuote

diny
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-01-07 04:13


.:Bahagian Ketiga:.

Itu baru cerita derita kesakitan di luar menunggu .. belum lagi cerita di dalam wad

Aku diarahkan berbaring di katil empat. Empat adalah nombor bangsa cina paling takut. Ada yang mengatakan empat itu bermaksud mati. Ada sekitar lapan katil dalam Wad Kecemasan. Tentunya ada lagi katil yang digunakan untuk orang kritikal mungkin di bilik sebelahan. Katil tiga aku lihat pesakit yang terbaring tadi. Pembantu perubatan lelaki agak gempal sedang memasang alatan yang penuh wayar ke mesin. Penuh di dadanya dengan pelbagai radas pengesan. Sakit dada tentunya.

" Encik ada masalah sakit lain ke?, kencing manis?, jantung? atau asma ? " Tanya doktor perempuan berbangsa India nampak sebaya denganku. Gempal badannya, putih kulitnya.

" Tak ada.."

" Alahan ubat? "

" Tak ada.. "

" Sakitnya sejak bila ni? "

" Sejak sekitar jam 1:30 pagi tadi doktor, tak kurang-kurang sakitnya "

" Belum ini ada sakit yang sama? "

" Ada doktor, dua hari lalu tapi tak seteruk ini, saya telan panadol sahaja ianya hilang "

Kemudian dia mengarahkan jururawat yang aku lihat ada tiga empat orang mundur-mandir dalam wad itu. Muda lagi jururawatnya putih bertudung sopan. Selang beberapa minit jururawat tersebut membawa jarum penyuntik ke arahku. Agak besar tabung jarumnya.

" Encik kena suntik di ponggong, sila mengereng & selak sikit seluar Encik..? "

" Hah?... " Jawab aku agak panik. Aku rasa paling akhir aku kena suntik mungkin sekitar sepuluh tahun lalu semasa aku kemalangan motorsikal. Itupun di lengan bukan di ponggong.

" Lepas ini Encik boleh ke bilik air nak periksa air kencing Encik.. kemudian Encik baring di katil nombor satu sana " Sambil jururawat tersebut menghulurkan botol kecil bertutup.

Tidaklah berapa sakit disuntik dekat ponggong, cuma kebasnya terasa. Mesti ubat tahan sakit. Aku memberikan botol tersebut kepada jururawat tadi dan menuju ke katil satu. Selang sepuluh ke lima belas minit terasa sakit yang nyilu teramat sangat di dalam rusuk kananku terasa reda. Sekitar 1:30 pagi hinggalah ke 4:15 pagi menderita. Sampaikan sesak nafas, berpeluh, duduk, baring & berdiri serba tak kena. Memang kuat kesan suntikan itu jika ke doktor panel UPM apakah dia akan suntik ubat yang sama?.. Aku terasa lapang & tidak risaukan lagi akan Malaikat Maut yang selalu mengintai pesakit.

Aku nampak pesakit seorang isteri yang muntah tadi, jauh berbaring di katil ujung. Nampak amat tenatnya. Aku nampak seorang kanak-kanak menghampirinya: Tentunya itu anak dia. Semasa di luar aku tak perasan dia ada bersama anaknya. Di Wad Kecemasan cuma dibenarkan seorang mengiringi pesakit. Aku nampak jururawat & Pembantu Perubatan menyediakan katil beroda, macam katil ambulan. kasihan pesakit itu, tentunya lebih lama dari aku menunggu di luar & kini terpaksa di hantar ke hospital lain sebab semakin tenat amat; tak pasti sakit apa.

" Kenapa awak tak datang semalam, bukankah dalam surat ini awak kena datang ke wad ini semalam? " Tanya Dr berbangsa India kepada seorang gadis sekitar 20an umurnya yang tiba-tiba muncul di wad. Agak kuat suara doktor tersebut yang sejak tadi aku lihat duduk-duduk sahaja mengarahkan kerja.

" Memang saya datang semalam, tapi katanya tak jadi buat ujian darah, doktor semalam suruh datang hari ini "
Jawab gadis itu, petah dia bercakap nampak ramah & bersahaja.

" Denggi pun ... bertangguh-tangguh siapa iyer doktor bertugas semalam?..." Doktor Wanita India tadi membebel, cakap Melayu campur cakap orang putih.

Pesakit seorang isteri tadi telah dibawa keluar wad, & jururawat yang tadinya duduk bersebelahan dengan doktor menyediakan botol air untuk gadis yang kena denggi. Selang empat katil denganku. Aku memandang dari jauh sahaja. Pesakit yang sakit dada masih terbaring di katil tapi nampak tenang tak seperti orang yang kritikal. Semua wayar yang berselirat di dadanya tadi telah ditanggalkan. Sekadar ada alat menguji tekanan darah di lengannya.

" ok.. Encik punya jantung, tak apa-apa semuanya ok, kecuali tekanan darah Encik agak tinggi " Kata Doktor kepada Pesakit dada.

Pesakit yang sakit dada tak banyak cakap terus bangun & mencabut sendiri alat ujian tekanan darah. Dalam hatiku berkata,

".. jika sudah menunggu hampir sejam tentunya segala tekanan akan berubah. Entah seteruk mana pesakit ini berkejar semasa ke hospital & kini sampai sudah kembali puleh... kalau dibedalnya datang angin ahmar bagaimana?.. macam kes aku sampai sesak nafas; hingga sebijik sebijik menarikan nafas pendik ... hingga teringat akan takutnya mati... maka itu kami dekat subuh sanggup berkejar ke hospital..." Dalam hati.

Serangan angin ahmar kini dikenal pasti sebagai pembunuh ketiga selepas penyakit jantung dan kemalangan kenderaan bermotor. Menurut Menteri Kesihatan, orang ramai perlu mengetahui tanda-tanda serangan angin ahmar di peringkat pemulaan bagi mengurangkan kerosakan sel-sel otak. Tanda-tanda serangan angin ahmar ialah sakit kepala, penglihatan kabur, kebas di beberapa bahagian tubuh badan dan sukar bertutur. Mereka yang menghidapi kencing manis, tekanan darah tinggi dan mempunyai kandungan kolesterol tinggi mudah diserang angin ahmar. Purata serangan angin ahmar di negara ini dianggarkan dua bagi setiap 1,000 orang. Ini menunjukkan bahawa 46,520 orang diserang angin ahmar setiap tahun.

Aku tidak memakai jam, mencari-cari jam dinding di dalam wad; Tiada. Rasanya sudah hampir sejam aku di dalam wad. Tentunya lantaran menanti keputusan ujian air kencingku, atau mungkin doktor memang tak mengizinkan aku pulang segera, takut alahan ubat yang disuntik di ponggongku.

Aku memerhati seorang ayah berbangsa India mendukung anaknya, awalnya ibunya masuk sekali ke wad, doktor melarangnya. Dalam wad, pesakit hanya boleh diiring seorang sahaja. Nampak ayah anak tadi menunjuk-nunjuk & menganga mulut anaknya. Dia berbahasa India dengan doktor, doktor pula berbahasa orang putih, Melayu campur India. Aku memang tak faham.

" Encik Haridan sila ke mari " Panggil doktor. Aku bergegas bangun & dudk di bangku sebelahan meja doktor.

" Sakit lagi tak? "

" ok dah baik, tak rasa sakit "

" Encik kena pergi tak-ray di Pusat Kesihatan, saya kasi ubat untuk dimakan dan ubat yang ini nanti waktu pejabat Encik ambil di Farmasi hospital ini " Dia menghulurkan nama-nama ubat kepada jururawat yang duduk bertiga tak jauh dari mejanya.

" Apa masalah sakit saya doktor, appendix ke? "

" Tak pasti "

" Batu Karang? "

" Nanti tak-ray baru tahu "

Aku bangun & mendekati jururawat yang semuanya pangkat anak. Tak seorang pun mahu senyum. Tenguk wajah machooku macam orang asing!.

" Bila agaknya saya boleh pergi tak-ray? " Tanya saya kepada jururawat sebab doktor macam kabur!.

" Bila sesuai iyer ... " Jururawat bertanya kepada kekawannya.

" Kalau esok Encik nak pergi, tak tahu lagi kesan ubat ini ... Pusat Kesihatan kat Jalan Semenyeh tu tak buka tak-ray Sabtu & Ahad agaknya... Encik elok pergi hari Isnin " Jururawat tak pasti, doktor senyap sahaja.

Jururawat menghulurkan empat jenis ubat untuk ditelan & sebotol ubat untuk dibancuh dengan segelas air. Bersama dua keping surat, satu ubat yang perlu di ambil di farmasi & satu lagi surat untuk tak-ray. Aku pun mengucapkan terima kasih & berlalu keluar.

Aku lihat Mila dah lena di kerusi. Aku mengejutkan dia & menarik pintu menuju ke tempat letak kereta.

" Apa doktor kata? "

" Tak pasti Mila, tapi dia kata bukan Appendix... mungkin juga batu karang " Aku berbohong sekadar menyedapkan hati sendiri.

" ... nanti tak-ray baru tahu sakit apa! ... biar ayah pandu, sudah tak sakit dah.. " Aku mencapai kunci dari tangan Mila.

Kereta Avanza kemek telah penuh embun jantan, bila aku hidupkan enjin nampak jam telah 5:44 pagi. Empat lagi nombor hujungnya. Alahai berapa jam aku telah berada di hospital.

" Cina yang sakit tu tadi Mila tenguk dia balik ... mungkin tak tahan & pergi ke klinik lain! "

" Haa ahh " Aku menjawab pendik, memang aku tak nampak dia masuk ke wad. Aku bersuara dalam hati.

Aku terbayang wajah sakit pemuda cina itu & terfikir, beginilah layanan jika cuma bayar seringgit!. Kalau klinik swasta mungkin lebih cepat & mesra layanannya tapi kalau kes kecemasan emmm.. terpaksa juga berkejar ke hospital; Kira sudah bersyukur amat sangat. Aku telah puleh dari sakit, Itu yang sepatutnya; Sabar-sabar. Malaikat Maut sekadar mengintai, jangan panik sangat nanti dia akan datang juga cabut nyawa kita...tapi esok, lusa bagaimana?. Masih sakitkah aku.

- bersambung

origami
Posted on 22.11.2006 3:57 AM
Posted from Malaikat Maut Mengintai Selalu 3 ( Siri Famili )
Nilai Kesihatan Kita RM1?

Saudara iDAN, saya boleh buat satu kesimpulan ke atas cerita saudara walau pun belum ada kesudahannya. Berginilah nasib saudara dan saya dan berjuta-juta yang lain dalam hal mencari bantuan perubatan di waktu kecemasan.

Puncanya adalah sikap orang kita sendiri dalam melayan pesakit dan sistem pengurusan sesuatu hospital itu. Kita tolak tepi tentang bayaran, kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan dari segi rawatan kesihatan adalah mencukupi, pembiayaan kemudahan ini datangnya dari cukai-cukai yang saudara dan saya keluarkan tiap-tiap tahun, jadi, bukankah wang kita merupakan sebahagian dari peruntukan tersebut? Dari segi logiknya bukankah kita juga membiayai segala kemudahan yang disediakan termasuk para pekerja kesihatan? Dan bukankah dengan adanya kita yang memerlukan bantuan, keperluan mereka baru ujud? Jadi, tidak ada sebab mengapa doktor, jururawat dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam profesion ini tidak dapat melaksanakan tugas mereka bersungguh-sungguh.

Gaji, elaun dan apa saja kemudahan yang mereka perolehi datangnya dari mana, kalau bukan dari peruntukan kerajaan yang datangnya dari mana, kalau bukan dari cukai-cukai dan sebahagiannya dari kita juga! Kekurangan petugas-petugas pada luar waktu pejabat adalah hanya urusan pentadbiran sahaja. Saya rasa tiap-tiap hospital sudah ada statistik bertahun-tahun untuk menentukan keperluan petugas waktu luar pejabat untuk melayan kes-kes kecemasan. Tapi saya rasa tiada usaha yang kukuh di buat untuk memastikan penyediaan petugas yang mencukupi.

Jangkamasa yang panjang yang saudara lalui semasa di hospital itu adalah kerana kekurangan petugas dan pesakit pun ramai. Saya rasa ini bukanlah pada hari itu sahaja, tetapi perkara biasa. Bukankah sampai masanya pihak pentadbir hospital membuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini? Dan bukannya sudah tiba masanya "petugas-petugas" kita hospital itu mengubah sikap sekiranya mereka tahu siapakan "tuan" mereka sebenarnya? Nilai kita bukanlah RM1 sepertimana yang mereka anggap.

----bersambung

[ Telah diedit oleh: diny pada 04-01-07 04:14 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For dinyProfil   Hantar PM kepada diny   Quote dan BalasQuote

diny
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-01-07 04:16


.:Bahagian Ke-4:.

jangan panik sangat nanti dia akan datang juga cabut nyawa kita...tapi esok, lusa bagaimana?. Masih sakitkah aku.

Aku melewati jirat cina yang paling berhantu di dunia. Meredah kabus & titisan embun jantan. Suluhan lampu Avanza mengejutkan kelelawar yang terbang tinggi rendah hilang di celahan gerbang jirat. Kejap lagi azan subuh; jadi tak seram sangat, mesti hantu cina akan lari. Sakit di rusukkupun kian puleh. rasa kebas di ponggong angkara suntikan jururawat lawa sahaja yang masih tidak hilang. Mila sebelah macam biasa, senyap; Sepi: Tidur-tidur ayam. Payahnya nak berbual.

" Nasiblah Mila ada kat rumah malam ini, kalau tak macam manalah ayahnya nak pergi hospital... kan? ! " Aku tahu mesti Mila tak jawab.

" Memang inilah satu dari sebab yang amat payah jika tiada suami atau isteri berjauhan, emmm bila sakit!, siapa kita nak suruh hantar ke klinik... " Aku tahu mesti aku akan bercakap seorang diri, silap cakap baru Mila akan menjawab nanti mesti kena sebijik.

" Kalau Mila di Pulau Carey tu, sakit di tengah malam, siapa iyer nak hantar… memang kena ada sentiasa telefon bimbit di sebelah bantal ... senang capai, tapi kawan mahu ke berjaga malam hantar kita ? " Aku mula malas nak bercakap sendiri. Saka gila sudahlah aku ada. agaknya cepat jadi gila pula. Sunhut seorang-seorang.

Aku jeling Mila masih celik mata, wajah mengereng ke tingkap Avanza berembun. Aku teringat akan telefon bimbit Mila. Dia tambah nilai tentunya lebih RM100 masa nak raya lalu; sebab perkhidmatannya lebih dari 3 bulan akan tamat. Memang telefon bimbit kawan rapat dia, tak boleh berjarak; Seminggu mesti akan masuk SMS lebih dari tujuh puluh, urusan pejabat pun melalui SMS, belum adik-adik, keluarga & jiran. Dahsyat zaman sekarang, klik-klik huruf kena belanja ratusan RM. Belum lagi kes cakap berbayar.

Aku pula, nak dapat satu SMS seminggu pun payah, kalau ada talian yang datang asyik nak pinta tolong, minta tolong baiki komputer. Minta tolong... minta tolong sampaikan aku fobia nak buka telefon bimbit. Jauh sekali dapat SMS dari kekasih. Kalau SMS Mila ujud pun mesti kes meraban, kasi tahu nak lewat balik, nak pergi sana, nak pergi sini. Huh lemas nak baca. Ataupun aku panggil SMS pisau. Memang hati seorang aku amat rindukan kata-kata kasih dari seorang kekasih. Mesti ada seseorang yang perasan dari kalangan pelayar. Aku ini terbaca akan SMS cinta lara dariku. Alahai!.

Anak-anak semua tidur lena. Aku menelan ubat-ubat yang diberi oleh hospital dan surat untuk pergi tak-ray itu ada cop nama doktor berbang India, ada a/l makna bukan nama orang kristian. Aku membancuh ubat cair yang perlu diminum tiga kali sehari. Bila aku congak-congak ubatan tersebut, Cuma bekalan dua hari, Sabtu & Ahad bagaimana. Terutama ubat tahan sakit. Habis ubat nanti kena telan panadol tentunya. Cuma ada satu jenis ubat macam antibiotik, itu yang banyak mahu lima hari tak habis. Kena dihabiskan.

Telahan aku betul, habis sahaja tempoh 8 jam. Aku diserang kembali rasa nyilu menyucuk-nyucuk. Tak boleh putus ubat.

Tidur sekadar dua jam lebih, doktor pula tak terfikirpun nak kasi surat cuti. Aku kuatkan juga ke tempat kerja, sebab Khamis ada pula aku kena jadi pengawas peperiksaan. Waktu yang sama ada jamuan hari raya; Satu UPM semua buat gerai makanan percuma. Jadi siapa nak mengganti pengawas peperiksaan. Abang Isa awal-awal kata tak boleh. Ina yang memang hobinya makan mana mungkin nak ambil alih tempat aku jadi pengawas peperiksaan.

Dalam sakit aku terpaksa juga menjalankan tugas, kena jadi anak lelaki, kuatkan semangat. Aku bernasib baik ada jamuan di fakulti, jamuan Anugerah Pelajar Cemerlang juga sarapan yang Persatuan Sekerja adakan, bersebelahan dengan peperiksaan.
Jadi aku seorang yang memang degil pasal soal berpantang; bedai semua makanan. Itu rezeki namanya. Lewat tengahhari peperiksaan tamat; Kebetulan Eris nak ke Kajang urusan pinjaman keretanya. Aku menumpang untuk mengambil ubat baki yang doktor arahkan. Punyalah kelakar, farmasi itu Cuma kasi dua biji pil sebesar labuci warna oren; Mesti terlampau mahal agaknya ubat itu. Kena habiskan dalan hari itu juga.

Sakit macam itu juga cumanya taklah seteruk semalam;

“ Eris inilah kubur Mona Fendi, kalau abang kau ini mati nanti kat sebelah kubur Mona Fendilah dikebumikan ” Gurauku ketika melewati tanah perkuburan Sungai Kantan.

“ Ishh jangan nak buang tabiat!!..”

Balik dari Kajang sekitar jam 3:00 petang ; jadi petang itu aku pengsan tertidur di makmal. Tidur bergaji. Hendak buat macam mana dah sakit sangat.

Jumaat aku rasa selamat sebab hidup bergalas ubat takut mati.

Tapi bilamana malam satu kejadian aneh, biar bagaimana redanya sakit, tiap sekitar 1:30 pagi mesti aku terjaga & terus diserang nyilu yang tajam. 1:30 pagi waktu jin bertendang. Apakah ada gangguan makhluk dalam tubuh sebab sehari sebelum aku kena serang sakit. Aku berada di makmal sendirian; Waktu itu aku asyik mencari gambar model Mongolia yang kena bunuh di internet. Akses internet sampai ke jam 1:00 pagi sendirian; malam Rabu. Malam Rabu & malam Jumaat adalah dua malam di mana syaitan paling aktif berpesta. Aku suka juga membaca kisah jin dari buku Tamar Jalis. Dia yang cerita begitu. Aku tak percaya sangat.

Tingkat tiga itu memang teramat sunyi. Bila angin kencang setiap tingkap memang mengeluarkan bunyi yang amat seram. Angin yang merembas tingkap bersahutan sebiji bunyi ngilai langsuir.

Semasa ke bilik air sungguh aku terasa seretan kaki mengejar belakang aku, bila aku toleh ke belakang nampak seimbas lembaga anih. Huh dah jadi rutin berjaga malam. Aku naik lali & tak kisah sangat, tapi mana boleh tak kecut perut. Redah juga ketakutan dengan diri bagai telah kena kejutan elektrik; menuju ke lif. Terbayang cerita Korea ada hantu turun dari bumbung lif . Alahai siapa suruh balik lewat malam.

Apakah lantaran itu urat dalam badan terencat!. Perasan aku saja agaknya.

Sepanjang Sabtu aku menghadiri majlis pertunangan Nurul anak saudaraku. Nurul bekas pelajar Universiti Malaya. Dia bertunang dengan orang Kelantan. Sepanjang hari itu aku terhimpit dengan kesakitan. Cuma tidaklah sampai sesak nafas. Ubat tahan sakit dari doktor semalam telah kehabisan. Telan panadol lagi. Mana nak kebah.

-----------------bersambung



Bookmark and Share

    


  Member Information For dinyProfil   Hantar PM kepada diny   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-01-07 08:55


best...sambung sambung

ehehe


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 04-01-07 10:42


kisahnya masih berbelit.tapi..teruskan lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.090182 saat. Lajunya....