Oleh |
oh Raja Sherina |
akak_zura
Warga 2 Bintang Menyertai: 11.09.2005 Ahli No: 18876
Posting: 52
|
Posting pada: 22-11-06 06:58
‘Raja Sherina’ direman 3 hari bantu kes SMS pembaptisan Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI IPOH 21 Nov. – ‘Raja Sherina’, wanita yang menjadi buruan polis berhubung kontroversi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa Datuk Azhar Mansor akan membaptiskan sekumpulan orang Islam pada 5 November lalu, direman selama tiga hari bagi membantu siasatan polis. Perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah ke atas ‘Raja Sherina’ dikeluarkan oleh Majistret Syamsul Rezal Md. Ariff di sini hari ini bagi membolehkan siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dilakukan. Turut direman ialah suaminya yang berusia 38 tahun bagi membantu siasatan kes yang sama. ‘Raja Sherina’ dan suaminya sebelum itu ditahan sepasukan polis ketika sedang berjalan bersama seorang anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun di hadapan Hospital Alor Star (HAS), Kedah kira-kira pukul 9.30 malam tadi. Penahanan itu dibuat kurang lapan jam selepas gambar wanita itu diedarkan pada satu sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Perak petang semalam. Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Abdul Aziz Bulat ketika ditemui pemberita memberitahu, ketika ditahan di Alor Star, ‘Raja Sherina’ menjerit-jerit seolah-olah diserang histeria dan terpaksa dihantar ke HAS untuk mendapatkan rawatan sebelum dibawa ke Perak. “Pagi tadi ‘Raja Sherina’ sekali lagi diserang histeria dan kita telah membawanya ke Hospital Ipoh untuk mendapatkan rawatan sebelum dibawa ke mahkamah untuk direman. “Polis turut menahan suami wanita ini untuk mengetahui sejauh mana penglibatannya dalam penyebaran SMS tersebut,†kata Aziz. Menurut beliau, anak lelaki mereka telah diserahkan kepada abang suami Raja Sherina untuk dijaga. ‘Raja Sherina’ dikatakan mendapat pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Al-Azhar, Mesir. Dia didakwa mengirim SMS berkaitan pelayar Azhar Mansor kepada Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini. ----------------- lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang, tapi di dalam hati terpendam persoalan......................
|
ubaidillah
Warga 5 Bintang Menyertai: 22.11.2004 Ahli No: 12489
Posting: 361
Dari: kelantan
|
Posting pada: 22-11-06 08:25
Kenapa ditahan yang sebarkan? Kenapa tak disiasat murtad itu?Kenapa tak ditangani isu itu?
|
maruz
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2005 Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan
|
Posting pada: 22-11-06 08:35
Banyak persoalan boleh dipersoalkan: 1. Adakah benar tiada pembaptisan org Melayu pada hari itu? atau apabila SMS sudah tersebar dengan meluas maka pihak gereja terus membatalkan program pembaptisan/memurtadkan orang2 melayu seperti yang didakwa? 2. Benarkan Azhar Mansor masih islam? masa sidang akhbar beliau hanya kata 'saya di lahirkan islam, keluarga saya islam, ayah saya islam, dibesarkan dalam keluarga islam dan berketurunan islam" beliau langsung TIDAK KATA - SAYA MASIH ISLAM dan beliau langsung TIDAK MENGUCAP untuk membuktikan beliau BERAGAMA ISLAM...kalau benar beliau masih ISLAM, kita patut menuntut beliau MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH ! bukan sekadar kata saya islam semata itu tak membuktikan beliau islam...bukti seseorang tu islam ialah BELIAU MESTI MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH! 3. Apa agenda POLIS dan PEMERINTAH? Kenapa penyebar SMS ditahan tetapi penyebab penyebar SMS tidak?sepatutnya pihak GEREJA dan AZHAR MANSOR juga patut disoal siasat! BANYAK MISTERI DALAM HAL INI p/s: harap Dato' mufti Perak membantu raja sherina yang bersusah payah ingin menyelamatkan aqidah umat islam, jangan ditikam dari belakang semata-mata nak lepaskan diri dari dituduh penyebar sms fitnah.kita sesama muslim wajib saling membantu. bukan lepas tangan dan cuci tangan. harap dato' mufti juga bertanggungjawab dan bukan cuci tangan. bantu lah beliau... [ Telah diedit oleh: maruz pada 22-11-06 08:36 ]
|
andromeda_amnet
Warga Rasmi Menyertai: 22.11.2006 Ahli No: 27444
Posting: 6
|
Posting pada: 22-11-06 10:07
tak tahan tengok muka dia neh.. macam makcik kampung sungai tahan
|
Akhi_Arab
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.07.2005 Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL
|
Posting pada: 22-11-06 10:07
|
perak
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.08.2006 Ahli No: 25855
Posting: 138
Dari: perak
|
Posting pada: 22-11-06 10:24
bmbg betul bila perkara macam ni berlaku. kita mohn pada Allah s.w.t. agar dibukakn kembali pintu hati mrka yang tersimpang jauh ni...TAKBIRRRR!!!!!
|
gsrturbo
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.07.2005 Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah
|
Posting pada: 22-11-06 10:32
semoga Allah tunjukan kebenaran kepada hambanya
|
cahayakuiman
WARGA SETIA Menyertai: 07.03.2006 Ahli No: 23268
Posting: 832
|
Posting pada: 22-11-06 10:45
banyak persoalan yang menjadi misteri,antara r.sherina dan datuk azhar...masing-masing punya misteri yang belum terjawab...akal manusia terlalu cetek untuk menilai apa yang berlaku.kita serahkan pada Allah dan phak berkuasa mjlnkan siasatn..semoga kebenaran akan lahir dan terbukti agar umat Islam akan selamat dr isu-isu yang mengancam umat islam..amien.
|
perak
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.08.2006 Ahli No: 25855
Posting: 138
Dari: perak
|
Posting pada: 22-11-06 10:46
Kenapa kerajaan seolah-olah macam sengaja nak mnutup kes murtad selepas ianya dibongkarkan!!!!???
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 22-11-06 14:43
kalau ikut islam, hakim yang adil, soal siasat perlu dibuat bagi kedua pihak yang menuduh serta yang dituduh, kalau ngaku islam suruh mengucap depan hakim, hakim perlu muslim serta adil. dalam akhabar kata R sherina histeria, tu dah nak burukkan r sherina, biasalah kalau wanita ditangkap, nak lawan tak mampu jadi teriak saja lah. hairan ngapa tangkap sherina, dah ada 4 saksi yang nampak r sherina hantar sms. kalau begini cara nya, jangan harap hudud dapat dijalankan di negara ni. kalau kita fikir semasa belayar keliling dunia hari tu, pelayar tu dah tentu tak solat jumaat, berapa kali dia tak solat jumaat sebab nak cari nama atas dunia. bukankan bila tak solat jumaat yang jadi fardi ain tu, maka iman akan terhakis. Mana keAdilan dalam kes ini.
|
miss_farhana
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.06.2006 Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan
|
Posting pada: 22-11-06 14:48
Pada 22-11-06 14:43 , Saifuddin posting:!!! QUOTE !!! kalau kita fikir semasa belayar keliling dunia hari tu, pelayar tu dah tentu tak solat jumaat, berapa kali dia tak solat jumaat sebab nak cari nama atas dunia. bukankan bila tak solat jumaat yang jadi fardi ain tu, maka iman akan terhakis. Mana keAdilan dalam kes ini. sokong 588 % tapi kita tak boleh terus kata dia murtad kan? takut nanti lain pulak jadinya.. kalau setakat hukuman manusia tak mengapa... hukuman dari ALLAH siapa lah yang boleh tahan... -----------------
|
khai_dinz
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.11.2006 Ahli No: 27446
Posting: 24
Dari: Atas Bumi Tuhan
|
Posting pada: 22-11-06 14:51
perlu di tahan yang menyebarkannya dulu baru tahu dari mana dia mendapat info tersebut. nak mula siasatan kena mula dari pangkal. bukan bermakna menahannya tu tanda bersalah sebab dia cuma perlukan untuk bantuan dan pihak polis sudah memberi dia peluang datang berjumpa pihak tapi tak di endahkan. kita berharap raja sherina itu boleh membuka kisah yang sebenarnya. dan kita tidak mengharap beliau bersalah, cuma dia perlukan sebab dia yang mengetahuinya kebenarannya. ----------------- " satu idea membawa seribu penyelesaian "[ Telah diedit oleh: khai_dinz pada 22-11-06 15:01 ]
|
cahayakuiman
WARGA SETIA Menyertai: 07.03.2006 Ahli No: 23268
Posting: 832
|
Posting pada: 22-11-06 14:58
antum ada terima email tentang azhar mansor yang dikatakan murtad ke? ana pun tak tau samaada lagi yang menjadi misteri...sepatutnya adalah adil sekiranya kedua-duanya di siasat keshahihan nya,sama ada r,serina apa yang dikatakan nya itu betul 2 tidak dan tentang cerita azhar mansor telah lari akidah samaada betul@ tidak...kerna baru timbul keadilan...kerana sesuatau berita itu pasti ada hujung pangkalnya...hanya ada 2 pilihan, sama ada bohong @benar,,,wallahualam.
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 22-11-06 17:11
hari tu isteri ana dapat sms dari sahabatnya yang bertugas sebagai guru di Sabah. Sahabatnya asal Trengganu. tak sangka ye hal begini pun dah jadi kes polis, lepas ni ,dah tak berani nak sms dah takut ditahan reman. seksa duduk dalam lokap, hanya yang pernah alami saja tahu.
|
theonlyone_578
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.09.2006 Ahli No: 26291
Posting: 35
Dari: KEMAMAN, terang
|
Posting pada: 22-11-06 18:10
saya pun meragui keislaman Azhar Mansor.bukan apa..bila disuruh mengucap dia tak melakukan.kalau betul dia Islam mesti tak jadi halnya bila disuruh mengucap untuk mempertahankan keislamanya.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui... semoga kita semua tidak tersasar dari landasan-Nya
|
mawa
WARGA SETIA Menyertai: 29.08.2004 Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin
|
Posting pada: 23-11-06 14:47
Errr Raja Sherina tu, wujud ka?
|
fadzlyz
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2006 Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras
|
Posting pada: 23-11-06 14:57
ana rasa dah kena tangkap. masuk dalam tv3
|