Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 274
Ahli: 0
Jumlah: 274




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Perempuan bertudung pun dirogol juga


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Perempuan bertudung pun dirogol juga

Please Mendaftar To Post


Oleh Perempuan bertudung pun dirogol juga

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-11-06 20:48


Perempuan bertudung pun dirogol juga
Oleh: zain yang.s




"Perempuan bertudung pun dirogol juga."

------------------
Inilah antara perkataan paling keji yang pernah saya dengar dan baca.

Ia bertambah keji dan hina apabila ia diucapkan oleh orang Islam. Yang mengucap dua kalimah syahadah. Asyhadu An lah Ilaaha Illallah. Wa Asyhadu Anna Muhamadan Rasulullah!

Hanya kerana seorang muslimah bertudung dirogol, mereka sanggup meluahkan perkataan keji ini.

Plus satu lagi. Yang menambah kejinya ucapan ini ialah "malah wanita ini dibunuh menggunakan tudung yang dipakainya!"

Barangkali perkataan ini sebagai ejekan kepada ulama. Atau sebagai satu sindiran yang cukup sinis. Atau nak menyatakan sikap anti ulama. Atau (mudah-mudahan tidak) nak mengisytiharkan "aku mahu lawan syariat Allah!".

Kepada Allah kita memohon ampun, atas dosa, kealpaan dan segala keterlanjuran kita. sama ada perkataan atau perbuatan.

-------------------------
Para ulama kita. Ustaz-ustaz kita. Mereka sering mengumandangkan.
"Wahai wanita muslimah. Wahai Wanita mukminah.
Tutuplah aurat-auratmu.
Kehormatanmu, insyaallah akan terpelihara."

Kesimpulan yang dapat difahami ialah, dengan menutup aurat, kehormatan akan terpelihara. Selamat dari gangguan lelaki miang.

Kebalikannya pula ialah, wanita yang tidak menutup aurat, kehormatannya tidak terjamin. Tidak sejahtera dari gangguan lelaki gatal. Mengundang bencana.

Atau, ada kesimpulan satu lagi. Pendedahan aurat dapat menyumbangkan peningkatan kes jenayah, rogol dan sebagainya.

--------------------
Apa yang tersirat dari perkataan keji: ""Perempuan bertudung pun dirogol juga" ialah, "Wahai ulama ucapanmu tentang aurat tidak benar! Kalian berdusta. Kalian lihatlah sendiri, muslimah yang menutup aurat juga dirogol. Pendedahan aurat bukanlah penyumbang meningkatnya kes jenayah dan rogol. Marilah buka aurat!"


Kita lihat pula kesan ucapan keji ini kepada masyarakat awam.

Sebahagian mereka akan membuat kesimpulan, apa guna menutup aurat. Apa faedah bertudung litup. Apa beza bertudung ataupun tidak.. Bertudung juga tidak selamat dari dirogol. Malah membahayakan. Kerana dalam kes berkenaan dia dibunuh dengan tudungnya sendiri.

Mungkin ada yang terfikir, wah!! Bahaya jika bertudung. Nanti, kita akan dijerut dengan tudung yang kita pakai.

Ucapan "malah dia dibunuh dengan tudungnya sendiri" adalah ucapan yang memang tidak rasional langsung.

Seolah-olah hanya tudung sahaja yang boleh menjerut leher seseorang. Seolah-olah, jika tidak bertudung maka selamatlah dia dari dijerut.

Lupakah mereka bahawa selain dari dijerut dengan tudung, boleh juga dijerut dengan benda-benda lain. Dan apakah hanya menjerut sahaja yang boleh membunuh. Membakar tidak boleh membunuh? Menikam tidak boleh membunuh? Dan seribu macam lagi..

-----------------
Begitulah manusia. Penuh dengan kebongkakan. Mudah lupa dengan al-Khaliqnya. Tidak sedar bahawa engkau itu hamba. Engkau akhirnya akan masuk ke liang lahad.

Begitulah manusia. Kononnya cuba lari dari syariat. Berpaling dari wahyu. Kononnya tidak rasional. Kononnya mahu keluar dari alam wahyu yang tidak rasional untuk masuk ke alam otak dan akal yang rasional.

Rupa-rupanya, lari dari wahyu bermakna lari dari rasional. Pergi ke alam yang kononnya rasional rupa-rupanya ia adalah alam yang sarat dengan kebodohan dan kedunguan.

Mereka ini baru boleh memahami apa itu rasional sebenar. Apa itu wahyu. Apa itu Syariah. Siapa al-Khaliq. Siapa mahkluk. Engkau itu siapa. Ya, mereka akan tahu hakikatnya selepas mereka dibungkus dengan kain kafan. Setelah mulut-mulut cabul mereka disumbat dengan tanah kuburan. Dan apabila ulat-ulat dengan lahapnya memamah setiap inci tubuhnya.

"Oh!! Memang rasional." "Baru aku kenal Allah itu Maha Pencipta. Maha Bijaksana." "Baru aku tahu. Aku ini hamba." "Ohh! Akhirnya mati juga aku."

--------------------------
Menutup aurat adalah perintah Allah Taala. Apa hikmahnya? Itu persoalan nombor dua. Yang penting ia adalah perintah dari Raja segala Raja. Al-Hakim segala al-Hakim.

Nilainya, menutup aurat adalah baik. Tidak kira apa hikmahnya. Sebab segenap perintah Allah adalah baik. Tidak ada yang tidak baik melainkan mesti baik.

Larangan Allah adalah keji. Tidak kira apa hikmahnya. Dan segenap larangan dariNya mesti keji dan keji dan keji.

Itulah pegangan kita.

Jika ada muslimah yang menutup aurat dirogol, menutup aurat akan tetap baik. Jika ada wanita telanjang berjalan dengan selamat tidak dirogol, mendedah aurat tetap keji.

Mengapa begitu? Kerana Allah adalah Allah. Allah adalah Maha Pencipta.

Ketaatan kita terhadap titah perintahNya tanpa berbelah bahagi adalah sebagai luahan iktikad kita bahawa Allah adalah segala-galanya. Kalam mahkluk yang tidak ma'shum, barangkali benar dan barangkali dusta. Namun Kalam Allah, hanya mengenal satu sahaja, iaitu benar semata-mata benar yang tidak pernah dimasuki kedustaan.

Jadi, fikirlah sendiri apa maksud di sebalik: "Lihat perempuan bertudung pun dirogol juga.."

------------------
"Apa pandangan engkau?" Skrip biasa yang diucapkan Fakhrul kawan saya.

Saya cuma dapat menjawab seperti biasa dengan hujah plan B:
"Ada benarnya kata ulama kita bahawa pendedahan aurat menyebabkan meningkatnya jenayah rogol."

"Cuba fikirkan. Perogol melihat wanita-wanita yang terdedah sana terdedah sini. Ia merangsang nafsu seks-nya."

"Cuma ketika itu tidak ada peluang. Jadi, kebetulan, bila lalu depan matanya perempuan bertudung, dan ada peluang, maka dirogolnya perempuan berkenaan."

"Apa yang saya nak katakan ialah, wanita yang terdedah aurat menyebabkan wanita lain termasuk yang bertudung dirogol."

"Perogol geram dan berdendam dengan wanita yang terdedah auratnya, tetapi ia dilepaskan kebetulan pada wanita bertudung atau pada wanita lain." Saya menutup hujah.

"Logik.. Logik.." Hanya itu yang dapat diucapkan oleh Fakhrul tanda dia benar-benar setuju.

"Jom kita ke bank, manalah tahu gaji kita sudah masuk." Fakhrul mengajak. Kalendar sudah mencecah 18 haribulan.





_________________
zain yang.s
Allahu Akbar!

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=16288&sid=c8c7bc411a827bde0ac51961df075c19


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 20-11-06 23:12


Pada 20-11-06 20:48 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!


"Apa yang saya nak katakan ialah, wanita yang terdedah aurat menyebabkan wanita lain termasuk yang bertudung dirogol."

"Perogol geram dan berdendam dengan wanita yang terdedah auratnya, tetapi ia dilepaskan kebetulan pada wanita bertudung atau pada wanita lain." Saya menutup hujah.



Hmmm...Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getahnya... :roll: :roll: :roll:


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

KIKO
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14072
Posting: 251
Dari: Kota Kinabalu Sabah...

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-11-06 13:36


Bagi pendapat sya perogol ni tidak kira mangsanya pakai tudung ke tak...tetapi kata-kata perempuan yang bertudung pun dirogol juga...seolah-olah sebagai alasan soorg itu untuk tidak memakai tudung...


-----------------
IsWaRa miRaGe TuRbO cHaRGer 4g63.


Bookmark and Share

    


  Member Information For KIKOProfil   Hantar PM kepada KIKO   Quote dan BalasQuote

ibnutuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2005
Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 23-11-06 16:12


Pada 20-11-06 23:12 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-11-06 20:48 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!


"Apa yang saya nak katakan ialah, wanita yang terdedah aurat menyebabkan wanita lain termasuk yang bertudung dirogol."

"Perogol geram dan berdendam dengan wanita yang terdedah auratnya, tetapi ia dilepaskan kebetulan pada wanita bertudung atau pada wanita lain." Saya menutup hujah.



Hmmm...Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getahnya... :roll: :roll: :roll:



betul tu!!!!
ni budak kecik yang tak tau apa-apa pun kena rogol :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnutukiProfil   Hantar PM kepada ibnutuki   Quote dan BalasQuote

hazi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.10.2006
Ahli No: 27127
Posting: 146
Dari: malaysia

bosnia_herzegovina  


posticon Posting pada: 24-11-06 11:00


sekarang ni susah nak kata, siapa2 pun boleh kena rogol..bukan setakat budak kecik, nenek tua yang dah menopause pun jadi mangsa...
yang pakai tudung menjadi mangsa rogol, yang tak pakai tudung dan berpakaian menjolok mata volunteer menyerahkan diri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For haziProfil   Hantar PM kepada hazi   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 24-11-06 11:10


Pada 20-11-06 20:48 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Perempuan bertudung pun dirogol juga
Oleh: zain yang.s




Jika ada muslimah yang menutup aurat dirogol, menutup aurat akan tetap baik. Jika ada wanita telanjang berjalan dengan selamat tidak dirogol, mendedah aurat tetap keji.


_________________
zain yang.s
Allahu Akbar!

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=16288&sid=c8c7bc411a827bde0ac51961df075c19




-----------------
Irhamni Ya Allah, kekalkan rasa kehambaan ini agar tidak ku berpaut pada dahan yang rapuh, agar tidak ku mengharap pada purnama…


Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-11-06 12:01


berdoalah agar tidak di rogol ya... tapi jangan doa saja dan dalam waktu yang sama tidak tutup aurat SEPENUHYA...nanti bukan dirogol saja...malah diri sendiri berdosa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-11-06 14:22


siapalah yang berani cakap macam tu ek.. memang lah ada yang pakai tudung pun dirogol. tapi tu dah tak boleh nak dielakkan adainya dah takdir.. tapi sekurang2nya dia dah buat protection.. tapi nak kena tengok juga pakai tudung tu macam mana.. adakah pakai tudung tapi pakai baju ketat dan seluar ketat.. xkene cara jugak..nauzubillah...mintak2 diri keluarga, sahabat serta saudara2 seislam kita terhindar dari musibah ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 24-11-06 16:37


tengak dia pakai tudung macam mana...kalau pakai tudung tapi lengan pendek seluar ketat,bukannya tutup aurat tutup urat....engkar dalam taat namanya.engkar buka lengan dan sebagainya, taat tutup rambut...tidak memenuhi ciri2 tutup aurat yang sepenuhnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

mouslimin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.11.2006
Ahli No: 27179
Posting: 127
Dari: Papar, sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-11-06 14:41


betul tu..betul tu.. buat malu islam saja pakai tudung tapi baju dan seluar ketat..kalau nak sangat bagi tengok bogel sajalah depan orang ramai.. yang paling teruk ana nampak yang pakai tudung tapi nampak dada dan bahagian atas punggung... astaghfirullah.. bukan menghina islam tu namanya... kalau zaman saidina omar, dah di bunuh orang² yang melampau ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mousliminProfil   Hantar PM kepada mouslimin   Quote dan BalasQuote

naura86
Warga Rasmi
Menyertai: 23.11.2006
Ahli No: 27454
Posting: 6
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 26-11-06 16:36


mmmm...betul, perempuan bertudung dirogol kerana banyak sangat perempuan seksi kat merata-rata. kurangnya penerapan agama dalam hati. bukan salah lelaki saja dan bukan pula salah perempuan saja tapi salah dua-dua dalam konteks umum. bila hati tak takut Allah, yang perempuan mdedah aurat, yang lelaki tak jaga pandangan. akhirnya perempuan yang berusaha tutup aurat jadi mangsa. lelaki yang baik pun tak selamat juga sebab mereka tak menjadi pemimpin yang bertanggungjawab-amar ma'ruf nahi mungkar.kan ke lelaki ni tugasnya membimbing masyarakat...

sekarang maksiat dah ada di mana-mana, hatta dalam bilik lelaki pun ada perempuan seksi. masuk melalui tv, komp , surat khabar, poster...dan macam-macam lagi. artis-artis majoriti pakaian seksi.. biar sopan sekalipun, tetap tak tutup aurat juga. "tempat pertama yang disambar oleh api neraka adalah aurat yang tak ditutup" begitu ustazah ana berpesan.suara perempuan pun aurat yang boleh getarkan nafsu lelaki kan? tapi ingatlah wahai insan-insan yang terasa dirinya dalam lingkungan orang-orang bertaqwa... semua tu kita yang kena jawab depan Allah nanti kalau kita tak cegah... kerana mungkin mereka tu memang tak dilatih keluarga yang tak pentingkan agama..kasihan.. jangan tahu kutuk saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For naura86Profil   Hantar PM kepada naura86   Quote dan BalasQuote

naura86
Warga Rasmi
Menyertai: 23.11.2006
Ahli No: 27454
Posting: 6
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 26-11-06 16:38


eh, tersilap..mereka mungkin dilatih oleh keluarga yang tak pentingkan agama...

Bookmark and Share

    


  Member Information For naura86Profil   Hantar PM kepada naura86   Quote dan BalasQuote

mouslimin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.11.2006
Ahli No: 27179
Posting: 127
Dari: Papar, sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-11-06 16:48


betul..betul.. ana sokong.. nafsu ni memang susah nak kawal.. ada ustaz ana cerita, nafsu ni di cuci di neraka 300 tahun baru nak kata depan Allah, "aku hamba Kau Tuhanku".. sebelum di cuci dia cakap "aku adalah aku, kau adalah kau".. degilnya nafsu nikan.. tu yang bahaya tu.. semoga Allah memelihara iman kita semua agar tidak terjebak ke lembah hina..Amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mousliminProfil   Hantar PM kepada mouslimin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117349 saat. Lajunya....