Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila seseorang itu sentiasa meninggi diri, dirinya saja yang lebih dari orang lain, dirinya saja yang hebat, pastilah dialah orang yang paling rendah nilai, maruah, akhlak dan kedudukannya
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 127
Ahli: 0
Jumlah: 127




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 28 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Penderitaan Ariel Sharon berterusan


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Penderitaan Ariel Sharon berterusan

Please Mendaftar To Post


Oleh Penderitaan Ariel Sharon berterusan

zinniratunnajua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2004
Ahli No: 12834
Posting: 271
Dari: bumi Allah

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-11-06 11:35


Penderitaan Ariel Sharon berterusan
Oleh Shamsiah Sanin


PADA 3 November lalu, bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, 78, kembali dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Sheba, selepas dikesan mengalami jangkitan baru di bahagian jantungnya.





Selepas tiga hari dia dikeluarkan dari unit itu dan ditempatkan semula di unit pemulihan pernafasan di hospital itu. Ia bagaimanapun bukanlah kali pertama bekas pemimpin Israel ‘keluar masuk’ unit rawatan rapi dan bilik pembedahan untuk menerima rawatan. Ogos lalu, Sharon dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas dikesan mengalami neumonia dan ditempatkan di situ selama dua minggu.

Sejak koma akibat diserang angin ahmar pada 4 Januari lalu, bekas pemimpin Israel yang terkenal dengan kekejaman dan sikap tidak berperikemanusiaan itu sudah menjalani pelbagai pembedahan besar di bahagian otak serta bahagian lain tubuhnya.

Bagaimanapun, tidak banyak perubahan positif berlaku. Kini sepanjang masa, dia hanya terlantar, tidak sedarkan diri, tidak mampu langsung untuk menggerakkan badan malah tidak berupaya walau untuk sekadar menggerakkan mata. Dia juga tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Malangnya pada masa sama maut masih belum mahu mengakhiri riwayatnya dan Sharon terpaksa melalui hari dengan penuh kesengsaraan dan kesakitan.

Jun lalu, sebuah majalah di Jeddah melaporkan sekumpulan doktor terpaksa mengusung Sharon ke bilik pembedahan selepas luka dialaminya menjadi busuk dan mengakibatkan jangkitan teruk.

Pembedahan itu adalah untuk memotong dan menyambung semula ususnya yang busuk dan mengelak jangkitan itu merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Demikianlah nasib seorang bekas pemimpin yang ketika sihat begitu angkuh, kejam, tidak berperikemanusiaan dan terkenal dengan pelbagai tindakan kejam di luar jangkauan pemikiran manusia waras. Ketika itu dia seperti terlupa akan putaran hidup insan yang tidak selamanya berada dalam keadaan sihat dan mampu melakukan apa saja.

Umat Islam terutama rakyat Palestin sama sekali tidak melupakan bagaimana pemimpin kejam itu menyebabkan mereka kehilangan tanah kelahiran, tempat tinggal dan anggota keluarga tercinta.

Dia memulakan kerjayanya di bidang ketenteraan dengan menyertai unit komando utama Israel, Haganah yang bertanggungjawab melakukan keganasan dan kekejaman sehingga memaksa penduduk Palestin melarikan diri dari tempat tinggal mereka.

Pada 1953, dia mengasaskan Unit 101 yang melancarkan serangan terhadap kawasan pelarian dan perkampungan Palestin. Pada tahun sama dia menyerang Kampung Qibya di Jordan dan mengarahkan anggotanya meletupkan bangunan, memusnahkan pintu dan tingkap sebelum melontarkan bom tangan, menyebabkan 69 orang awam terbunuh, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak.

Pada 1971, dalam usahanya menawan Gaza, Sharon mengambil tindakan meletupkan rumah orang awam, memenjarakan dan menyeksa beratus-ratus penduduk Palestin.

Pada 1977, dia dilantik sebagai menteri pertanian selepas menyertai Parti Likud dipimpin Menahem Begin bertanggungjawab mewujudkan penempatan haram Yahudi di Palestin. Pada masa sama dia juga menjadi penyokong kuat Gush Emunim, pergerakan pelampau Yahudi yang mendesak supaya menyekat penubuhan sebuah negara Palestin dan memperluaskan penempatan haram.

Kekejamannya semakin ketara selepas dilantik menjadi Menteri Pertahanan. Pada awal 1982. Dia merancang melakukan pencerobohan terhadap Lubnan menerusi dasar ‘Keamanan untuk Galilee’ dengan menempatkan ribuan tentera di sempadan supaya dapat menceroboh Lubnan.

Dalam serangan dari udara dan darat, sebahagian Lubnan musnah manakala 14,000 orang awam terbunuh.

Pada 12 Ogos tahun sama, tentera Zionis sekali lagi melancarkan serangan meriam besar-besaran selama 11 jam ke atas Lubnan menyebabkan 500 penduduk tempatan dan pelarian Palestin terbunuh. Kejadian ini dikenali sebagai ‘Black Thursday’. Sebulan kemudian dia mengarahkan tenteranya menyerang Beirut dengan alasan mahu mengusir 2,000 pejuang Palestin dari bandar raya itu.

Sharon juga yang mengarahkan serangan ke atas kem pelarian Palestin di Sabra dan Shatila yang berlaku pada 18 September 1982, menyebabkan kira-kira 1,500 orang terbunuh. Pertubuhan hak asasi manusia menyatakan angka korban lebih daripada 3,000 orang. Ramai wanita diperkosa dan diseksa sebelum dibunuh.

Inilah kekejaman paling dahsyat pernah dilakukan Sharon dan dosa besarnya tidak akan sedikit pun dilupakan umat Islam.

Namun begitulah hakikat putaran hidup manusia yang gemar menumpahkan darah ini. Saluran ke otak yang tersumbat menyebabkan seluruh sistem tubuhnya rosak dan dia lumpuh seluruh badan, tidak lagi dapat berbuat apa-apa.

Tuhan memperlihatkan kekuasaannya untuk menjadi teladan manusia lain apabila jasad Sharon mula membusuk satu demi satu sedangkan dia masih hidup. Kini hanya masa menentukan bila riwayat Sharon berakhir.

Jelas seperti apa dinyatakan dalam al-Quran surah Fusilat ayat 53, Allah berfirman yang maksudnya: “Kami akan memperlihatkan mereka tanda-tanda kekuasaan kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga jelaslah kepada mereka bahawa al-Quran itu benar.â€


dipetik dari -->http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dunia/20061119074644/Article


-----------------
Dengan mata hati pandangan menjadi luas..


Bookmark and Share

    


  Member Information For zinniratunnajuaProfil   Hantar PM kepada zinniratunnajua   Pergi ke zinniratunnajua's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-11-06 14:12


:oops: Tu baru sikit balasan dari Allah tg apa yang dia dah buat dekat orang-orang palestine.....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

nurman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15612
Posting: 278
Dari: Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung!

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-11-06 15:39


Allah maha Adil,
Allah maha Melihat,
Allah maha Mendengar,

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurmanProfil   Hantar PM kepada nurman   Quote dan BalasQuote

ibnutuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2005
Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 21-11-06 01:33


sesungguhnya ALLAH maha kuasa..... :-)

ini juga peringatan buat kita

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnutukiProfil   Hantar PM kepada ibnutuki   Quote dan BalasQuote

ibnutuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2005
Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 21-11-06 01:33


sesungguhnya ALLAH maha kuasa..... :-)

ini juga peringatan buat kita

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnutukiProfil   Hantar PM kepada ibnutuki   Quote dan BalasQuote

ibnutuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2005
Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 21-11-06 01:37


sesungguhnya ALLAH maha kuasa..... :-)

ini juga peringatan buat kita

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnutukiProfil   Hantar PM kepada ibnutuki   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 08:58


itulah balasan Allah kepada manusia yang angkuh!
masih belum mati walaupun organ dalaman mereput...
itu baru siksaan di dunia, di akhirat?
sama-samalah kita mengambil iktibar dari peristiwa ini.
Allah itu Maha Berkuasa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 16:26


rasanya semua umat islam akan meraikan kmatian sharon

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 23:45


bagus2.. biar padan muka dia.. patutnya lagi teruk lagi azab yang dia dapat atas kekejaman dan kezaliman terhadap umat islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 23:58


Seorang lagi yahudi yang terkenal kekejamannya ialah Moshe Dayan (bermata satu) sehingga ada yang menganggapnya dajjal.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-11-06 00:14


:-) Bismillahirrahmanirrahim...


Bagus...bagus...padan muka dia....ana harap dia tak mati lagi, tapi harap biar Allah seksa dia atas dunia ni biar semua boleh tengok kekuasaan Allah Taala...biar dia kena seksa seteruk-teruknya...rasakan..tu lah balasan atas apa yang dia lakukan di atas muka bumi selama ni...

kalau kita dok mikir lagi, dok tahulah..jangan butakan hati kita untuk lihat kebenaran yang nyata...


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 26-11-06 22:13


dhlh tu,biarkn dengan pnderitaanya tu,biar Dia yang "uruskan" sharon

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

umair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4498
Posting: 201

Perak  


posticon Posting pada: 27-11-06 01:20


biarlah dia merasai bagaimana penderitaan yang dialami oleh umat Islam di Palestin atas angkara perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan langsung yang dilakukannya..mungkin ini natijahnya di dunia

Bookmark and Share

    


  Member Information For umairProfil   Hantar PM kepada umair   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112335 saat. Lajunya....