Oleh |
ciri-ciri cikgu kesukaan anda |
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 16-11-06 15:37
Assalamu'alaikum w.b.t sebagai bakal guru... lisa nak tahu kriteria guru yang anda gemari... -----------------
|
mashitah_izzati
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.06.2006 Ahli No: 24677
Posting: 69
Dari: kedah
|
Posting pada: 16-11-06 15:42
baik hati... suka senyum...baru semangat nak belajar!! tegas... memahami murid... tapi, tak boleh terlalu baik..nanti budak-budak malas nak buat kerja sek....
|
raul_gonzalez
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1321
Posting: 396
Dari: .::Kuala Terengganu::.
|
Posting pada: 16-11-06 17:45
assalamualaikum warahmatullah... ... ciri2 cg yang best... memahami jiwa pelajar, sporting, tak mudah marah, senyum sokmo, dalam proses p dan p tu, diselitkn cerita2 lawak yang ada moral value, suka 'ngaruk' dan 'sekepale' dengan pelajar..hehe... p/s: most important is homework sikit saja... wassalam...
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 16-11-06 19:17
|
musafir_alan
Warga 2 Bintang Menyertai: 24.03.2005 Ahli No: 15302
Posting: 67
Dari: Quantan
|
Posting pada: 16-11-06 20:07
kerjaya sebagai cikgu memang kerjaya yang penuh dengan onak dan cabaran nya. ciri2 cikgu asalkan tahu mendidik murid2 dengan ajaran yang betul sudah mencukupi. jangan terlalu garang dan jangan terlalu lembut. ala kadar saja. yang penting nawaitu. mendidik bukan mengajar. mendidik kita mahu murid2 menjadi orang yang berguna. mengajar hanya mengajar murid menjadi pandai tapi tak tau tentang kehidupan. fahamilah maksudnya.
|
musafir_lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.09.2005 Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor
|
Posting pada: 16-11-06 20:33
ehm...sebagai guru,kita kan ada belajar psikologi pendidikan! jadi, kita perlu 'layan' pelajar kita dengan cara yang berbeza! pelajar A dengan cara begini dan pelajar B dengan cara begitu... dan yang paling penting kita kena buat mereka rasa senang dengan kita!tak begitu sahabatku,lisa_solehah!
|
zubaidah
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.10.2003 Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu
|
Posting pada: 16-11-06 20:43
Bismillahirrahmanirrahim... satu pesan ana pada bkal2 guru, jangan sampai ada pelajar yang merasakan dirinya terpinggir...jangan pilih kasih...kasihan kat mereka...jangan layan pelajar yang vote saja kat kelas... ni yang membuatkan ada sesetengah pelajar merasakan tak ada makna pergi sekolah sebab cikgu tak ambil tahu pun pasalnya... ia juga pernah berlaku pada diri ana...ana tak suka sikap pilih kasih.. bersikap adillah.. maaf jika terkasar..ana tak berniat macam tu... wassalam.. ----------------- TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 16-11-06 20:50
Pada 16-11-06 20:07 , musafir_alan posting:!!! QUOTE !!! yang penting nawaitu. mendidik bukan mengajar. mendidik kita mahu murid2 menjadi orang yang berguna. mengajar hanya mengajar murid menjadi pandai tapi tak tau tentang kehidupan. fahamilah maksudnya.
betul tu musafir_alan.... sebagai guru, tugas kita adalah mendidik bukannya mengajar... tapi itulah kan, tahu bercakap tapi tak tahu buat pun satu pasal juga...berkobar-kobar kita laungkan ikrar keguruan tapi mampukah kita laksanakan... -----------------
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 16-11-06 20:57
Pada 16-11-06 20:33 , musafir_lara posting:!!! QUOTE !!! yang paling penting kita kena buat mereka rasa senang dengan kita!tak begitu sahabatku,lisa_solehah! memang betul tu ukhti musafir_lara... tapi sebagai manusia biasa ada juga silap yang akan kita terbuat...kita cuba lakukan yang terbaik mengikut kemampuan, namun ada juga kekurangannya...wAllahu'alam... tahun demi tahun, ideologi pun dah semakin pelbagai membuatkan para cikgu turut menukar paradigma mengikut kesesuaian masa dan era... p/s:kepada sahabatku musafir_lara dan kepada bakal cikgu mahupun yang dah bergelar cikgu, teruskan usaha kita mendidik anak bangsa... -----------------
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 16-11-06 21:09
Pada 16-11-06 20:43 , zubaidah posting:!!! QUOTE !!! Bismillahirrahmanirrahim...
satu pesan ana pada bkal2 guru, jangan sampai ada pelajar yang merasakan dirinya terpinggir...jangan pilih kasih...kasihan kat mereka...jangan layan pelajar yang vote saja kat kelas...
ni yang membuatkan ada sesetengah pelajar merasakan tak ada makna pergi sekolah sebab cikgu tak ambil tahu pun pasalnya...
akan kami cuba usahakannya...yalah kan, kerana nila setitik rosak susu sebelanga... kerana cikgu seorang, seluruh nama cikgu tercemar sama... title guru ni memang mulia dan akan sentiasa dibawa walau kemana kita berada... maka, seharusnya ia dijaga dengan sebaiknya... C-celik I-insan K-kerana pergi-guru U-unggul -----------------
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 16-11-06 21:28
tegas, tapi kena pada tempat....
|
Farishah
WARGA SETIA Menyertai: 24.04.2005 Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer
|
Posting pada: 16-11-06 23:22
dulu bila saya masih dibangku sekolah...saya akan rasa semangat untuk belajar dalam kelas tu kalau cikgu yang msok tu pakai baju yang warna nya menarik atau pun lawa...huhu sebab kadang-kadang kalau da tengah hari tu mood saya untuk belajar selalu turun...tapi kalau guru yang msok tu pakai baju lawa saja mesti smangat nak belajar tu datang balik...jadi pada cikgu2 mungkin ni boleh dijadikan tips untuk menarik minat murid untuk belajar di dalam kelas... saya pernah cuba tips ni ketika saya berkesempatan jadi guru dulu..dan ternyata alhamdulillah berkesan..mula-mula anak murid saya akan puji dan akan berceloteh saja..dan dr situ saya akan tarik minat mereka untuk belajar.. kalau tak kelas saya akan terasa seperti mendak saja..huhu ni hanya berdasarkan pengalaman saya..tapi tak pasti ianya sesuai untuk semua atau tak...apa-apa pun all the best ya! dan banyaaaak bersabar untuk jadi guru.. ----------------- strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 16-11-06 23:39
Pada 16-11-06 23:22 , Farishah posting:!!! QUOTE !!! dulu bila saya masih dibangku sekolah...saya akan rasa semangat untuk belajar dalam kelas tu kalau cikgu yang msok tu pakai baju yang warna nya menarik atau pun lawa...huhu sebab kadang-kadang kalau da tengah hari tu mood saya untuk belajar selalu turun...tapi kalau guru yang msok tu pakai baju lawa saja mesti smangat nak belajar tu datang balik...jadi pada cikgu2 mungkin ni boleh dijadikan tips untuk menarik minat murid untuk belajar di dalam kelas...
wow...dapat tips baru lah esklusif dari ukhti Farishah... terima kasih...so cikgu2, tak nak ikut cara ukhti Farishah ke...??? cuba-cubalah praktikkan... Eh...tanya orang pula, diri sendiri...??? Tapi pakaian jangan keterlaluan pula sehinggakan keluar dari syariat Islam... -----------------
|
hanisahani
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.02.2006 Ahli No: 22928
Posting: 203
Dari: negeri aman damai
|
Posting pada: 17-11-06 00:15
assalamu'alaikum,, topik menarik ini,,teringat kenangan masa jadi cikgu,,sampai sekarang bks student pgl cikgu,,=)
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 17-11-06 00:58
Pada 16-11-06 15:37 , lisa_solehah posting:!!! QUOTE !!!
sebagai bakal guru...
oh,samalah kita... salam ukhwah ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 17-11-06 01:07
Pada 16-11-06 20:33 , musafir_lara posting:!!! QUOTE !!! ehm...sebagai guru,kita kan ada belajar psikologi pendidikan! jadi, kita perlu 'layan' pelajar kita dengan cara yang berbeza!
betul! kena praktikkn dalam pembelajaran d class...guru perlu "kenal" betul-betul pelajar2nya,fahami situasi mereka & gunakn pendekatan yang sesuai buat setiap pelajar...ingatlh juga bahawa setiap individu itu berbeza... teringat kata-kata seorang sahabat (portal ukhwah).lebih kurangnya beliau berkata: guru bukan berhadapan dengan mesin tapi manusia yang mempunyai berbagai kerenahnya...(em...betul tak ni?) sekadar nasihat untuk dr sendiri & sahabat-sahabat semua.. wallahua'lam ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 17-11-06 01:24
Pada 17-11-06 00:58 , hudahasnan posting:!!! QUOTE !!! Pada 16-11-06 15:37 , lisa_solehah posting:!!! QUOTE !!! sebagai bakal guru...
oh,samalah kita... salam ukhwah
salam ukhwah juga buat ukhti hudahasnan....selamat berjuang menjadi seorang pendidik... -----------------
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 17-11-06 01:34
Pada 17-11-06 01:07 , hudahasnan posting:!!! QUOTE !!! teringat kata-kata seorang sahabat (portal ukhwah).lebih kurangnya beliau berkata: guru bukan berhadapan dengan mesin tapi manusia yang mempunyai berbagai kerenahnya...(em...betul tak ni?)
betul kata ukhti tu, manusia lebih rumit dibandingkan dengan mesin malahan teramat jauh perbandingan antara keduanya... manusia mempunyai jiwa, kehendak dan macam-macam lagi yang berbeza setiap satunya... setiap kognitif mereka juga terbahagi kepada pelbagai peringkat kecerdasan yang perlu dikaji secara berhati-hati supaya pendekatan p&p yang diambil sesuai dengan kehendak dan keupayaan mereka... -----------------
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 17-11-06 02:38
Ana sangat kurang senang apabila guru ana terlalu berorientasikan peperiksaan. Apabila belajar sesuatu subjek, ana tidak pernah berfikir bagaimana untuk menjawab soalan peperiksaan. Yang penting bagi ana ialah bagaimana untuk kuasai subjek tersebut dan bagaimana ana boleh amalkannya dalam hidup ana, serta jika diizinkan TUHAN, untuk berkongsi ilmu tersebut. Ana sangat suka apabila guru ana kaitkan apa yang diajar dengan realiti dalam kehidupan, tetapi sukar untuk menerima pengajaran yang selalu diselang seli dengan, "Kalau dalam exam, kena..." Ana sangat hargai apabila guru ana tidak menghadkan pengajarannya dengan apa yang ada dalam buku teks semata-mata, tetapi juga sudi berkongsi tentang pengalaman dan realiti hidup. Kerana untuk berjaya dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang sukar. Mungkin tidak mudah, tetapi untuk amalkan apa yang kita belajar adalah lebih sukar. Kerana ana dulu belajar di sekolah asrama, guru ana banyak mengajar ana, walaupun ana bukanlah seorang pelajar yang baik. Kerana itulah ana sentiasa berusaha untuk menjaga mulut daripada mengatakan sesuatu yang tidak baik tentang guru ana. Ana sangat kerdil untuk membalas jasa seorang guru.
|
bintubahariyah
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.08.2006 Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm
|
Posting pada: 17-11-06 10:59
entahlah..semua suka..bukan senang nak jadi cikgu.. nak kena jaga barmacam jenis ragam manusa yang datng dari pelbagai latar belakang.. whatever, insyaAllah...saya kena jadi cikgu yang baik.. tugas cikgu bukan setakat mendidik dalam kelas, tapi jauh lebih dari itu...menyampaikan dakwah kepada anak2 didik.. moga redha Allah sentiasa menegiringi hidup dan matimu dan keluargamu wahai semua guru2ku... syukran atas ilmu yang telah diajarkan...
|
helmirohayakassim
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.01.2006 Ahli No: 22154
Posting: 84
Dari: Setiu
|
Posting pada: 17-11-06 13:47
saya memang suka cikgu yang tak garang dengan saya tapi tegas. Sebab apa pada saya bila cikgu tu garang saya memang takut sangat. Selain daripada tu saya suka cikgu yang kelakar, suka bercerita yang mana cerita tu ada unsur2 nasihat dan yang paling penting cikgu tu jangan sesekali pilih kasih.....
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 17-11-06 15:31
Pada 17-11-06 02:38 , mohdnurhakimin posting:!!! QUOTE !!! Ana sangat kurang senang apabila guru ana terlalu berorientasikan peperiksaan.
lisa pun macam tu juga...selalunya bila cikgu sebut pasal peperiksaan, terus rasa semacam saja...rasa terkongkong..bila habis saja exam tu, memang happy giller... yelah kan...kalau peperiksaan ni kebanyakkan pelajar hanya menampalkan sementara ilmu yang dibaca semata-mata untuk dikeluarkan semasa menjawab exam...disitu nampak sangat tak ada keikhlasan menimba ilmu...yang penting nak lepasi dan lulus exam... namun bukan semuanya begitu, ada juga yang sukakan peperiksaan... insyaAllah, pandangan akhi mohdnurhakim akan cuba kami ikuti khususnya buat lisa sebab matlamat kami para cikgu nak pelajar menghayati ilmu bukannya nak suap begitu sahaja...wAllahu'alam... -----------------
|
fauzy_fx86
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.07.2006 Ahli No: 25359
Posting: 327
Dari: Di pinggiran Batu Caves
|
Posting pada: 17-11-06 16:25
saya suka ckg yang bersemangat dalam menyampaikn ilmu. cita2 saya ingin menjadi guru suatu hari nanti. insyaAllah..
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 17-11-06 21:07
Pada 17-11-06 01:34 , lisa_solehah posting:!!! QUOTE !!! Pada 17-11-06 01:07 , hudahasnan posting:!!! QUOTE !!! teringat kata-kata seorang sahabat (portal ukhwah).lebih kurangnya beliau berkata: guru bukan berhadapan dengan mesin tapi manusia yang mempunyai berbagai kerenahnya...(em...betul tak ni?)
betul kata ukhti tu, manusia lebih rumit dibandingkan dengan mesin malahan teramat jauh perbandingan antara keduanya... manusia mempunyai jiwa, kehendak dan macam-macam lagi yang berbeza setiap satunya...
setiap kognitif mereka juga terbahagi kepada pelbagai peringkat kecerdasan yang perlu dikaji secara berhati-hati supaya pendekatan p&p yang diambil sesuai dengan kehendak dan keupayaan mereka...
piaget's cognitive development?? ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…
|
perantau
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.08.2003 Ahli No: 2938
Posting: 164
|
Posting pada: 17-11-06 21:59
comments by children all over the world on what makes a good teacher. What Makes A Good Teacher?an eye opener for teachers and those who aspire to be one.. good luck to all of you!
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 17-11-06 22:30
Pada 17-11-06 21:07 , hudahasnan posting:!!! QUOTE !!!
piaget's cognitive development??
-----------------
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 17-11-06 23:44
Pada 17-11-06 21:59 , perantau posting:!!! QUOTE !!! comments by children all over the world on what makes a good teacher.
What Makes A Good Teacher?
an eye opener for teachers and those who aspire to be one.. good luck to all of you! nice...thank you ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…
|
mieIKIM
Warga 4 Bintang Menyertai: 02.04.2006 Ahli No: 23916
Posting: 318
Dari: Anyway UnAvailable
|
Posting pada: 19-11-06 00:21
erm, kalau guru tu suka berkongsi cerita, ilmu dia dan menganggap kita macam sahabat...Itu yang paling ana suka. ps : senangle bodek dia belanja makan mee.
|
ketenteramanku
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.11.2004 Ahli No: 12678
Posting: 310
Dari: UTM Skudai
|
Posting pada: 19-11-06 07:44
seorang guru perlu ada ketegasan dalam kelembutan...berkongsi sedikit pengalaman waktu praktikal di hari itu. pelajar sek menengah especially mereka lebih suka kalau guru boleh bertindak sebagai guru dan kawan kepada mereka. dalam meniti usia remaja mereka perlu dibimbing dan org yang boleh menuntun mereka. mereka nak seseorang yang boleh berkongsi masalah bersama2.tak salah kiranya dalam kls kita adalah guru dan di luar kls sebagai kawan.tapi perlu ingat jangan melampaui batas agar rasa hormat pada guru tak hilang.caring & pandai mengambil hati plj. kalau mengajar subj yang budak kurang minat seperti fizik kena pandai tackle hati mereka. gunakan abm yang menarik serta student oriented. bagi motivasi agar plj yakin pada diri. berikan sdkit pujian dan paling ptg ingat nama2 plj. mereka akan rasa dihargai.
|
Annursyam
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.08.2004 Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi
|
Posting pada: 20-11-06 13:35
cikgu yang tak suka bagi kerja sekolah...
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 20-11-06 14:02
Pada 19-11-06 00:21 , mieIKIM posting:!!! QUOTE !!! ps : senangle bodek dia belanja makan mee.
ni nak rasuah cikgu ke ni... kalau nak belanja pun, belanjalah yang mahal-mahal sikit... -----------------
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 20-11-06 14:06
Pada 19-11-06 07:44 , ketenteramanku posting:!!! QUOTE !!! seorang guru perlu ada ketegasan dalam kelembutan...berkongsi sedikit pengalaman waktu praktikal di hari itu. pelajar sek menengah especially mereka lebih suka kalau guru boleh bertindak sebagai guru dan kawan kepada mereka. dalam meniti usia remaja mereka perlu dibimbing dan org yang boleh menuntun mereka. mereka nak seseorang yang boleh berkongsi masalah bersama2.tak salah kiranya dalam kls kita adalah guru dan di luar kls sebagai kawan.tapi perlu ingat jangan melampaui batas agar rasa hormat pada guru tak hilang.caring & pandai mengambil hati plj. kalau mengajar subj yang budak kurang minat seperti fizik kena pandai tackle hati mereka. gunakan abm yang menarik serta student oriented. bagi motivasi agar plj yakin pada diri. berikan sdkit pujian dan paling ptg ingat nama2 plj. mereka akan rasa dihargai. terima kasih cikgu ketenteramanku... nasihat cikgu akan lisa ingat selalu...insyaAllah... -----------------
|
uqu
WARGA SETIA Menyertai: 05.07.2003 Ahli No: 2057
Posting: 640
Dari: KUCHING
|
Posting pada: 20-11-06 17:38
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... kalau ana, ana suka cikgu ana masa sekolah rendah dulu... masa dekat2 nak UPSR, beliau panggil ana, lepas tu, beliau bagi nasihat yang sampai sekarang ana masih ingat... rasa macam cikgu ambil perhatian sangat-sangat... lepas tu Cikgu jarang marah dan nampak keikhlasan beliau dalam mengasuh pelajarnya... sekarang ni pun, kat sekolah menengah ana banyak cikgu2 yang bersifat keibuan dan kebapaan... sangat suka... moga ALLAH merahmati guru2 yang banyak mengasuh ana... Insya ALLAH... p/s: terkejut sangat-sangat bila kawan ana bagitau yang cikgu Matematik yang ajar anan masa ana darjah 4 sudah kembali menyahut panggilan ALLAH... Al-Fatihah...
|
husna_493
Warga 1 Bintang Menyertai: 24.07.2005 Ahli No: 17529
Posting: 32
Dari: dari sini
|
Posting pada: 20-11-06 18:02
kepada yang berimpian untuk menjadi seorang pendidik, saya doakan agar anda memperjuangkan nasib bangsa dengan ikhlas. jangan terlalu mengharapkan pulangan daripada apa yang anda berikan. pelajar2 bukan sahaja amanah ibu bapa malah amanah Allah.
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 20-11-06 20:23
Pada 20-11-06 18:02 , husna_493 posting:!!! QUOTE !!! kepada yang berimpian untuk menjadi seorang pendidik, saya doakan agar anda memperjuangkan nasib bangsa dengan ikhlas. jangan terlalu mengharapkan pulangan daripada apa yang anda berikan. pelajar2 bukan sahaja amanah ibu bapa malah amanah Allah. syukron ya ukhti husna_493 insyaAllah...nawaitu akan kami cuba tetapkan... -----------------
|
FIERASHAH
Warga Rasmi Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26695
Posting: 8
Dari: dungun
|
Posting pada: 20-11-06 22:54
memahami jiwa pelajar, sahabat meraka dikala susah, ibubapa mereka dikala mereka salah, pendidik dikala belajar, sporting tapi tegas, suka buat lawak, tak boring, suara kibu bapaan, pandai tarik minat pelajar, tak suka memalukan pelajar dan dekati pelajar yang bermasalah.. saya nak jadi guru macam ini...
|
FIERASHAH
Warga Rasmi Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26695
Posting: 8
Dari: dungun
|
Posting pada: 20-11-06 22:55
memahami jiwa pelajar, sahabat meraka dikala susah, ibubapa mereka dikala mereka salah, pendidik dikala belajar, sporting tapi tegas, suka buat lawak, tak boring, suara kibu bapaan, pandai tarik minat pelajar, tak suka memalukan pelajar dan dekati pelajar yang bermasalah.. saya nak jadi guru macam ini...
|
mas2ra
WARGA SETIA Menyertai: 21.10.2004 Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh
|
Posting pada: 21-11-06 01:35
alaikum salam wr wb / salam wr wb wm... ya Muallim... mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan, akan tetapi, mendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu, supaya apa yang diketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yang belum diketahuinya... salam maju jaya untuk semua, insyaALLAH, AMIN~* ALLAHualam bisawab ----------------- [ Telah diedit oleh: mas2ra pada 21-11-06 01:35 ]
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 22-11-06 08:23
Pada 21-11-06 01:35 , mas2ra posting:!!! QUOTE !!! ya Muallim... mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan, akan tetapi, mendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu, supaya apa yang diketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yang belum diketahuinya...
wa'alaikumussalam wbt syukron jazilan sahabatku mas2ra... -----------------
|
mieIKIM
Warga 4 Bintang Menyertai: 02.04.2006 Ahli No: 23916
Posting: 318
Dari: Anyway UnAvailable
|
Posting pada: 22-11-06 10:57
Pada 20-11-06 14:02 , lisa_solehah posting:!!! QUOTE !!! Pada 19-11-06 00:21 , mieIKIM posting:!!! QUOTE !!! ps : senangle bodek dia belanja makan mee.
ni nak rasuah cikgu ke ni...
kalau nak belanja pun, belanjalah yang mahal-mahal sikit...
heh,relax nya sis. Sis ni bakal cikgu kan? ----------------- I'm Pupus Just Now and Now
|
khai_dinz
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.11.2006 Ahli No: 27446
Posting: 24
Dari: Atas Bumi Tuhan
|
Posting pada: 22-11-06 12:47
biarlah tegas tapi mesra. tidak pilih kasih.. mengajar seadilnya dan menghalalkan ilmu yang telah disampaikan. :-D ----------------- " satu idea membawa seribu penyelesaian "
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 23-11-06 17:21
Pada 22-11-06 10:57 , mieIKIM posting:!!! QUOTE !!! Pada 20-11-06 14:02 , lisa_solehah posting:!!! QUOTE !!! Pada 19-11-06 00:21 , mieIKIM posting:!!! QUOTE !!! ps : senangle bodek dia belanja makan mee.
ni nak rasuah cikgu ke ni...
kalau nak belanja pun, belanjalah yang mahal-mahal sikit...
heh,relax nya sis. Sis ni bakal cikgu kan?
yup... -----------------
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 23-11-06 17:23
Pada 22-11-06 12:47 , khai_dinz posting:!!! QUOTE !!! biarlah tegas tapi mesra. tidak pilih kasih.. mengajar seadilnya dan menghalalkan ilmu yang telah disampaikan.
jarang untuk kita temui cikgu yang tidak menghalalkan ilmu... walau apapun...terima kasih untuk khai_dinz sebab sudi memberikan pendapat... ----------------- [ Telah diedit oleh: lisa_solehah pada 23-11-06 17:25 ]
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 26-01-07 13:06
boleh guna info ni untuk masa depan.....
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 26-01-07 13:55
anis rojakkan segala sifat dan karakter guru2 yang anis suka untuk mengajar studen anis... tapi rasa memang tak dapat menandingi mereka dengan keadaan bebudak sekarang yang kurang hormat makin guru2...
|
umi_iium
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.11.2006 Ahli No: 27261
Posting: 133
Dari: pulau pinang
|
Posting pada: 26-01-07 14:04
dulu masa kat sekolah saya nak sangat cikgu yang baik hati..semangat nak mendidik murid dia dan tak pilih kasih...lepas itu saya suka Kalau cikgu 2 tak garang..heh..memahami student dan tak marah...haaa macam 2 lah cikgu pilihan saya... tapi sekarang belajar dengan lecture..dah tak sama dengan belajar dengan cikgu(^_^)
|
empirez
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.07.2006 Ahli No: 25113
Posting: 30
Dari: Pulau Mutiara
|
Posting pada: 26-01-07 15:52
|
jutawanmuslimah
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM
|
Posting pada: 26-01-07 17:56
suka cikgu yang garang, yang suka marah2 especially bila tak siap homework dan tidur dalam kelas...huhu..
|
mizie_hafiz80
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 26-01-07 18:14
Tak suka cikgu yang skema...
|
adam_muslimin
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2006 Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium
|
Posting pada: 26-01-07 20:35
sekolah ana kebanyakan ckgu belum kahwin dan berjiwa dak2 cik.... best juga r ...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 26-01-07 20:38
|
solehah86
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.12.2006 Ahli No: 27962
Posting: 90
Dari: egypt
|
Posting pada: 26-01-07 20:40
salam... yang penting ilmu pada mereka dan kenerkatan dr allah
|
mechelmine
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2006 Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH
|
Posting pada: 26-01-07 20:42
Saya suka guru yang "satu kepala" dengan murid2.. So. nak tanya soalan pun tak payah nak segan2 dan malu2..
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 26-01-07 20:43
Pada 19-11-06 07:44 , ketenteramanku posting:!!! QUOTE !!! seorang guru perlu ada ketegasan dalam kelembutan... saya setuju.betul tu sis ketenteramanku. TEGAS tak bererti KERAS LEMBUT tak bereti LEMAH
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 26-01-07 20:47
Pada 21-11-06 01:35 , mas2ra posting:!!! QUOTE !!! alaikum salam wr wb / salam wr wb wm...
ya Muallim... mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan, akan tetapi, mendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu, supaya apa yang diketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yang belum diketahuinya...
salam maju jaya untuk semua, insyaALLAH, AMIN~*
ALLAHualam bisawab
thank you sis mas2ra...makin semangat saya ni! btw, hop u r fine there.thank you 4 your concern,advice...anything & evrything.. keep in touch sis! ilalliqo'
|
arsyie
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.11.2003 Ahli No: 5226
Posting: 230
Dari: mauritus
|
Posting pada: 26-01-07 20:52
yang sporting dan dia ajar masuk dan kekal lam ingatan............
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 26-01-07 21:00
teman peronah jadi cikgu, tapi dalam gelanggang lah....teman dalam gelanggang cenge sikit....kalau ajo, ajo betui2.... tapi kat luo teman lembut saja...cakap pun slow...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 26-01-07 21:23
teman peronah kena penampo(sepak) dengan ayah...masa tu sakit tak ghase...cuma macam dalam awang-awangan saja...malu pun hilang...tak tau lah apa perasaan masa tu... untuk pengetahuan ayah teman cikgu kat sekolah teman...dia ajo sains. dia juga peronah ajo teman....
|
sephia
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.07.2004 Ahli No: 9843
Posting: 70
Dari: kota bharu.
|
Posting pada: 26-01-07 21:27
|
nuraisha
WARGA SETIA Menyertai: 13.08.2005 Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching
|
Posting pada: 26-01-07 22:55
cikgu yang tak banyak songeh boleh dibawak berbincang, sudi dengar pendapat students paling penting....not bias...!!!
|
simpLe_sHida
Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 01-02-07 15:25
salam alaik.. zaman sek.. macam-macam dilabelkan pada cikgu..cikgi. satu pesanan buat kita bersama.. jangan membezakan mana-mana cikgu.. tak baik kita bezakan mereka.. masing-masing ada kelebihan.. ada jua kekurangan.. kalau cikgu kita tersalah fakta.. tersalah kata.. tegurlaa dengan cara berhikmah.. pada yang masih bergelar pelajar.. jaga adab dengan guru.. pensyarah.. biasakan duduk di tempat yang hadapan.. lebih berkat.. rajin-rajinlaa bertanya kalau tak faham.. sesungguhnya kerja cikgu ni ...mulia.. igtlaa pada mereka yang bergelar cikgu / cikgi / ustaz / ustazah /pensyarah
tanpa mereka.. kita tak kenal huruf a.b.c alif..ba.. ta... syukran jazilan ila mualimmatss.. ----------------- ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum.. [ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 01-02-07 15:28 ]
|
erwina
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu
|
Posting pada: 01-02-07 18:32
cikgu yang tak pilih kasih...
|
annamuslimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.06.2003 Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 02-02-07 17:46
ciri-ciri cikgu kesukaan ana? semua ciri-ciri yang ada pada diri ana sendiri lah...maklumlah ana ni pun cikgu juga hehe....
|
bee_hasanah
Warga 2 Bintang Menyertai: 26.12.2006 Ahli No: 27885
Posting: 67
Dari: Butterworth
|
Posting pada: 18-02-07 11:24
rajin suka senyum sedikit garang bagi homework senyum sokmo
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 18-02-07 11:30
Pada 01-02-07 18:32 , erwina posting:!!! QUOTE !!! cikgu yang tak pilih kasih... setuju juga... kekadang ada pelajar yang rasa tersisih sebab kurang diberi tumpuan oleh cikgu.. saya paling suka semasa belajar dengan cikgu jepun... setiap orang dalam kelas tu kena tanya..... ----------------- Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 18-02-07 13:42
suka senyum dan mudah mesra. Jadi kita tak keberatan untuk tanya soalan. ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 21-02-07 22:42
salam... ana suka semua cikgu-cikgi... nak2 pulak cikgu yang sentiasa bersemangat mengajar.. rasa terharu pun ada... ana pun jadi semangat 4 kali ganda belajar subjek tu... iskk.. tu lah dedolu tak mo belajar rerajin... uhuk uhuk uhuk...
|
side
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.02.2007 Ahli No: 28639
Posting: 52
Dari: Bumi pimpinan ulama'
|
Posting pada: 21-02-07 23:45
assalamualaikum... suka cikgu yang pandai mencungkil semangat pelajar untuk belajar cikgu yang pandai bermesra dengan pelajar tapi kita kena ingat ilmu yang kita perolehi sebenarnya buka daripada cikgu, tetapi pemilik ilmu yang hakiki iaitu ALLAH
|
Mutiara
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.08.2004 Ahli No: 10684
Posting: 47
Dari: Johor
|
Posting pada: 22-02-07 09:59
... Saya suka guru yang peramah. Sentiasa terukir pada wajahnya senyuman yang ikhlas.
|
rifhan
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.03.2005 Ahli No: 15169
Posting: 92
Dari: selangor
|
Posting pada: 22-02-07 10:37
cikgu tu mesti baik,sporting,faham perasaan student dia, tak cari kesalahan orang len,dan paling penting sekali tak pilih kasih... semua pelajar kena layan sama rata..tak ada yang lebih,tak ada yang kurang.. satu lagi,jangan garang sangat..nanti student cuak..! lagi malas nak belajar..hehe..
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 22-02-07 11:33
Aduhai...menggunung tinggi harapan semua orang untuk melihat para cikgu berakhlak tinggi...cuma lisa tak dapat lagi jawapan yang mengharapkan kami para cikgu mengajar subjek dan mengaitkannya dengan ilmu agama...jadi sebagai bakal cikgu, lisa nak tanyalah dengan kalian semua...adakah kalian harapkan para guru terutamanya yang beragama Islam menyampaikan ilmu disamping memasukkan unsur-unsur yang bersifat keagamaan seperti memasukkan unsur dalil Al-Qur'an dan mengaitkannya dengan ilmu yang disampaikan... lisa sedar perkara ini bukannya semudah yang dikata cuma lisa harapkan pandangan kalian bagaimanakah cara yang terbaik supaya ilmu dan agama tidak akan kami pisahkan dalam p&p kelak...insyaAllah... -----------------
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 22-02-07 12:29
Pada 22-02-07 11:33 , lisa_solehah posting:!!! QUOTE !!! Aduhai...menggunung tinggi harapan semua orang untuk melihat para cikgu berakhlak tinggi...cuma lisa tak dapat lagi jawapan yang mengharapkan kami para cikgu mengajar subjek dan mengaitkannya dengan ilmu agama...jadi sebagai bakal cikgu, lisa nak tanyalah dengan kalian semua...adakah kalian harapkan para guru terutamanya yang beragama Islam menyampaikan ilmu disamping memasukkan unsur-unsur yang bersifat keagamaan seperti memasukkan unsur dalil Al-Qur'an dan mengaitkannya dengan ilmu yang disampaikan...
lisa sedar perkara ini bukannya semudah yang dikata cuma lisa harapkan pandangan kalian bagaimanakah cara yang terbaik supaya ilmu dan agama tidak akan kami pisahkan dalam p&p kelak...insyaAllah...
pastinya besar harapan yang diletakkan pada bahu guru2... kerana pada bahu kita lah diletakkan amanat untuk mendidik anak2 yang bakal mewarisi apa yang kita ada pada hari ni... ----------------- hidup ini indah namun...keindahannya hilang dek kerakusan kita.....
|
mysarra
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 20903
Posting: 91
|
Posting pada: 22-02-07 14:30
Seorang cikgu mestilah berwawasan tinggi dan pandai mengambil hati murid yang diajar supaya murid tak buat masalah di dalam kelas...........
|
skater
WARGA SETIA Menyertai: 24.04.2004 Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu
|
Posting pada: 22-02-07 15:27
Saya suka Cikgu yang tak suka marah-marah... ceria... pandai menasihati murid.... tidak menceritakan perkara2 buruk(mengumpat)... ikhlas dan penyabar -----------------
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 24-02-07 11:19
yang sedap mata memandang.
|
firdaus_9
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2005 Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi
|
Posting pada: 25-02-07 11:54
cute dan baik + xgarang sangat
|
Awadah
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.01.2007 Ahli No: 28250
Posting: 56
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 25-02-07 12:00
Cikgu orang yang paling penting dalam hidup kitakan. Cikgu yang baik, sporting tapi tegas dan bukan sahaja baik di sekolah tapi ambil berat pasal kita di luar waktu sekolah.
|
Eriyza_Qistina
Warga Rasmi Menyertai: 22.04.2006 Ahli No: 24356
Posting: 16
Dari: Berbumbungkan Langit Berlantaikan Bumi
|
Posting pada: 16-09-07 20:59
Cikgu yang pandai beri contoh bila menerangkan tentang sesuatu subjek yang payah, baru pelajar senang paham. selepas itu cikgu itu kena juga ada sense of humour, baru lah tak boring. ----------------- Salam Ramadan Al-Mubarak
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 17-09-07 00:10
warahmatullah... hhmm.. nak cerita berkenaan guru yang digemari ye.. hhmm.. banyak ciri-ciri nya.. tapi.. 1)tak bawa masalah dirumah datang ke sekolah 2)Tidak mudah putus asa 3)Ceria tapi Tegas 4)Suka dan sentiasa ada masa untuk membantu (^_^)
|
ct_sumayyah
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 418
Posting: 201
Dari: Negeri Sembilan
|
Posting pada: 21-09-07 11:26
pembelajaran yang menarik, berfikiran terbuka, sabar dan ceria selalu
|
ctnurbebo
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2007 Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban
|
Posting pada: 22-09-07 00:52
Pada 17-11-06 13:47 , helmirohayakassim posting:!!! QUOTE !!! saya memang suka cikgu yang tak garang dengan saya tapi tegas. Sebab apa pada saya bila cikgu tu garang saya memang takut sangat. Selain daripada tu saya suka cikgu yang kelakar, suka bercerita yang mana cerita tu ada unsur2 nasihat dan yang paling penting cikgu tu jangan sesekali pilih kasih..... setuju sesangat...apa-apa pun guru ibarat lilin...time kisah buat semua cikgu-cikgu dan bakal cikgu.....jasamu hingga ke akhir hayat... ----------------- Keindahan sebenar ialah keindahan budi pekerti. Kebaikan sebenar ialah kebaikan budi bahasa dan kecerdikan sebenar ialah kecerdikan akal.
|
scenario
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.09.2007 Ahli No: 31016
Posting: 181
Dari: Inti nilai..
|
Posting pada: 22-09-07 01:27
Salam...pada ana..ana lebih senag dan suka akan seorang guru itu bersifat terbuka..tidak memandang latar belakang pelajar itu semata-mata..jika pelajar itu ingin belajar..maksud ana pilih kasih lah.. tetapi yang utama,guru itu dapat menghormati pelajar2nya sendiri..tidak mengaibkan pelajar2nya dihadapan pelajar2 yang lain.. Mudah cerita ana,guru itu dapat menghormati ana sebagai seorang muridnya yang ingin menimba ilmu darinya..ana akan hormat dia sebagai seorang guru dan bersedia untuk terima segala yang baik,yang diajarkanya. Bahkan lebih dari itu ana akan hormat dia.Contohnya,ana akan sering memberi salam kepadanya..inilah ana bila dalam proses menuntut ilmu..
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 22-09-07 09:54
Pada 24-02-07 11:19 , alifmimyanun posting:!!! QUOTE !!! yang sedap mata memandang. sama eh...nak datang kelas pun rasa seronok saja... !!! QUOTE !!! cute dan baik + xgarang sangat sama jugak... tapi, yang paling saya suka..cikgu yang dapat memahamkan saya tentang pelajaran dalam kelas tu jugak tanpa perlu buka balik buku dan study dengan penat lelah di rumah...kiranya guru pakar lah ni....yang ni, memang menyenangkan hati...mesti cikgu ni ikhlas nak menyampaikan ilmunya...
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 22-09-07 10:34
Pada 16-11-06 15:37 , lisa_solehah posting:!!! QUOTE !!! Assalamu'alaikum w.b.t
sebagai bakal guru... lisa nak tahu kriteria guru yang anda gemari...
treat 'em like your own child. insya allah they'll love u like their parents. try it. -----------------
|
cik_dira
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.09.2007 Ahli No: 31080
Posting: 46
Dari: KL
|
Posting pada: 22-09-07 12:48
kriteria guru yang saya gemari? seperti saya saja... sebab i think m a loveable teacher.. ekekkee..
|
ani_putrihijjaz
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1520
Posting: 159
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 24-09-07 11:19
Pada 21-09-07 11:26 , ct_sumayyah posting:!!! QUOTE !!! pembelajaran yang menarik, berfikiran terbuka, sabar dan ceria selalu macam cikgu haidi...
|
nuhasolehah
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.07.2006 Ahli No: 25365
Posting: 57
Dari: kedah
|
Posting pada: 24-09-07 12:39
nuha pun dah jadi seorang guru sekarang ini.. tak tahu lah..apa ciri-ciri yang student suka pada diri nuha...
|
mujahidah_muslimah
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 25-09-07 10:49
ana pula minat guru yang tegas, dan bukan sekadar mengajar subjek malah boleh pula beri nasihat dan teguran walaupun serius.. dalam ketegasannya ada kelembutan dan mampu menggetarkan perasaan dan menyuntik semangat dan keinsafan waallahua'alam ----------------- I'm glad to be me.. Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam [email protected]
|
nailah_miz
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.04.2004 Ahli No: 8296
Posting: 335
Dari: Universiti Utara Malaysia
|
Posting pada: 25-09-07 11:52
Mestilah yang sporting tapi kena jugak lah tegas.. Maksudnya yang memahami student..
|
Nuranys
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah
|
Posting pada: 17-10-07 12:49
suka yang berakhlak..bukan setakat mengajar subjek nya saja, tapi boleh bagi nasihat, dan tazkirah2.. boleh dianggap macam mama sendiri..emm..
|
sheika
Warga 1 Bintang Menyertai: 02.10.2006 Ahli No: 26713
Posting: 28
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 18-11-07 12:47
salm ukhwah.... > ana suka cikgu yang tegas dalam kelas,tapi ramah dan baik di luar kelas. > tapi, sebenarnya ana suka semua jenis guru. sebabnya kalau kita cakap kita tidak suka guru sebab perwatakan mereka atau cara mereka, susah untuk kita terima apa yang diajar. > ana pernah dapat seorang guru yang garang, tapi ana suka cara dia, dia takkan marah jika tak ada sebab. > ana juga pernah dapat seorang guru yang langsung tak ambil kisah pelajar mereka, hinggakan ada di kalangan pelajar yang langsung tercicir pelajaran. > tapi, ada seorang guru yang semua orang tak suka kat dia, tapi ana suka. dia seorang guru yang prihatin. tapi kat dalam sekolah dia merupakan guru yang amat tegas. > tapi yang pasti, ana tak tahu macam mana ana boleh rapat dengan semua guru-guru dulu. sampai sekarang pun ana masih berhubung. > baru-baru ni, ana ada terbaca satu wawancara yang dibuat oleh seorang pelajar dengan seorang guru yang baru bersara, ana begitu terharu dengan kata-kata guru tersebut. lebih kurang begini ayatnya" ana amat sedih bila ana berjumpa dengan bekas pelajar ana, tapi mereka malu nak tegur ana, tapi rela melarikan diri dari ana". > sama-samalah kita koreksi diri kita, kalau kita pernah buat macam tu sebelum ni, insaflah...minta maaf dengan mereka... > tak mustahil perkara macam tu akan berlaku pada kita.
|
annafira
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.06.2004 Ahli No: 9407
Posting: 204
Dari: Indera Kayangan
|
Posting pada: 18-11-07 13:12
Pada 26-01-07 15:52 , empirez posting:!!! QUOTE !!! onizuka sensei~ menarik jugak tu tapi, agak-agak ada ke yang macam tu kat malaysia ni..hehe.one in a million tu..hanya dalam fantasi realitinya, saya suka cikgu yang tegas tapi sporting, maknanya dia ambil berat pasal student dia, tapi kalau di luar kelas pun dia baik dengan kita, boleh dibwk berbual tentang perkara2 yang jugak tak ada kaitan dengan pelajaran..maybe tentang kehidupan sedap mata memandang, itu pun penting jugak..hehe and kalau nak tambat hati student, ingatlah nme mereka..mereka akan rasa lebih diamik peduli..that the teacher knows they exist ----------------- ~*Jika kau mengejar dunia, akhirat akan lari darimu.Tetapi jika kau mengejar akhirat, dunia akan mengejarmu*~
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 18-11-07 14:09
isteri saya agaknya (eh...ni bukan ayat dah kahwin..... )....huhu....sebab saya nak isteri saya seorang cikgu......hik.....mesti saya suka cikgu tu..... agaknya.........
|
najwa_mnor
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.11.2003 Ahli No: 5313
Posting: 148
Dari: gombak
|
Posting pada: 18-11-07 15:48
1. humor,kelakar 2. menerima pendapat student 3. yakin & semangat bila mengajar 4.bagi kita masa rehat 5min kalau tengok student macam lesu saja 5. boleh diajak berbual..sembang2 6. masa raya buat rumah terbuka + kasi duit raya(hehe)
|
aisyahfarhah
Warga 2 Bintang Menyertai: 21.05.2007 Ahli No: 29995
Posting: 62
|
Posting pada: 19-11-07 17:11
cikgu macam mana?? emm... dia mesti lah seorang yang tegas... penyayang... tidak pilih kasih....boleh bergaul dengan semua pelajar.. tidak kisah mereka dari kelas atas atau pun bawah.. menerima pendapat pelajar... cool dan sporting... p/s: lagi satu better cikgu laki jadi pendidik sebab cikgu perempuan ni banyak membebel... pelajr tak suka dibebelkan ....pas tu cikgu perempuan ini.....banyak mainkan emosi....dia yang marah kita pulak jadi mangsa kemarahannya... jangan marah ye....just my opinion...
|
Muddathsir787
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2007 Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor
|
Posting pada: 19-11-07 19:07
Hmm, sejuk mata memandang.. Penyabar.. Mudah tersenyum.. Tabah.. Berilmu.. Pandai mendidik.. Kalau ajar dalam kelas menariik.. Tak ngantuk.. Errr.. pandai memasak ..bonus. =p [ Telah diedit oleh: Muddathsir787 pada 19-11-07 19:08 ]
|
harumkasturi
Warga Rasmi Menyertai: 14.11.2007 Ahli No: 31688
Posting: 3
Dari: kota tinggi
|
Posting pada: 20-11-07 09:31
GURU............. role model untuk pelajar dan masyarakat umum!! APA yang PERLU??? ILMU + berpenampilan menarik???? ? menCUNGKIL bijik mata? ? mengGHAIRAHkan? ? memBAZIR & berLEBIH_LEBIHan? = MENARIK, BERSIH, KEMAS, SOPAN-SANTUN = HUKUM-HAKAM sajalah
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 20-11-07 09:38
.. saya suka cikgu yang seksi wow..
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 20-11-07 09:41
cikgu yang pelempang saya akibat salah faham masa tingkatan 5 walaupun bukan salah saya.... dan akibat pelempangnya saya dapat A1 subject economic "berkat kena pelempang"walaupun boikot kelas subjek tu beberapa bulan.. dan yang paling best cikgu tu dengan rendah diri datang jumpa saya personally untuk minta maaf diatas kesilapannya . saya nak lempang balik tak sampai hati pulak... nak tambah ciri-ciri cikgu kesukaan saya , cikgu a.k.a ustazah yang kantoikan surat saya nak berkenalan budak perempuan masa saya tingkatan 4, hehehe...kelakar bila ingat.... malu pun ada bila fikirkan balik... yelah manalah saya tau ada spot check kat asrama puteri...apa pun cikgu a.k.a ustazah tu memang cekap.... tegas tapi lembut... [ Telah diedit oleh: zulman pada 20-11-07 09:53 ]
|
PuteriDesa
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13061
Posting: 287
Dari: Tanjung Pengelih
|
Posting pada: 20-11-07 09:46
cikgu yang lembut tapi tegas. hah.. macam sayo lah.. tak boleh bagi muka kat students sangat..
|