Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri..Persediannya ialah iman serta amalan soleh dan kelas tuisyennya ialah majlis-majlis ilmu.
-- Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 143
Ahli: 0
Jumlah: 143




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 59 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Apa harusku lakukan?


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Apa harusku lakukan?

Please Mendaftar To Post


Oleh Apa harusku lakukan?

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-11-06 07:24


:-) Bismillahirrahamnirrahim....

Salam wahai semua sahabat...
ana ada masalah sikit lah...sekarang di tempat ana belajar ni,boleh dikatakan ana ada ramailah jugak kawan-kawan, tapi satu pun tak bisa buat hati ana tenang apabila bersama mereka...

Apa yang ana pakai, mesti mereka akan komen..."Kenapa pakai itu,Kenapa pakai ini..", "skima lah pakai pakaian yang tutup aurat" sebab mungkin mereka ingat ana pakai semua tu sebab ikut peraturan kolej...ana tak takut kena denda dengan pihak kolej,tapi ana takut kena seksaan Allah swt kelak...

soalan2 ni buat ana tak selesa...
Ana hanya mengadu dan menangis di hadapan Allah sahaja...
Kenapa nasib ana macam ni...
rasa macam da bosan belajar sekarang, rasa macam nak blah saja dari tempat ni...nak pergi ke tempat yang tak ada orang dan ana dapat hidup tenang seorang diri...
ana tak suka diajukan dengan soalan sebegitu...bosan...

sekarang ana rasa sangat tak tenang...hati kembali gelisah...sewaktu mengadu pada Allah tu, rasa tenang lah sekejap, tapi bila kembali bersama kawan-kawan, hati mula kembali gelisah dan resah...ana tak tahulah nak buat macam mana...
susah kan nak jumpa kawan yang satu kepala, sama-sama mempunyai tujuan untuk jadi wanita solehah...kan...

ana harap, antum dapat bantu ana yang amat memerlukan ini...dengan kos yang ana tak minat...tak tahu macam mana nak cinta dan minat dngan kos ni...bila lecturer duduk ngajar kat depan, fikiran ana mulalah nak melayang..."tak suka kos ni..."
27/11 ni ana mula praktikal...dan ana sangat benci praktikal ni...
sebab ana kena berhadapan dengan ramai orang dan pesakit...

tolong ana...

wassalam... :-( :-( :-( :-( :-( :-(


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-11-06 08:55


salam..
bertenanglah saudari zubaidah..waktu ana belajar dulu ana pergi kuliah pakai kupiah dan bercelak tebal,memang orang pandang macam lain saja tapi walupun begitu selagi kita tunjukkan akhlak yang baik dan cemerlang dalam pelajaran,orang pasti takkan mengambil kira penampilan kita..memang masa ana sem 1 orang dok gelarkan ana 'darth vader' dan sebagainya tapi ana hanya senyum dan mengiyakan saja sampailah mereka bosan dan akhirnya mereka yang dok mengta kita tu lah yang datang pada kita dan nak ajak berkawan..zubaidah jangan hiraukan apapun yang orang kata,kita tetapkan pendirian kita akhirnya nanti orang akan faham,jangan selalu ubah pendirian berdasarkan kata-kata yang tidak bernas buat zubaidah..tu lah penyebab mereka tidak menghormati penampilan zubaidah..tentang pelajaran,ana pun ambil bidang yang bukan pilihan dan kegemaran ana,ana minat dengan sains dan ana dari kelas sains tulen masa sekolah menengah dulu tapi bila masuk kampus ana dapat kursus akaun tapi alhamdulillah dengan zat Allah ana boleh bawak walaupun minat tu belum tumbuh lagi sampai ana semester 4..doalah pada Allah minta pertolonganNya supaya dipermudahkan segala urusan..amalkanlah solat hajat walaupun hanya dua rakaat saja yang termampu...dan yaqen hanya zat Allah saja asbab kejayaan...insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-11-06 18:49


Pada 16-11-06 08:55 , Ustadz posting:

!!! QUOTE !!!

salam..
bertenanglah saudari zubaidah..waktu ana belajar dulu ana pergi kuliah pakai kupiah dan bercelak tebal,memang orang pandang macam lain saja tapi walupun begitu selagi kita tunjukkan akhlak yang baik dan cemerlang dalam pelajaran,orang pasti takkan mengambil kira penampilan kita..memang masa ana sem 1 orang dok gelarkan ana 'darth vader' dan sebagainya tapi ana hanya senyum dan mengiyakan saja sampailah mereka bosan dan akhirnya mereka yang dok mengta kita tu lah yang datang pada kita dan nak ajak berkawan..zubaidah jangan hiraukan apapun yang orang kata,kita tetapkan pendirian kita akhirnya nanti orang akan faham,jangan selalu ubah pendirian berdasarkan kata-kata yang tidak bernas buat zubaidah..tu lah penyebab mereka tidak menghormati penampilan zubaidah..tentang pelajaran,ana pun ambil bidang yang bukan pilihan dan kegemaran ana,ana minat dengan sains dan ana dari kelas sains tulen masa sekolah menengah dulu tapi bila masuk kampus ana dapat kursus akaun tapi alhamdulillah dengan zat Allah ana boleh bawak walaupun minat tu belum tumbuh lagi sampai ana semester 4..doalah pada Allah minta pertolonganNya supaya dipermudahkan segala urusan..amalkanlah solat hajat walaupun hanya dua rakaat saja yang termampu...dan yaqen hanya zat Allah saja asbab kejayaan...insyaAllah




Bismillahirrahmanirrahim....


terima kasih banyak-banyak wahai saudaraku ustadz...
nampaknya nasib kita hampir sama, tapi nasib saudara ustadz jauh lebih baik dari ana..

moga-moga Allah akan mengurniakan cinta ana pada profesyen yang mungkin akan ana lalui suatu hari nanti...

apa yang terjadi, biarlah allah yang akan tentukan nanti.
Ana selalu menitiskan air mata sebab terlalu sedih tahap kronik...
Moga Allah percepatkan kematian ana jika itu yang terbaik dan semoga Allah memanjangkan umur ana jika itu yang terbaik...

moga Allah bebaskn ana dari belenggu yang merantai ana...rasa sudah tak larat dan tak sanggup nak tempuhi hari2 yang mendatang...

lemahnya diri ini dengan dugaan yang menimpa2...
tapi, iman seseorang tak akan sempurna selagi belum diuji...
whatever pun, thanks a lot atas nasihat yang diberikan oleh saudara ustadz.

wassalam.
:-)


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-11-06 18:57


saudari zubaidah... tetapkan pendirian, jangan terlalu mengikut kata-kata org. Jadilah diri sendiri.


-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai


Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 16-11-06 23:46


Assalamualaikum..

kepada zubaidah..boleh ke saya beri pendapat saya pada awak..mungkin sekarang ni saya tak dapat rasa apa yang awak lalui..tapi saya akan cuba menyelami perasaan awak..
mungkin sukar untuk awak hadapi ini kerana ianya terjadi dikolej yang mana kita hanya dikelilingi oleh kawan-kawan tanpa keluarga disisi..dan kalau kawan-kawan kita membuat kita merasa bergini mesti kita berasa sedih yang amat sangat..dan kita akan merasakan yang kawan kita ni tak memahami kita dan menginginkan kita mengikut rentak mereka..

pada saya saat inilah kita kena mencari identiti diri kita..kerana dikolej lah saat yang terbaik untuk kita tahu siapa diri kita..macam mana kita nak jadi..apa yang kita nak jadi...

jadi untuk mencari identiti kita,kita perlu tegas...dan jike kita da berjumpe identiti kita,kita kena tegas dengan prinsip kita..dan kalau org cuba membentuk atau mengubah sesuatu yang kita rasa tak sesuai kita kena xplain,dan zubaidah kena tegas jangan lemah dengan apa yang org nak kata...kerana identiti ni kita yang pilih...

jadi lambat laun insyaAllah kawan-kawan zubaidah akan tahu zubaidah ni berprinsip dan tidak akan memperkotak katik kan zubaidah..tapi mungkin masih ada bbrpa kawan yang tidak memahami awak...awak boleh lah kata dengan mereka dengan tegas kalau mereka masih tanya tentang pakaian atau apa yang awak buat dengan berhikmah...seperti if mereka tanya kenapa awak pakai macam ni..pakai jubah dan tudung bulat..just say to em..ini cara saya..saya minat pakai macam gini..dan ini saya...harap cara saya ini tidak menyusahkan awak..meyb dis sound a bit harsh but u must b firm to em..lepas itu senyum lah balik pada mereka...:-)

ini hanya pendapat saya..tapi apa pun cuba berfikiran positif selalu ye..dan sesungguhnye Allah tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuan nya... ;-)

ini hanya pandangan saya yang tidak seberapa ni...


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

zaitihamdan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2006
Ahli No: 25957
Posting: 242
Dari: Bintulu, Sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 00:00


apapun zubaidah..be strong..Allah bersama antum dan ingatlah bahawasanya harapan orang tua antum terlalu tinggi untuk melihat kejayaan antum...jangan biarkan kesedihan dan kekecewaan menguasai diri hingga tak dapat tumpukan pada pelajaran...ada sebab Allah takdirkan antum ambik bidang tu..antum kena redha dengan apa yang berlaku dan cuba positifkan jiwa antum kerana apapun yang terjadi.."life must go on..."

"..Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.."
Al-Baqarah:216

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaitihamdanProfil   Hantar PM kepada zaitihamdan   Pergi ke zaitihamdan's Website   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 06:48


:-) Bismillahirrahmanirrahim...


thanks atas nasihat dan motivasi yang diberikn..ia mungkin akan menjadi semangat buat ana untuk teruskan hidup ni...

bila masalah tiba, keluarga pula tiada di sisi...

wassalam...


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...
[ Telah diedit oleh: zubaidah pada 17-11-06 06:49 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 23:43


assalamualaikum

tertarik untuk ulas masalah enti ni, mengingatkan pada diri ana sendiri..
jika mukmin diuji, itu bermakna Allah sayang dan beri perhatian. dan ujian yang Allah beri adalah sebagai musibah dan kafarah, buat si hamba. malang sungguh bagi mereka yang kafir dan fasiq, ujian adalah azab buat mereka atas dosa2 yang mereka lakukan. istimewa pada penilaian kita sendiri..memandang ujian itu dari perspektif apa. jika mukmin, ujian dirasakan nikmat.. terasa dekatnya Allah dengan kita. dan pasti ujian Allah memberi 1001 pengajaran yang mendewasakan kita. tapi bagi malang sungguh orang2 kafir dan fasiq, mereka merasakan ujian itu satu bebanan yang cukup menderitakan. itu yang kekadang hingga membunuh diri kerana mereka tak nampak apa punca dan jalan penyelesaiannya.

hidup adalah lapangan ujian. Allah telah berjanji akan menguji orang2 mukmin untuk membuktikan keimanan mereka, seperti yang termaktub dalam kalamNya:

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (QS. Al-Ankabut : 1-3).

Ujian adalah tarbiyah Allah, adakah kita akan sabar atau sebaliknya.. kesusahan yang datang tak akan selamanya..begitulah selepas susah ada kesenangan.
Jangan difikir derita akan berpanjangan..kelak akan membawa putus asa pada Tuhan.

"Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali"


Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Surat Al-insyirah Ayat 5-6


jangan risau ya ukhti, Allah berjanji akan membantu hamba2Nya. dengan cara pergantungan padaNya mesti kukuh dan ampuh. tidak boleh sekali kali putus asa dengan rahmatNya.

takdir kita boleh diubah.. apa jua masalah boleh juga diselesaikan. dengan cara apa? usaha dan berdoa, dan kemudian berserah pada Allah. jika ukhti rasa sedih dan hidup seperti tak bermakna.. yakinlah keadaan ukhti itu pasti dapat diubah berkat limpahan rahmat dan kasih sayangNya.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri .
Terjemahan Surah Ar-ra'd Ayat 11


Dalam ayat di atas pula kita mesti berkeyakinan bahawa nasib kita akan berubah(dengan izin Allah) kalau kita bersungguh-berusaha merubah nasib kita.

jika pada situasi ukhti, tak suka dengan course yang diambil.. cuba ambil masa untuk merenung.. cungkil hikmah dan kebaikan apa sebabnya enti terpilih untuk belajar course ini. mungkin takdir Allah.. ada sesuatu yang hikmah tersmbunyi yang enti tak nampak lagi.. tapi ia akan jelas kelihatan berkat kesabaran belajar selama 6 semester dan setelah melalui pengalaman berkerja. di samping itu, jangan lupa beristikharah.. minta petunjuk Allah tentang masalah yang ukhti sedang alami.. Allah pasti akan tunjukkan jalan yang terbaik dan diberikan alternatif penyelesaian.

ana rasa seperti mudah saja bercakap.. tapi inilah hakikatnya, mahu tak mahu kita akan menghadapi pelbagai ujian pada masa akan datang dan ujian2 itu Allah datangkan sesuai dengan kemampuan kita untuk menghadapinya. makin dekat kita dengan Allah dan makin sayang Dia pada kita, maka makin berat dan sukarlah ujian tersebut. itulah nilaian diri kita di sisi Allah.


Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya." (al-Mu`minuun: 62)

"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni surga; mereka kekal di dalamnya." (al-A'raaf: 42)


moga-moga ujian2 yang Allah beri akan membuatkan kita makin dekat, dan makin bertambah kecintaan kita padaNya.

moga-moga.. jadi peringatan buat ana juga.
ayuh sama-sama kita mujahadah hati! dan hanya kepadaNya kita meminta pertolongan.


janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::
(alimran:139)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)


wallahua'lam. wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 00:24


بسم الله الرحمن الرحيم

Terima kasih ya ukhti atas nasihat dan motivasi yang diberikan...moga ia dapat menjadi kekuatan pada ana untuk terus meniti hidup ini yang penuh dengan dugaan dan cubaan daripada Allah swt...

Moga Allah swt memberkati hidup kita semua... :-)


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...
[ Telah diedit oleh: zubaidah pada 18-11-06 00:27 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

ummuafeera
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.01.2005
Ahli No: 13690
Posting: 140
Dari: jb

Johor  


posticon Posting pada: 18-11-06 01:36


zubaidah buat course apa ye?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummuafeeraProfil   Hantar PM kepada ummuafeera   Pergi ke ummuafeera's Website   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 18-11-06 01:46


!!! QUOTE !!!



apa yang terjadi, biarlah allah yang akan tentukan nanti.
Ana selalu menitiskan air mata sebab terlalu sedih tahap kronik...
Moga Allah percepatkan kematian ana jika itu yang terbaik dan semoga Allah memanjangkan umur ana jika itu yang terbaik...

moga Allah bebaskn ana dari belenggu yang merantai ana...rasa sudah tak larat dan tak sanggup nak tempuhi hari2 yang mendatang...

lemahnya diri ini dengan dugaan yang menimpa2...
tapi, iman seseorang tak akan sempurna selagi belum diuji...



Kenapa perlu bersedih?

Sekurang-kurangnya anti masih boleh bertudung; sekadar diuji.
Ada kawan ana di sini yang terpaksa membuka tudung untuk belajar, hanya untuk menghadiri kuliah.

Katanya, dia duduk di belakang berhampiran pintu, supaya apabila kelas tamat, dia boleh kembali memakai tudung.
Walaupun tidak semua lecturer menghalangnya, cukuplah dengan beberapa.

Ana tidak ingin bercakap tentang politik dan Kenapa dia dihantar ke sini.

Tapi, mengenangkan dugaan yang dihadapi, ana bersyukur dilahirkan sebagai lelaki.
Jika ana bukan lelaki, ana tidak tahu adakah ana mampu hadapi semua ini.

Masih ada yang kurang bernasib baik berbanding anti.
Ada lagi yang dibuang kerja dan dibuang sekolah hanya kerana bertudung dan berserban.

Tentang kata-kata, ingatlah kata aiman, "Aiman tak kisah."
Siapa mereka untuk mencorak hidup anti.

Juga, Kenapa harus bersedih dengan hidup?
Ana juga pernah berasa demikian, sehinggakan ana langsung tidak bersemangat dan sentiasa ingin lari daripada kenyataan.

Sekarang, ana sangat menyesal terhadap setiap detik yang ana bazirkan dengan pemikiran negatif.

Bergembiralah dengan hidup. Hidup kita hanya sekali.
Hidup Rasulullah saw juga hanya sekali. Lihat bagaimana Baginda saw memanfaatkan hidupnya.

Khulafa' Rasyidin, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan nama-nama besar lain juga hanya hidup sekali di bumi ini.

Sangat sayang kalau kita ingin tamatkan hidup ini.
Ana ingin berbangga dengan hidup ana. Ana mencari syahid, mencari redha ALLAH, dan sudah tentu rindukan Firdaus.

Ana sedar ana tidak layak, tapi ana rasa ana layak untuk berangan-angan.

Percayalah pada ana, walau seteruk manapun dugaan yang kita terima, tetap ada faktor positif yang mematangkan kita.

Sebagaimana yang selalu kita dengar apabila belajar Sirah, Nabi saw dijadikan yatim piatu agar baginda saw tabah dan berdikari, dan bersedia untuk memimpin dunia sepanjang zaman.

Carilah yang positif dalam hidup anti, anti punya banyak sebab untuk bergembira.
Ingatlah pada yang sentiasa mengambil berat terhadap anti. Anti tidak keseorangan.
Bergembiralah dengan hidup anti. Hidup hanya sekali, sangat sayang untuk diisi dengan kesedihan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 02:28


Pada 18-11-06 01:36 , ummuafeera posting:

!!! QUOTE !!!

zubaidah buat course apa ye?



:-) Bismillahirrahmanirrahim....

mana boleh bagitau...rahsia... :-D


memang betul apa yang anta bagitahu wahai mohdnurhakimin..
tapi, wanita ni lemah...beruntunglah wanita yang kuat dan tabah hadapi cabaran hidup..

tapi alhamdulillah sebab Allah masih lagi perteguhkan iman ana untuk menghadapi kawan-kawan seperti itu..jangan bimbang, ana akan cuba sedaya upaya hingga ke titisan darah yang terakhir demi mempertahankan iman ana...demi mempertahankan islam yang amat ana cintai...
walaupun kena bunuh oleh tentera israel yang kejam, yang penting dapat mencium haruman kasturi syurga Allah swt...

aminnn....


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

nieza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1867
Posting: 108
Dari: kota bharu bandaraya Islam

Johor  


posticon Posting pada: 19-11-06 20:32


Assalamualaikum saudariku zubaidah...

     Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada saudari...kekuatan untuk berdepan dengan hidup yang penuh dugaan...Ana ingat lagi pada lirik lagu saujana "tapi, jalan kebenaran tak akan selamanya sunyi, ada ujian yang akan melanda, ada perangkap menunggu mangsa"....Berhatilah dengan tipuan dunia semata-mata dan carilah akhirat yang pasiti. Saudari usah bimbang apa yang orang lain katakan, yang penting diri sendiri yang sentiasa patuh pada syariat Allah...

     Saudari nak tau?? Ana tanpa segan silu mengaku yang anak ambil kos kejururawatan..Ana akan bergelar "nurse" suatu hari nanti..InsyaAllah..Tapi baru masuk sem 1...Untuk pengetahuan zubaidah, ana menangis 4 malam apabila dapat tau yang ana dapat kos ni sungguhpun ni pilihan keempat ana. Sebelum ni, tidak terdetik dalam hati ana nak bergelar jururawat. Nak jadi doktor adalah...Tapi takdir menentukan segala-galanya. Lagipun sebelum memohon, ana minta bantuan dan petunjuk Allah...InsyaAllah ana terima dengan hati terbuka.

     Keinginan untuk memohon kos ni pun disebabkan galakan akak ana...Dia kata bidang ni banyak peluang pekerjaan..Tanpa berfikir panjang, ana ikut katanya. Ana telah 'tercampak' jauh di negeri kelantan...di kampus kesihatan usm, kubang kerian. Lebih untung lagi, akak ana bekerja di pusat pengajian tempat ana bakal belajar. InsyaAllah ana tidak kesunyian....Bila kesunyian, ana jumpa dia. Boleh dikatakan tiap-tiap hari...Bila cuti, ana pergi rumah dia...Jumpa anak sedara tersayang. Untuk saudari, ana cadangkan saudari cari seorang saudari angkat yang seangkatan dengan saudari...Boleh berkongsi masalah, suka dan duka. Lagipun saudari ada sahabat2 di ukhwah.com yang sentiasa menyokong kerjaya saudari. Jangan risau kerana kesunyian, sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sentiasa ingin bersamaNya...begitu juga ana di sini...

     Berkenaan pakaian, ana akan teruskan memakai tudung buatan sendiri yang amat ana minati. Lagipun ada sahabat ana yang juga memakai tudung labuh dan ibu bapanya merupakan hafiz dan hafizah yang mengambil kos jururawat. Dia pun bukan calang-calang orang....Seorang hafizah...Secara jujur ana katakan, ana senang bersahabat dengannya. Berkenaan soal uniform yang akan dipakai semasa sem2 ni, ana pun pening kepala memikirkannya. Nasib baik uniform ana tidak jarang dan ketat. Tapi, soal tudung pulak....(hmm..ana juga banyak masalah pasal kos ni sebenarnya)...mujur setelah bertanyakan kepada ustazah tentang situasi ana, ana faham apa yang patut ana lakukan. Alhamdulillah...Akak ana pun pakai tudung labuh. Jadi, ana semakin kuat....tak kisahlah orang lain nak pandang apa...Yang perlu diutamakan hubungan kita dengan Allah.

        Ana juga bakal berdepan dengan pesakit suatu hari nanti...Sama seperti Zubaidah...Ingat, kita bakal melaksanakan bakti kepada masyarakat....Sahabat ana yang ana ceritakan di atas begitu berkobar-kobar untuk menaburkan jasanya ke Mesir...Saudari kena terima dan buat sesuatu dengan hati terbuka. Jika tidak, orang lain akan ada masalah dengan kita....

     Ana sarankan agar saudari zubaidah jangan memikirkan sangat masalah yang hadapi. Buat sesuatu yang dapat melekakan saudari daripada mengingati masalah yang hanya menambahkan lagi kedukaan..Cubalah saudari baca buku "lah Tahzan" hasil tulisan Dr Aidh Abdullah ar-Qarni...pasti saudari tidak akan berduka dan bersedih selepas ni... Banyakkan baca tafsir Quran dan buku-buku yang dapat membina motivasi diri.. jangan lupa pula untuk berkawan dengan orang lain. Bergaul dengan mereka dan tunjukkan betapa indahnya kita hidup mengikut cara Islam. Semoga mereka dapat menikmati keindahan Islam suatu hari nanti....

     Ana harap saudari sudi baca cerita ana ni...sekadar berkongsi pengalaman...Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan ana sendiri. Semoga Allah akan kurniakan sakinah yang dapat mengisi ruang dan inci hidup saudari..insyaAllah...

p/s:apabila melakukan sesuatu yang tidak diminati, hasilnya pasti tidak akan menjadi....wallahu'alam.

:-)


-----------------
Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi
akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi...
-Imam Malik-
[ Telah diedit oleh: nieza pada 14-12-06 12:43 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For niezaProfil   Hantar PM kepada nieza   Pergi ke nieza's Website   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 13:52


salam..
pertama sekali...jadi lah diri kita yang sebenar...pedulikan lah kata-kata orang itu..kadang kala...kata-kata orang itu tak semstinya ikhlas dan kadg2 kala sengaja nak jatuh kan kita...jadi kita ken berhati-hati...tetepkan pendirian..dan teruskan degan cara saudari sendiri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.483943 saat. Lajunya....