Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segalanya memerlukan wang!
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 79
Ahli: 0
Jumlah: 79




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 21 hari yang lalu
nur_takwa88: 26 hari yang lalu
kismis: 27 hari yang lalu
qaulah_atrah: 38 hari yang lalu
muaz9768: 42 hari yang lalu
Rashdin: 48 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??

Please Mendaftar To Post


Oleh Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 14-11-06 21:13


Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??
> >Kalau perempuan tidak boleh memasak,
dikutuk dan
disuruh belajar. Kalau
>lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti
>mereka terasa hati.
>
>"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak
kahwin
dengan awak!"
>Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang
anak
dara, juga rakan
>sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu
yang dia
tidak sempat belajar
>memasak sebab dari kecil tidak digalakkan
keluarga
sebaliknya di suruh
>menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Sementelah
tinggal di asrama,
>peluang pulang ke rumah terhad dan tidak
sempat turun
ke dapur membantu
>ibunya.
>
>"Habis sekarang Kenapa tidak belajar?" Tanya
sang
lelaki lagi dengan penuh
>semangat.
>"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan
kerjaya saya juga sibuk
>belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak
diutamakan!" Begitu jawab
>si gadis yang membuatkan lelaki tadi
menggeleng-geleng kepala. Baginya
>tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu
memasak.
>
>Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat
utama
menjadi suami mesti boleh
>menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu
syaratnya
bermakna makin ramai
>wanita yang hidup bujang seumur hidup.
>
>Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur
sebagai
perkara utama dan
>ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat
seleranya
sering diguna pakai.
>Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau
berjawatan tinggi dan
>penyumbang utama kewangan dalam
rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi
>gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun
kedudukan suami sebagai raja
>tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil
inisiatif mempelajari ilmu
>menjadi imam. Ilmu bermain video game di
komputer
mereka rasa lebih
>perlu.
>
>Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan
sesudah
belajar perlu handal.
>Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga
sendiri, kalau boleh perlu
>boleh memasak untuk tiga pasukan bola.
Begitulah
standard yang telah
>ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-
undang
itu kepada lelaki juga.
>Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-
mula
jadi imam kepada
>keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam
satu
taman perumahan juga.
>
>"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu
bolehkah
jadi imam?" Dengus
>teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat
lelaki yang menjadikan
>sembahyang jemaah di rumah bersama anak
isteri
sebagai agenda utama, selain
>keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka
bertanyalah wanitakini kepada
>beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
>
>Ternyata ramai yang menjawap tidak confident
menjadi
imam sebab takut
>bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid
atau
pun dia merasakan
>isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok
dia
dan isteri sembahyang
>sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar
pula
apabila dirinya yang
>rugged menjadi imam.
>
>Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana
masyarakat memberatkan wanita
>perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga
harus boleh menjadi
>imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua
keluarga
tidak goyah atau
>menjadi mangsa queen control. Kalau tidak
pandai,
belajarlah sekarang. Jika
>wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-11-06 21:16


ana boleh jadi imam.. dekat kampus ana ada jadi imam dekat surau kampus.. jadi imam untuk student orentasi.. jadi imam untuk kem..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 15-11-06 00:03


Pada 14-11-06 21:16 , ad-din posting:

!!! QUOTE !!!

ana boleh jadi imam.. dekat kampus ana ada jadi imam dekat surau kampus.. jadi imam untuk student orentasi.. jadi imam untuk kem..



alhamdulillah...tak bilang pun tak apa... ;-)


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-11-06 00:09


Pada 14-11-06 21:16 , ad-din posting:

!!! QUOTE !!!

ana boleh jadi imam.. dekat kampus ana ada jadi imam dekat surau kampus.. jadi imam untuk student orentasi.. jadi imam untuk kem..


wOw bagusnya! :-o


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 20:46


alhamdulillah...tahniah

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

layar_lara
Warga Rasmi
Menyertai: 17.11.2006
Ahli No: 27391
Posting: 5

macau  


posticon Posting pada: 17-11-06 23:06


yang boleh jadi imam memang ramai,
tapi, yang tak hafal doa lepas solat lagi ramai,
imam apa ke benda??

Bookmark and Share

    


  Member Information For layar_laraProfil   Hantar PM kepada layar_lara   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 17-11-06 23:42


mm,saya pun biasa menjadi imam...tapi sekarang ni,ramai remaja yang berkebolehan menjai imam tidak diketengahkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 00:36


kadang-kadang mereka ni malu or gugup masa jadi imam.. ana pun pernah rasa macam tu juga.. bayang lah jadi imam untuk beratus student.. mana tak gugup nya..kadang-kadang bila baca surah panjang bila gugup saja terus hilang kejap ayat sambunganya..tapi pandai2 lah backup balik..pasal doa lepas solat tu tak payah lah panjang2 sangat.. sekadar yang basic2 saja.. nak panjang2 time solat sendiri tak apalah.. tapi apa-apa pun kena cuba dan berani serta belajar jadi imam ni.. kadang-kadang bila kat belakang rasa macam boleh saja.. tapi bila dah kat depan hanya tuhan saja yang tau....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-11-06 01:03


dengan begitu tinggi harapan,
ramai ahli ukhwah yang mampu menjadi imam
tak kiralah sama ada muslimin atau muslimat
untuk muslimin, kebolehan menjadi imam
satu perkara asas yang perlu ada
kalau still kekok, masih boleh belajar
belajar perlahan-lahan
sebab nanti nak jadi imam solat jemaah anak isteri
perempuan ramai nak cari calon di kalangan lelaki yang boleh jadi imam..
:-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

cheekmate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 01:36


many people have the conception that when they get old then they will start practising Islam and start to conduct the solat........................that's the reality............................when we become old, we won't have enough energy to even stand up and pray!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

otherwise, we will be like that dumb guy who will fail the test on the day of judgement!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

may Allah make it easy for us....................Amin...................

Bookmark and Share

    


  Member Information For cheekmateProfil   Hantar PM kepada cheekmate   Pergi ke cheekmate's Website   Quote dan BalasQuote

nieza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1867
Posting: 108
Dari: kota bharu bandaraya Islam

Johor  


posticon Posting pada: 18-11-06 02:29


Assalamualaikum

    Bukan senang nak cari lelaki yang boleh jadi imam...nak imamkan anak isteri nanti...hmm...dulu, bapak ana tetapkan syarat untuk cari calon menantu..bila dia datang rumah, suruh dia jadi imam.Alhamdulillah, adlishah dah jadi suami yang soleh untuk darulnuman81...semoga lebih ramai bapa2 kat luar sana pilih calon yang sesuai untuk jadi menantu mereka...wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezaProfil   Hantar PM kepada nieza   Pergi ke nieza's Website   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 05:20


hanya seorang boleh jadi imam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

yanokage
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20839
Posting: 276
Dari: SMK (A) Al-Irshad

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-11-06 07:20


saya pun selalu jadi imam kat sekolah, solat hajat dengan dhuha ... yang lain tu saya volunteer saja. Pelik juga saya baca tajuk ni "Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??", pasal dekat sekolah saya, pilih saja sesiapa pun, tak ada masalah nak jadi imam .....

Bookmark and Share

    


  Member Information For yanokageProfil   Hantar PM kepada yanokage   Pergi ke yanokage's Website   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 08:20


Pada 18-11-06 07:20 , yanokage posting:

!!! QUOTE !!!

saya pun selalu jadi imam kat sekolah, solat hajat dengan dhuha ... yang lain tu saya volunteer saja. Pelik juga saya baca tajuk ni "Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??", pasal dekat sekolah saya, pilih saja sesiapa pun, tak ada masalah nak jadi imam .....


nak pelik Kenapa pulak...anta tak kisah lah dari sek agama memangla.yang ana mksdkan di sini remaja2 lain....yang boleh jadi imam alhmadulillah.boleh jadi imam untuk anak dan isteri masa kahwin kelak...ini yang tak tahu boleh jadi ke tak..bukan tu saja ada yang solat pun tak tau dah nak kahwin...cuba bayangkan keluarga tu jadi apa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

muslimin88
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.11.2006
Ahli No: 27373
Posting: 33

malaysia  


posticon Posting pada: 18-11-06 08:32


Pada 17-11-06 23:06 , layar_lara posting:

!!! QUOTE !!!

yang boleh jadi imam memang ramai,
tapi, yang tak hafal doa lepas solat lagi ramai,
imam apa ke benda??



Ana rasa, tak hafal doa pun satu sebab Kenapa takut jadi imam. Tak hafal doa dalam bahasa Arab. Tapikan Kenapa mesti dalam bahsa Arab??? Allah kan maha mengetahui. Ana pernah ikut satu program kat U ana. Dia baca doa dalam bahasa melayu. Waktu tu, ana rasa lebih menghayati doa yang dibaca, pasal ana paham apa yang didoakan. Tak salah baca doa dalam bahasa Arab. Tapi nak kata kat sini, ana rasa tak nak jadi imam pasal tak hafal doa dalam bahasa arab bukan satu alasan yang kukuh..Wallahu A'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin88Profil   Hantar PM kepada muslimin88   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 12:59


mungkin forumers di sini..memang layak dan berkredilbiliti untuk menjadi imam atau imamah..sewajarnya, kita mantapkan lagi ilmu agama kita walau dr mana kita berasal..dr backgroud sek. agama ke ataua sek.harian biasa..sebab menjadi muslim yang baik seterusnya mukmin yang berkualiti itu ada wajib ke atas setiap individu..kan! :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 15:36


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah pengertian Imam hendaklah di lihat dari aspek yang luas bukan setakat Imam solat saja.

Imam itu adalah ketua dalam semua aspek kehidupan barulah dinamakan imam yang layak mendapat gelaran ulama warasatul anbiya'.

Walau apapun Imam untuk keluarga sendiri pun sudah memadai menurut kemampuan dan ketentuan yang Allah telah beri ke atas diri seseorang itu. Tetapi jadilah Imam yang berilmu dan beriman bukan setakat Imam yang menuding jari memerintah sana sini dan memukul bila tak kena pada kehendak hati ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Kejarlah akhirat insyaAllah dunia akan mengejar kamu ........

Binalah kehidupan menurut landasan Al Quran dan As Sunnah insyaAllah segala nikmat kehidupan di dunia akan dianugerahkan menurut rezeki yang telah Allah tentukan.

Burulah redha Allah bukannya kepuasan nafsu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

armien
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.11.2005
Ahli No: 20238
Posting: 56
Dari: kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 19:38


Assalamualaikum

Sudah menjadi kewajipan seorang lelaki belajar cara2 nak jadi imam..First sekali imam dalam solat..Hafal lah Surah2 lazim..tu pun kalau tak mampu nak hafal surah yamg lain...jangan pulak bila kawin nanti si isteri suruh jadi imam hanya bawa SURUH AL-KAUTHAR & QULHUWALLAHUAHAD..tiap-tiap waktu palak 2..Mlau lah kaum Adam...Tapi yang Al-Hafiz, Alhamdulillah...Bawak suruh2 yang panjang sikit...hingga sampai tahap kekesyu'kan yang tinggi..

Yang perempuan pun apa salahnya belajar jadi imam..Imam untuk kaum Hawa saja lah..Jangan jadi Amina Wadud pula..

Wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For armienProfil   Hantar PM kepada armien   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 22:13


Soalan mengenai berapa ramai boleh jadi imam ibarat soalan berapa banyak titisan hujan yang turun...SUKAR

Tapi hanis_syuhada sangat bagus orgnya..beliau risau tentang lelaki yang semakin ramai jauh dari agama...itulah maksud sebenar syuhada....andai semua wanita seperti hanis_syuhada...pasti kaum lelaki akan lari bertempiaran menuntut ilmu....syukran hanis_syuhada........

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 22:18


Pada 18-11-06 07:20 , yanokage posting:

!!! QUOTE !!!

saya pun selalu jadi imam kat sekolah, solat hajat dengan dhuha ...

!!! QUOTE !!!



Solat dhuha untuk Allah dari hambaNYA...ia tidak perlu jemaah..ia indivdu...


Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-11-06 00:07


Pada 18-11-06 15:36 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Imam itu adalah ketua dalam semua aspek kehidupan barulah dinamakan imam yang layak mendapat gelaran ulama warasatul anbiya'.



betul tu ummimq :-)


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

armien
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.11.2005
Ahli No: 20238
Posting: 56
Dari: kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-12-06 12:16


Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap orang Islam..Tidak dapat tidak kita perlukan ILMU..

"THALABAL ILMI MINAL MAHDI ILA LAHDI"


-----------------
"HIDUP DENGAN AMAL, MATI DALAM IMAN"


Bookmark and Share

    


  Member Information For armienProfil   Hantar PM kepada armien   Quote dan BalasQuote

afiqah_afaf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.10.2004
Ahli No: 11586
Posting: 238
Dari: mansoura

egypt  


posticon Posting pada: 10-12-06 18:12


ana respect kat lelaki yang boleh jadi imam untuk sebilangan makmum yang ramai.. tapi lebih respect lagi kalau seterusnya pandai kondak majlis agama..

Bookmark and Share

    


  Member Information For afiqah_afafProfil   Hantar PM kepada afiqah_afaf   Quote dan BalasQuote

adam_muslimin
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-12-06 18:23


ana pernah jadi imam kat asrama juga...tak pun time pgi camp...
insyaallah dapat hafal banyak agy surah tengah..

.....................
life is short....

Bookmark and Share

    


  Member Information For adam_musliminProfil   Hantar PM kepada adam_muslimin   Quote dan BalasQuote

miss_farhana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-12-06 18:29


Pada 14-11-06 21:16 , ad-din posting:

!!! QUOTE !!!

ana boleh jadi imam.. dekat kampus ana ada jadi imam dekat surau kampus.. jadi imam untuk student orentasi.. jadi imam untuk kem..


alhamdulillah...tapi kalau tak cakap lagi bagus...takut nanti ada bisiskan syaitan...may ALLAH bless u...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_farhanaProfil   Hantar PM kepada miss_farhana   Quote dan BalasQuote

niezam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah

iraq  


posticon Posting pada: 10-12-06 22:01


Sebenarnya tak susah nak mengimami solat...yang penting adalah keberanian,ikhlas dan pengalaman yang banyak membantu.Bukan tiba-tiba sahaja nak naik jadi imam dihadapan beratus-ratus ma'mum..ada caranya dan gayanya.Kita perlu belajar adab-adab menjadi imam contohnya meringkaskan wirid selepas solat isyak kerana mengelakkan ma'mum menjadi tidak khusyuk.Di samping itu, dalam hadis pun Rasulullah menyatakan beberapa ktiteria untuk menjadi imam antaranya bacaan yang lancar lagi bertajwid dan lain-lain.Ini penting untuk menjadikan jemaah lebih khusyuk untuk menghayati bacaan dan pengertian ayat al-quran yang sedang dibaca.Menjadi imam tidak perlu menjadi modal memenangi hati mertua sahaja...tak ikhlas tuu.Memang kebanyakan wanita mencari ciri-ciri istimewa ini dalam bakal suami mereka,tapi ini tak cukup kan.Apapun kalau niat hanis_syuhada menyedarkan kaum adam tentang ciri-ciri kepimpinan..tahniahlah atas usaha enti.

ganastahapcipan!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezamProfil   Hantar PM kepada niezam   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.128188 saat. Lajunya....