Oleh |
betul ke? KUSTEM? SALIB? |
diny
Warga 5 Bintang Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur
|
Posting pada: 10-11-06 23:57
 semua.. Diny ada kemusykilan lah..ada dapat forward email dari seorang sahabat..mengatakan 'Salib di atas bumbung KUSTEM gong badak, Terengganu ???'-siap ada attachment gambar sekali tapi di tak tahu macam mana nak attachkan gambar tu di sini? ada sesiapa budak KUSTEM yang tahu akan hal ini? tengok dari jauh macam tanda Salib bulan sabit merah tu..yang untuk ambulance tu tapi bila dah dekat memang tanda Salib Kristian tu.. many thanks Diny  ----------------------------------------------------------------------------- ________________________________ > From: > Sent: Thursday, November 09, 2006 3:48 PM > Subject: FW: Salib di atas bumbung KUSTEM gong badak, Terengganu ??? > AL-KUFRUN WAHID" >  WBT, > KUSTEM ialah sebuah kolej universiti milik penuh kerajaan yang terletak > berhampiran Gong Badak, Terengganu. > Bangunan yang di gambarkan sebenarnya siap (kalau tak salah) kira-kira lebih 3 > tahun yang lepas. > Yang menjadi persolannya ialah :- > 1) Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut ? > 2) Adakah Jabatan Kerajaan yang meluluskan bangunan ini tidak sedar tentang > perkara ini ? > 2) Adakah bentuk salib itu berlaku secara kebetulan disebabkan kedudukan > bangaunan itu sendiri ? > 3) Adakah ianya disengajakan ? > 4) Apakah motif sebenar bumbung itu direka begitu ? > 5) Dan banyak lagi persoalan ??? > Sila sebarkan kepada sahabat kita semua, lebih - lebih lagi rakyat Negeri > Terengganu Darul Iman. > Wassalam. [ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 11-11-06 21:06 ]
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 11-11-06 00:24
|
diny
Warga 5 Bintang Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur
|
Posting pada: 11-11-06 00:34
many thanks sailormoon..cause Diny memang tak tahu macam mana nak attach..
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 11-11-06 00:38
|
sahibul
Warga 4 Bintang Menyertai: 25.09.2006 Ahli No: 26564
Posting: 257
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 11-11-06 11:12
|
aina_2410
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.09.2003 Ahli No: 3350
Posting: 45
Dari: j-town
|
Posting pada: 11-11-06 11:37
mungkinkah kebetulan?wallahualam~
|
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 11-11-06 16:50
kalau tanda salib pun...apa yang tanda salib tu boleh buat kat orang islam? boleh mati ke kalau masuk dalam bangunan tu? ia boleh menagancam nyawa orang islam ke?boleh jadi murtad ke kalau duduk dalam bangunan tu? banyak saja barang2 yang bentuk macam tu. huruf 't' pun macam salib juga. ia tak lebih hanya design sebuah bangunan. kan design ada macam-macam bentuk.. think positif. patutnye emel macamni tak boleh disebar-sebarkan...nanti jadi isu perkauman. nanti timbul benci membenci..tuduh menuduh. lama-kelamaan boleh jadi perang.nauzubillahiminzalik. kes2 menyedihkan / menyayat hati yang berlaku di ambon dan kepulauan maluku beberapa tahun lalu yang melibatkan perang islam dan kristian adalah kerana perselisihan faham antara dua agama yang berpunca dari sebab yang kecil saja. kerana dimarakkan lagi dengan fitnah dan hasutan, maka ia menjadi semakin teruk dan menjadi2 hingga membawa kepada berbunuh-bunuhan. sekarang ni dah jadi macam satu momokan pulak.. apa-apa yang berkaitan dengan kristian atau apa-apa agama lain.. ia ada kaitan boleh mengancam islam. ana rasa ia satu kebetulan saja. entah siapalah yang sebarkan emel ni. entah betul entah tidak. entah memang ada rahsia jahat mereka menyebarkan emel yang tak ada asasnya ini. musuh2 islam akan terus mencari peluang untuk merosakkan islam dengan apa cara pun. berhati-hatilah.. kadang-kadang agenda sulit dan perancangan mereka adalah perkara2 yang kita tak jangka. seolah-olah nak buat kita tertanya-tanya "betul ke tak", "sahih ke tak".. tapi kebenarannya tak dibuktikan lagi. kalau nak sebarkan biar dengan bukti yang kukuh dan sahih. wahai dai'e.. semarakkan jiwa jihadmu. sampaikan dakwah.. sebarkan keindahan Islam. moga Islam akan terus bersinar dan gemilang. Allahuakbar!!! maaf banyak-banyak jika ada sesiapa terasa.. sekadar peringatan. "dan berpesan-pesanlah pada kebenaran" wallahua'lam ----------------- ALLAH IS ENOUGH FOR ME [ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 11-11-06 16:57 ]
|
syahid_zul
WARGA SETIA Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu
|
Posting pada: 11-11-06 17:34
Bismillah.. !!! QUOTE !!! kalau tanda salib pun...apa yang tanda salib tu boleh buat kat orang islam? boleh mati ke kalau masuk dalam bangunan tu? ia boleh menagancam nyawa orang islam ke?boleh jadi murtad ke kalau duduk dalam bangunan tu?
banyak saja barang2 yang bentuk macam tu. huruf 't' pun macam salib juga. ia tak lebih hanya design sebuah bangunan. kan design ada macam-macam bentuk.. think positif.
Asalnya saya ingin berlapang dada dengan pendapat ini.Bila beberapa kali saya memujuk hati supaya berlapang dada,agak sukar untuk saya berbuta demikian atas beberapa sebab! Saudari bertanya,apa yang tanda salib boleh buat?Tahukah saudari jika saudari memakai baju yang ada tanda salib hukumnya ialah haram?Status saudari dalam portal ukhwah ialah "Ahli Setia".Bermakna saudari sudah begitu lama disini.Pelik tapi itulah yang berlaku..Dimana nilai sebuah sensitiviti?? Sememangnya salib,ataupun simbol apa jua tidak mendatangkan bahaya kepada org islam.Beberapa kemungkinan boleh difikirkan dan dicermati dari plan binaan sesebuah bangunan.Persoalan saya.Siapa arkitek yang membuat plan bangunan tersebut??Takkanlah arkitek xrancang apa-apa tentang plan sesebuah bangunan dan menyandar kesemuanya kepada sepatah kata bernama "kebetulan".Ianya satu kesimpulan lepas tangan dan tiada sensitiviti!tak mungkin arkiteknya tak tahu menahu tentang bentuk pandangan atas plan melainkan ianya telah dirancang rapi untuk mengejek ummat islam yang lack of sensitivity... kita disini tidak mahu mengapi-apikan antara agama,tetapi seakan tiada suatu garis panduan yang jitu terhadap permasalahan dan sensitiviti antara agama..manakala ummat islam bersikap lepas tangan,menyandarkan kesemuanya diatas sikap kompromi yang tidak berkesudahan...patutllah islam itu dihina,rupanya ummat islam minta mereka dihina.. pelik dan ajaib..tapi ianya sedang berlaku..dan saya sedang menontonnya...pop corn ditangan kanan,coke ditangan kiri... wassalam... -----------------
|
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 11-11-06 22:57
assalamualaikum syukran kathira saudara syahid zul atas pendangan tu. pandangan ana sebelum ni bukanlah untuk mencadangkan supaya kita bersikap sambil lewa dan tidak sensitif. sebagai muslim kita tak patut membiarkan agama dihina. malah jika dizaman Rasulullah dan para sahabat.. golongan yang menghina Islam akan dihukum tanpa teragak-agak lagi. point ana ialah "berhati-hati dalam menyebar berita yang belum tentu kesahihannya. takut2 ia adalah 'hoax' semata-mata. “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat- 49:6) ana agak ragu2 tentang gambar tersebut. siapa yang bertanggungjawab ambil gambar tu? dengan cara apa gambar diambil? siap dari pandangan atas dari jarak jauh kemudian dizoomkan ke tanda salib tersebut. tentang ayat ana " apa yang salib boleh buat"... mungkin ada kesilapan ana sendiri dalam menyusun ayat.. cuma ana nak kaitkan dengan akidah kita sebagai umat islam. sama juga seperti 'holy water'.. ia dah jadi semacam 'mind setting' pada umat islam bahawa sesiapa yang terminum air ni boleh jadi lupa untuk ucap syahadah, boleh jadi hilang ingatan untuk membaca ayat2 suci al-Quran dan seterusnya akan jadi murtad. seolah-olah holy water tu mempunyai kuasa untuk menjadikan seseorang tu murtad atau tidak.. walhal semua yang berlaku atas izin dan kuasa Allah. ketakutan kita pada unsur2/ elemen2 agama lain melebihi ketakutan kita pada Allah yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. dasar ketauhidan dan tawakkal pada Allah itulah yang menguatkan diri seorang mukmin. betapa banyak berita2 palsu yang disebar luas...apa yang terjadi ialah umat islam menjadi kalut apabila menerima berita2 tersebut. jika natijah berita2 itu membawa natijah yang baik.. yakni memberi kesedaran untuk bangkit berubah menjadi muslim yang lebih baik, alhamdulillah. tapi yang menyedihkan.. umat islam masih tetap sama.. masih tertidur lagi..masih tetap dengan hiburan dan leka dengan dunia. dan orang kafir tersenyum lebar... nampak jelaslah mereka di mana kelemahan umat islam ni. mereka hanya tersedar sekejap kemudian terlena semula. maaf andai tersilap kata.. apa yang baik kita terima sebagai ilmu. wallahua'lam
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 11-11-06 23:23
Jangan marah cik imtihan_insyirah ye...  Sebab tu benda tu di 'post' dekat sini..Supaya orang yang banyak ilmu macam cik ni boleh bagi pandangan agar orang yang jahil macam saya ni tahu apa yang patut...tak ada lah pisang berbuah dua kali... -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 11-11-06 23:29
ana tak marah pun, ana pun masih banyak kena belajar.. cuma nak berkongsi apa yang ana tahu. selainnya sahabat2 boleh tolong tampung terima kasih atas pandangan semua ----------------- ALLAH IS ENOUGH FOR ME [ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 11-11-06 23:35 ]
|
syahid_zul
WARGA SETIA Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu
|
Posting pada: 12-11-06 03:41
Syukran diatas penerangan saudari. Gambar tersebut diambil dengan menggunakan software google earth.. Ada 3 sahaja kemungkinan dalam isu ini 1)arkitek yang melukis plan bangunan tersebut memang sengaja melukis plan pandang atas yang berbentuk salib atas niat2 tertentu 2)arkitek tersebut tidak perasan bentuk yang dilukisnya untuk pandangan atas bangunan tersebut ialah berbentuk salib(takkan terjadi jika arkitek itu islam dan kalaupun arkitek itu non-muslim,beliau sememannya xsensisitif terhadap isu ini.) 3)gambar itu ialah gambar palsu.(google earth takkan tipu sebab ianya diambil dr satelit) 2 kemungkinan pertama tersebut takkan berlaku jika ada garis panduan yang jelas tentang proses pembinaan bangunan untuk menjaga sensitiviti supaya tidak berlaku perkara seperti ini dibelakang hari. saya boleh terima pendapat yang mengatakan,dalam kehidupan kita hari2 banyak bentuk palang yang secara xlansung membentuk salib.Tapi saya gagal menerima jika sebuah bangunan yang memakan masa yang lama untuk disiapkan,dan siap dengan plan dan sebagai boleh mempunyai kebetulan ada tanda salib yang sebegitu jelas dan terang.mesti ada perancangan atau kelalaian yang sukar untuk dimaafkan dibelakang sana... wassalam wassalam... -----------------  [ Telah diedit oleh: syahid_zul pada 12-11-06 03:41 ]
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 12-11-06 09:25
hari2 lalu kat kustem....tak perasanlah pulak...
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 12-11-06 10:19
qudwah..dia kena tengok kut atas...baru nampak saya dah install software google earth.. dan dah tengok sendiri.. memang betul gambar tu.. isk tapi kalau arkitek tu islam..takkan dia tak perasan... hmmm.. wallahualam.. rasanya perlu diubah suai...tambah sikit bangunan ke.. supaya hilang bentuk asalnya..
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 12-11-06 10:21
siapa nak tengok sendiri.. bolehlah install...software google earth kat http://earth.google.com/downloads.htmlbumbung rumah kita pun boleh nampak...insyaAllah ----------------- Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya. [ Telah diedit oleh: broshahir pada 12-11-06 10:21 ]
|
CheLi
Warga Rasmi Menyertai: 18.12.2005 Ahli No: 21239
Posting: 13
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 12-11-06 12:48
Salamun'alaik, dah penat membaca sekarang nak mnulis pula... sebenarnya perkara ni dah lama diketahui oleh pihak kami di sini, kalau mengikut pelan bangunan perpustakaan yang sebenar, lambang salib itu sebenarnya terdiri dari satu kotak di tengah dan dua sisinya adalah terputus. bagaimanapun, antara sisi dan bahagian tengah itu ada pertindanan ygmana menyebabkan ia berbentuk salib jika dipandang dari bahagian atas. terima kasih pada yang peka.. saya di sini bukanlah nak mengatakan mmpertahankan kustem tetapi, apa yang dilihat secara mata kasar begitulah.... hakikatnya, sebagai seorang Islam, saya juga merasakan perkara ini memang dirancang dan kami telah pun mengadakan perbincangan mengenai isu ini dan bercadang untuk mmbawanya ke pihak atasan... bagaimanapun usaha ini tidak berhasil sebab tidak mendapat sokongan semua pihak.hanya sgeintir sahaja yang prihatin., sehingga ia dilupakan... tambahan pula ada aka AUKU yang menyekat kami... kadang-kadang terfikir juga, di manakah letaknya keberkatan bagi kami yang menuntut ilmu di sini sekiranya tempat ini dilengkapi dengan salib yang begitu besar?? hanya berdoa yang dapat kami lakukan... syukran sebab masih ada yang prihatin... wallahua'lam
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 12-11-06 12:54
oo...macam tu ke?? thanks broshahir...
|
faisaltehlipot
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.11.2006 Ahli No: 27175
Posting: 95
Dari: terengganu
|
Posting pada: 13-11-06 15:00
aku duduk kat kustem jugak baru aku perasan bila tengok guna google earth peh ,aku rasa ni memnag di dengajakan ni
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 14-11-06 00:33
Pada 12-11-06 12:48 , CheLi posting:!!! QUOTE !!!
hakikatnya, sebagai seorang Islam, saya juga merasakan perkara ini memang dirancang dan kami telah pun mengadakan perbincangan mengenai isu ini dan bercadang untuk mmbawanya ke pihak atasan... bagaimanapun usaha ini tidak berhasil sebab tidak mendapat sokongan semua pihak.hanya sgeintir sahaja yang prihatin., sehingga ia dilupakan... tambahan pula ada aka AUKU yang menyekat kami... jadi saya rasa ni dah macam diSENGAJAkn...sengaja tak nak betulkn...adakah ini salah 1 lagi kerenah birokrasi? wallahua'alam... apapun tahniah pada CheLi atas usaha itu...teruskan! ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…
|
ad-din
WARGA SETIA Menyertai: 19.09.2005 Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-
|
Posting pada: 14-11-06 07:44
macam mana nak guna google earth tu..
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 14-11-06 10:17
 saya rasa semua ini adalah suatu kebetulan sahaja........ ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
immad
 Menyertai: 18.09.2004 Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)
|
Posting pada: 14-11-06 15:39
erm benda ni patut diperbetuklan tak sehaarusnya maruah pelajar islam kustem tercemar macam tu saja
|
fansurina
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.11.2006 Ahli No: 27352
Posting: 205
Dari: pulau pinang
|
Posting pada: 20-11-06 15:32
assalmualaikum..saya pun dapat email tu..terima kasih atas maklumat2 yang telah dikongsi bersama..
|
asy-syahadah
Warga 2 Bintang Menyertai: 10.10.2005 Ahli No: 19717
Posting: 49
Dari: alam semesta
|
Posting pada: 20-11-06 19:32
hm...ana rasa mungkin perkara ini disengajakan....sebab pelan sesuatu bangunan dilukis dr pandangan atas, tepi, depan, belakang... pendek kata dari segala sudut... tak kan lah arkitek tu tak perasan sebelum membina bangunan tu?? terima kasih kerana memberitahu perkara ini... dan tertima kasih atas usaha CheLi...
|
FIERASHAH
Warga Rasmi Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26695
Posting: 8
Dari: dungun
|
Posting pada: 20-11-06 22:12
 , saya terkejut yang teramat tentang perkara ini, saya seorang pelajar yang belajar kat universiti yang bersebelahan dengan kustem.. saya amat tak tau pasal ini.. sungguh dahsyat.. sukar nak percaya.. tapi saya tak hairan sebab kat sini memang selalu berlaku perkara yang diluar jangkaan.. saya sedih sangat bila terkenangkn dunia dan umat Islam hari ini..
|
bintu_ruQaiah
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.05.2006 Ahli No: 24453
Posting: 230
Dari: di mana kaki berpijak
|
Posting pada: 20-11-06 23:38
Pada 20-11-06 22:12 , FIERASHAH posting:!!! QUOTE !!! , saya terkejut yang teramat tentang perkara ini, saya seorang pelajar yang belajar kat universiti yang bersebelahan dengan kustem.. saya amat tak tau pasal ini.. sungguh dahsyat.. sukar nak percaya.. tapi saya tak hairan sebab kat sini memang selalu berlaku perkara yang diluar jangkaan.. saya sedih sangat bila terkenangkn dunia dan umat Islam hari ini..
student UDM-KUSZA ke? ----------------- kepada si MaWaR iDaMaN..semoga dikau sentiasa MeKaR di taman..diakari rasa berTUHaN..dihiasi haruman aKhLaK&iMaN..kerana disitulah UkUrAn..JeLiTaNyA seorang perawan
|
andromeda_amnet
Warga Rasmi Menyertai: 22.11.2006 Ahli No: 27444
Posting: 6
|
Posting pada: 22-11-06 05:40
benda tu tak payah nak gembar gembur kan... masuk kolej belajar cukup... tak ada kaitan dengan salib ke hapa
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 22-11-06 06:41
Pada 12-11-06 10:21 , broshahir posting:syukron jazilan akhi... terubat rindu lisa dengan kampung dan mak...  -----------------
|