Oleh |
Hina sangatkah perempuan yang tidak bertudung labuh? |
hina
Warga Rasmi Menyertai: 09.11.2006 Ahli No: 27282
Posting: 2
|
Posting pada: 09-11-06 21:05
 .. Saya tidak faham mengapa terdapat segelintir siswi yang bertudung labuh(kebanyakkan dari sekolah agama) menganggap seolah-olah perempuan yang tidak bertudung labuh seperti tidak layak berkawan dengan mereka. As if macam hina sangatlah kerana tidak bertudung labuh? Sebelah mata pun tidak dipandangnya. Adakah keimanan dan ketakwaan seseorang itu dapat diukur dengan labuhnya kain tudung yang dipakainya? kadang-kadang, saya terfikir ada hikmahnya Kenapa saya bukan dilahirkan dalam sebuah keluarga yang menitikberatkan hal2 agama dan bukan juga dari aliran sekolah agama supaya apabila saya mula belajar mengenal tuhan dan agama, saya akan rasa diri ini hina dan tidak berlagak sombong. Bukankah mereka yang nampaknya lebih tahu hal2 agama ini sepatutnya mendekati mereka yang kurang berpendidikan agama? wallahualam [ Telah diedit oleh: hina pada 10-11-06 02:51 ]
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 09-11-06 21:41
Assalamaualaikum..... sebelum saya nak tanya Kenapa awak guna nickname hina....mula2 saya tengok terkejut juga.....tapi mungkin ada sebab awak dengan nick tu kan...  pasal luahan awak mengenai hinakah perempuan yang tidak bertudung labuh....mungkin perasaan awak saja agaknya....saya dulu pun ada perasaan macam tu juga sebab saya pun bukan dari sek agama dan tak bertudung labuh...perasaan rendah diri sentiasa ada dalam diri bila bercampur gaul di kalangan pelajar sek agama....sampai sekarang pun rasa macam tu tapi bila bergaul dengan mereka saya dapat belajar ilmu agama....saya pun sekarang sedang belajar dan dalami ilmu agama sikit demi sedikit.....
|
fatinah_huda
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.02.2004 Ahli No: 7131
Posting: 115
Dari: Jepun
|
Posting pada: 09-11-06 21:53
Waalaikumussalam, Tidak semua begitu. Kebanyakkan yang saya jumpa sangat baik hati dan sudi berkawan dengan orang yang biasa-biasa. Mungkin cuma ada segelintir sahaja yang kita sangka menghina kita. Mungkin ada sebab2 tertentu seperti ingin jaga daripada terpengaruh atau sebab yang kita tidak ketahui. Saya pun pernah jumpa, mula2 itu terasa, tapi Alhamdulillah ada sahabat tudung2 labuh lain yang baik2. jadi kita ambil yang positif dan berbaik sangka. Atau buat tak tahu saja dengan org yang tidak mahu berkawan dengan kita. Carilah yang ikhlas atau yang suka rendah diri.
|
Ismah
Warga 1 Bintang Menyertai: 19.02.2005 Ahli No: 14527
Posting: 39
Dari: Tanah Merah
|
Posting pada: 09-11-06 22:23
 ... Bagi pendapat saya pun tak semestinya perempuan yang bertudung labuh itu akan memandang serong kepada perempuan yang bertudung biasa. Saya sendiri pun mempunyai kawan-kawan yang bertudung singkat dan tidak bertudung.. tapi,kita jangan memandang hina pada mereka..Sebaiknya kita ajak mereka perlahan-lahan..Jangan terlalu memaksa sebab islam sendiri tidak menggalakkan paksaan.. Bukan semua orang yang bertuah mendapat hidayah dari Allah... Kalau bertudung labuh sekalipun, tapi kalau mulut asyik mengata atau mata asyik menjeling tanpa sebarang nasihat atau teguran baik tak payah berpakaian terus..Keimanan dan ketaqwaan tu takkan diukur dari segi pakaian kita tapi,dari akhlak yang dibawa.. Apa sekali pun janganlah saudari merasa rendah diri..mungkin terselit sesuatu yang istimewa yang dijanjikan oleh Allah kepada saudari tanpa disedari.. Islam itu terlalu indah... Wassalam...
|
nailah_miz
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.04.2004 Ahli No: 8296
Posting: 335
Dari: Universiti Utara Malaysia
|
Posting pada: 09-11-06 22:59
Pada 09-11-06 21:29 , NoZaBiZz posting:Setuju tu...
|
hina
Warga Rasmi Menyertai: 09.11.2006 Ahli No: 27282
Posting: 2
|
Posting pada: 10-11-06 02:48
NoZaBiZz-walaupun saya tak pakai tudung labuh, tapi saya still pakai socks, pakai baju yang tak ketat, jarang, or tudung singkat2. insyirah_hr-masa di matrix dulu, ramai saja sahabat2 saya bertudung labuh, menerima seadanya. malah mereka yang banyak memberi tunjuk ajar pada saya, cuma di tempat baru, keadaanny berbeza. fatinah_huda-saya tetap akan menrima mereka sebagai kawan cuma terkilan. rasa pelik pulak kalau buat-buat tak tahu kat org yang kita kenal. thank you. Ismah- ya, pasti ada hikmah sumeny berlaku. setelah baca posting sahabat2 semua, saya dah rasa ok dan sedar sebenar keredhaanNya yang dicari dalam hidup ini. pedulikan tindakan2 mereka yang jumud itu. masih ramai lagi di dunia ini yang berfikiran terbuka. thank you eveyone.. [ Telah diedit oleh: hina pada 10-11-06 02:49 ]
|
sahlon
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.03.2005 Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan
|
Posting pada: 10-11-06 09:41
salam.... semangat macam ni lah yang saya nak. bagus untuk rasa hina tapi hanya di depan Tuhan Kalau depan manusia, cukupla kita rasa rendah diri pada sya, satu saja, manusia hanya menghukum yang zahir, tapi didalam hanya Allah yang tahu jangan hiraukan pandangan manusia, pandangan Allah lebih utama.
|
kembara_girl
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2006 Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang
|
Posting pada: 10-11-06 10:04
jangan layan mereka yang berfikiran macam 2.. janjji awak buat benda yang tol.... memang ada sesetangah yang berperangai begitu tapi tak semua..
|
MARIAH_SMILE
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12955
Posting: 71
Dari: banting, selangor
|
Posting pada: 10-11-06 11:13
em, setuju dengan ukht. sahlon.. rasa hina di depan tuhan siapa suruh rasa hina pada manusia,bila dah anggap negatif,jadilah negatif.ce fikir positif!compom POSITTIf nya... sybrgaul dengan semua org..da tudg labuh, pendek, tak pakai tudg pun da... tapi semua ok saja... perasaan awak j 2.. k,wasalam
|
raisul_muhaddissin
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.08.2006 Ahli No: 26103
Posting: 129
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 10-11-06 11:23
perasan rasa terhina anda itu adalah tanda Allah S.W.T sayangkan anda..fikir2 kan lah..
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 10-11-06 11:59
 tak semua begitu........jangan lah kerana nila setitik rosak susu sebelanga......  tapi ada classmate saya yang pakai tudung labuh....dia suka fitnah org,mengadu domba,berperasaan dengki...memang teruk....apa-apa pun saya berdoa agar Allah mengampunkan dosa nya serta memberikan nya hidayah..... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 10-11-06 12:11
saya berkawan dengan semua orang....tak kiralah yang pakai tudung atau tak....terpulang pada diri masing-masing...tepuk dada tanya iman...
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 10-11-06 12:28
!!! QUOTE !!! Saya tidak faham mengapa terdapat segelintir siswi yang bertudung labuh(kebanyakkan dari sekolah agama) menganggap seolah-olah perempuan yang tidak bertudung labuh seperti tidak layak berkawan dengan mereka.
1- tak semua macam tu, hanya segelintir. 2- kalau mereka taknak berkawan dengan anda, biarkanlah, ramai lagi orang lain. 3- kalau kita tak hina, tak payah nak rasa terhina pula. wassalam. p/s: jangan hanya kerana setitis nila, dirosakkannya susu sebelanga. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 10-11-06 12:30
Lain padang lain belalang, Lain orang lain ragamnya..
|
zinniratunnajua
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.12.2004 Ahli No: 12834
Posting: 271
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 10-11-06 13:20
dont judge a book by its cover..always think +ve as what our Prophet do.. mksudnye ada 2: 1)tak semestinye org tudung labuh semua baik 2)tak semua org yang nampak masam mencuka tandanya tak nak kawan dengan kita keimanan seseorang dinilai Allah bukan melalui zahir sahaja tetapi lebih kepada rohaninya...baik zahir tak semestinye baik rohani...tapi kalau baik rohani insyAllah baiklah zahirnya...
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 10-11-06 13:33
erm...betul.....asalkan kita tahu siapa kita di sisi Allah dan cuba dapatkan keredhaann Allah...... kata org ,memang susah untuk memuaskan hati semua pihak....yang penting kita kita jaga hubungan kita dengan Allah saja...
|
sahihnor
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.07.2005 Ahli No: 17515
Posting: 182
Dari: Ranau,Sabah
|
Posting pada: 10-11-06 14:52
Pada 10-11-06 13:33 , rasha_aleeya posting:!!! QUOTE !!! erm...betul.....asalkan kita tahu siapa kita di sisi Allah dan cuba dapatkan keredhaann Allah......
kata org ,memang susah untuk memuaskan hati semua pihak....yang penting kita kita jaga hubungan kita dengan Allah saja... sokong
|
insanseri
Warga Rasmi Menyertai: 18.03.2005 Ahli No: 15224
Posting: 7
Dari: johor
|
Posting pada: 10-11-06 16:37
hmmm ..betullah kekadang mereka lagi dahsyat daripada org yang tak bertudung lagsung.. tapi...jangan salah faham pula, sebennonye yang brtudung 2, lagi baik.banyak hikmahnya, tapi....disebabkan segelintir daripada mereka yang buat hal, habis rosak seluruh nama org yang bertudung labuh ni.. whatever pun, sediri mahu ingtlh, kalau dah berperwatakan baik tu, perangai pun kena lah baik macan baik nya tudung labuh 2.. kankan....
|