Oleh |
suami aku mat salleh..puas hati??!!! |
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 09-11-06 18:09
Takku sangka buah cempedak lagi best dari nangka. Mak aku yang sekolah setakat darjah enam pun boleh tahan dia punya tastenya. Tak sia-sia dia carikan jodoh untuk aku.......Tak payah aku nak susah-susahkan diri nak pasang badan ngorat jantan sana sini, dosa woit! Cikalang semua sudah setel. Calon pun dah ada, golongan orang berada katakan....pula tu dan most of all....orang putih you......Glamerlah aku. Kekadang bila difikir-fikir.......mimpikah aku.....macam tak percaya saja.....dah jadi macam cerita Cinderella pulak.....Aku ini bukanlah jelita sangat...kulit kerbau bapak aku pun lebih bersih dari kulit aku....Agaknya orang putih tu ingat aku ni Negro agaknya!.......macam Janet Jackson ke; Whitney Houston ke.......Ah! tak kisahlah, janji hati dah suka, pokok duri pun sanggup ku panjat. Dia yang beriya-iya yang nak meminang. Lagipun, mak aku cakap, pasal kawin, biar mak yang cari....katanya berkat. Yang penting amaaan sepanjang masa....... "handsome ke dia mak?" Soalan pertama yang aku tanyakan kat mak. Alah.....semua perempuan pun akan tanya soalan ini, betul tak? "Jangan takutlah, tanggung beres...." betulkah mak aku ni........Naik pening kepala batu aku ni.......Tapi, tak apelah. Mak aku cakap orangnya dah berumur sikit....duda, sebab bininyer meninggal...tak tahu apa sebabnya.......Tapi agak aku kan, dia tercekik biji durian.....power seh....anak tak ada.......lagi power....Ah! tak kisahlah, itu semua small matters, bisa di atur. Tapi, tua-tua pun ok jugak. Kalau muda takkan nak panggil 'adik' pulak, kan? Duda pun dudalah...at least ada experience dalam meranjau onak duri di alam rumahtangga.... aiseyman, berfalsampah pula aku ni......Setakat ada sepit-tiket (alah! adik beradik certificate lah) kursus rumahtangga buat apa, yang menganggur bersepah-sepah........ Banyak orang tanya, "kau suka ke, mak kau kahwinkan kau dengan mat salleh?" Aku senyum saja.... Kontrol sikit muka ini. Kalau ikutkan hati, nak saja aku peluk dan cium! pipi mak aku pasal kawinkan aku dengan orang putih.......Alamak! macam drama sabun lah (soap opera lah, cakap orang putih)...... Kawan sepengumpatan aku......si Bedah, Joyah, Tipah dan Kia semuanya jeles bila dia orang tahu berita ni.......Bukan saja jeles, dia orang nak psycho aku yang bukan-bukan... "Nanti orang putih tu bawak kau kat negeri dia, jadikan kau hamba tebusan, baru kau tahu." Tapi aku buat budak saja......"Eleh! kalau jeles, cakap saja jeles....jangan nak cari alasan....." "Kau orang tu, sampai bila nak jadi andartu....." Itu jugak jawapan aku bila dah geram..... Lebih-lebih lagi si Kiah tu........kalau cakap, habis tempias air liurnye ke muka orang..... patutlah orang cakap mulut dia mulut laser...... Ah! lagi bengang aku pikirkan pasal dia orang.......Blah lah sama anda.......!!! Inilah dia saat yang paling aku nanti-nantikan: "Semua dah sedia?... Saksi sedia?....Pengantin lelaki sedia?....." "Baik mari kita mulakan sekarang.........." "MAT SALLEH LUDIN BIN MAT KULUP JIDIN".... "AKU NIKAHKAN DIKAU DENGAN SAODAH BINTE SANORPAN DENGAN MASKAHWINNYA......." Tiba-tiba, suara pak imam sayup-sayup dari pendengaranku dan penglihatanku mula kabur. Aku terasa bumi ni macam nak tercabut....... "Fengantin fomfuan fengsyan, nikah ni kira syah ke...... masyam mana ini?" terdengar akan suara suamiku yang keluar dari mulutnya yang dah tidak berpagar lagi. Ternampak jugak bayangnya yang terbongkok-bongkok..... Jalan pun kena pakai tongkat... Alamak! Tak sanggup aku nak nengok muka minah-minah empat ekor tu yang terkekek-kekek dan berdekah-dekah disisiku..... Tapi aku puas! Suamiku Mat Salleh..! Kalau dah jodoh nak buat macam mana... ----------------- -biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -
|
lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA Menyertai: 02.02.2006 Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor
|
Posting pada: 09-11-06 18:16
salam~ eheh..kelakau cerita ni.. wassalam~
|
hafid
Warga Rasmi Menyertai: 13.09.2006 Ahli No: 26337
Posting: 4
Dari: republic of shah alam
|
Posting pada: 09-11-06 18:22
|
fishah
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.01.2006 Ahli No: 22182
Posting: 234
Dari: teluk intan
|
Posting pada: 09-11-06 18:25
ingat mat salleh betul tadi
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 09-11-06 18:35
hehehhe...kalau dah jodoh kan...datuk 102 tahun pun dapat bini muda umur 22 tahun.. ----------------- -biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -
|
wafa_mawaddah
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2003 Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah
|
Posting pada: 09-11-06 18:39
alahai...ciannye..... tak mengapa... dah jodoh nak kemana lah kan..... p/s: kenali dahulu jodoh anda....=)
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 09-11-06 18:46
hehehe....klakarnya....tapi terselit pengajaran sebalik cerita ni.....jangan terlamapu bangga diri,siasat bakal pasangan kita....
|
junaidi
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.04.2005 Ahli No: 16182
Posting: 111
Dari: kedah
|
Posting pada: 09-11-06 18:57
dapat juga dia berkahwin dengan mat salleh ----------------- "kelahiran manusia disambut dengan laungan AZAN dan pemergian manusia diiringi dengan SOLAT....cuba renungkan antara AZAN dengan SOLAT, alangkah singkatnya hidu
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 10-11-06 12:33
hehe
|
qhal
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2004 Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))
|
Posting pada: 10-11-06 13:03
dah aga dah... name dia mat salleh.... tapi lawak juga...
|
kembara_girl
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2006 Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang
|
Posting pada: 10-11-06 13:18
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 10-11-06 13:41
mak dia pun...mentang2 anak dia baik.....ikut sedap mak dia saja nak tetapkan jodoh dengan org tua.....
|
puteri_islamiah04
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.09.2005 Ahli No: 18815
Posting: 116
Dari: alor setar
|
Posting pada: 10-11-06 16:28
ya Allah kelakarnya cerita ini suspen juga lacite ini.... sekali kena mat salleh betul lah.....hehhehe dah jodoh kan..... Allah jadikan setiap insan berpasang pasangan.... so kena redhola si saodah binti sanorpan itu
|
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 11-11-06 14:21
siapa bilang lelaki melayu tak menawan..tak menarik hati..tiada memikat........ ahaks!
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 11-11-06 19:56
Pada 11-11-06 14:21 , rimbabara posting:!!! QUOTE !!! siapa bilang lelaki melayu tak menawan..tak menarik hati..tiada memikat........ ahaks! walaupun tua ye rimbabara... sebab menarik dan menawan tu lah mak saodah nak jadikan menantu walaupun ramai yang lagi handsome kat kg tu..mungkin mat salleh tu handsome lagi dari rimbabara takk.... ehe... ----------------- -biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -
|
muslimah_87
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.01.2004 Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM
|
Posting pada: 15-11-06 11:01
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 15-11-06 16:33
|
dhiyaul_islam
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.05.2005 Ahli No: 16468
Posting: 96
Dari: sini
|
Posting pada: 16-11-06 11:17
----------------- ruhban fillail wa fursan finnahar
|
fiza_fizi
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.03.2005 Ahli No: 15184
Posting: 126
Dari: ~~negeri tercinta
|
Posting pada: 16-11-06 15:40
|
perak
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.08.2006 Ahli No: 25855
Posting: 138
Dari: perak
|
Posting pada: 16-11-06 15:55
eh? itu pun mat saleh juga apa?
|
nur_namia
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.12.2005 Ahli No: 21203
Posting: 193
Dari: n9
|
Posting pada: 16-11-06 17:40
hehhehe nak uat macam mana dah jodoh dia dengan "mat salleh' melayu...hehehe..apa-apa pun berbahagia lah hendaknyer...hehehe...berkat itu..insyaAllah..
|
zaitihamdan
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.08.2006 Ahli No: 25957
Posting: 242
Dari: Bintulu, Sarawak
|
Posting pada: 16-11-06 19:06
kenafa dia syakaf macham itu?shengau ke?
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 16-11-06 22:11
.. Fenat-fenat berangan..rufenya mat saleh tu yang dia dafat.. Fuah..fuah..fuah...
|
mechelmine
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2006 Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH
|
Posting pada: 16-11-06 22:40
Ni jodoh untuk mak dia sendiri..bukan jodoh untuk anak dia..!! Bagus lah anak dia..dapat jugak kahwin dengan 'Datuk'.. 'Datuk' mat salleh pulak tu..heheee...
|
warissatulsina
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.10.2006 Ahli No: 26808
Posting: 34
|
Posting pada: 16-11-06 23:01
aieyda.......kelakar lah kisah tu rekaan ke atau reality..... dr awal tatapan i asyik tersenyum saja syok juga
|
lisa_solehah
Warga 5 Bintang Menyertai: 17.09.2006 Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI
|
Posting pada: 16-11-06 23:24
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 16-11-06 23:48
huhu...dah ada yang sengau yee..kenapa jadi begitu zaitihamdan dengan sayatetapsaya? cerita ni saya dapat dari kawan saya..tak tau sama ada realti atau rekaan..mungkin terjadi dalam kehidupan masyrakat kita..tapi tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati..kalau ada mungkin kebetulan.. sekadar hiburan ----------------- -biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 17-11-06 00:45
Pada 16-11-06 23:48 , aieyda posting:!!! QUOTE !!! huhu...dah ada yang sengau yee..Kenapa jadi begitu zaitihamdan dengan sayatetapsaya?
cerita ni saya dapat dari kawan saya..tak tau sama ada realti atau rekaan..
realitinya,ada saja yang nak kahwin mat salleh! tapi memang bestlh cerita ni..thank you aieyda! ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…
|
miss_farhana
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.06.2006 Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan
|
Posting pada: 17-11-06 09:12
|
farah_hanan
WARGA SETIA Menyertai: 17.02.2006 Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu
|
Posting pada: 17-11-06 12:32
fuh...fuh.,..fuh... puas hati lah si saodah tu....
|
Annursyam
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.08.2004 Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi
|
Posting pada: 17-11-06 13:55
Pada 11-11-06 14:21 , rimbabara posting:!!! QUOTE !!! siapa bilang lelaki melayu tak menawan..tak menarik hati..tiada memikat........ ahaks! memang menawan... nak pulak sekarang ni yang tua2 makin laku.... -----------------
|
cahaya_kelembutan
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.04.2005 Ahli No: 15578
Posting: 67
Dari: UKM KKL
|
Posting pada: 20-12-06 22:55
hurmm...ada pengajarannya untuk kami ini... apa pun, jodoh dah ditentukan kan? =)
|
palapesutm
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.12.2006 Ahli No: 27852
Posting: 59
Dari: skudai, johor
|
Posting pada: 24-12-06 02:35
haha, awald2 baca, suspen saja.. last2, nama dia memang mat salleh.. nasib badan daa..
|
aleeya_athirah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.08.2006 Ahli No: 25748
Posting: 128
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 24-12-06 02:50
wow..mat salleh juga itu..hehehhehhe..
|
fauzy_fx86
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.07.2006 Ahli No: 25359
Posting: 327
Dari: Di pinggiran Batu Caves
|
Posting pada: 24-12-06 06:23
mat salleh lah tu.. hehe semoga berbahagia kepada MAT SALLEH LUDIN BIN MAT KULUP JIDIN dan SAODAH BINTE SANORPAN
|
zatie
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.07.2005 Ahli No: 17090
Posting: 209
Dari: sHaH aLaM
|
Posting pada: 25-12-06 19:29
hehehehhe best betul cerita ni.. tengah tension pun boleh tergelak seorang-seorang hehehehe
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 25-12-06 22:30
salam.. kah3...ingat mat salleh betul tadi.. lawak juga...(^_^)
|
cititel
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.01.2006 Ahli No: 21725
Posting: 150
|
Posting pada: 26-12-06 08:33
lawak gila... hahhaha.... best arrr....
|
nur_ashikin
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.11.2006 Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam
|
Posting pada: 26-12-06 10:29
|
sikinshaharudin
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.11.2008 Ahli No: 36109
Posting: 87
Dari: zi ji l0ng p0
|
Posting pada: 19-12-08 21:09
tak boleh blah..... tu lah bongkak beben0.... ----------------- senYum s0km0 =)
|