Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 82
Ahli: 0
Jumlah: 82




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 4 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 14 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 15 hari yang lalu
eme86: 15 hari yang lalu
sunan-faqih: 20 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Pengajaran Matematik & Sains dalam BI dibantah


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Pengajaran Matematik & Sains dalam BI dibantah

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Pengajaran Matematik & Sains dalam BI dibantah

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 22:19


Pengajaran Matematik, Sains dalam BI dibantah

JOHOR BAHRU 5 Nov. – Badan Perhubungan UMNO Johor membantah pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kerana dasar tersebut hanya menyebabkan bangsa Melayu kehilangan identiti dan jati diri.

Pengerusnya, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, pendirian itu tetap tidak berubah sejak pengumuman pertama pelaksanaan sistem tersebut kerana ia berhubung rapat dengan soal maruah dan martabat bangsa.

‘‘Pendekatan ini sebenarnya amat menyulitkan pelajar Melayu kerana ia adalah cara paling buruk untuk belajar bahasa Inggeris dan cara paling buruk juga untuk belajar Matematik dan Sains,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Johor berkata demikian ketika berucap di Konvensyen UMNO Johor 2006 di Persada Johor, di sini hari ini.

Jelas beliau, alasan pelaksanaan sistem tersebut hanya kerana penguasaan bahasa Inggeris yang lemah di kalangan orang Melayu adalah satu hujah yang lemah.

‘‘Kalau kita sanggup mengeluarkan belanja yang besar bagi mengubah kedua-dua mata pelajaran Matematik dan Sains ke bahasa Inggeris, sama ada buku teksnya, rujukannya, latihan gurunya, mengapa semua itu tidak dibelanjakan untuk peningkatan mata pelajaran bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berkata, jika pelajar menggunakan 38 peratus bahasa Inggeris dalam pembelajarannya di tingkatan tiga, jumlah tersebut akan meningkat hampir sekali ganda iaitu 64 peratus di tingkatan empat dan lima serta mencecah 80 peratus penggunaan di kalangan pelajar tingkatan enam dan matrikulasi.

‘‘Di peringkat universiti, hanya kursus sastera dan pengajian Islam di ajar dalam bahasa Melayu... lalu di mana yang mendorong anak Melayu untuk kekal dengan bahasa ibundanya,” katanya.

Menurut Abdul Ghani, lebih menyedihkan, usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu akan terbantut kerana segala usaha mencipta istilah baru mengikut keperluan bahasa akan terhenti.

‘‘Sia-sialah segala kerja beratus-ratus pakar dalam bidang-bidang tertentu mencipta istilah yang sudah pun mencecah satu juta istilah dalam ratusan bidang ilmu termasuk yang terkini iaitu aeroangkasa.

Katanya lagi, barangkali dengan gembar-gembur bahawa syarikat swasta kini memerlukan pekerja yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin, bahasa Melayu hanya menjadi bahasa ketiga selepas bahasa Inggeris dan Mandarin.



-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 22:20


Melayukan Palace of Justice – Awang Sariyan
KUALA LUMPUR 7 Nov. – Seorang pejuang bahasa Melayu menyarankan agar nama Palace of Justice bagi kompleks mahkamah di Putrajaya diberi nama Melayu.

‘‘Alangkah janggalnya di tengah-tengah sekian banyak wisma yang diberi nama dalam bahasa Melayu tiba-tiba wujud Palace of Justice, sedangkan makna justice itu tidak sekuat makna ‘keadilan’ dalam bahasa Melayu,’’ kata Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Prof Dr. Awang Sariyan.

Beliau gembira kerana di kalangan pemimpin ada orang yang prihatin seperti Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kerana dengan usaha beliau, nama-nama ‘pelik’ dalam Bahasa Inggeris di Putrajaya dapat ditukar ke Bahasa Melayu.

Semasa membentangkan kertas kerjanya pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-7 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini, Awang berkata, Perbadanan Putrajaya perlu memberi citra pusat pentadbiran negara dengan nama yang bercirikan kebangsaan.

Perbadanan Putrajaya baru-baru ini mengumumkan ia akan menukar istilah parcel bagi menunjukkan kelompok bangunan di pusat pentadbiran tersebut tetapi akan terus mengekal kan perkataan presint kerana istilah itu terdapat dalam kamus.

– Bernama

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 22:21


ada juga yang 'gila' membantah.:-( mahu BI jugak!

SURAT PERTAMA
TAHUN demi tahun kita telah melihat sistem pelajaran kita dirombak apabila pemimpin bertukar. Terakhir, kita melihat mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris (BI).

Di peringkat awal pelaksanaan, pelbagai kritikan kita dengar dan sehingga hari ini pun masih kedengaran.

Namun begitu saya sebagai seorang ibu, melihat ia sebagai satu perubahan yang positif yang dapat meningkatkan daya saing generasi muda akan datang.

Sememangnya, tidak mudah untuk menerima perubahan kerana kita selesa dengan keadaan yang sedia ada.

Bagaimanapun, untuk terus bersaing di dalam dunia yang semakin mencabar, kita mestilah berani meneroka sesuatu yang baru walaupun menempuh pelbagai kesukaran.

Berilah waktu untuk semua, baik guru dan anak-anak untuk membiasakan diri menerima kedua-dua mata pelajaran ini diajar dalam bahasa Inggeris.

Tempoh kurang daripada 10 tahun adalah terlalu singkat untuk menilai manfaat perubahan ini.


Memperkasakan

Janganlah terlalu ghairah untuk menukar semula kepada bahasa Melayu kerana kita hanya akan berundur semula ke belakang, bukan mara ke hadapan. Ada pelbagai cara lain yang boleh dilakukan untuk memperkasakan bahasa Melayu.

Apabila Dr. Mahathir mencadangkan kedua-dua mata pelajaran ini diajar dalam bahasa Inggeris, saya yakin beliau dan pakar-pakar pendidikan telah mengkaji dengan mendalam tentang buruk dan baiknya.

Memang mudah melaungkan perlunya kita memperkasakan bahasa Melayu, tetapi hakikatnya tidak ramai anak pemimpin yang bersuara lantang belajar di sekolah kebangsaan, dan bertutur dalam bahasa Melayu.

Oleh itu, berilah kami rakyat jelata peluang untuk belajar setaraf dengan anak-anak anda semua, wahai pemimpin.

Sekiranya kita mundur semula ke takuk yang lama, hanya anak-anak anda sahajalah yang akan menyerlah dan memegang teraju negara dan kitaran ini akan berterusan.

Laungan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebenarnya hanyalah demi kepentingan politik masing-masing.

Jika kita benar-benar ikhlas dan bertanggungjawab terhadap generasi akan datang, bukalah minda dan terimalah hakikat bahawa bahasa Inggeris memang penting dan perlu diberi perhatian dari awal supaya kita tidak ketinggalan pada masa akan datang.

– IBU SAYANG BANGSA,

Kuala Lumpur.

SURAT KEDUA
BERTERUSAN mempersoal pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak akan membawa kita ke mana. Mengubah memang mudah, tapi yang menanggung kesengsaraan ialah pelajar dan guru.

Tidak ada ruginya kita mempelajari bahasa Inggeris sedangkan orang kenamaan dan berjawatan tinggi amat berbangga dengan bahasa Inggeris.

Melalui pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris anak-anak kita tidak kekok menggunakan bahasa berkenaan walaupun ayat yang digunakan adalah minimum. Namun lama kelamaan mereka akan jadi lebih yakin untuk bertutur.

Bahasa bukan sekadar untuk menunjukkan bangsa, tetapi ia juga penting untuk memudahkan kita maju ke depan.

Janganlah kita takut bangsa Melayu hilang. Masalah kurangnya penggunaan bahasa Melayu adalah di kalangan orang kenamaan dan elit sahaja. Saya berumur 44 tahun dan dulu bersekolah di aliran Melayu. Betapa ruginya saya sekarang kerana tidak mahir berbahasa Inggeris.

– NONGJILA,

Kuala Lumpur.


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com
[ Telah diedit oleh: zaidakhtar pada 08-11-06 22:24 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 22:23


dan seorang lagi 'surat pembaca' yang berjiwa kolonial.:-)

Cina fasih tiga bahasa, mahukah Melayu hanya satu?

PENGAJARAN Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak harus dibangkitkan lagi. Kerajaan mestilah meneruskan dasar ini. Dalam polemik hangat mengenai isu ini dulu, banyak pihak yang jelas menyokong dengan hujah yang sangat rasional.

Pihak yang membangkitkan semula isu ini hanya menggunakan alasan ‘demi memartabatkan bahasa Melayu.’

Kita tidak akan meruntuhkan martabat bahasa Melayu hanya kerana pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Yang penting kerajaan mestilah mengekalkan syarat lulus kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk kelayakan memperoleh sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Dalam sistem pendidikan kita, bukan hanya Matematik dan Sains menjadi subjek teras. Empat lagi subjek teras diajar dalam bahasa Melayu. Itu hanya subjek teras.

Subjek-subjek bukan teras juga sebahagian besarnya diajar menggunakan bahasa Melayu.

Apa rasionalnya hanya kerana Matematik dan Sains diajar menggunakan bahasa Inggeris maka martabat bahasa Melayu akan runtuh? Tolonglah berpijak di bumi nyata.

Tidak mengapalah bagi mereka yang mampu menghantar anak-anak ke kolej yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Tetapi bagaimana dengan anak-anak golongan rakyat biasa seperti kami? Kami juga mahu anak-anak dan adik-adik kami fasih berbahasa Inggeris demi masa depan mereka.

Inzinkanlah saya berkongsi sedikit pengalaman dalam hal ini. Dalam peperiksaan SPM, kelulusan Bahasa Inggeris saya hanyalah C5.

Saya diterima masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang perniagaan. Saya amat tertekan apabila terpaksa melalui pembelajaran di sini dalam bahasa Inggeris. Hanya subjek Pengajian Islam sahaja diajar dalam bahasa Melayu.

Tugasan, kuliah, tutorial, pembentangan dan peperiksaan semuanya menggunakan bahasa Inggeris. Maka dalam dua bulan pertama pengajian, berkali-kali saya memujuk ibu bapa agar mereka membenarkan saya menarik diri daripada pengajian di UiTM kerana lemah penguasaan bahasa Inggeris.

Ibu bapa saya orang kampung dan bekerja sebagai petani, namun mereka berkeras tidak mahu menuruti kehendak saya. Pendirian ibu bapa saya mudah sahaja, universiti lebih tahu apa yang baik untuk pelajar mereka, jadi saya harus berusaha menyesuaikan diri dengan pengajian saya.

Atas pujukan mereka, saya teruskan pengajian saya walaupun perit. Kamus menjadi teman setia saya. Saya paksa diri membaca novel berbahasa Inggeris.

Benarlah kata pepatah, belakang parang Kalau diasah akan tajam jua. Masuk bulan keempat, saya mula menguasai bahasa Inggeris walaupun secara sederhana.

Masuk semester kedua, saya tiada masalah bahasa lagi. Terima kasih UiTM! Apabila tamat pengajian, saya dengan mudah memperoleh pekerjaan.

Dengan penguasaan bahasa Inggeris, dunia saya menjadi luas. Banyak pengetahuan dapat saya kuasai, banyak buku dapat saya baca, saya juga mampu berdebat mempertahankan pelbagai hal, termasuklah hal berkenaan dasar pentadbiran negara.

Pasti ada kalangan pembaca akan membawa hujah klise, Jepun boleh berjaya walaupun mereka menggunakan bahasa ibunda mereka dalam segala hal.

Soalnya, itu bangsa Jepun. Tidak relevan untuk kita bandingkan hal ini dengan masyarakat Jepun. Budaya, sikap, etika, dan nilai mereka terhadap ilmu, kerja, sosial dan ekonomi amat berbeza dengan masyarakat kita.

Tidak perlu bincangkan hal yang lebih kompleks. Bandingkan sahaja sikap dan etika masyarakat Jepun dan masyarakat kita di jalan raya.

Dalam kita riuh berpolemik sama ada perlu atau tidak dikekalkan dasar ini, kaum Cina semakin yakin melangkah ke hadapan dengan keupayaan mereka menguasai bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris! Mahukah anak-anak kita hanya tahu berbahasa Melayu.

– KNOWME,

Pendang, Kedah

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 22:29


Bagus ABIM! :-)

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Hrkh) - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan mengkaji semula penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.

"Bahasa Melayu perlu dimantapkan sebagai pengantar utama ilmu di semua peringkat pendidikan dalam negara sebagai bahasa ilmu dan perpaduan," kata Timbalan Presidennya Mohd Rumaizuddin Ghazali.

Tegas beliau, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan untuk perpaduan dan sebagai bahasa kemajuan akan lebih tersepit apabila tidak mendapat tempat sewajarnya di kolej mahupun universiti.

"Bahasa Melayu dijadikan alat utama pembangunan negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan dari sekolah rendah hingga ke peringkat IPT dilaksanakan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan.

Rumaizuddin juga mengingatkan keperluan bahasa Melayu sebagai kerangka dalam membina sains berakarkan rantau Nusantara akan direalisasikan melalui pengukuhan seluruh peringkat pendidikan sains dan matematik dalam bahasa Melayu.

"Penekanan bahasa Melayu dalam pengajaran sains dan matematik akan menjadi faktor secara langsung kepada pembinaan sains Malaysia mengikut acuan kita sendiri," katanya.

Abim menyokong penuh agar dikaji semula penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dua mata pelajaran itu, dan menggesa bahasa Melayu dimantapkan sebagai bahasa utama ilmu di semua sektor sama ada dalam pentadbiran kerajaan mahupun swasta./tajdid


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 22:33


Keputusan Sains Matematik meningkat "satu pendustaan"    

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Hrkh) - Dakwaan kerajaan kononnya keputusan pelajar Melayu yang belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris meningkat "merupakan satu pendustaan," kata Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.


"Ia merupakan satu pendustaan dan kajian yang tidak telus apabila dikatakan keputusan pelajar Melayu yang belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris meningkat, sedangkan semasa diajar dalam bahasa Melayu pun, pencapaian kedua-dua mata pelajaran tersebut merosot," katanya kepada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-7 di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini.

Beliau berkata, tidak salah sekiranya dasar yang tidak sah daripada segi perundangan itu ditarik balik.

Tidak semua guru, kata beliau, terutama yang mengajar di kawasan pedalaman mahir berbahasa Inggeris dan menguasai istilah sains dalam bahasa itu.

Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya malam tadi, Pengerusi Kongres Kepentingan Bahasa Tengku Razaleigh Hamzah menggesa kerajaan mengkaji semula penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

Malah, beliau berkata, Malaysia perlu mengambil contoh negara-negara seperti Indonesia dan Thailand yang boleh menyatukan rakyatnya yang berbilang kaum, suku dan dipisahkan dengan wilayah yang sangat besar melalui bahasa ibundanya.

"Tanpa menukar bahasa pengantar dalam sistem pendidikan mereka tetap mengatakan bahawa mereka tidak jauh ketinggalan berbanding dengan banyak negara lain seperti Afrika dan Asia yang tunduk kepada bahasa Inggeris atau bahasa bekas penjajah mereka," kata Tengku Razaleigh.

Walaupun mana-mana badan di dalam Umno tidak pernah diketahui membantah Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau dilihat memaksakan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam Sains dan Matematik, Badan Perhubungan Umno Johor pada konvensyennya yang berakhir semalam turut membantah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dengan alasan dasar itu menyebabkan Melayu kehilangan jati diri.

Pejuang-pejuang Bahasa Melayu yang sejak awal-awal menentang keras malah mengecam kehendak Dr Mahathir itu terus mendesak kerajaan agar mata pelajaran Matematik dan Sains kembali diajar dalam bahasa Malaysia dan bukan dalam bahasa Inggeris.

"Setahu saya hanya negara yang tidak maju yang memaksa atau terpaksa mengamalkan dasar kolonial iaitu mengajar sains dalam bahasa asing.

"Ini kerana di negara itu, budaya dan bahasa peribuminya telah dimusnahkan oleg bekas penjajah barat," kata pejuang bahasa Datuk Dr Hassan Ahmad dalam kertas kerjanya kepada kongres itu.

Hassan, yang juga Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, berkata negara maju seperti Jepun, Perancis dan Korea Selatan juga mengajar bahasa Inggeris di sekolah mereka, tetapi mereka tidak pula menyeru rakyat mereka supaya menggunakan bahasa asing sebagai alat kemajuan bangsa dan negara mereka.

Bekas Ketua Pengarah DBP itu berkata penyokong dasar bahasa tidak menentang usaha kerajaan mewajibkan pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah, tetapi yang ditentang ialah ideologinya atau bahayanya bahasa itu dibiarkan menjadi bahasa penjajah di negara ini.

Katanya dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik dalam sistem pendidikan negara bermula 2003 dibuat secara "tidak sah", iaitu tanpa melalui proses perundangan.

Presiden Persatuan Linguistik Malaysia Prof Dr Awang Sariyan dalam kertas kerjanya pada kongres itu berkata dasar berkenaan perlu disemak semula agar Bahasa Melayu tidak terhapus sebagai bahasa ilmu


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 23:05


ooo... rupanya ada udang di sebalik mi? :-)


Apabila UMNO Negeri Johor membangkitkan bahawa menolak pembelajaran dan pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris (Etems) dalam Konvensyen UMNO Johor baru-baru ini, maka ramai dikalangan rakyat pelbagai lapisan membuat ulasan dan pandangan terhadap isu ini.


Utusan Malaysia memaparkan bagaimana bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk A. Aziz Deraman menyokong resolusi dan mengucap syabas dan tahniah kepada UMNO Johor kerana menentang pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.


Pengerusi Kongres Kepentingan Bangsa, Tengku Razaleigh Hamzah, dalam ucapan merasmikan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke 7 – juga menyebut bahawa apakah penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik menjamin kemajuan, rakyat lebih berpadu dan adakah kemerosotan mutu pendidikan serta kedudukan universiti-universiti berkaitan dengan soal ini?.


Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) ingin mengulas kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishamuddin Tun Hussien (Utusan Malaysia, 7 November 2006) yang memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa bersikap terbuka kepada pandangan menyokong dan menentang ahli-ahli UMNO mengenai soal pendidikan khususnya yang berkaitan dengan kepentingan melayu. Pihaknya akan memberi perhatian serius terhadap kemahuan UMNO Johor supaya dilakukan kajian semula keberkesanaan.


Kenyataan ini membuktikan sikap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang ‘double standard’ terhadap isu yang telah sekian lama menjadi perbicangan dalam masyarakat. Bayangkan, betapa sebelum ini kerajaan begitu tegas mempertahankan bahawa tindakan mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris adalah tepat dan menolak sebarang cadangan dan pandangan walaupun ianya datang daripada golongan pendidikan dan pakar bahasa di Malaysia


Sebelum ini, pelbagai pihak telah menyatakan pendirian mereka terhadap isu ini. Diantaranya, Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad yang menyifatkan soal bahasa yang digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik bukan suatu isu besar. Menurutnya, ini kerana bahasa itu hanya merupakan suatu alat sedangkan bahan sebenar adalah subjeknya yang perlu dikuasai iaitu Matematik dan Sains.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Omar Mohd. Hashim berpendirian sebaliknya dan berpendapat sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula dasar ini. Katanya, ia bagi mengelakkan lebih ramai anak-anak Melayu terpaksa bergelut untuk menguasai kedua-dua ilmu ini hanya kerana wujudnya masalah bahasa.


Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Prof Dr Awang Sariyan dalam kertas kerjanya bertajuk ”Pendidikan dan Perjuanga Bangsa :Tumpuan kepada Melayu dalam Sistem Pendidikan Negara” menjelaskan secara panjang lebar berkaitan dengan kepentingan bahasa Melayu dalam membina kemajuan Bangsa.


Kemarahan rakyat terhadap tindakan kerajaan ini juga telah menyebabkan 4 orang pelajar yang diwakili oleh bapa mereka menyaman kerajaan Malaysia kerana menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar Metematik dan Sains di Makamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Januari 2006 sehingga Biro Pendidikan UMNO Malaysia menuduh PAS terlibat dalam menghasut pelajar ini membuat tindakan menyaman kerajaan.


Menteri Pelajaran Malaysia mestilah bertindak secara professional. Jangan hanya bila UMNO membantah baru kajian dan tindakan akan diambil tetapi bila ianya bukannya daripada UMNO dianggap tidak patriotik dan bersikap anti kerajaan. Isu ini bukan isu UMNO tetapi ia adalah isu rakyat Malaysia .


Parti Islam SeMalaysia (PAS) sejak awal lagi konsisten dalam membantah perlaksanaan pendidikan matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Justeru, DPPNJ akan menyokong mana-mana pihak yang komited untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam pendidikan termasuklah matapelajaran Matematik dan Sains.


Sekian, wassalam


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 23:06


pada mulanya saya pun tak setuju pengajaran sains dan math in english...bila difikir kan balik memang bagus sebenarnya....kebanyakn buku rujukan m/p sns dan math in english....secra tak langsung boleh improve bi.....saya sendiri akui bi saya lemah sangat tapi lepasblaja in english Alhamdulillah ada peningkatan sedikit demi sedikit..tambahn pula InsyaAllah saya akan jadi cikgu bagi 2 m/p ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 23:08


:-(

Setiapkali menjelang Persidang Agong UMNO, maka bermulalah kebangkitan isu melayu digegarkan dalam media, berdegar-degarlah suara pemimpin UMNO yang menjadi juara kepada masa depan melayu. Soal meritokrasi, soal hak ketuanan Melayu, soal pendidikan dan bangsa sudah menjadi mainan UMNO. Rakyat khususnya orang-orang melayu cuba untuk dipancing agar memberikan tumpuan kearah persidangan UMNO ini.


Diantara yang diberi fokus adalah isu yang dibangkitkan oleh UMNO Johor. Di dalam Konvensyen UMNO Johor yang baru sahaja selesai telah mendapat liputan dalam media massa dengan agak meluas sehingga Setiausaha Agong UMNO dalam taklimat kepada media sempena perhimpunan Agong UMNO ini telah memaklumkan bahawa isu meritokrasi yang dibangkitkan ini mungkin akan disentuh dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi sehari sebelum perhimpunan berlangsung.


Dalam Utusan Malaysia hari ini telah disenaraikan sebanyak 40 resolusi telah dicapai dalam konvensyen ini dan resolusi berkaitan dengan menolak pembelajaran dan pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dan isu meritokrasi telah mendapat respon daripada pelbagai pihak.


UMNO Johor sekali lagi telah membangkitkan isu meritokrasi seperti mana yang telah dibangkitkan pada Konvensyen UMNO Johor pada tahun lalu. Walaupun usul yang dibawa oleh UMNO Johor telah ditolak tetapi keberanian UMNO Johor untuk terus membawa isu ini memang tidak dapat dinafikan.


Ketika merasmikan Konvensyen UMNO Johor pada 9 Julai 2005 tahun lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Abdul Ghani Othman UMNO Johor telahpun membawa isu meritokrasi dan agenda melayu sebagai isu utama. Umno Johor menganggap sistem meritokrasi bukan sahaja membawa kemerosotan pelajar Melayu dalam bidang-bidang kompetitif malah merupakan satu bentuk diskriminasi dan penindasan. Sistem itu didapati telah menindas ribuan anak Melayu di luar bandar yang tidak berpeluang mendapat pendidikan berkualiti.


Dewan Pemuda PAS NEgeri Johor (DPPNJ) melihat bahawa apapun yang cuba diketengahkan adalah memperlihatkan seolah-olahnya UMNO adalah parti yang masih relevan untuk kaum Melayu sedangkan hakikatnya tidak begitu. Ini diakui sendiri oleh UMNO Johor melalui resolusi ke 15 (Pendidikan) yang menyebut bahawa ‘UMNO harus mendekati generasi baru kerana mereka semakin menganggap UMNO tidak diperlukan oleh mereka’.


DPPNJ tetap menegaskan bahawa isu kepentingan Melayu adalah isu yang dibangkitkan semata-mata untuk menghadapi Perhimpunan Agong mereka. Perkara ini diakui sendiri oleh Profesor Diraja Ungku Aziz dalam wawancaranya seperti yang pernah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 15 Ogos 2004 bertajuk "Menang Bentuk Kalah Isi – Melayu tidak kisah Bangsa". Di antara perkara yang disentuh oleh Pak Ungku adalah pembasmian kemiskinan orang melayu yang sudah ada dalam Laporan Majlis Perunding Ekonomi Negara II tetapi kerajaan selalu mahu mencari cara-cara baru. Pak Ungku juga menyentuh isu agenda sosioekonomi orang Melayu yang harus dibincangkan selalu kerana hanya dengan cara itu saja dapat dicari jalan penyelesaiannya yang berkesan dan Agenda Melayu ini tidak terbatas sehingga bulan September nanti saja (Perhimpunan Agung UMNO tahun 2004). Pak Ungku juga menyebut bahawa pemimpin Melayu seringkali mengelak daripada menyentuh isu-isu yang sebenarnya relatif iaitu kemiskinan, kekurangan fizikal dan kelemahan mental.


Begitu juga dengan Profesor Datuk Dr. Ismail Md. Salleh di dalam satu wawancara bertajuk " Ada orang-orang Melayu di persimpangan jalan. Persaingan globalisasi masa depan" yang mana beliau menyentuh bahawa melayu sekarang berada di persimpangan. Pencapaian orang Melayu yang dibangga-banggakan sejak Dasar Ekonomi Baru tamat sudah semakin terhakis. Yang menariknya, beliau menyuarakan kebimbangannya terhadap perbincangan isu ini melalui media massa yang nampak cukup rancak dalam tempoh seminggu ini. Beliau juga menyatakan bahawa "Janganlah hendaknya kita memperkatakan hal ini hanya kerana perhimpunan agung UMNO tidak lama lagi".


Jika dilihat kepada resolusi dan ucapan yang disampaikan oleh pemimpin UMNO, memanglah sangat menarik untuk dihayati tetapi realitinya kesemua itu hanyalah omong-omong kosong sahaja. Setelah selesai persidangan UMNO nanti, kesemua isu yang dibangkitkan ini akan dipandang sepi.


Sekian, wassalam


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 23:15


Siapa ketinggalan zaman?
Oleh Mazlan Aliman

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor menyifatkan ucaptama Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Dato’ Hj Abd Ghani Othman dalam Konvensyen UMNO Johor semalam sebagai ketinggalan zaman.

Walaupun mengalu alukan ucapan beliau yang membantah pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris; sepatutnya ia ditentang dari awal ketika idea itu diperkenalkan pada tahun 2001 oleh Tun Dr Mahathir. Disaat PAS bersama NGO menggunakan segala ruang tentangan; demonstrasi, memorandum, mengadakan forum, mengutip tandatangan dan pelbagai saluran lain; UMNO Johor bukan sahaja mendiamkan diri bahkan menyokong penuh keputusan kerajaan yang diakui mengorbankan masadepan pelajar.

Ketika ahli parlimen PAS yang diketuai Almarhum Dato’ Hj Fadzil Mohd Noor berhujah secara intelektual di Dewan Rakyat dan mendesak Kerajaan membatalkan hasrat tersebut, Ahli Parlimen BN/UMNO dari Johorlah antara yang paling kehadapan mempertahankan tindakan kerajaan.

Bahkan ketika Dewan Pemuda PAS mengambil inisiatif menyaman kerajaan melalui Mahkamah Tinggi agar pengajaran Sains dan Matematik dalam BI dibatalkan, Menteri Pelajaran, Hishamudin Tun Hussein juga Ahli Parlimen Semberong Johor memperlekeh tindakan Pemuda PAS.

Setelah empat tahun berlalu, berbilion wang rakyat dikorbankan, para pendidik teraniaya, pandangan pakar bahasa dibakul sampahkan, anak bangsa menjadi mangsa, baru sekarang UMNO Johor bising bising….bertempik soal kehilangan identiti, maruah dan martabat bangsa!

Ketika ura ura kumpulan Artikel 11 mahu mengadakan forum pada 22 Julai di Hotel Selesa Johor Bahru, PAS Johor terasa keseorangan dalam membuat bantahan. Memo dan bantahan yang dibuat melalui Jabatan Mufti, Jabatan Agama, Laporan Polis yang kemuncaknya tunjuk perasaan lebih seribu orang di depan hotel berkenaan, mana UMNO Johor? Setelah begitu terhiris sanubari umat Islam dengan tindakan biadap kumpulan artikel 11, memo yang diserah oleh Dato’ Dr Mahfudz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor tidak sudi diterima oleh Ghani Othman. Hanya wakilnya sahaja yang menerima bagi pihak Menteri Besar. Samasekali tidak punya sensitiviti dengan gerakan berbahaya golongan yang cuba menggugat keharmunian masyarakat pelbagai kaum di Johor.

Mengapa setelah empat bulan, UMNO Johor menyebut penubuhan IFC sebagai tidak perlu?.......Naif, lembab dan mengecewakan!!!

Suatu kesimpulan yang dapat dibuat, untuk naik menjadi pemimpin dalam UMNO mesti kuat mengampu, membodek dan menangis depan Presiden UMNO. Tun Dr Mahathir 22 tahun sebagai PM, pemimpin UMNO Johorlah yang paling kuat ampunya. Apa dasar yang diperkenalkan; mereka tidak fikir natijah buruknya. Kuat membodek, tiket paling cepat untuk naik dalam hirarki kepimpinan UMNO. Syed Hamid Albar, Azalina, Muhyiddin, Hishamudin dan lain lain pemimpin UMNO Johor dikenali sebagai pemimpin pak angguk; tidak lebih dari itu.

Kalau betul mereka ada wibawa dan keberanian, ayuh sahut saranan titah baginda Sultan Johor ketika perasmian projek Wilayah Pembangunan Iskandar baru baru ini yang menggesa Tambak Johor dirobohkan. Seharusnya Konvensyen UMNO Johor meluluskan resolusi menyokong titah Sultan Johor dan menggesa Kerajaan menarik balik keputusan pembatalan projek jambatan indah. Walaupun ia idea Tun Dr Mahathir, tetapi didokong oleh Kerajaan Johor ketika dilancarkan 1996 dulu. Rakyat Johor tidak menentang projek jambatan indah, yang dibantah adalah penjualan pasir dan penggunaan ruang udara Johor kepada Singapura.

Masanya sesuai, dengan projek Wilayah Pembangunan Iskandar yang Johor Bahru termasuk sebahagian dari fasa pembangunannya, Jambatan Indah menjadi pelengkap kepada zon ekonomi selatan Johor termasuk peningkatan daya saing Pelabuhan Tanjung Pelepas. Tunjukkan kejantanan kamu kepada Pak Lah!

MAZLAN ALIMAN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Ketua Penerangan PAS Johor
6 November 2006.


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-11-06 11:30


saya sokong saudara zaidakhtar.

memang dari dulu saya tak sokong pembelajaran sains dan math dalam bahasa inggeris, dalam assessment ptd baru-baru ni pun selaku ketua pembangkang, memang saya bangkang isu ni habis2an :lol:

kalau kita perhatikan sejarah, orang Islam masa zaman kegemilangan dulu import ilmu2 keduniaan dari yunani dengan cara menterjemahkan buku2 yunani ke dalam bahasa Arab, begitu juga orang barat setelah menumpaskan kerajaan Islam dulu, depa juga terjemah kitab2 ilmu dari bahasa Arab ke bahasa mereka.

kita pula, dah elok-elok terjemah ke dalam bahasa ibunda, last2 terjemah balik kepada bahasa asing.

nak kata kena guna bahasa inggeris untuk kemajuan tak juga, korea dan jepun pun boleh maju dengan bahasa sendiri, boleh saja belajar bahasa inggeris tapi jangan sampai menggantikan bahasa bangsa sendiri, itu pointnya.

kita dah ada subjek bahasa inggeris di sekolah, pertingkatkanlah keupayaan kita dalam subjek tu, Kenapa nak masukkan bahasa tersebut dalam subjek lain, budak-budak kampung susah benar nak belajar kalau mereka tak faham.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-11-06 14:53


:roll: Hhmmmm....bagi saya tak semeti nya bila Sains & Mate di ajar dalam Inggeris akan menyebabkan bangsa melupakan Bahasa Melayu......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 09-11-06 19:33


Kita akan ikut macam Brunei?
Pulak dah!
:-)

Pengajaran Sains, Matematik dalam BI ditentu 2008
Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD

PUTRAJAYA 8 Nov. – Keputusan sama ada mahu meneruskan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah hanya akan dibuat pada tahun 2008.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pada masa itu murid Tahun Satu yang mula-mula terlibat dengan dasar yang diperkenalkan pada tahun 2003 itu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menurutnya, walaupun terdapat banyak desakan tetapi kerajaan tidak boleh menukar dasar itu ‘di tengah jalan’ kerana ia tidak adil dan boleh menganiaya pelajar yang sudah melaluinya.

“Kita kena menunggu dua tahun lagi sebelum memutuskan sebarang tindakan kerana kita mahu penilaian keseluruhannya dibuat ke atas kumpulan pelajar yang mula-mula mengikuti sistem itu pada tahun 2003,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai cadangan sesetengah pihak yang meminta kerajaan mengkaji semula penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

Isu tersebut yang pernah dibincangkan oleh beberapa pihak sebelum ini telah dicetuskan semula pada konvensyen UMNO Johor baru-baru ini.

Hishammuddin berkata, pada tahun 2008 nanti kerajaan akan menentukan sama ada dasar itu akan diteruskan, diperbaiki, kembali ke dasar lama atau model pembelajaran baru akan diperkenalkan.

Beliau menarik perhatian, keputusan memperkenalkan subjek Sains dan Matematik dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lepas tidak menunjukkan penurunan dari segi pencapaian.

Katanya, pada masa ini kajian dan pemantauan berterusan sedang dijalankan dan semua pihak termasuk parti politik boleh mengemukakan cadangan mereka kepada pihak kementerian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Biro Pendidikan UMNO juga telah mengarahkan Hishammuddin untuk meneliti perkara tersebut.

‘‘Kita menghormati pandangan semua pihak dan sentiasa mengambil kira keadaan semasa. Segala model yang boleh dijadikan alternatif akan dibentangkan kepada biro itu.

“Antara modelnya adalah seperti di Brunei. Sistem pembelajaran di negara tersebut menggunakan pengantar bahasa Melayu ketika di sekolah rendah tetapi ketika di sekolah menengah mereka menggunakan bahasa Inggeris,’’ tambahnya.



-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

sabrina_elZehra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8793
Posting: 105
Dari: t.malim,perak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 00:26


salam.
belajar maths dan sc in english ada pro and cons nya.
pada saya, boleh belajar sc in BM, rasanya lebih dapat menguasai fakta.
kalau belajar dalam BI. just takes time untuk mencerna dan menterjemahkan dalam BM mudah mengikut kefahaman sendiri.

namun, bila difikirkan, apabila belajar sc dalam BI, ada bagusnya sebab certain terms yang tidak dapat diterjemahkan dengan baik apabila menggunakan BM. ini secara tak langsung dapat force and encourage students to speak and learn english as well when realizing the importance of english to be applied proficiently in class.

but, to be honest, saya tak berapa setuju lah dengan pelaksanaan BI for maths and sc.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sabrina_elZehraProfil   Hantar PM kepada sabrina_elZehra   Pergi ke sabrina_elZehra's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 00:59


gilakah org yang menyokong pembelajaran sains & maths dalam BI?

kita bukan macam jepun atau negara2 maju yang lain, yang mana usaha penterjemahan karya2 ilmiah dilaksanakan dengan giat. cuba cari berapa banyak buku rujukan yang dah diterjemahkan ke BM, berapa buah buku yang diterjemahkan setahun?

tak salah kalau pljr2 didedahkan dengan BI daripada awal, dah masuk uni nanti tak ada lah terkulat2 waktu cari buku rujukan untuk siapkan assignment

janganlah manja sangat, semua nak kena suap. nak berjaya kenalah berusaha sikit. bukan rugi pun belajar banyak-banyak bahasa


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

GTF
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 519
Posting: 425
Dari: png

japan  


posticon Posting pada: 11-11-06 02:06


dulu saya memang amat menentang penggunaan bahasa inggeris dalam matemati & sains.....tapi bila saya habis spm dan melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan yang amat menitikberatkan bahasa inggeris...saya berasa shock culture.barulah saya tahu betapa pentingnya bahasa inggeris.saya ketinggalan kebelakang.saya terpaksa 'bertempur dengan pensyarah dan pelajar-2 cina serta india ' yang lebih menguasai bahasa inggeris" untuk bersaing agar tidak terus ketinggalan.kalau belajar sains dan math dalam bahasa inggeris dr sekolah rendah lagi bagus...pada pandangan saya....saya amat bersetuju dengan penggunaan bahasa inggeris dalam sains dan math supaya orang melayu tidak terus ketinggalan ke belakang.bukan maksud saya untuk memartabatkan bahasa inggeris tapi memang dah jadi keperluan untuk mempelajari bahasa inggeris.

Bookmark and Share

    


  Member Information For GTFProfil   Hantar PM kepada GTF   Pergi ke GTF's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 02:11


Pada 11-11-06 00:59 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

gilakah org yang menyokong pembelajaran sains & maths dalam BI?

kita bukan macam jepun atau negara2 maju yang lain, yang mana usaha penterjemahan karya2 ilmiah dilaksanakan dengan giat. cuba cari berapa banyak buku rujukan yang dah diterjemahkan ke BM, berapa buah buku yang diterjemahkan setahun?

saudara, ini bukan tentang pembelajaran di IPT, tapi di SEKOLAH RENDAH.

buku2 teks sains dan matematik memang dah sedia diterjemah dalam bahasa Melayu, tetapi tiba-tiba ia diterjemah balik ke dalam BI. jadi, tak berbangkit di sini berapa buku yang diterjemahkan setahun, tetapi yang berbangkit adalah buku2 yang dalam BM terpaksa dilupuskan kerana tidak digunakan lagi, agak2 berapa banyak kalau kira sekolah2 di seluruh Malaysia ni.

p/s: nasi dah jadi mee :-di


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 02:14


Pada 11-11-06 02:06 , GTF posting:

!!! QUOTE !!!

dulu saya memang amat menentang penggunaan bahasa inggeris dalam matemati & sains.....tapi bila saya habis spm dan melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan yang amat menitikberatkan bahasa inggeris...saya berasa shock culture.barulah saya tahu betapa pentingnya bahasa inggeris.saya ketinggalan kebelakang.

punca utamanya adalah kerana kegagalan saudara sendiri menguasai bahasa ini dalam subjek bahasa inggeris di sekolah rendah dan menengah, bukan kerana BI tak diajar dalam subjek sc & math, buktinya rakan-rakan anda ramai juga yang menguasai bahasa tersebut, tak begitu?

memang akan ada yang sokong dan bantah, cumanya di sini saya menyatakan sokongan terhadap bantahan tersebut.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 11-11-06 02:15 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 02:39


Pada 11-11-06 02:06 , GTF posting:

!!! QUOTE !!!

dulu saya memang amat menentang penggunaan bahasa inggeris dalam matemati & sains.....tapi bila saya habis spm dan melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan yang amat menitikberatkan bahasa inggeris...


Betul tu...Bidang komputer pun sama...Dan kebanyakkan bahan rujukan yang digunakan adalah berbahasa inggeris..Susah nak dapat bahan rujukan berbahasa melayu...

p/s: kasihan adik saya yang tengah belajar dekat sekolah rendah..Masalah matematik yang senang jadi susah di sebabkan bahasa inggeris... :roll: :roll: :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 03:11


Pada 11-11-06 02:11 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!


saudara, ini bukan tentang pembelajaran di IPT, tapi di SEKOLAH RENDAH.

buku2 teks sains dan matematik memang dah sedia diterjemah dalam bahasa Melayu, tetapi tiba-tiba ia diterjemah balik ke dalam BI


mungkin sdra ibnu_musa tak faham maksud ana, ataupun penyataan ana kurang jelas

ana katakan tak salah kalau pljr2 didedahkan dengan BI daripada awal, dah masuk uni nanti tak ada lah terkulat2 waktu cari buku rujukan untuk siapkan assignment

maksudnya - memang patutlah mereka didedahkan dengan BI dr peringkat awal, supaya bila dah berada di IPT nanti tak ada lah jadi masalah besar terutamanya bila nak buat assignment (dah pun diakui oleh beberapa sahabat yang lain)

pepatah melayu kata - bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian

kalau dah dibiasakan daripada kecil, bila besar taklah jadi menyulitkan. kalau nak belajar bahasa, pada peringkat kanak-kanak lah yang paling mudah nak tangkap/ faham. daya ingatan pun masih kuat

pepatah melayu kata lagi - kalau nak melentur buluh, biar daripada rebungnya


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 10:48


saya orang Melayu
saya kurang menguasai b.arab.
saya juga kurang pandai dalam sejarah.

jadi, saya nak belajar sejarah dalam bahasa arab.

ok tak cadangan saya ni?

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 11:01


(dipetik daripada blog Faisal Tehrani)
:-)

“Itu akan menjadi satu cabaran. Saya percaya pelajar bumiputera sanggup menghadapi cabaran serta memperbaiki diri dan prestasi mereka." - Dasar meritokrasi dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kekal, tegas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Biar saya dedahkan apa yang berlaku di sebuah sekolah di Perlis. Dialog antara saya dan pengetua.

Pengetua: Saudara Faisal, ada pelajar Tingkatan 5 yang membaca dan menulis pun tak boleh. Kalau dulu kita ada sekolah vokasional, mereka yang kurang cerdas kita beri pendedahan 'survival' untuk hidup.

Saya: Habis, yang nak menjawab sains dan matematik dalam bahasa Inggeris itu bagaimana?

Pengetua: Yang buat dasar bukan sayangkan kita. Anak-anak Melayu, Cina juga ditimpa susah dengan dasar ini. Tapi anak Cina kurang sedikit, di sekolah cina mereka ada pilihan. Kita tiada pilihan.

Saya: Tapi katanya keputusan sains dan matematik bertambah baik.

Pengetua: Kami guru, kami yang mengajar. Kamilah yang tahu. Menteri tahu apa?

Komentar saya selepas membaca akhbar hari ini: Sesat jalan, tapi malu nak mengaku. Nak kita apakan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

sahibul
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.09.2006
Ahli No: 26564
Posting: 257
Dari: Bumi ALLAH

malaysia  


posticon Posting pada: 11-11-06 11:07


timbalah ilmu walau bahasa pun..sesungguhnya ilmu itu penting........
kalau diajar dalam bahasa inggeris pun..bukan seratus peratus pun diajar dalam inggeris..kalau nak buat penerangan,guru tentu guna bahasa melayu juga...jangan lah lurus bendul.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahibulProfil   Hantar PM kepada sahibul   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 11:17


nak belajar bahasa, tambahlah waktu bahasa tu. dari 6 waktu menjadi 8 waktu misalnya. bukannya menambah masalah dengan mengganggu subjek lain.

ini bukan soal lurus bendul, saudara. kerna pernah terjadi, ada ibu bapa yang tak puas hati dan membuat laporan ke jabatan pendidikan kononnya guru Sains mengajar anaknya menggunakan BM dalam kelas. :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

2manis
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1909
Posting: 139
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-11-06 13:18


janganlah dangkal sangat minda atau otak itu pasal nak menyokong sangat kerajaan! kerajaan buat tak betul pun tetap nak sokong.
gunakan otak sikit,Kenapa sebelum gunakan BI untuk sains dan math selama lebih 50 tahun tak ada masalah Kenapa sejak tukar kepada BI banyak sangat masalah?

!!! QUOTE !!!


timbalah ilmu walau bahasa pun..sesungguhnya ilmu itu penting........
kalau diajar dalam bahasa inggeris pun..bukan seratus peratus pun diajar dalam inggeris..kalau nak buat penerangan,guru tentu guna bahasa melayu juga...jangan lah lurus bendul.......

siapa yang melarang bahasa inggeris dan menimba ilmu?org bincang pasal matematik dan sains dalam BI. pahamkan dulu sebelum buat kenyataan. macam ni ke pemikiran org menyokong BI????

gunakan otak.... fikir sendiri Kenapa sebelum 2003 tak ada masalah,ramai bijak pandai tak payah sains dan matematik dalam BI.sekarang ni pula macam-macam masalah.....
[ Telah diedit oleh: 2manis pada 11-11-06 13:20 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For 2manisProfil   Hantar PM kepada 2manis   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 14:32


jangan jadi ketam? :-) :-)

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Harakah) - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jangan hanya pandai menyuruh pelajar bumiputera menghadapi cabaran sedangkan kerajaan pimpinannya tidak pernah lulus dalam cabaran mempersiapkan guru-guru, sistem dan prasarana yang sewajarnya dan boleh digunakan untuk membolehkan para pelajar mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dengan berkesan, kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad.


"Jangan hanya pandai cabar budak-budak, cabar diri dan kerajaan sendiri dahulu. Rakyat tidak perlukan ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan betul.

"Sistem tidak pernah disediakan dengan baik, guru-guru tidak terlatih dengan sewajarnya dan peralatan mengajar pula banyak yang tidak berguna sejak hari-hari pertama diberikan, tiba-tiba hendak cabar budak-budak," kata beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri yang menegaskan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan dasar meritokrasi tetap dikekalkan.

Abdullah mahu para pelajar bumiputera menghadapi cabaran untuk belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

“Itu akan menjadi satu cabaran. Saya percaya pelajar bumiputera sanggup menghadapi cabaran serta memperbaiki diri dan prestasi mereka,” kata Perdana Menteri.

Sambil menyokong Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII yang menuntut status bahasa Melayu sebagai pengantar utama dalam sistem pelajaran dikembalikan kepada keadaaan sebelum tahun 2002 termasuk menggunakan semula bahasa Melayu dalam pembelajaran subjek Matematik dan Sains, Idris berkata, pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mesti ditamatkan segera.

"Hentikanlah perbuatan membunuh masa hadapan orang-orang Melayu. Murid-murid berbangsa Melayu dan di luar bandar sudah 'mati' dengan dasar ini, hendak cabar apa lagi?

"Lagi pun, orang yang tidak pernah kelihatan berani menghadapi cabaran lebih baik tidur dari mencabar orang lain," kata Idris yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.Idris juga mempersoalkan kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein yang menyatakan keputusan sama ada hendak meneruskan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan hanya dibuat pada tahun 2008.

"Kenapa perlu tunggu hingga 2008? Hendak kaji apa lagi sedangkan telah begitu jelas murid-murid Melayu dan di luar bandar sudah 'mati' dengan dasar ini.

"Kalau dulu buat dengan tergesa-gesa, enggan mendengar pandagan pakar-pakar bahasa, enggan mendengar pandangan Dewan Bahasa dan Pustaka malah enggan menggunakan akal fikiran, Kenapa sekarang hendak hapus kena tunggu 2008?

"Adakah kerana projek tender bahan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris belum habis lagi? Adakah kerana dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini lebih kepada berniaga antara kroni dan bukan kerana kelemahan bahasa Inggeris di kalangan pelajar?" beliau mempersoalkan.

Idris juga mempersoalkan tindakan kerajaan yang tetap berkeras untuk mengambil jalan pintas bagi menyelesaikan masalah penguasaan bahasa Inggeris di kalangan para pelajar khususnya para pelajar Melayu.

"Jika pelajar masih lemah dalam bahasa Inggeris walaupun telah belajar sehingga darjah enam, kerajaan sepatutnya menyelesaikan perkara itu dengan merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bukannya dengan memaksakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris," kata Idris.

Beliau mengingatkan Abdullah dan kerajaan bahawa para pelajar bukan "bahan eksperimen macam ayam dedak, kalau tak berjaya buang dalam Sungai Gombak".

"Hentikanlah perbuatan dan sifat yang berkeras hendak mengaku berjaya walaupun dengan mengeksploitasikan keputusan PMR.

"Pemuda PAS mendapat terlalu banyak pendedahan dari guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang merasa begitu terperanjat dengan keputusan PMR sedangkan markah yang diperolehi murid-murid yang sama dalam peperiksaan percubaan yang dikendalikan oleh sekolah ternyata amat mengerikan," katanya.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kes saman saman pelajar ke atas Kementerian Pelajaran berhubung isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Pemuda PAS melalui Lajnah Undang-Undangnya, Idris memberitahu, Rabu lalu kes tersebut telah ditangguhkan lagi


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com
[ Telah diedit oleh: zaidakhtar pada 11-11-06 14:32 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

adibahazrah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26948
Posting: 167
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 11-11-06 14:43


Pada 11-11-06 10:48 , zaidakhtar posting:

!!! QUOTE !!!

saya orang Melayu
saya kurang menguasai b.arab.
saya juga kurang pandai dalam sejarah.

jadi, saya nak belajar sejarah dalam bahasa arab.

ok tak cadangan saya ni?


usaha tangga kejayaan...
setelah berusaha, tak mustahil anta boleh menguasai sejarah sekaligus menjadikan bahasa arab sebagai bahasa pengantara ataupun bahasa ketiga selepas bahasa melayu dan bahasa inggeris.
jangan jadikan bahasa sebagai masalah.
yang penting tahap usaha, dan kemahuan kita sendiri untuk menguasai sesuatu bidang ilmu itu.
bukalah minda, belajar menerima arus perubahan yang membawa kepada pembangunan ummah itu sendiri. memang sekarang kita tak nampak kesannya, tetapi dalam jangka masa yang panjang, insyaallah, kita akan menjadi ummah yang disegani dimata dunia.. kerana apa? kerana penguasaan bahasa yang pelbagai...
para siswazah universiti khususnya alert dengan isu ini kerana kita adalah pemangkin kepada bahasa kita, yang memperjuangkan bahasa melayu itu sendiri disamping menguasai pelbagai bahasa dunia yang menjadi pakej kepada ketrampilan seseorang mahasiswa cemerlang, gemilang dan terbilang..
Insyaallah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adibahazrahProfil   Hantar PM kepada adibahazrah   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 14:56


jika benda tu baik,
rasanya tak perlu lah kita membantah...

kalau susah maknanya kita kena usaha lebih..

kalau tok guru kita dah menguasai banyak bahasa,
takkan kita nak goyang kaki..

ilmu takkan dapat kalau tak usaha..

hmmm...betul tak :wink:

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

2manis
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1909
Posting: 139
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-11-06 15:25


Pada 11-11-06 14:56 , qibtiyah posting:

!!! QUOTE !!!

jika benda tu baik,
rasanya tak perlu lah kita membantah...

kalau susah maknanya kita kena usaha lebih..

kalau tok guru kita dah menguasai banyak bahasa,
takkan kita nak goyang kaki..

ilmu takkan dapat kalau tak usaha..

hmmm...betul tak :wink:


ini 1 lagi pendapat dangkal!!!! tau tak apa yang dibincangkan di sini?kalau tak tahu diam jangan main bantai tak tentu arah. baca bulu petikan harakah tu baru boleh masuk campur

Bookmark and Share

    


  Member Information For 2manisProfil   Hantar PM kepada 2manis   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 16:22


belajar boleh..nak jadikan wajib nak belajar..mana boleh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 17:30


orang-orang politik bergaduh, pljr2 yang jadi mangsa. masing-masing ego nak tegakkan benang basah, semua ada motif & kepentingan bersifat peribadi. sampai kiamat pun umno akan terus bantah apa yang pas buat & pas akan bantah apa yang umno buat

!!! QUOTE !!!

saya orang Melayu
saya kurang menguasai b.arab.
saya juga kurang pandai dalam sejarah.

jadi, saya nak belajar sejarah dalam bahasa arab.

ok tak cadangan saya ni?

apa masalahnya? pljr2 yang dihantar ke luar negara (ke negara2 yang tak berbahasa inggeris) dah lama lakukan perkara ni

ana sendiri pernah melaluinya. zmn ana belum dilaksanakan sains & maths dalam BI. ana dr aliran sains tulen, SPM ana 100% dalam BM. selepas tu terima biasiswa, wajib buat A Level (100% BI) selama 2 tahun. belajar pula further maths & physics yang memeningkan

selain tu, kami belajar bahasa jerman 6 jam seminggu spjg 2 tahun setengah, serentak dengan A Level. belajar grammar & conversation saja, tak masuk technical terms

selepas lulus semua peperiksaan yang diwajibkan, terbang ke jerman. terus saja masuk sistem pembelajaran mereka yang 100% berbahasa jerman

bayangkan keadaan kami yang daripada SPM (100% berbahasa melayu) kepada A Level (100% berbahasa inggeris) & terus ke sistem jerman (100% berbahasa jerman), dalam tempoh tidak sampai 3 tahun. adakah kami menjadikan kelemahan kami dalam menguasai bahasa sebagai penghalang untuk berjaya dengan memberikan pelbagai alasan?

ana kira situasi adik2 di sekolah rendah jauh lebih mudah daripada situasi kami. apa salahnya mereka didedahkan lebih awal secara berperingkat-peringkat, tambahan pula memang tak rugi jika mampu menguasai pelbagai bahasa

kaum cina di Malaysia mampu menguasai sekurang2nya 3 bahasa, kita bila lagi?


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 11-11-06 17:35 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

2manis
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1909
Posting: 139
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-11-06 18:26


simpan dulu cerita kamu itu.lain kali cerita sebab cerita kamu tak mewakili semua.isunya di sini, perlajaran sains dengan math kembalikan dalam bahasa melayu sebab keputusan teruk dan sebelum ditukar kebahasa inggeris tak ada apa masalah seperti sekarang.itu saja. pelajaran bahasa inggeris kekal dan dah ada.

apa pulak kena mengena ahli politik bergaduh? mana dia ahli politik bergaduh berkaitan dengan isu matematik dan sain dalam bahasa inggeris?atau kamu saja yang nampak,kami tak nampak???

tau tak kaum cina pun tak setuju dan minta balik dalam bahasa cina sekarang dah lulus tapi untuk orang melayu kekal kena berbahasa inggeris untuk sains dan matematik.

ini bukan soal nak menguasai bahasa tetapi murid sekolah yang hancur dalam pelajaran sains dan matematik sejak tukar bahasa inggeris. sebelum ini tak ada apa masalah pun.....

tak tahu jangan buat-buat tahu.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For 2manisProfil   Hantar PM kepada 2manis   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 20:05


benarkah tak nampak ahli politik bergaduh? atau faham tapi buat-buat tak faham? baca saja artikel2 yang dicopy paste oleh sdra zaid akhtar tu

ana pernah dapatkan penjelasan daripada seorang ex-MP PAS pada awal2 isu pembelajaran sains & maths dalam BI. menurutnya PAS menentang perlaksanaan sains & maths dalam BI seandainya dilaksanakan scra tergesa-gesa. ana setuju dengan pendapat tu

mslhnya sekarang dah bertahun2 ia dilaksanakan, Kenapa masih bantah lagi? awal2 dulu mungkinlah banyak masalah sebab ia dilakukan scra tergesa2. tapi sekarang pljr2 pun dah boleh menyesuaikan diri. ada masalah tu, biasalah. mana ada benda dalam dunia ni yang 100% sempurna

seandainya menguasai sesuatu ilmu perlu kepada penguasaan bahasa, pada waktu tu jadi wajib untuk para pelajar mempelajarinya. ana rasa sesiapa pun dah maklum akan hal ini

dalam situasi di Malaysia, ilmu sains & teknologi memerlukan penguasaan dalam BI, terutamanya di peringkat IPT. jadi wajarlah pljr2 didedahkan dengan pembelajaran sains & maths dalam BI pada usia yang muda, untuk membiasakan mereka apabila dewasa kelak

jangan jadikan masalah sebagai halangan untuk berjaya. sekali sekala kenalah berusaha keras sikit. lihat kesannya untuk jangkamasa yang panjang


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 11-11-06 20:08 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 20:19


ini bukan masalah org politik bergaduh ya. ini masalah ada satu puak yang kononnya pejuang bangsa tapi tak tahu memperjuangkan kepentingan bangsanya. :-(

bila mahu melihat penguasaan BI ni, kenalah lihat pada pelajar2 di luar bandar juga. sangat jauh bezanya dengan pelajar di bandar. jangan samakan yang sekolah asrama penuh atau MRSM dengan SMK harian biasa.


Cuba baca petikan akhbar media perdana Isnin lalu:

Setahu saya hanya negara yang tidak maju yang memaksa atau terpaksa mengamalkan dasar kolonial iaitu mengajar sains dalam bahasa asing. Ini kerana di negara itu, budaya dan bahasa peribuminya telah dimusnahkan oleh bekas penjajah barat:- Pejuang bahasa Datuk Dr Hassan Ahmad.

Ia merupakan satu pendustaan dan kajian yang tidak telus apabila dikatakan keputusan pelajar Melayu yang belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris meningkat, sedangkan semasa diajar dalam bahasa Melayu pun, pencapaian kedua-dua mata pelajaran tersebut merosot: - Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan.


Tokoh-tokoh ini berucap di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-7 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Isnin lalu.


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 20:42


:-) Dari blog Roslan SMS

i

Apa nasib bahasa Melayu kita?

Sudah lama kita tidak mendengar pemimpin kita bercakap berkenaan nasib dan masa depan bahasa kita. Agenda perjuangan bagi memartabatkan bahasa Melayu, bahasa ibunda kita seolah tidak lagi diberi perhatian dan keutamaan pada hari ini.

Dalam akhbar THE STAR hari ini menjawab desakan Konvensyen Umno Johor, Timbalan Presiden Umno yang juga TPM Najib Tun Razak berkata matapelajaran sains dan matematik di sekolah-sekolah akan terus diajar dalam bahasa Inggeris. Jika tidak kata Najib kita akan jadi jaguh kampungan dalam gelanggang antarabangsa.

Demikianlah sikap pemimpin Melayu terhadap bahasanya sendiri.



Sedangkan pada waktu yang sama bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka DBP, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke VII sedang berjalan dan isu pengajaran matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ini terus dibangkitkan.

Saya tertarik mendengar ucapan perasmian oleh bekas Naib Presiden Umno, bekas Menteri Kewangan dan kini ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang kebetulan merupakan Pengerusi Kongres Kepentingan Bangsa.

Tidak seperti Najib Ku Li mempertikaikan apakah penguasaan ilmu hanya boleh diperolehi melalui bahasa Inggeris semata-mata? Kata Ku Li bangsa-bangsa lain berbangga dengan bahasa mereka masing-masing dan keunggulan bahasa mereka terus dipertahankan tetapi di negara kita bahasa Inggeris telah dinobatkan konon-kononnya hanya bahasa itu sahaja yang menjamin kemajuan. Kata beliau tidakkah bangsa Korea dan Jepun yang berjaya dan maju itu mampu menceduk ilmu Jerman, Perancis dan Eropah dengan cara mengekalkan keunggulan bahasa mereka.

Ku Li menambah kita sepatutnya mencontohi pejuang-pejuang bahasa Cina dalam negara yang terus berjaya mempertahankan keunggulan bahasa ibunda mereka.

Dan Ku Li yang memang dikenali sebagai tokoh yang berani dan kontroversial itu telah menyebut (dengan diulanginya dua kali dan disambut dengan tepukan gemuruh mereka yang hadir):

Dalam sistem kita berpolitik, kerajaan sepatutunya takut dan akur kepada rakyatnya. Kebiasaannya rakyat digerakkan oleh cerdik pandai, ilmuan dan para cendikiawannya. Lesunya golongan ini lemahlah rakyatnya. Rakyat yang lemah akan melahirkan pemimpin yang leka. Pemimpin yang leka akan menjadikan bahasa dan negara ini tidak berdaya.

Sudah tentu ungkapannya yang tajam itu penuh bermakna dan ditujukan tepat kepada pimpinan negara yang jelas mengabaikan kepentingan bahasa lantas menjadikan negara tidak lagi kelihatan berdaya.

Saya kira sudah tiba masanya untuk kita bergerak mempertahankan keunggulan bahasa kita dalam system pendidikan negara yang penuh bercelaru ini. Mudaj-mudahan kongres ini dapat membuahkan sesuatu yang bermanfaat.

Turut kelihatan hadir dalam kongres ini adalah tokoh-tokoh bahasa, sasterawan, politik dan seni Melayu negara, antaranya Datuk Johan Jaafar, Dr Firdaus, Dr Ismail Hussien, SN Samad Said, Dr Hassan Ahmad, A Rahman Hassan, YB Salahuddin Ayub dan Hj Mahfuz Omar.


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 20:43


:-) Lagi dr Blog Roslan SMS di www.n32.blogspot.com
ii
Bahasa Melayu terus diabaikan

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu kali ke 7 telah selesai dilangsungkan semalam iaitu setelah berkongres selama 3 hari berturut-turut di Dewan Bahasa dan Pustaka.



Tema kongres kali ini adalah:

Bahasa, Persuratan dan Kebudayaan Melayu/Kebangsaan: Pengalaman 50 tahun yang lampau dalam memperkasai setengah abad mendatang

Kongres ini telah berjaya menghimpunkan ilmuan, sasterawan dan penggiat bahasa Melayu seluruh negara. Ianya dipenuhi dengan pembentangan kertas-kertas kerja dan forum kea rah memperkasakan bahsa ibunda anak-anak bangsa itu.

Dipenghujung kongres semalam resolusi lima perkara telah diluluskan yang antara terpenting menyebut:

Menuntut supaya status bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam system pelajaran DIKEMBALIKAN kepada keadaannya sebelum 2002 termasuk proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.

Tuntutan ini dirasakan berpadanan setelah banyak pihak (59 badan NGO Melayu hadir dalam kongres ini iaitu melibatkan 600 orang peserta) mengeluarkan pandangan berdasarkan pengalaman dan fakta di dalam kongres tersebut.

Ini perkara serius kerana melibatkan nasib dan masadepan bahasa ibunda orang-orang Melayu yangs eakan terancam kedudukannya dalam situasi semasa. Soalnya adakah pihak kerajaan mengambil serius perkara ini?

Menteri Pelajaran Malaysia Hishamuddin Tun Hussien yang merupakan Penaung kongres ini tidak langsung hadir menunjukkan batang hidungnya. Begitu juga Menteri Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan yang sepatutunya memberi perhatian kepada warisan bangsa ini.
Adakah ini sepatutunya sikap pemimpin Melayu yang sepatutnya membela nasib bahasa ibunda kita?

Dan malah akhbar UTUSAN yang sepatutunya menjadi lidah rasmi bahasa keramat ini tidak lansgung memberi ruang liputan terhadap majlis penutup kongres ini serta resolusi yang diluluskannya.

Demikianlah nasib bahasa Melayu, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita yang tercinta. Bahasa-bahasa ibunda bangsa lain diperjuang dan dipertahankan oleh kaum mereka masing-masing dengan penuh komitmen kerana ia merupakan warisan turun-temurun bangsa masing-masing. Tetapi bahasa Melayu sayang tiada siapa ambil pusing dicicirkan kerana memberi keutamaan kepadas bahasa penjajah sehingga akhirnya anak-anak bangsa lemah pencapaian akademiknya, kalut dan kusut angkara kecaluran polisi kepimpinan negara.

Apa nak jadi?


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com
[ Telah diedit oleh: zaidakhtar pada 11-11-06 20:44 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

sabrina_elZehra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8793
Posting: 105
Dari: t.malim,perak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 01:54


salam....
semakin hangat perbincangan kita ni.
nampak menarik, buat saya tertarik...hehe~

saya sebagai bakal guru maths dan sc (insyaAllah dah nak praktikum) melihat isu ni dari sudut pro dan kontranya.

saya sebagai bakal jentera penggerak untuk memaknakan dan lantas melestarikan misi kerajaan ini turut terasa kepincangan dalam usaha kerajaan meng'english'kan maths dan sc.
ini.semasa memantau pelajar2 yang di sekolah rendah dan menengah, realiti yang harus ditelan oleh semua adalah pelajar tidak dapat menguasai apa yang diajar semata-mata kerana masalah bahasa.mereka tidak faham BI dengan baik, adakah kita still expect mereka akan master maths and sc? adalah tidak adil apabila pelajar yang lemah BI and dalam masa yang sama tidak dapat menguasai maths dan sc kerana faktor bahasa.
memang mereka yang lemah kena improve english tapi pada saya, personally it takes time for us to be a good user of english.

lagi pula, usaha ini meliputi ke seluruh ceruk rantau sekolah dan membabitkan semua pelajar tanpa mengira tahap pencapaian kognitif mereka. di kawasan luar bandar, masalah ini menjadi lebih parah. guru-guru terpaksa terima keputusan yang teruk terhadap pencapaian maths and sc. kepada kelas yang agak lemah, apa lah nasib guru, mereka dalam dilema antara harus menyahut seruan kerajaan dan kasihan kepada pelajar yang langsung tak tahu apa yang mereka belajar. guru2 tetap guna dwibahasa semasa mengajar.

namun, saya harus bulatkan tekad manyahut seruan kerajaan walaupun terasa hati ini ingin membantah.setiap org perlu memainkan peranan masing-masing. guru2, ibubapa, dan pelajar2 sendiri.kalau kita pakat membantah maths dan sc diajar dalam BI, apakah alternatif yang kita ada?
adakah relevan bagi kerajaan untuk kembali ke dasar lama untuk mengajar maths dan sc dalam BM?
mari kita fikir-fikirkan dan bawa isu ini ke peringkat atasan.
.....untuk memaknakan lagi perbincangan kita.

p/s: kita tak dapat nak minta org lain terima pendapat kita.apa kata kita terima saja pendapat org lain dan mengasimilasikan dengan pendapar kita....hehe!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sabrina_elZehraProfil   Hantar PM kepada sabrina_elZehra   Pergi ke sabrina_elZehra's Website   Quote dan BalasQuote

2manis
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1909
Posting: 139
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-11-06 02:05


ini kesan dari menggunakan BI dalam bahsa inggeris.saya ambil dari blog orang lain.mana-mana yang menyokong penggunakan bahasa inggeris tu bukakan otak,jangan hanya menyokong saja walaupun negatif:

Berikut adalah peratusan pelajar yang mendapat markah D dan E dalam peperiksaan PMR kertas sains dan matematik 2005

I. MATEMATIK

Melaka 45.8%

Kelantan 52.6%

Perak 50.3%

Johor 47.9%

P. Pinang 42.2%

Sabah 65.9%

II. SAINS

Melaka 38.3%

Kelantan 39.4%

Perak 44.8%

Johor 45.5%

P. Pinang 41.1%

Sabah 54.3%

Contoh prestasi pada peringkat sekolah luar bandar:

Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Bagin: Jumlah yang mendapat markah (D) & (E) bagi Matematik 72%

Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Soi: Jumlah yang mendapat markah (D) & (E) bagi Matematik 69%

Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi, Kudat: Jumlah yang mendapat markah (D) & (E) bagi Matematik, 107 daripada 111 calon!

Daripada 418 ribu pelajar yang mengambil PMR 2005, lebih 200 ribu mendapat markah (D) dan (E) dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Kalau ini bukan “academic ethnic cleansing”, apa lagi namanya?

Sumber: Daripada isi pembentangan Pengerusi KKGGMMB (Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Malaysia Barat).
[ Telah diedit oleh: 2manis pada 12-11-06 02:16 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For 2manisProfil   Hantar PM kepada 2manis   Quote dan BalasQuote

fauzy_fx86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.07.2006
Ahli No: 25359
Posting: 327
Dari: Di pinggiran Batu Caves

malaysia  


posticon Posting pada: 12-11-06 02:57


bahasa melayu diabaikan lagi.

nantilkan kemunculan keranda "102"..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzy_fx86Profil   Hantar PM kepada fauzy_fx86   Pergi ke fauzy_fx86's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 07:57


Pada 11-11-06 17:30 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

orang-orang politik bergaduh, pelajar-pelajar yang jadi mangsa. masing-masing ego nak tegakkan benang basah, semua ada motif & kepentingan bersifat peribadi. sampai kiamat pun umno akan terus bantah apa yang pas buat & pas akan bantah apa yang umno buat

saudara, ini bukanlah masalah politik, bukan pergaduhan antara Umno dan Pas, tapi persoalan tentang bahasa Melayu yang semakin terhakis di negara sendiri. habis tu semua ahli kongres persuratan tu orang Pas ke? Umno Johor pun orang Pas ke?

jangan lah asal saja kalau kita bantah dasar kerajaan, terus dicop kita sebagai anti-umno atau anti-kerajaan, takkan nak jadi pak turut dan pak hangguk lagi kalau kerajaan dan buat sesuatu yang salah?

lagi satu, ini bukannya tentang penguasaan bahasa inggeris dalam IPT, itu lain cerita, tapi ini tentang budak-budak sekolah rendah seawal darjah 1 yang diajarkan math & sains dalam bahasa yang tidak difahami oleh mereka. perlukah supaya mereka menguasai pengajian mereka di peringkat IPT, jadi mereka mesti diajar math & sains dalam BI di SEKOLAH RENDAH? relevankah apa yang mereka belajar di sekolah rendah dengan pengajian mereka di IPT?

lupakan tentang isu IPT tu, itu kelemahan anda sendiri dalam BI, tapi fikirlah tentang budak SEKOLAH RENDAH yang tak faham apa yang mereka belajar, terutama di luar bandar.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 08:32


Pada 12-11-06 07:57 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!


jangan lah asal saja kalau kita bantah dasar kerajaan, terus dicop kita sebagai anti-umno atau anti-kerajaan, takkan nak jadi pak turut dan pak hangguk lagi kalau kerajaan dan buat sesuatu yang salah?

ada nampak ana cop sesiapa ke?

hal ni lebih kepada perbalahan politik melayu yang tak sudah. masing-masing ego dengan pendirian masing-masing, tak ada yang mahu mengaku kalah (walaupun tak semua yang membantah mempunyai kepentingan politik)

kalau benar-benar nak perjuangkan nasib anak melayu, Kenapa tak bantu saja mereka untuk menguasai BI? asyik dimomokkan dengan fikiran negatif, memanglah nampak yang negatif saja. dah tu apa pihak2 yang membangkang dah buat selama ini untuk bantu pelajar-pelajar menguasai BI dengan baik?

Kenapa tidak pelajar-pelajar didedahkan daripada sekolah rendah? pada usia yang mudalah mereka mudah nak faham apa-apa yang diajarkan, lebih mudah untuk adapt apabila pergi ke peringkat yang lebih tinggi

apa silibus pengajian sains & maths yang diajar pada peringkat sek. rendah tu, sukar sangatkah? kalau tak faham pun selama ni guru2 beri penerangan sedikit sebyk dalam BM jugakan?

kalau kamu bina rumah & ada sedikit kecacatan pada rumah tu, takkan kamu nak robohkan & bina yang baru. betulkan sajalah mana-mana bhg yang cacat tu

kelemahan yang ada boleh diperbaiki daripada semasa ke semasa, tapi mesti dengan sokongan & bantuan daripada semua pihak

p/s: menyokong pelaksanaan pembelajaran sains & maths dalam BI tak semestinya tidak cintakan anak bangsa atau budaya sendiri


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

2manis
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1909
Posting: 139
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-11-06 11:34


ana membuat kesimpulan kamu ni sebenarnya hanya nak menang saja walaupun salah.pendapat kamu makin simpang jauh.

!!! QUOTE !!!


kalau benar-benar nak perjuangkan nasib anak melayu, Kenapa tak bantu saja mereka untuk menguasai BI? asyik dimomokkan dengan fikiran negatif, memanglah nampak yang negatif saja. dah tu apa pihak2 yang membangkang dah buat selama ini untuk bantu pelajar-pelajar menguasai BI dengan baik?


ini nak perjuangakan nasib anak melayu atau anak inggeris??? dangkalnya pemikiran, memperjuangkan nasib anak melalui dengan bahasa inggeris???? cukup kah???banyak cara untuk memperjuangankan bukan melalui bahasa saja???? bolehekah nasib anak melayu ditingkatkan jika menguasai bahasa inggeris dengan baik???? inilah akibat pemikiran kaku!!!!!

!!! QUOTE !!!


kalau kamu bina rumah & ada sedikit kecacatan pada rumah tu, takkan kamu nak robohkan & bina yang baru. betulkan sajalah mana-mana bhg yang cacat tu


ini contoh pendapat menegakkan benang basah.......rumah yang dibina dah cantik buat apa nak dirobohkan ganti rumah baru yang cacat?????

buka mata....jangan pandai cakap saja... orang-rang PAS itu bukan bergaduh pasal politik tetapi berjuang supaya bahasa melayu diteruskan. takkakn tak tau antara bergaduh dengan berjuang????
[ Telah diedit oleh: 2manis pada 12-11-06 11:36 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For 2manisProfil   Hantar PM kepada 2manis   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 18:09


Pada 12-11-06 11:34 , 2manis posting:

!!! QUOTE !!!


ini nak perjuangakan nasib anak melayu atau anak inggeris??? dangkalnya pemikiran, memperjuangkan nasib anak melalui dengan bahasa inggeris???? cukup kah???banyak cara untuk memperjuangankan bukan melalui bahasa saja???? bolehekah nasib anak melayu ditingkatkan jika menguasai bahasa inggeris dengan baik???? inilah akibat pemikiran kaku!!!!!

adakah ana kata perjuangkan nasib anak melayu melalui BI? kamu kalau baca biar betul-betul lah, ana cakap lain kamu pusing ke lain

ana kata bantu mereka kuasai BI. selama ni, sebelum pengajian sains & maths dilaksanakan dalam BI, apa pihak yang bising2 tu dah buat untuk bantu pelajar-pelajar tingkatkan kemahiran mereka berbahasa inggeris? bila dah dilaksana, baru nak kecoh2

sekarang ni, apa pihak yang bising2 tu dah buat? setakat desak2 suruh ajar dalam BM saja, tapi adakah tindakan nak bantu pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran mereka?

!!! QUOTE !!!

buka mata....jangan pandai cakap saja... orang-rang PAS itu bukan bergaduh pasal politik tetapi berjuang supaya bahasa melayu diteruskan. takkakn tak tau antara bergaduh dengan berjuang????

ada ana khususkan kepada PAS saja? kalau tak ada, Kenapa nak terasa?

PAS mahupun UMNO, 2x5 saja. masing-masing ada kepentingan sendiri. Kenapa tak tanya saja pada Tun M yang sekarang orang-orang BA dok mengendeng tu, Kenapa dia arahkan pembelajaran sains & maths di sekolah2 dalam BI? jangan idea Tun yang bangkang kerajaan saja yang kamu ikut, idea2 yang nampak cenderung pada krjn kamu tolak walaupun ada kebaikannya untuk jangkamasa panjang

!!! QUOTE !!!

ini contoh pendapat menegakkan benang basah.......rumah yang dibina dah cantik buat apa nak dirobohkan ganti rumah baru yang cacat?????

rumah cantik yang kamu nak tu, bukankah dah dirobohkan dan diganti dengan rumah baru? rumah cacat yang ada sekarang, takkan nak robohkan sekali lagi. itukan kerja org gila. baiki sajalah kecacatan yang ada tu, daripada semasa ke semasa. tak boleh nak harapkan sesuatu menjadi sempurna dalam masa yang singkat, apatah lagi jika banyak anasir2 luar yang nak meroboh daripada bantu untuk membina

cuba beri pada ana 10 alasan, apa ruginya menguasai lebih daripada satu bahasa?


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 12-11-06 18:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Mustaqqim
WARGA SETIA
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 18:34


tak rugi apa-apa...
malah lagi banyak bahasa yang kita kuasai...
insyaAllah, lagi banyak ilmu yang kita perolehi...

sebenarnya..
ada matlamat jangka panjang mengapa maths & sains diajar dalam BI...
mungkin insan yang berfikiran cetek saja yang mendangkal semua ni...
fikir2kanlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MustaqqimProfil   Hantar PM kepada Al-Mustaqqim   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 13-11-06 16:40


Kongres Bahasa dan Persuratan memartabatkan kembali bahasa Melayu
Oleh ANI AWANG

KEDUDUKAN bahasa Melayu sebagai bahasa pembentukan tamadun bangsa kini makin tercabar di negara ini kerana sikap sesetengah pihak yang memandang remeh terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan ilmu dalam pentadbiran negara.

Malah kedudukan bahasa itu mula mengalami perubahan ketara apabila pengajaran bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik telah menafikan kedudukan bahasa Melayu.

Menyedari bahasa Melayu merupakan jati diri dan maruah bangsa Melayu, satu Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (DBP) baru-baru ini bagi mempertahankan kedudukan bahasa itu.

Kongres yang bertemakan 'Bahasa, Persuratan dan Kebudayaan Melayu/Kebangsaan: Pengalaman 50 Tahun Yang Lampau Dalam Memperkasai Setengah Abad Mendatang’ itu menjadi debat yang menarik dalam memantapkan penggunaan dan kedudukan bahasa Melayu agar tidak lenyap di telan zaman.

Seperti kata Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Datuk Dr. Hassan Ahmad: ``Kita tidak mahu negara ini menjadi negara maju dalam tahun 2020 tetapi bangsa Melayu hilang martabat dan kuasa sebagai bangsa yang cemerlang dan maju disebabkan bahasanya tidak dijadikan alat utama dalam proses itu.

``Ini kerana penggunaan bahasa Melayu dalam sektor pentadbiran kerajaan tidak dianggap sebagai agenda penting dalam perancangan bahasa Melayu di negara ini,’’ katanya ketika membentangkan kertas kerja Masalah Bahasa Atau Masalah Pengguna Bahasa? Membetulkan Sikap dan Persepsi Manusia Terhadap Bahasa Melayu, di DBP di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Hassan, pada fungsinya bahasa Melayu sudah maju sebagai bahasa pembentuk tamadun tinggi di rantau ini yang dapat merentas sempadan geografi dan etnik bahasa.

Namun beliau tidak mahu bahasa yang sudah maju itu dimusnahkan oleh persepsi, sikap dan kejahilan manusia terhadap keupayaan bahasa tersebut untuk mencapai kemajuan negara dalam zaman moden ini.

``Dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pada mata pelajaran Sains dan Matematik dalam sistem pendidikan negara pada 2003 boleh menggugat kedudukan bahasa Melayu.

``Penggunaan bahasa itu dibuat secara tidak sah tanpa melalui proses perundangan.

``Penyokong bahasa tidak menentang usaha kerajaan mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah tetapi bahayanya bahasa itu menjadi bahasa penjajah di negara ini.

``Banyak negara bukan berbahasa Inggeris mengajar bahasa Inggeris di sekolah tetapi para pemimpin mereka (Jepun, Peranchis dan Korea Selatan) tidak menyeru rakyat mereka menggunakan bahasa asing itu sebagai alat kemajuan bangsa dan negara mereka,’’ katanya.

Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Prof. Dr. Awang Sariyan menegaskan kekaburan sesetengah pemimpin terhadap peranan bahasa Melayu dalam pembentukan konsep kebangsaan amat menyedihkan.

Menurut beliau, penggunaan bahasa Inggeris dalam mesyuarat jabatan dan nama tempat tertentu telah menjadikan rapuhnya penggunaan bahasa Melayu dalam pembinaan negara.

``Secara jelas bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengucapan intelektual akan terhakis sehingga tidak mustahil bahasa Melayu hanya dikenali sebagai bahasa komunikasi sehari-hari,’’ katanya dalam kertas kerja Bahasa Melayu Setengah Abad Lalu dan Setengah Abad Mendatang: Upaya Pemerkasaannya.

Awang menambah, keadaan itu berlaku kerana kurangnya pengertian terhadap peranan bahasa Melayu dalam pembentukan konsep kebangsaan dan kenegaraan walaupun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sudah pun dinobatkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai bahasa kebangsaan, kata Awang, bahasa Melayu menjadi lambang yang signifikan bagi kewujudan entiti politik, jati diri bangsa dan bahasa perpaduan.

``Ramai yang kurang menyedari tentang kejayaan sistem pendidikan negara yang berbahasa penghantar bahasa Melayu ialah terbentuknya kesatuan sikap, pemikiran, sistem nilai pandangan sarwa di kalangan generasi muda,’’ tambahnya.

Penggiat teater Khalid Salleh yang turut menyertai seminar itu mahukan para pemimpin politik yang dilantik rakyat supaya sedar dan memperjuangkan bahasa Melayu demi kepentingan bangsa.

``Saya bimbang bahasa Melayu akan terjejas kerana sikap orang Melayu yang tidak memahami maruah dan jati diri,’’ katanya.

Sementara itu, kongres tersebut telah membuat ketetapan seperti berikut;

* Mendesak kerajaan melalui pelbagai jabatan dan agensinya supaya mendidik masyarakat sentiasa menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan kesusasteraan.

* Menuntut status bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan dikembalikan keadaannya seperti sebelum 2002 termasuk proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

* Memastikan peningkatan peranan dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa peradaban oleh institusi ilmu, pemerintah dan seluruh warganegara.

* Meminta kerajaan agar membina dasar buku berbahasa Melayu untuk melengkapi perpustakaan ilmu, industri buku dan penyebaran kesemua perpustakaan dalam negara.

* Menegaskan kembali keyakinan terhadap kewajaran prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebagai landasan kaedah pembinaan kebudayaan kebangsaan Malaysia demi kesatuan dan keutuhan bangsa.

* Peningkatan mutu sastera melalui pelbagai strategi termasuk penterjemahan karya agung dan dukungan yang kuat terhadap para karyawan dalam pelbagai aspek.

* Menuntut kerajaan sentiasa memberi pengiktirafan kepada para karyawan sastera kerana peranan dan sumbangan mereka terhadap karya dan pembinaan sastera kebangsaan yang bermutu.

* Mendesak kerajaan memberi pengiktirafan terhadap peranan besar dalam kalangan gerakan rakyat pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) untuk memajukan bahasa, sastera dan kebudayaan kebangsaan pada tahap antarabangsa.

* DBP perlu memberi sokongan terhadap peranan dan fungsi Jawatankuasa Pemeriksaan Bahasa Melayu yang dibentuk oleh kerajaan.

* Menyambut baik bakal pindaan Akta Bahasa Kebangsaan yang memberi kuasa kepada DBP sebagai agensi penguat kuasa terhadap segala kelemahan penggunaan dan perlaksanaan fungsi bahasa di dalam negara.

* Menyokong usaha DBP sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasakan kreativiti para karyawan sastera, meluaskan khalayak sastera dan meningkatkan mutu hasil sastera pada tahap global.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-11-06 17:56


Pada 12-11-06 18:34 , Al-Mustaqqim posting:

!!! QUOTE !!!

tak rugi apa-apa...
malah lagi banyak bahasa yang kita kuasai...
insyaAllah, lagi banyak ilmu yang kita perolehi...

sebenarnya..
ada matlamat jangka panjang mengapa maths & sains diajar dalam BI...
mungkin insan yang berfikiran cetek saja yang mendangkal semua ni...
fikir2kanlah...



memanglah tidak rugi.....

tetapi sistem ini menyusahkan pelajar terutamanya pelajar luar bandar. cuba fikir, macam mana murid darjah satu yang baru diajar "this is box" dalam matapelajaran bahasa inggeris disuruh belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris? bukankan ini bermakna cikgu matematik dan sains terpaksa mengajar 2 matapelajaran dalam satu masa?

kerana terlalu ingin melihat anak Melayu fasih berbahasa inggeris, maka anak-anak Melayu ini jadi bodoh dalam subjek matematik dan sains!

pernah saya menyemak kertas jawapan ujian sains tingkatan 3 kepunyaan adik saya, lucu pun ada, sedih pun ada dan kasihan pun ada kerana lain yang di tanya lain yang dijawap dek kerana tidak faham soalan....iya sememangnya adik saya bukanlah seorang yang sangat cerdik pandai tambah2 pulak lelaki, maka bila dah susah nak faham apa yang cikgu ajar, mulalah malas2 hendak belajar...

Cubalah tengok keadaan anak-anak melayu sekarang terutamanya di sekolah menengah(sekolah menengah harian biasa), berapa kerat sangat yang pergi ke sekolah dengan niat betul2hendak belajar? jika tak percaya cuba tanya guru-guru yang mengajar disekolah menengah....
betapa seksanya mengajar anak2 Melayu yang hendak tak hendak belajar itu...inikan ditambah pula mengajar dalam bahasa inggeris.

Jangan samakan IPT dengan sekolah menengah dan juga sekolah rendah kerana yang berjaya masuk ke IPT, saya percaya adalah orang2 yang pandai dan rajin tetapi pelajar2 sekolah ini, mahu atau tidak mereka mesti ke sekolah.....


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-11-06 01:43


Pada 08-11-06 23:06 , insyirah_hr posting:

!!! QUOTE !!!

pada mulanya saya pun tak setuju pengajaran sains dan math in english...bila difikir kan balik memang bagus sebenarnya....kebanyakn buku rujukan m/p sns dan math in english....secra tak langsung boleh improve bi.....saya sendiri akui bi saya lemah sangat tapi lepasblaja in english Alhamdulillah ada peningkatan sedikit demi sedikit..tambahn pula InsyaAllah saya akan jadi cikgu bagi 2 m/p ni...


pengalaman yang dirasa sendiri oleh insyirah...

em...apa kata buat kajian,tanya sdr pendapat plajar2? :roll:


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-11-06 01:48


Pada 09-11-06 14:53 , eme86 posting:

!!! QUOTE !!!

:roll: Hhmmmm....bagi saya tak semeti nya bila Sains & Mate di ajar dalam Inggeris akan menyebabkan bangsa melupakan Bahasa Melayu......



saya setuju dengan pendapat saudara eme...depends pada individu itu sdr..


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 14-11-06 02:00


kasihan adik saya dekat sekolah rendah tu...jadi mangsa keadaan...huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-11-06 02:34


sebagai pelajar TESL,insyaAllah saya bakal menjadi english teacher...kami(university&mktb saya) wajib ambil minor maths & science...reason,subjects ni diajar dalam english d sekolah2...so,kami juga dpersiapkn sebagai persiapan atau sub jika kekurangan guru2 maths&sn d sekolah nanti...

sebagai seorang yang "masih belajar", pada pendapat saya perkara ni ada pro&cons...

even saya pada awalnya sukar memahami english terms untuk 2 subject ni...tapi itulah yang dnamakn proses belajar...yang susah,kalau kita rajin berusaha+doa+tanamkn motivasi+positive...insyaAllah akan jadi senang...

berkenaan isu pengajaran maths&sn in english d sekolah2...saya bersetuju...itu pendapat saya & tak perlu rasanya djelaskn mengapa kerana reasonnya lebih kurang yang dinyatakn oleh mereka yang sependapat...

sesungguhnya saya juga cetek ilmunya...

tapi drasakn bukankh sesuatu isu itu lebih baik dbincangkn dengan berhikmah...dengar pendapat org lain...hormati...kalau nak beri pendapat kita pulak...berilah...

wallahua'lam..

sekadar pendapat..
[ Telah diedit oleh: hudahasnan pada 14-11-06 02:36 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 14-11-06 09:26


kesihan juga kepada cikgu-cikgu yang mengajar maths sains tapi tak berapa fasih inggeris..cikgu tak faham anak murid pun tak faham.

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-11-06 10:18


Pada 14-11-06 09:26 , samudra posting:

!!! QUOTE !!!

kesihan juga kepada cikgu-cikgu yang mengajar maths sains tapi tak berapa fasih inggeris..cikgu tak faham anak murid pun tak faham.

tu lah pasal, budak darjah 1 yang baru nak belajar bahasa inggeris dah diajar BI & math dalam bahasa yang mereka baru nak belajar.

mak ayah yang tak reti BI pula terlenggak nak ngajar anak darjah satu math & sains dalam bahasa yang mereka sama-sama tak faham, mak ayah tak faham, anak pun tak faham, jadi tak payah susah2 nak ajar :lol:

cikgu2 pula macam minum kopi 2 in 1, kena ajar 2 subjek dalam satu masa, budak-budak pun sama kena belajar 2 subjek dalam satu masa, kalau dapat kedua-duanya Tak apalah, takut nanti kedua-duanya tak dapat, nak suruh pandai BI tapi math & sains pula yang keciciran.

!!! QUOTE !!!

mungkin insan yang berfikiran cetek saja yang mendangkal semua ni...

orang2 kongres bahasa dan persuratan melayu & DBP berfikiran cetek dan dangkal? walaupun dalam bidang sendiri :-o :-?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 14-11-06 10:22 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 14-11-06 15:04


saya suka meninjau blog penulis2 berkenaan isu ini.
ini petikan tulisan di blog sahabat saya penulis muhd lutfi ishak di:
    www.muhammadlutfi.blogspot.com

catatan hari ini

di malaysia, ramai orang suka jadi baghal dan burung tiung. tak ramai yang mahu jadi harimau dan singa. jadi - kalau nak tahu siapa baghal dan burung tiung, anda boleh baca surat-surat khabar hari ini (sabtu-11 november). mereka semua bercakap tentang malasah sains dan matematik yang diajar dalam bahasa inggeris.

jadi, apa yang ingin kita harapkan apabila orang yang kononnya dikatakan berjuang - tetapi hati mereka bukannya hati harimau atau singa. jadi, untuk orang yang berhati baghal dan tiung ini - mereka cuma berani menghunus keris tumpul, senyum sampal telinga, buat marah-marah depan televisyen, kemudian, ya seperti tiung, mereka angguk-angguk. saya rasa, untuk menyelesaikan malasah ini, tentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris, para menteri harus jadi guru di kawasan pedalaman. biar mereka tahu, bagaimana tidak demokratiknya sistem pengajaran di malaysia.

sekali lagi, ini bukannya tentang masa depan politik mereka, ini tentang masa depan anak malaysia yang ditindas hak mereka sebagai warganegara.

:-)


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 14-11-06 22:18


kali pertama ana belajar BI, adakah ana tahu "desk" itu meja tulis, "chair" itu kerusi?

kali pertama ana belajar bahasa arab, adakah ana tahu "kharaja" itu keluar, "dakhala" itu masuk?

kali pertama ana belajar bahasa jerman, adakah ana tahu "einst" itu satu, "zwei" itu dua?

tentunya tidak................ sebab itulah kena belajar. kalau tak diajar, macam mana nak tahu

kalau kasihan kat adik2, anak2 saudara, anak2 jiran kamu, jadi tanggungjawab kamulah untuk mengajar mereka, bantu mereka untuk fahamkan BI. mana boleh harapkan 100% daripada guru2 di sekolah saja

daripada menghabiskan air liur membangkang pelaksanaan sains & maths dalam BI, Kenapa pihak2 yang membangkang ni tak ambil inisiatif untuk membantu para pelajar menguasai BI? dah tahu masyarakat luar bandar sukar nak kuasai BI, kamu bantulah mereka. bukan momokkan mereka dengan pkra2 yang negatif & melemahkan semangat mereka

ana ulang semula pertanyaan ana yang tak berjawab tu. sebelum maths & sains diajarkan dalam BI, apa yang pihak2 yang membangkang ini dah buat untuk membantu pelajar-pelajar mengatasi kelemahan mereka dalam BI? berapa banyak karya2 ilmiah yang DBP & pakar2 bahasa dah terjemahkan dalam BM untuk memudahkan para pelajar membuat rujukan? ada tindakan atau tidak?

tiada kejayaan yang datang dengan jalan yang mudah. kalau mahukan sesuatu, kena berusaha

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (QS 13: 11)

p/s: bacalah Harakahdaily hari ini, luahan hati seorang pelajar luar bandar. adakah plr ini juga "gila", tidak patriotik atau tidak sayangkan anak bangsanya sendiri? (Isu Matematik dan Sains dlm Bahasa Inggeris)


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 14-11-06 22:23 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 14-11-06 22:20


tahniah saudara fathurrahman kerana mengemukakan hujah yang mantap dan kukuh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 03:05


kejap....
matematik & sains untuk budak darjah 1 susah sangat ke sampai apabila dialihbahasakan ke BI payah nak baca & faham?????

rasanya istilah sains & matematik untuk budak darjah 1 takdelah payah tara mana...betul tak..simple saja.....luar bandar ke, bandar ke...sama saja....

bukannya dalam sains & math tu ada istilah2 BI yang bombastic macam sastera BI.....istilah yang mudah2 semuanya..betul tak???

takdelah pulak diajarnya poem ke,karya sastera BI ke,dalam sains & math untuk budak-budak sekolah rendah tu......istilah2 sains & math yang simple saja semuanya.....rasanya dalam 4-5 bulan dah boleh faham....nak2 pulak budak semuda usia 7 tahun,8 tahun..lagilah senang ..cepat tangkap...(tak kiralah luar bandar atau bandar)
yang susahnya..orang-orang 'tua' macam kita ni...yang dah umur 20,30 tahun ini....
kalau budak kecik ,cepat tangkap!!!!!

alahai.......kita belajar baca Quran,guna bahasa apa????bahasa melayu ke????
dah tu.....mana yang lebih pandai baca Quran....org bandar ke org luar bandar?????rasa-rasanya org luar bandar lebih terror baca quran......

apa sebab org luar bandar lebih 'reti' baca quran berbanding org bandar...
apakah disebabkan masalah bahasa????adakah disebabkan fasiliti yang mencukupi???yang UTAMAnya bukan disebabkan bahasa mahupun fasiliti,tetapi disebabkan training yang mencukupi yang membolehkan pelajar tersebut 'reti' baca quran walaupun tak faham maknanya

jadi,kesimpulannya.....Kenapa org melayu kita lemah dalam sains & math...bukan masalah pada BAHASA nya....tapi pada SIKAP org melayu..pelajar melayu kita sendiri.......

selagi kita tidak menjadikan ISLAM sebagai the way of life,selagi itulah allah menghinakan bangsa kita ini di bumi sendiri!!!!!!!!.........

didiklah anak2 dengan didikan islam yang sebenar....jangan didik anak2 dengan TV,henfon,games........dan jangan passing tugas mendidik anak2 kepada guru2 di sekolah sahaja.....ibu bapa terutamanya ibu yang sepatutnya bertugas......

Bookmark and Share

    


  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 03:36


istilah2 sains & math simple2 saja,nak2 kalau untuk sekolah rendah..lagi simple....
MENTALITI kita yang membuatkan kita rasa math & sains ni susah......

dulu,sebelum kita belajar baca quran,kita pun rasa susah..MENTALITI kita pada masa tu kata susah......

.tapi disebabkan hari2 kita TRAINING,kena marah dengan mak(mak & ayah pun tak reti mengaji..so,siapa nak ajar bila balik rumah???) sebab selalu ponteng kelas mengaji...eja salah kena marah...eja huruf ta bunyi lain,kena gelak dengan member satu 'course'....kita TRAINING dalam solat..lelama kita pandai mengaji walaupun tak faham makna (inilah kelemahan umat kita yang masih ketara)

nak cepat belajar bahasa lain kita kena TRAINING & TEKNIK mengajar pun kena betul juga(peranan cikgu)...kalau nak pandai baca quran,elok belajar qira'hati atau iqra'...baru lebih cepat tangkap.....

akhirnya..kita dah pandai baca quran dengan fasih dan lancar sekarang ni,siap lagu lagi.....dulu kita kata susah.....

kesimpulannya,kalau kita kata susah belajar sains & math dalam BI,maka belajar baca quran dalam bahasa arab pun susah woooo...nak2 budak darjah satu kat luar bandar....kasihan mereka....dahlah huruf2 dalam bahasa arab tu ganjil2,tergeliat nak menyebut pulak tu.....mak & ayah pulak tak reti mengaji......

Bookmark and Share

    


  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 08:44


Pada 15-11-06 03:05 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!



alahai.......kita belajar baca Quran,guna bahasa apa????bahasa melayu ke????
dah tu.....mana yang lebih pandai baca Quran....org bandar ke org luar bandar?????rasa-rasanya org luar bandar lebih terror baca quran......

apa sebab org luar bandar lebih 'reti' baca quran berbanding org bandar...
apakah disebabkan masalah bahasa????adakah disebabkan fasiliti yang mencukupi???yang UTAMAnya bukan disebabkan bahasa mahupun fasiliti,tetapi disebabkan training yang mencukupi yang membolehkan pelajar tersebut 'reti' baca quran walaupun tak faham maknanya

jadi,kesimpulannya.....Kenapa org melayu kita lemah dalam sains & math...bukan masalah pada BAHASA nya....tapi pada SIKAP org melayu..pelajar melayu kita sendiri.......


jika anda katakan bahawa orang reti baca Quran tapi tak faham maknanya maka, di sini maksudnya budak-budak reti baca dalam BI tapi tak faham maknanya kan? (mengikut kefahaman saya terhadap analogi yang anda buat)

Apa guna reti baca tapi tak faham?

Bila dah tak faham, macam mana nak jawab soalan.


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 08:53


Pada 15-11-06 03:05 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!


alahai.......kita belajar baca Quran,guna bahasa apa????bahasa melayu ke????
dah tu.....mana yang lebih pandai baca Quran....org bandar ke org luar bandar?????rasa-rasanya org luar bandar lebih terror baca quran......

apa sebab org luar bandar lebih 'reti' baca quran berbanding org bandar...
apakah disebabkan masalah bahasa????adakah disebabkan fasiliti yang mencukupi???yang UTAMAnya bukan disebabkan bahasa mahupun fasiliti,tetapi disebabkan training yang mencukupi yang membolehkan pelajar tersebut 'reti' baca quran walaupun tak faham maknanya

alahai, hebat juga hujah anda sebab kaitkan BI dengan ngaji Al-Quran, habis tu hebat sangatkah kalau setakat boleh baca Al-Quran tapi tak faham makna, kalau setakat macam tu memang elok juga kalau budak-budak sekolah rendah Malaysia reti baca BI & math dalam BI tapi tak faham apa yang mereka belajar! :lol:

!!! QUOTE !!!

ana ulang semula pertanyaan ana yang tak berjawab tu. sebelum maths & sains diajarkan dalam BI, apa yang pihak2 yang membangkang ini dah buat untuk membantu pelajar-pelajar mengatasi kelemahan mereka dalam BI? berapa banyak karya2 ilmiah yang DBP & pakar2 bahasa dah terjemahkan dalam BM untuk memudahkan para pelajar membuat rujukan? ada tindakan atau tidak?

tak ada orang jawab ye soalan ni, biar saya jawab: :-)

yang membantah adalah pakar2 bahasa yang menyertai kongres bahasa dan persuratan Melayu dan DBP sendiri, anda kena faham tugas mereka adalah memartabatkan bahasa Melayu bukan BI, jadi normal lah kalau mereka bangkang apa-apa perkara yang boleh menyebabkan bahasa Melayu tergugat, sebab itu memang kepakaran mereka.

berkenaan dengan soalan: "apa yang pihak2 yang membangkang ini dah buat untuk membantu pelajar-pelajar mengatasi kelemahan mereka dalam BI?"

jawapannya: saya pasti mereka juga mengalu2kan kementerian pelajaran untuk melakukan usaha2 yang boleh menjadikan masyarakat lebih cekap berbahasa inggeris, sebab itu memang tugas KPM, saya juga mengalu2kan usaha supaya masyarakat kita lebih pandai berBI, itu satu ilmu yang bermanfaat juga.

tapi yang mereka bantah adalah apabila bahasa tersebut semakin mengambil alih kedudukan dan keistimewaan bahasa Melayu di negara kita sendiri, inilah sebabnya Kenapa para pejuang bahasa Melayu di negara kita bantah perkara ini.

berkenaan dengan soalan: "berapa banyak karya2 ilmiah yang DBP & pakar2 bahasa dah terjemahkan dalam BM untuk memudahkan para pelajar membuat rujukan?"

jawapan: mereka memang layak bantah perkara ini, sebab merekalah yang terjemah dan terbitkan buku2 teks sekolah math & sains dalam BM dulu, itu memang sumbangan mereka sejak dari dulu, mereka dah jalankan tugas mereka dalam konteks pengajian di peringkat sekolah.

kalau pelajar2 Malaysia tak cekap berbahasa inggeris, salahkan guru2 BI, bukan salahkan guru2 sains & math!

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 15-11-06 09:36 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

2manis
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1909
Posting: 139
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-11-06 12:51


Jawapan yang sangat bernas dan bijak......kita tunggu pulak jawapan belit2 dari fathurrahman dan sokongan lucu membabibuta dari solskjaer.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For 2manisProfil   Hantar PM kepada 2manis   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 15:04


ini saya petik dari blog yang mana mereka ini adalah "orang sastera"


kita belajar bahasa Inggeris untuk menguasai ilmu sains dan matematikkah atau kita belajar ilmu sains dan metematik untuk menguasai bahasa Inggeriskah?


Belajar Math & sci dalam inggeris, bukan bererti kita mahir komunikasi dalam bahasa inggeris.
nak kuasai english kena selalu practise. practise make perfect. kan?



“Goodnite Encik Naga! See you tomorrow!”

“Uih! Umang tahu cakap London ke!?”

“Sikit-sikit! He he. Umang belajar ilmu sains dan matematik untuk reti bahasa Inggeris. Kalau tak belajar kira campur kira tolak, mana nak reti bahasa Inggeris!? Kalau tak belajar matahari terbit dari timur, mana nak tahu bahasa Inggeris!? Kan? Kan? Kan?”



-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-11-06 15:17


Pada 15-11-06 08:53 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!




kalau pelajar2 Malaysia tak cekap berbahasa inggeris, salahkan guru2 BI, bukan salahkan guru2 sains & math!





ok...kalau itu pendapat saudara ibnu_musa,saya rasa saya perlu utarakn pendapat saya pula...

seringkali golongan guru dalam konteks ini guru BI dpersoalkn & mungkin dpersalahkn (menurut pendapat anda)...Kenapa tidak kita melihat kepada keseluruhan faktor yang menyumbang kepada masalah ni...jgnlh mudah menuding jari kepada org lain...bukankh lebih elok menilai kelemahan diri sdr dahulu&cuba atasinya...kesianlh pada guru (guru2 BI yang dkatakn perlu dpersalahkn) yang telah mnjalankn tugas mereka tanpa jemu.

kerana nila setitik hbis susu sebelanga...

wallahua'lam...


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-11-06 15:21


Pada 15-11-06 12:51 , 2manis posting:

!!! QUOTE !!!

Jawapan yang sangat bernas dan bijak......kita tunggu pulak jawapan belit2 dari fathurrahman dan sokongan lucu membabibuta dari solskjaer.......


masing-masing mmpunyai pendapat sendiri...hormatilh pendapat org lain walaupon kita tak sependapat dengan mereka..

siapa kita untuk menjadi juri : siapa betul&siapa salah???


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

Al-Mustaqqim
WARGA SETIA
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 15:45


tetap sokong walau apa pun hujah yang dikeluarkan...
banyak kebaikan daripada keburukannya...
kalau asyik fikir kelemahan saja...
bilalah umat islam nak maju..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MustaqqimProfil   Hantar PM kepada Al-Mustaqqim   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 17:42


Pada 15-11-06 15:17 , hudahasnan posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-11-06 08:53 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!



kalau pelajar2 Malaysia tak cekap berbahasa inggeris, salahkan guru2 BI, bukan salahkan guru2 sains & math!



ok...kalau itu pendapat saudara ibnu_musa,saya rasa saya perlu utarakn pendapat saya pula...

seringkali golongan guru dalam konteks ini guru BI dpersoalkn & mungkin dpersalahkn (menurut pendapat anda)...

anda tak faham sebenarnya, saya bukannya salahkan guru BI, itu cuma satu kiasan supaya anda nampak apa yang sebenarnya perlu dilakukan dan apa yang tak perlu dilakukan.

!!! QUOTE !!!

tetap sokong walau apa pun hujah yang dikeluarkan...
banyak kebaikan daripada keburukannya...
kalau asyik fikir kelemahan saja...
bilalah umat islam nak maju..

umat Islam bukan hanya boleh maju bila kuasai BI, tapi kemajuan umat Islam boleh dicapai bila mereka kembali kepada ajaran agama Islam secara keseluruhan, bukan sekerat2.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 15-11-06 18:43 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 18:43


kerajaan kita sekarang sangat keliru tentang perkara ini, mereka sangkakan hanya dengan mengikut cara barat baru negara kita boleh maju, sedangkan mereka tak nampak jalan penyelesaian yang sebenar iaitu memperkasakan agama Islam secara keseluruhan.

contohnya, untuk mengatasi jenayah seksual, mereka mengambil keputusan supaya pendidikan seks diajar di sekolah, sedangkan yang perlu ditekankan sebenarnya adalah pendidikan agama secara yang lebih mendalam sebab ilmu agama itu meliputi semua aspek.

sama macam kes penyakit aids, ada cadangan supaya kondom dan jarum suntikan diberikan percuma kepada masyarakat. ini bukannya penyelesaian yang Islam ajar kepada kita!

terus terang saya katakan, antara BI dan bahasa Arab, kita sepatutnya lebih menekankan bahasa Arab supaya masyarakat lebih celik agama, lebih celik Al-Quran. tamadun Islam pernah menggemparkan dunia melalui penggunaan bahasa Arab (bahasa sendiri) bukan dengan belajar setiap perkara dalam BI, sebab Al-Quran itu mukjizat yang paling agung dalam dunia ini, ia jauh lebih hebat dari buku2 sains dari barat.

bahasa kita adalah bahasa Melayu dan bahasa Arab, sedangkan BI adalah bahasa penjajah, bukan tak boleh belajar, belajarlah untuk ceduk ilmu2 mereka, tapi jangan sampai ia mengambil alih tempat bahasa kita sendiri, biar cuba berdikari sikit dan jangan terlalu mengagungkan bahasa penjajah.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 21:56


istilah2 sains & math untuk pelajar darjah 1 bukannya payah..simple saja..
bukannya ada ayat2 sastera inggeris yang berbelit2....

apalah sangat sains & math untuk pelajar darjah satu....yang sainsnya,semuanya mudah..seronok &simple...kalau math,lagilah tak perlu ingat perkataan banyak-banyak,main dengan angka saja.....

nak2 pulak,pelajar2nya budak-budak umur 7,8 tahun...lagilah cepat tangkap!!!!!
kalau yang dah tua macam umur 20,30 tahun..mungkin payah sikit sebab otak dah berkarat...tapi,kalau bebudak 7,8 tahun...mm...tak ada susahnya...

istilah2 sains kalau dimelayukan pun,pening juga memikirnya sebab banyak istilah2 sains memang dari bahasa iggeris atau bahasa greek....

lagi awal mereka ni didedahkan dengan istilah2 sains & math dalam BI,lebih mudahlah mereka bila masuk U,sebab kalau kita ambil bidang sains terutamanya medik dan engineering,semuanya guna BI....yang bukan sains pun guna BI contohnya IT...

so,kalau pelajar2sejak awal lagi(umur 7 tahun) dah biasa dengan istilah sains & math dalam BI,takdelah terlalu kekok bila dah masuk universiti terutamanya yang nak ambil aliran math & sains.....

kebanyakan jurnal2 sains dalam BI,buku2 rujukan math & sains dalam BI,nak cari maklumat kat internet pun dalam BI,software2 sains & math pun dalam BI,nak buat research paper bagi aliran sains memang sebahagian besarnya dalam BI....so,lagi awal didedahkan kepada pengajaran math & sains dalam BI,lagi senang....terutamanya bebudak umur6,7,8 tahun..mereka ni lagi cepat tangkap!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 22:41


oklah,saya faham Kenapa ada yang tak bersetuju pengajaran math &sains dalam BI.....

tapi,buat masa sekarang ni,biarlah kita menguasai sanis & math ni dalam BI ,
dah memang keperluannya buat masa sekarang ni kita kena kuasai sains,math & teknologi dan kebetulan pulak bahasa utama untuk sains,teknologi,math ni adalah dalam BI...kita kuasai dulu teknologi2 mereka ni

dah pandai esok,bila dah ramai pakar2 kita dari malaysia,kita terjemah semua rujukan,software yang dalam BI tu kepada bahasa yang kita suka(bahasa melayu/bahasa arab).......

bila dah maju sikit,kita ajar budak-budak sekolah guna bahasa yang kita suka,
then kita minta pakar2 kita tadi tulis sendiri buku rujukan..guna bahasa ibunda kita.....last2..semua rujukan,software untuk pelajaran di sekolah & ipt,semunya guna bahasa ibunda kita...

mula2 kita cilok semua teknologi barat tu--->kita modified teknologi tersebut---->kita cipta teknologi kita sendiri

tamadun barat hebat dalam sains & teknologi,ingat mereka belajar BI saja ke masa mula2 kebangkitan tamadun ilmu mereka????

mereka belajar bahasa arab!sebab masa tu islam yang menguasai tamadun ilmu & sains ni......

so,sekarang ni,disebabkan yang menguasai sains,teknologi ni adalah dari barat,nak tak nak kita kena belajar BI(kebetulan sebab bahasanya bahasa inggeris)..betul tak???lagi awal belajar lagi bagus....

apa yang barat buat bila tengok tamadun ilmu islam maju masa zaman kebangkitan islam dulu....mereka cedok ilmu2 dari ilmuan islam dengan belajar bahasa inggeris ke????mestilah mereka belajar bahasa arab....

bila mereka kuasai bahasa arab,then kuasai ilmu2 yang ilmuan2 islam
kaji terlebih dahulu......mereka terjemah karya2 b.arab ke bahasa mereka...last2 mereka maju dalam ilmu2 sains tersebut (walaupun orang-orang islam yang mula2 kuasai)....akhirnya..mereka berjaya kembangkan ilmu2 sains & teknologi tersebut..last2,mereka berjaya menerokai ilmu baru,cipta teknologi baru seperti yang anda tengok pada hari ini....kebetulanlah pulak bahasa mereka adalah BI...

jadi,untuk memulakan kebangkitan islam dalam tamadun ilmu,kita PERLU kuasai ilmu sains & teknologi (kebetulan ilmu disampaikan dalam BI)

nanti,bila kita dah berjaya menguasai teknogi2 yang ada,kita boleh cipta teknologi2 baru...kita boleh ada sistem internet kita sendiri,sistem telekomunikasi kita sendiri..dan yang penting...semuanya dalam bahasa kita sendiri yang kita sukai(b.arab/BI)

macam mana?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 23:17


ini bukan persoalan kita mengagungkan bahasa penjajah......

ini persoalan bagaiamaan kita nak menguasai ilmu2 sains,math & teknologi supaya kita dapat menguasai dengan cepat & kita tidak jauh ketinggalan memandangkan perkembangan ilmu sekarang ini sudah semakin laju......

kebetulan pula yang menguasai ilmu2 ini adalah dari negara2 Barat,yang menggunakan BI sebagai bahasa utama dalam penyebaran dan pengajaran ilmu ini.....

jadi,ia adalah kePERLUan,bukannya kita mengagungkan bahasa penjajah..
jadi, lebih awal kita dedahkan pelajar2 kita dengan ilmu sain &math dalam BI,lebih bagus....

tamadun Barat dulu pun belajar b.arab untuk kuasai ilmu
sebab ia adalah kePERLUan untuk mereka pada ketika itu
sebab masa tu,kitab2 rujukan dalam bahasa arab,universiti pun guna b.arab...masa tu,mereka memang hadapi zaman gelap
sekarang ini,mereka berjaya kuasai ilmu2 yang pernah islam kuasai suatu ketika dulu...dan mereka kuasai b.arab sebab nak belajar ilmu,bukannya nak agungkan bahasa arab....tak ada pula bahasa ibunda mereka 'terkorban' sebab nak kuasai ilmu sains & math dimasa awal kebangkitan tamadun ilmu Barat...

dan kita kena cedok ilmu2 mereka...sebab tu kena kuasai BI,bukan untuk mengagungkan,tapi sebab nak belajar ilmu...
nanti,bila kita pula dah berjaya,kita sebarkan ilmu kita dalam b.arab semula.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 23:24


bagus artikel2 di blog ini.
ini antara yang saya petik di blog mohd fahrul razi

di www.alhikmah-diari.blogspot.com

RAHSIA MISI BAHASA MELAYU(7)

MISI MUSTAHAK

Penulis tidak tahu bagaimana pandangan dan matlamat para pejuang bahasa melayu yang lain.Tetapi bagi diri penulis,dengan jatidiri dan kefahaman yang ada pada diri penulis terhadap matlamat sebenar hidup seorang muslim dan bertindak sebagai seorang pejuang islam yang mahu menegakkan kalimah Allah di muka bumi Malaysia,penulis beranggapan memartabatkan bahasa melayu itu merupakan misi mustahak bagi meletakkan batu asas kepada kebangkitan islam di bumi malaysia.

Penulis membawa beberapa idea lain dalam diri penulis,sebahagiannya sudah berakar kukuh dalam sanubari penulis dan tidak akan berubah dan sebahagian yang lain pula masih terus diperkuat dan diperbaiki dari semasa ke semasa.Penulis mengaku bahawa memunculkan idea yang masih belum cukup utuh merupakan suatu risiko yang tinggi. Setelah penulis mendengar dan membaca mengenai pelbagai ancaman demi ancaman yang melanda umat islam khususnya para pemuda dan pemudi,penulis berasa adalah penting untuk penulis bersuara lantang agar pejuang-pejuang hebat islam yang sedang lena sekarang mampu bangun dan bangkit.

Penulis percaya setiap pemuda dan pemudi islam sebenarnya mempunyai idea-idea bernas malah tajam pemikiran mereka.Penulis tampilkan idea penulis hanya sebagai hentakan dan daya kejutan supaya para pejuang muda yang merupakan pejuang islam sebenar dapat melontarkan idea yang benar-benar bernas dan menyelamatkan umat islam.

Mengembalikan bahasa melayu dalam pengajaran sains dan matematik di malaysia perlu bagi membasmi lahirnya para cendikiawan yang tentu sekali akan terjun dalam bidang kritikal tamadun,yang ilmu di dada mereka tiada roh islam.Penulis telah terangkan apa itu tujuan ilmu,dan bagaimana ilmu berada dalam satu-satu bahasa.Bahasa mampu berperanan sebagai alat menyebarkan nilai dan budaya.Sesungguhnya usaha orang melayu untuk bertukar menjadi sebahagian dari umat islam tidak wajar dikorbankan.Usaha para ulama dari arab dan ulama melayu yang lahir yang berusaha keras menyebarkan ilmu tauhid dan wahyu sehingga tertanamnya roh ilmu islam ke dalam dunia melayu tidak wajar dimusnahkan.

Usaha-usaha mereka bagi menjadikan kaum melayu sebagai golongan yang disebut di dalam al quran ,
"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu`min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui." (al maidah:54)

mengapa penulis beranggapan bahasa inggeris sebagai elemen yang tidak mampu berperanan sebagai bahasa yang menyebarkan roh islam juga padahal kitab-kitab ulama yang hebat-hebat juga banyak sekali ada di dalam bahasa inggeris dewasa ini?

Penulis bersetuju dengan pendapat di atas,bahawa kitab-kitab ulama dalam bahasa inggeris juga bilangannya boleh dikatakan banyak.NAMUN, hal ini kerana penulis mengambilkira kecenderungan bahasa inggeris di MALAYSIA adalah bahasa inggeris yang menyebarkan nilai yang terpesong dari semangat roh islam.

Oleh itu,penulis menganggap bahaya meletakkan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik yang merupakan bidang kritikal dan teras kepada ilmu teknologi yang akan dimanfaatkan oleh tamadun yang ingin dibina pihak kerajaan di malaysia.

Mari kita renung.

Penutur bahasa inggeris yang ada di kalangan orang melayu memang boleh digolongkan sehingga membentuk satu golongan yang aneh.Mereka orang melayu yang bukan sekadar bercakap bahasa Inggeris tetapi tidak mempamerkan ketaatan dalam ajaran islam.Kita sering keliru dimana mereka letak iman mereka.Golongan inilah yang digelar sebagai golongan liberal dalam komuniti melayu.

Segelintirnya ialah ahli perniagaan atau para pemimpin politik.segelintir yang lain ialah golongan muda mudi yang terjun dalam sekularisme artis dan fahaman hedonisme kritikal.

ada di kalangan mereka yang menjadikan cara hidup barat sebagai rujukan.ada yang sudah biasa dengan hubungan kelamin di luar nikah,minum minuman keras,berpesta di disko-disko,mungkin ada yang tidak sampai ke tahap itu namun sudah mula memandang ajaran islam sebagai kolot,memandang rendah ulama,menjadikan kemajuan material seperti kekayaan harta atau daya kelulusan akademik sebagai kayu pengukur kemuliaan seseorang individu.

Mereka lupa tentang akhlak,tentang iman,tentang taqwa,tentang roh islam dan semangat kehambaan yang perlu sentiasa ada pada diri seorang islam. Mereka mudah mempersendakan hal-hal agama,tidak berhati-hati dalam soal akhlak sesama saudara sehingga mengeluarkan kata-kata menghina atau kata-kata riyak dan takabbur juga tidak mereka kira kesannya.Mereka beramal dan mengaku islam tetapi mereka beramal tanpa yakin yang Allah melihat mereka.Tiadanya malu pada Allah s.w.t.

Golongan ini semakin melebarkan pengaruh mereka.

Apabila sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris,apa yang ditanam dalam persepsi anak-anak muda islam sejak kecil ialah bahasa Inggeris itu bahasa ilmu.Bahasa yang elit. Bahasa yang agung.Kerana matapelajaran sains dan matematik di sekolah rendah akan mula berpecah kepada bidang yang lebih khusus di peringkat menengah seperti fizik,kimia,biologi,ekonomi,prinsip akaun dan sebagainya.

Bidang-bidang ini akan menjadi lebih khusus dan semuanya merupakan bidang-bidang kritikal yang bakal melahirkan tenaga pakar yang merupakan pemain utama dalam merencana pembangunan dan hidup mati negara.

Mereka akan lahir sebagai doktor,jurutera,arkitek,akauntan,pakar ekonomi,ahli perniagaan,malah para pemimpin juga.Apabila pemikiran mereka sejak kecil telah memandang bahasa inggeris sebagai bahasa yang agung,mereka yang selalu merujuk buku sarjana barat tentunya akan ditanam corak pemikiran dan berfikirnya gaya barat. Mirip apa yang cuba ditanam semasa renassaince dan zaman-zaman perubahan tamadun barat di waktu silam.

Terdedahnya mereka kepada golongan liberal juga adalah besar.Golongan liberal yang akan menjadikan penulisan-penulisan ilmiah dalam bahasa inggeris juga mampu untuk meracun pemikiran anak-anak muda yang bakal menjadi tenaga-tenaga pakar ini untuk bersama-sama mengembangkan pemikiran liberal dalam kehidupan masyarakat.

Tentunya apabila lahir sahaja generasi baru yang seterusnya dari benih-benih kelompok ini,maka generasi baru itu sudah pun jauh dari jalan-jalan perjuangan para ulama.jalan-jalan perjuangan para sahabat dan tabiien.dan lebih penting jauhnya dari jalan-jalan sunnah Rasulullah dan jalan hidayah dan redha Allah.

Dan ketika keadaan itu berlaku,para daie terpaksa untuk menguasai bahasa inggeris sebagai wadah penyebaran dakwah dan seruan untuk kembali pada cara hidup islam.Namun,apabila pertembungan ilmiah antara para daie dan para puak liberal dibuat dalam bahasa inggeris maka, skop pertarungan itu sudah meluas hingga agak mudah untuk pihak luar dari barat yang menjadi musuh islam untuk turut sama menyokong golongan liberal menenggelamkan para daie.Ketika itu para daie dan ulama akan menghadapi zaman sukar untuk mengembalikan maruah dan suara kita umat islam.

perkara ini tidak akan berlaku jika pertembungan minda itu dibuat dalam bahasa melayu.majoriti orang melayu adalah beragama islam jika digabungkan indonesia dan brunei juga.Suara para daie dan ulama adalah lebih kuat.Pihak barat agak sukar untuk bersama-sama menyokong atau bersama-sama terjun dalam pertarungan minda ini,kerana pihak barat perlu mempelajari bahasa melayu dahulu.

usaha para ulama silam dalam menjadikan kaum melayu sebagai kaum beragama islam merupakan satu rahmat bagi umat islam di malaysia.Musuh tidak akan berhenti memberikan ancaman kepada maruah dan hak agama kita mewarisi dunia ini.

Jika usaha mengembalikan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu dapat diusahakan pada 2008 nanti.Maka para pejuang islam bolehlah mengorak langkah dalam mengembalikan tulisan jawi sebagai tulisan bahasa melayu secara berperingkat.

apabila kaum melayu sudah dapat bersebati dengan tulisan jawi semula maka akan terbukalah kembali khazanah agung ilmu para ulama melayu yang tersimpan selama ini.Kemudian,tulisan jawi dalam bahasa melayu juga akan mendekatkan orang melayu dengan bahasa al quran semula.Al quran,hadis,dan pelbagai cabang ilmu islam akan kembali bertapak kukuh dalam masyarakat islam.

Bayangkanlah apabila penuntut-penuntut di kalangan para pejuang kita mula mempelajari sains dan matematik dalam bahasa melayu melalui tulisan jawi.Mereka akan semakin dekat dengan tulisan para ulama.Akan lahirlah nanti pakar-pakar dalam setiap bidang kritikal yang teguh pegangan agamanya dengan roh islam bersemadi dalam jiwa.Maka tamadun yang diusahakan oleh pihak kerajaan akan berjaya dibina atas usaha anak-anak muda para pejuang islam kita yang berjiwa islam yang tulen!

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 16-11-06 00:02


Pada 15-11-06 12:51 , 2manis posting:

!!! QUOTE !!!

Jawapan yang sangat bernas dan bijak......kita tunggu pulak jawapan belit2 dari fathurrahman dan sokongan lucu membabibuta dari solskjaer.......


ni apa hal pulak?awak tu agaknya yang nak memBABI buta kat sini...janganla menyampuk tak tentu hala...ikut sukala nak sokong ke nak apa ke..ada kacau kau ke?

ikut pendapatla...masing-masing punya pendapat...jangan kelam kabut...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 16-11-06 00:03


baca dan bagi pendapat sudahla...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 16-11-06 05:51


Pada 15-11-06 08:53 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!


yang membantah adalah pakar2 bahasa yang menyertai kongres bahasa dan persuratan Melayu dan DBP sendiri, anda kena faham tugas mereka adalah memartabatkan bahasa Melayu bukan BI, jadi normal lah kalau mereka bangkang apa-apa perkara yang boleh menyebabkan bahasa Melayu tergugat, sebab itu memang kepakaran mereka.

tergugatkah? ada berapa banyak subjek yang diambil oleh pelajar-pelajar UPSR, PMR & SPM keseluruhannya? sains & maths hanya 2 subjek daripada banyak-banyak subjek yang mereka belajar di sekolah (termasuk BI = 3). yang lainnya masih diajar dalam BM. mereka bertutur sesama rakan pun dalam BM juga. jadi apa yang tergugat?

!!! QUOTE !!!

mereka memang layak bantah perkara ini, sebab merekalah yang terjemah dan terbitkan buku2 teks sekolah math & sains dalam BM dulu, itu memang sumbangan mereka sejak dari dulu, mereka dah jalankan tugas mereka dalam konteks pengajian di peringkat sekolah.

ibnu_musa, sebelum pengajian sains & math dalam Bi dilaksanakan, bila kali terakhir buku teks di sekolah2 dikemaskini? ada ke setiap tahun, ataupun dah bertahun2 guna buku yang sama saja?

!!! QUOTE !!!

umat Islam bukan hanya boleh maju bila kuasai BI, tapi kemajuan umat Islam boleh dicapai bila mereka kembali kepada ajaran agama Islam secara keseluruhan, bukan sekerat2.

pandai pun saudara kita ni. kembali kepada ajaran Islam tu termasuklah menanamkan sifat2 positif dalam diri untuk jadi peribadi Muslim yang cemerlang. di antara sifat2 positif tersebut termasuklah berani menyahut cabaran, tak mudah menyerah kalah, sentiasa memajukan diri menuju kecemerlangan, bersikap dinamik, berdaya saing dengan bangsa asing untuk memajukan diri, agama & bangsa dll...... termasuk di dlmnya mempelajari bahasa asing untuk memperkasakan penguasaan ilmu, tak begitu? ;-)

Islam bukan suruh tumpukan pada akhirat sehinga melupakan dunia. dunia pun ada bahagiannya yang perlu diambil


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 16-11-06 05:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 16-11-06 05:55


Pada 15-11-06 23:17 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!

tamadun Barat dulu pun belajar b.arab untuk kuasai ilmu
sebab ia adalah kePERLUan untuk mereka pada ketika itu
sebab masa tu,kitab2 rujukan dalam bahasa arab,universiti pun guna b.arab...masa tu,mereka memang hadapi zaman gelap
sekarang ini,mereka berjaya kuasai ilmu2 yang pernah islam kuasai suatu ketika dulu...dan mereka kuasai b.arab sebab nak belajar ilmu,bukannya nak agungkan bahasa arab....tak ada pula bahasa ibunda mereka 'terkorban' sebab nak kuasai ilmu sains & math dimasa awal kebangkitan tamadun ilmu Barat...

dan kita kena cedok ilmu2 mereka...sebab tu kena kuasai BI,bukan untuk mengagungkan,tapi sebab nak belajar ilmu...
nanti,bila kita pula dah berjaya,kita sebarkan ilmu kita dalam b.arab semula.....

itu lah, orang-orang barat dulu pun boleh turunkan ego mereka untuk cedok ilmu daripada bangsa Arab (atau lebih spesifik, umat Islam)

orientalist barat tu pun sanggup belajar bahasa arab untuk pelajari AQ & kondem umat Islam

mslhnya yang Islam ni pulak ego tinggi melangit nak belajar bahasa org lain, sdgkan ia dah jadi satu keperluan untuk kuasai ilmu daripada bangsa asing


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 16-11-06 06:05


ASSALAMMUALAIKUM.........
Hmmm...tak salah sains dan matematik dalam bahasa Inggeris cuma...saya tak berapa setuju sebab kebanyakan yang menjadi mangsa ialah majoriti anak2 Melayu di kampung yang rata2 belum menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris...Jika gagal menguasai BI macam mana nak memahami ilmu dan mendalaminya. Yang paling penting PERKASAKAN dahulu BI anak2 Melayu di kampung2, kemudian barulah diketengahkan Matematik dan Sains dalam BI...


-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 16-11-06 06:06


Pada 15-11-06 23:24 , zaidakhtar posting:

!!! QUOTE !!!

Penulis tidak tahu bagaimana pandangan dan matlamat para pejuang bahasa melayu yang lain.Tetapi bagi diri penulis,dengan jatidiri dan kefahaman yang ada pada diri penulis terhadap matlamat sebenar hidup seorang muslim dan bertindak sebagai seorang pejuang islam yang mahu menegakkan kalimah Allah di muka bumi Malaysia,penulis beranggapan memartabatkan bahasa melayu itu merupakan misi mustahak bagi meletakkan batu asas kepada kebangkitan islam di bumi malaysia.

(maaf ana tak quote sampai habis sebab panjang sangat)

ana cadangkan saudara penulis blog tu baca sejarah hidup Almarhum Syeikh Ahmad Deedat. seorang yang berasal daripada India, datang ke Afrika & langsung tak fasih berbahasa Inggeris. beliau melihat missionaries di sana sangat aktif memurtadkan umat Islam, sejak tu Almarhum berusaha bersungguh2 untuk menguasai BI, ilmu agama & Bible untuk berhujah dengan missionaries ni & menyelamatkan ramai remaja Islam di sana daripada murtad. ambil juga contoh Zakir Naik dll.

para dai'e & ustaz2 patut ambil contoh daripada mereka ni. hari ni Islam diserang dengan gerakan liberal & orang-orang kristian, kamu masih nak hidup dalam kepompong sendiri. lepas tu nak harap kat siapa nak waktu nak berdepan dengan golongan2 macam ni?

patutnya org yang ada ilmu agamalah yang paling ke hadapan, bukan suruh org menoleh ke belakang atau melarikan diri dengan tak belajar BI. ulama' kat tanah Arab dah ramai yang fasih berbahasa inggeris sebab nak luaskan medan dakwah mereka, orang-orang kat Malaysia pulak suruh putar jarum ke belakang. aduhai!


triptofana:

!!! QUOTE !!!

nak kuasai english kena selalu practise. practise make perfect. kan?

practice, not practise. practice makes perfect :-)


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 16-11-06 06:14 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-11-06 09:23


Pada 15-11-06 22:41 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!

tapi,buat masa sekarang ni,biarlah kita menguasai sanis & math ni dalam BI ,
dah memang keperluannya buat masa sekarang ni kita kena kuasai sains,math & teknologi dan kebetulan pulak bahasa utama untuk sains,teknologi,math ni adalah dalam BI...kita kuasai dulu teknologi2 mereka ni

dah pandai esok,bila dah ramai pakar2 kita dari malaysia,kita terjemah semua rujukan,software yang dalam BI tu kepada bahasa yang kita suka(bahasa melayu/bahasa arab).......

bila dah maju sikit,kita ajar budak-budak sekolah guna bahasa yang kita suka,
then kita minta pakar2 kita tadi tulis sendiri buku rujukan..guna bahasa ibunda kita.....last2..semua rujukan,software untuk pelajaran di sekolah & ipt,semunya guna bahasa ibunda kita...

mula2 kita cilok semua teknologi barat tu--->kita modified teknologi tersebut---->kita cipta teknologi kita sendiri

kalau anda kata itu langkah kita untuk MAJU KE HADAPAN, bermaksud dengan menterjemah balik buku2 yang dah diterjemah dalam BM ke dalam BI semula, bukankah kita dah melangkah UNDUR KE BELAKANG semula? :-? :-o

!!! QUOTE !!!


tamadun barat hebat dalam sains & teknologi,ingat mereka belajar BI saja ke masa mula2 kebangkitan tamadun ilmu mereka????

mereka belajar bahasa arab!sebab masa tu islam yang menguasai tamadun ilmu & sains ni......

so,sekarang ni,disebabkan yang menguasai sains,teknologi ni adalah dari barat,nak tak nak kita kena belajar BI(kebetulan sebab bahasanya bahasa inggeris)..betul tak???lagi awal belajar lagi bagus....

pandai pun, memang kita perlu belajar bahasa bangsa yang maju supaya kita boleh cedok ilmu2 dari mereka. tapi bukankah mereka terjemah karya2 dari bahasa Arab ke dalam bahasa mereka sendiri, atau mereka terus guna kitab2 Arab sampai sekarang? :-?

pernahkah berlaku, mereka terjemahkan balik karya2 yang dah mereka terjemah, ke dalam bahasa Arab semula, sebab bahasa Arab ketika itu adalah bahasa ilmu pengetahaun, ada berlaku tak?

!!! QUOTE !!!


bila mereka kuasai bahasa arab,then kuasai ilmu2 yang ilmuan2 islam
kaji terlebih dahulu......mereka terjemah karya2 b.arab ke bahasa mereka...last2 mereka maju dalam ilmu2 sains tersebut (walaupun orang-orang islam yang mula2 kuasai)....

a'ah, pandai pun, mereka terjemah karya2 bahasa Arab ke bahasa mereka sendiri, bukan mereka terjemah balik buku2 mereka ke dalam bahasa Arab! :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 16-11-06 10:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-11-06 09:30


Pada 16-11-06 05:51 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

tergugatkah? ada berapa banyak subjek yang diambil oleh pelajar-pelajar UPSR, PMR & SPM keseluruhannya? sains & maths hanya 2 subjek daripada banyak-banyak subjek yang mereka belajar di sekolah (termasuk BI = 3). yang lainnya masih diajar dalam BM. mereka bertutur sesama rakan pun dalam BM juga. jadi apa yang tergugat?

dalam UPSR, hanya subjek BM saja dalam bahasa Melayu, semua subjek lain dalam BI, boleh anda kira berapa peratus (%) kedudukan bahasa kita dalam peperiksaan itu nanti? :-?

kita berada di negara mana sekarang ni? betulkan kita di negara sendiri (Malaysia)? :-?

!!! QUOTE !!!


ibnu_musa, sebelum pengajian sains & math dalam Bi dilaksanakan, bila kali terakhir buku teks di sekolah2 dikemaskini? ada ke setiap tahun, ataupun dah bertahun2 guna buku yang sama saja?

kalau buku yang sama boleh diterjemah dalam BI, bukan ke makin senang kalau ia diupdate saja dalam BM? yang tak buat kerja kemaskini tu bukan ke kerajaan sendiri (KPM)?

atau kalau terjemah buku ke dalam BI, tak payah guna kertas? :-?

!!! QUOTE !!!


di antara sifat2 positif tersebut termasuklah berani menyahut cabaran, tak mudah menyerah kalah, sentiasa memajukan diri menuju kecemerlangan, bersikap dinamik, berdaya saing dengan bangsa asing untuk memajukan diri, agama & bangsa dll...... termasuk di dlmnya mempelajari bahasa asing untuk memperkasakan penguasaan ilmu, tak begitu? ;-)

ada sesiapa kata tak perlu belajar bahasa inggeris di sekolah ke? ada pihak yang suruh mansuhkan ke? habis tu, dalam subjek BI kita belajar math & sains ke, tak ke belajar bahasa asing? :-?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 16-11-06 10:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-11-06 09:32


Pada 16-11-06 05:55 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

itu lah, orang-orang barat dulu pun boleh turunkan ego mereka untuk cedok ilmu daripada bangsa Arab (atau lebih spesifik, umat Islam)

orientalist barat tu pun sanggup belajar bahasa arab untuk pelajari AQ & kondem umat Islam

mslhnya yang Islam ni pulak ego tinggi melangit nak belajar bahasa org lain, sdgkan ia dah jadi satu keperluan untuk kuasai ilmu daripada bangsa asing


ada sesiapa kat sini termasuk di DBP kata tak perlu belajar bahasa asing ke? bukankah sejak dari darjah satu kita dah belajar BI, ada sesiapa bantah ke? DBP ada bantah? :-?

masa UPSR dulu, saya tak belajar pun math dan sains dalam BI tapi dapat skor A dalam semua subjek termasuk BI sendiri, atau maybe memang guru2 bertutur dalam BI agaknya masa mengajar tapi saya saja yang tak sedar agaknya, kalau tak saya takkan dapat skor subjek BI sampai tamat sekolah... :roll:

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 16-11-06 09:51 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

khoironnaajih
Warga Rasmi
Menyertai: 10.05.2004
Ahli No: 8889
Posting: 15
Dari: alor star

Kedah  


posticon Posting pada: 16-11-06 11:24


tiada masalah pembelajaran sains dan matematik dalam BI, tapi kita tengok dari segi pengajaran tu bagaimana.guru kena tengok juga .bagaimana prestasi semasa pelajar.kalau pelajar jenis tak berapa nak reti BI, jangan lah masuk2 kelas terus hantam speaking BI semua.ada cikgu begini.anak murid terpinga2.cikgu kata pa?ajar pa?golongan pelajar begini yang akan teruk nanti.kita kena sistematikkan sistem pangajaran dan pembelajaran yang mana sesuai bagi meningkatkan keupayaan pelajar dalam sesuatu subjek.entahlah.fikir2kanlah yang mana baik.bukan ka?

Bookmark and Share

    


  Member Information For khoironnaajihProfil   Hantar PM kepada khoironnaajih   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 16-11-06 17:00


:-) hmm. komen dalam Harakahdaily terhadap tulisan 'surat pembaca' sebelum ini

Thu | Nov 16, 06 | 12:27:42 PM

Oleh Awangmat Awangsoh.

Assalamualaikum
Tulisan Shamatul Aidah begitu jujur tentang isu bahasa sendiri. Begitu mudah beliau melihat bahasa dalam aspek peribadinya. Persoalannya apakah tidak perlu dipersoalkan apa-apa yang lebih daripada itu. Misalnya persoalan itukah perisian dan yang sewajarnya untuk kelangsungan bangsa kita. Dan itukah semangat atau minda kita terhadap 'perjuangan' bahasa kita untuk membentuk tamadun tersendiri berasaskan acuan kita.

Saya kira dalam hal ini kita perlu bertitik tolak dari pandangan ilmu bahasa yang boleh dipegangi dan bukan sekadar teori pandangan hinggakan kita terkial-kial dalam tauhid bahasa untuk dipegangi dan dihayati. Takut nanti akibatnya berentetan lagi ciri atau premis 'tiga ba' yakni bangang-bacul-barua... yang tidak berkesudahan. Maaf kerana memilih istilah yang agak 'nakal'.

Bahasa bukan sekadar aspek tatabahasa, ejaan ataupun istilah tetapi lebih dari itu. Misalnya minda Melayu berkait erat dengan bahasanya, yakni bahasa Melayunya. Bahasa atau kata juga lebih dahulu wujudnya daripada cipta. Lihatlah minda bahasa kita Melayu melalui penciptaan pantun, seloka dan sebagainya. Saya bimbang minda ini akan hilang disebabkan kita tidak lagi berinteraksi secara baik dengan bahasa kita sendiri. Kerana mesra bahasa Melayu semakin renggang keadaannya apabila segalanya nak diinggeriskan.

Kita kena ambil iktibar isu bahasa ini seperti dalam isu negara Islam dan individu Islam. Hanya berdasarkan telah Islam dan nama Islam atau diisytiharkan Islam maka tidak perlu lagi diperjuangkan hal-hal berkaitan/perisian Islam... begitukah. Hanya kerana negara kita telah diisytiharkan Islam maka redalah masyarakat Islam dengan perisytiharan itu. Tidak begitu. Kita perlu teruskan pemartabatan Islam tersebut dan bukan lena dan cukup sekadar itu.

Begitu juga bahasa, walaupun telah termaktub dalam perlembagaan, tidak bererti isu bahasa telah selesai- biarkan bahasa sendiri diketepikan dan diperleceh. Inikah yang kita kehendaki berlaku pada bahasa kita. Perumpamaannya seperti seorang Islam yang meminum arak walaupun ia tetap seorang Islam, dan negara ini tetap bahasanya bahasa Melayu walaupun ia menggunakan bahasa Inggeris dalam bahasa pengantar. Fikir-fikirkanlah.

Usah main-main dengan bahasa kelak bangsa binasa. Dek kerana nak maju usah dilupa kain dan baju. Bijak bahasa pernah bermadah, 'biar tertikam dek keris daripada tertikam dek bahasa'. Bahasa itu pakaian akal, di mana nanti akal Melayu untuk diwarisi kerana satu lagi warisan dunia telah hilang... tidak guna lagi dunia tangisi pada waktu itu.


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com
[ Telah diedit oleh: zaidakhtar pada 16-11-06 17:02 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-11-06 18:44


saya petik dari akhbar hari ini: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Nasional/20061116105858/Article/


‘Kefahaman Matematik, Sains merosot’


KUALA LUMPUR: Umno Johor mendakwa pelajar luar bandar kini hilang keyakinan manakala guru semakin tertekan sejak bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada 2003.

Dakwaan itu dibuat berdasarkan satu kajian yang diterima Umno Johor. Kajian itu mendedahkan 8,886 individu membabitkan pelajar luar bandar dan guru dari 242 sekolah menengah di seluruh negara, mengalami keadaan berkenaan.

Wakil Johor, Senator Dr Mohd Puad Zarkashi yang mendedahkan hasil kajian itu, berkata kefahaman pelajar terhadap dua mata pelajaran itu semakin merosot dan keputusan peperiksaan pula merudum.

"Lalu apakah matlamat kita memaksa pelajaran berkenaan diajar dalam bahasa Inggeris," katanya ketika membahas usul ucapan dasar Presiden.

Dr Mohd Puad turut menyentuh peranan kerajaan yang perlu membantu media berbahasa Melayu bagi menjaga kuasa maklumat.

Beliau berkata, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu disyaratkan peratusan yang munasabah mengiklan di akhbar berbahasa Melayu.

Katanya, pendapatan iklan akhbar Melayu di negara ini jika dicampur keseluruhannya hanya RM563 juta berbanding akhbar berbahasa Inggeris RM1.2 bilion dan akhbar Cina (RM941 juta).

Beliau juga mencadangkan semua televisyen berbayar dan kabel, diletakkan di bawah Kementerian Penerangan dan bukannya kementerian lain.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 19:47


Pada 16-11-06 09:30 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!


dalam UPSR, hanya subjek BM saja dalam bahasa Melayu, semua subjek lain dalam BI, boleh anda kira berapa peratus (%) kedudukan bahasa kita dalam peperiksaan itu nanti? :-?

Kenapa ambil subjek untuk peperiksaan saja? waktu sekolah rendah dulu ibnu_musa belajar hanya 4 atau 5 subjek sajakah?

isunya dikatakan kedudukan BM akan terjejas, maka ana katakan tidak, sebab subjek yang melibatkan BI hanya 3 daripada keseluruhan subjek yang diajarkan di sekolah-sekolah (tak termasuk aliran sains)

bahkan guru2 pun bukan jenis yang tak berhati perut, kalau pelajar-pelajar tak faham sedikit sebanyak mereka akan terangkan dalam BM

!!! QUOTE !!!

tahun, ataupun dah bertahun2 guna buku yang sama saja?kalau buku yang sama boleh diterjemah dalam BI, bukan ke makin senang kalau ia diupdate saja dalam BM? yang tak buat kerja kemaskini tu bukan ke kerajaan sendiri (KPM)?

mslhnya sebelum ditukar pada maths & sains pun, jarang sekali dikemaskini bukan? jadi apa peranan ahli2 bahasa & DBP sebenarnya, kalau benarlah nak martabatkan BM? sudahlah buku teks dikemaskini entah berapa tahun sekali, kerja2 penterjemahan karya ilmiah pun boleh dikira dengan jari

!!! QUOTE !!!

ada sesiapa kata tak perlu belajar bahasa inggeris di sekolah ke? ada pihak yang suruh mansuhkan ke? habis tu, dalam subjek BI kita belajar math & sains ke, tak ke belajar bahasa asing? :-?

ada ke ana sebut ada pihak yang suruh mansuhkan terus pembelajaran BI di sekolah? baca betul-betul apa yang ana dah tulis


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 19:57


Pada 16-11-06 17:00 , zaidakhtar posting:

!!! QUOTE !!!


Bahasa bukan sekadar aspek tatabahasa, ejaan ataupun istilah tetapi lebih dari itu. Misalnya minda Melayu berkait erat dengan bahasanya, yakni bahasa Melayunya. Bahasa atau kata juga lebih dahulu wujudnya daripada cipta. Lihatlah minda bahasa kita Melayu melalui penciptaan pantun, seloka dan sebagainya. Saya bimbang minda ini akan hilang disebabkan kita tidak lagi berinteraksi secara baik dengan bahasa kita sendiri. Kerana mesra bahasa Melayu semakin renggang keadaannya apabila segalanya nak diinggeriskan.

ana tak faham apa yang nak disampaikan oleh penulis ni. apa kaitan bidang sastera dengan pembelajaran sains & maths dalam BI? seandainya sains & maths diajar dalam BM sekalipun, berpantun, berseloka etc. tak termasuk dalam silibus subjek2 tersebut

belajar sains & maths dalam BM takkan meningkatkan kemahiran para pelajar untuk berpantun seloka, atau ada kaitan dengan identiti bangsa melayu. so what's the point here?


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

yanokage
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20839
Posting: 275
Dari: SMK (A) Al-Irshad

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-11-06 07:40


kertas soalan sains kalau nak buaT BI JUGAK, jangan buat subjektif .... sekadar objektif sudah cukup ... budak-budak banyak yang susah nak ingat istilah sains dalam bahasa inggeris ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yanokageProfil   Hantar PM kepada yanokage   Pergi ke yanokage's Website   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 12:02


salam.. ni ana nak cerita sikit..mak ana ni cg saians dan english kat sekolah rendah.. jawatan dia guru hal ehwal murid(HEM) ..jadi mak ana pernah cakap bila subjek bi dan sains diajar dalam bahasa inggeris menyebabkan pelajar2 sekolah di kampung2 ni malas nak pergi sekolah.. tu satu reality.. sebab pelajar2 bandar ni mybe tak ada masalah menggunakan bahasa inggeris.. tapi di kampung2 ni pelajar2 banyak ketinggalan.. dah lah nak fahamkan soalan sains dalam bahasa melayu pun payah,ni nak fahamkan soalan dalam bahasa inggeris lagi lah payah.. tu yang menyebabkan kes ponteng makin banyak sebab pelajar2 tak berminat untuk ke sekolah lagi.. dengar nama subjek pun malas..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 12:54


Pada 17-11-06 19:47 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa ambil subjek untuk peperiksaan saja? waktu sekolah rendah dulu ibnu_musa belajar hanya 4 atau 5 subjek sajakah?

isunya dikatakan kedudukan BM akan terjejas, maka ana katakan tidak, sebab subjek yang melibatkan BI hanya 3 daripada keseluruhan subjek yang diajarkan di sekolah-sekolah (tak termasuk aliran sains)

sebabnya, subjek untuk peperiksaanlah yang paling ditekankan, lagipun anda yang nakkan peratusannya kan, so kiralah sendiri!

lagi satu, soal DBP tu, kalau depa nak update atau terjemah buku teks sekolah, depa ada kuasa sendiri ke nak buat semua tu? bukankah semuanya atas arahan kerajaan juga? :-?

!!! QUOTE !!!


bahkan guru2 pun bukan jenis yang tak berhati perut, kalau pelajar-pelajar tak faham sedikit sebanyak mereka akan terangkan dalam BM

masalahnya, guru2 dan murid2 sekolah rendah tak sepandai fathurrahman, kalau tak prestasi mereka takkan terjejas, prestasi ni merujuk kepada murid tak tak reti belajar dalam BI dan juga guru yang tak reti ajar dalam BI, memang kena kalau kedua-duanya bertembung. paling banyak berlaku di luar bandar.

tak baca ke akhbar yang saya paste kat atas, anda nak nafikan lagi bahawa prestasi pelajar2 kita dalam dua subjek tersebut semakin merosot? Kenapa nak dikorbankan 2 subjek tersebut semata2 untuk dapat BI, sepatutnya ditambah saja waktu untuk belajar BI biar para pelajar fokus betul-betul dalam subjek tersebut.

tu yang saya ada kata, salahkan guru BI kalau pelajar lemah dalam BI, jangan pula salahkan guru2 sains & maths (harap-harap tak ada yang salah faham sekali lagi)

maybe anda tak ada adik yang darjah satu, dua atau tiga, anda tak berpengalaman ajar mereka dan tengok mereka belajar math dan sains dalam BI, kalau tak pasti anda sedar apa yang sedang berlaku. kalau anda berjaya sekalipun ajar adik anda (sebab anda kan pandai), ramai lagi adik2 sekolah rendah yang tak faham apa yang mereka belajar. itu baru sekolah rendah, belum lagi sekolah menengah yang lebih susah lagi.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 18-11-06 13:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 17:31


dari http://www.kongresbahasa.org

Tajuk: Mengapa Kami Bantah. Penggunaan Bahasa Inggeris bagi Mengajarkan Sains dan Matematik.
Penyusun: Professor Emeritus Dr Abdullah Hassan.
ISBN :ISBN 983-42179-0-0
Penerbit: Persatuan Penterjemah Malaysia 2007.
Kandungan:

1. kata aluan ketua kumpulan prihatin.
2. pencapaian sakti melayu malaysia 1958-2002: sebuah tragedi dalam peradaban melayu moden.
3. pendirian bersama para profesor sakti seluruh malaysia terhadap dasar pendidikan sains dan matematik sekolah dalam bahasa inggeris.
4. bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik: mengapa ditentang? soalan yang selalu ditanyakan.
5. bahasa melayu akan pupus.
6. analisis beberapa isu utama sosiobudaya bangsa dan negara.
7. nasionalisme dan perjuangan bahasa.
8. penerimaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris: konflik antara dua darjat.
9. bukan sekadar bahasa.
10. resolusi seminar agenda melayu.

Dari Kumpulan PRIHATIN.

Kami daripada Kumpulan Prihatin bersyukur kepada Ilahi kerana membolehkan kami sedar dan insaf terhadap nasib dan masa depan kaum Melayu di Malaysia.

Pada kami, kaum Melayu menghadapi masalah besar yang akan meminggirkannya di Tanah Airnya sendiri. Inilah faktor yang mendorong kami berbincang dengan tokoh-tokoh daripada berbagai pertubuhan dan orang-orang perseorangan yang peduli terhadap masa depan kaum Melayu demi keamanan negara Malaysia.

Kongres ini adalah salah satu daripada langkah tersebut. Oleh kerana penduduk negara kita terdiri daripada pelbagai kaum, maka terdapat beberapa isu sensitif yang memerlukan penerangan dan pemahamannya dari segi sejarah.

Bagi mencapai kemajuan negara Malaysia seluruhnya, kaum Melayu perlu dimajukan dengan saksama. Tetapi ini bukanlah perkara mudah. Umpamanya, dua tahun lalu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri pada masa itu menyatakan bahawa hanya 25% daripada pelajar Malaysia di seluruh dunia mempelajari ijazah pertama terdiri daripada kaum Melayu. Lalu beliau menyatakan hasrat menambah bilangan pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi. Ini adalah hasrat yang wajar.

Pada masa itu pelajar di institusi pengajian tinggi swasta berjumlah lebih daripada 200,000 orang. Hanya 15% (30,000 orang) daripadanya pelajar Melayu. Pelajar di institusi pengajian tinggi awam pula berjumlah 170,000 orang dan 55% (93,500 orang) adalah pelajar Melayu. Ini bermakna hanya 123,500 orang adalah pelajar Melayu daripada 370,000 pelajar di institusi pengajian tinggi. Ini adalah 33.3% sahaja, padahal pada masa ini, nisbah jumlah penduduk Bumiputera adalah 66% berbanding dengan penduduk bukan Bumiputera.

Malangnya hasrat Dato’ Seri Perdana Menteri ditolak oleh Kabinet melalui Datuk Dr. Ling Liong Sik yang mengatakan penambahan pelajar Melayu itu tidak boleh melibatkan institusi pengajian tinggi swasta. Pada hal inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan itu.

Di samping itu ada peristiwa lain yang menunjukkan perkembangan yang tidak sihat. Penubuhan Kolej Era Baru di Kajang dianggap oleh thingy Jia Zong (Grakan Pendidikan Cina) sebagai menggantikan Universiti Merdeka. Ini bermakna bahasa Cina menjadi bahasa penghantar utama, walaupun Universiti Merdeka telah ditolak oleh mahkamah.

Apa yang berlaku sekarang ialah Kolej Era Baru telah menggantikan Universiti Merdeka, pada hal Kolej Tunku Abdul Rahman diwujudkan bagi menggantikan Universiti Merdeka masih juga wujud dan diteruskan.

Seterusnya, MCA meminta supaya Kolej Tunku Abdul Rahman dinaikkan taraf menjadi universiti. Ini dipersetujui oleh Kerajaan Barisan Nasional. Tetapi, di samping itu Kolej Tunku Abdul Rahman masih wujud dan diteruskan.

Tetapi, ingatkah kita, apabila Institut Perguruan Sultan Idris dinaikkan taraf menjadi universiti, IPSI dihapuskan. Juga, apabila ITM dinaikkan taraf menjadi universiti, ITM dihapuskan.

Bagaikan apa yang diberi kepada kaum Cina tidak mencukupi, Kerajaan Negeri Perak menghadiahkan pula 200 hektar tanah untuk Kolej Tunku Abdul Rahman. Kemudian, pemimpin UMNO memberi pula 15% tempat di MRSM kepada pelajar Cina. Baik sungguh hati orang Melayu.

Beralih pula kita kepada isu lain yang sangat menyedihkan. Bahasa penghantar pendidikan sains dan matematik ditukar pula ke bahasa Inggeris. Kami daripada Kumpulan Prihatin merasakan masanya sudah tiba bagi orang Melayu memastikan supaya tindakan ini dikaji semula dengan teliti dan diperbetulkan. Dalam keadaan sekarang, kita memerlukan ketegasan daripada pimpinan, UMNO mahupun PAS. Kita tidak boleh lagi melayan tuntutan demi tuntutan, tuntutan yang akhirnya merosakkan keseimbangan antara kaum.

Keseimbangan yang merosakkan kaum Melayu. Kaum Melayu sudah banyak beralah. Pada tahun 1955, dalam pilihan raya parlimen pertama, 50 daripada 52 kawasan pilihan raya mempunyai majoriti pengundi Melayu. Tetapi UMNO memberi 17 kawasan itu kepada MCA dan MIC, iaitu 750% lebih daripada sewajarnya. Undi Melayulah yang memenangkan mereka.

Sekali lagi pada tahun 1957, satu persefahaman lain dibuat. Dari 31 Ogos 1957 hingga 31 Ogos 1958, kaum bukan Melayu yang mempunyai kelayakan pemastautinan dan lain-lain, tetapi tidak mengetahui bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dibolehkan mendapatkan hak kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam masa satu tahun, lebih daripada 800,000 orang bukan Melayu menjadi warganegara. Ini adalah satu kelonggaran yang luar biasa. Kerajaan Perikatan juga menyediakan pendidikan aliran Cina dari darjah satu hingga enam dengan membelanjakan kewangan negara. Pada hal negara lain seperti kita tidak melakukannya.

Banyak peristiwa begini dalam sejarah kita. Kita perlu tahu sejarah kita. Juga kaum bukan Melayu perlu tahu. Pemimpin Melayu perlu menerangkan peristiwa penting ini kepada pemimpin bukan Melayu. Mereka seterusnya boleh menerangkannya kepada kaum masing-masing, supaya mereka bersetuju dengan dasar-dasar yang digubal sekarang. Dasar seperti Dasar Ekonomi Baru adalah digubal bagi mencari keamanan. Banyak matlamatnya yang dicapai, tetapi masih banyak lagi yang perlu dijayakan.

Dalam hal kepentingan Melayu, UMNO dan PAS perlu bekerjasama. Kepentingan Melayu adalah lebih penting daripada kepentingan parti, terutama dalam bidang pendidikan, bahasa dan ekonomi. Kita perlu bersepakat. Badan-badan bukan kerajaan Melayu (BBK) perlu membuat kajian tentang isu-isu penting, terutama yang berkaitan dengan pendidikan. Kita tidak mahu peristiwa 13 Mei 1969 berulang.

Pemimpin-pemimpin Melayu perlu tahu di mana garis pemisah antara tuntutan yang wajar dengan yang melampau. Sebagai contoh, nisbah agihan kemasukan pelajar ke IPTA yang sudah lama digunakan ialah 55% Bumiputera dan 45% bukan Bumiputera. Ini adalah menurut nisbah komposisi penduduk Malaysia.

Tetapi, menurut bancian tahun 2000, jumlah kaum Bumiputera meningkat menjadi 66% dan bukan Bumiputera menurun menjadi 34%. Oleh sebab itu, nisbah kemasukan ke IPTA juga perlu diselaraskan menurut nisbah penduduk sekarang.
Kita bukan mengungkit
Kita bukan ada perkauman
Kita telah banyak berkorban
Demi perpaduan
Demi kemajuan.
Ambillah teladan
dari negara-negara jiran
Berterima kasih dan
Ucapkan kesyukuran
Agar dapat kita sama-sama
Menikmati kemajuan
Serta keamanan.

Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Wahid
Ketua Kumpulan Prihatin



dari e-buku Mengapa Kami BANTAH

:-) pergilah ke www.kongresbahasa.org dan nilailah hujah2 anda di sana!

Kongres Bahasa


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

mslina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 18-11-06 17:45


kerajaan akan teroskan walaupun banyak buruknya..lagi2..pada bangsa melayu..
pengakuan seorang pegawai atas pendidikan kepada mak saya. (guru)..walaupun dia sendiri tak setuju..

erm..tah lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mslinaProfil   Hantar PM kepada mslina   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 18:09


heheh..ramai orang yang dah sedar ye....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

layar_lara
Warga Rasmi
Menyertai: 17.11.2006
Ahli No: 27391
Posting: 5

macau  


posticon Posting pada: 18-11-06 21:38


yang tak sedar tu kena buka mata luas2.
lebih2 lagi ayik nak kutuk dengan kritik saja.
tak sedar kalau asyik kritik, anak melayu yang beragama islam jugak yang rugi. bangsa2 lain semua dah ke hadapan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For layar_laraProfil   Hantar PM kepada layar_lara   Quote dan BalasQuote

mieIKIM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.04.2006
Ahli No: 23916
Posting: 318
Dari: Anyway UnAvailable

italy   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 21:54


erm, bagi ana tidak salah dalam b.i.
tapi jangan lupakan pendekatan agama ok.
tauhid, usul fiqh, fiqh, sirah , nahu sorof , TU LAGI PENTING.


Bookmark and Share

    


  Member Information For mieIKIMProfil   Hantar PM kepada mieIKIM   Pergi ke mieIKIM's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 22:01


Pada 18-11-06 17:45 , mslina posting:

!!! QUOTE !!!

kerajaan akan teroskan walaupun banyak buruknya..lagi2..pada bangsa melayu..
pengakuan seorang pegawai atas pendidikan kepada mak saya. (guru)..walaupun dia sendiri tak setuju..

erm..tah lah..

biasalah, kerajaan Umno mana dengar pandangan orang kalau depa tak setuju.

contoh paling senang, dalam bab agama, fatwa yang disepakati oleh para mufti pun depa tak terima walhal mufti tu adalah pakar dalam bidang agama. fatwa depa lagi berkuasa!

sekarang ni, pakar2 bahasa tentang isu sains & math dalam BI ni pun mereka tak terima juga, walaupun yang tentang tu terdiri dari pakar2 bahasa bertaraf profesor & emeritus!

inilah kerajaan yang paling degil pernah saya kenal :-D :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 18-11-06 22:02 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 22:02


Ego tinggi sangat agaknya... ;-) ;-) ;-)


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 19-11-06 05:02


kenyataan ad-din membuktikan kebenaran kata-kata seorang forumer, bahawa masalah kelemahan penguasaan subjek sains & maths bukan disebabkan masalah bahasa, tapi merupakan masalah SIKAP

bila susah sikit saja dah mengalah, tambahan pula ada pihak yang menggalakkan & momokkan mereka dengan tanggapan2 negatif. sampai bila2 lah anak melayu tak kan ada daya saing dengan bangsa2 lain

kesimpulannya, tak ada yang sempurna dalam dunia ni. bila perkenalkan sistem baru, pada peringkat permulaan tentulah banyak mslhnya. tindakan yang sepatutnya adalah sama-sama mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini, bukan menanamkan sikap negatif & membangkang spjg masa tapi tak buat apa-apa untuk membantu

ana suka petik semula kata-kata sdri Shamatul Aidah dalam Harakahdaily:

Tiada istilah 'tidak boleh' kalau bangsa lain boleh, kita pun seperti mereka ada akal, ada mulut, cukup sifat malah kita lebih istimewa daripada mereka kerana kita MUSLIM. Sepatutnya merekalah yang merungut bukannya kita. 'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kalau kaum itu sendiri tidak mahu mengubahnya'


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 19-11-06 05:02 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-11-06 07:23


ana cakap macam tu bukanlah bermakna ana bersetuju dengan tindakan kerajaan.. kalau nak buat perubahan pun biarlah ianya bermula dari bawah.. nak start biarlah generasi yang baru darjah 1 ni dah start guna bahasa inggeris.. jangan dah darjah 6 sekarang ni baru nak mula.. tu yang jadi masalah pada pelajar2.. mana batch yang sekarang ni tak perlu lagi guna bahasa inggeris.. tapi batch2 yang akan datang yang dah mula penggunaanya dari darjah satu tak apalah.. kasihan kat budak-budak ni.. mak ana sebagai guru sains dan bahasa inggeris pun pening kepala tgkkan budak-budak ni.. kawan mak ana adalah salah seorang yang menanda test bahasa inggeris yang pernah di buat oleh kementerian pendidikan kepada guru2 yang akan mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.. tapi keputusan yang amat mundukacitakan ramai guru2 yang tak lulus ujian tu.. ni menunjukkan bagaimana cg nak ajar murid dalam bahasa inggeris sedangkan tahap penguasaan bahasa inggeris guru2 ni juga lemah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-11-06 00:17


Pada 19-11-06 05:02 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

Tiada istilah 'tidak boleh' kalau bangsa lain boleh, kita pun seperti mereka ada akal, ada mulut, cukup sifat malah kita lebih istimewa daripada mereka kerana kita MUSLIM. Sepatutnya merekalah yang merungut bukannya kita. 'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kalau kaum itu sendiri tidak mahu mengubahnya'


kalau bangsa lain boleh maka bangsa kita juga boleh.

bangsa lain boleh maju dengan menggunakan bahasa sendiri, bangsa kita pula terpaksa bergantung pada bahasa asing untuk maju, apa yang bolehnya?

kita pun seperti mereka ada akal, ada mulut, cukup sifat malah kita lebih istimewa daripada mereka kerana kita MUSLIM, tapi asyik bagga dengan bahasa dan pemikiran penjajah!

bilalah orang Melayu nak maju, silap2 "akan Melayu hilang di dunia" sebab asyik agungkan bangsa asing.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 20-11-06 00:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 20-11-06 05:31


copy & paste ulasan seorang penulis tentang isu bahasa ini:

!!! QUOTE !!!

...........

Bahasa bukan sekadar aspek tatabahasa, ejaan ataupun istilah tetapi lebih dari itu. Misalnya minda Melayu berkait erat dengan bahasanya, yakni bahasa Melayunya. Bahasa atau kata juga lebih dahulu wujudnya daripada cipta. Lihatlah minda bahasa kita Melayu melalui penciptaan pantun, seloka dan sebagainya. Saya bimbang minda ini akan hilang disebabkan kita tidak lagi berinteraksi secara baik dengan bahasa kita sendiri. Kerana mesra bahasa Melayu semakin renggang keadaannya apabila segalanya nak diinggeriskan.

Kita kena ambil iktibar isu bahasa ini seperti dalam isu negara Islam dan individu Islam. Hanya berdasarkan telah Islam dan nama Islam atau diisytiharkan Islam maka tidak perlu lagi diperjuangkan hal-hal berkaitan/perisian Islam... begitukah? Hanya kerana negara kita telah diisytiharkan Islam maka redalah masyarakat Islam dengan perisytiharan itu. Tidak begitu. Kita perlu teruskan pemartabatan Islam tersebut dan bukan lena dan cukup sekadar itu.

Begitu juga bahasa, walaupun telah termaktub dalam perlembagaan, tidak bererti isu bahasa telah selesai- biarkan bahasa sendiri diketepikan dan diperleceh. Inikah yang kita kehendaki berlaku pada bahasa kita. Perumpamaannya seperti seorang Islam yang meminum arak walaupun ia tetap seorang Islam, dan negara ini tetap bahasanya bahasa Melayu walaupun ia menggunakan bahasa Inggeris dalam bahasa pengantar. Fikir-fikirkanlah.

Usah main-main dengan bahasa kelak bangsa binasa. Dek kerana nak maju usah dilupa kain dan baju. Bijak bahasa pernah bermadah, 'biar tertikam dek keris daripada tertikam dek bahasa'. Bahasa itu pakaian akal, di mana nanti akal Melayu untuk diwarisi kerana satu lagi warisan dunia telah hilang... tidak guna lagi dunia tangisi pada waktu itu.


article asal

naruto-san sependapat dengan penulis ini.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 20-11-06 05:40 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1097
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 20-11-06 07:09


Pada 18-11-06 12:54 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!



maybe anda tak ada adik yang darjah satu, dua atau tiga, anda tak berpengalaman ajar mereka dan tengok mereka belajar math dan sains dalam BI, kalau tak pasti anda sedar apa yang sedang berlaku. kalau anda berjaya sekalipun ajar adik anda (sebab anda kan pandai), ramai lagi adik2 sekolah rendah yang tak faham apa yang mereka belajar. itu baru sekolah rendah, belum lagi sekolah menengah yang lebih susah lagi.

wassalam.



kena suruh mereka bukak sendiri buku buku tu baru ada akai...


Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-11-06 09:47


ana sokong sangat ubah semula pengajaran sains ke Bahasa melayu, sebab ana kasihan tengok pelajar di kampung yang tak tahu bahasa English, maka bila dah tak faham nak baca buku teks, maka hilang minat belajar, lainlah anak mereka yang sejak kecil speaking English, tak ada maslah belajar, bila pelajar dari kampung tak cemerlang dalam pelajaran sebab sekatan nak faham English, maka bagaimana nak masuk U, bagaimana nak ubah sosio ekonimi keluarga, maka umat melayu akan terus ketinggalan dalam ekonomi. harap fahamlah. ana ni pun sejak masuk U baru mahir English, stay 2 years di England baru mahir English. kasihan anak melayu, sains, matemati English ketinggalan, jika dulu english saja yang sukar nak mahir, ni dah tambah dua lagi kesukaran nak faham yakni sains serta matematik. setahu saya jepun belajar sains, matematik, teknologi ikut bahasa jepun, maju juga bangsa jepun.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Pengajaran Matematik & Sains dalam BI dibantah

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.248585 saat. Lajunya....